The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Nrfrhn, 2021-12-29 23:26:57

TAJUK 8 PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA

PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA

SITI NORFARAHIN BINTI MOHD JAMAL KPS3014

PENGURUSAN
PEMBELAJARAN

PENGURUSAN

PELBAGAI

BUDAYA

KUMPULAN KULIAH : E
NAMA : SITI NORFARAHIN BINTI MOHD JAMAL
NO.MATRIK : D20201093083
PROGRAM : ISMP KESUSASTERAAN MELAYU
NAMA PENSYARAH : PROFESOR DR. AMIR
HASAN BIN DAWI

PENGENALAN

Pengurusan Pembelajaran merupakan satu elemen yang penting bagi
mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif dan sistematik.
Sesebuah sekolah perlu mempunyai pengurusan pembelajaran yang baik bagi
menjamin keseragaman dan keberkesanan proses pengajaran dan
pembelajaran (PdP) di sekolah. Seandainya , sesebuah sekolah mempunyai
pengurusan pembelajarang yang kurang baik, maka matlamat, visi, dan misi
bagi sesebuah sekolah sukar untuk dicapai. Justeru itu, dalam Pengurusan
Pembelajaran ini banyak memberi pendedahan tentang maklumat-maklumat
yang berguna bagi seorang guru pada masa akan datang untuk menyediakan
diri mereka menjadi seorang guru kepada generasi yang akan datang.

Antara topik yang terdapat dalam Pengurusan Pembelajaran adalah Topik 8
iaitu berkenaan dengan Pengurusan Pelbagai Budaya. Menurut Kamus Dewan
edisi ke empat, pelbagai bermaksud perihal pelbagai jenis. Manakala budaya
pula ditakrifkan sebagai tamadun, peradaban, kemajuan fikiran, akal budi
cara berfikir, berkelakuan dan sebagainya. Perkataan budaya berasal
daripada cantuman perkataan Sanskrit dan Melayu, iaitu “budi” dan “daya”.
(Shamsul Amri Baharuddin, 2007:13). Perkataan “budhi” yang dipinjam
daripada bahasa Sanskrit bererti kecergasan fikiran dan akal. Perkataan
“daya” pula ialah perkataan Melayu Polynesia yang bermakna kekuatan
kuasa, tenaga dan pengaruh. (Shamsul Amri Baharuddin, 2007:13). Secara
ringkasnya, budaya dapat dilihat sebagai cara hidup ataupun tingkah laku
yang diamalkan dan diterima pakai oleh sesuatu kelompok masyarakat.
Matlamat pendidikan pelbagai budaya untuk mewujudkan kesedaran,
toleransi, pemahaman, dan pengetahuan yang mengambil kira perbezaan dan
persamaan antara budaya dan kaitannya dengan pandangan dunia, konsep,
nilai, keyakinan, dan sikap.

CIRI KEPELBAGAIANKEPELBAGAIAN
BUDAYA MURIDBUDAYA MURID

Kepelbagaian budaya merupakan konsep atau idea yang berkaitan
kepercayaan, pengakuan dan pengiktirafan terhadap
keanekaragaman dan unsur kepelbagaian budaya dan etnik yang
wujud yang mempengaruhi gaya hidup, pengalaman sosial dan
identiti peribadi sesuatu bangsa. Kepelbagaian budaya merangkumi
pemahaman, penghargaan dan penilaian terhadap budaya seseorang
dan etnik masyarakat. Penilaian ini bukan bermakna bersetuju
dengan budaya berkenaan tetapi melihat bagaimana anggota sesuatu
komuniti etnik mengekspresikan nilai-nilai budaya mereka dan
penerimaan bangsa lain terhadap kebudayaan tersebut (Noraini,
2015).

Dengan itu, konsep kepelbagaian budaya adalah konsep pendidikan
yang memberi peluang pendidikan kepada semua murid yang berbeza
daripada aspek etnik, keturunan, bahasa, adat resam dan budaya
untuk mendapat pendidikan yang adil dan sama rata dan berinteraksi
serta memahami setiap rakan dalam bilik darjah dengan baik.

Bahasa
Kaum dan Etnik
Keturunan dan Agama
Kelas Sosial
Jantina
Adat Resam

TOPIK 8

PENDIDIKAN PELBAGAI
BUDAYA

Pendidikan Pelbagai Budaya ialah proses Tujuan pendidikan pelbagai budaya adalah
atau strategi pendidikan yang melibatkan untuk mewujudkan kesedaran, toleransi,
lebih daripada satu budaya, yang pemahaman, dan pengetahuan yang
ditunjukkan melalui bahasa, etnik, atau mengambil kira perbezaan dan persamaan
ciri-ciri Ras (Saha 1997) antara budaya dan kaitannya dengan
pandangan dunia, konsep, nilai, keyakinan,
Pendidikan Pelbagai Budaya boleh berlaku dan sikap.
dalam pendidikan secara formal atau tidak
formal

TEORI SOSIAL PENDIDIKAN
PELBAGAI BUDAYA

Melting Pot I : Anglo Conformity
-Masyarakat yang terdiri daripada individu yang
pelbagai latar belakang agama, etnik, bahasa,
dan budaya harus disatukan dalam satu wadah
yang paling dominan.

Melting Pot II : Ethnic Synthesis
-Setiap individu dalam suatu masyarakat yang
pelbagai latar belakang, disatukan dalam satu
wadah, dan seterusnya membentuk wadah baru,
dengan memasukkan sebahagian unsur budaya
yang dimiliki oleh setiap individu dalam
masyarakat tersebut.

