ISLAM DAN CABARAN SEMASA MPU 23012 PENGAJIAN ISLAM ENCIK AZHAR BIN MOHD NAWI
AHLI KUMPULAN NUR AMIRA BINTI ABDULLAH 26DAT22F1002 AFIQAH NASUHA BINTI MOHD RASIDI 26DAT22F1011 ANIS AFIQAH BINTI ABDULLAH 26DAT22F1004
MAKSUD ISLAM KEPERCAYAAN MUSLIM RUKUN ISLAM RUKUN IMAN EMPAT MAZHAB KONSEP JIHAD FAKTOR DALAMAN DAN LUARAN GEJALA KERUNTUHAN MORAL CABARAN SEMASA DAN LAIN-LAIN ISI KANDUNGAN
Islam (Tulisan Jawi: اسالم ;Bahasa Arab: Mengenai audio ini اإلسالم ;al-'islām (bantuan·maklumat); disebut: [ɪs.ˈlaːm]) (aslama = أسلم ,yuslimu = يسلم ,islaman = اسالما (ialah agama samawi yang terkandung dalam al-Quran, yang dianggap penganutnya sebagai kalam Allah (Arab: هللا ,Allāh), kata demi kata, serta ajaran dan contoh normatif nabi terakhir Nabi Muhammad s.a.w., seorang tokoh politik dan keagamaan Arab abad ke-7. Perkataan Islam bermaksud "penyerahan" , atau penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.[1] Seorang penganut Islam dikenali sebagai Muslim, bermaksud "seorang yang tunduk". MAKSUD ISLAM
Muslim percaya bahawa Allah itu Esa dan tujuan hidup ialah untuk menyembah Tuhan. Muslim juga percaya bahawa Islam merupakan versi lengkap dan sejagat kepercayaan monoteistik ajaran Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s., dan lain-lain nabi. Nabi Muhammad s.a.w. bukanlah pengasas agama baru, sebaliknya menjadi pemulih keimanan monoteistik ajaran nabi-nabi terdahulu. Tradisi Islam menegaskan bahawa agama Yahudi dan Kristian memutarbalikkan wahyu yang Allah berikan kepada nabinabi ini dengan mengubah teks atau memperkenalkan tafsiran palsu, atau keduaduanya . KEPERCAYAAN MUSLIM
RUKUN ISLAM Amalan keagamaan Islam termasuklah Rukun Islam, yang merupakan lima tanggungjawab yang menyatukan Muslim ke dalam sebuah masyarakat. Selain itu, terdapat syariat Islam (شريعة ,syari'ah) yang menyentuh pada hampir semua aspek kehidupan dan kemasyarakatan. Tradisi ini meliputi segalanya dari hal praktik seperti hukum pemakanan dan perbankan kepada jihad dan zakat. MENGUCAP DUA KALIMAH SYAHADAH MENDIRIKAN SOLAT 5 WAKTU PUASA DI BULAN RAMADHAN MENGELUARKAN ZAKAT MENUNAIKAN HAJI BAGI YANG MAMPU
Iman ialah membenarkan dengan sepenuh hati, jiwa dan raga, menyatakan dengan lisan, dan melakukan dengan anggota badan. Para sarjana Islam menetapkan setiap Muslim mestilah percaya kepada enam perkara asas dalam Islam yang dikenali sebagai Rukun Iman, iaitu beriman kepada Allah, beriman kepada Malaikat, beriman kepada Rasul, beriman kepada Kitab, beriman kepada hari Kiamat dan, beriman kepada Qada dan Qadar . RUKUN IMAN
BERIMAN KEPADA ALLAH SWT BERIMAN KEPADA KITAB Konsep teologi asas Islam ialah tauhid-kepercayaan bahawa terdapat hanya satu Tuhan.Dalam teologi tradisi Islam, Allah itu di luar pemahaman manusia; Muslim tidak perlu membayangkan Allah, cuma memuja dan sujud pada-Nya sebagai pencipta alam. Mereka mempercayai tujuan kewujudan ialah untuk menyembah Tuhan Muslim mempercayai bahawa terdapat beberapa kitab suci yang diturunkan Allah kepada nabi-nabinya, dengan al-Quran sebagai kitab terakhir. Mereka juga mempercayai kandungan kitab-kitab sebelum AlQuran, Taurat dan Injil, telah dipesongkan—sama ada dari segi tafsiran, teks, atau keduanya.Muslim menganggap al-Qur'an sebagai kata sebenar Allah; ia adalah pusat teks keagamaan Islam yang diturunkan dalam bahasa Arab.
