INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS 01000 KANGAR PERLIS PAKK1094 PENGENALAN KURIKULUM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK Nama : Wan Nur Izzah Farisha Binti Wan Razali No. K/P : 040520-08-0232 Angka Giliran : 2022232310153 Program : Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan Ambilan : Jun 2022 Unit : PAKK A Nama Pensyarah : Tn. Hj. Abdul Ghani Bin Abdul Hamid Tarikh Hantar : 16 Mac 2023 PENGAKUAN PELAJAR Saya mengaku bahawa tugasan pentaksiran berterusan ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya. Tandatangan Pelajar:__________________________Tarikh : _____________________ PEMERIKSA MODERATOR Markah Markah Tandatangan Cop Tandatangan Cop Tarikh Tarikh PENGESAHAN PELAJAR Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan fahami. Tandatangan Pelajar:__________________________Tarikh : _____________________
Penghargaan Bersyukur ke atas hadrat Illahi dengan limpahan kurnia-Nya yang dianugerahkan kepada saya untuk menyiapkan tugasan pentaksiran berterusan ini dengan penuh jayanya. Pertama sekali, saya ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada pensyarah subjek Pengenalan Kurikulum Pendidikan Awal Kanak-kanak PAKK1094, Tuan Haji Abdul Ghani Bin Abdul Hamid kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya telah membuka ruang untuk saya menjayakan tugasan berkenaan. Selain itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada bapa saya yang memberi saya pemudahcara untuk menyiapkan tugasan pentaksiran berterusan ini. Beliau sememangnya telah memberi sokongan moral yang cukup sehingga saya berjaya menyiapkan tugasan ini. Seterusnya, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan saya kerana banyak memberi pendapat dan pandangan yang baik terhadap tugasan pentaksiran berterusan ini. Mereka juga telah membantu saya dengan menjawab setiap soalan yang telah saya tanyakan kepada mereka dengan cemerlang sekali. Akhir sekali, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam pembikinan tugasan pentaksiran berterusan saya ini. Terima kasih. Saya yang benar, …………………………………………………………. (WAN NUR IZZAH FARISHA BINTI WAN RAZALI) I
Kandungan Penghargaan I Isi Kandungan II 1.0 Pengenalan 1 2.0 Persamaan Antara Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) dan Kurikulum PERMATA 1 2.1.1 Untuk Mencapai Falsafah Pendidikan Kebangsaan 1 2.1.2 Pentingnya Belajar Sambil Bermain Buat Kanak-kanak 2 3.0 Perbezaan Antara Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) dan Kurikulum PERMATA 2 3.1.1 Tujuan Utama KSPK dan PERMATA 2 3.1.2 Garis Panduan KSPK dan PERMATA Untuk Para Pendidik 3 4.0 Rumusan 4 Rujukan 5 II
1.0 Pengenalan Kelas pendidikan awal kanak-kanak (PAKK) terbahagi mengikut umur iaitu tadika atau prasekolah untuk kanak-kanak berumur 4 hingga 6 tahun manakala taska untuk kanak-kanak berusia 0 bulan hingga 4 tahun. Jadi, sudah tentu kedua-dua kelas ini menggunakan kurikulum yang berbeza. Tadika ataupun prasekolah diwajibkan untuk mematuhi Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) manakala taska pula perlu menggunakan kurikulum PERMATA. Oleh sebab kedua-dua kelas PAKK ini mempunyai dua golongan kanak-kanak yang berlainan umur dan tahap perkembangan yang berbeza, kandungan kedua-dua kurikulum tersebut turut mempunyai persamaan dan perbezaannya tersendiri. Persoalannya, apakah yang dapat dibanding bezakan antara kedua-dua kurikulum tersebut, KSPK dan juga kurikulum PERMATA? 2.0 Persamaan Antara Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) dan Kurikulum PERMATA 2.1.1 Untuk Mencapai Falsafah Pendidikan Kebangsaan Kedua-dua kurikulum iaitu Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) dan PERMATA mempunyai persamaan iaitu adalah untuk mencapai Falsafah Pendidikan Kebangsaan. KSPK dan PERMATA mempunyai matlamat masing-masing untuk mencapai satu tujuan yang sama, untuk melahirkan seorang warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, mempunyai akhlak yang mulia, bertanggungjawab dan juga berkeupayaan untuk mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran negara, masyarakat dan juga keluarga (Kementerian Pendidikan Malaysia). KSPK dan PERMATA ini merupakan salah satu langkah persediaan yang diambil oleh ibu bapa sebelum menghantar anak-anak memasuki sekolah. Oleh itu, antara perkara yang ditekankan oleh KSPK dan juga PERMATA adalah dari aspek komunikasi. Kedua-dua kurikulum ini menekankan elemen bahasa lebih-lebih lagi Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Bukan sahaja komunikasi secara lisan, malahan komunikasi secara bukan lisan seperti menulis dan mendengar turut dititikberatkan dalam KSPK dan juga PERMATA. Aspek komunikasi ini penting buat kanak-kanak berumur 0 hingga 6 tahun disebabkan mereka berada pada fasa perkembangan yang pesat dan pantas. Kanak-kanak di usia ini lebih mudah untuk menyerap setiap maklumat yang disampaikan oleh orang lain. Kemahiran berkomunikasi ini juga dapat membuatkan keyakinan diri setiap kanak-kanak itu meningkat 1