Cultural Pluralism : Mosaic Analogy
-Masyarakat yang terdiri daripada individu dari
pelbagai kaum yang mempunyai latar belakang
agama, etnik, bahasa, dan budaya tersendiri,
memiliki hak untuk mengekspresikan identiti
budaya mereka secara demokratik.

DASAR PENDIDIKAN
PELBAGAI BUDAYA

Masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum
hendaklah disatukan di bawah satu bumbung pendidikan yang
berteraskan pelbagai budaya. Terdapat beberapa dasar pendidikan
iaitu :

Laporan Barnes (1951)
-"matlamat pendidikan dasar hendaklah membentuk satu rupa bangsa
yang berasaskan pelbagai kaum"

Laporan Fenn-Wu (1951)
-"dasar pendidikan Malaya hendaklah ditujukan kepada matlamat
membina warganegara Malaya ... menyediakan kanak-kanak untuk
menempuh segala bidang kehidupan berdasarkan latar belakang
kehidupan masyarakat Malaya.“

Ordinan Pendidikan (1952)
-"matlamat pendidikan akan tercapai melalui pembentukan sekolah
berbagai-bagai kaum yang bercorak kebangsaan ... dengan
berorientasikan kehidupan di Malaya untuk kanak-kanak semua kaum ...
dengan bahasa pengantar adalah bahasa rasmi, iaitu bahasa Melayu dan
Inggeris ... di samping bahasa ibunda di sekolah vernakular Cina dan
Tamil".

CIRI-CIRI GURU BERKESAN
DALAM PENDIDIKAN
PELBAGAI BUDAYA

Sensitif terhadap tingkah laku
pelajar

Guru tidak berat sebelah dan
berfikiran terbuka
Menggunakan teknik

pembelajaran secara berkumpulan
Guru perlu jujur dan menghargai
alternatif budaya seperti bahasa,
kepercayaan, nilai dan tingkah

laku

PENGURUSAN PELBAGAI
BUDAYA DALAM BILIK DARJAH

Persekitaran Fizikal :
- Pelan Kedudukan Murid
-Pengisian papan kenyataan

Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc)
-Pengetahuan sedia ada murid
-Pendekatan dan Teknik PdPc
- Peka dengan topik yang tertentu

Hubungan guru dengan murid
-Bilik darjah yang selamat dan kondusif
-Corak komunikasi dan interaksi
-Hubungan guru bersama ibu bapa dan murid

Rutin dan Disiplin
-Peraturan bilik darjah
-Rutin harian

Bimbingan dan Kaunseling
-Intervensi bagi menangani masalah tingkah laku

RUMUSAN

Kepelbagaian budaya merupakan satu
strategi dan perspektif baharu untuk
memahami variasi pelajar dari
masyarakat yang berbilang kaum dan
berbilang budaya. Dengan itu hubungan
yang lebih harmoni dapat dapat
diwujudkan semasa berinteraksi.
Strategi ini seharusnya dapat
membantu para pelajar memahami
kepelbagaian budaya yang ada di
negara ini supaya matlamat pendidikan
untuk memberi kesedaran kepada
pelajar-pelajar tentang wujudnya
pelbagai nilai, budaya, agama dan
bangsa dalam masyarakatnya serta
terdapat pula persamaan-persamaan
dalam budaya berbagai dapat dicapai.

RUJUKAN

Noriati A. Rashid, Boon, P. Y., Sharifah
Fakhriah Syed Ahmad, & Zuraidah A. Majid.
(2011). Budaya dan Pembelajaran. Selangor
Darul Ehsan: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Prof. Dato’ Dr. Ab. Halim Tamuri, Dr. Nur
Hanani Hussin. Pembelajaran Abad Ke 21
Dalam Kepelbagaian Budaya : Harapan dan
Cabaran. Kolej Universiti Islam
Antarabangsa Selangor.

Syed Ismail bin Syed Mustaffa, Ahmad Subki
b Miskon (2010): Budaya Dan Pembelajaran.
Selangor: Penerbit Multimedia Sdn Bhd.

LAMPIRAN

LINK NOTA PENGURUSAN PEMBELAJARAN



TAJUK 1 -
HTTPS://ORGANISASIKEPIMPINANDISEKOLAH.BLOGSPOT.COM/
2021/12/ORGANISASI-DAN-KEPIMPINAN.HTML

TAJUK 2-
HTTPS://FATINRAYMI.BLOGSPOT.COM/2021/12/PENGURUSAN-
MURID.HTML

TAJUK 3- HTTPS://SITE-6339574-4639-
581.MYSTRIKINGLY.COM/

TAJUK 4-
HTTPS://PENGURUSANPEMBELAJARANAIN.BLOGSPOT.COM/202
1/12/TAJUK-4-PENGURUSAN-SUMBER.HTML

TAJUK 5-
HTTPS://KPS3014KUMPULAN1.BLOGSPOT.COM/

TAJUK 6-
HTTPS://SAZILAHJAIDAL.BLOGSPOT.COM/2021/12/PENGURUSA
N-TINGKAH-LAKU-DAN-DISIPLIN.HTML

TAJUK 7-
HTTPS://FATINSYAZWANI410.BLOGSPOT.COM/

TAJUK 9 -
HTTPS://ONLINE.FLIPPINGBOOK.COM/VIEW/272453388/

TAJUK 10 - HTTPS://NURSYAHMIARIFIN.WIXSITE.COM/TAJUK10

TAJUK 11-
HTTPS://KPSSHAFIQHAQILAH.WEEBLY.COM/

TAJUK 12-
HTTPS://PENGURUSANPEMBELAJARANBYNAA.BLOGSPOT.COM/

TERIMA
KASIH


Click to View FlipBook Version