The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

IMPLICATION OF STUDENTS’ PERFORMANCE AND OBSTACLES THROUGH OPEN DISTANCE LEARNING (ODL) TEACHING METHODS DURING MOVEMENT CONTROL ORDERS (MCO), COVID-19

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by jamalothman2002, 2021-07-28 22:27:52

SIG_2021

IMPLICATION OF STUDENTS’ PERFORMANCE AND OBSTACLES THROUGH OPEN DISTANCE LEARNING (ODL) TEACHING METHODS DURING MOVEMENT CONTROL ORDERS (MCO), COVID-19

Keywords: e-Learning

SIG : e-Learning@CS
eISBN : 978-967-25608-0-7
Publication Date : 02-Aug-2021

3. Transformasi (transformation)
Soalan 3aii)

Pelajar ini menggunakan rumus yang salah. Namun begitu, ujian hipotesis yang digunakan adalah
betul. Dapat diperhatikan, pelajar ini masih keliru dengan pemilihan rumus yang tepat.
Soalan 3c

Pelajar ini menggunakan rumus yang salah di mana rumus yang digunakan adalah tidak sesuai
dengan data yang diberi iaitu data berpasangan. Dapat diperhatikan di sini bahawa pelajar ini
masih belum memahami jenis data yang digunakan.

95

SIG : e-Learning@CS
eISBN : 978-967-25608-0-7
Publication Date : 02-Aug-2021

4. Kemahiran proses (process skill)
Soalan 3b

Pelajar ini tidak memberi jawapan yang tepat walaupun jawapan pada jalan kerja bagi kawasan
penolakan Ho adalah betul.
Soalan 3aii)

Pelajar ini menggunakan rumus yang betul tetapi memasukkan nilai yang salah ke dalam rumus.

96

SIG : e-Learning@CS
eISBN : 978-967-25608-0-7
Publication Date : 02-Aug-2021

5. Penulisan jawapan akhir (encoding)
Soalan 3b

Pelajar ini tidak menyatakan kesimpulan pada akhir jawapan. Berkemungkinan besar pelajar ini terlupa
ataupun tidak mempunyai masa yang cukup untuk menjawab soalan.

Walaupun terdapat hanya 24(15%) sahaja yang berjaya menjawab soalan dengan betul
tanpa ada sebarang kesalahan, tetapi pelajar telah banyak melakukan kesalahan pada tahap
yang penting iaitu memahami masalah. Apabila perkara ini berlaku, kaedah ujian hipotesis
yang seterusnya juga akan berlaku kesilapan terutama pada kemahiran proses. Oleh yang
demikian, para pendidik perlu lebih memberi penekanan kepada pelajar berkaitan kepentingan
dalam memahami masalah terutama pada topik ujian hipotesis supaya kesalahan yang sama
tidak akan berulang.

Kesimpulan
Secara keseluruhannya, hasil dari analisis kesalahan pelajar dalam menjawab soalan

statistik berkaitan topik hipotesis ini didapati bahawa pelajar-pelajar membuat kesalahan
seperti yang telah digariskan dalam kaedah Newman iaitu kesalahan dari segi membaca,
memahami masalah, transformasi, kemahiran proses dan juga penulisan jawapan akhir.
Kesemua kesalahan ini ada kaitannya dengan strategi metakognitif seseorang. Menurut
Sollehah (2012), proses metakognitif secara tidak langsung boleh membantu seseorang pelajar
dalam meningkatkan pembelajaran dengan cara membimbing pelajar itu berfikir. Ia juga boleh
membantu pelajar itu menentukan langkah kerja yang akan diambil apabila pelajar tersebut
berusaha memahami situasi, menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.

97

SIG : e-Learning@CS
eISBN : 978-967-25608-0-7
Publication Date : 02-Aug-2021

Dengan ini, para pendidik boleh menerapkan nilai metakognitif semasa pembelajaran
dijalankan. Sekiranya pelajar mempunyai kemahiran metakognitif, ini membolehkan pelajar
tersebut mempunyai kemampuan untuk memahami sesuatu masalah dengan lebih baik dan
seterusnya berupaya untuk menyelesaikan masalah dengan cara yang berkesan (Aryo & Ida,
2016).

Para pendidik juga perlu tingkatkan lagi strategi pengajaran dan pembelajaran supaya
lebih kemas dan teratur terutama ketika pandemik. Ini kerana terdapat banyak faktor dan
kekangan semasa proses pembelajaran atas talian dijalankan. Diharap kajian seterusnya dapat
dijalankan bagi mengkaji punca sebenar kesalahan yang dilakukan oleh pelajar bagi subjek
statistik terutama pada soalan beraras tinggi.

Rujukan:
Aryo, A. N., & Ida, D. (2016). Proses berpikir mahasiswa ditinjau dari kemampuan metakognitif awal

dalam pemecahan masalah matematis. Jurnal Penelitian dan Pembelajaran Matematika, 9(1),
25-32.

Chan, S. W., & Zaleha, I. (2012). The role of information technology in developing students’ statistical
reasoning. Procedia - Social and Behavioral Sciences, 46, 3660–3664.

Emy, H. (2011). Tajuk 3 Strategi Pengajaran Matematik: Newman’s Model. Dimuat turun daripada
http://perkongsianminda.blogspot.com/2011/11/tajuk-3-strategi-pengajaran-matematik.html

Fitni, Yenita, R., & Maimunah. (2020). Analisis kesalahan siswa berdasarkan Newman pada materi
statistika ditinjau dari gaya belajar. Jurnal Kajian Teori dan Praktik Kependidikan, 5(1), 1-9.

Hanapiah, S. J., & Luvy S. Z. (2020). Analisis kesalahan siswa mts kelas ix di bandung barat dalam
menyelesaikan soal materi statistika. Jurnal Cendekia: Jurnal Pendidikan Matematika, 4(1), 183-
191.

Kurnia, P. S. D., Melda, J. S., & Tanti, L. (2019). Analisis kesalahan mahasiswa PGSD dalam
menyelesaikan soal statistika penelitian pendidikan ditinjau dari prosedur Newman [An analysis
of primary teacher education students solving problems in statistics for educational research using
the Newman procedure]. Journal of Holistic Mathematics Education, 2(2), 83-96.

Kakish, Kamal M.; Pollacia, Lissa; and Heinz, Adrian (2012) "Analysis of the Effectiveness of
Traditional Versus Hybrid Student Performance for an Elementary Statistics Course,"
International Journal for the Scholarship of Teaching and Learning: Vol. 6: No. 2, Article 25.

Maisurah, S., Noor ‘Aina. A. R., Siti, B. M., & Fadzilawani, A. A. (2017). Pola kesalahan asas
matematik dalam kalangan pelajar pra diploma sains UiTM Cawangan Pulau Pinang.
International Academic Research Journal of Social Science, 3(1), 186-194.

Maisurah, S., Siti, B. M., Norazah, U., & Fadzilawani, A. A. (2015). Mathematical errors in advanced
calculus: A survey among engineering students. Esteem Academic Journal, 11(2), 37-44.

98

SIG : e-Learning@CS
eISBN : 978-967-25608-0-7
Publication Date : 02-Aug-2021

Marwah, A., Ratna, S., & Wahyu, H. (2020). Analisis persepsi kesalahan siswa smp pada soal materi
statistika ditinjau dari perbedaan gender. Jurnal Pembelajaran Matematika Inovatif, 3(5), 475-
484.

Marilyn, A. (2015). Kaedah Newman: Newman Error Analysis. Dimuat turun daripada
https://www.slideshare.net/marylinana/nota-newman

Norabiatul, A. A. W., Suzieleez, S. A. R., & Sharifah, N. A. S. Z. (2019). Proses penaakulan graf
statistik bakal guru matematik sekolah rendah: Satu kajian kes. Dimuat turun daripada
https://www.researchgate.net/publication/337703755_Proses_Penaakulan_Graf_Statistik_Bakal
_Guru_Matematik_Sekolah_RendahSatu_Kajian_Kes

Raras, K. S. (2018). Analisis Newman dalam menyelesaikan soal statistika ditinjau dari metakognitif
tacit use. Jurnal Tadris Matematika 1(2), 157-166.

Roza Zaimil (2017). Analisa Kesalahan Mahasiswa Dalam Mengerjakan Soal Pada Perkuliahan
Statistika 1 Fkip Ummy Solok. Vol.2 No.1, e-ISSN 2502-2466

Shara, N. R., Noor, S. S., & Mohd, U. D. (2016). Analisis jenis kesilapan melalui kaedah newman error
dalam penyelesaian masalah berayat matematik dalam kalangan murid tahun 5. Jurnal
Pendidikan Sains & Matematik Malaysia, 6(2), 109-119.

Siti, B. M., Noor ‘Aina A. R., Maisurah, S., & Fadzilawani, A. A. (2017). Kesalahan pelajar dalam
asas matematik: Kajian kes pelajar pra-diploma perdagangan, UiTM Cawangan Pulau
Pinang. International Academic Research Journal of Social Science, 3(1), 179-185.

Siti, F. M. B. (2009). Diagnosis kesalahan lazim dalam tajuk ungkapan dan persamaan kuadratik
dalam kalangan pelajar tingkatan empat sains Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Mas.
Bachelor's thesis. Universiti Teknologi Malaysia: Fakulti Pendidikan. Dimuat turun daripada
http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfwp2/p_2009_9140_bbd387535450457b99
7f8b4243d335d9.pdf

Sollehah, M. (2012). Metakognisi: Proses Metakognitif. Dimuat turun daripada
https://www.slideshare.net/SitiMelawie/metakognisi

Suryanti, Chandra, Y. S., & Kristiani. (2020). Kesalahan penyelesaian soal statistika tipe high order
thinking skills berdasarkan teori Newman. Jurnal Tadris Matematika 3(2), 207-218.

