SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT SENTOSA
JALAN BUKIT SENTOSA 7, BUKIT SENTOSA 2,
48300 RAWANG, SELANGOR
GURU :
USTAZ MOHAMAD AZAMUDDIN BIN ABDUL AZIZ
ISI KANDUNGAN HALAMAN
1
PERKARA 1
1. Prakata / Penghargaan
2. Pengenalan 2
3. Ciri-ciri Pemimpin Yang Unggul 3
4
3.1 Membentuk Sifat Peribadi Cemerlang 5
3.2 Tingkatkan Pengetahuan Dan Peranan 6
3.3 Suara Lebih Jelas Dan Tegas
3.4 Sikap Positif Diri
4. Penutup
PRAKATA / PENGHARGAAN
Bissmillahirahmanirahim, deagan nama Allah yang Maha Pemurah
lagi Maha Mengasihani. Alhamdulillah, syukur kita kehadrat Allah swt
kerana dengan limpah kurnia dan inayahNya, dapat kita meluangkan masa
untuk menyiapkan buku skrap ini. Terima kasih kepada guru
pembimbing, Ustaz Azamuddin yang telah banyak memberi tunjuk ajar
dan didikan semasa perjumpaan pegawas melalui “Google Meet” tempoh
hari.
Tidak lupa juga diucapkan terima kasih kepada Ibu dan Bapa serta
Abang saya yang banyak membantu dan memberi buah fikiran yng bernas
dalam menyiapkan buku skrap ini.
PENGENALAN
Menurut kamus Dwi-Bahasa, maksud PIMPIN (LEAD) adalah
menunjukkan jalan dengan berjalan dihadapan, mendahului orang lain.
Memimpin, mengetuai, membimbing orang lain. Memberi panduan,
pedoman dan tauladan.
Manakala KEPIMPINAN (LEADERSHIP) pula adalah bermaksud
ciri-ciri atau sifat-sifat seorang pemimpin dalam menerajui, merancang,
menggerak, mempengaruhi, mengembang dan melaksanakan sesuatu
dengan berlandaskan visi yang jelas serta mempertimbangkan segala
risiko untuk mencapai matlamat yang lebih tepat.
CIRI-CIRI PEMIMPIN YANG UNGGUL
1. MEMBENTUK SIFAT PERIBADI CEMERLANG
Boleh dizahirkan dengan gaya berpakaian dan pegurusan diri.
Sentiasa berada dalam keadaan yang kemas dan bersih. Bukan sahaja
dapat mengekalkan kekemasan dan kebersihan dalam apa jua keadaan
tetapi dari segi cara mengarah dan menyampaikan pandangan juga boleh
menggambarkan peribadi yang cemerlang.
Disamping itu, kesediaan untuk bertugas dan melaksanakan arahan
juga merupakan sifat peribadi cemerlang. Kita perlu berusaha untuk
melakukan tugasan yang diberi atau yang diamanahkan dengan
bersungguh-sungguh tanpa banyak alasan.
Selain itu, kemampuan berhujah serta boleh menerima pandangan
orang lain juga adalah sifat peribadi yang cemerlang. Kita perlu bijak dan
pandai memberi pendapat disamping kita juga boleh menerima pendapat.
Dengan sifat keperibadian yang sedemikian, kita akan mudah
menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diberi.
“ TUNJUKKAN KEKUATAN PERIBADI CEMERLANG
MENTAL DAN FIZIKAL
KEPADA ORANG LAIN “
“ INGAT !!!!
TANPA KEKUATAN PERIBADI CEMERLANG
ORANG TIDAK MENGHORMATI ANDA
SEBAGAI KETUA PEMIMPIN “
2. TINGKATKAN PENGETAHUAN DAN PERANAN
Sentiasa bersemangat untuk belajar dan menuntut ilmu khususnya
daripada guru-guru di sekolah dan juga amnya daripada ibu dan bapa di
rumah. Selain daripada itu, kita juga boleh meningkatkan pengetahuan
kita dengan cara banyak membaca buku berbentuk ilmiah dan sasiah.
Dengan ini, secara tidak langsung dan tanpa kita sedari, kita akan
mempunyai berbagai ilmu dan pengetahuan kerana kita perolehinya dari
berbagai sumber.
Selain berpengetahuaan, kita juga boleh menggunakan peranan kita
sebagai pemimpin untuk melaksanakan tugas dengan jujur.
“ TUNJUKKAN CONTOH
BAHAWA ANDA SEORANG YANG BERILMU
LEBIH DARI ORANG LAIN “
“ BUKTIKAN,
ANDA MENJALANKAN TUGAS YANG DIAMANAHKAN
OLEH JAWATAN ANDA DENGAN
JUJUR DAN TERATUR “
3. SUARA LEBIH JELAS DAN TEGAS
Suara merupakan elemen yang penting dalam menyampaikan
sesuatu arahan. Suara yang jelas dan tegas akan dapat memberi kesan
yang lebih baik berbanding dengan suara yang pelahan dan tidak jelas.
Ini kerana, arahan yang kita beri akan dapat dilaksanakan oleh orang
lain dengan mudah dan hasil kerja yang kita perolehi adalah lebih baik
dan menepati kehendak kita.
Bagi mendapatkan suara yang jelas dan tegas kita perlu melakukan
latihan bagaimana bercakap dengan nada arahan. Contohnya bercakap
dihadapan cermin, ibu bapa dan juga kawan-kawan. Selain itu, kita juga
perlu bezakan nada suara ketika berbincang dan ketika meminta.
“ SUARA TEGAS DAN JELAS, BUKAN TENGKING.
SUARA ‘SLOW SPEED’ BUKAN ‘SLOW VOLUME’.
SUARA MEMBERI AMARAN DENGAN
PERKATAAN HALUS BUKAN CACIAN. “
4. SIKAP POSITIF DIRI
Peribadi seseorang boleh dinilai melalui sikap. Sentiasa tunjukkan
sikap yang positif dalam diri kita. Sikap positif boleh dibahagikan kepada
3 (tiga) iaitu:
SIKAP POSITIF
PERSONEL INTERPERSONEL PROFESION
* Harga Diri * Timbang Rasa * Kreatif
* Amanah * Pemaaf * Inovatif
* Jujur * Prihatin * Daya Usaha
* Yakin * Gigih
* Tanggungjawab * Semangat
Bersaing
Daripada sikap yang kita miliki ini, ianya boleh menunjukkan kita
adalah seorang yang berkarisma atau tidak. Maka, kita mestilah sentiasa
bersikap positif dalam semua keadaan.
“ KEKALKAN SIKAP POSITIF SEPANJANG MASA
ANDA TENTU BOLEH CEMERLANG
DALAM KEPIMPINAN “
5. PENUTUP
Apa yang perlu kita lakukan untuk menjadi seorang pelajar yang
mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang unggul. Tidak lain dan tidak bukan,
kita perlu menilai diri sendiri dan membentuk peribadi dengan
meningkatkan ilmu pengetahuan.
Pastikan peranan kita sebagai pemimpin dapat dilaksanakan dengan
penuh amanah, adil dan bijaksana. Sentiasa menanam sikap positif pada
diri agar kita beroleh kejayaan di dunia dan juga di akhirat.