EDISI 71 SANTAI TRAVEL INSPIRASI PERCU KDN : PPI9083/08/2016(034564) EDISI 71 2017 RM 8.00 INSPIRASI PERCUTIANKU / / 47 ‘geng travel’ yang masing-masing pun tak kenal satu sama lain, tour leader Puan Emmy dan tourist guide yang dah sedia menanti kami di Airport Istanbul, Mr. Murad. Tak terasa penatnya berada dalam flight bila kami sentiasa diberi layanan baik oleh Puan Emmy. Kami diberi penerangan dan maklumat awal mengenai setiap destinasi yang nak dilawati. Memang banyak input yang dapat melalui pengembaraan kali ini. Berbeza dengan agensi pelancongan lain, kami tidak bermalam di Istanbul untuk hari pertama sebaliknya bertolak ke Bursa dengan menaiki bas. persiaran lengkap dengan wifi dan charger. Tujuannya ialah untuk memberi kami lebih masa berada di Istanbul untuk dua malam terakhir. Ikon Pelancongan Pilihan Ibarat membuat pusingan yang besar, pengembaraan kami bermula di Istanbul ke Bursa, Pamukkale, Capadoccia, Ankara, Bolu dan kembali semula ke Istanbul. Perjalanan dari lokasi ke lokasi yang lain pula memakan masa yang agak lama. Tapi jangan risau, dengan kemudahan yang ada di dalam bas seperti akses cas telefon dan juga wifi berkelajuan pantas adalah sesuatu yang boleh dikira cukup baik. Tambahan pula, bas akan berhenti setiap dua jam di hentian Lebuhraya seakan kawasan rehat dan rawat di Malaysia. Bursa, bandar ke-4 terbesar di Turki ini antara yang kami lawati. Masjid Agung Bursa atau Bursa Grand Mosque Ulu Camii menjadi ikon pelancongan terunggul dari kisah sejarah dan keunikan senibinanya. Terkenal dengan masjid 20 kubah bersama dua menara yang menjulang tinggi, bahagian dalamannya dihiasai 192 seni kaligrafi yang cukup menarik. Jika berada di Bursa, wajib untuk singgah di Munira, salah satu gedung jualan terbesar yang popular. Semua barang-barang yang ada di sini melambangkan budaya Turki bermula dari makanan, pakaian, hiasan, produk kesihatan, dan cenderahati buatan tangan. Istimewanya, ada sesetengah dari pekerja di sini boleh berinteraksi dalam Bahasa Melayu dengan cukup baik sekali. Antara Cinta dan Pesona Antique City of Hierapolis, adalah antara lokasi yang dari awal lagi saya dah masukkan dalam senarai bucket list. Alkisahnya bila terjebak dengan drama episod bertajuk The Magnificent Century. Drama berlatar belakangkan sejarah Turki sarat dengan bangunan-bangunan senibina purba memang buat hati ini jatuh cinta. Terletak di Pamukkale, Antique City of Hierapolis, Cotton Castle dan Cleopatra Antique Pool terletak berdekatan sahaja. Dengan van yang disediakan, kami mula merakamkan memori sebagai koleksi kenang-kenangan sambil mendengar tentang sejarahnya dari Mr. Murad. Antaranya rendaman air suam di Cotton Castle dipercayai dapat memulihkan mereka BURSA, BANDAR KE-4 TERBESAR DI TURKI INI ANTARA YANG KAMI LAWATI. MASJID AGUNG BURSA ATAU BURSA GRAND MOSQUE ULU CAMII MENJADI IKON PELANCONGAN TERUNGGUL DARI KISAH SEJARAH DAN KEUNIKAN SENIBINANYA. TERKENAL DENGAN MASJID 20 KUBAH BERSAMA DUA MENARA YANG MENJULANG TINGGI, BAHAGIAN DALAMANNYA DIHIASAI 192 SENI KALIGRAFI YANG CUKUP MENARIK.
EDISI 71 SANTAI TRAVEL INSPIRASI PERCU KDN : PPI9083/08/2016(034564) EDISI 71 2017 RM 8.00 ANTARBANGSA//TURKI 48 / / INSPIRASI PERCUTIANKU
EDISI 71 SANTAI TRAVEL INSPIRASI PERCU KDN : PPI9083/08/2016(034564) EDISI 71 2017 RM 8.00 INSPIRASI PERCUTIANKU / / 49 yang menghidap penyakit kulit ataupun ekzema. Menurut kepercayaan masyarakat dahulu, mandi di kolam Cleopatra boleh membuatkan wajah menjadi cantik. Fakta atau mitos, saya sendiri tak pasti. Tahu tak apa yang seronok kalau ikut pengembaraan melalui agensi pelancongan? Selain mereka dah sediakan itinerary lengkap, makan minum yang lazat dan penginapan serba selesa, dah tentulah jalinan ukhwah kesemua yang turut serta dalam program ni. Kalau hari pertama ada yang diam membisu kini hubungan tu dah ibarat satu keluarga! Masingmasing nampaknya mula mesra, berkongsi rasa dan bicara. Mimpi Bertukar Realiti Ketika mula-mula merancang untuk bercuti di Turki, Hot Air Balloon antara aktiviti yang saya nak sangat lakukan. Seperti yang telah dijadualkan, kami akan merasai pengalaman berada di dalam belon panas di Capadoccia, tetapi atas nasihat Puan Emmy yang khuatir akan keadaan cuaca yang tak menentu maka lokasinya telah berubah ke Pamukkale. Dari semua gigit jari mengharapkan cuaca yang sukar diramal di Capadoccia, kami semua bersetuju dengan cadangan Puan Emmy. Seawal jam 5.30 pagi kami dah bergerak ke kawasan khas belon panas. Walaupun baru bangun tidur tapi semua siap dengan pakaian OOTD yang begitu menyerlah. Selesai penerangan oleh Kapten yang bertugas, belon panas perlahanlahan meninggalkan ruang tanah lapang. Sedar tak sedar kami dah berada di atas awan. Ibarat menyaksikan lukisan alam yang terbentang luas. Sesekali teringatkan gambaran begini, sama dan serupa dengan gambar kalender meja ofis. Tak sangka ia mampu menjadi realiti. Kira-kira satu jam pengembaraan di atas awan, dengan pelbagai koleksi gambar sebagai kenang-kenangan, masing-masing menguntum senyuman tanda puas. Manisnya Cinta di Cappadocia Hati yang girang berganti teruja apabila kami diberitahu, Puan Emmy dah ‘upgrade’ bilik hotel kami semua untuk merasai pengalaman bermalam di dalam hotel gua. Cappadocia sememangnya terkenal dengan tarikan bentuk muka bumi yang unik dan salah satunya adalah bermalam di dalam gua. Berada di Cappadocia ini seakan berada di dunia yang berbeza. Sesekali terasa berada di dalam karektor flintstone. Menariknya, hotel yang dipilih Puan Emmy ini adalah antara lokasi yang pernah dijadikan tempat penggambaran filem Manisnya Cinta di Cappadocia. Ruang dalam hotel Yunak Evleri ini berlainan untuk setiap satu bilik yang disediakan. Jadi bayangkan betapa terujanya masing-masing buat ‘inspection’ dari satu bilik ke bilik yang lain. Bersarapan pagi dan makan malam dalam suasana yang lain dari kebiasaan memang seronok sangat. CAPPADOCIA SEMEMANGNYA TERKENAL DENGAN TARIKAN BENTUK MUKA BUMI YANG UNIK DAN SALAH SATUNYA ADALAH BERMALAM DI DALAM GUA. BERADA DI CAPPADOCIA INI SEAKAN BERADA DI DUNIA YANG BERBEZA. SESEKALI TERASA BERADA DI DALAM KAREKTOR FLINTSTONE.
EDISI 71 SANTAI TRAVEL INSPIRASI PERCU KDN : PPI9083/08/2016(034564) EDISI 71 2017 RM 8.00 ANTARBANGSA//TURKI 50 / / INSPIRASI PERCUTIANKU
EDISI 71 SANTAI TRAVEL INSPIRASI PERCU KDN : PPI9083/08/2016(034564) EDISI 71 2017 RM 8.00 INSPIRASI PERCUTIANKU / / 51 Di Cappadocia kami berkesempatan melalui pengembaraan Jeep Safari. Lima orang dalam satu jeep termasuk pemandu, kami dibawa ke jalan berliku-liku ala-ala padang pasir. Adventure betul. Terkadang rasa nak muntah mungkin disebabkan laluan bengkang-bengkok. Tapi apabila sampai di spot akhir, memang kagum sangat dengan pemandangannya. Pemandu warga Turki ini pula begitu rajin melayan kami bergambar. Dia pula yang ajar cara nak pose. Ceritera Kota Lantera Dari Cappadocia nak menuju ke Istanbul, kami singgah bermalam di Bolu. Menginap di Hotel Elifim Resort, hotel ini sering menjadi lokasi persinggahan pelancong sebelum ke Istanbul. Cuaca di sini agak sejuk, mencecah 8 darjah selsius. Selesai urusan check out, maka hari yang ditunggu telahpun tiba. Kami akhirnya tidak di Istanbul dan lokasi pertama tentunya Hagia Sophia Grand Mosque atau digelar Ayasofya Camii. Kagum sangat dengan senibina masjid ni. Terima kasih pada Aurasy Travel & Tours sebab dah atur perjalanan kami untuk solat di sini. Memang sesekali flashback babak-babak dalam cerita The Magnificent Century tu. Kemudian kami ke The Blue Mosque atau Sultan Ahmet Camii, Topkapi Palace Museum, Arasta Bazaar dan terus menjamu selera di salah sebuah restoran makanan cina yang terletak di pusat bandar. Akhirnya. Dapat juga merasa masakan yang seakan-akan dengan makanan Malaysia. Buat yang tak tahu, makanan di Turki kebanyakannya kurang rasa dan makanannya tak ada kuah-kuah yang macam biasa kita makan. Sos cili langsung tak ada ya. Jadi digalakkan untuk bawa serunding mahupun sambal ikan bilis. Buat yang berjaya menikmati makanan Turki lebih dari tiga hari tanpa sebarang perasa tambahan yang dibawa, anda hebat. Di Istanbul kami di bawa ke Spice Bazaar. Spice bazaar ini adalah sebuah pasar basah bagi penduduk Turki yang berkonsepkan Gedung tertutup. Di sini ada dijual segala rempah masakan, teh, manisan Turki, kekacang, ubat-ubatan, sayursayuran dan banyak lagi. Koleksi fesyen terkini pun ada. Orang kata, kalau dah terlanjur ke Turki ni kena dapatkan sekurang-kurangnya satu barangan kulit asli yang dijual jauh lebih murah dari brand-brand terkemuka. Tapi jangan risau, kualitinya setanding jenama mahal tau. Semua tu ada di Bilgin’s Luxury. Bukan hanya boleh tengok barangan kulit yang bergantung di rak tapi pengunjung disajikan dengan ‘fashion show’ di mana model-model tersebut memperagakan jaketjaket kulit yang terpilih. Pertama kali datang butik yang ada servis peragaan sekali. Istimewanya trip ni, kami berkesempatan merasai sendiri pengalaman pelayaran santai di Bosphorus Cruise. Lebih seronok bila pihak Aurasy Travel & Tours dah sewakan seluruh cruise tu hanya untuk kami. Tak perlu nak berebut tempat duduk, masing-masing boleh menikmati pemandangan dalam cruise. Berlatarkan kebiruan laut Selat Bosphorus dengan landskap kota yang padat, deretan bangunan lama memang menarik perhatian. Waktu petang, kami diberi peluang ‘free & easy’ berjalan di sekitar The Galata Tower dan Taksim Square. Puas dapat jelajah dari satu kedai ke satu kedai. Baju-baju berjenama di sini kebanyakannya lebih murah berbanding di Malaysia. Dalam keterujaan membeli-belah untuk keluarga dan sahabat handai di Malaysia, kami tiba di lokasi terakhir di Bumi Turki. Juga merupakan syurga membeli-belah bagi pelancong yang datang ke Turki, Grand Bazaar menjadi potret akhir yang kami rakamkan sebelum berangkat ke Lapangan Terbang Istanbul. Terima kasih Aurasy Travel & Tours atas segalanya. Sampai jumpa lagi Puan Emmy, Kak Izan, Kak Farah, Kak Lynn, Kak Amy, Jejai & K. Juga buat En.Zamri sekeluarga. Ada rezeki, kita jumpa lagi di lain destinasi. Selamat tinggal Turki.