Tuan, S. H. T. H, & Mohamad, A. S. A. (2016). Analisis kesalahan Newman dalam penyelesaian
masalah matematik tahun 3. Jurnal Pendidikan Sains & Matematik Malaysia, 6(2), 69-84.

White, A. L. (2009). A revaluation of newman’s error analysis. MAV Annual Conference 2009, 249-
257.

Wilda, M. (2018). Analisis kesalahan siswa dalam menyelesaikan soal matematika bertipe hots berdasar
teori Newman. Jurnal UJMC, 4(1), 49 – 56.

99

SIG : e-Learning@CS
eISBN : 978-967-25608-0-7
Publication Date : 02-Aug-2021

PERBANDINGAN PENCAPAIAN PELAJAR DI ANTARA
PEMBELAJARAN BERSEMUKA DAN DALAM TALIAN

Siti Balqis Mahlan, Maisurah Shamsuddin
[email protected], [email protected]

Jabatan Sains Komputer & Matematik (JSKM),
Universiti Teknologi MARA Cawangan Pulau Pinang, Malaysia

ABSTRAK

Pengajaran dan pembelajaran (PdP) dalam talian diteruskan lagi berikutan Perintah Kawalan Pergerakan
Kedua (PKP 2.0). Sememangnya Covid-19 memberi kesan kepada pelajar dari pelbagai aspek seperti pengurusan
masa, kewangan dan pencapaian akademik. Kajian ini dijalankan untuk mengetahui pencapaian semasa
pembelajaran dalam talian dan secara bersemuka. Dengan ini, markah penilaian bagi 120 orang pelajar yang
terdiri dari 4 semester terkini diambil bagi suatu kursus statistik. 4 semester ini merangkumi sesi pembelajaran
secara bersemuka dan sesi pembelajaran dalam talian semasa pandemik covid-19. Berdasarkan data deskriptif,
didapati bahawa pencapaian markah bagi sesi pembelajaran secara bersemuka pada sesi September – Januari
2020 adalah lebih tinggi berbanding semester pengajian yang lain dan pencapaian pelajar perempuan adalah
lebih tinggi berbanding pelajar lelaki. Dapatan kajian ANOVA pula mendapati terdapat perbezaan yang
signifikan bagi pencapaian mengikut semester pengajian, jantina dan juga terdapat interaksi di antara jantina
dan semester pengajian terhadap tahap pencapaian markah. Namun, berdasarkan ujian Post-Hoc didapati tiada
bukti menunjukkan terdapat tren yang sama dari segi markah bagi semester yang berbeza mengikut kaedah
pembelajaran yang digunakan. Secara keseluruhannya, kajian ini mendapati bahawa kaedah pembelajaran
secara bersemuka atau dalam talian tidak mempengaruhi pencapaian pelajar.
Katakunci: Pengajaran dan Pembelajaran (PdP), Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ANOVA, Post-Hoc

Pengenalan

Bahaya pandemik covid-19 yang membawa kepada PKP pada Mac 2020 tahun lalu,
sekali lagi mencipta sejarah pada PKP 2.0 menyebabkan sesi pengajaran dan pembelajaran
dalam talian bagi semester baharu 2021 di institusi pengajian tinggi diteruskan. Ternyata covid-
19 yang melanda sejak tahun lalu menjadi penyebab kepada perubahan penggunaan pengajaran
dan pembelajaran dalam talian. Situasi ini menyebabkan pelajar-pelajar perlu memanfaatkan
sepenuhnya peranti elektronik mereka sebagai medium untuk meneruskan sesi pembelajaran
secara dalam talian di rumah ataupun di kampus masing-masing.

Namun, cabaran pengajaran dan pembelajaran dalam talian tetap mempunyai isu
tersendiri misalnya; persekitaran hidup pelajar yang kurang kondusif, kemudahan internet dan

100

SIG : e-Learning@CS
eISBN : 978-967-25608-0-7
Publication Date : 02-Aug-2021

peranti yang kurang sempurna, tahap keberkesanan penyampaian pengajaran dan
pembelajaran, penguasaan kemahiran pensyarah terhadap peranti digital dan juga mentaliti
para pelajar dan ibu bapa. Cabaran ini secara tidak langsung boleh mempengaruhi pencapaian
akademik pelajar tersebut. Aspek ‘kemenjadian pelajar’ tetap menjadi suatu elemen yang
penting dalam apa juga bentuk kaedah pengajaran dan pembelajaran sama ada secara
bersemuka ataupun secara talian.

Munirah, Faisal, Syaheeda dan Julia (2021) mendapati bahawa pembelajaran dalam
talian adalah kurang efektif dan tidak bermotivasi berbanding dengan pembelajaran secara
bersemuka dalam kalangan pelajar. Munirah et al. (2021) juga menyatakan kesediaan pelajar
terhadap pembelajaran dalam talian adalah baik namun perlulah seiring dengan capaian internet
yang baik dan peranti elektronik yang bersesuaian.

Menurut Kok (2021), keutamaan pilihan pelajar semasa pandemik covid-19 melanda
ialah dengan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran secara bersemuka berbanding dalam
talian. Kok (2021) juga menyatakan bahawa kesediaan pelajar dalam pembelajaran dalam
talian adalah sederhana. Namun begitu, kajian ini adalah terhad kepada pembelajaran subjek
Pengajian Pengantar Profesional. Hasil penyelidikan Agustin et al. (2020) juga menunjukkan
bahawa pelajar lebih gemar melakukan pembelajaran secara bersemuka berbanding
pembelajaran dalam talian; terutama apabila terdapatnya beberapa kekangan yang dialami oleh
pelajar semasa proses pembelajaran menggunakan aplikasi WhatsApp.

Berdasarkan kajian Fatih dan Hafize (2008) pula, tahap pencapaian pelajar yang
mengikuti kelas secara dalam talian adalah lebih baik jika dibandingkan dengan kaedah
bersemuka. Dapatan kajian ini diperolehi dengan menggunakan Ujian Man-Whitney U di mana
skor pencapaian bagi kedua-dua kaedah pembelajaran diambil kira. Kajian oleh Suzanne dan
Heather (2014) juga mendapati pembelajaran secara dalam talian adalah lebih memuaskan
berbanding pembelajaran secara bersemuka. Pelajar lebih berpuashati dengan kaedah
pembelajaran dalam talian. Kajian yang sama juga dijalankan oleh Chalerm et al. (2020), iaitu
mengkaji skor markah pelajar yang menjalankan ujian secara atas talian dan secara bersemuka.
Keputusan yang diperolehi menunjukkan ada perbezaan markah bagi kedua-kedua kaedah di
mana peperiksaan secara atas talian menunjukkan skor markah yang paling tinggi secara

101

SIG : e-Learning@CS
eISBN : 978-967-25608-0-7
Publication Date : 02-Aug-2021

signifikan. Mereka juga mencadangkan agar lebih banyak kajian perlu dijalankan bagi mencari
kesan dan penilaian baru untuk mengekalkan tahap pengetahuan dalam jangka masa panjang.

Muntajeeb (2011) menyimpulkan bahawa pencapaian akademik di kalangan pelajar
yang mengikuti pembelajaran secara bersemuka didapati agak rendah kerana pembelajaran
hanya terhad di dalam kelas sahaja. Manakala pencapaian akademik secara dalam talian adalah
pada kadar yang agak tinggi kerana adanya perkongsian maklumat di dalam talian yang lebih
kreatif berbanding kaedah tradisional. Kajian Muntajeeb (2011) ini menggunakan laman web
‘Wiziq.com’ sebagai suatu alat untuk menguji keberkesanan pembelajaran dalam talian
terhadap pencapaian pelajar.

Cindy, Cristy dan Jeanine (2010) menyatakan bahawa tiada perbezaan yang
signifikan bagi pencapaian pelajar yang menjalankan pembelajaran secara bersemuka atau
dalam talian. Kedua-dua pencapaian pelajar adalah sama bagi kedua-dua kaedah tersebut.
Cindy et al. (2010) juga menyatakan bahawa apa yang lebih penting dalam pembelajaran adalah
kaedah pengajaran berbanding platform penyampaian ilmu yang digunakan. Hasil yang sama
juga diperolehi daripada kajian Hope, Davids, Bollington, dan Maxwell (2021) yang menyatakan
bahawa perubahan kepada pembelajaran atas talian tidak memberi kesan terhadap prestasi
pelajar walaupun terdapat perubahan pada format ujian. Oleh itu mereka mengharapkan
bahawa para pendidik perlu ada keyakinan terhadap pelaksanaan ujian dalam talian yang
bertaraf lebih tinggi berbanding dengan kelas secara bersemuka.

Kajian Jean, William dan Scot (2011) menunjukkan pencapaian akademik yang baik
dalam subjek matematik semasa pembelajaran dalam talian. Jean et al. (2011) juga mendapati
pencapaian akademik tidak memuaskan bagi pembelajaran secara bersemuka. Secara
keseluruhannya, kajian mereka mendapati terdapat perbezaan signifikan bagi prestasi kursus
matematik di mana kaedah pembelajaran boleh mempengaruhi pencapaian akademik pelajar.

Selain itu, terdapat juga kajian terhadap prestasi pelajar lelaki dan perempuan yang
dijalankan oleh Ahlam, Aryn, Andrew dan Jacob (2020) yang mendapati bahawa prestasi
akademik pelajar perempuan semasa pembelajaran dalam talian adalah lebih baik berbanding
pelajar lelaki. Pelajar lelaki menunjukkan keberkesanan yang lebih rendah dalam kemampuan
mereka untuk pembelajaran kendiri. Penemuan ini selaras dengan penyelidikan sebelumnya
oleh Chyung (2007) mengenai pembelajaran secara dalam talian bagi pelajar lelaki dan

102

SIG : e-Learning@CS
eISBN : 978-967-25608-0-7
Publication Date : 02-Aug-2021

perempuan dari segi prestasi, motivasi, persepsi, dan tabiat belajar. Kajian mendapati bahawa
pelajar perempuan mempunyai keupayaan yang lebih tinggi berbanding pelajar lelaki dalam
meningkatkan prestasi dan keberkesanan diri.

