The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by salisah.sms, 2020-09-10 20:28:04

MINIT MESYUARAT GURU KALI KEDUA 2020

MINIT MESYUARAT GURU KALI KEDUA 2020

Minit Mesyuarat Guru kali ke-2

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN UNDANG JELEBU
MINIT MESYUARAT GURU BIL .2/ 2020

Tarikh : 17.6. 2020 ( Rabu )
Masa : 9.00 pagi
Medium : Google Meet
Pengerusi : Tuan Haji Hashim Bin Osman (Pengetua )

KEHADIRAN :

1. HASHIM BIN OSMAN ( Pengetua SMKUJ )

2. RAMLI BIN KAHAR ( GPK 1 )

3. ROSNAH BT TABRI ( GPK HEM )

4. ZUBAIDAH BT MOHAMAD ( GKMP Bahasa )

5. NOORAZLINA BT KASIM ( GKMP Kemanusiaan )

6. SAZIAH BT ABDUL RAHIM ( GKMP Sains dan Matematik )

7. ZULKEFLI BIN AB. GHANI ( GKMP Teknik dan Vokasional )

8. AHMAD ZABIDI BIN MAHMUD

9. AMIRUL IZHWAN BIN MOHAMAD

10. AZIRATULSYIDA BT MOHD RAZLI

11. ANIS MADIHAH BT MOHD RASUL

12. CHUA TING SHIANG

13. FAIRUL AZRY BIN ABD AZIZ

14. HARIZAH BT ALIAS

15. HAZLIN BT MOHAMAT

16. JAMILAH BT LUDIN

17. LIEW HUEY JING

18. MD HAFEEZ AFFENDY BIN RUSLI AFFANDI

19. MOHAMAD AFIFFUDDIN BIN MOHAMAD TAKIUDIN

20. MOHAMAD FARID BIN MOKHTAR

21. MUHAMAD AZRI BIN JOHARI

22. MUSTAFA AZZAM BIN ABDUL KAHIR @ ABDUL KHAIR

1

Minit Mesyuarat Guru kali ke-2

23. NIK AHMAD ZAMIR BIN NIK AB RAHMAN
24. NIK NOR ZARINA BT NIK RAMZI
25. NORALIZA BT SAARI @ OTHMAN
26. NORASYIKIN BT MOKTAR
27. NORAZLIN BT MD NOOR
28. ROSNAH BT ABDULLAH
29. SALISAH BT MAD SAH
30. SEAW BIK FAH
31. SITI MUNIRA BINTI ISMARA DIVA
32. MUHAMAD AZRI BIN MAT AZMI
33. SARIJAH BINTI ABDUL SALIM
34. SAYANI BT RAMLI
35. ASMA SHAHIDA BT AHMAD
36. SITI NURHUDA BT MD TAHIR
37. SITI RAINA BT ABDUL BAKI
38. ERLIA IZZATI BT MOHD SAAT
39. MUHAMMAD YAZID BIN DZULKIFLI
40. NORAZIZAN BT ABDULLAH
41. JUNAIDAH BT ESAHAK

AGENDA MESYUARAT

1.0 UCAPAN DAN KATA-KATA ALUAN PENGERUSI MAJLIS
Pengerusi mengucapkan terima kasih dan mengalu-alukan kedatangan semua
guru termasuklah 3 orang guru baru dalam Mesyuarat Guru Kali Kedua.
Pengerusi mengajak semua guru agar membaca Surah Al Fatihah sebelum
memulakan mesyuarat.

[ Tindakan : Makluman ]

