MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE-14 PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SUBANG BESTARI 25 MAC 2023 (SABTU) 10:00 PAGI SECARA DALAM TALIAN SESI 2023/2024
ISI KANDUNGAN Tentatif Program Mesyuarat Agung PIBG Kata Alu-Aluan Pengetua Minit Mesyuarat Agung PIBG Laporan Aktiviti PIBG Laporan Kewangan PIBG Laporan Juruaudit PIBG Perbincangan Usul Ahli PIBG Ahli Jawatankuasa PIBG JK Pelaksana Mesyuarat Agung PIBG Rekod Penerimaan Dan Perbelanjaan Program Permuafakatan SPM 2022 3 5 17 23 27 14 22 26 30 4 2
3 Tentatif Program Mesyuarat Agung PIBG 25 Mac 2023 (Sabtu) 10.00 PAGI :Pendaftaran :Ucapan Alu-Aluan Pengacara Majlis :Bacaan Doa :Ucapan Pengetua SMK Subang Bestari :Ucapan Yang Dipertua PIBG Sesi 2022/2023 & Perasmian Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-14 :Pemberian Sijil Penghargaan AJK PIBG Sesi 2022/2023 :Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat PIBG kali ke 13 :Pembentangan dan Pengesahan Penyata Kewangan :Perkara Berbangkit :Pembubaran AJK Sesi 2022/2023 :Pelantikan Pengerusi Sementara :Pelantikan AJK Sesi 2023/2024 :Ucapan Pengerusi Sesi 2023/2024 :Pembentangan Usul :Ucapan Penangguhan :Sesi Bergambar AJK PIBG Sesi 2023/2024 :Bersurai 10.30 PAGI 11.00 PAGI 12.30 TENGAH HARI
Kata Alu-Aluan Pengetua SMK Subang Bestari PUAN HJH NORHAZLIZA BINTI BASIRAN DENGANNAMAALLAHYANG MAHAPENGASIHLAGI MAHAPENYAYANG AssalamualaikumW.B.T dan salamsejahtera… Saya memanjatkan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan segala nikmat yang diberi dapatlah saya menzahirkan sepatah dua kata dalam buku program ini. Pada kesempatan ini, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua ibu bapa atau penjaga dan guru-guru kerana dapat menjayakan Mesyuarat Agung PIBG SMK Subang Bestari kali ke-14 bagi sesi 2023/2024 secara dalam talian. Tanpa komitmen dan sikap prihatin daripada para waris dan guru-guru, sudah pasti mesyuarat ini tidak berjaya direalisasikan. Kecemerlangan sesebuah sekolah bukan sahaja bergantung kepada hebatnya guru mengajar, pakarnya para pentadbir mengurus sekolah, malah perlu seiring dengan komitmen para ibu bapa. Kita tidak boleh lepas tangan menyerahkan bulat-bulat urusan mendidik anak-anak kepada pihak sekolah. Jika pihak sekolah mengambil tahu segala tindak tanduk anak-anak dari sekecil-kecil salah laku, umpamanya datang lewat kepada sebesar-besar masalah seperti merosakkan harta benda sekolah, itu menggambarkan kecaknaan guru-guru dan pihak sekolah terhadap anak-anak. Manakala ibu bapa dan penjaga pula selalulah berpesan kepada anak-anak untuk membudayakan sayang akan sekolah dengan menjaga dan menghargai segala kemudahan yang ada. Pihak sekolah akan berasa lebih dihargai apabila ibu bapa sentiasa mengambil berat akan disiplin anak-anak dan juga sumbangan PIBG anak-anak di sekolah ini. Akhir kalam, saya menyeru kepada semua ibu bapa agar sentiasa menyokong dan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak sekolah bagi memastikan SMK Subang Bestari terus melakar kejayaan dan juga berharap semua AJK PIBG akan dapat meneruskan usaha dengan lebih gigih lagi bagi membantu pihak sekolah sama ada daripada segi kewanganmahupun kudrat. Sekian, terima kasih. 4
Tarikh : 25 Jun 2022 Hari : Sabtu Masa : 8.30 pagi Tempat : Secara dalam Talian Kehadiran : Ibu bapa - 151 orang : Guru - 154 orang AGENDA 1 : UCAPAN YANG DIPERTUA PIBG (YDP) 1.1 YDP mengucapkan tahniah kepada para pentadbir dan guru-guru SMK Subang Bestari atas pencapaian terbaik dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada kali ini. 1.2 YDP juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak pentadbir dan Ahli Jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) kerana sekali lagi telah berjaya mengadakan mesyuarat PIBG hybrid. 1.3 YDP memaklumkan kepada semua pihak sebenarnya gerak kerja belakang tabir telah dilakukan dengan begitu cekap sekali oleh guru-guru SMK Subang Bestari. Jadi, kita sebagai ibu bapa seharusnya bersyukur anak-anak kita telah mendapat pelbagai kemudahan yang terbaik daripada pihak sekolah. 1.4 YDP melahirkan rasa gembira dan terima kasih atas kerjasama ibu bapa yang sudi hadir untuk menjayakan mesyuarat PIBG pada kali ini. 1.5 Kehadiran ibu bapa dalam mesyuarat pada kali ini walaupun hanya di alam maya diharapkan dapat membuahkan keputusan dan cadangan-cadangan yang dapat membantu anak-anak di SMK Subang Bestari. 1.6 YDP menegaskan bahawa PIBG merupakan sebuah organisasi yang cukup ‘significant’ dan penting terhadap perkembangan sesebuah sekolah. Jadi, PIBG akan cuba sedaya upaya untuk membantu pihak sekolah dalam merealisasikan semua program yang telah dirancang untuk kebaikan anak-anak semua. 1.7 YDP mengambil kesempatan mengucapkan syukur alhamdulillah berkaitan isu Covid-19 yang telah memasuki era endemik yang semakin berkurangan. Tetapi, sejak kebelakangan ini kita telah dikejutkan dengan kemunculan virus baharu iaitu “Influenza” dengan kadar jangkitan yang begitu mudah dan cepat sekali. Umum mengetahui banyak sekolah yang telah ditutup terutamanya sekolah berasrama penuh kerana penyebaran virus ini. Oleh itu, YDP menegaskan bahawa ibu bapa perlulah mengambil langkah berjaga-jaga dan memastikan bahawa anakanak yang mempunyai gejala virus ini tidak datang ke sekolah. M I N I T M E S Y U A R A T A G U N G P I B G 2 0 2 2 5 MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SMK SUBANG BESTARI KALI KE- 13 (SESI 2022 / 2023)