EDISI 71 SANTAI TRAVEL INSPIRASI PERCU KDN : PPI9083/08/2016(034564) EDISI 71 2017 RM 8.00 52 / / INSPIRASI PERCUTIANKU ANTARABANGSA//INDIA KEMBARA TANAH SUCI INDIA TEKS : AZLI KHAIRI ABDUL HAMID (AK) GAMBAR : KASSIM & AK India, sebuah negara yang besar dan terkenal dengan filem-filem hindi dan tamil yang selalu ditayangkan di pawagam dan kaca televisyen di Malaysia. Peluang yang diberikan oleh AirAsia untuk terbang ke Tiruchirappali, Selatan India di kawasan Tamil Nadu tidak dilepaskan.
EDISI 71 SANTAI TRAVEL INSPIRASI PERCU KDN : PPI9083/08/2016(034564) EDISI 71 2017 RM 8.00 INSPIRASI PERCUTIANKU / / 53 J ika ingin ke Trichy dahulu, anda perlu ke Chennai. Dari Chennai baru anda dapat ke Trichy. Kini, terima kasih kepada pihak AirAsia, untuk ke Trichy anda boleh menaiki pesawat terus dari Kuala Lumpur ke Trichy. Tiruchirappali atau Trichy… Saya tiba di Lapangan Terbang Trichy jam 9.00 pagi. Perbezaan masa di sini lambat dua jam setengah dari waktu Malaysia. Saya terus ke Hotel Tamil Nadu yang terletak tujuh kilometer dari lapangan terbang ini. Perkara pertama yang terlintas di dalam fikiran adalah keadaan di Bandar Trichy ini saling tidak tumpah seperti yang selalu disaksikan di kaca televisyen melalui fielm-filem Tamil. Pendudukpenduduknya masih memakai pakaian tradisional seperti sari dan bagi lelaki pula lebih selesa mengenakan kain dari memakai seluar. Nama Trichy diberi oleh pihak British kerana mereka sukar untuk menyebut Tiruchirappali.Trichy terkenal dengan rokok curut, berlian tiruan, mangga dan pisang. Terdapat lebih kurang 2.4 juta penduduk di sini. Manakala penduduk yang beragama Islam pula lebih kurang dalam 10,000 orang. Kawasan penduduk Islam terletak di tengah bandar dan dikenali sebagai Hazrath Narthevali Dargah Shariff. Terdapat sebuah masjid yang unik di sini. Penduduk Islam di sini masih lagi mengamalkan pendekatan tradisional seperti kaum perempuan memakai purdah dan tidak dibenarkan bercampur gaul dengan kaum lelaki. Kedai-kedai di sini masih menggunakan sistem penimbang dacing. Saya sempat berbual dengan beberapa orang Muslim yang boleh berbahasa Melayu di sini. Kebanyakan mereka pernah bekerja di Malaysia selama bertahun-tahun. Saya kemudian dibawa melawat ke kuil Tiruvanaikkaval. Kuil Siva
EDISI 71 SANTAI TRAVEL INSPIRASI PERCU KDN : PPI9083/08/2016(034564) EDISI 71 2017 RM 8.00 54 / / INSPIRASI PERCUTIANKU ANTARABANGSA//INDIA
EDISI 71 SANTAI TRAVEL INSPIRASI PERCU KDN : PPI9083/08/2016(034564) EDISI 71 2017 RM 8.00 INSPIRASI PERCUTIANKU / / 55 ini terkenal kerana seni binanya yang menarik. Kuil ini diberi nama bersempena seekor gajah yang menyembah Dewa Siva. Makanan Selatan India… Jika anda penggemar masakan Selatan India, Trichy menawarkan pelbagai jenis masakan seperti masakan kaum Chetti dan juga makanan daun pisang. Masakan kaum Chettinad terkenal di Tamil Nadu, menawarkan pelbagai variasi makanan untuk non vegetarian dan vegetarians. Perut yang memang telah lapar dijamu dengan makanan daun pisang yang panas cukup untuk membuka selera. Makanan seperti roti nan, chapatti, tossai dan ayam tandori serta briyani di sini cukup sedap. Mungkin adunan dan rempah asli yang digunakan di sini menjadikan makanan ini berlainan rasanya dari Malaysia. Kebanyakan restoran yang terdapat di hotel-hotel sekitar Trichy menawarkan makanan yang halal. Kopi Trichy juga cukup terkenal di sini. Anda juga akan dihidangkan manisan jika makan di sini. Trichy Bandar Suci Trichy dikenali sebagai tanah suci India. Kebanyakan warga India yang datang dari seluruh pelusuk dunia ke sini bertujuan untuk bersembahyang di kuil-kuil yang terdapat di sekitar Trichy. Kuil Sri Rangam merupakan tempat tumpuan untuk melakukan ibadat. Cuma tujuh kilometer dari Bandar Trichy, Sri Rangam dikelilingi oleh air dari Sungai Kalveri dan Kollidam. Ia adalah seperti sebuah pulau dan mempunyai keluasan 600 ekar dan uniknya mempunyai tujuh dinding gergasi Dewa Ranganathaswami. Terdapat 21 Gopurams atau pintu, yang terbesar adalah Rajagopuram di mana ketinggiannya adalah 72 meter, 13 tingkat dibina pada 1987 dan terbesar di selatan India. Manakala 20 Gopurams yang lain dibina di antara kurun ke 14 dan 17. Bermula daripada dinding
EDISI 71 SANTAI TRAVEL INSPIRASI PERCU KDN : PPI9083/08/2016(034564) EDISI 71 2017 RM 8.00 56 / / INSPIRASI PERCUTIANKU ANTARABANGSA//INDIA
EDISI 71 SANTAI TRAVEL INSPIRASI PERCU KDN : PPI9083/08/2016(034564) EDISI 71 2017 RM 8.00 INSPIRASI PERCUTIANKU / / 57 kelima hingga ketujuh, kawasan ini didiami oleh 55,000 orang sami. Mereka tinggal di sini selama lebih kurang 1000 tahun. Kuil ini bermula dari dinding kelima. Dinding ketiga, keempat dan kelima dibuka untuk semua kaum manakala hanya Hindu dibenarkan masuk dinding pertama. Dinding-dinding gergasi ini dibina untuk menghalang tentera Islam menyerang kawasan ini. Pintu masuk utama terletak di dinding kelima arah selatan. Terdapat 10,000 orang jemaah dan pengunjung setiap hari dan pendapatan kuil ini adalah Rs 2,000 sehari. Kuil ini adalah kedua terbesar di sunia selepas Angkor Wat dan mengambil masa 800 tahun untuk dibina. Mercu tanda Bandar Trichy ialah Rock Fort. Terletak 83 meter dari aras laut, ini adalah satu-satunya kuil tertinggi dan tertua di Trichy, berusia lebih kurang 3800 juta tahun. Terdapat 420 anak tangga untuk ke kuil yang terdapat di atas Rock Fort. Dari atas ini anda boleh melihat keindahan pemandangan keseluruhan Bandar Trichy. Kota ini memainkan peranan penting semasa Perang Carnatics, asas kepada empayar British di India. Terdapat Kuil Uchipillaiyar Koil di puncak, dibina untuk Dewa Vinayaka. Terdapat sebuah rumah di kaki bukit di mana Robert Clive tinggal semasa di Trichy. Kini rumah itu menjadi Kolej St. Joseph’s Trichy. Antara mercu tanda menarik lain di Trichy adalah Gereja St. Lourdes yang terletak berdekatan Rock Fort. Reka bentuk gereja ini seperti Basilica Lourdes, tempat terkenal di selatan Perancis untuk para jemaah. Juga terdapat Nadhirsha Dharga yang dibina 1000 tahun yang lalu. Tempat ini adalah tempat suci untuk penduduk muslim Trichy. Perayaan ‘urs’ disambut setiap tahun di masjid ini. Bandar Trichy dan Sungai Kalveri… Bandar Trichy agak sempit dan sibuk. Di sini anda boleh menaiki bas atau pun ‘tuk-tuk’, motosikal roda tiga untuk melawat sekitar Trichy. Pemandu-pemandu di sini suka untuk membunyikan hon kenderaan menjadikan bandar cukup bising. Trichy agak mundur dari segi infrastruktur di sini jika dibandingkan dengan Chennai atau Madurai. Saya sempat dibawa membeli-belah di sekitar Trichy. Jika anda ke India tidak sah jika anda tidak membeli kain untuk dibawa pulang kerana harganya cukup murah. Sungai Kalveri cukup popular di sini. Sungai ini menjadi tempat untuk penduduk di sini melakukan kerja seharian mereka seperti mandi, membasuh pakaian dan sebagainya. Perjalanan diteruskan ke Amma Mandapam, dikenali sebagai tempat mandi atau ‘bathing ghats ‘di Sungai Kalveri. Kagum!!! Itulah yang dirasakan penulis melihat penduduk-penduduk di sini masih menggunakan sungai untuk mandi dan membasuh pakaian beramairamai. Sungai Kalveri juga digunakan untuk membuang abu mayat di pesisir sungai. Grand Anicut atau Kallanai ( Stone Dam ), telah dibina oleh Raja Karikal Cholan. Empangan tua ini dibina di Sungai Kalveri untuk menghalang banjir dan mengawal sistem pengairan di sini. Ia dibina menggunakan batu, panjang 380 meter dan lebar 30 meter. Empangan ini masih digunakan dan diisytiharkan sebagai World Heritage Monument oleh UNESCO. Madurai… Saya singgah di Thanjavur untuk makan tengah hari sebelum ke Madurai. Perjalanan memakan masa selama lima jam walaupun jarak hanya 180 kilometer. Keadaan jalan raya yang teruk menyebabkan ia mengambil masa yang lama. Madurai atau lebih dikenali sebagai Athen of The East lebih tersusun dan bersih jika dibandingkan dengan Trichy. Bandarnya juga sibuk kerana penduduk datang di sini untuk berdagang. Terdapat pasar tepi jalan yang menjual bahan basah di sini. Penduduk di sini juga masih menggunakan kereta lembu untuk mengangkut barang. Ralat rasanya kerana tidak sempat melawat Muzium Gandhi kerana ia ditutup tetapi saya dibawa ke Thirumalai Naicker Palace. Istana ini cukup besar dengan senibina yang cukup sempurna dibina pada 1636. Madurai juga merupakan syurga membeli-belah terutama tekstil yang dijual dengan harga yang cukup murah. Jika inginkan percutian yang mencabar dan merasai pengalaman yang cukup unik, terbanglah ke Trichy. Pasti anda akan pulang dengan 1001 kenangan manis yang sukar diungkap dengan kata-kata.
