KUCING JIRAN SAYA
Pada suatu hari, Lisa sedang gembira bermain basikal di laman rumahnya.
Tiba-tiba, ada seekor kucing yang cuba untuk memanjat pagar rumahnya.
Lisa berasa kasihan akan kucing itu lalu pergi mendekati pagar rumahnya untuk melihat keadaan kucing itu.
Kucing itu sangat comel. Matanya bulat dan bulunya bertompok bewarna putih dan hitam.
Lisa membelai-belai kucing itu dan ternyata dia sangat manja dan suka dibelai oleh Lisa.
Kucing itu mula mengiau tanda kelaparan. Lisa bergegas ke dapur untuk mencari makanan yang boleh diberi kepada kucing itu.
Lisa kembali kepada kucing itu dengan membawa beberapa ekor ikan.
Dengan senang hati kucing itu mula menikmati ikan yang dihidangkan oleh Lisa.
Lisa mula berasa sayang akan kucing itu lalu meminta kebenaran dari ibunya untuk membela kucing itu.
Pada awalnya ibu Lisa menolak, namun Lisa cuba memujuk ibunya lalu dia diberikan kebenaran untuk menjaga kucing itu dengan beberapa syarat.
Lisa menamakan kucing itu dengan nama Bobo. Bobo kelihatan gembira kerana sering diberi perhatian oleh Lisa dan sering diberi makan.
Hari demi hari, Lisa dan bobo semakin akrab dan Lisa amat menyayangi Si Bobo.
Namun pada suatu hari, ada seorang budak lelaki yang datang ke rumah Lisa dan dia juga tinggal di kejiranan rumah Lisa.
Lisa melihat ibunya berbincang secara serius dengan budak lelaki itu. Rupanyarupanya kucing budak lelaki itu telah lama hilang.
Kucing yang telah lama tinggal dengan keluarga Lisa dan telah diberikan nama Bobo oleh Lisa merupakan kucing budak lelaki itu.
Lisa berasa amat sedih dan tidak ingin memulangkan kucing itu kembali. Namun apakan daya, Bobo telah mempunyai tuan serta rumahnya sendiri dan Bobo bukannya milik Lisa.
Lisa menjalani kehidupan sehariannya seperti biasa tanpa melayankan kesedihan yang melanda.
Namun sesuatu yang pelik sering terjadi. Bobo suka datang ke rumah Lisa sambil mengiau-ngiau dari luar pagar.
Lisa hanya memberi makan kepada bobo namun tidak membawanya masuk ke dalam rumah kerana tahu bahawa bobo bukan miliknya lagi.
Tiba -tiba pada suatu hari budak lelaki itu datang kembali ke rumah Lisa sambil membawa Bobo. Budak lelaki itu ingin menyerahkan Bobo kepada Lisa.
Bobo bukan satusatunya kucing yang budak lelaki itu punyai dan dia tidak sempat untuk menjaga Bobo dengan baik. Bobo sering menghilangkan diri untuk mencari makanan dan perhatian di tempat lain.
Lisalah antara orang yang menjaga Bobo dengan sangat baik dan disebabkan itulah Bobo sering kembali kerumah Lisa.
Lisa amat gembira dan berjanji akan menjaga Bobo dengan baik . Lisa akan memberi perhatian serta menjaga keperluan Bobo sehari-harian.
sekian, terima kas ih