AGENDA 2 : MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG SESI 2021/2022 2.1 YDP PIBG sesi 2021/2022, Tuan Haji Nor Ifuan Bin Md Nor membentangkan Minit Mesyuarat Agung PIBG sesi 2021/2022 dari muka surat 2 hingga 8. 2.2 Minit mesyuarat PIBG sesi 2021/2022 disahkan. Pencadang : Puan Rohana binti Bani Penyokong : Encik Omar Sharif bin Md Sani Semua ahli mesyuarat telah sebulat suara menerima Minit Mesyuarat Agung kali ke- 12. AGENDA 3 : PERBINCANGAN PERKARA-PERKARA BERBANGKIT 3.1 Tiada pindaan dan perkara berbangkit dalam minit mesyuarat lepas. AGENDA 4 : MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN LAPORAN AKTIVITI PIBG SESI 2021/2022 4.1 Setiausaha Kehormat PIBG sesi 2021/2022, Puan Malisa binti Hamdan membentangkan Laporan Aktiviti PIBG sesi 2021/2022 dari muka surat 15 hingga 16. 4.1.1 AGIHAN DAN PERBELANJAAN SUMBANGAN PIBG 2021/2022 BAGI AKTIVITI SEKOLAH MENGIKUT BIRO 4.1.2 YDP memaklumkan bahawa aktiviti PIBG pada tahun 2021 memang sedikit. Hal ini demikian kerana pada tahun 2021 kita berada dalam fasa pandemik. Oleh itu, segala aktiviti fizikal yang telah dirancang tidak dapat dilaksanakan. Namun begitu, aktiviti pada tahun 2022 semakin rancak dijalankan. Banyak perbelanjaan telah dibuat pada bulan Januari sehingga sekarang kerana sesi persekolahan telah bertukar. 4.2 Laporan Aktiviti PIBG sesi 2021/2022 diterima sebulat suara. AGENDA 5 : MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN LAPORAN KEWANGAN SESI 2020/2021 5.1 Bendahari Kehormat PIBG sesi 2021/2022, Puan Yusmaliza binti Ishak membentangkan penyata kewangan dan laporan PIBG sesi 2021/2022 dari muka surat 17 hingga 20. 5.2 Bendahari menjelaskan laporan kewangan muka surat 17 melibatkan penyata penerimaan pembayaran berakhir 31 Disember 2021 dengan baki pada Januari 2021 ialah sebanyak RM149.679.10. 5.3 Bendahari menjelaskan laporan kewangan muka surat 17, melibatkan penyata penerimaan pembayaran yang berakhir 31 Disember 2021 dengan baki pada Januari 2021 ialah sebanyak RM149,679.10. 5.4 Jumlah penerimaan tahun 2021 ialah RM50,870.00. Pembayaran bagi Biro Pengurusan PIBG RM2,143.30 dan Biro Akademik dan ICT RM7,605.85. Seterusnya, Biro Keselamatan, Kebajikan dan Sosial RM4,635.00. Akhir sekali, pembayaran bagi Program Kecemerlangan Akademik (PKA) RM15,238.80. Jumlah pembayaran bagi tahun 2021 ialah RM29,622.95. BIL BIRO PERUNTUKAN PIBG (RM) 1 AKADEMIK DAN ICT 7,605.85 2 PENGURUSAN PIBG 2,143.30 3 KEBAJIKAN, SOSIAL & KESELAMATAN 4,635.00 6
7 5.5 Bendahari menjelaskan bahawa pada 31 Disember 2021, Sumbangan PIBG masih berbaki RM95,433.52 manakala Program Kecemerlangan Akademik masih berbaki RM33,797.63. Akhir sekali, sumbangan PIBG PPKI masih berbaki RM4,968.00. Bagi tempoh berakhir 31 Disember 2021 ialah RM134,199.15. 5.6 Sila rujuk perincian agihan dalam buku program iaitu pada Nota 1 dan Nota 2, muka surat 18 dan 19 agihan dan perbelanjaan sumbangan PIBG. Pada muka surat 18 (Nota 1) perincian agihan dan perbelanjaan sumbangan PIBG. Seterusnya, pada muka surat 19 (Nota 2) akaun penerimaan dan perbelanjaan program kecemerlangan akademik sehingga 31 Disember 2021. 5.7 Laporan kewangan telah disahkan : Pencadang : Puan Syarifah binti Adam Penyokong : Encik Roslan bin Ahmad AGENDA 6 : PEMBUBARAN AJK PIBG SMK SUBANG BESTARI SESI 2021/2022 6.1 AJK PIBG SMK Subang Bestari sesi 2021/2022 telah dibubarkan oleh Tuan Haji Nor Ifuan bin Md Nor selaku Yang Dipertua PIBG sesi 2021/2022. 6.2 Mesyuarat telah melantik Encik Noraizam bin Sulaiman sebagai pengerusi sementara bagi mengendalikan sesi pelantikan AJK PIBG yang baharu. 6.3 Pengerusi memaklumkan proses pengundian pada tahun ini sukar dijalankan secara dalam talian. Jika proses pengundian dilakukan secara menyeluruh mesyuarat akan mengambil masa yang lama. Namun demikian, pada tahun ini kita terpaksa juga melantik ahli jawatankuasa yang baharu kerana terdapat empat orang AJK yang lama anaknya sudah tidak bersekolah di SMK Subang Bestari. 6.4 Pengerusi juga memaklumkan kepada semua ibu bapa. Pada hari ini, lantikan hanya akan dibuat untuk pemilihan AJK ibu bapa sahaja kerana lantikan AJK guru telah dibuat secara dalaman pada peringkat sekolah. AGENDA 7 : PELANTIKAN AJK PIBG SMK SUBANG BESTARI SESI 2021/2022 7.1 Encik Roslan Hj Ahmad mencadangkan agar ahli jawatankuasa sesi 2021/2022 dikekalkan bagi sesi 2022/2023. 7.2 Undian dibuka untuk lantikan 4 orang AJK. Hasil dari undian yang dijalankan empat orang ahli jawatankuasa dari kalangan ibu bapa dilantik untuk menggantikan AJK ibu bapa yang keluar. En. Omar Sharif, Pn. Idawati Mohd Idris mencadang dan Pn. Siti Azura menyokong. 7.3 Pengerusi memaklumkan bahawa Tuan Hj Nor Ifuan bin Md Nor selaku mantan PIBG 2021/2022 telah menyatakan hasrat untuk mengundur diri daripada menjadi YDP tetapi sekiranya masih tiada pengganti Tuan Hj Nor Ifuan berbesar hati untuk memangku jawatan ini lagi bagi tahun 2022/2023. En. Alif Majidee mencadang dan Pn. Rohaya Jaafar menyokong. Mesyuarat sebulat suara menerima usul Tn Hj Ifuan dikekalkan sebagai YDP bagi sesi 2022/2023.