dan mereka mampu untuk menyatakan pendirian masing-masing tanpa rasa takut (Zaharah et. al., 2022). Dengan pendedahan awal ini, kanak-kanak dapat mengaplikasikan bukan sahaja kemahiran berkomunikasi malah pelbagai kemahiran lain yang diajar semasa berada di sekolah kelak. Tujuan utama FPK turut untuk melahirkan seorang warganegara Malaysia yang cemerlang turut tercapai dengan adanya kurikulum PERMATA dan KSPK. 2.1.2 Pentingnya Belajar Sambil Bermain untuk Kanak-kanak Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) dan PERMATA ini juga mementingkan strategi Pembelajaran dan Pemudahcara (PdPC) menggunakan konsep belajar sambil bermain. Pendekatan belajar sambil bermain ini tidak dapat dinafikan keberkesanannya kerana fitrah kanak-kanak adalah untuk bermain. Berdasarkan teori Lev Vygotsky, beliau percaya bahawa interaksi sosial kanak-kanak dalam golongan usia 0 hingga 6 tahun ini dapat meningkatkan lagi perkembangan mereka dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan juga sosial. Kanak-kanak mula menimba pengalaman dan mengadaptasi diri mereka mengikut persekitaran dari semasa ke semasa (Hannah & Mark, 2022). Oleh kerana kanak-kanak tidak dapat memberi tumpuan sepenuhnya kepada pembelajaran dalam tempoh masa yang lama, konsep belajar sambil bermain ini amat penting dan diperlukan untuk kelas pendidikan awal kanak-kanak. Semasa bermain, kanak-kanak dapat merangsang fungsi otak yang boleh memupuk perkembangan kognitif, sosial dan juga emosi mereka (Aliza dan Sharifah, 2011). Secara tidak langsung, perkembangan kanak-kanak yang sentiasa aktif ini bakal menjadi lancar sepanjang masa. Sudah terbukti jelas bahawa penerapan strategi PdPC menggunakan pendekatan ini ke dalam kedua-dua kurikulum PERMATA dan KSPK membawa lebih banyak kesan positif daripada kesan negatif. 3.0 Perbezaan Antara Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) dan Kurikulum PERMATA 3.1.1 Tujuan Utama KSPK dan PERMATA Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) ini memfokuskan dalam memberi didikan untuk mengembangkan lagi potensi kanak-kanak yang berumur 0 hingga 6 tahun secara menyeluruh dari aspek jasmani, emosi rohani, intelek dan juga sosial. Untuk mengembangkan aspek-aspek ini, KSPK menggunakan dan mengutamakan 6 tunjang iaitu tunjang komunikasi, tunjang kerohanian, sikap dan nilai, tunjang keterampilan diri, tunjang 2
perkembangan fizikal dan estetika, tunjang sains dan teknologi serta tunjang kemanusiaan. Keenam-enam tunjang ini dapat membantu kanak-kanak untuk membuat persediaan rapi sebelum memasuki darjah 1. Bukan sahaja untuk darjah 1 malahan tunjang-tunjang ini mampu untuk melahirkan seorang indvidu yang berkemahiran dalam segala aspek seperti penggunaan teknologi, memupuk pemikiran kritis, kreatif dan inovasi serta membolehkan mereka bersikap matang dalam melakukan sebarang tindakan (KTLestari Prasekolah). Untuk kurikulum PERMATA pula adalah untuk memberikan atau menyediakan program asuhan dan didikan awal yang bersepadu kepada kanak-kanak yang berumur 0 hingga 4 tahun. Melalui kurikulum PERMATA, kanak-kanak dapat menimba pengalaman sebanyak mungkin dalam pelbagai aspek dan juga kemahiran seperti kemahiran berkomunikasi, mengira, menulis dan juga membaca penulisan ringkas. Kurikulum PERMATA menekankan komponen pemakanan seimbang, keselamatan kanak-kanak, penjagaan dan latihan urus diri serta amalan pengasuhan. Komponen-komponen ini dapat membolehkan kanak-kanak menimba sebanyak mungkin pengalaman. Di taska juga, dengan penerapan komponenkomponen ini, kanak-kanak dapat membina karakter diri. Aktiviti bermain secara berkumpulan dapat memupuk sikap tanggungjawab dan disiplin dalam diri masing-masing. Selain itu, kanak-kanak juga dapat belajar cara untuk mengawal emosi supaya tidak menjadi keterlaluan seterusnya menggalakkan lagi perkembangan emosi mereka. 