EDISI 71 SANTAI TRAVEL INSPIRASI PERCU KDN : PPI9083/08/2016(034564) EDISI 71 2017 RM 8.00 58 / / INSPIRASI PERCUTIANKU TOP 5//DESTINASI ANTARABANGSA TOP DESTINASI ANTARABANGSA 5
EDISI 71 SANTAI TRAVEL INSPIRASI PERCU KDN : PPI9083/08/2016(034564) EDISI 71 2017 RM 8.00 INSPIRASI PERCUTIANKU / / 59 1/ Taiwan Kenapa? n Syurga barangan elektronik dan sesuai untuk membeli-belah. n Semakin banyak restoran makanan halal yang tumbuh Taiwan. n Keunikan budaya dan juga kehidupan masyarakat asli Taiwan. Tarikan Utama n National Palace Museum ( himpunan peninggalan sejarah ) n Taipei 101 ( Bangunan tertinggi di dunia ) n KuangHua Market ( barangan elektrik yang murah ) n Beitou Hotspring n Leo Foo Theme Park n Sun Moon Lake Bagaimana ke sana? n AirAsia terbang ke Taipei setiap hari Khamis dan Ahad n Malaysian Airline terbang ke Taipei setiap hari n China Air terbang ke Taipei setiap Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis n Ava Air terbang ke Taipei setiap Selasa, Rabu dan Khamis 2/ Korea Selatan Kenapa harus lawati? n Negara ini beriklim empat musim. n Terkenal dengan siri televisyen ‘winter sonata’ n Keunikan budaya dan seni tari tradisional masyarakat Korea n Pusat membeli-belah terkemuka dengan fesyen-fesyen terkini Tarikan Utama n B-Boy Show n The National Center for Traditional Korean Performing Art
EDISI 71 SANTAI TRAVEL INSPIRASI PERCU KDN : PPI9083/08/2016(034564) EDISI 71 2017 RM 8.00 TOP 5//DESTINASI ANTARABANGSA 60 / / INSPIRASI PERCUTIANKU
EDISI 71 SANTAI TRAVEL INSPIRASI PERCU KDN : PPI9083/08/2016(034564) EDISI 71 2017 RM 8.00 62 / / INSPIRASI PERCUTIANKU ANTARABANGSA//UMRAH JEJAK KEMBARA RASULLULLAH DI TANAH SUCI OLEH : AZLIE HALIM GAMBAR : DINO ALHAMD Aku memenuhi panggilanMu Ya Allah aku memenuhi panggilanMu Aku memenuhi panggilanMu tiada sekutu bagiMu aku memenuhi panggilanMu Sesungguhnya pujian dan nikmat adalah milikMu begitu juga kerajaan tiada sekutu bagiMu
EDISI 71 SANTAI TRAVEL INSPIRASI PERCU KDN : PPI9083/08/2016(034564) EDISI 71 2017 RM 8.00 INSPIRASI PERCUTIANKU / / 63 KEMBARA ke Tanah Suci Mekah dan Madinah kali ini berbeza sedikit dari tahun-tahun sebelumnya. Mana tidak nya setelah lebih dua tahun ibadat Haji dan Umrah ‘tergendala’ akibat pendemik Covid 19 dengan pelbagai sekatan, akhirnya tanah suci Mekah dan Madinah dibuka untuk tetamunya. Syukur pada Ilahi, berkat doa yang tidak pernah jemu sepanjang tempoh pendemik akhirnya dimakbulkan. Jemputan ke Tanah Suci bersama Kembara Khalifah Travel merupakan rahmat yang cukup besar dan penuh makna. Meskipun Kembara Khalifah baru sahaja ditubuhkan selepas pendemik, namun agensi pelancongan ini mendapat sambutan yang cukup baik apabila telah lebih 10 siri pakej Umrah dianjurkan. Sambutan yang baik ini telah mendorong agensi pelancongan ini terus istiqamah dalam memberikan perkhidmatan pengurusan Jemaah Umrah secara professional. Baru-baru ini lebih 40 orang jemaah Umrah telah mengikut Pakej Umrah Syawal dan telah mendapat sambutan baik bukan sahaja dalam kalangan peserta tempatan malah dari negara Singapura dan Brunei. Rombongan kali ini turut disertai oleh Seniwati Hajah Hamidah Wahab, Biduanita Maria Bachok dan diketuai oleh mutawif berpengalaman Ustazah Zaiton Othman. Pakej Umrah Syawal tersebut merangkumi lawatan ke Masjid Nabawi, Masjid-masjid bersejarah di Madinah serta Mekah, Ladang Kurma, Taif dan beberapa lagi destinasi menarik. Menurut Emran Abd Wahid , Ketua Pegawai Eksekutif Kembara Khalifah Sdn Bhd, pihaknnya sentiasa menitikberatkan perkhidmatan yang baik demi kepuasan pelanggannya. “Kita sentiasa mementingkan ikatan ukhwah dalam kalangan peserta umrah kami. Setiap kali selesai program umrah dan pulang ke tanah air, hubungan sesama Jemaah tidak pernah terputus malah kekal menjadi seumpama sebuah keluarga besar, “ katanya. Untuk Umrah pada bulan Syawal kali ini, pengembaraan ke tanah suci dimulai dengan ziarah ke kota Madinah. Apa yang menarik tentang Madinah? Bagi mereka yang belum pernah datang ke Madinah barangkali mereka akan tertanyatanya apa kelebihan Madinah, yang terlalu istimewa di hati umat Islam.
EDISI 71 SANTAI TRAVEL INSPIRASI PERCU KDN : PPI9083/08/2016(034564) EDISI 71 2017 RM 8.00 ANTARABANGSA//UMRAH 64 / / INSPIRASI PERCUTIANKU
EDISI 71 SANTAI TRAVEL INSPIRASI PERCU KDN : PPI9083/08/2016(034564) EDISI 71 2017 RM 8.00 INSPIRASI PERCUTIANKU / / 65 Bagi yang membuat penerbangan dari Kuala Lumpur ke Madinah, anda tidak perlu memakai ihram dan berniat ihram di dalam pesawat memandangkan niat ihram untuk menunaikan Umrah di Mekah boleh di buat di Bir Ali iaitu satu tempat miqat di perjalanan ke Mekah dari Madinah. Menyingkap kembali sejarah Nabi Muhammad S.A.W telah membuka kembali kota Madinah al-Munawwarah semasa Baginda berhijrah. Nama asal Madinah ialah Yathrib. Perkataan Yathrib maksudnya sedih dan menyesal dan ia berasal daripada nama seorang Yahudi yang pertama kali membuka penempatan di sini. Masjid al-Nabawi atau "Masjid Nabi" yang merupakan kota yang kedua paling suci bagi umat Islam. Masjid ini asalnya dibina oleh Rasullullah sendiri, bersebelahan dengan rumah yang baginda diami selepas peristiwa Hijrah pada tahun 622 Masihi. Di masjid ini, terdapat Makam Nabi Muhammad SAW dan dua sahabat Abu Bakar dan Umar serta rumah-rumah isteri nabi dan juga Raudhah - tempat yang diyakini sebagai taman surga - dipadukan di dalam masjid. Menurut hadis Al-Bukhari dari Abu Huraira, Nabi Muhammad pernah bersabda, "Antara rumahku dan mimbar adalah taman surga.” Setiap sudut dan penjuru kota Madinah adalah saksi kepada kisah kehidupan Nabi Muhammad. Terlalu banyak nama yang diberikan kepada Madinah, bagi menggambarkan betapa tinggi nilainya di sisi umat Islam dan betapa dekatnya tempat ini di hati mereka. Dipercayai terdapat lebih 1000 nama bagi menggambarkan Madinah. Antaranya, al-Munawwarah (yang bercahaya), Toyyibah (baik), Tibah (baik), Madkhala sidqin (tempat masuk yang benar) dan lain-lain. Madinah terletak di tengah-tengah lembah yang subur, yang dikelilingi kawasan berbatu besar, kesan daripada batuan gunung berapi yang sudahpun tidak aktif. Madinah turut dikeliling bukit yang besar di sebelah utara dan selatan, yang menjadi penampan kepada musuh yang datang dari luar. Juga terdapat bukit di sebelah barat. Hal ini menyebabkan musuh sukar untuk masuk ke dalam Madinah. Sepanjang perjuangan Nabi di Madinah, terdapat banyak peperangan yang disertai oleh Nabi. Hampir semua peperangan dimenangi oleh Rasulullah dalam keadaan kecederaan yang minima. Namun, Bukit Uhud menjadi saksi peperangan Rasulullah yang sengit dan mendatangkan kecederaan agak parah kepada Nabi. Bukit Uhud menjadi pelindung kepada Nabi saat kuffar Makkah menyerang dan membalas serangan pusingan pertama umat Islam. Nabi pernah patah gigi di sini, pernah tertikam dan dihempap topi besinya dengan batu. Malah Nabi pernah pengsan di Bukit Uhud. Sesungguhnya perjalanan ke Rumah Allah bukanlah
EDISI 71 SANTAI TRAVEL INSPIRASI PERCU KDN : PPI9083/08/2016(034564) EDISI 71 2017 RM 8.00 ANTARABANGSA//UMRAH 66 / / INSPIRASI PERCUTIANKU sekadar bercuti atau melancong semata-semata. Ia adalah satu perjalanan seorang hamba menemui PenciptaNya. Jadi perjalanan ini haruslah disertai dengan niat yang ikhlas untuk beribadah kerana Allah. Buat yang pertama kali yang ingin menuju Baitullah menunaikan ibadah Umrah, anda perlulah membuat persiapan awal khususnya dalam tatacara mengerjakan ibadah umrah di tanah suci. Sebagai persediaan yang terakhir sebelum berangkat pastikan anda membawa set kain ihram,satu set tali pinggang umrah, botol spray air untuk mengambil wuduk, plastik atau beg kecil untuk mengisi kasut, peralatan kebersihan diri,cawan atau botol plastik, sejadah kecil dan beberapa ubat-ubatan penting. Menjejakkan kaki ke tanah suci merupakan saat paling indah yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Tempat utama yang wajib ditujui di Mekah adalah Masjidil Haram yang merupakan masjid paling suci bagi umat Islam. Masjid ini juga di dalamnya terletak Ka'bah yang menjadi arah kiblat bagi seluruh umat Islam apabila ingin mengerjakan ibadah solat. Mana tidaknya, ganjaran bagi sesiapa yang menunaikan solat di masjid al-Haram adalah amat besar berbanding masjid-masjid yang lain. Diriwayatkan oleh Jabir bin Abdillah RA bahawa Nabi SAW bersabda: “Solat di masjidku ini (masjid Nabawi) lebih baik daripada seribu solat di tempat yang lain melainkan masjid al-Haram. Dan solat di Masjid al-Haram lebih baik daripada 100 ribu solat di tempat lain”. [Riwayat Ahmad (15271)] Di Masjidil Haram selain Ka’bah terdapat Makam Ibrahim, Hajarul Aswad, Hijir Ismail dan Telaga Zam Zam. Makam Ibrahim bukanlah tempat perkuburan Nabi Ibrahim sebagaimana pendapat kebanyakan orang. Ia adalah merupakan binaan kecil di sebelah timur Kaabah. Di dalam bangunan kecil ini terdapat sebiji batu yang diturunkan oleh Allah dari syurga bersama-sama dengan Hajarul Aswad. Di atas batu itu Nabi Ibrahim berdiri di waktu baginda membangunkan Ka’bah . Sementara itu Hajarul Aswad pula terletak di penjuru keempat Ka’bah. Hajarul Aswad telah diturunkan daripada syurga. Menurut sejarah, Hajarul Aswad diturunkan oleh Allah dari langit ke atas Jabal Qubais. Ia merupakan sebiji permata putih yang lebih putih dari salji tetapi lama - kelamaan menjadi hitam disebabkan oleh dosa-dosa orangorang Musyrik. Hijir Ismail pula merupakan pagar batu berlingkar 1.5 meter dan terletak berhampiran dengan Ka’bah. Ia dibangunkan oleh Nabi Ibrahim sewaktu baginda membangunkan Ka’bah. Hijir Ismail pada mulanya merupakan pagar batu yang sederhana sahaja. Kemudian Khalifah, Sultan dan Raja yang berkuasa memecahkan dan membangunkan
EDISI 71 SANTAI TRAVEL INSPIRASI PERCU KDN : PPI9083/08/2016(034564) EDISI 71 2017 RM 8.00 INSPIRASI PERCUTIANKU / / 67 MENJEJAKKAN KAKI KE TANAH SUCI MERUPAKAN SAAT PALING INDAH YANG TIDAK DAPAT DIGAMBARKAN DENGAN KATA-KATA. TEMPAT UTAMA YANG WAJIB DITUJUI DI MEKAH ADALAH MASJIDIL HARAM YANG MERUPAKAN MASJID PALING SUCI BAGI UMAT ISLAM. MASJID INI JUGA DI DALAMNYA TERLETAK KA'BAH YANG MENJADI ARAH KIBLAT BAGI SELURUH UMAT ISLAM APABILA INGIN MENGERJAKAN IBADAH SOLAT.