2

Minit Mesyuarat Guru kali ke-2

2.0 TAKLIMAT PENATARAN GARIS PANDUAN PENGURUSAN PEMBUKAAN SEMULA
SEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA OLEH TUAN PENGETUA
2.1 Terdapat 3 objektif utama garis panduan iaitu :
2.1.1 pengurusan sekolah dan asrama dapat berlaku dengan lebih
teratur dan lancar
2.1.2 keselamatan dan kesihatan murid, guru dan warga sekolah
diutamakan semasa berada di sekolah dan asrama
2.1.3 proses pengajaran dan pembelajaran (Pdp) berlaku dalam
keadaan selamat
2.2 Peranan Pentadbir
2.2.1 Memastikan sekolah berada dalam keadaan selamat untuk
beroperasi
2.2.2 Menangani isu pengoperasian sekolah berdasarkan garis panduan
serta mengambil kira pandangan pihak yang berkaitan seperti PPD
dan Pejabat Kesihatan Daerah
2.2.3 Memastikan murid mendapat akses kepada Pdp
2.2.4 Memastikan murid, guru dan warga sekolah yang hadir ke sekolah
berada dalam keadaan sihat
2.2.5 Memastikan kesihatan dan keselamatan murid diutamakan melalui
penjagaan kebersihan dan penjarakan sosial
2.2.6 Memberikan penerangan dan pendidikan berterusan berkenaan
penularan jangkitan COVID-19, penjagaan kesihatan dan
penjarakan sosial
2.3 Peranan Guru
2.3.1 Menyediakan Rancangan Pelajaran Harian (RPH) seperti yang
digariskan dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1999: Penyediaan
Rekod Pengajaran dan Pembelajaran
2.3.2 Melaksanakan Pdp yang bersesuaian dengan kesediaan murid
dan situasi semasa
2.3.3 Mengingatkan murid untuk sentiasa menjaga kebersihan dan
mengamalkan penjarakan sosial

3

Minit Mesyuarat Guru kali ke-2

2.3.4 Memaklumkan pentadbir sekolah jika terdapat muridyang
menunjukkan gejala awal COVID-19

2.4 Peranan Ibu bapa/Penjaga
2.4.1 Memastikan anak/anak jagaan berada dalam keadaan sihat,
menjaga kebersihan diri dan tidak menunjukkan gejala awal
COVID-19 sebelum hadir ke sekolah
2.4.2 Membantu anak/anak jagaan belajar mengikut kemampuan ibu
bapa/penjaga
2.4.3 Memberikan motivasi kepada anak/anak jagaan untuk terus
belajar

2.5 Pelaksanaan – Pengurusan Sekolah
2.5.1 Kehadiran guru tertakluk kepada arahan perkhidmatan Jabatan
Perkhidmatan Awam (JPA), Jabatan Perdana Menteri dan KPM
dari semasa ke semasa
2.5.2 Kehadiran murid ke sekolah adalah secara berfasa dan dimulai
dengan murid Tingkatan 5 dan 6
2.5.3 Sekolah boleh melaksanakan waktu persekolahan secara
berperingkat-peringkat dengan kelulusan pendaftaran negeri
2.5.4 Murid tidak perlu hadir ke sekolah. Mereka kekal meneruskan PdP
di rumah sehingga KPM mengeluarkan pemakluman lanjut
2.5.5 Perhimpunan sekolah dan aktiviti-aktiviti lain yang melibatkan
murid berkumpul secara beramai-ramai tidak dibenarkan

2.6 Pelaksanaan – Pengurusan Prasarana
2.6.1 Pembersihan kawasan sekolah sebelum sesi persekolahan bermula
dan pada setiap hari selepas tamat persekolahan
2.6.2 Fokus pembersihan permukaan yang kerap disentuh
2.6.3 Pembasmian kuman jika ada kes positif COVID-19
2.6.4 Perancangan susun atur bilik-bilik PdP berdasarkan penjarakan
sosial
2.6.5 Jarak 1 meter di antara meja. Lebihan murid perlu ditempatkan di
kelas yang lain
2.6.6 Pengusaha kantin hanya menyediakan makanan berbungkus

4

Minit Mesyuarat Guru kali ke-2

2.6.7 Murid makan di dalam bilik PdP di bawah seliaan seliaan guru
pada waktu rehat

2.6.8 Murid yang makan di dewan makan asrama pada waktu rehat,
dalam makluman guru bertugas

2.7 Pelaksanaan – Pengurusan Prasarana
2.7.1 Bilik kesihatan/sakit di sekolah harian dan sekolah berasrama
dijadikan sebagai bilik isolasi bagi murid yang bergejala sebelum
mendapatkan rawatan
2.7.2 Bilik ini perlu dibekalkan dengan pelitup muka serta
sabun/pensanitasi tangan (hand sanitizer)
2.7.3 Pelan lokasi untuk diletakkan tanda penjarakan sosial di bilik PdP,
kantin, bilik guru/pejabat dan lif
2.7.4 Pelan laluan pergerakan terarah
2.7.5 Penyediaan sabun/pensanitasi tangan (hand sanitizer)
2.7.6 Mempamerkan bahan bercetak terbitan KKM mengenai
penularan jangkitan COVID-19 di lokasi strategik
2.7.7 www.moh.gov.my/FB : Kementerian Kesihatan Malaysia