BERIMAN KEPADA MALAIKAT BERIMAN KEPADA RASUL & NABI Kepercayaan kepada malaikat merupakan satu lagi asas keimanan Islam. Kata bahasa Arab untuk malaikat (malak) bermaksud "utusan" , seperti yang setara dengannya dalam Ibrani (malakh) dan Greek (angelos). Menurut Al-Qur'an, malaikat tidak memiliki tekad bebas, dan menyembah Allah dengan kepatuhan sempurna.Tugas malaikat termasuk menyampaikan wahyu daripada Allah, mengagungkan Allah, mencatat setiap perbuatan manusia, dan mengambil jiwa manusia di akhir hayatnya. Mereka juga difikirkan untuk menjadi perantara bagi pihak manusia. Al-Qur'an menghuraikan malaikat sebagai "utusan dengan kepak—dua, atau tiga, atau empat (pasang): Dia [Allah] menambahkan Makhluk mengikut kemahuan-Nya…" Muslim mengakui para nabi (Arab: نبي (dan rasul (رسول (sebagai manusia yang dipilih Tuhan untuk menjadi utusanNya. Menurut Qur'an semua nabi merupakan manusia dan bukan tuhan, walaupun mereka mendapat mukjizat yang membuktikan kenabian mereka. Teologi Islam menyatakan semua rasul menyampaikan pesanan Islam—penyerahan kepada kehendak Tuhan. Al-Qur'an menyebut nama beberapa orang yang dianggap nabi, termasuk Adam, Nuh, Ibrahim, Musa dan Isa.Muslim juga percaya bahawa Allah menghantar Nabi Muhammad SAW (Penutup segala Nabi) untuk menyebarkan pesanan ketuhanan ke seluruh alam (untuk menyimpulkan dan memuktamadkan kata Tuhan), sedangkan rasul-rasul sebelum baginda dihantar kepada puak atau kaum tertentu sahaja
BERIMAN KEPADA HARI KIAMAT BERIMAN KEPADA QADA & QADAR Kepercayaan pada "Hari Kebangkitan" , Yawm alQiyāmah (juga dikenali sebagai yawm ad-dīn, "Hari Pengadilan" dan as-sā`a, "Saat Terakhir") juga penting pada Muslim. Mereka percaya bahawa masa Qiyāmah telah ditentukan oleh Allah tetapi tidak diketahui oleh manusia. Ujian dan kesengsaraan yang mendahului dan semasa Kiamat dihuraikan dalam al-Qur'an dan hadith, dan juga dalam komentar dari ulama. Al-Qur'an menekankan kebangkitan jasad, suatu pemecahan dari kefahaman Arab pra-Islam tentang kematian. Ia menyatakan bahawa kebangkitan akan diikuti oleh perhimpunan manusia, dan pengadilan mereka oleh Allah. Selaras dengan kepercayaan Islam dalam takdir, atau ketentuan tuhan (al-qadā wa'l-qadar), Allah mempunyai pengetahuan dan kawalan penuh ke atas semua yang berlaku. Ini dijelaskan dalam ayat al-Qur'an seperti "Katakan: 'Tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah Pelindung kami'…" Bagi Muslim, segala di dunia yang berlaku, baik atau jahat, telah ditentukan dan tiada apa yang boleh berlaku kecuali atas izin Allah. Menurut ahli teologi Muslim, walaupun peristiwa telah ditentukan, manusia memiliki tekad bebas dan dia boleh memilih antara betul atau salah, dan demikian bertanggungjawab atas perbuatannya. Menurut tradisi Islam, semua yang telah ditakdirkan oleh Allah ditulis dalam al-Luh al-Mahfūz, "Batu Suratan Terpelihara".