Kajian ini pula akan mengkaji perbandingan prestasi bagi pencapaian akademik
khususnya bagi pelajar yang mengambil kursus statistik semasa pembelajaran bersemuka dan
dalam talian. Hubungan interaksi di antara pelajar lelaki dan perempuan dalam semester yang
berkaitan juga akan diambil kira dalam kajian ini.

Metodologi

Kajian ini melibatkan sebanyak 120 responden yang mengambil kursus statistik. Data
yang digunakan adalah markah keputusan penilaian bagi empat semester pengajian iaitu Mac
- Julai 2019 dan Oktober 2019 - Februari 2020 semasa pembelajaran secara bersemuka dan
pembelajaran secara dalam talian pula iaitu pada Mac - Julai 2020 dan Oktober 2020 - Februari
2021. Skor markah bagi 15 orang pelajar lelaki dan 15 orang pelajar perempuan dipilih secara
rawak bagi setiap semester yang terlibat.

Selain menggunakan deskriptif data statistik, kajian ini juga menggunakan ujian
ANOVA dua-hala bagi menguji beberapa hipotesis. Ujian Levene juga dilaksanakan sebelum
ANOVA diteruskan bagi menyemak samada andaian kehomogenan/kesamaan varians
dipenuhi. Ujian hipotesis yang digunakan dalam Ujian Levene ialah Ho: Varians adalah sama
dan H1: Varians adalah tidak sama. Keputusan yang diperolehi seharusnya tidak menolak H0
(p > 0.05) supaya andaian kesamaan varians dipenuhi dan dengan ini ujian ANOVA dapat
diteruskan.

Di dalam analisa ini, pelajar dibahagi mengikut 4 kumpulan iaitu berdasarkan semester
pengajian. Jadual 1 berikut menunjukkan pembahagian kumpulan tersebut:

Jadual 1: Pembahagian Kumpulan Mengikut Semester

Kumpulan Semester

1 Semester Mac - Julai 2019 secara bersemuka

2 Semester September 2019 - Januari 2020 secara bersemuka

103

SIG : e-Learning@CS
eISBN : 978-967-25608-0-7
Publication Date : 02-Aug-2021

3 Semester Mac - Julai 2020 dalam talian
4 Semester Oktober 2020 - Februari 2021 dalam talian

Berikut merupakan ujian hipotesis bagi ANOVA dua-hala yang akan dijalankan di
mana Ho akan ditolak sekiranya nilai p < 0.05.

Jadual 2: Hipotesis yang diuji

Hipotesis Ho H1
pertama Tidak terdapat kesan interaksi antara Terdapat kesan interaksi antara

Hipotesis semester pengajian dan jantina pelajar semester pengajian dan jantina pelajar
kedua
terhadap tahap pencapaian markah. terhadap tahap pencapaian markah.
Hipotesis
ketiga Tidak terdapat perbezaan bagi tahap Terdapat perbezaan bagi tahap

pencapaian markah berdasarkan 4 pencapaian markah berdasarkan 4

semester pengajian berbeza. semester pengajian berbeza.

Tidak terdapat perbezaan bagi tahap Terdapat perbezaan bagi tahap

pencapaian markah berdasarkan pencapaian markah berdasarkan

jantina. jantina.

Seterusnya, ujian perbandingan Post-Hoc dijalankan untuk mengenalpasti kumpulan
(semester pengajian) manakah yang berbeza. Ujian ini dilakukan sekiranya hasil keputusan
dari ANOVA menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan bagi kumpulan yang diuji.
Pembolehubah untuk jantina tidak diuji kerana Ujian Post-Hoc hanya diaplikasikan terhadap 3
kumpulan dan ke atas sahaja. Sekiranya keputusan ANOVA mendapati tidak terdapat
perbezaan yang signifikan misalnya (p > 0.05), ini bermakna kita tidak menolak Ho, maka
pengkaji tidak perlu untuk menguji Post-Hoc. Ujian Post-Hoc (Tukey) dipilih untuk kajian ini
kerana bilangan sampel adalah sama bagi setiap kumpulan yang diuji.

104

SIG : e-Learning@CS
eISBN : 978-967-25608-0-7
Publication Date : 02-Aug-2021

Analisa dan Perbincangan
Hasil kajian deskriptif data statistik yang dijalankan menunjukkan bahawa markah

pelajar secara puratanya adalah hampir sama bagi 3 kumpulan semester pengajian iaitu Mac -
Julai 2019 (76.5%) dan September 2019 - Januari 2020 (77.57%) secara bersemuka serta Mac
- Julai 2020 (77.43%) secara dalam talian. Manakala kumpulan semester pengajian Oktober -
Februari 2021 (dalam talian) adalah agak rendah. Rajah 1 berikut menunjukkan graf bagi min
markah berdasarkan semester pengajian.

Rajah 1: Min Markah Pelajar Mengikut Kumpulan (Semester Pengajian)
Seterusnya, Rajah 2 berikut menunjukkan bahawa secara keseluruhannya, purata
markah bagi pelajar perempuan adalah lebih tinggi berbanding pelajar lelaki iaitu masing-
masing sebanyak 78.2% dan 71.58%.

105

SIG : e-Learning@CS
eISBN : 978-967-25608-0-7
Publication Date : 02-Aug-2021

Rajah 2 : Min Markah Pelajar mengikut Jantina

Rajah 3: Min Markah Pelajar mengikut Semester dan Jantina
Secara keseluruhannya, dapat dilihat berdasarkan Rajah 3 didapati bahawa min
markah bagi pelajar perempuan pada semester Sept - Jan 2020 adalah yang tertinggi iaitu

106

SIG : e-Learning@CS
eISBN : 978-967-25608-0-7
Publication Date : 02-Aug-2021

84.93% berbanding dengan semester yang lain. Manakala min pelajar lelaki sebanyak 78.6%
merupakan min markah tertinggi pada semester Mac - Julai 2020. Ini menunjukkan bahawa
pelajar perempuan lebih cemerlang ketika semester secara bersemuka berbanding pelajar lelaki
yang lebih cemerlang pada semester pengajian secara atas talian. Walau bagaimanapun prestasi
pelajar perempuan dilihat lebih cemerlang untuk setiap semester kecuali semester Mac - Julai
2020.

Seterusnya, ujian Levene dijalankan dan hasil dapatan kajian menunjukkan nilai
diperolehi; p = 0.146 adalah signifikan (p > 0.05). Dengan ini, dapat disimpulkan bahawa
populasi varians bagi setiap kumpulan adalah sama (andaian kehomogenan varians dipenuhi).
Ini menunjukkan bahawa ujian ANOVA boleh dijalankan.

Jadual 3 yang berikut merupakan hasil dapatan kajian bagi ujian ANOVA dua-hala
yang melibatkan pembolehubah tak bersandar iaitu kumpulan (semester pengajian), jantina dan
juga interaksi antara kumpulan (semester pengajian) dan jantina.

Jadual 3: Ujian ANOVA Dua-Hala

Source Type III Sum of df Mean Square F Sig.
Squares
Kumpulan .003
Jantina 1883.492 3 627.831 4.832 .002
Kumpulan*Jantina 1313.408 1 1313.408 10.107 .025
Error 1260.825 3 420.275 3.234
Total 14553.867 112 129.945
Corrected Total 692063.000 120
19011.592 119

Pertama sekali, kajian dilakukan bagi melihat kesan interaksi di antara kumpulan
(semester pengajian) dan jantina. Didapati bahawa nilai p = 0.025 < 0.05. Dengan ini, Ho
ditolak dan ini menunjukkan bahawa terdapat interaksi yang signifikan di antara kumpulan
(semester pengajian) dan jantina terhadap markah pelajar.

Kajian diteruskan untuk mengetahui sekiranya terdapat perbezaan markah yang
signifikan bagi setiap kumpulan (semester pengajian) dan juga jantina. Didapati bahawa
markah pelajar adalah berbeza secara signifikan mengikut jantina apabila nilai p = 0.02 < 0.05;
di mana prestasi pelajar perempuan lebih baik jika dibandingkan dengan pelajar lelaki.

107

SIG : e-Learning@CS
eISBN : 978-967-25608-0-7
Publication Date : 02-Aug-2021

Manakala bagi kumpulan (semester pengajian), nilai p = 0.03 < 0.05. Ia juga menunjukkan
bahawa terdapatnya perbezaan markah yang signifikan di antara 4 semester pengajian yang
berbeza.

Seterusnya, ujian perbandingan Post-Hoc (Tukey) digunakan untuk mengetahui
semester pengajian yang mana satu menunjukkan pencapaian yang lebih baik ataupun tidak.
Keputusan ujian adalah seperti yang dipaparkan pada Jadual 4 seperti di bawah:

Jadual 4: Ujian Post-Hoc (Tukey)

Kumpulan N Subset

Oktober – Februari 2021 30 1 2
Mac – Julai 2019 30 68.07
Mac – Julai 2020 30 76.50
September – Januari 2020 30 1.000 77.43
Sig. 77.57
.984

Berdasarkan keputusan di atas, pencapaian markah bagi 3 semester pengajian iaitu
September – Januari 2020 (bersemuka), Mac – Julai 2020 (dalam talian) dan Mac – Julai 2019
(bersemuka) adalah sama kerana berada dalam kumpulan yang sama tetapi hanya pencapaian
pelajar bagi semester Oktober – Februari 2021 (dalam talian) sahaja berbeza dari 3 semester
yang lain di mana pencapaiannya adalah agak rendah. Walaupun semester Mac – Julai 2020
juga menjalankan pembelajaran dalam talian, namun pencapaiannya berada dalam kumpulan
yang sama dengan pembelajaran secara bersemuka di mana prestasi markahnya adalah agak
memuaskan. Ini bermaksud, tidak ada bukti yang kukuh untuk menyimpulkan bahawa kaedah
pembelajaran secara bersemuka atau dalam talian boleh mempengaruhi tahap pencapaian
pelajar itu sendiri. Ianya mungkin berpunca daripada faktor-faktor lain yang perlu dikenalpasti
dengan lebih mendalam dan memerlukan kajian yang seterusnya oleh pengkaji.