2.8 Pelaksanaan – Keselamatan Murid, Guru dan Warga Sekolah
2.8.1 Rujuk : Standard Operating Procedure (SOP) Pencegahan
Penularan Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di
Sekolah Kementerian Pendidikan
2.8.2 Pemakluman : Pemakluman awal kepada murid, guru dan warga
sekolah bahawa mereka mesti dalam keadaan sihat untuk hadir
ke sekolah

2.9 Pelaksanaan – Keselamatan Murid, Guru dan Warga Sekolah ( Saringan )
2.9.1 Saringan setiap hari di pintu masuk sekolah/asrama sebelum sesi
persekolahan bermula
2.9.2 Sekolah boleh menetapkan lokasi sesuai
2.9.3 Masa senggang bagi murid yang berjalan kaki/berbasikal ke
sekolah
2.9.4 Memastikan murid, guru dan warga sekolah mengamalkan
kebersihan tangan (hand hygiene)

5

Minit Mesyuarat Guru kali ke-2

2.9.5 Guru atau pembantu pengurusan murid membantu MBK yang
perlu memegang bahan bantu belajar (guna sama) seperti
gambar rajah timbul dan peralatan khas mencuci tangan dengan
air dan sabun atau pensanitasi (hand sanitizer)

2.9.6 Memastikan murid yang mempunyai masalah berkaitan imuniti
badan yang rendah sentiasa memakai pelitup muka

2.10 Pelaksanaan - Keselamatan Murid, Guru dan Warga Sekolah
2.10.1 Pematuhan :
i) Penjarakan sosial dan kebersihan tangan (hand sanitizer)
ii) Memakai pelitup muka bagi murid yang imuniti badan
rendah
2.10.2 Penegasan :
i) Guru bertugas untuk membantu pastikan keselamatan
murid terjamin
ii) Hebahan berkenaan penjagaan kesihatan dan
keselamatan diri
iii) Ujian Minda Sihat secara berkala
2.10.3 Wujud Kes Covid-19 yang disahkan oleh Pejabat Kesihatan Daerah
i) Mengenal pasti dan menyediakan senarai kontak rapat
bagi membantu PKD
ii) Mendapatkan nasihat daripada PKD mengenai keperluan
melaksanakan pembasmian kuman di lokasi yang dikenal
pasti

2.11 Pelaksanaan : Keselamatan Murid, Guru dan Warga Sekolah
2.11.1 Saringan :
i) Saringan setiap hari di pintu masuk sekolah/asrama sebelum
sesi persekolahan bermula
ii) Sekolah boleh menetapkan lokasi sesuai
iii) Masa senggang bagi murid yang berjalan kaki/berbasikal
ke sekolah
iv) Memastikan murid, guru dan warga sekolah mengamalkan
kebersihan tangan (hand hygiene)

6

Minit Mesyuarat Guru kali ke-2

2.12 v) Guru atau pembantu pengurusan murid membantu MBK
yang perlu memgang bahan bantu belajar (guna sama)
seperti gambarajah timbul dan peralatan khas mencuci
tangan dengan air dan sabun atau pensanitasi tangan
(hand sanitizer)

vi) Memastikan murid yang mempunyai masalah berkaitan
imuniti badan yang rendah sentiasa memakai pelitup muka

Pelaksanaan : Keselamatan Murid, Guru dan Warga Sekolah
2.12.1 Pematuhan :

i) Penjarakan sosial dan kebersihan tangan (hand hygiene)
ii) Memakai pelitup muka bagi murid yang imuniti badan

rendah
2.12.2 Penegasan :

i) Guru bertugas untuk membantu pastikan keselamatan
murid terjamin

ii) Hebahan berkenaan penjagaan kesihatan dan
keselamatan diri

iii) Ujian Minda Sihat secara berkala

2.12.3 Wujud kes Covid-19 yang disahkan oleh Pejabat Kesihatan

Daerah :

i) Mengenal pasti dan menyediakan senarai kontak rapat

bagi membantu PKD

ii) Mendapatkan nasihat daripada PKD mengenai keperluan

melaksanakan pembasmian kuman di lokasi yang dikenal

pasti

[ Tindakan : Semua Guru ]