6 7.4 AHLI JAWATANKUASA PIBG SMK SUBANG BESTARI 2022/2023 AGENDA 8 : PEMBENTANGAN USUL 8.1 Usul JK PIBG 8.1.1 Cadangan untuk mengadakan kelab memanah di sekolah. Usul : Puan Badariah binti Abdul Hamid Ulasan : Unit Kokurikulum akan mengadakan soal selidik pada hujung tahun untuk mendapatkan bilangan murid yang berminat untuk menyertai kelab ini. Pihak sekolah akan membuka kelab memanah pada tahun 2023 sekiranya mendapat sambutan yang menggalakan daripada murid-murid. Pengerusi memaklumkan bahawa ada sesetengah sekolah yang mengadakan kelab memanah di luar sekolah dengan inisiatif ibu bapa. Jika ibu bapa berpendapat tahun 2023 agak lambat, ibu bapa boleh berhubung dengan AJK PIBG untuk membincangkan hal ini dalam mesyuarat JK PIBG yang pertama nanti. Penasihat : Pn. Hjh Norhazliza Binti Basiran Yang di Pertua : Tn. Hj Nor Ifuan bin Md Nor Naib Yang Dipertua : Pn. Badariah Binti Abdul Hamid Setiausaha : Pn. Hjh Malisa Binti Hamdan Bendahari : Pn. Yusmaliza Binti Ishak Penolong Bendahari : Pn. Farah Waheeda Binti Abu Bakar AJK Ibu bapa : 1. Tn. Hj Murkhalis bin Mokhtar 2. En. Roslan Bin Ahmad 3. En. Omar Sharif bin Md Sani 4. Pn. Nur Juliana Idawaty binti Juhari 5. Pn. Zarina binti Mohamed Ansor 6. Pn. Nik Farina binti Nik Mohd Fadzil AJK Guru : 1. En. Mohd Rozaidi bin Sa’ari 2. En. Mohd Nurhafiz bin Aman 3. Pn. Syahidah binti Zahari@Ismail 4. Pn. Jamiza binti Jamaluddin 5. Pn. Nurulhuda binti Hussin Juruaudit Luar : En. Masrul Anwar bin Abas Juruaudit Dalaman : Pn. Syabirah Binti Md. Ali 8
6 9 8.1.2 Menubuhkan kumpulan sokongan ibu bapa, Permuafakatan Kecemerlangan Tingkatan 5 bagi tahun 2022/2023. Usul : Puan Badariah binti Abdul Hamid Ulasan: Penubuhan kumpulan sokongan ibu bapa sangat dialu-alukan oleh pihak sekolah. Untuk makluman ibu bapa, SMK Subang Bestari sememangnya sudah lama mempunyai kumpulan permuafakatan ibu bapa tingkatan 5 yang diterajui oleh ibu bapa dengan bantuan guru-guru dalam melancarkan aktiviti yang melibatkan murid-murid tingkatan 5. Pihak sekolah akan menetapkan tarikh mesyuarat permuafakatan kecemerlangan tingkatan 5 dalam mesyuarat JK PIBG akan datang. 8.2 Usul Ibu bapa 8.2.1 Menyediakan laluan untuk menurunkan anak-anak (drop off). Usul: Puan Salziewati Pauzi Ulasan: Laluan ‘drop off’ telah ada iaitu berhampiran pintu pagar kecil sekolah. 8.2.2 Meminta ibu bapa yang menunggu anak-anak supaya tidak memarkir kenderaan di laluan terutama pada waktu puncak. Usul: Puan Salziewati Pauzi Ulasan: Pengerusi meminta kerjasama ibu bapa agar tidak menunggu di laluan 'drop off'. Pihak sekolah/pengawal keselamatan sering menegur ibu bapa yang menunggu di laluan tersebut. Ibu bapa juga diminta agar tidak membuat pusingan U di hadapan sekolah. 8.2.3 Memohon pihak sekolah memberi kelonggaran kepada murid-murid untuk masuk ke sekolah 5 hingga 10 minit selepas waktu solat Jumaat. Usul : Pn Rosfarisya binti Roslan Ulasan: Pihak sekolah memang memberikan kelonggaran ini. Semua pentadbir dan guru telah ambil maklum akan hal ini dan tiada tindakan disiplin dikenakan kepada murid yang masuk lambat kerana menunaikan solat Jumaat. 8.2.4 Meminta guru-guru subjek khususnya bagi mata pelajaran Matematik, Geografi dan Sains untuk memberi penerangan secara terperinci kepada murid yang tidak faham. Usul : Pn. Nornee Zainal Ulasan: Guru-guru akan membuat ulang kaji sebelum pentaksiran sumatif diadakan. Bagi murid-murid yang mempunyai Tahap Pencapaian di bawah (TP) Band 3 dalam Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), guruguru akan melaksanakan program intervensi bagi membantu meningkatkan pencapaian minimum murid. Walau bagaimanapun, pihak sekolah akan mengingatkan guru-guru agar sentiasa imbas kembali pelajaran lalu. Murid-murid juga digalakkan untuk bertanya jika mereka kurang faham tentang topik yang dipelajari. Pengerusi meminta ibu bapa untuk memastikan anak-anak mengadakan ulang kaji di rumah atau menyediakan kelas tuisyen bagi yang berkemampuan.
7 10 8.2.5 Pemakaian kemeja lengan panjang bagi murid lelaki yang bukan pengawas. Usul : Encik Ahmad Faizal bin Libasin Ulasan: Pemakaian kemeja lengan panjang dibenarkan. Surat Pekeliling Ikhtisas 3/1983 Pakaian Seragam Murid-murid Sekolah telah menetapkan baju berwarna putih dan berlengan pendek atau panjang. Sekiranya murid memakai baju berlengan panjang, lengan baju di pergelangan tangan hendaklah dikancing atau dilipat ke atas sedikit dan paras siku. 8.2.6 Menyediakan loker bagi mengurangkan bebanan pelajar membawa beg sekolah yang berat. Usul : Pn. Susilawati binti Mohd Noor Ulasan: Pengerusi memaklumkan bahawa loker tidak dapat disediakan atas faktor kos, ruang dan penyelenggaraan. 8.2.7 Pengendalian masa rehat dan makan anak-anak perlu diperhalusi. Adakah matlamat makan di waktu rehat tercapai? Usul : Encik Omar Sharif bin Md Sani Ulasan: Murid sudah dibenarkan membeli makanan dan makan di kantin. Pengerusi memaklumkan kepada ibu bapa bahawa pihak sekolah menghadapi masalah kekurangan infrastruktur seperti kerusi dan meja di samping ruang kantin yang terhad. Pengerusi mengalu-alukan ibu bapa jika ada yang ingin menginfakkan kerusi dan meja konkrit untuk kegunaan anak-anak. 8.2.8 Meminta pihak sekolah tidak mengadakan peperiksaan pada hari terakhir persekolahan cuti penggal kerana ada ibu bapa yang terlibat untuk mengambil anak-anak yang bersekolah di luar Selangor. Usul : Encik Mohd Idzuan Hafeez bin Mohd Nordin Ulasan: Pihak sekolah terikat dengan bilangan minggu persekolahan dan minggu peperiksaan. Oleh itu peperiksaan perlu dikompakkan dalam bilangan minggu yang telah ditetapkan di samping bagi membolehkan sukatan pelajaran dihabiskan dalam tempoh yang diperuntukkan. Pengerusi meminta ibu bapa menguruskan pengangkutan anak-anak kerana pihak sekolah tidak dapat memenuhi permintaan ini. 8.2.9 Memohon pihak sekolah mengadakan kelas tambahan bagi murid yang lemah. Usul : Pn. Sharifah Adan Ulasan: Pihak sekolah memang telah menyusun pelbagai program untuk dilaksanakan termasuklah kelas tambahan. Antaranya ialah Program Bimbingan Kasih bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah. Selain itu seramai 72 orang murid terlibat dalam Program Tuisyen Rakyat Selangor. Pn. Monaliza meminta agar ibu bapa memastikan anak-anak untuk hadir ke kelas tambahan yang diadakan serta memantau keselamatan mereka memandangkan Covid-19 masih belum pulih sepenuhnya. Pn. Nor Hazliza juga memaklumkan kepada ahli mesyuarat bahawa pihak sekolah mempunyai kekangan tempat dan masa untuk mengadakan kelas tambahan dalam masa terdekat kerana aktiviti kokurikulum sedang giat dijalankan. Kelas tambahan berjadual akan diadakan mulai bulan Disember.