EDISI 71 SANTAI TRAVEL INSPIRASI PERCU KDN : PPI9083/08/2016(034564) EDISI 71 2017 RM 8.00 ANTARABANGSA//UMRAH 68 / / INSPIRASI PERCUTIANKU
EDISI 71 SANTAI TRAVEL INSPIRASI PERCU KDN : PPI9083/08/2016(034564) EDISI 71 2017 RM 8.00 INSPIRASI PERCUTIANKU / / 69 semula pagar batu itu dengan batu marmar. Orang yang telah mengerjakan tawaf disunatkan mengerjakan solat sunat dua rakaat di Hijir Ismail selepas berdoa dan mengerjakan solat sunat di Maqam Ibrahim. Jika ke kota suci Mekah, air zam-zam adalah air yang cukup banyak manfaatnya. Air ini mempunyai keistimewaan dan keberkatan kerana menjadi penawar kepada penyakit, menghilangkan lapar dan dahaga. Keistimewaan dan keberkatan itu di sebut dalam sepotong hadis Nabi yang bermaksud:, " Dari Ibnu Abbas r.a. katanya, Rasulullah s.a.w bersabda: "sebaik-baik air di muka bumi ialah air zam-zam, ia merupakan makanan yang mengenyangkan dan penawar bagi penyakit ". Riwayat - At Tabrani dan Ibnu Hibban. Selain ke kota Madinah dan Mekah, pakej Umrah Syawal ini juga turut merangkumi lawatan ke Taif, Ladang bunga ros, ladang kurma, ziarah luar ke Arafah, Mina dan beberapa lagi destinasi menarik di Mekah. Apa yang pasti peluang mengerjakan Umrah serta Ziarah di Tanah Suci Mekah dan Madinah merupakan satu rahmat yang cukup besar buat seluruh umat Islam. Semoga kota suci ini akan terus menerima kunjungan semua sekali gus memberikan rahmat buat sekelian alam. Air zam-zam ini mempunyai keistimewaan dan keberkatan kerana menjadi penawar kepada penyakit, menghilangkan lapar dan dahaga.
EDISI 71 SANTAI TRAVEL INSPIRASI PERCU KDN : PPI9083/08/2016(034564) EDISI 71 2017 RM 8.00 70 / / INSPIRASI PERCUTIANKU ANTARABANGSA//NEW ZEALAND ANTARA KIWI & LORDS OF THE RING Gegaran kuat yang melanda Kota Chrischurtch sungguh membimbangkan. Namun kembara ke negara yang terkenal dengan buah kiwi ini harus ditempuhi jua kerana segala persiapan telah dilakukan. Pertama kali menjejakkan kaki ke kota New Zealand yang sedang mengalami musim sejuk membuatkan kami teruja kerana percutian ini telah dirancang sejak enam bulan yang lalu.
EDISI 71 SANTAI TRAVEL INSPIRASI PERCU KDN : PPI9083/08/2016(034564) EDISI 71 2017 RM 8.00 INSPIRASI PERCUTIANKU / / 71 S embilan jam di atas kapal terbang bersama tujuh orang dewasa dan seorang kanakkanak sungguh memenatkan. Sampai sahaja di lapangan terbang Chrischurch, kami disambut oleh empat orang rakan yang telah pun berada di sana sejak awal pagi. Hujan yang turun membuatkan suhu semakin menurun mencecah empat darjah celcius. Campervan yang akan menjadi pengangkutan utama kami selama berada di sana telah tersedia menunggu. Selesai sahaja urusan pendaftaran dan bayaran, kami bergerak dari Christchurch ke Lake Tekapo dan berhenti di Ashburton Coronation Park untuk bermalam. Di setiap taman atau ‘holiday park’, tersedia dapur untuk kemudahan memasak. Dek kerana sukar untuk mendapatkan makanan yang halal, kami memasak bekalan yang dibawa dari Malaysia. Bermulanya kembara… Kami memulakan perjalanan seawal jam lima pagi. Hari masih gelap tetapi kami perlu bergerak awal kerana perjalanan dari Ashburton ke Queenstown mengambil masa lebih kurang sembilan jam. Kami singgah di pasaraya terdekat untuk membeli sedikit makanan seperti roti untuk dijadikan sarapan. Sepanjang perjalanan, kami melalui Tasik Tekapo yang mempunyai ski resort pada setiap musim sejuk, Tasik Pukaki, Twizel, Tasik Dunstan, Omarama yang terkenal dengan ‘bird watching’, Cromwell(adalah tempat ‘fruit bowl of the south’) dan akhirnya barulah tiba di Queenstown. Perjalanan yang jauh sedikitpun tidak terasa kerana keindahan bumi New Zealand ciptaan Tuhan yang sememangnya sangat memukau dan tidak dapat ditemui di negara lain. Subhanallah. Kami terpaku. Masing-masing terdiam tanpa sebarang kata ketika menyusuri jalan yang kanan dan kirinya adalah gunung-ganang yang indah ditaburi ais-ais yang membeku. Oh, terasa ingin mendaki gunung tersebut! Kami memilih Shotover Top 10 Holiday Park sebagai tempat untuk kami bermalam. Setelah mendaftar , kami keluar semula ke Queenstown untuk berjalan-jalan sambil mencari kedai-kedai yang menjual barang cenderahati.Queenstown merupakan ‘adventure capital of the world’ yang wajib dikunjungi di New Zealand. Kami bergerak menuju ke Milford Sound melalui Te Anau iaitu sebuah bandar kecil yang hanya mempunyai 4000 orang penduduk. Apabila tiba di Milford Sound, ada satu papan tanda yang menunjukkan sama ada jalan dibuka atau ditutup. Nasib kami baik, setelah mengharungi jalan berliku dengan selok belok di lereng bukit yang sedikit berbahaya dan dipenuhi ais/grit, papan tanda menunjukkan ianya dibuka dan kami tidak perlu untuk berpatah balik. Kami akhirnya tiba di Fiordland National Park, Milford Sound. Kami menaiki Cruise Milford with Southern Discoveries dengan bayaran hanya
EDISI 71 SANTAI TRAVEL INSPIRASI PERCU KDN : PPI9083/08/2016(034564) EDISI 71 2017 RM 8.00 ANTARABANGSA//NEW ZEALAND 72 / / INSPIRASI PERCUTIANKU DARI QUEENSTOWN, KAMI BERGERAK MENUJU KE FOX GLASIER MELALUI KAWARAU RIVER IAITU SATU KAWASAN UNTUK MELAKUKAN BUNGY JUMP. SAYA TIDAK BERANI UNTUK MENCUBA AKTIVITI INI. CUACA YANG SANGAT SEJUK DI SINI MEMBUATKAN UNGGUN API YANG DIPASANG TIDAK TERASA KEHANGATANNYA. Fox glasier
EDISI 71 SANTAI TRAVEL INSPIRASI PERCU KDN : PPI9083/08/2016(034564) EDISI 71 2017 RM 8.00 INSPIRASI PERCUTIANKU / / 73 NZD79. Selama dua jam lima belas minit belayar di atas cruise, kami dapat melihat keindahan gunung-ganang di sekeliling sambil melihat ikan lumba-lumba yang melompat seiring dengan cruise yang kami naiki. Kelihatan sekumpulan singa laut duduk di atas batu dan juga air terjun yang mengalir dari celahan gunung. Kemudian kami berpatah balik ke Te Anau untuk bermalam di sana. Masa Untuk Salji… Semua sudah tidak sabar untuk bermain ski. Kami bergerak menuju ke Queenstown melalui Lake Wakatipu. Coronet Peak di Queenstown adalah tempat untuk bermain ski. Dengan bayaran NZD100++ kami dibenarkan untuk bermain dari pukul lapan pagi hingga dua petang. Belum hilang letih bermain ski, kami meneruskan lagi perjalanan ke Shotover Jet. Kami menaiki bot yang boleh memuatkan seramai 15 orang. Selama 30 minit kami dibawa meredah shotover river sambil membuat pusingan 360 darjah. Kami bermalam di Queenstown Top 10 Holiday Park ‘Creeksyde’. Mengambil masa hanya empat minit jika berjalan kaki dari tapak penginapan, kami dapat melihat yang bandar ini hidup pada waktu malam tidak seperti bandar-bandar lain yang menamatkan operasi seawal pukul enam petang. Dari Queenstown, kami bergerak menuju ke Fox Glasier melalui Kawarau River iaitu satu kawasan untuk melakukan Bungy Jump. Saya tidak berani untuk mencuba aktiviti ini. Cuaca yang sangat sejuk di sini membuatkan unggun api yang dipasang tidak terasa kehangatannya. Kami tiba di Glacier Village yang merupakan tapak warisan dunia. Kami melalui Wanaka yang mana terdapat Crystal Clear Lake, Water Sport dan Puzzling World. Kami meneruskan lagi perjalanan dengan melalui Mount Aspiring National Park yang mana di sana mempunyai landskap indah hutan hujan. Dari Fox Glasier kami ke Jacksons melalui laluan Franz Josef yang merupakan Westland National Park.. Perjalanan diteruskan ke Jacksons Retreat Luxury Campervan Holiday Park. Kami singgah di Hokitika untuk melihat kedai menjual batu jade. Bandar kecil Hokitika ini mempunyai pantai pasir hitam di sebelahnya. Ini merupakan bandar terakhir yang dapat kami singgahi sebelum melalui Arthur’s Pass iaitu satu-satunya lebuhraya yang menghubungkan antara pantai barat dengan Canterbury. New Zealand…Penuh Memori… Perjalanan diteruskan dari Jackson Retreat sebelum sampai ke Christchurch melalui Arthur’s Pass. Sepanjang empat jam perjalanan, kami menikmati pemandangan yang cukup indah, sehingga kelu lidah untuk berkata-kata. Langit biru tanpa segumpal awan amat menyejukkan mata memandang. Arthur’s Pass merupakan satu perkampungan yang kecil di Campervan Lake Tekapo Puzzling world
EDISI 71 SANTAI TRAVEL INSPIRASI PERCU KDN : PPI9083/08/2016(034564) EDISI 71 2017 RM 8.00 ANTARABANGSA//NEW ZEALAND 74 / / INSPIRASI PERCUTIANKU Cruise Milford Sound Cruise Milford sound cruise Singa laut yang terdapat di milford sound Via arthurs pass
EDISI 71 SANTAI TRAVEL INSPIRASI PERCU KDN : PPI9083/08/2016(034564) EDISI 71 2017 RM 8.00 INSPIRASI PERCUTIANKU / / 75 SEPANJANG EMPAT JAM PERJALANAN, KAMI MENIKMATI PEMANDANGAN YANG CUKUP INDAH, SEHINGGA KELU LIDAH UNTUK BERKATA-KATA. LANGIT BIRU TANPA SEGUMPAL AWAN AMAT MENYEJUKKAN MATA MEMANDANG. Cromwell bandar buah-buahan Fiordland Sekumpulan kambing biri-biri di ladang Waitaki district
EDISI 71 SANTAI TRAVEL INSPIRASI PERCU KDN : PPI9083/08/2016(034564) EDISI 71 2017 RM 8.00 ANTARABANGSA//NEW ZEALAND 76 / / INSPIRASI PERCUTIANKU Daun-daun disaluti ais Fiordland Fiordland Hokitika Jackson Retreat
EDISI 71 SANTAI TRAVEL INSPIRASI PERCU KDN : PPI9083/08/2016(034564) EDISI 71 2017 RM 8.00 INSPIRASI PERCUTIANKU / / 77 mana jalannya sedikit mencabar kerana dipenuhi ais . Kami tiba di Kota Christchurch tetapi agak sukar untuk mencari tempat penginapan di sini disebabkan oleh gegaran kuat yang melanda sekitar bandaraya tersebut. Kami menginap di City Central Motel Apartment untuk satu malam sebelum berangkat pulang ke Malaysia. Pada malam hari tersebut kami sempat untuk berjalan-jalan di sekitar bandaraya ini dan melawat ke Shopping Complex Westfield. Terdapat satusatunya kedai mamak yang ada di sini sepanjang 2000 km kebara ini. Keesokan harinya, kami masih sempat membeli belah barangan cenderahati untuk keluarga dan kawan-kawan dengan menggunakan lebihan wang yang masih ada sebelum ke Lapangan Terbang Christchurch untuk berangkat pulang ke Malaysia. New Zealand, kami pasti akan datang kembali. Bungy jump @ kawarau river Sejarah dunia di sepanjang kawasan pejalan kaki di wanaka Wanaka
EDISI 71 SANTAI TRAVEL INSPIRASI PERCU KDN : PPI9083/08/2016(034564) EDISI 71 2017 RM 8.00 78 / / INSPIRASI PERCUTIANKU JCCM//PULAU TANJUNG SURAT TANJUNG SURAT YANG ISTIMEWA Rasanya sudah berkali-kali saya bercuti di Kota Tinggi dan Desaru. Namun tidak pernah saya tahu yang berdekatan dengan Desaru terdapat satu destinasi pelancongan yang sangat unik dan menarik. Pernahkah anda mendengar nama Pulau Tanjung Surat? OLEH : AZLI KHAIRI BIN ABDUL HAMID (AK) TERIMA KASIH : HATIMAH AHMAD (TOURISM MALAYSIA WILAYAH SELATAN)