2.13 Pelaksanaan : Keselamatan Murid, Guru dan Warga Sekolah
2.12.1 Kontraktor Perkhidmatan :

i) memberikan taklimat keselamatan kepada semua
kontraktor dan pengusaha kantin

7

Minit Mesyuarat Guru kali ke-2

ii) kontraktor mesti memastikan pekerja mereka :
✓ Mengimbas suhu badan mereka setiap hari sebelum
memulakan tugas
✓ Tidak dibenarkan memasuki kawasan sekolah jika
bergejala
✓ Mematuhi arahan penjarakan sosial, pemakaian
pelitup muka dan prosedur keselamatan yang lain
✓ Mengamalkan hand hygiene

3.1 Pelaksanaan : Pengajaran dan Pembelajaran ( PdP )
3.1.1 Menyusun jadual PdP dengan mengambil kira keperluan dan
kesediaan guru serta murid
3.1.2 Melakukan semakan Rancangan Pengajaran Tahunan ( RPT ) bagi
menyusun semula perancangan PdP
3.1.3 Memberikan bimbingan secara berfokus kepada guru untuk
memastikan pembelajaran dapat dilaksana secara berkesan

3.2 Pelaksanaan : Pengajaran dan Pembelajaran ( PdP )
3.2.1 Pdp mengikut kreativiti masing-masing berdasarkan kesesuaian
setempat
3.2.2 Pdp secara dalam talian/latihan dalam buku teks/pembelajaran
berasaskan projek/kaedah serahan bahan PdP di sekolah atau
lokasi yang dikenal pasti ( mengikut kesesuaian )
3.2.3 Hasil kerja murid ditaksir
3.2.4 Pentaksiran ditangguhkan hingga sekolah dibuka semula bagi
murid yang tidak dapat menyerahkan tugasan secara dalam
talian atau serahan tangan

[ Tindakan : Semua Guru ]

8

Minit Mesyuarat Guru kali ke-2

3.0 TAKLIMAT GARIS PANDUAN PENGURUSAN PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH OLEH
GPK AKADEMIK
3.1 Tujuan taklimat
3.1.1 Rujukan pegawai bahagian Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan
Daerah (PPD) dan pentadbir serta guru di sekolah
3.1.2 Hendaklah dibaca bersama dengan Surat Pekeliling Ikhtisas, surat
siaran dan arahan serta peraturan berkaitan yang sedang berkuat
kuasa dan yang akan dikeluarkan dari semasa ke semasa
3.1.3 Terpakai kepada semua sekolah rendah dan sekolah menengah
termasuk Kolej Vokasional dan Kolej Tingkatan Enam di bawah KPM
dan yang akan dikeluarkan dari semasa ke semasa
3.1.4 Sekolah yang berdaftar dengan agensi kerajaan yang lain,
sekolah persendirian dan institusi pendidikan yang tidak berdaftar
dengan KPM juga disarankan merujuk garis panduan ini
3.1.5 Dokumen induk yang perlu dirujuk bagi pengoperasian institusi
pendidikan. Sebarang tambahan atau perubahan maklumat
akan dijadikan tambahan ( annex ) kepada dokumen ini

3.2 Latar Belakang
3.2.1 Kerajaan telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan
(PKP) pada 16 Mac 2020 dan seterusnya, Perintah Kawalan
Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang bermula pada 4 Mei 2020.
Kerajaan telah mengarahkan semua sekolah ditutup dan Surat
Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 3 Tahun 2020
telah dikeluarkan sebagai panduan kepada warga pendidik
melaksanakan PdP semasa PKP agar pembelajaran murid tidak
terjejas yang bertarikh 27 Mac 2020.
3.2.2 KPM akan mengumumkan tarikh pembukaan sekolah sekurang-
kurangnya 2 minggu sebelum sekolah dibuka.

9

Minit Mesyuarat Guru kali ke-2

3.2.3 Penjagaan kesihatan dan amalan penjarakan fizikal adalah
sangat penting dalam pengurusan sekolah bagi mengelakkan
penularan jangkitan COVID-19

3.3 Objektif
Objektif garis panduan ini adalah untuk memastikan
3.3.1 pengurusan sekolah dan asrama dapat berlaku dengan lebih
teratur dan lancar
3.3.2 keselamatan dan kesihatan murid, guru dan warga sekolah
diutamakan semasa mereka berada di sekolah dan asrama
3.2.3 proses PdP berlaku dalam keadaan selamat

3.4 Tafsiran
3.4.1 Bergejala bermaksud simptom awal COVID-19 iaitu sama ada
mengalami demam ( suhu badan 37.50C dan ke atas ), batuk,
selesema, sakit tekak atau sesak nafas
3.4.2 Penjarakan sosial bermaksud jarak antara satu individu dengan
individu lain sekurang-kurangnya satu meter dalamsebarang
aktiviti.