8 11 8.3 Usul Sekolah 8.3.1 Umum 8.3.1.1 Sumbangan Keluarga. Ulasan : Pengerusi mengusulkan sumbangan PIBG dikekalkan sebanyak RM100 dan menekankan bahawa sumbangan RM100 untuk sekeluarga bukan untuk setiap anak yang bersekolah. En. Omar Shariff mencadang dan Pn. Idawati Mohd Idris menyokong. Ahli mesyuarat menerima usul sebulat suara. 8.3.1.2 Mengadakan Bacathon untuk Menaiktaraf Prasarana Sekolah. Ulasan: Pengerusi memaklumkan bahawa Program Bacathon akan diadakan dengan tujuan untuk mengutip dana bagi menampung keperluan prasarana sekolah. Untuk makluman ibu bapa, program seperti ini boleh diadakan setiap dua tahun sekali. Pihak PPD telah menetapkan agar perlaksanaan program ini dibincangkan dan diluluskan dalam mesyuarat PIBG. Dana ini akan digunakan untuk menaik taraf gelanggang serbaguna, padang, membina penghadang antara surau dan padang, membaiki lantai kelas yang berlubang, menggantikan papan putih yang rosak serta menaiktaraf tandas murid. Pn. Badariah mencadang dan Pn. Zarina menyokong. Usul diterima sebulat suara oleh ahli mesyuarat. 8.3.2 Kurikulum 8.3.2.1 Program Kecemerlangan Murid (PKA). Ulasan: Pn. Monaliza memohon agar ahli mesyuarat meluluskan usul untuk mengutip sumbangan RM25 seorang murid Tingkatan 1, 2 dan 3, RM50 bagi murid Tingkatan 4 dan RM100 bagi murid Tingkatan 5. Pn. Masuri mencadang dan Pn. Zarina Mohd Ansor menyokong. Ahli mesyuarat menerima usul sebulat suara. 8.3.2.2 Pembukaan Kelas Aliran Agama (KAA) bagi murid Tingkatan 1 2024. Ulasan: Pihak sekolah telah menyatakan hasrat kepada PPDPP untuk memohon membuka aliran ini untuk 2024/2025 semasa urusan permohonan waran perjawatan ABM 2022/2023 tahun lalu dan mereka sangat menggalakkan cadangan pembukaan Aliran Agama tersebut kerana sekolah mempunyai tenaga pengajar (guru Bahasa Arab) yang sedia ada di samping untuk memenuhi permintaan ibu bapa. Pn. Noranizan Abd Ghapa mencadang dan En. Shamsul Anuar menyokong. Usul diterima ahli mesyuarat sebulat suara. 8.3.3 Hal Ehwal Murid 8.3.3.1 Penyelenggaraan tandas/ Program Tandasku, Identitiku. Ulasan: Puan Noorlia memaklumkan bahawa setiap tahun, pihak sekolah telah membuat penyelenggaraan paip air dan tandas. Pada bulan Disember 2021, pihak sekolah telah membelanjakan sebanyak RM10,530 menggunakan kewangan LPPT kerajaan untuk tujuan penyelenggaraan semua tandas sebagai persediaan SPM dan pembukaan sesi persekolahan. Apabila sesi persekolahan dibuka, masih terdapat masalah yang timbul dan memaksa pihak sekolah memperuntukkan sebanyak RM4,030 untuk kerja baik pulih. Namun demikian, masih banyak lagi aduan tentang tandas dan air. Punca utama masalah ini berlaku ialah vandalisme
9 12 dan faktor usia bangunan yang agak lama. Pihak sekolah, khususnya Unit HEM sedaya upaya ingin menyediakan tandas yang terbaik untuk anak-anak namun wujud kekangan dari segi bajet kerajaan yang terhad. Sehubungan itu, pihak sekolah memohon sumbangan sebanyak RM10 bagi setiap keluarga untuk penyelenggaraan tandas. Usul dicadang oleh Pn. Nuraisha dan disokong oleh Pn. Noris Baba. Ahli mesyuarat menerima usul sebulat suara. 8.3.3.2 Sumbangan kelas. Ulasan: Pn. Noorlia memaklumkan kepada ibu bapa bahawa guru kelas akan membuat kutipan RM5 setiap murid untuk tujuan hiasan kelas dan jamuan kelas pada hujung tahun. En. Omar Shariff mencadang dan Pn. Rohaya Jaafar meyokong usul. Usul diterima ahli mesyuarat dengan sebulat suara. 8.3.3.3 Apresiasi Tingkatan 5. Ulasan: Pihak sekolah meminta bayaran RM100 daripada murid tingkatan 5 untuk mengadakan Majlis Apresiasi Tingkatan 5. Namun begitu, kutipan tidak akan dibuat jika majlis tersebut tidak dijalankan. Pn. Badariah mencadang dan Pn. Zarina monyokong. Ahli mesyuarat menerima usul sebulat suara. 8.3.3.4 Kem Kepimpinan MPM. Ulasan: Pn. Noorlia memaklumkan bahawa Kem Kepimpinan MPM ini hanya melibatkan pengawas sekolah. Lazimnya, kursus ini dijalankan di luar sekolah. Sehubungan itu, pihak sekolah meminta bayaran RM140 untuk menjalankan program ini. Pn. Zarina mencadang dan Pn. Nonee menyokong. Usul diterima sebulat suara. 8.3.3.5 Kutipan JK Kebajikan. Ulasan: Unit Kebajikan sekolah akan membuat Program Tabung Prihatin Subest dari semasa ke semasa bagi membantu murid-murid yang memerlukan seperti kematian ibu bapa atau menghadapi masalah kesihatan bagi meringankan beban murid. Kutipan adalah secara sukarela. Puan Noorlia meminta ibu bapa agar berhubung dengan guru kelas sekiranya ada murid-murid yang memerlukan bantuan. Pn. Ain Flora mencadang dan Pn. Hasnie Othman menyokong. Usul diterima sebulat suara. 8.3.3.6 Kutipan Infak untuk surau. Ulasan: Pihak sekolah akan membuat kutipan secara berkala untuk kegunaan surau. Kutipan ini tidak wajib kepada setiap ibu bapa. Pn. Susilawati mencadang dan Pn. Shamsiah meyokong usul. Ahli mesyuarat menerima usul sebulat suara. 8.3.3.7 Aktiviti PRS. Ulasan: Pihak sekolah meminta bayaran RM50 daripada murid yang terlibat untuk menjalankan program ini. Pn. Zarina mencadang dan Pn. Badariah menyokong. Usul diterima sebulat suara. 8.3.3.8 Kem Kepimpinan MKT. Ulasan: Pihak sekolah meminta bayaran RM140 daripada murid yang terlibat untuk menjalankan program ini. Pn. Sharifah mencadang dan Pn. Nornee menyokong. Usul diterima sebulat suara.
10 13 8.3.4 Kokurikulum 8.3.4.1 Majalah RM14.50. Ulasan: Pn. Lim memaklumkan bahawa pihak sekolah akan membuat kutipan RM14.50 untuk majalah sekolah dan RM200 (anggaran sahaja) untuk Kem Pasukan Badan Beruniform. Pn. Rohaya Jaafar mencadang dan Pn. Zarina menyokong. Ahli mesyuarat menerima usul sebulat suara. 8.3.4.2 Saham dan yuran keahlian koperasi. Ulasan: Setiap murid berpeluang membeli saham koperasi iaitu RM10 dan yuran keahlian sebanyak RM2. Saham koperasi akan dibayar balik apabila murid tamat tingkatan 5. Ahli-ahli koperasi akan menerima dividen setiap tahun. Pihak koperasi juga ingin memohon kelulusan daripada ibu bapa agar saham yang tidak dituntut pada tahun-tahun lepas untuk dimasukkan ke dalam tabung kebajikan. Pn. Rohaya mencadang dan Pn. Lina Abdul Manan menyokong. Usul diterima sebulat suara. 8.3.4.3 Bayaran Jurulatih Luar Kelab Pedang RM60 sebulan, Taekwando RM60 sebulan dan Silat RM30 sebulan. Ulasan: Ahli-ahli kelab diminta untuk membuat bayaran jurulatih luar seperti yang telah ditetapkan. Pn Suhaida mencadang dan Pn. Nadia Nor menyokong. Usul diterima sebulat suara. 9.0 PENANGGUHAN MESYUARAT 9.1 Usul-usul yang dibincangkan telah mendapat sokongan daripada ahli-ahli mesyuarat antaranya En. Mohd Asri bin Ismali dan Pn. Zarina Mohamad Ansor. 9.2 Tuan Haji Nor Ifuan Bin Md Nor selaku YDP PIBG sesi 2022/2023 mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 11:00 pagi.