Kesimpulan
Pembelajaran dalam talian diteruskan lagi semasa PKP 2.0. Pencapaian akademik bagi

pelajar perlu dititikberatkan memandangkan pelbagai faktor boleh mempengaruhi prestasi
seseorang pelajar mengikut latar belakang pelajar masing-masing. Pencapaian markah di antara

108

SIG : e-Learning@CS
eISBN : 978-967-25608-0-7
Publication Date : 02-Aug-2021

pelajar yang mengikuti pembelajaran dalam talian dan secara bersemuka sudah pasti menjadi
tumpuan yang penting untuk mencapai objektif sasaran yang telah ditetapkan oleh pusat
pendidikan masing-masing.

Berdasarkan kajian ini, dapat disimpulkan bahawa secara signifikannya tahap
pencapaian pelajar tidak dipengaruhi oleh kaedah pembelajaran sama ada ianya dijalankan
secara bersemuka ataupun dalam talian. Walau bagaimanapun, tahap prestasi seseorang pelajar
dipengaruhi oleh faktor jantina. Didapati dalam kajian ini, secara keseluruhannya pelajar
perempuan mempunyai pencapaian yang lebih baik berbanding pelajar lelaki. Dapat juga
disimpulkan bahawa wujudnya kesan interaksi di antara semester pengajian dan jantina pelajar
terhadap tahap pencapaian markah.

Hasil kajian ini secara khusunya mempunyai persamaan dengan beberapa dapatan
kajian daripada pengkaji lain yang menyatakan bahawa pencapaian pelajar tidak mempunyai
kaitan dengan kaedah pembelajaran secara maya ataupun tidak. Kemungkinan besar ianya
dipengaruhi oleh faktor lain yang perlu diteliti untuk kajian seterusnya. Kajian ini juga
menemui dapatan bahawa faktor jantina boleh mempengaruhi prestasi seseorang pelajar di
mana kebanyakan pengkaji mendapati prestasi pelajar perempuan lebih cemerlang jika
dibandingkan dengan pelajar lelaki. Walau bagaimanapun, kesemua ini secara logiknya berkait
rapat dengan kaedah pembelajaran kendiri bagi seseorang pelajar dan kajian seterusnya boleh
dibuat dengan mengambil kira faktor-faktor lain yang lebih relevan. Kajian ini hanyalah terhad
kepada kelompok pelajar yang hanya mengambil kursus statistik. Dengan ini, antara cadangan
kajian lanjut; pengkaji lain disarankan untuk mengambil sampel yang lebih meluas misalnya
dengan mengambil sampel pelajar yang terdiri dari pelbagai kursus supaya pengkaji dapat
membuat perbandingan dengan lebih terperinci.

Rujukan

Agustin, M., Novia, R, N., Aniq, N. H., Muladi, Eka, P.A. W., & Rahmania, S. U. (2020). Effectiveness
of whatsapp in improving student learning interests during the covid-19 pandemic. Dimuat turun
daripada https://ieeexplore.ieee.org/stamp/stamp.jsp?tp=&arnumber=9230031.

Ahlam, A., Aryn, C. K., Andrew, L., & Jacob, B. (2020) Online and face-to-face classroom multitasking
and academic performance: moderated mediation with self-efficacy for self-regulated learning and
gender. Computers in Human Behavior, 102(1), 214–222.

109

SIG : e-Learning@CS
eISBN : 978-967-25608-0-7
Publication Date : 02-Aug-2021

Azizi, Y., Zainab, P. G. H., Baharudin, A., & Ismail, I. (2016). Menguasai SPSS dengan mudah. Brunei:
UNISSA Press.

Bloom, B. S. (1956). Taxonomy of educational objectives. Vol. 1: Cognitive domain. New York: David
McKay.

Chalerm, E., Jakrapan, W., Potchavit, A., Emil, P., Denise, W. G., & Roy, P. (2020). Adaptation to
open-book online examination during the covid-19 pandemic. Article in press, Journal of Surgical
Education, 2020 September 2. Dimuat turun daripada https://doi.org/10.1016/j.jsurg.2020.08.046

Chyung, S. Y. (2007). Age and gender differences in online behavior,self-efficacy and academic
performance. Quarterly Review of Distance Education, 8(3), 213–222.

Cindy, A. D., Christy, L., & Jeanine, F. W. (2010). Comparing student achievement in online and face-
to-face class formats. MERLOT Journal of Online Learning and Teaching, 6(1), 30-42.

Fatih, G., & Hafize, K. (2009). The effects of online and face to face problem base learning
environments in mathematics education on student’s academic. Procedia Social and Behavioral
Sciences, 1(1), 2817-2824.

Hope, D., Davids, V., Bollington, L., Maxwell, S. (2021). Candidates undertaking (invigilated)
assessment online show no differences in performance compared to those undertaking
assessment offline. Dimuat turun daripada https://doi.org/10.1080/0142159X.2021.1887467

Jean, A., William, A. S., & Scot, W. M. (2011). Comparing student success between developmental
math courses offered online, blended, and face-to-face. Journal of Interactive Online Learning,
10(3), 128-140.

Kok, K. H. (2020). Interaksi tidak bersemuka dan perintah kawalan pergerakan wabak covid-19. Jurnal
Dunia Pendidikan, 2(3), 202-211.

Lay, Y. F., & Khoo, C. H. (2009). Introduction to computer data analysis with SPSS 16.0 for windows.
Selangor, Malaysia: Venton Publishing (M) Sdn. Bhd.

Lay, Y. F., & Khoo, C. H. (2009). Introduction to statistical analysis in social sciences research.
Selangor, Malaysia: Venton Publishing (M) Sdn. Bhd.

Mark, A. G. S. (2018). Statistical analysis in JASP: A guide for students. New York: SAGE Publications.

Munirah, S., Mohd, F. J., Noor, S. M. S., & Julia, M. Y. (2021). Tinjauan keberkesanan pembelajaran
secara dalam talian ketika pandemik covid-19: perspektif pelajar sains kejuruteraan politeknik
ibrahim sultan. Jurnal Dunia Pendidikan, 3(1), 374-384.

Muntajeeb, A. B. (2011). A critical study of effectiveness of online learning on students' achievement.
Journal of Educational Technology, 7(4), 28-34.

Thompson, E., Luxton-Reilly, A., Whalley, J. L., Hu, M., & Robbins, P. (2008). Bloom's taxonomy for
CS assessment. In Proceedings of the tenth conference on Australasian computing education,
78(1), 155-161.

110

SIG : e-Learning@CS
eISBN : 978-967-25608-0-7
Publication Date : 02-Aug-2021

APPLICATION OF GEOGEBRA SOFWARE IN GRAPH SKETCHING

Norshuhada Samsudin, Fuziatul Norsyiha Ahmad Shukri and Siti Nurleena Abu Mansor
[email protected], [email protected], [email protected]

Jabatan Sains Komputer & Matematik (JSKM),
Universiti Teknologi MARA Cawangan Pulau Pinang, Malaysia

ABSTRACT

Many studies have shown that information and communication technology (ICT) may help to assist and transform
teaching and learning. In mathematics, ICT can assist students and teachers in performing calculations, analyzing
data, sketching a graph, and exploring mathematical topics. As a result, it can increase the understanding in
mathematics. The purpose of this paper was to show the example of using a free-software called GeoGebra in
sketching a graph of two dimensional (2D) and three dimensional (3D) function. Besides sketching the graph,
GeoGebra can also be used on finding intersection point, gradient of function, first and second derivatives and
others. GeoGebra is an interactive geometry, algebra, statistics, and calculus program designed for learning and
teaching mathematics and science at all levels, from elementary to university level.

Keywords: GeoGebra, ICT, mathematics, Two Dimensional (2D), Three Dimensional (3D)

Introduction

In this globalization era, many of our students' learning needs and interests are
addressed by using technology especially in learning process in mathematics. As a response
for these needs, many of software application were produced to build geometric models and
solve analytical and algebraic problems. As a result, GeoGebra is one of the greatest
applications for building and illustrating mathematical problems.

GeoGebra was created by Markus Hohenwarter in 2001/2002 as part of his master's
thesis in mathematics education and computer science at the University of Salzburg in Austria.
Supported by a DOC scholarship from the Austrian Academy of Sciences he was able to
continue the development of the software as part of his PhD project in mathematics education.
During that time, GeoGebra won several international awards, including the European and
German educational software awards, and was translated by math instructors and teachers all
over the world to more than 25 languages. Since 2006 GeoGebra is supported by the Austrian
Ministry of Education to maintain the free availability of the software for mathematics
education at schools and universities. In July 2006, GeoGebra found its way to the US, where
its development continues at Florida Atlantic University in the NSF project Standard Mapped
Graduate Education and Mentoring (Hohenwarter & Preiner,2007).