EMPAT MAZHAB 01 02 03 04 MAZHAB IMAM SYAFIE MAZHAB IMAM HANBALI / HAMBALI MAZHAB IMAM MALIKI MAZHAB IMAM HANAFI
NOTA RINGKAS TENTANG EMPAT MAZHAB Muslim mengikuti empat mazhab dari Imam besar Islam iaitu imam Hambali,Imam Maliki,Imam Syafie dan Imam Hanafi.Islam adalah agama paling berpengaruh di Afrika dan Timur Tengah, serta di sebahagian besar Asia. Komuniti besar juga ditemui di China, Semenanjung Balkan di Eropah Timur dan Rusia. Terdapat juga sebahagian besar komuniti pendatang Muslim di bahagian lain dunia, seperti Eropah Barat. Sekitar 20% Muslim tinggal di negara-negara Arab,25% di Asia Selatan dan 13% di Indonesia, negara Muslim terbesar mengikut populasi.Terdapat sekitar 1.57 bilion Muslim, atau 23% penduduk dunia, menjadikan Islam agama kedua terbesar di dunia, selepas Kristian dan boleh dikatakan agama yang berkembang paling pesat di dunia
KONSEP JIHAD ISTILAH BAHAGIAN KEPENTINGAN Melalui harta- infaq jalan Allah Melalui jiwa raga- perang di jalan Allah Melalui tutur katakemahiran tutur bicara ke jalan Allah Mencari harta secara halal Berbelanja harta ke jalan Allah Berusaha bersungguh sungguh menegakkan kalimah Allah berlandaskan ketentuan syarak. Menggunakan segenap potensi dan keupayaan jasmani dan rohani dalam mengalahkan musuh Allah.
FAKTOR DALAMAN & LUARAN 1. perselisihan faham ummah 2. kurang pengetahuan agama islam 1.pengaruh budaya asing 2.penjajahan dan DALAMAN medonisme barat LUARAN
01 02 03 GEJALA KERUNTUHAN MORAL kurang penghayatan agama sifat ingin mencuba yang salah pengaruh rakan sebaya dan persekitaran
HEGOMONI pengaruh atau dominasi sesebuah negara atas negara-negara lain penguasaan yang menyeluruh atau kepimpinan satu-satu negara keatas negara yang lain. Globalisasi fenomina yang menjadikan dunia kelihatan mengecil dari segi perhubungan manusia disebabkan kepantasan perkembangan teknologi maklumat. CABARAN PADA ABAD KE 21
KEPELBAGAIAN CABARAN media semua berita yang disebarkan adalah berdasarkan persepsi barat. sosial barat mengeksport cara hidup sosial yang bebas lepas dari pegangan agama. politik kuasa politik dikuasai barat. ekonomi negara-negara kecil bergantung kepada kuasa besar dunia. hak asasi hak asasi manusia berlaku pencerobohan hak seperti palestin, iraq.
KESIMPULAN Rumusan yang dapat dibuat berdasarkan topik ini ialah terdapat enam isu dan cabaran iaitu ialah kejahilan, kemiskinan, budaya media baru, hedonism, budaya suka berhutang dan pergaulan bebas. Perkara ini menjadi ukuran asas bagi komitmen terhadap agama. Komitmen ini akan membentuk komitmen terhadap hubungan manusia dengan Allah dan makhluk. Semua ini bermula dengan proses pendidikan agama yang diajar dalam dirimasing-masing. Ahli keluarga juga memainkan peranan dalam memberikan didikan kepada anak-anak dan boleh melahirkan sebuah masyarakat yang mampu menjadi kekuatan kepada Islam. Keluarga yang bersatu mampu melahirkan masyarakat yang berakhlak mulia. Oleh itu, sangat penting untuk umat Islam sentiasa muhasabah diri dan melengkapkan diridengan ilmu tentang peranan sebagai seorang umat Islam yang dipandang mulia disisi Allah agar hidup kita tidak terpesong ke jalan yang dimurkai oleh Allah.
https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Islam https://prezi.com/p/v2njxfqxk277/islam-dan-cabaransemasa/ https://harakahdaily.net/index.php/2021/04/10/empatcabaran-semasa-dunia-islam/ https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Cabang_dan_mazhab_Islam RUJUKAN
TERIMA KASIH !