BIL NAMA AJK PIBG TARIKH MESYUARAT 22/07/22 24/09/22 14/01/23 1 PN. HJH NORHAZLIZA BINTI BASIRAN (PENASIHAT) / / / 2 TUAN HJ NOR IFUAN BIN MD NOR (YDP PIBG) / / / 3 PN. BADARIAH BINTI AB HAMID (NYDP PIBG) / / / 4 PN. HJH MALISA BINTI HAMDAN (SETIAUSAHA) / / / 5 PN. YUSMALIZA BINTI ISHAK (BENDAHARI) / / / 6 PN. ZARINA BINTI MOHAMAD ANSOR / / / 7 PN. NIK FARINA BINTI NIK MOHD FADZIL / / / 8 TN. HJ MURKHALIS BIN MOKHTAR / / TH 9 EN. ROSLAN BIN AHMAD / / / 10 EN. OMAR SHARIF BIN MD SANI / / / 11 PN. NUR JULIANA IDAWATY BINTI JUHARI / / / 12 EN. MASRUL ANWAR BIN ABAS / / TH 13 PN. FARAH WAHEEDA BINTI ABU BAKAR / / / 14 PN. NURUL HUDA BINTI HUSSIN / / / 15 PN. JAMIZA BINTI JAMALUDDIN / / / 16 EN. MOHD NURHAFIZ BIN AMAN / / / 17 EN. MOHD ROZAIDI BIN SA’ARI / / / 18 PN. SYAHIDAH BINTI ZAHARI@ISMAIL / / / PETUNJUK / HADIR TH TIDAK HADIR LAPORAN AKTIVITI PIBG 2022/2023 CARTA KEHADIRAN MESYUARAT JAWATANKUASA PIBG SESI 2022/2023 14
15 CARTA KEHADIRAN MESYUARAT JAWATANKUASA PIBG SESI 2022/2023 TURUT HADIR BIL NAMA AJK PIBG TARIKH MESYUARAT 22/07/22 24/09/22 14/01/23 1 PN. HJH MONALIZA BINTI ISMAIL PK PENTADBIRAN / / / 2 PN. NOORLIA BINTI DIN PK HEM ( BERSARA BULAN JANUARI 2023) / / - 3 PN. JUNAIDAH BINTI OTHMAN PK HEM ( BERMULA JANUARI 2023 ) - - / 4 PN. LIM LAY CHIN PK KOKURIKULUM / TH / 5 PN. NOR LIZA BINTI MOHD ROHANI PK PPKI / / / 6 PN. HJH KHADIJAH BINTI HAMLAWI PK PETANG / / / PETUNJUK / HADIR TH TIDAK HADIR
BIRO : AKADEMIK DAN ICT JUMLAH PERUNTUKAN : RM 30,347.74 Unifi Sekolah Mini Karnival Bahasa Inggeris Pembelian papan putih, papan putih acrylic dan alatan 36 Unit Speaker dan Amplifier (Kegunaan Ujian Mendengar BM & BI SPM serta 1. 2. 3. 4. siaraya) BIRO : PENGURUSAN PIBG JUMLAH PERUNTUKAN : RM 2,725.27 Bayaran Streamyard untuk AGM PIBG Jamuan Makan AGM PIBG Hadiah dan Cenderahati AGM PIBG 1. 2. 3. BIRO : HEM JUMLAH PERUNTUKAN : RM 43,024.00 Pertandingan Kelas Terbersih dan Terceria Perkhidmatan Mural untuk Laluan PPDa Tahun 2022 Unit Bimbingan dan 1. 2. Kaunseling 3. Kursus Pembimbing Rakan Sebaya Peringkat PPDPP 4. Ceramah Kesedaran / Pameran mesej dari Tirai Besi oleh Jabatan Penjara Malaysia 5. Pengesahan Pendaftaran Tingkatan 1 6. Pembelian kerusi meja murid 7. Pembelian khemah BIRO : KECERIAAN DAN PEMBANGUNAN FIZIKAL JUMLAH PERUNTUKAN : RM 31,300.00 Projek Baikpulih Tandas dan Lampu Blok Akademik Projek Tebang Pokok dan Baikpulih Tandas Blok Teknik dan Vokasional Projek Naik Taraf Sistem Siaraya Dataran Perhimpunan Meratakan Padang 1. 2. 3. 4. BIRO : KEBAJIKAN , KESELAMATAN DAN SOSIAL JUMLAH PERUNTUKAN : RM 16,240.00 1.Bayaran Khidmat RELA dari Jan - Disember BIRO : SUKAN DAN REKREASI JUMLAH PERUNTUKAN : RM 14,220 Bayaran Pendaftaran bagi Penyertaan Dalam MSSD Pembelian Kompang 12 untuk Kelab Kebudayaan, Kompang dan Sejarah 1. 2. 16
LAPORAN KEWANGAN PIBG SESI 2022/2023 PENYATA PENERIMAAN DAN PEMBAYARAN BAGI TEMPOH BERAKHIR 31 DISEMBER 2022 BIL BUTIRAN RM RM RM A Baki b/b 1 JANUARI 2022 134,199.15 Sumbangan PIBG 95,433.52 Sumbangan PIBG PPKI 4,968.00 Program Kecemerlangan Akademik 33,797.63 B PENERIMAAN 1 Dana Induk PIBG (a) Sumbangan PIBG (RM100.00) Nota 1 125,745.00 (b) Sumbangan PIBG PPKI (RM100.00) 6,800.00 2 Dana Kutipan Khas / Bayaran Tambahan (a) Program Kecemerlangan Akademik Nota 2 23,650.00 (b) Program Tandasku Identitiku 4,430.00 JUMLAH PENERIMAAN 160,625.00 C PEMBAYARAN 1 Perbelanjaan Induk PIBG (a) Biro Pengurusan PIBG 2,725.27 (b) Biro Akademik dan ICT 30,347.74 (c) Biro HEM 43,024.00 (d) Biro Kokurikulum/ Sukan dan Riadah 14,220.00 (e) Biro Keceriaan dan Pembangunan Fizikal 31,300.00 (f) Biro Keselamatan, Kebajikan dan Sosial 16,240.00 137,857.01 (g) Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) 7,550.00 2 Perbelanjaan Kutipan Khas / Lain-lain (a) Program Kecemerlangan Akademik 24,038.54 (b) Program Tandasku Identitiku 2,632.00 JUMLAH PEMBAYARAN 172,077.55 D BAKI PADA 31 DISEMBER 2022 (A + B - C) 122,746.60 Sumbangan PIBG Nota 1 83,321.51 Program Kecemerlangan Akademik Nota 2 33,409.09 Sumbangan PPKI 4,218.00 Program Tandasku Identitiku 1,798.00 17