There are many applications in mathematics used GeoGebra software. Based on
previous research, GeoGebra was a tool for enhancing student progress and instructor
effectiveness (Wassie & Zergaw, 2018). In Calculus course, GeoGebra can be used in a

111

SIG : e-Learning@CS
eISBN : 978-967-25608-0-7
Publication Date : 02-Aug-2021

differential to learn derivative topics through dynamic graphics (Sari et al., 2018). The findings
illustrate that when a secant line evolves into a tangent line, GeoGebra's dynamic feature allows
students to zoom in on a graph, which corresponds to taking infinitesimal.

Besides that, the impact of combining GeoGebra with the teaching of linear functions
on Grade 9 students' achievement was explored (Mushipe & Ogbonnaya, 2019). It was found
that GeoGebra was more effective in improving student achievement, especially in linear
function. In addition, GeoGebra was also used to explain and analyse the impact of learning
integral calculus students. This software was useful to help students understanding the material
of integral calculus such as area between two curves,surface area, and volume of rotary object
(Machromah et al., 2019).

Geogebra : A Brief Overview
GeoGebra is an interactive mathematics software that can be used to teach algebra,

geometry, calculus, statistics, and other related subjects. This software package is available
online without no cost and may be used both at school and at home, giving students tremendous
opportunity to complete their assignments. This Graphing Calculator is also available in the
Google Play Store for android user and the App Store for iOS devices. It can be download at
www.geogebra.com. The most significant benefit of utilizing GeoGebra is that it is user-
friendly, allowing students to navigate and evaluate their own work. Figure 1 below shows the
interface of GeoGebra website that can be access online.

Figure 1: GeoGebra website
GeoGebra is an open-source mathematics teaching and learning software that
combines geometry, algebra, and calculus in a fully linked and user-friendly environment. An
algebra view and a geometry view or a graphic view comprise GeoGebra's interface as shown
in Figure 2 below.

112

Menu Input bar SIG : e-Learning@CS
bar eISBN : 978-967-25608-0-7
Publication Date : 02-Aug-2021

Graphics View

Tool Setting
bar

Algebraic
View

Virtual
Keyboard

Figure 2 : GeoGebra interface

Table 1 below shows some of the icon displayed on GeoGebra interface.

Table 1 : Description for the icon display on GeoGebra interface

No. Icon Description

1 Opened next to graphics view

2 Displays the graphical representation of objects created in
GeoGebra

3 For creating a table of value

4 Main menu of GeoGebra

5 Share button

6 Displays the setting for graphic view
7 Used to type and insert important function.

113

SIG : e-Learning@CS
eISBN : 978-967-25608-0-7
Publication Date : 02-Aug-2021

Graph Sketching
This section will be discussed on the technique that can be used for sketching a graph

of 2D functions and 3D function using GeoGebra software.
Example 1: 2D Function
Given that f(x) = x + 5 and g(x) = − 1 x2 + 7 .

2
i) Sketch the graph of both functions.
ii) Find the intersection(s) point (if any).
iii) Find the derivatives of f(x) and g(x).

By using GeoGebra software, students can easily sketch graph by typing on the Input Bar
using virtual keyboard. Figure 3 below shows the graph of f(x) and g(x).

Figure 3 : Graph of f(x) and g(x)

To find the intersection point between two graph, click on the Tools icon

and select Intersect. The intersection points between f(x)and g(x) will appear on the graph as

shown in Figure 4 and Figure 5.

114

SIG : e-Learning@CS
eISBN : 978-967-25608-0-7
Publication Date : 02-Aug-2021

Figure 4 : Intersection point between two graphs

Figure 5 : Intersection point display on the Algebraic View
GeoGebra can also be used to find the derivatives of function by typing the derivative
command on the Input Bar as shown in Figure 6 (orange line and purple line).

Figure 6: The derivative of f(x) and g(x)
115

SIG : e-Learning@CS
eISBN : 978-967-25608-0-7
Publication Date : 02-Aug-2021

Example 2: 3D Function
a) Given a plane z = 6 and cone z = 4x 2 + 4y 2 .
i) Sketch the graph of both functions.
ii) Find the intersection of two surfaces.

Besides sketching 2D graph, we also can sketch 3D graph by using GeoGebra software.
The interface of 3D calculator as shown in Figure 7 below.

Figure 7: Interface of 3D Calculator in GeoGebra Software
Then, we may type the function in input bar and Figure 8 will show the solid bounded
by both functions.

Figure 8: Graph of solid z = 6 and cone z = 4x 2 + 4y 2
116

SIG : e-Learning@CS
eISBN : 978-967-25608-0-7
Publication Date : 02-Aug-2021

Next, to find the intersection of two surfaces, click on the Tools icon and select Intersect
Two Surfaces and the result as Figure 9 below.

Figure 9 : Intersection between two surfaces
b) Find the volume of sphere x2 + y2 + z2 = 36 .

By typing the equation in the input bar, the sphere will appear as shown in Figure 10 below.

Figure 10: Sphere with radius 6
Beside putting the equation manually, we also can click the tools icon and select the solid that
we want as shown in Figure 11 below. Next, we just select the center point and insert the radius
of the sphere. The result will show same as in Figure 10 above.

117

SIG : e-Learning@CS
eISBN : 978-967-25608-0-7
Publication Date : 02-Aug-2021

Figure 11: Insert sphere using tools icon
Next, to find the volume of sphere, click on the tools icon again and click volume at
measure part. Then, the volume of sphere is shown as Figure 12 below.

Figure 12: Volume of sphere with radius 6
Conclusion

In this work, we showed the step by step methods on using GeoGebra as a great tool to
help visualised any graphs, either two or three dimensional graphs. It has proven to be a useful
tool to enhance students’ understanding in solving mathematical problems through assisting
them in sketching graphs. This would improve their skills in completing the solution on
mathematical problems, particularly in some topics in calculus. Instructors on the other hand,

118

SIG : e-Learning@CS
eISBN : 978-967-25608-0-7
Publication Date : 02-Aug-2021

could benefit from this tool as a teaching aid to make mathematical teaching more visualise
and interactive. As it is a free software, it is convenient to use at anytime and anywhere during
teaching period. Instructors can also encourage the students to independently use and explore
the software on their own as it will help them to engage during the teaching and learning.
Therefore, hopefully Instructors could make used of most mathematical apps available in order
to improve their teaching and learning.

References:
Hohenwarter M., Preiner J.: Dynamic mathematics with GeoGebra. The Journal of Online

Mathematics and Its Applications, No. 7, 2007.
Machromah, I. U., Purnomo, M. E. R., & Sari, C. K. (2019). Learning calculus with geogebra

at college. Journal of Physics: Conference Series, 1180(1).
https://doi.org/10.1088/1742-6596/1180/1/012008
Mushipe, M., & Ogbonnaya, U. I. (2019). Geogebra and Grade 9 learners’ achievement in
linear functions. International Journal of Emerging Technologies in Learning, 14(8),
206–219. https://doi.org/10.3991/ijet.v14i08.9581
Sari, P., Hadiyan, A., & Antari, D. (2018). Exploring Derivatives by Means of GeoGebra.
International Journal on Emerging Mathematics Education, 2(1), 65.
https://doi.org/10.12928/ijeme.v2i1.8670
Wassie, Y. A., & Zergaw, G. A. (2018). Capabilities and Contributions of the Dynamic Math
Software, GeoGebra—A Review. North American GeoGebra Journal, 7(1), 68–86.

119

SIG : e-Learning@CS
eISBN : 978-967-25608-0-7
Publication Date : 02-Aug-2021

PnP ATAS TALIAN : PLATFORM PILIHAN PELAJAR BELAJAR KALKULUS
DARI RUMAH DAN CABARAN YANG DIHADAPI

Fadzilawani Astifar Alias , Siti Asmah Mohamed
[email protected], [email protected]

Jabatan Sains Komputer & Matematik (JSKM),
Universiti Teknologi MARA Cawangan Pulau Pinang, Malaysia

ABSTRAK
Pelaksanaan Kawalan Pergerakan (PKP) membawa kepada tranformasi terutama dalam dunia
pendidikan di Malaysia dimana kaedah pengajaran dan pembelajaran di institusi pengajian tinggi negara
turut berubah wajah daripada pengajaran berbentuk kuliah secara bersemuka kepada pembelajaran jarak
jauh secara atas talian. Pelbagai kaedah yang digunakan oleh pensyarah dalam menyampaikan ilmu
kepada pelajar. Walaupun terdapat cabaran pembelajaran atas talian ini, pensyarah perlu berfikir lebih
kreatif dalam setiap sesi pembelajaran yang dijalankan. Oleh itu, tujuan kajian ini adalah untuk
mengkaji platform pembelajaran yang menjadi pilihan pelajar dan cabaran-cabaran yang pelajar lalui
sepanjang pembelajaran atas talian dijalankan. Seramai 96 pelajar yang mengambil subjek Kalkulus
semester Mac-Ogos 2021 terlibat dalam kajian ini. Data yang diperoleh adalah dari soal selidik dan
tinjauan yang telah dijalankan. Kajian ini membantu pensyarah dalam mengurangkan tekanan dan
beban kerja yang diberikan kepada pelajar. Ia juga penting bagi membantu pelajar merancang masa
pembelajaran dengan sebaiknya disebabkan adanya cabaran-cabaran semasa pembelajaran dari rumah
seperti tekanan, persekitaran di rumah dan juga faktor kendiri pelajar. Statistik dari peratus bilangan
pelajar yang memilih platform yang disukai dan cabaran-cabaran yang di dihadapi oleh pelajar
diperoleh dari soal selidik tersebut. Hasil kajian ini mendapati peratus pelajar yang suka kepada
syarahan dari platform rakaman video adalah lebih tinggi. Pilihan platform ini mungkin disebabkan dari
cabaran-cabaran yang telah dikenalpasti terutamanya tekanan disebabkan kelemahan dari capaian
internet dan letih menghadapi pembelajaran secara atas talian. Oleh yang demikian, pensyarah perlu
lebih peka dalam mengenalpasti kaedah yang terbaik kepada pelajar masing-masing agar sesi
pembelajaran lebih berkesan dan pelajar lebih santai dalam menghadapi sesi pembelajaran dari rumah
ini. Seterusnya pelajar dapat menerima ilmu yang disampaikan pensyarah dengan baik.

