Tarian Sewang & Tarian Singa
PERGERAKAN
BERIRAMA
BY DAMIA FARHANA BINTI AZIZAN
PENGENALAN
Pergerakan berirama merupakan suatu gerak tari yang melibatkan elemen
kesedaran tubuh badan, kesedaran ruang, kualiti pergerakan dan hubungan
bagi mewujudkan kepelbagaian corak pergerakan mengikut alunan muzik.
Pergerakan berirama memberi ruang serta peluang kepada murid untuk
berfikir dan bergerak secara kreatif. Pergerakan berirama yang
berkonsepkan tarian tradisional masyarakat Malaysia membolehkan murid
mengenali dan mempratikkan langkah tarian asas sebagai suatu
pergerakan bagi meningkatkan kecergasan fizikal dan amalan gaya hidup
sihat.
TARIAN SEWANG
Sewang merupakan salah satu tarian suku kaum orang asli yang terdapat di
Malaysia. Tarian ini dilakukan bagi tujuan perubatan yang merangkumi
unsur-unsur spiritual dan ritual. Walau bagaimanapun, tarian ini telah
diolah semula dan dipersembahkan kepada masyarakat umum sebagai satu
tarian kebudayaan. Tarian sewang kebiasaannya dipersembahkan dalam
bentuk bulatan iaitu penari akan membentuk bulatan semasa persembahan
diadakan. Tarian ini diiringi dengan bunyian alat muzik yang berasaskan
alam semula jadi seperti ketukan buluh.
KEMAHIRAN SEWANG
SEMAK ALAM
Sewang Semak Alam merupakan tarian etnik bagi suku kaum Semelai di
Negeri Sembilan. Sewang bermaksud tarian manakala Semak merupakan
orang. Alam pula merujuk kepada alam semula jadi. Tarian ini diiringi muzik
Rambutan Gading. Sewang Semak Alam merangkumi pergerakan yang
kreatif berdasarkan imaginasi, kreativiti, kerjasama dan keyakinan.
1. ragam nginjak tanah
2. ragam mengintai sisi
3.
4. ragam menyumpit
5. ragam berjalan puyuh
6.
7. ragam semak kuis
8. ragam mengentuk bumi
9.
ragam alam berputar
ragam mengajuk burung
ragam menyapu diri
1. ragam nginjak tanah
2. ragam mencari
3.
4. ragam memetik buah
5. ragam alam berputar
6.
7. ragam pepatung
ragam semak kuis
ragam mencium bunga
TARIAN SINGA
Tarian singa merupakan antar tarian tradisonal dan adat warisan masyarakat
Cina. Tarian ini memerlukan penari untuk meniru pergrakan singa dengan
menggunakan kostum singa. Kebiasaannya, tarian ini dimainkan semasa
perayaan Tahun Baru Cina. Tarian singa dipersembahkan oleh dua orang
penari. Seorang akan bertindak sebagai penari di bahagian hadapan (kepala)
dan seorang lagi di bahagian belakang (ekor). Penari di bahgaian hadapan
perlu menggerakkan kostum kepala singa mengikut rentak muzik. Kedua-dua
penari bergerak seakan-akan seekor singa. Tarian ini diiringi alat muzik sperti
gong, simbal dan gendang besar serta letusan mercun yang dipercayai
membawa tuah.
PERGERAKAN ASAS
TARIAN SINGA
langkah 1
1.Pergerakan dimulakan dengan kedudukan bersedia.
2.Kaki dibuka seluas bahu. Fleksi lutu dan kuatkan
kekuda kaki.
3.Tangan seperti sedang memegang kepala singa.
langkah 2
1.Kaki kanan diangkat ke sisi dengan fleksi lutut.
2.Badan dipusing sedikit ke arah kanan.
3.Tangan bergerak ke kanan dengan memusingkan
kepala singa.
langkah 3
1.Badan digerakkan ke bawah.
2.Fleksi lutut sehingga paras terendah.
3.Kaki kiri diluruskan ke sisi.
4.Tangan bergerak ke kiri dengan memusing kepala
singa.
langkah 4
1.Kedudukan posisi badan sama seperti langkah 3.
2.Tangan yang memegang kepala singa digerakkan ke
kanan dan ke kiri berulang kali.
langkah 5
1.Badan digerakkan ke bawah.
2.Fleksi lutut sehingga paras terendah.
3.Kaki kiri diluruskan ke sisi.
4.Tangan yang memegang kepala singa digerakkan
ke atas.
langkah 6
1.Posisi badan sama seperti langkah 5.
2.Badan digerak ke atas. Kaki dibuka seluas bahu dan
fleksi lutut.
3.Tangan yang memegang kepala singa digerakkan ke
atas dan ke bawah sebanyak dua kali serta
digelengkan ke kiri dan ke kanan empat kali.
langkah 7 langkah 8
1.Kaki dibuka seluas bahu 1.Ulang langkah 7.
dan fleksi lutut. 2.Kaki kiri diangkat tinggi
2.Kaki kanan diangkat tinggi separas dada dan
separas dada dan digoyang digoyang ke hadapan dan
ke hadapan dan ke ke belakang.
belakang. 3.Tangan kanan diangkat
tinggi ke atas seperti
3.Tangan diangkat tinggi ke menyengetkan kepala
atas seperti sedang singa ke bawah.
mengetkan kepala singa ke 4.Kepala singa digerakkan
bawah. sedikit ke kiri dan ke
kanan.
4.Kepala singa digerakkan
sedikit ke kiri dan ke kanan.
langkah 9
1.Kaki dibuka seluas bahu dan fleksi lutut.
2.Lutut kanan fleksi ke atas separas bahu.
3.Tangan memegang kepala singa dan diangkat tinggi.
Pergerakan seperti leher singa dipanjangkan.
langkah 10
1.Pergerakan badan bermula dari sisi kanan.
2.Fleksi lutut kaki kanan manakala kaki kiri dalam kedudukan
lurus.
3.Tangan memegang kepala singa dan diangkat tinggi serta
digerakkan secara perlahan ke hadapan.
4.Posisi badan bergerak ke hadapan mengikut pergerakan
tangan yang memegang kepala singa.
1. singa tidur
2. singa terjaga dari lena
3. singa beri hormat
4. singa melompat mencari sesuatu
5. singa jumpa makanan
6. singa makan
7. singa kongsi kegembiraan
8. singa membersihkan diri
9. singa tunduk
10. singa tidur