AGIHAN DAN PERBELANJAAN SUMBANGAN PIBG SESI 2022/2023 UNIT/ BIRO NAMA PROGRAM / AKTIVITI PERUNTUKAN YANG DILULUSKAN (RM) JUMLAH KESELURUHAN (RM) SUMBER PERUNTUKAN (RM) BIRO AKADEMIK DAN ICT 20% Unifi Sekolah 4,692.74 Pembelian Speaker kegunaan ujian mendengar 11,000.00 Mini Karnival English 1,070.00 Pembelian whiteboard magnetic makmal 2,670.00 Pembelian whiteboard magnetic bengkel 915.00 Pembelian projector 2,550.00 Pembelian papan notis 500.00 Kursus Smart Solat 2,400.00 Pembelian speaker kegunaan ujian mendengar (Tambahan) 4,550.00 30,347.74 Sumbangan PIBG 2021/2022 16,659.51 S/PIBG 20% 25,149.00 Lebihan Kutipan 11,460.77 BIRO HEM 20% Pendaftaran Tingkatan 1 724.00 Gotong Royong Perdana 1,710.00 Anugerah Firdausi 750.00 Minggu PPDA 2,300.00 Kursus PRS 440.00 Mesej dari Tirai Besi 700.00 Kem Kepimpinan MPM 1,800.00 Pembelian kerusi meja murid 17,500.00 Majlis Hi-tea MPM 4,200.00 Pembelian khemah untuk surau dan kantin 12,900.00 43,024.00 Sumbangan PIBG 2021/2022 18,508.90 S/PIBG 20 % 25,149.00 Lebihan Kutipan 633.90 18 NOTA 1
BIRO KOKURIKULUM/ SUKAN DAN RIADAH 15% MSSD 12,780.00 Pembelian kompang 1,440.00 14,220.00 Sumbangan PIBG 2021/2022 16,153.40 Sumbangan PIBG 15 % 18,861.75 Lebihan Peruntukan 20,795.15 PENGURUSAN PIBG 5% Mesyurat Agung Sesi 2021/2022 1,928.77 Buku Resit 765.00 Caj Bank 31.50 2,725.27 Sumbangan PIBG 2021/2022 7,124.40 Sumbangan PIBG 5 % 6,287.25 Lebihan Peruntukan 10,686.38 BIRO KEBAJIKAN, SOSIAL & KESELAMATAN 15% Bayaran khidmat RELA 14,640.00 Hi-Tea SUBEST 1,600.00 16,240.00 Sumbangan PIBG 2021/ 2022 8,512.03 Sumbangan PIBG 15 % 18,861.75 Lebihan Kutipan 11,133.78 BIRO KECERIAAN PEMBANGUNAN FIZIKAL 25% Projek meratakan padang 7,000.00 Projek menaiktaraf taman 3,500.00 Baik pulih tandas dan lampu blok akademik 3,950.00 Projek tebang pokok,baik pulih blok votek 5,200.00 Projek pondok wakaf 3,400.00 Projek naiktaraf sistem siaraya PA system 8,250.00 31,300.00 Sumbangan PIBG 2021/ 2022 28,475.28 Sumbangan PIBG 25 % 31,436.25 Lebihan Peruntukan 28,611.53 BAKI / LEBIHAN SUMBANGAN PIBG PADA 31 DISEMBER 2022 83,321.51 19 NOTA 1
20 NOTA 2 PROGRAM KECEMERLANGAN AKADEMIK AKAUN PENERIMAAN DAN PEMBAYARAN SEHINGGA 31 DISEMBER 2022 BIL BUTIRAN RM RM BAKI B/B 1 Jan 2022 33,797.63 Penerimaan 2022 23,650.00 A JUMLAH PENERIMAAN 57,447.63 PEMBAYARAN Majlis Apresiasi Pelajar 10,440.00 Program K-A-S-I-H 9,220.00 Program Kecemerlangan Tingkatan 5 SPM 4,378.54 B JUMLAH PEMBAYARAN 24,038.54 C BAKI PADA 31 DISEMBER 2022 (A - B) 33,409.09
PROGRAM KECEMERLANGAN AKADEMIK (PKA) DAN SPM 2022 / 2023 BIL PROGRAM PERBELANJAAN 1 Majlis Apresiasi Pelajar RM 10,440.00 2 Program K-A-S-I-H RM 9,220.00 3 Program Kecemerlangan Tingkatan 5 SPM RM 4,378.54 JUMLAH RM 24,038.54 21 AGIHAN DAN PERBELANJAAN SUMBANGAN PIBG 2022 / 2023 PROGRAM KECEMERLANGAN AKADEMIK DAN SPM 2022 / 2023
22 LAPORAN JURUAUDIT 2022/2023
BIL NAMA IBU BAPA NAMA MURID CADANGAN / USUL BIRO MAKLUM BALAS USUL 1 Azizi bin Abdan Muhammad Alfarabi bin Azizi- Ting 3 Lithium Melihat dan mencari jalan penyelesaian bagi anak-anak yang mempunyai kesulitan bagi transportation ke sekolah. BIRO HEM (PIBG) Ibu bapa dan keluarga yang ada masalah pengangkutan adalah dinasihatkan mengusulkannya kepada Ahli Majlis/Adun untuk diusahakan untuk menyediakan Bas Smart Selangor sebagai pengangkutan bas sekolah. Usul ini di dalam tanggung jawab ibu bapa dan bukannya bidang kuasa PIBG/sekolah. 2 Muhamad Ikhwannasr Yusoff Tingkatan 2 Kalium Buku latihan Matematik - minta kebenaran untuk karang kiraan menggunakan buku garis berbanding buku petak. KURI Bilangan buku petak dikurangkan hanya 2 buah buku sahaja untuk sesi pagi manakala hanya 1 buah sahaja untuk sesi petang pada sesi 2023/24 (Berdasarkan senarai Pakej Buku 2023). 3 Badariah Ab Hamid Dhiya Arissa binti Mohamad Adnan 1. Memberi kebenaran utk ibubapa menjalankan bengkel-bengkel pengukuhan subjects untuk pelajar-pelajar Tingkatan 5 2023 - pada Sabtu dan Ahad mingguminggu tertentu di sekolah, Kelolaan Muafakat Ibu bapa. KURI Pihak pentadbir membenarkan bengkel-bengkel pengukuhan subjek untuk murid-murid tingkatan 5 2023/24 di bawah kelolaan Muafakat Ibu bapa pada hari Sabtu dan Ahad yang tertentu di sekolah dengan pemakluman dan permohonan secara bertulis terlebih dahulu. 2. Isu Kantin - mohon perbaiki. Dah beberapa tahun kebelakangan ini, pelajarpelajar tidak minat untuk membeli dan makan di Kantin disebabkan kualiti makanan yang tidak sedap. HEM Tender kantin baharu akan dibuka pada tahun 2023 ini. Teguran dan cadangan telah dikemukakan oleh AJK Kantin kepada pengusaha kantin. 23 PERBINCANGAN USUL AHLI PIBG Catatan : Hanya usul ibu bapa yang hadir akan dibincangkan semasa mesyuarat.