EDISI 71 SANTAI TRAVEL INSPIRASI PERCU KDN : PPI9083/08/2016(034564) EDISI 71 2017 RM 8.00 INSPIRASI PERCUTIANKU / / 79 Pulau Tanjung Surat merupakan sebuah yang pulau terletak di muara Sungai Johor, Dahulunya pulau ini menjadi tempat penting semasa pemerintahan Sultan Abu Bakar ibni Temenggung Ibrahim. Kemudian Tanjung Surat menjadi pusat pentadbiran Dato’ Penggawa Timur iaitu Dato’ Wan Jaafar bin Wan Nong Yahya. Uniknya Tanjung Surat uga berfungsi sebagai tempat pengumpulan dan penyebaran surat-surat di Kota Tinggi dan Johor Lama. Untuk ke kampung ini tidak ada jalan darat. Anda perlu menyeberang Sungai Johor dari Jeti Kampung Belungkor. Jeti ini terletak lebih kurang 45 minit perjlalanan dari Desaru. Penduduk kampung ini menggunakan bot khas dengan tambang RM1.00 sehala untuk ke tanah besar. Pulau Tanjung Surat mempunyai tiga buah kampung iaitu Kampung Linting, Kampung Tanjung Surat dan Kampung Nyior. Terdapat kira-kira 200 keluarga yang mendiami di sini. Pulau ini juga kaya dengan kesan-kesan sejarah peninggalan penjajah British. Penduduk kampung di sini ada yang memandu dan ada yang menggunakan motorsikal, Namun jalan di dalam kampung ini adalah kecil dan sempit. Ekopelancongan Tanjung Surat Hutan paya bakau di Pulau Tanjung Surat kaya dengan pelbagai jenis flora dan fauna. Pelbagai spesies kayu bakau yang amat tinggi nilai dan kegunaannya boleh diteroka dengan menggunakan bot. Pelbagai jenis hidupan liar termasuk burung dan hidupan marin yang boleh dijadikan tarikan buat para pelancong. Untuk memulihara kayu bakau di sini dan juga membantu meningkat taraf hidup penduduk di sini satu program penanaman semula bakau telah diadakan. Program Sahabat Bakau merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Johor dengan kerjasama Sahabat Hutan
EDISI 71 SANTAI TRAVEL INSPIRASI PERCU KDN : PPI9083/08/2016(034564) EDISI 71 2017 RM 8.00 80 / / INSPIRASI PERCUTIANKU JCCM//PULAU TANJUNG SURAT
EDISI 71 SANTAI TRAVEL INSPIRASI PERCU KDN : PPI9083/08/2016(034564) EDISI 71 2017 RM 8.00 INSPIRASI PERCUTIANKU / / 81 Bakau Pulau Tanjung Surat. Usaha ini akan memberi impak positif kepada alam sekitar melalui penghutanan semula perlindungan persisir pantai dan pengembangan ekosistem bakau di Pulau Tanjung Surat. Pembuatan jong juga terkenal di Pulau Tanjung Surat. Jong yang dihasilkan ini adalah digunakan sebagai permainan tradisi di mana ia merupakan sejenis permainan perahu layar tanpa pengemudi yang dilepaskan di pesisir pantai dan pemenang ditentukan oleh jong yang terlebih dahulu tiba di garisan penamat. Jong sinonim dengan masyarakat melayu khusus bagi mereka yang tinggal dan bekerja sebagai nelayan. Sukan tersebut diwarisi dari Kepulauan Riau, Indonesia dang sangat popular pada tahun 1940 sehingga 1960-an. Perahu jong dibuat menggunakan kayu pulai yang diukir. Untuk menyiapkan sebuah perahu layar ia mengambil masa sehingga 20 hari termasuk mengecat dan membuat kayar. Proses yang paling rumit adalah mengukir bahagian dalam kayu bagi memastikan kedudukan jong stabil ketika berada di atas air. Setiap jong dijual di antara RM50 sehingga RM1,000 mengikut saiz bersama aksesori. Antara aktiviti lain yang boleh dilakukan di sini adalah berkayak, menikmati sup gamat, bergambar dengan batu terapung, demonstrasi nasi lemak daun simpuh, menanam pokok bakau, melawat madu kelulut dan mencuba Teh Jeruju yang merupakan produk koperasi. Jika singgah di Pulau Tanjung Surat jangan lepaskan peluang untuk menikmati asam pedas yang popular di sini.
EDISI 71 SANTAI TRAVEL INSPIRASI PERCU KDN : PPI9083/08/2016(034564) EDISI 71 2017 RM 8.00 82 / / INSPIRASI PERCUTIANKU JCCM//GEOPARK UTARA JEJAK WARISAN TINGGALAN SEJARAH OLEH : ROSMARIA BAKHARI TERIMA KASIH : TOURISM MALAYSIA WILAYAH UTARA Semenanjung Malaysia kaya dengan kesan sejarah dari utara hingga selatan. Dicatatkan Melaka dan Pulau Pinang pernah menjadi pelabuhan dagang utama sejak ratusan tahun dahulu manakala Lembah Bujang di Kedah telah menjadi pusat pengeksportan bijih besi dunia sejak 788 sebelum masehi lagi. Bahasa Melayu menjadi lingua franca ketika itu seperti yang dibuktikan dengan penemuan surat-surat dalam tulisan jawi oleh penjajah Inggeris kepada Sultan. Meriam yang menghala ke laut
EDISI 71 SANTAI TRAVEL INSPIRASI PERCU KDN : PPI9083/08/2016(034564) EDISI 71 2017 RM 8.00 INSPIRASI PERCUTIANKU / / 83 Georgetown Sebagai Tapak Warisan Dunia Pada 7 Julai 2008 Bandaraya Georgetown telah diisytiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO). Dengan status ini ia telah menarik lebih ramai pelancong ke Pulau Pinang. Pihak British semasa pemerintahannya membahagikan kawasan kepada lima seksyen iaitu pentadbiran, perekonomian, penempatan, keagamaan dan pendidikan. British merancang dengan baik sistem pentadbirannya dan membina bangunan untuk bertahan selama-lamanya. Bangunan Majlis Perbandaran Pulau Pinang telah dibina 100 tahun selepas British tiba di Tanah Melayu dan masih boleh digunakan hingga kini. Zon istimewa ini tidak boleh diubahsuai tanpa kebenaran dan tingginya tidak boleh melebihi lima tingkat. Asyik sekali melihat keindahan bangunan lama yang masih bertahan hingga kini. Sangat sesuai untuk diabadikan dalam foto sebagai kenangan. Semasa di Georgetown, kami telah dibawa melawat penempatan awal kaum Cina, India dan Melayu. Saya diberitahu nama asal Gerogetown adalah Tanjung Penaga. Hmm…nampaknya kurang membaca saya ni. Di setiap penempatan didirikan rumah ibadat mengikut kepercayaan masing-masing. Kebetulan sewaktu kami lalu penganut Buddha sedang melakukan upacara sembahyang di tokong The Goddess of Mercy yang dahulunya dipanggil The Goddess of Seafearers. Melalui kawasan penempatan masyarakat India pula, hidung tertangkap bauan samosa yang tular itu. Kalau datang awal pagi. mungkin lebih banyak makanan yang dijual di sini. Orang India dari Kelingan dibawa Candi Lembah Bujang Gereja St George Anglican The Gate House Bukit Bendera
EDISI 71 SANTAI TRAVEL INSPIRASI PERCU KDN : PPI9083/08/2016(034564) EDISI 71 2017 RM 8.00 84 / / INSPIRASI PERCUTIANKU JCCM//GEOPARK UTARA Antara peninggalan Candi Lembah Bujang Dr Hasfarisham sedang memberi- kan penerangan menggunakan alat audio visual. Masjid Kapitan Keling Padang Tok Sheikh Sejarah Candi Lembah Bujang The Habitat Ukiran Meriam Bukit Bendera
EDISI 71 SANTAI TRAVEL INSPIRASI PERCU KDN : PPI9083/08/2016(034564) EDISI 71 2017 RM 8.00 INSPIRASI PERCUTIANKU / / 85 ke Pulau Pinang dalam dua kumpulan besar. Yang pertama adalah banduan dan kedua hamba dan pedagang. Jika diperhatikan peniaga India banyak menguasai perniagaan matawang asing, pinjaman wang dan batu permata. Kemudian kami ke penempatan Melayu di mana terletaknya Masjid Aceh di hujung jalan. Merikaya, Merican dan Noordin adalah nama keluarga bangsawan di waktu itu. Dahulu 18 ekar tanah diwakafkan di kawasan ini tetapi ia semakin menyusut akibat pembangunan dan perlu diambil untuk pembesaran jalan dan sebagainya. Bukit Bendera Dan Kereta Api Tidak lengkap ke Pulau Pinang jika tidak menaiki kereta api furnikular (tram) menuju ke Bukit Bendera. Tram ini ditarik dengan satu kabel sahaja, jika satu di bawah yang satu lagi mesti di atas untuk menyeimbangkan koc. Perjalanan sejauh 1.996 km hanya mengambil masa sekitar 10 minit dengan kereta api generasi ketiga. Pada pendapat saya kereta api generasi kedua lebih menarik dan asli berbanding yang berpendingin hawa ini. Bukit Bendera menjadi pilihan pihak British kerana suhunya yang nyaman dan dapat melihat musuh yang datang dari laut. Warna bendera yang dikibarkan memberi maksud tersendiri kepada bahagian pertahanan di Fort Cornwalis. Jika musuh yang datang meriam akan diletupkan dan pihak tentera terus bersiap siaga. Lagi satu lokasi menarik di atas ini ialah The Habitat, pintu masuk ke kawasan simpanan biosfera UNESCO. Selain berkhemah, anda juga boleh juga melakukan aktiviti “zipline” selain berjalan menyelusuri jambatan yang dibina setinggi pokok-pokok di sini. Padang Tok Sheikh dan Gunung Jerai Destinasi lawatan seterusnya adalah geotapak di puncak Gunung Jerai bersama pakar arkeologi negara, Datuk Profesor Dr Mokhtar Saidin. Menurut kajian pakar geologi dan arkeologi, dipercayai Gunung Jerai adalah sebuah pulau bernama Pulau Serai sebelum air laut di sekelilingnya surut sehingga ia membentuk sebuah gunung. Di sini terdapat batuan granit yang tertua di Malaysia. Terdapat garisan di batuan menandakan pergerakan kerak bumi ribuan atau jutaan tahun dahulu. Di sesetengah bahagian lain pula batunya berlapis-lapis menghasilkan satu pemandangan yang unik. Untuk sampai ke puncak gunung ini kita perlu menyewa van kerana jalannya sempit lagi curam dan merbahaya kepada pemandu yang tiada pengalamana dengan persekitaran tersebut. Muzium Arkeologi Lembah Bujang Sejujurnya saya tidak menyangka bahawa ia sebuah muzium moden dengan artifak, penerangan dan pencahayaan menarik. Di luar muzium terdapat batuan granit dan laterit yang digunakan untuk membina candi. Garisan yang terbentuk di atasnya adalah akibat kesan rekahan dan terdapat pelbagai mineral berharga di sini kecuali berlian. Zaman itu, batu-batu besar ini dipecahkan dengan tenaga manusia kemudian ditarik oleh gajah. Terdapat pelbagai saiz batu mengikut kesesuaian binaan. Saya berjalan ke atas meilhat tinggalan candi yang masih elok, terasa terkilan kerana ia tidak sepopular candicandi di Indonesia dan Kemboja yang mampu menarik jutaan pengunjung setiap tahun dan menjana pendapatan negara. Tapak Arkeologi Sungai Batu Sungai Batu merupakan laluan perdagangan yang masyhur suatu ketika dahulu. Bukan mitos, ia dibuktikan dengan peralatan moden dan catatancatatan di yang direkodkan di merata negara seperti Arab, India dan Indonesia. Untuk pedagang India, Kedah (Lembah Bujang) dirujuk sebagai Kadaram/Kidaram/Kilagam. Pedagang dari Sumatera menyebut Kede atau Jere manakala pedagang dari China memanggilnya Hsieh-Cha/Che-Cha/ Ka Cha. Tim Datuk Profesor Dr Mokhtar Saidin telah melakukan kajian selama berbulan-bulan untuk menjejaki peradaban manusia di Kedah Tua yang ketika itu adalah kerajaan maritim. Hasilnya, beliau berjaya menemui 87 tapak arkeologi dalam 4 kilometer persegi di Sungai Batu. Beliau menjumpai tembikar berbentuk bulat di bahagian bawah menandakan ia digunakan untuk ritual keagamaan tetapi bukan Hindu atau Buddha. Besi di sini adalah jenis terbaik dunia sehingga disebut di dalam buku-buku sejarah. Dari pemerhatian ketika itu Sungai Batu mengeksport bahan mentah ke India, Indonesia dan sebagainya. Paling menarik, beliau juga menjumpai tiang sauh kapal purba terbenam di dalam tanah. Sayangnya ia masih belum dapat dikeluarkan kerana kosnya sangat tinggi. Di sini juga tanah liat berkualiti tinggi yang dipanggil kaolin dijumpai. Ia digunakan untuk membuat tempat peleburan besi dan bata. Untuk lebih memahami situasi di sini, kita boleh mengambil pakej bersama pemandu pelancong yang bertauliah yang memiliki pengetahuan mendalam mengenai sejarah Sungai Batu. Kita juga diberikan peluang membuat bata sendiri di khemah yang disediakan. Sangat menarik dan mengujakan.
