The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

nota dan latihan syarahan

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by anu_usm18, 2021-09-26 12:02:28

Karangan Syarahan

nota dan latihan syarahan

KARANGAN JENIS
SYARAHAN





2. CONTOH KATA PENGHADAPAN

•Hadirin yang saya hormati
•Hadirin yang saya kasihi
•Tuan-tuan dan puan-puan

3. ISI PENTING

• Perenggan isi yang baik mestilah
mempunyai

A. Idea utama - 1 ayat

B. Huraian -1 ayat

C. Contoh - 1 ayat

D. Rumus - 1 ayat

Pendahuluan

Kata Isi
penghadapan Isi

Isi

Isi
Penutup

CONTOH SOALAN

• SOALAN : ANDAIKAN BAHAWA ANDA TELAH TERPILIH
UNTUK MENYAMPAIKAN SYARAHAN BAGI MEWAKILI
KELAS ANDA. TAJUK KARANGAN SYARAHAN YANG
BERKENAAN “MENGISI MASA LAPANG DENGAN
PERKARA YANG BERFAEDAH”. SEDIAKAN TEKS
SYARAHAN BERIKUT.

1.PENDAHULUAN

Yang dihormati dan disanjungi Tuan Pengerusi Majlis,
Para Hakim yang arif dan bijaksana, Tuan Pengetua,
guru-guru, rakan-rakan dan hadirin hadirat sekalian.
Salam sejahtera dan Assalamualaikum saya ucapkan.
Tajuk syarahan saya pada hari ini adalah “mengisi
masa lapang dengan perkara yang berfaedah”.

CONTOH ISI

Terdapat pelbagai cara yang kita boleh lakukan untuk
mengisi masa lapang. Antaranya adalah dengan melibatkan
diri dalam kegiatan kokurikulum. Dengan cara itu, kita dapat
mengekalkan kecergasan tubuh badan dan juga dapat
meningkatkan pengalaman dan ilmu pengetahuan. Contoh
aktiviti kokurikulum ialah seperti bermain bola sepak,
badminton, berbasikal dan sebagainya.

Idea utama Huraian Contoh
(mengapa/
bagaimana)

ISI 2

Idea utama - membaca untuk mengisi
masa lapang

Huraian- banyak bahan bacaan
• -Aktiviti yang paling berfaedah
• Contoh – novel, majalah, buku komik dan

sebagainya

ISI 3

• Idea -kita boleh membantu ibu dan bapa di rumah

• Huraian – meringkankan bebanan kerja ibu bapa
• Kita akan lebih disayangi dan dapat mengeratkan hubungan.

• Contoh – mengemas rumah, mencuci pinggan, mencuci kereta
dan sebagainya.



ISI 4

• Idea utama - kita boleh mengamalkan hobi-hobi berfaedah
• Huraian – kita berasa terhibur, dan kita dapat menambahkan

ilmu
• Contoh – mengumpul setem, menanam pokok, melukis ,

membaca novel dan sebagainya.

4. PENUTUP/ KESIMPULAN

• Kesimpulannya, kita mesti menggunakan
masa lapang dengan aktiviti yang
berfaedah. Hal ini kerana masa itu emas.
Aktiviti berfaedah dapat melindungi diri kita
daripada terjebak dengan gejala negatif.

5. AKHIRI SYARAHAN

• Sekian sahaja syarahan saya untuk kali ini.
Dengan ucapan terima kasih saya sudahi
syarahan pada hari ini.


Click to View FlipBook Version