Keywords: Kalkulus, platform pembelajaran, soal selidik, pembelajaran atas talian, cabaran

120

SIG : e-Learning@CS
eISBN : 978-967-25608-0-7
Publication Date : 02-Aug-2021

Pengenalan

Subjek Kalkulus adalah antara subjek yang penting dimana ia menjadi subjek teras
dalam kebanyakan program pengajian di institusi pengajian tinggi di Malaysia. Ini
menunjukkan matematik ini adalah sebahagian daripada kehidupan manusia. Di peringkat
universiti, subjek Kalkulus ini bukan sahaja subjek utama kepada pelajar-pelajar dalam bidang
Kejuruteraan, bahkan juga ia menjadi antara subjek wajib yang perlu diambil oleh pelajar-
pelajar dari bidang Sains, Farmasi dan banyak lagi. Walaupun dikatakan subjek yang agak
susah namun jika pelajar betul-betul memahami konsep asas matematik, ia akan menjadi
mudah. Ditambah pula dengan pandemik Covid 19 yang melanda kini, pengajaran dan
pembelajar (PnP) secara atas talian perlu dijalankan. Pensyarah dan pelajar semestinya akan
menghadapi isu dan cabaran ketika menjalankan PnP ini (Quah, 2020). Pelbagai strategi
pengajaran yang menjadi platform dalam pembelajaran matematik dalam tempoh pandemik
virus Covid-19. Ini bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan secara
berterusan walau pelbagai cabaran dan rintangan.

Penggunaan media di dalam proses pengajaran dan pembelajaran akan meningkatkan
tahap kefahaman pelajar dengan lebih mendalam dan menjadikan sesi pembelajaran yang lebih
pelbagai dan menarik (Norah, Nurul Izzati & Radhiah, 2012). Platform dari video telah
digunakan dengan pelbagai cara bagi membantu pensyarah dan menyokong pengajaran dan
pembelajaran masa kini. Menurut Norah et al., (2012), pada masa lalu, medium video
memerlukan kos yang tinggi, tetapi pensyarah pada hari ini mampu menghasilkan sendiri video
berdasarkan kreativiti masing-masing.

Menurut Obagah dan Brisibe, 2017, pengajaran dan pembelajaran secara atas talian
menerusi penggunaan video telah mengalami peningkatan berikutan perkembangan teknologi
telekomunikasi masa kini. Kecanggihan peralatan telefon pintar masa kini dan peralatan digital
yang lain seperti iPad, kamera digital, di tambah pula dengan kehadiran ciri-ciri alat perakam
video yang boleh dimuat naik secara terus dan mudah diaplikasikan (Woolfitt, 2015),
membuatkan penggunaan video sebagai alat pengajaran dan pembelajaran menjadi pilihan
pendidik pada masa ini. Namun begitu, menurut Woolfit lagi disebalik kebaikan dan manfaat
yang dapat diperolehi menerusi penggunaan video dalam pengajaran dan pembelajaran, masih
terdapat beberapa kelemahan yang dikenalpasti iaitu pembelajaran di dalam kelas adanya

121

SIG : e-Learning@CS
eISBN : 978-967-25608-0-7
Publication Date : 02-Aug-2021

interaksi dan komunikasi secara terus di antara pensyarah dan pelajar, jadi pensyarah akan
merasa janggal kerana sesi pengajaran hanya dirakam menerusi video.

Pembelajaran yang tidak berlaku dengan serentak dan segera diatas talian secara
langsung dikatakan sebagai pembelajaran secara asynchronous. Pembelajaran ini adalah
fleksibel, di mana pensyarah memberikan bahan pembelajaran seperti rakaman video
pengajaran, dan pelajar menerima bahan pembelajaran serta menjalankan tugasan yang diberi
tepat pada waktunya (Wiwin Hartanto, 2016). Pembelajaran menerusi video boleh
diaplikasikan pada masa nyata dimana sesi pengajaran dan pembelajaran berlaku pada masa
tersebut dan ia juga boleh dijalankan secara tidak nyata dimana pelajar boleh menonton video
pada bila-bila masa mengikut keperluan pembelajaran mereka (Geri, 2016). Menurut Mayer
(2011) pula, walaupun menonton rakaman video kelihatan seperti aktiviti yang pasif, namun
sekiranya rekabentuk video tersebut kreatif dan baik ia mampu menarik minat pelajar.

Menurut Mazidah dan Aidawati (2021), hasil kajian mereka menunjukkan bahawa
Google Meet mudah dicapai dan dikendalikan di samping mempunyai rekabentuk paparan
yang mudah dan menarik. Google Meet mempunyai tahap mesra pengguna yang baik dan
menyenangkan. Oleh itu Google Meet merupakan satu platform pengajaran dan pembelajaran
yang baik untuk digunakan. Namun disamping semua kelebihan yang ditawarkan oleh aplilasi
Google Meeet/ Zoom, ternyata terdapat beberapa kelemahan yang perlu dilihat, antaranya
ialah ia memerlukan capaian internet yang baik. Sekiranya capaian internet kurang baik, proses
pengajaran dan pembelajaran akan menjadi tidak lancar (Dara, 2020).

Kajian Faizatul dan Nor (2017) mendapati cabaran utama dalam pembelajaran atas
talian ialah pelajar tidak mempunyai komputer dan capaian internet. Ini akan menjadi alasan
pelajar dalam menghantar tugasan dan sebagainya. Justeru itu, ia akan menyukarkan pensyarah
dalam memberi penilaian kepada pelajar tersebut. Oleh yang demikian, pensyarah perlu
memikirkan kaedah lain sekiranya pelajar menjadikan isu tiada komputer dan capaian internet
sebagai alasan.

Oleh yang demikian, kajian ini akan mengenalpasti platform yang menjadi pilihan
pelajar sepanjang pengajaran dan pembelajaran atas talian dan juga mengenalpasti cabaran-
cabaran yang dihadapi pelajar sepanjang pembelajaran dari rumah agar proses penyampaian
imu dapat dijalankan dengan berkesan.

122

SIG : e-Learning@CS
eISBN : 978-967-25608-0-7
Publication Date : 02-Aug-2021

Metodologi
Kajian ini telah dijalankan terhadap pelajar Diploma dan pelajar Ijazah Sarjana Muda

dari bidang Kejuruteraan yang mengambil subjek Kalkulus ketika pelaksanaan pembelajaran
secara atas talian di musim pandemik Covid-19. Data diperolehi daripada soal selidik yang
telah dijalankan melalui borang soal selidik kepada 96 pelajar untuk mengetahui platform yang
menjadi pilihan mereka untuk pembelajaran atas talian dan cabaran yang mereka lalui
sepanjang pembelajaran dari rumah ini disamping mengetahui tahap kefahaman pelajar dari
platform yang telah dipilih oleh mereka. Dari jumlah keseluruhan pelajar, didapati 45 pelajar
lelaki dan 51 pelajar perempuan telah menjawab soal selidik berkenaan. Jawapan pelajar dari
soal selidik tersebut telah dianalisa dan peratus bilangan pelajar dengan pilihan jawapan dari
platform yang dipilih sepanjang pembelajaran atas talian dan cabaran yang mereka hadapi
dikaji. Secara amnya, kajian ini adalah sangat berguna kepada pensyarah dalam menambah
baik kaedah pengajaran dan pembelajaran agar sesi penyampaian ilmu dapat dijalankan dengan
berkesan dan seronok.

Analisa dan Perbincangan
Carta pie dalam Rajah 1 di bawah menunjukkan peratus bilangan pelajar yang telah

memilih platform pembelajaran yang disukai mereka sepanjang belajar secara atas talian.
Didapati bahawa 35% pelajar telah memilih pembelajaran dari rakaman video, 30% pelajar
memilih pembelajaran menerusi Google Meet, 24% pelajar memilih platform Google
Classsroom dan 9% pelajar pula memilih platform WhatApps.

123

SIG : e-Learning@CS
eISBN : 978-967-25608-0-7
Publication Date : 02-Aug-2021

Platform Pembelajaran Pilihan
Pelajar

9% 35%
24%

30%

Rakaman Video Google Meet Google Classroom WhatApps

Rajah 1: Carta Pie Platform Pembelajaran Pilihan Pelajar.

Oleh yang demikian, dari kajian ini didapati 35% pelajar lebih suka kepada platform
rakaman video. Mereka mengatakan dari platform ini, mereka dapat menonton dan
mengulangkaji semula topik syarahan yang diberikan pensyarah sekiranya mereka tidak faham.
Platform ini juga dapat mengurangkan masa pembelajaran dan sesi pengajaran dan
pembelajaran akan menjadi lebih lancar. Ini kerana ia sangat membantu bagi pelajar yang
mempunyai masalah dari segi capaian internet. Dalam kajian Azniwati (2020) juga mendapati
keberkesanan video pembelajaran dalam bentuk video pra rakaman yang digunakan dalam sesi
pembelajaran dalam talian memberi maklumbalas sangat positif dalam pembelajaran berkesan.

Platform yang kedua yang menjadi pilihan pelajar adalah Google Meet iaitu sebanyak
30% pelajar telah memilih platform berkenaan. Walaupun platform yang dipilih pelajar
menunjukkan perbezaan yang tidak begitu ketara antara rakaman video dan platform dari
Google Meet, pelajar-pelajar masih memerlukan perjumpan secara meet seperti sesi
perbincangan latihan yang diberi oleh pensyarah supaya lebih faham dari segi teknik dan jalan
kerja. Tetapi, jika capaian internet di kawasan pelajar dan pensyarah lemah, ini yang
menjadikan sesi pembelajaran tidak lancar dan sesi penyampaian akan menjadi kurang
berkesan.