EDISI 71 SANTAI TRAVEL INSPIRASI PERCU KDN : PPI9083/08/2016(034564) EDISI 71 2017 RM 8.00 86 / / INSPIRASI PERCUTIANKU PILIHAN EDITOR//ANANTARA DESARU Kenapa percutian adalah sangat penting? Terdapat banyak faedah tersirat di sebalik percutian. Selain dapat merehatkan badan ia juga dapat menjalinkan silaturahim sesama keluarga sekaligus meningkatkan keyakinan, dan membantu membina nilai keluarga dari satu generasi ke generasi. Bukan sahaja meluang masa bersama keluarga malah percutian untuk pasangan memperbaiki intimasi juga sangat digalakkan. Anantara Desaru Coast Resort & Villas, berlokasi di pantai bersih sepanjang 17 kilometer menghadap Laut China Selatan, terletak berhampiran Iskandar Malaysia dan mudah diakses melalui 45 minit pemanduan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Senai dan 4.5 jam perjalanan dari Kuala Lumpur ini menawarkan pakej percutian mengagumkan yang mesti anda dapatkan. Anantara Hotels, Resorts & Spas adalah hotel mewah pertamanya di Malaysia, telah menambah tawaran baharu untuk menarik pengembara yang arif untuk menikmati pengalaman yang dipilih secara khusus seperti Picnic in The Jungle, Sunrise Dong Sticks dan Desaru Beachlife & Tidepool Discovery. Resor ini menawarkan 90 bilik deluxe en-suite, dengan dekorasinya menghadirkan nuansa bangunan Melayu tradisional. Sebaik pintu balkoni dibuka, tetamu disajikan dengan pemandangan menghadap ke taman nan menghijau, laguna dan juga lautan yang terbentang luas. Rekaan dalamannya dihiasi dengan sematan kain asli Malaysia seperti tekstil tenunan, elemen anyaman Malaysia yang terkenal, dan juga kraftangan tradisional Malaysia. Selain pemandangan yang menggoda, bersantap di Anantara Desaru Coast Resort & Villas menawarkan pengalaman kulinari yang istimewa. Pengunjung dapat menikmati sajian makanan laut segar yang baru ditangkap dengan pilihan cita rasa hidangan Asia dan Antarabangsa. DETIK ISTIMEWA DI ANANTARA DESARU COAST RESORT & VILLAS Gembiranya hati bukan kepalang bila mendapat perkhabaran yang saya akan bercuti di Anantara Desaru Coast Resort & Viilas. Ini merupakan hartanah pertama Anantara di Malaysia. TEKS : AZLI KHAIRI ABDUL HAMID (AK) TERIMA KASIH : CAROL CHIN (ANANTARA DESARU COAST RESORT & VILLAS
EDISI 71 SANTAI TRAVEL INSPIRASI PERCU KDN : PPI9083/08/2016(034564) EDISI 71 2017 RM 8.00 INSPIRASI PERCUTIANKU / / 87 Restoran tepi pantai, Sea.Fire.Salt menawarkan hidangan laut bakar dan stik yang disajikan di tepi pantai ataupun di tepi kolam renang, manakala Restoran Turmeric menyajikan hidangan lokal Malaysia termasuk sajian Nasi Lemak, dan juga masakan Thailand, Cina, dan lainnya. Aktiviti yang disediakan ialah Spice Spoons, Layang-layang Kids Club, Luncur Ombak Teen Club dan DASH Watersports. Spice Spoons adalah kelas memasak di mana tetamu akan dibimbing oleh chef untuk memasak hidangan dari menu Restoran Tumeric yang merupakan gabungan masakan Thai dan Malaysia. The Layang Layang Kids Club dan Teens Club menjanjikan hiburan dan aktiviti yang menyeronokkan seperti kelas membuat kek cawan, pizza, boardgames dan banyak lagi. Antara aktiviti percuma yang boleh dilakukan adalah berbasikal, Morning Nature Walk, Desaru Beachlife & Tidepool Discovery, Sunrise Dong Sticks dan yoga. Tiada lagi halangan untuk anda rancang percutian #cuticutimalaysia sekarang. Jom ke Anantara Desaru, pasti setiap sen yang dibelanjakan adalah berbaloi.
EDISI 71 SANTAI TRAVEL INSPIRASI PERCU KDN : PPI9083/08/2016(034564) EDISI 71 2017 RM 8.00 88 / / INSPIRASI PERCUTIANKU CAMPSITE//THE SOMER Setiap hari, kedai-kedai yang menjual peralatan perkhemahan diserbu orang ramai bagi mendapatkan khemah dan barangbarang asas untuk aktiviti itu mengikut bajet dan keperluan masing-masing. Namun jika anda mahu merasai pengalaman berkhemah tetapi dalam keadaan lebih selesa, apa kata anda singgah di The Somer Campsite. Dusun ini terletak di Bentong, Pahang, Uniknya tapak perkhemahan ini, ia terletak di dalam dusun durian dengan keluasan enam ekar. Jika musim durian, anda akan mendengar buyi durian gugur di sebelah khemah anda. BERKHEMAH DALAMDUSUN DURIAN OLEH : AZLI KHAIRI ABDUL HAMID (AK) TERIMA KASIH : KYLIE LEONG Aktiviti berkhemah seakan menjadi keghairahan orang ramai ketika ini tidak kira sama ada di kawasan pantai, hutan dan juga tapak perkhemahan persendirian. Trend berkhemah menjadi rancak selepas kerajaan memberi kebenaran untuk merentas negeri selepas perlaksanaan PKP. Selain durian terdapat juga pelbagai pokok buah-buahan yang lain dan juga kolam ikan. Jika anda baru pertama kali ingin berkhemah, usah risau kerana The Somer Campsite menyediakan semua peralatan perkhemahan untuk anda malah mereka juga akan membantu untuk memasang khemah. Jika anda datang sekeluarga boleh mengambil pakej keluarga dengan harga RM385 semalam. Anda akan diberikan khemah, kipas angin, tilam, flysheet, lampu, meja makan dan kerusi untuk empat orang. Anda hanya perlu membawa bekalan makanan sahaja. Jika anda ingin mengadakan bbq, peralatan seperti bbq pit, arang dan pencucuh disediakan dengan harga RM50. Selain dapat menikmati buah durian segar (boleh dibeli dengan penjaga kebun), aktiviti lain yang boleh dilakukan seperti berbasikal dan memancing. Kalau anda mempunyai peralatan perkhemahan sendiri, anda hanya perlu membayar RM80 atau RM50 utk dewasa dan RM25 untuk kanak-kanak berumur 3 hingga 12 tahun. Apa yang saya suka tentang The Somer adalah tapak perkhemahan dusun ini begitu bersih dan terjaga. Tandas dan bilik mandi juga bersih, selesa dan dilengkapi dengan pemanas air.
EDISI 71 SANTAI TRAVEL INSPIRASI PERCU KDN : PPI9083/08/2016(034564) EDISI 71 2017 RM 8.00 INSPIRASI PERCUTIANKU / / 89 MAKAN-MAKAN//RIMBA BY DKING Sebagai peminat durian, saya barubaru ini singgah di Rimba by Dking yang terletak betul-betul di tepi Lebuh Raya Karak berhampiran dua stesen minyak menghala ibu negara. Saya sendiri tidak menyangka terdapat sebuah kawasan berkeluasan hampir tiga ekar ini yang dilengkapi pelbagai kemudahan termasuk sebuah restoran. Ia membuka mata saya terhadap potensi agro pelancongan di Malaysia apabila melihat berduyun-duyun manusia datang ke sini terutamanya pada cuti hujung minggu. Antara tarikan utama di sini sudah semestinya durian pelbagai jenis seperti D24, Musang King, Tekka dan Duri Hitam. Apa yang menarik, pada musim durian, pengunjung boleh menikmati raja buah segar dari dusun. Sekiranya mahu dibeli dengan harga timbang pula, ia bergantung kepada jenis dan saya difahamkan untuk sekilogram durian Musang King berharga antara RM35 ke DURIAN SEGAR DI RINBA BY DKING OLEH : AZLI KHAIRI BIN ABDUL HAMID (AK) TERIMA KASIH : KYLIE LEONG & VIVI Pahang terkenal dengan dua jenis makanan. Jika di Raub dan Bentong, inilah syurga durian terutamanya durian musang king manakala di Temerloh pula terkenal dengan ikan patin masak tempoyak. Jika anda seorang hantu durian, pasti Bentong adalah destinasi utama untuk menikmati durian. Jarak Bentong dengan Kuala Lumpur yang tidak jauh juga menjadikan ia destinasi popular hujung minggu untuk warga kotaraya ‘healing’. RM48 sekilogram. Selain menikmati durian, anda juga boleh mencuba pelbagai jenis makanan yang ada di restoran ini. Keadaan restoran juga cukup bersih dan persekitaran dengan alam semulajadi yang menghijau. Selain kemudahan asas, terdapat dua kolam ikan khusus kepada mereka yang mahu mencuba aktiviti memancing. Antara spesies ikan yang terdapat di sini adalah patin dan tilapia merah. Saya mencuba menu ikan patin di sini, jelas tidak mengecewakan dan hampir setanding dengan restoran terkenal di Temerloh. Paling penting ikan yang dimasak sedikit pun tiada bau hanyir. Hidangan nasi lemak ayam goreng berempah harus dicuba dengan cendol durian. Rimba by Dking juga mempunyai beberapa lokasi yang sangat instagrammable. Jangan lepaskan peluang untuk bergambar di sini sambil menyedut udara yang segar.
