BAHASA MELAYU TAHUN 5
TEMA 5 JATI DIRI, PATRIOTISME DAN
KEWARGANEGARAAN
UNIT 15 KERANAMU MALAYSIA
KEJUARAAN WARGA MALAYSIA
TATABAHASA
Standard Kandungan:
5.2 Memahami dan menggunakan bentuk kata mengikut konteks.
Standard Pembelajaran:
5.2.3 (iii) Memahami dan menggunakan kata ganda mengikut
konteks.
(kata ganda berentak)
Objektif Pembelajaran:
Pada akhir pembelajaran, murid dapat:
i.menyenaraikan kata ganda berentak dalam petikan teks
dengan betul
ii. membina ayat dengan menggunakan kata ganda berentak
Kriteria Kejayaan:
i.menyenaraikan sembilan kata ganda berentak dalam teks
ii.membina sembilan ayat dengan menggunakan kata ganda
berentak
Baca petikan berita sukan.Perhatikan kata ganda
berentak yang bergaris merah.
Maksud kata ganda berentak
Kata ganda berentak yang terdapat
dalam teks berserta maksudnya:
kata ganda berentak maksud
keluh-kesah keluhan, kata-kata untuk melahirkan
perasaan sedih kerana menderita
gopoh-gapah kesusahan
tindak-tanduk
cepat-cepat, lekas-lekas, tergesa-
bukit-bukau gesa,terburu-buru
apa-apa yang dilakukan, perbuatan
bertindak
kawasan yang berbukit-bukit
gunung-ganang berbagai-bagai gunung, banyak gunung
ulang-alik bolak-balik, mundar-mandir, melakukan
berulang-ulang
saudara-mara
selok-belok semua kaum keluarga jauh dan dekat
warna-warni keadaan, tidak tetap arah, berliku-liku
warna-warna yang pelbagai
Contoh ayat:
1.Ahmad gopoh-gapah ke sekolah pagi itu kerana dia lewat bangun tidur.
2.Orang ramai memerhatikan tindak-tanduk lelaki yang tidak siuman itu.
3.Kawasan di desa itu berbukit-bukau dan pemandangannya indah nian.
4.Banjaran Titiwangsa dipenuhi gunung-ganang yang memukau pandangan
para pendaki.
5.Fakhrul tidak pernah keluh-kesah dan sanggup ulang-alik setiap hari dari
Seremban ke Kuala Lumpur demi tugasnya.
6.Walaupun baru tiga tahun berada di negeri orang Salihin sudah mahir
dengan selok-belok di situ.
7.Semasa sambutan hari perayaan saudara-mara jauh dan dekat datang
bertandang.
8.Pesta layang-layang menyaksikan pertunjukan layang-layang dan pelbagai
wau yang berwarna-warni.
Belajar terus belajar…
Selamat maju jaya…