Sebanyak 24% pelajar pula memilih platform Google Classroom. Google Classroom
sering digunakan oleh pensyarah sebagai satu platform dan juga pusat sehentian (One Stop

124

SIG : e-Learning@CS
eISBN : 978-967-25608-0-7
Publication Date : 02-Aug-2021

Centre) untuk memberi maklumat berkaitan kelas. Pensyarah akan memuat naik nota, rakaman
video, tugasan dan latihan, memberi kuiz, ujian dan juga peperiksaan akhir disitu. Pelajar juga
selalunya akan menghantar tugasan di platform tersebut. Google Classroom sering digunakan
kerana tidak melibatkan sebarang kos dan mudah untuk dikendalikan (Ventayen, Estira, De
Guzman, Cabaluna, & Espinosa, 2018).

Seterusnya, 9% pelajar pula memilih platform WhatApps sebagai platform yang disukai
sepanjang sesi pembelajaran atas talian. Platform WhatApps juga antara platform yang sangat
penting kerana ini antara platform yang digunakan kebanyakan pensyarah untuk
menyampaikan maklumat dan juga untuk perbincangan soalan latihan atau tutorial. Jika dilihat
dari soal selidik yang diberikan hampir 40% pelajar menggunakan telefon pintar sebagai alat
komunikasi utama sepanjang pembelajaran atas talian. Inilah antara faktor yang menjadikan
WhatApps antara platform pilihan pelajar.

Kajian ini turut disokong kenyataan yang dipetik dari Sinar Harian (2020). Menurut
Anuar Ahmad, bagi mereka yang mempunyai masalah capaian internet terutamanya bagi
pelajar atau pensyarah yang berada di kawasan luar bandar atau pedalaman, pembelajaran
dalam talian langsung seperti aplikasi yang berbentuk ‘meet’ seperti aplikasi Google
Meet/Zoom boleh diletakkan sebagai pilihan kedua. Pilihan terbaik adalah pembelajaran dalam
talian yang tidak dilakukan dalam masa nyata, seperti menggunakan Google Classroom,
WhatApps dan Telegram. Pembelajaran dalam talian masih boleh dilakukan dengan cara lain
dan pilihan terbaik adalah melalui rakaman video yang boleh dihantar kepada pelajar melalui
Google Clasroom, WhatApps atau Telegram.

Kajian ini juga turut disokong kajian Syamsulaini Sidek dan Mashitoh Hashim (2016)
yang menemukan lima kepentingan video iaitu pemebelajaran dari video dapat meningkatkan
pembacaan dan bahan pengajaran, dapat membantu meningkatkan pengetahuan asas pelajar,
mengukuhkan kefahaman pelajar, meningkatkan motivasi dan semangat pelajar dan juga dapat
menggalakkan pendidik dalam menghasilkan bahan pengajaran. Video pembelajaran turut
menjadi bahan bantu belajar yang efektif dan mudah dicapai oleh pelajar. Pembangunan dan
reka bentuk yang mudah difahami dan kandungan pembelajaran yang jelas menjadikan
medium pembelajaran dari video sebagai panduan pelajar untuk mempelajari sesuatu topik
yang dipelajari.

125

SIG : e-Learning@CS
eISBN : 978-967-25608-0-7
Publication Date : 02-Aug-2021

Oleh yang demikian, setiap platform yang dipilih ini masing-masing mempunyai
kelebihan tersendiri. Selain itu, setiap platform yang dipilih oleh pelajar juga mungkin
disebabkan dari faktor cabaran-cabaran yang telah dikenalpasti. Antara cabaran pembelajaran
secara atas talian ialah tekanan yang dihadapi pelajar, persekitaran di rumah, dan faktor kendiri
pelajar.

Carta palang dalam Rajah 2 di bawah menunjukkan cabaran-cabaran yang dihadapi
pelajar sepanjang pembelajaran Kalkulus secara atas talian.

Cabaran Pembelajaran Atas talian

40%

35% Letih Tiada Motivasi
15% 17%

PERATUS 30% Ruang kurang
selesa
25% 9%

20%

15% Internet Lemah Gangguan Kurang keyakinan
25% persekitaran 18%

10% 16%

5%

0%

Tekanan Persekitaran di Rumah Faktor Kendiri

CABARAN PEMBELAJARAN ATAS TALIAN

Rajah 2: Carta Palang Cabaran Pembelajaran Atas Talian

Dari cabaran-cabaran tersebut, didapati cabaran tekanan adalah paling tinggi (40%)
dimana tekanan pelajar adalah disebabkan oleh capaian internet yang lemah dan pelajar letih
menghadapi kelas secara atas talian setiap hari. Walaupun 41% dari pelajar-pelajar berada di
kawasan bandar namun sebahagian besar nya lagi berada di kawasan pinggir bandar dan luar
bandar. Seperti yang dinyatakan oleh Abdul Karim (2020) dan Bernama (2020), capaian

126

SIG : e-Learning@CS
eISBN : 978-967-25608-0-7
Publication Date : 02-Aug-2021

internet yang terhad antara cabaran pelajar semasa pembelajaran dalam talian terutamanya
untuk pelajar yang berada di kawasan pendalaman. Oleh kerana hampir kesemua subjek belajar
secara atas talian maka data yang sedia ada mungkin tidak cukup untuk menampung keperluan
kesemua subjek. Selain kelemahan dari capaian internet ini, keletihan pelajar dalam
menghadapi kelas secara atas talian setiap waktu pembelajaran menyumbang kepada tekanan
kepada pelajar justeru menyebabkan pelajar memilih platform syarahan dari rakaman video.
Selain itu, beban kerja yang diberikan pensyarah kepada pelajar juga perlu diambil kira supaya
pelajar tidak terlalu letih dalam menyelesaikan sesuatu tugasan. Ini bagi mengelakkan tekanan
yang berterusan kepada pelajar.

Cabaran yang kedua pula ialah persekitaran di rumah. Sebanyak 16% pelajar
mengatakan gangguan dari persekitaran di rumah. Ini adalah antara cabaran yang biasa
dihadapi bukan sahaja kepada pelajar tetapi juga kepada pensyarah yang mengajar. Ini kerana
setiap pelajar datang dari latar belakang yang berbeza. Corak kehidupan, adik beradik yang
ramai dan masalah keluarga adalah antara gangguan yang sering menjadi cabaran kepada
pelajar semasa pembelajaran secara atas talian. Manakala 9% pula mengatakan ruang
pembelajaran yang kurang selesa adalah antara cabaran yang mereka hadapi.

Cabaran yang ketiga pula ialah dari faktor kendiri pelajar. Sebanyak 35% pelajar
mengatakan yang mereka kurang keyakinan untuk belajar sendiri dan tidak mempunyai
motivasi belajar secara atas talian. Mereka perlu untuk mendisiplinkan diri dalam
membahagikan masa untuk sesuatu syarahan, tambahan pula pembelajaran tersebut adalah dari
rumah. Mereka bukan sahaja perlu menyiapkan tugasan dari pensyarah, tetapi perlu membantu
ibu bapa menguruskan adik beradik, membuat kerja rumah, mempunyai masalah kesihatan
malah ada juga yang terpaksa bekerja untuk kos sara hidup.

Oleh yang demikian, pensyarah perlu lebih faham akan situasi yang dihadapi pelajar
dan sentiasa berkomunikasi dengan pelajar supaya dapat meringankan masalah yang dihadapi
oleh pelajar.

127

SIG : e-Learning@CS
eISBN : 978-967-25608-0-7
Publication Date : 02-Aug-2021

Kesimpulan

Platform pengajaran dan pembelajaran dalam talian sebenarnya membantu pelajar
untuk bertukar idea, berkomunikasi, berinteraksi dan menyelesaikan segala tugasan yang
diberikan pensyarah sepanjang semester. Penggunaan platform pembelajaran secara atas talian
juga memerlukan pengetahuan dan kemahiran terutamanya pensyarah. Tambahan pula
berkaitan subjek yang memerlukan konsep dan pengiraan yang banyak seperti subjek Kalkulus
ini. Kebiasaannya, pelajar bersedia dengan apa sahaja platform yang digunakan pensyarah
kepada mereka. Namun begitu, pensyarah boleh mengenalpasti platform yang terbaik yang
dapat diberikan kepada pelajar supaya pelajar tidak bosan dan penat dengan setiap sesi
pembelajaran yang mereka lalui. Dengan itu, pensyarah dapat mengurangkan cabaran yang
pelajar hadapi dalam menempuh sesi pengajaran dan pembelajaran sepanjang semester.
Keadaan ini juga membantu mengurangkan tekanan dari kedua-dua pihak sama ada pensyarah
atau pelajar dan melalui sesi pengajaran dan pembelajaran atas talian ini dengan lancar dan
terurus.

Rujukan:

Quah, W. B. (2020). Pandemik Covid-19: Mempercepatkan Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran
dalam talian (PDPDT) di Kolej Komuniti : Isu & Cabaran yang dihadapi oleh pensyarah dan
pelajar. https://www.researchgate.net/publication/347726927.

Azniwati, A. A. (2020). Keberkesanan Video Pembelajaran Dari Perspektif Pelajar. 3 rd International
Seminar On Islam and Science 2020 (SAIS 2020) COVID-19: Implication, Impact and solution.
eISBN : 9789674408367. https://oarep.usim.edu.my/jspui/handle/123456789/6820

Ventayen, R. J. M., Estira, K. L., De Guzman, M. J., Cabaluna, C. M., & Espinosa, N. (2018). Usability
evaluation of Google Classroom: Basis for the adaptation of GSuite e-learning platform. Asia
Pacific Journal of Education, Arts and Sciences, 5, 47–51. doi:10.1111/j.1365-
2729.2011.00447.x

Norah, M. N., Nurul Izzati H. & Radhiah A. R. (2013, December). The framework for learning using
video based on cognitive load theory among visual learners. Published in Proceedings of the 5 th
Conference on Engineering Education. pp. 15-20.