EDISI 71 SANTAI TRAVEL INSPIRASI PERCU KDN : PPI9083/08/2016(034564) EDISI 71 2017 RM 8.00 90 / / INSPIRASI PERCUTIANKU MAKAN-MAKAN//BENTONG FARM S elalunya pemilihan destinasi percutian adalah pantai, tempat sejuk dan taman tema. Namun, tidak ramai yang menyedari bahawa destinasi percutian berkonsepkan alam semula jadi memberi impak yang positif pada anak dan merehatkan minda. Di Bentong terdapat satu tarikan baru yang amat sesuai untuk dilawati oleh seisi keluarga. Bentong Farm terletak tidak jauh dari Pekan Bentong. Untuk mencari lokasi ini juga tidak susah kerana terdapat papantanda yang akan membawa anda ke sini atau anda boleh menggunakan applikasi Waze. Uniknya di sini anda boleh berinteraksi dengan pelbagai haiwan termasuk memberi makan dan menyentuh haiwan. Bukan itu sahaja, anak-anak dapat mengenali INTERAKSI BERSAMA HAIWAN OLEH : AZLI KHAIRI ABDUL HAMID (AK) Sebut Bentong, yang terlintas di fikiran tentulah durian Musang King atau Lemang To’ki. Jarak Bentong yang tidak jauh dari Kuala Lumpur menyebab ia menjadi destinasi pilihan hujung minggu untuk warga kota melarikan diri dari hutan batu. Namun Bentong sebenarnya lebih daripada buah durian dan lemang To’ki. nama tumbuh-tumbuhan. Sesuai sangat buat keluarga yang sukakan percutian berkonsepkan flora dan fauna. Dengan keluasan 27 ekar dengan air terjun, kolam dan sungai pastinya memberikan aura ketenangan. The Bentong Farm ini dikelilingi lebih daripada 60 spesies pokok buahbuahan dan sayur -sayuran tempatan. Sepanjang berjalan di sini, pengunjung pasti terpesona pelbagai jenis tanaman. Lebih teruja apabila setiap pokok ditanda dengan nama. Paling menarik, di pintu masuk terdapat replika durian terbesar mengikut buku rekod Malaysia. Kelihatan juga replika gergasi akar halia dan buah manggis. Terdapat lebih dari 100 spesis pelbagai jenis haiwan yang jinak dan esksotik seperti Monyet White Eared Marmoset, Kerbau berwarna merah jambu (Albino), South American Camelid Mammal-Alpaca, Pygmy Buffalo, Pygmy Donkey, friendly small Shetland Pony, Burmese Python, ball phyton, kuda belang dan banyak lagi. Pastinya kunjungan bersama keluarga ke sini memberikan pengalaman yang cukup luar biasa. Mana tidaknya, sesetengah haiwan peliharaan di sini dilepaskan begitu sahaja, lebih dekat dengan pengunjung. Yang seronoknya, anak-anak anda boleh menyentuh, membelai dan memberi makan haiwan-haiwan ini. Usah risau kerana pekerja-pekerja di sini akan memastikan anda dan haiwanhaiwan adalah selamat untuk disentuh. Selain itu, paip air dan sabun juga disediakan untuk para tetamu.
EDISI 71 SANTAI TRAVEL INSPIRASI PERCU KDN : PPI9083/08/2016(034564) EDISI 71 2017 RM 8.00 INSPIRASI PERCUTIANKU / / 91 NEWS//PROTON X70 Baru-baru ini saya berpeluang menandu uji Proton X70 1.5L TGDi (2022). Ia adalah model versi dipertingkatkan (facelift) dengan menampilkan penambahbaikan signifikan iaitu trenkuasa baharu 1.5L TGDi, yang juga enjin sama digunakan pada SUV X50. Ada lima varian ditawarkan untuk model facelift ini, dan cuma satu varian menggunakan enjin 1.8L, manakala selebihnya enjin 1.5L TGDi, termasuk satu varian pacuan semua roda (AWD). Walaupun menggunakan enjin sama dengan X50, tetapi enjin X70 baharu ini ditala khas, termasuk transmisi dikalibrasikan supaya sesuai dengan karakter SUV segmen-C tersebut yang menghasilkan output kuasa 174hp dan tork 255Nm. Menurut Proton, pemilihan trenkuasa 1.5L dipilih berdasarkan permintaan pasaran yang mahukan enjin lebih efisien untuk pemanduan dalam bandar. Buktinya, X70 facelift ini memberikan penjimatan 7 peratus lebih baik berbanding enjin 1.8L, termasuk kadar cukai jalan lebih rendah mengikut sesaran enjin. Bagi saya luaran X70 yang dipertingkatkan ini lebih sporty dan muda. Rekaan rim sport sangat cantik! Ketika pemanduan di lebuhraya, tidak terasa sangat perbezaan dengan versi 1,8L. Agak berkuasa walaupun menggunakan enjin1.5L. Keadaan kabin kekal luas dan selesa cuma ruang bonet agak terhad apabila stroller bayi dimasukkan. Jadi ketika saya singgah di Johor Premium Outlet, barang-barang yang dibeli agar bermasalah untuk disimpan kerana ruang bonet yang kecil. Enjin cukup senyap walaupun luaran sedikit bising kerana menggunakan enjin 3-silinder. Saya juga tertarik dengan pelapik PANDU UJI PROTON X70 KE DESARU OLEH : AZLI KHAIRI BIN ABDUL HAMID (AK) Proton adalah jenama kenderaan nasional yang pertama. Proton X70 adalah model kenderaan utiliti sukan (SUV) pertama Proton hasil kerjasama dengan rakan strategik Geely Auto. Model ini telah dilancarkan pada tahun 2018 sebagai unit import (CBU). X70 versi pemasangan tempatan (CKD) diperkenalkan pada tahun 2020. bumbung hitam memberikan ambien kabin lebih sporty. Siling hitam juga dapat mengaburi kesan lapuk dan kotor, ini berita baik kepada pemandu berkeluarga yang ada anak kecil. Paling best apabila cukai jalan lebih murah, cuma RM90 sahaja, berbanding RM200 untuk enjin 1,800cc dan penggunaan minyak lebih menjimatkan. Secara keseluruhannya saya amat berpuas hati dengan pemanduan saya bersama X70. Jadi jika anda di luar sana yang berkira-kira untuk mendapatkan SUV baharu, boleh menjadikan Proton X70 sebagai pilihan anda.
EDISI 71 SANTAI TRAVEL INSPIRASI PERCU KDN : PPI9083/08/2016(034564) EDISI 71 2017 RM 8.00 92 / / INSPIRASI PERCUTIANKU BERITA//BATIK AIR Menurut YB Tuan Khairul Firdaus Akbar Khan, Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Jeddah adalah laluan pilihan yang paling utama bagi mereka yang ingin mengerjakan ibadah umrah atau pun haji. Permintaan yang tinggi bagi laluan tersebut sesungguhnya memberikan banyak peluang kepada agensiagensi pelancongan tempatan untuk memasarkan pakej-pakej umrah pada kadar harga yang berpatutan. “Penerbangan pertama bagi laluan baru ini akan bermula pada 16 Ogos 2023, tidak lama lagi. Semoga ianya berjalan lancar seperti yang diharapkan oleh semua pihak. Lagipun Batik Air adalah syarikat penerbangan yang telah lama beroperasi dan mempunyai rekod yang baik selama ini. Jadi, saya kira pihak Batik Air telah melaksanakan tugas mereka dengan menyediakan perkhidmatan penerbangan terus ini kepada rakyat kita di Malaysia,” katanya ketika menyempurnakan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Antara D-Nexus Holidays, Kirim Bersatu dan Batik Air bagi laluan Kuala Lumpur – Jeddah – Kuala Lumpur di Dewan Sri Utama 2, Kompleks Kraf Kuala Lumpur. Turut hadir pada majlis tersebut adalah YB Datuk Haji Hasbi Hasbibollah, Timbalan Menteri Pengangkutan, YBrs. Kapten Mushafiz Mustafa Bakri, Ketua Pegawai Eksekutif Batik Air, YBrs. Encik Monaharan Periasamy, Pengarah Kanan Tourism Malaysia, Tuan Haji Mohamad bin Minhat, Ketua Pegawai Eksekutif D-Nexus Holidays, YBhg. Prof. Datuk Azlie Halim, Timbalan Presiden Persatuan Pembangunan Pelancongan Antarabangsa Malaysia (MITDA), YBrs. Encik Mohd Azry Mohamad, Pengarah Kirim Bersatu dan wakilwakil dari agensi pelancongan lain. Majlis diadakan sebagai tanda persefahaman dan kerjasama teguh antara kementerian dengan syarikat yang terlibat terutamanya dalam industri Umrah. Sehingga Mac 2023, seramai 300,000 jemaah umrah dari Malaysia telah berlepas dan jumlahnya dijangka akan semakin meningkat. Menurut YB Tuan Khairul Firdaus Akbar Khan, MOTAC juga mengalu-alukan usaha untuk membawa pelancong dari Arab Saudi ke Malaysia terutamanya apabila pelancongan halal semakin meraih sambutan hangat di peringkat global. “Di peringkat kerajaan, MOTAC sentiasa memastikan sektor ini maju dan berdaya saing dalam memenuhi corak permintaan pelancong domestik dan antarabangsa. MOTAC juga sentiasa membantu dan bekerjasama untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada jemaah umrah Malaysia. Di sini menunjukkan bahawa penerbangan dan pakej yang disediakan oleh pengusaha pelancongan di Malaysia adalah terbaik dan mampu bayar oleh mereka. Saya percaya, Batik Air dan D-Nexus Holidays ada keupayaan ini, “ tambahnya lagi. Untuk maklumat lanjut berhubung tempahan tiket penerbangan dan pakej Umrah sila hubungi D-Nexus Holidays di talian 017-5529729 atau 03-42870222. LALUAN BARU BATIK AIR KUALA LUMPUR KE JEDDAH RANCAKKAN LAGI SEKTOR PELANCONGAN NEGARA Pembukaan laluan penerbangan Batik Air yang baru Kuala Lumpur – Jeddah – Kuala Lumpur dilihat mampu merancakkan lagi pertumbuhan sektor pelancongan di kedua negara menerusi pakej Umrah dan pakej pelancongan ke Malaysia.