3.5 Peranan Pentadbir Sekolah
3.5.1 memastikan sekolah berada dalam keadaan selamat untuk
beroperasi
3.5.2 memastikan murid, guru dan warga sekolah yang hadir ke sekolah
berada dalam keadaan sihat dan selamat
3.5.3 memastikan murid, guru dan warga sekolah mematuhi garis
panduan yang ditetapkan

3.6 Guru
3.6.1 menyediakan RPH seperti yang digariskan dalam Surat Pekeliling
Ikhtisas Bil. 3/1999 : Penyediaan Rekod Pengajaran dan
Pembelajaran
3.6.2 mengingatkan murid supaya sentiasa menjaga kebersihan dan
mengamalkan penjarajan sosial

10

Minit Mesyuarat Guru kali ke-2

3.7 Pengajaran dan Pembelajaran ( PdP )
3.7.1 Pdp akan berlaku dalam dua kaedah iaitu Pdp di sekolah dan PdP
di rumah. Murid yang dibenarkan hadir ke sekolah akan mengikuti
PdP di sekolah, sementara murid lain akan mengikuti PdP di rumah
3.7.2 Guru yang melaksanakan PdP di rumah hendaklah
mempelbagaikan kaedah penyampaian mengikut kreativiti
masing-masing berdasarkan kesesuaian setempat
3.7.3 Juga mengambil kira capaian internet, pemilikan serta keupayaan
penggunaan alat peranti dan kesediaan murid untuk
melaksanakan PdP secara dalam talian
3.7.4 Waktu persekolahan adalah dari jam 7.40 pagi hingga 4.00 petang
3.7.5 Tiada sebarang perhimpunan dijalankan dan semua pelajar terus
ke kelas masing-masing apabila telah selesai mengambil imbasan
bacaan suhu jika tiada sebarang gejala
3.7.6 Sekiranya terdapat pelajar yang bergejala, guru tidak perlu
menghantar pelajar tersebut ke hospital tetapi sebaliknya pihak
hospital akan menghantar ambulan untuk mengambil pelajar
terbabit

3.8 Jadual Guru Bertugas
3.8.1 Semua guru dibahagikan kepada 4 kumpulan iaitu A,B,C dan D
yang bertugas secara bergilir-gilir mengikut minggu yang telah
ditetapkan oleh pihak pengurusan sekolah

[ Tindakan : Semua Guru ]

4.0 TAKLIMAT HAL EHWAL PELAJAR OLEH PUAN ROSNAH BINTI TABRI
4.1 Pelajar yang tidak bergejala tetapi bersuhu 37.5 darjah celsius, perlu
dikuarantin selama 2 sesi
4.2 Ibu bapa digalakkan menyediakan makanan untuk pelajar dan pelajar
dilarang berkongsi makanan dengan rakan
4.3 Koperasi tidak dibenarkan menjual makanan
4.4 Pelajar dilarang masuk ke Bilik Guru tanpa kebenaran

11

Minit Mesyuarat Guru kali ke-2

4.5 Kantin sekolah hanya menjual makanan yang telah berbungkus sahaja
4.6 Seluruh kawasan sekolah telah ditanda dengan tanda arah supaya

pelajar dapat bergerak tanpa menghalang laluan rakan yang lain. Ini
bertujuan untuk mengelakkan pelajar daripada bersentuhan
4.7 Setiap kelas juga disediakan air setong dan hand sanitizer untuk
digunakan oleh pelajar

[ Tindakan : Semua Guru ]

5.0 HAL-HAL LAIN
Cikgu Ramli Bin Kahar meminta semua guru merujuk Jadual Guru Terkini yang
akan dimasukkan ke dalam telegram rasmi sekolah untuk merancang Pdp
dalam tempoh PKPP.

[ Tindakan : Semua Guru ]

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.30 pagi.

DISEDIAKAN OLEH : DISAHKAN OLEH :

............................................... .............................................
( SALISAH BINTI MAD SAH ) ( HJ HASHIM BIN OSMAN )
Setiausaha Mesyuarat Guru Pengetua
SMK Undang Jelebu SMK Undang Jelebu

12


Click to View FlipBook Version