3. Kelas tambahan sekolah waktu petang, Form 5 dimulakan lebih awal - sebelum PPT. KURI Cadangan akan dipertimbangkan bergantung kepada takwim sekolah. 4. Mengadakan lebih kerap ujian dan exam dalaman untuk mengesan tahap pencapaian murid untuk group UASA dan Form 4,5. KURI Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) murid dijadualkan berasaskan ketetapan KSSM. 5. Kokurikulum - mengenal pasti bakat murid dengan mengadakan aktiviti cungkil bakat. KOKU Telah dilaksanakan dan akan ditambah baik. 6. Aktiviti kolaborasi bersamasama dengan Universiti untuk pendedahan murid. KURI Telah dilaksanakan dan akan diteruskan. 4 Mohd Khairul Apnadi Ahmad Fiqrie Nidzam 1. Penggunaan semula whatsapps untuk group ibu bapa bagi setiap kelas menggantikan Telegram. Didapati penggunaan whatsapps lagi mudah dan sentiasa diikuti oleh ibu bapa berbanding dengan Telegram. HEM Medium komunikasi rasmi JPS, PPD dan pihak sekolah adalah menggunakan applikasi Telegram. Pihak sekolah mendapati lebih mudah menyalurkan maklumat melalui Telegram berbanding whatsapps. 2. Pihak sekolah mengadakan tuisyen bagi murid-murid yang lemah dan berminat dalam mata pelajaran tertentu. Ibu bapa juga harus bersetuju untuk memberi sedikit sumbangan secara sukarela untuk menjayakan program tuisyen tersebut. KURI Pihak sekolah telah menjalankan kelas-kelas tambahan melalui Program K-A-S-I-H yang menumpukan kepada murid yang lemah. Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) juga telah dijalankan dibawah kelolaan Unit Bimbingan dan Kaunseling. 24
1) UMUM BIL PERKARA RM 1 Kutipan Sumbangan Keluarga 100.00/keluarga 2) KURIKULUM BIL PERKARA RM 1 Program Kecemerlangan Akademik (PKA) Tingkatan 5 100.00/seorang 2 Program Kecemerlangan Akademik (PKA) Tingkatan 4 50.00/seorang 3 Program Kecemerlangan Akademik (PKA) Tingkatan 1,2,3 25.00/seorang 4 Kem Kepimpinan PSS 50.00 5 Majlis Sanjung Budi PSS 100.00 3) HAL EHWAL MURID BIL PERKARA RM 1 Program Pemantapan 3K 10.00/keluarga 2 Sumbangan Kelas 5.00 (maksima) 3 Majlis Apresiasi Murid Tingkatan 5 (Graduasi) 150.00 4 Kem Kepimpinan MPM 150.00 5 Kutipan JK Kebajikan (Tabung Prihatin SUBEST) Mengikut keperluan 6 Kutipan Infaq untuk surau Mengikut keperluan 7 Program Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) 70.00 8 Kem Kepimpinan MPK 150.00 9 Majlis Penghargaan Pemimpin Murid (MPM) 100.00 4) KOKURIKULUM BIL PERKARA RM 1 Majalah 15.00 2 Kem Unit Beruniform 150.00 3 Koperasi - Saham 10.00 - Yuran Keahlian 2.00 4 Bayaran Jurulatih luar Taekwando RM30.00/bulan 5) PPKI BIL PERKARA RM 1 Jamuan Akhir Tahun 50.00 2 Aktiviti Pembelajaran dan Keceriaan Kelas 40.00 3 Panitia Pendidikan Khas PPDPP 10.00 25 USUL SEKOLAH UNTUK MESYUARAT AGUNG PIBG 2023/2024 KUTIPAN SUMBANGAN PIBG DAN KUTIPAN LAIN
Penasihat : PN. HJH NORHAZLIZA BINTI BASIRAN (Pengetua) Yang Dipertua : Naib Yang Dipertua : Setiausaha Kehormat : PN. HJH MALISA BINTI HAMDAN (Guru) Bendahari Kehormat : PN. YUSMALIZA BINTI ISHAK (Guru) Pen. Bendahari : PN. FARAH WAHEEDA BINTI ABU BAKAR (Guru) AJK Guru 1. EN. MOHD ZAMRI BIN AWANG (Biro Pembangunan Fizikal dan Riadah) 2. EN. MOHD NURHAFIZ BIN AMAN (Biro Sukan) 3. PN. WAN AIDAYUSNITA BINTI WAN YAHAYA (Biro HEM) 4. PN. JAMIZA BINTI JAMALUDDIN (Biro Kebajikan & Keselamatan) 5. PN. NURULHUDA BINTI HUSSIN (Biro Akademik & ICT) AJK Ibu Bapa / Penjaga 1. 2. 3. 4. 5. Juruaudit 1. PN. SYABIRAH BINTI MD ALI ( Guru ) 2. ( Ibu bapa ) AJK PIBG 2023 / 2024 26
KAL I KE-14 JK PELAKSANA MESYUARAT AGUNG PIBG AJK INDUK 27 Penasihat : PN. HJH NORHAZLIZA BINTI BASIRAN YDP PIBG : TN. HJ NOR IFUAN BIN MD NOR NYDP PIBG : PN. BADARIAH BINTI AB HAMID Setiausaha Kehormat : PN. HJH MALISA BINTI HAMDAN Bendahari Kehormat : PN. YUSMALIZA BINTI ISHAK AJK Ibu Bapa : 1. PN. ZARINA BINTI MOHAMAD ANSOR 2. PN. NIK FARINA BINTI NIK MOHD FADZIL 3. TN. HJ MURKHALIS BIN MOKHTAR 4. EN. ROSLAN BIN AHMAD 5. EN. OMAR SHARIF BIN MD SANI 6. PN. NUR JULIANA IDAWATY BINTI JUHARI AJK Guru : 1. PN. FARAH WAHEEDA BINTI ABU BAKAR 2. PN. NURULHUDA BINTI HUSSIN 3. PN. JAMIZA BINTI JAMALUDDIN 4. EN. MOHD NURHAFIZ BIN AMAN 5. EN. MOHD ROZAIDI BIN SA’ARI 6. PN. SYAHIDAH BINTI ZAHARI@ISMAIL Juruaudit Dalam : 1. PN. SYABIRAH BINTI MD ALI Juruaudit Luar 2. EN. MASRUL ANWAR BIN ABAS