EDISI 71 SANTAI TRAVEL INSPIRASI PERCU KDN : PPI9083/08/2016(034564) EDISI 71 2017 RM 8.00 INSPIRASI PERCUTIANKU / / 93 BERITA//TOURISM P enganjuran Cuti-Cuti Malaysia – Kuala Lumpur Explore Race (CCMKLER) 2023 ini adalah dengan kerjasama Menara Kuala Lumpur, Pusat Pelancongan Malaysia (MaTIC), Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Muzium Negara, Sogo KL, Ibis Kuala Lumpur City Centre, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan GMBB Mall. CCMKLER 2023 merupakan salah satu inisiatif Tourism Malaysia dalam mempromosikan produkproduk pelancongan yang terdapat di sekitar Kuala Lumpur sebagai tarikan kepada para pelancong antarabangsa amnya dan pelancong domestik khususnya. Pelepasan para peserta mula di Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC), Kuala Lumpur dan akan berhenti di beberapa lokasi yang menjadi tumpuan di sekitar Kuala Lumpur seperti Muzium Negara, Kompleks Kraf Kuala Lumpur, GMBB Mall dan Menara Kuala Lumpur. Majlis pelepasan para peserta disempurnakan oleh Encik Azmi Abdullah, Pengarah Tourism Malaysia Wilayah Tengah dan turut dihadiri oleh Encik Ahmad Alsraf Ahmad Mokhtar, Pengarah MaTiC. Manakala upacara penyampaian hadiah disempurnakan oleh Dato’ Dr. Ammar Abd. Ghapar, Ketua Pengarah Tourism Malaysia dan juga dihadiri oleh Encik Mohamed Amin Yahya, Pengarah Kanan, Bahagian Domestik dan Acara, CUTI-CUTI MALAYSIA KUALA LUMPUR EXPLORE RACE 2023 MERIAH Baru-baru ini Tourism Malaysia telah menganjurkan Program Cuti-Cuti Malaysia – Kuala Lumpur Explore Race (CCMKLER) 2023 bagi meneruskan promosi dan merancakkan lagi aktiviti pelancongan domestik. Usaha promosi kali ini melibatkan penyertaan seramai 300 orang peserta yang terdiri daripada penggiat industri, media arus perdana dan baharu serta orang awam. Tourism Malaysia. Para peserta juga menjelajah ke beberapa lokasi di Kuala Lumpur dengan menjalankan aktiviti seperti photo hunting dan aktiviti yang berpandukan kepada klu-klu yang berbentuk think outside the box seperti siri popular Amazing Race. Dato’ Dr. Ammar Abd. Ghapar, Ketua Pengarah Tourism Malaysia berkata, penganjuran program seumpama ini dapat meningkatkan lagi semangat penggiat-penggiat industri tempatan untuk mewujudkan jaringan kerjasama dengan pelbagai pihak dalam mempromosi dan mempelbagaikan produk-produk pelancongan supaya mereka kekal unik, relevan dan berdaya saing. “Selain itu juga, program Cuti-Cuti Malaysia Kuala Lumpur Explore Race 2023 ini bertujuan untuk menjalinkan hubungan kerjasama yang lebih erat antara pemain industri dan juga media tempatan di kawasan Lembah Klang.” “Pada tahun 2022, seramai 171 juta pelawat domestik telah direkodkan dengan peningkatan sebanyak 160.1 peratus berbanding tahun sebelumnya iaitu dengan 66 juta pelawat domestik. Ini telah menunjukkan bahawa para penggiat industri perlu bangkit dalam meningkatkan usaha bagi membolehkan industri pelancongan untuk pulih lebih awal, iaitu menjelang penghujung tahun 2023 atau awal tahun 2024.”
EDISI 71 SANTAI TRAVEL INSPIRASI PERCU KDN : PPI9083/08/2016(034564) EDISI 71 2017 RM 8.00 94 / / INSPIRASI PERCUTIANKU NEWS//RESORT WORLD “Resorts World Cruises is delighted to provide vacationers with more attractive destination options for the Resorts World One departing from Hong Kong, which will soon include cruising to the popular islands of Naha and Miyakojima, Okinawa, Japan. Together with the support of the Okinawa governor and local authorities, we look forward to rejuvenating both the local and regional cruise tourism industry together”, said Mr. Michael Goh, President of Resorts World Cruises. “With alternate weekly departures from Hong Kong, vacationers can also choose between the 5 Night Naha-Miyakojima cruise itinerary and the 2 or 3 Night Sanya cruise itineraries,” added Mr. Michael Goh. With the Resorts World One departing from Hong Kong every alternate Sundays to Okinawa, vacationers will be able to explore both Naha and Miyakojima. The city of Naha is Okinawa’s cosmopolitan capital and gateway to the island, showcasing many hallmark attractions with seaside pleasures. A visit to Naha is not complete without a trip to the energetic Kokusai Street that is also central to some of the city’s largest festivals, featuring a row of retail RESORTS WORLD CRUISES ANNOUNCES JAPAN ITINERARIES FROM HONG KONG It’s time to dial up the excitement level in Okinawa, Japan, as Resorts World Cruises launches its 6 Day / 5 Night Naha-Miyakojima cruise aboard the Resorts World One, which will depart every fortnight from Hong Kong, starting 1 October 2023. Both the popular islands of Naha and Miyakojima in the Okinawa prefecture are renowned for having some of Japan’s best beaches and tropical coastlines, natural beauty, rich cultural heritage and delicious seafood cuisines. Vacationers seeking more fun in the sun will now have the alternative option to travel to both islands in a comfortable and convenient manner via a cruise holiday aboard the Resorts World One from Hong Kong. outlets, bars, cafes, arts and craft shops and more. For some of the best local seafood delicacies, be sure to also check out the vibrant Makishi Public Market, also popularly known as the “Kitchen of Okinawa”. To fulfil your retail needs, do also explore Naha’s shopping centres and hotspots, including T-Galleria Okinawa that is renowned for its domestic duty-free savings on high end luxury brands. For a change of scenery and pace, vacationers can also enjoy the Naminoue Beach and its fun water activities, together with the spiritual Naminoue Shrine, the source of all life in Okinawan mythology. Vacationers can also discover the ancient side of Naha and its heritage that include the historic Shurijo Castle Park. As part of the cruise itinerary, vacationers will also cruise to Miyakojima, an island considered by many as one of the most beautiful spots in Japan. With sub-tropical climate all
EDISI 71 SANTAI TRAVEL INSPIRASI PERCU KDN : PPI9083/08/2016(034564) EDISI 71 2017 RM 8.00 INSPIRASI PERCUTIANKU / / 95 year round, Miyakojima offers some the country’s best beaches, perfect for snorkelling, diving and thrilling water sports. Alternatively, vacationers can just chill and relax to enjoy the picturesque powdery white sand beaches, crystal clear waters and amazing sunsets. Notable famous beaches include the Yonaha Maehama beach, Sunayama beach and Painagama Beach. Beyond its natural wonders, Miyakojima offers a journey of rich cultural heritage with traditional architectures, unique designed bridges, colourful local festivals and mouthwatering unique Okinawan speciality cuisines, tropical fruits and fresh seafood. While cruising at sea, vacationers will also have ample time to enjoy and discover the cruise ship. As ‘A Resort Cruising at Sea’, Resorts World One offers many unique experiences, including menu choices inspired by Asian flavours to exquisite international cuisine across the 18 bars and specialty restaurants on board the ship. Guests can also enjoy world-class international performances at the Zodiac Theatre; experience movie nights at sea, participate in themed entertainment and rich workshops; engage in thrilling virtual games; or simply take a dip in the Roman pool and enjoy the Caesar slide and massage pool. Alternatively, guests can have a relaxing day at the spa or work out at the well-equipped gym; enjoy shopping at the ship’s boutiques and duty-free shops and more. All these, while cruising to the next exotic destination with local shore tours awaiting your arrival. Cruise fares for the 6 Day / 5 Night Naha-Miyakojima cruise starts from HKD $ 4,400 per person based on twinsharing with bookings opened from 21 August 2023 onwards. Please email to [email protected] for more information or booking enquiries. WHILE CRUISING AT SEA, VACATIONERS WILL ALSO HAVE AMPLE TIME TO ENJOY AND DISCOVER THE CRUISE SHIP. AS ‘A RESORT CRUISING AT SEA’, RESORTS WORLD ONE OFFERS MANY UNIQUE EXPERIENCES, INCLUDING MENU CHOICES INSPIRED BY ASIAN FLAVOURS TO EXQUISITE INTERNATIONAL CUISINE ACROSS THE 18 BARS AND SPECIALTY RESTAURANTS ON BOARD THE SHIP.
EDISI 71 SANTAI TRAVEL INSPIRASI PERCU KDN : PPI9083/08/2016(034564) EDISI 71 2017 RM 8.00 96 / / INSPIRASI PERCUTIANKU HOTEL//HILTON HILTON EXPANDS FOOTPRINT IN JAPAN WITH THE DEBUT OF HILTON OKINAWA MIYAKO ISLAND RESORT The newly built 329‑room hotel features an extensive array of amenities and facilities including four restaurants and bars, five swimming pools, a spa, Kids’ Club, and rooftop chapel. Hilton (NYSE: HLT) has unveiled Hilton Okinawa Miyako Island Resort, the first Hilton property on the Miyako Island. Nestled approximately 300 kilometres southwest of the main Okinawa Island, Miyako Island has become a sought-after destination, known for its enchanting natural beauty and unique cultural experiences. “We are delighted to announce the opening of Hilton Okinawa Miyako Island Resort, in partnership with Mitsubishi Estate and Kajima Corporation, signifying our debut on the captivating outer island of Okinawa,” said Timothy Soper, area vice president, head of Japan, Korea & Micronesia, Hilton. “As we celebrate the 60th anniversary since Hilton first entered Japan with the opening of Hilton Tokyo in 1963, we bring our extensive global hospitality expertise to this latest addition to our portfolio. We look forward to welcoming both residents and international travelers to experience the light and warmth of Hilton’s signature hospitality.” “Miyako Island has gained popularity as a travel destination for its beautiful beaches, rich marine life, and pleasant climate. Hilton Okinawa Miyako Island Resort is a fantastic addition to our flagship brand portfolio in the region, placing us in a strong position to usher in a new era of travel experiences. We’re excited to put our guests at the centre of it all – experiencing new perspectives and forging new connections on this culturally rich island,” said Vincent Ong, vice president, Brand Management, Full Service, Asia Pacific, Hilton. Situated in the Twuriba area, Hilton Okinawa Miyako Island Resort enjoys an advantageous location that entices guests with Miyako Island’s natural beauty. It is ideally located just a 15-minute drive from Miyako Airport which is a short direct flight from Tokyo Haneda or Osaka Kansai Airports, and a 25-minute drive from Shimojishima Hilton Okinawa Miyako Island Resort Presidential Suite Living
EDISI 71 SANTAI TRAVEL INSPIRASI PERCU KDN : PPI9083/08/2016(034564) EDISI 71 2017 RM 8.00 INSPIRASI PERCUTIANKU / / 97 Airport. Thanks to its temperate climate, visitors can immerse themselves in the island’s lush mangrove forests and breathtaking coral reefs all year round. The hotel’s prime location, adjacent to the pristine Miyako Sunset Beach, provides visitors with unrivalled panoramic views of the Miyako Blue Sea and the engineering marvel that is Irabu Bridge. The resort’s interior is decorated with exquisite artwork created by renowned artists that celebrate the essence of Miyako Island, allowing guests to fully immerse themselves in the region’s rich culture and natural beauty. The 329 well-appointed guest rooms incorporate design elements inspired by the Miyako Blue Sea and its surroundings. This includes 56 Executive Rooms and 11 Suite Rooms which offer exclusive access to the Executive Lounge where guests can enjoy evening cocktails and refreshments throughout the day. The hotel also features four restaurants and bars, suitable for various occasions and dining preferences. Guests can dine throughout the day at the vibrant AZURE which serves international fare made with locally sourced ingredients, or savour authentic Italian cuisine at ISOLETTA – the hotel’s signature restaurant, which features a gas-fired pizza oven and cosy trattoria setting. The lobby lounge SARYO is where guests can enjoy light bites and refreshments, including house-made sweets paired with herbal tea. Guests can also unwind at YUNAI Rooftop Bar – where, as its name signifies, means ‘night’ in Miyako dialect – offering a relaxing setting for guests to enjoy mesmerizing sunsets over the Miyako Blue Sea while sipping on cocktails. Hilton Okinawa Miyako Island Resort offers an extensive array of amenities and facilities. This includes three outdoor pools – for families, for children, and for adults respectively, as well as two indoor pools and a gym. Guests can also indulge at the spa while children can be fully entertained with indoor and outdoor activities at the Kids’ Club, which opens from 10am to 6pm daily. Little ones below the age of three are to be parent-accompanied and can access the club for just ¥2,200 per day, while older children can explore the space independently at ¥3,300 for two hours. With a ballroom spanning over 200 square meters, multiple meeting rooms, and a rooftop chapel that can accommodate various gatherings and celebrations, the hotel aims to be an allencompassing destination for tourists, business travelers, and locals alike, to forge new connections and make new memories. Hilton Okinawa Miyako Island Resort is located at 550-7 Hirara Kugai, Miyakojima City, Okinawa, 906-0015, Japan. For more information, or to make a reservation, travellers may visit hiltonmiyakoisland.com or call +81 980 75 5500. Follow the brand on Facebook, Twitter and Instagram.