3.1.2 Garis Panduan KSPK dan PERMATA untuk Para Pendidik Berdasarkan keenam-enam tunjang pembelajaran untuk tadika dan prasekolah, KSPK menyediakan garis panduan untuk pendidik supaya memudahkan para pendidik menyediakan rancangan pengajaran tahunan mahupun harian. Garis panduan ini merangkumi standard kandungan, standard pembelajaran dan standard prestasi. Para pendidik pendidikan awal kanak-kanak di tadika ataupun prasekolah boleh merujuk garis panduan ini untuk merancang pengajaran dan pembelajaran (PdP) pada hari tersebut. KSPK yang telah digubal oleh Kementerian Pendidikan Malaysia berlandaskan prinsip Amalan Berseuaian dengan Perkembangan (ABP) ini jelas dapat membantu pendidik-pendidik PAKK dalam melancarkan perkembangan kanak-kanak tersebut dalam segala aspek sejajar dengan tujuan utama KSPK (Rosmah dan Mariani, 2014). Pengurusan di PERMATA pula menggunakan modul pembelajaran kanak-kanak PERMATA. Modul ini membantu para pendidik melaksanakan persekitaran dan pengalaman 3
pembelajaran yang sesuai dan menyeronokkan untuk kanak-kanaka daripada usia 0 bulan sehingga 4 tahun ke atas. Modul pembelajaran ini terbahagi kepada enam mengikut penyesuaian peringkat umur kanak-kanak. Dalam modul ini juga terdapat cadangancadangan pelaksanaan aktiviti yang sesuai untuk dilakukan kanak-kanak mengikut bidang pembelajaran. Sebagai contoh, aktiviti Makan Buah yang merangsang perkembangan deria sentuhan kanak-kanak dengan menyentuh bahan-bahan yang konkrit serta deria rasa masam, manis, pahit dan juga, antara buah-buahan yang boleh digunakan adalah seperti buah pisang, epal dan mangga. Guru-guru juga digalakkan untuk menggunakan kreativiti masing-masing untuk melaksanakan aktiviti di dalam kelas dan tidak hanya bergantung kepada cadangan yang terdapat dalam modul pembelajaran PERMATA ini sahaja. Kesimpulannya, kedua-dua kurikulum ini mengandungi garis panduan tersendiri untuk menyesuaikan dan memudahkan pendidik-pendidik mencapai tujuan asal tadika dan taska. 4.0 Rumusan Tujuan wujudnya kelas pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia ini adalah untuk memberikan pendidikan awal yang sepatutnya kepada setiap kanak-kanak berusia 0 bulan hingga 6 tahun. Dalam masa yang sama, kelas PAKK turut memberi persediaan rapi kepada kanak-kanak sebelum menjejakkan kaki ke aliran kelas perdana di sekolah rendah. Jadi, dengan adanya kurikulum KSPK dan PERMATA ini, ibu bapa dan guru-guru dapat mengambil tahu tahap perkembangan dan pencapaian kanak-kanak lalu membantu mereka untuk menjadi lebih baik lagi selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan sebelum memasuki darjah satu. Di peringkat ini juga kanak-kanak mula menunjukkan sekiranya mereka mempunyai sebarang masalah pembelajaran jadi ibu bapa, guru-guru dan juga golongan masyarakat boleh memberikan bantuan awal kepada mereka. Jadi, setiap pendidik kelas PAKK ini perlu menguasai kedua-dua kurikulum ini untuk memberikan bantuan, didikan dan perkhidmatan sepenuhnya kepada kanak-kanak ini. 4
Rujukan Hannah K. Scott, & Mark Cogburn. (2022). StatPearls Internet. StatPearls Publishing. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/books/NBK448206/ Hazhari Ismail, Mohamad Albaree Abdul, Norhafizi Mohd Arof, Saedah Siraj & Zaharah Osman. (2022). Pandangan guru tadika terhadap aspek kemahiran sosial dalam kalangan kanak kanak : satu analisis keperluan. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan, 11(2). https://ojs.upsi.edu.my/index.php/JPAK/article/view/7098/4244 Kementerian Pendidikan Malaysia. (2019). Falsafah Pendidikan Kebangsaan. https://www.moe.gov.my/index.php/dasarmenu/falsafah-pendidikan-kebangsaan KTLestari Prasekolah. (2012). Tunjang. https://ktlestari.usm.my/index.php/penerbitan/18- tunjang-ktlestari Rosmah Abdul Ghani, & Mariani Md Nor. (2014). Pelaksanaan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan oleh guru prasekolah. Jurnal Peradaban : Jurnal Rasmi Pusat Dialog Peradaban, 7(1), 40 – 63. https://peradaban.um.edu.my/index.php/PERADABAN/article/view/4807 Sharifah Nor Puteh, & Aliza Ali. (2011). Pendekatan bermain dalam pengajaran bahasa dan literasi bagi pendidikan prasekolah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 1(2). https://www.researchgate.net/publication/327954228_Pendekatan_bermain_dalam_p engajaran_dan_bahasa_dan_literasi_bagi_pendidikan_prasekola 5