PENYELARAS: GKMP KEMANUSIAAN PERSIAPAN MAKMAL KOMPUTER ASWANI BINTI ABDUL AZIZ (K) NIL ATIFAH BINTI MOHD NYISAK 1. 2. KEBERSIHAN , KECERIAAN & SANITIZING SITI NAJIHAH BINTI MOHD NAWI (K) FATIN FATHIAH BINTI ABD ZULQURNAIN * Pekerja Kebersihan Sekolah 1. 2. 3. SIARAYA HAZLAN BIN OMAR (K) AHMAD TAUFIK BIN MOHAMAD FUAD 1. 2. PENYELARAS: GKMP TEKNIK DAN VOKASIONAL SURAT-MENYURAT 1. HJH MALISA BT HAMDAN TEKS KATA ALU-ALUAN BUKU PROGRAM DAN TEKS UCAPAN SURIANI BINTI MOHAMED (K) SITI HALIMAHTON SAADIAH BINTI JAMALUDDIN 1. 2. PROMOSI, PUBLISITI DAN LATAR PENTAS AZREN BIN ABDULLAH ZAWAWI (K) MAHADI BIN ALI 1. 2. BUKU PROGRAM DAN PENERBITAN SYAHIDAH BINTI ZAHARI @ ISMAIL (K) NOOR SAADAH BINTI AZIZ CENATHARIA ANAK ATOS 1. 2. 3. BACAAN DOA 1. NOOR IHSAN BIN MOHD NOOR PENGACARAAN NURUL NAJWA BINTI AZMI (K) NURRUBIEYATUL AKMA BINTI AHAMED 1. 2. KAL I KE-14 JK PELAKSANA MESYUARAT AGUNG PIBG Jawatankuasa Pelaksana 28 PENYELARAS PROGRAM NORAIZAM BIN SULAIMAN SAMBUTAN ROSIDA BINTI MUSA Jawatankuasa Pelaksana
‘POWER POINT’ DAN ‘MONTAJ’ FARAH WAHEEDA BINTI ABU BAKAR (K) ZAKARIA BIN ISA 1. 2. TEKNIKAL EDIKOUP BIN LAKIP SEDIYANTO (K) MOHD NURHAFIZ BIN AMAN MUHAMMAD LUQMAN BIN MUHAMMAD SAIFUL 1. 2. 3. PENYELARAS: GKMP BAHASA PENCATAT MINIT DAN PENYEDIAAN MINIT MESYUARAT SALMAH BINTI AHMAD (K) CHE NUR ALISA BINTI CHE JUHAN 1. 2. PENYEDIAAN GF PENGUNDIAN ONLINE / MENGIRA DAN MENCATAT UNDI JULIANA BINTI ADAM (K) NURUL HASANATULAKMA BINTI NAWANG 1. 2. JURUFOTO 1. MUHAMMAD LUQMAN BIN MUHAMMAD SAIFUL (K) SURAT JAWAPAN USUL NURULHUDA BINTI HUSSIN (K) WAN SITI NUR ASMAT BINTI WAN NORDIN CHOW HOOI MIN 1. 2. 3. DOKUMENTASI JAMIZA BINTI JAMALUDDIN (K) NOR AISHAH BINTI ZAINAL ABIDIN 1. 2. PENYELARAS: GKMP SAINS DAN MATEMATIK PENDAFTARAN IBU BAPA DAN GURU FADZLIANA BINTI MAJID (K) FAN HOOI LENG 1. 2. CENDERAHATI & SIJIL SYABIRAH BT MD ALI (K) FATINAH BINTI KAMARUDDIN 1. 2. KAL I KE-14 JK PELAKSANA MESYUARAT AGUNG PIBG Jawatankuasa Pelaksana 29
BIL KELAS PENERIMAAN (RM) 1 5 NEBULA 3,670.00 2 5 NEUTRON 5,160.00 3 5 AURORA 2,500.00 4 5 SOLARIS 3,070.00 5 5 ERIS 3,500.00 6 5 ATRIA 1,020.00 7 5 SURIA 1,600.00 8 5 RHEA 320.00 9 5 LUNAR 1,350.00 10 5 MIKRON 1,350.00 11 5 ORION 3,575.00 12 5 HIDRA 3,370.00 13 5 KOSMIK 1,100.00 14 5 METEOR 2,840.00 15 Kutipan Infaq Jumaat 10/2/2023 & 17/2/2023 320.00 16 Sumbangan Ahli Parlimen Sg Buluh 17/2/2023 980.00 17 Sumbangan lebihan kutipan sesi fotografi graduasi 68.00 18 Sumbangan PKA 22/2/2023 2,000.00 JUMLAH PENERIMAAN 37,793.00 REKOD PENERIMAAN DAN PERBELANJAAN PROGRAM PERMUAFAKATAN SPM 2022/2023 30 PENERIMAAN
TARIKH TUJUAN PERBELANJAAN (RM) 14/1/2023 Air Zam-zam 3,378.00 14/1/2023 Bekas botol plastik 204.90 27/1/2023 Kismis 820.00 30/1/2023 Roti Gardenia 151.80 30/1/2023 Makanan Chicken / Egg mayo 404.00 30/1/2023 Minuman Air Mineral untuk 30/1/2023 109.00 30/1/2023 Minuman Air Mineral untuk 31/1/2023 27.80 01/2/2023 Minuman Air Mineral untuk 2/2/2023 50.00 02/2/2023 Bekas Zipper plastik kurma & kismis 151.60 03/2/2023 Makanan Karipap Pusing 410.00 06/2/2023 Wang Infaq untuk makanan pelajar di hospital 100.00 07/2/2023 Makanan Gula-gula 398.80 09/2/2023 Makanan Shima Kantin 2,331.20 10/2/2023 Makanan Umubakeshop 2,450.00 15/2/2023 Makanan Pizza 2,950.00 15/2/2023 Makanan Shima Kantin 2,719.04 16/2/2023 Minuman Air Mineral 1,764.90 16/2/2023 Makanan Kismis 200.00 16/2/2023 Makanan Umubakeshop 1,225.00 17/2/2023 Makanan Shima Kantin 9,076.00 17/2/2023 Makanan LJ Catering 1,230.00 REKOD PENERIMAAN DAN PERBELANJAAN PROGRAM PERMUAFAKATAN SPM 2022/2023 31 PERBELANJAAN
TARIKH TUJUAN PERBELANJAAN (RM) 19/2/2023 Makanan Roti Gardenia 450.80 19/2/2023 Makanan Gula-gula 1,185.80 19/2/2023 Bekas plastik 18.70 19/2/2023 Makanan LJ Catering 548.00 20/2/2023 Makanan 23/2/23 (53 x 6 = RM318) 318.00 20/2/2023 Makanan 13/3/23 (155 x 6 = RM930) 930.00 20/2/2023 Makanan 1/3/23 (490 x 2.80 = RM1,372) 1,372.00 21/2/2023 Makanan tambahan nasi goreng (79x2.00 =RM158.00) 158.00 22/2/2023 Makanan tambahan nasi goreng 1/3/2023 (490 L/Sum Cost RM770.00) 770.00 22/2/2023 Makanan untuk Neutron 2/3/2023 (30 x RM14.00 = RM420.00) 420.00 22/2/2023 Makanan donat 7/3/2023 (86 x 1.00 = RM86.00) 86.00 22/2/2023 Makanan tempahan dari Puan Abby 9/3/2023 (3 x 7.50 = RM22.50) 22.50 22/2/2023 Makanan untuk peperiksaan Sains Sukan 14/3/2023 (38 x 4.00 = RM152.00) 152.00 22/2/2023 Makanan Nasi Paprik peperiksaan Geo 15/3/2023 (83 x 5.50 =RM456.50) 456.50 22/2/2023 Tambahan Air Mineral / Air Kotak / Plastik 752.66 JUMLAH PERBELANJAAN 37,793.00 REKOD PENERIMAAN DAN PERBELANJAAN PROGRAM PERMUAFAKATAN SPM 2022/2023 32 PERBELANJAAN
33 Merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada; Yang Di Pertua dan Ahli Jawatankuasa PIBG SMK Subang Bestari Pengetua, Penolong-penolong Kanan, GKMP, guru-guru dan warga SUBEST Semua waris yang telah memberi kerjasama dan sumbangan dalam menjayakan majlis kita pada hari ini Serta Semua pihak yang terlibat dalam membantu dari segi kewangan, material, tenaga dan sokongan moral dalam melaksanakan majlis ini dengan jayanya. Semoga usaha ini diberkati dan dipermudahkan demi kecemerlangan anak-anak SUBEST. SUBEST IS THE BEST SEKALUNG PENGHARGAAN