TEMA 5: JATI DIRI, PATRIOTISME DAN
KEWARGANEGARAAN
UNIT 15 KERANAMU MALAYSIA
DUTA KECIL MALAYSIA
KEMAHIRAN MENULIS
Standard Kandungan:
3.2 Menulis perkataan, frasa, dan ayat yang
bermakna
Standard Pembelajaran:
3.2.4 Menulis teks prosa yang diimlakkan
Objektif Pembelajaran:
Pada akhir pembelajaran murid dapat:
i.membaca petikan teks prosa
ii.menulis teks prosa yang diimlakkan
Kriteria Kejayaan:
i.membaca satu petikan teks prosa
ii.menulis satu teks prosa yang diimlakkan
Membaca rencana
Menulis teks prosa yang
diimlakkan.
Malaysia telah menghantar ramai pelajar melanjutkan pelajaran
ke luar negara antaranya di Australia, United Kingdom, Jepun,
Korea, Mesir dan Arab Saudi. Mereka ke sana dengan
pembiayaan sendiri atau mendapat tajaan biasiswa daripada
kerajaan atau pihak swasta. Kepelbagaian bangsa penuntut
Malaysia membentuk komuniti yang bersatu misalnya
penubuhan Kelab Pelajar Malaysia United Kingdom dan
Pertubuhan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Amerika Syarikat.
Jabatan Penuntut Luar selalu memantau dan mengingatkan
pelajar agar mempunyai jati diri yang mantap serta menjadi
warganegara yang mengamalkan sikap dan nilai murni. Sebagai
duta kecil, penuntut mestilah menjaga nama baik dan imej
Malaysia dan menguar-uarkan keunikan dan kejayaan Malaysia
di luar negara.
Latihan pengukuhan:
Murid dikehendaki menulis teks prosa yang
diimlakkan. Teks tersebut hendaklah ditulis
dalam buku tulis.
Hantar hasil kerja kepada guru mata pelajaran
Bahasa Melayu untuk disemak dan dinilai.
Contoh penulisan dalam buku tulis:
hari tarikh
Duta Kecil Malaysia
Malaysia telah menghantar ramai pelajar melanjutkan pelajaran ke luar negara
antaranya di Australia, United Kingdom, Jepun, Korea, Mesir dan Arab Saudi.
Mereka ke sana dengan pembiayaan sendiri atau mendapat tajaan biasiswa
daripada kerajaan atau pihak swasta. Kepelbagaian bangsa penuntut Malaysia
membentuk komuniti yang bersatu misalnya penubuhan Kelab Pelajar Malaysia
United Kingdom dan Pertubuhan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Amerika
Syarikat. Jabatan Penuntut Luar selalu memantau dan mengingatkan pelajar
agar mempunyai jati diri yang mantap serta menjadi warganegara yang
mengamalkan sikap dan nilai murni. Sebagai duta kecil, penuntut mestilah
menjaga nama baik dan imej Malaysia dan menguar-uarkan keunikan dan
kejayaan Malaysia di luar negara.
Belajar terus belajar…
Selamat maju Jaya…