Obagah, R. R. & Brisibe, W. G. (2017). The Effectiveness of Instructional Videos in Enhancing
Learning Experience of Architecture Students in Design and Drawing Courses: A Case Study of
Rivers State University, Port-Harcourt. International Journal of Education and Research, 5(11),
33-46

128

SIG : e-Learning@CS
eISBN : 978-967-25608-0-7
Publication Date : 02-Aug-2021

Geri, N. (2012). The Resonance Factor: Probing the Impact of Video on Student Retention in Distance
Learning. Interdisciplinary Journal of E-Learning and Learning Objects, 8. 1-13.

Mayer, R. E. (2014). Cognitive theory of multimedia learning. In R. E. Mayer (Ed.), Cambridge
handbooks in psychology. The Cambridge handbook of multimedia learning (p. 43–71).
Cambridge University Press. https://doi.org/10.1017/CBO9781139547369.005.

Dara, S. (2020).Penggunaan Google Meet Untuk Work From Home Di Era Pandemi Coronavirus
Disease 2019 (Covid-19). Jurnal Prioritas: Jurnal Pengabdian Masyarakat, Volume. 02, Nomor.
01, April 2020, hal. 15-17.

Mazidah, M. & Aidawati, A. (2021). Penggunaan Google Meet dalam Proses Pengajaran dan
Pembelajaran di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin. International Journal of Modern
Education (IJMOE). Volume 3 Issue 8 (March 2021) PP. 104-113.

Faizatul, H. A. H. & Nor Syahilia, A. (2017). Persepsi Pelajar Terhadap Pembelajaran Teradun
(Blended Learning). Journal of Technical and Vocational Education. Volume 1, No. 2, Page
53-63.

Syamsulaini, S, & Mashitoh, H. (2016). Pengajaran Berasaskan Video dalam Pembelajaran
Berpusatkan Pelajar: Analisis dan Kajian Kritikal Journal of ICT in Education (JICTIE) ISSN
2289-7844 / Vol. 3 / 2016 / 24-33 24 Video-Based Teaching in Student-Centered Learning:
Analysis and Critical Review.

Wiwin, H. (2016). Penggunaan E-Learning sebagai Media Pembelajaran. Jurnal Pendidikan Ekonomi,
10(1), 1–18. https://doi.org/ISSN 2548-7175

https://www.sinarharian.com.my/article/76874/BERITA/Nasional/Cabaran mengajardalam-talian.
Bernama. (2020, April 17).https://www.gpsbestari.com/berita/kuala lumpur/akses-internet-terhad-

antara-cabaran-belajar-mengajar-dalam-talian-1.934103
Abdul Karim, L. A. (2020, April 16). Berita Harian Online.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/04/677952/pkp-epembelajaran-tidak-
segerak-sesuai-di-luar-bandar-pedalaman
Woolfitt, Z. (2015). The effective use of video in higher education. Lectoraat Teaching, Learning and
Technology Inholland University of Applied Sciences.

129

SIG : e-Learning@CS
eISBN : 978-967-25608-0-7
Publication Date : 02-Aug-2021

SEPINTAS LALU: TEKNOLOGI PERSUASIF DALAM DOMAIN
PENDIDIKAN

1Elly Johana Johan, 2Zalilah Abd Aziz
[email protected], [email protected]

1Jabatan Sains Komputer & Matematik (JSKM),
Universiti Teknologi MARA Cawangan Pulau Pinang, Malaysia

2Fakulti Sains Komputer & Matematik (FSKM),
Universiti Teknologi MARA, 40450 Shah Alam, Selangor, Malaysia

ABSTRAK
Teknologi boleh digunakan untuk membantu mengubah tingkah laku seseorang ke arah yang lebih positif dengan
menyediakan kaedah atau teknik untuk mempengaruhi tingkah laku. Penyelidikan bidang kajian yang
menggunakan teknologi atau lebih dikenali dengan teknologi persuasif (PT) untuk mempengaruhi tingkah laku
dengan cara tertentu berkembang luas masa kini. Dalam bidang pendidikan, PT boleh digunakan dalam
pengajaran dan pembelajaran kerana ia melibatkan proses mengasimilasikan pengetahuan baru dengan niat
untuk menukar idea seseorang serta mengubah sikap atau kedua-duanya tanpa menggunakan paksaan atau
penipuan. PT menyediakan satu platfom yang luas di dalam penggunaan alat bantu perkakasan dan teknik
pengajaran untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran yang lebih kondusif di dalam meningkat motivasi
dan menarik minat para pelajar di dalam disiplin ilmu yang dipelajari.
Kata kunci : teknologi persuasif, pendidikan

Pengenalan

Penyelidik secara jelas membahagikan persuasif kepada dua bidang, persuasif dalam bidang
pengajaran dan captology (Harjumaa et al. 2009). Kajian mengenai teknologi persuasif (PT)
bermula pada akhir tahun 1990-an dengan nama captology, komputer sebagai teknologi
persuasif (Fogg 1998). Captology adalah kajian komputer sebagai teknologi persuasif yang
terfokus pada reka bentuk, penyelidikan dan analisis produk pengkomputeran interaktif yang
bertujuan untuk mengubah sikap atau tingkah laku seseorang (Fogg 1998). Manakala persuasif
dalam bidang pengajaran khusus kepada penggunaan pendekatan pedagogi dan proses reka
bentuk perisian pendidikan yang mendorong pelajar untuk memperoleh pengetahuan dan
kemahiran baru Harjumaa et al. 2009). Fokus utama pada teknik persuasif adalah mengenai
perubahan sikap dan tingkah laku di mana mesej disampaikan dari pengirim kepada golongan

130

SIG : e-Learning@CS
eISBN : 978-967-25608-0-7
Publication Date : 02-Aug-2021

sasar sebagai penerima (Fogg 2003). Menurut Fogg et al. (2009) PT dapat meyakinkan
pengguna dengan memberi panduan untuk meningkatkan potensi diri, memberikan informasi
yang relevan, memicu membuat keputusan dan membimbing pengguna melalui suatu proses
secara berperingkat. Definisi PT boleh disimpulkan sebagai sistem interaktif yang dirancang
untuk perubahan sikap dan atau tingkah laku sebagai usaha untuk membentuk, memperkuat,
atau mengubah tingkah laku, perasaan, atau pemikiran tentang suatu masalah, objek, atau
tindakan tanpa unsur paksaan atau penipuan (Fogg 1998, 2003; Oinas-Kukkonen & Harjumaa
2008). Untuk menghubungkan prinsip teknologi persuasif ke kerangka yang lebih luas,
beberapa kajian mengintegrasikan definisi teknologi persuasif dengan konsep kemampuan
motivasi dan hubungannya dengan hasil psikologi dan tingkah laku dalam domain teknologi
maklumat dilakukan oleh beberapa orang ahli akademik (Hamari 2013; Huotari & Hamari
2012; Zhang 2008). Hamari et al. (2014) mendapati kebanyakan teknologi persuasif
diterapkan terutamanya dalam konteks di mana seseorang bersedia melakukan suatu aktiviti
tetapi merasa sukar untuk memulakannya. Almaliki dan Ali (2016), menyatakan teknologi
persuasif terdiri dari pelbagai disiplin dan domain kajian dengan menumpukan perhatian pada
reka bentuk, pembangunan dan penilaian teknologi interaktif yang disasarkan untuk mengubah
tingkah laku melalui pujukan dan bukan melalui penipuan atau paksaan.

Domain Teknologi Persuasif

Penulisan ilmiah mengenai PT mulai berkembang pada tahun 2005 dan menjelang tahun 2013
penyelidikan PT berkembang pesat, dengan kebanyakan kajian yang dilakukan dalam bidang
interaksi manusia-komputer (Hamari et al. 2014). Kajian literatur menunjukkan bahawa
teknologi persuasif boleh mengubah sikap dan tingkah laku pengguna kepada tahap yang lebih
baik (Filippou 2016; Matthews et al. 2016; Kaptein & Van Halteren 2013; Baranowski et al.
2013). Data dari 95 kajian PT yang dijalankan oleh Hamari et al. (2014), 50% melibatkan
domain kesihatan dan latihan fizikal, 20% melibatkan disiplin ekologi, 10% melibatkan bidang
pendidikan 6% melibatkan bidang keselamatan dan 6% juga melibatkan domain pemasaran
dan perdagangan. PT telah memberi kesan yang signifikan dalam mengurangkan pelbagai
masalah sosial seperti kegemukan, pengambilan alkohol, kesejahteraan kehidupan kelestarian
dan kesedaran menjaga alam sekitar (Mubin et al. 2016). PT secara berperingkat digunakan

131

SIG : e-Learning@CS
eISBN : 978-967-25608-0-7
Publication Date : 02-Aug-2021

secara meluas sebagai alat untuk mempromosikan kesihatan, kesejahteraan, gaya hidup dan
kecergasan pengguna untuk semua peringkat umur (Austria et al. 2020; Sittig et al. 2020;
Klasnja et al. 2011, Purpura et al. 2011). Persuasif sebagai medium intervensi pula merangkumi
alatan permainan (Muhamad & Kim 2020; Orji et al. 2013; Lucero et al. 2006) aplikasi mudah
alih atau laman sesawang (Ashaikh et al. 2016; Toscos et al. 2006), robot (Bertel & Hannibal
2015) dan alatan boleh pakai (wearables) disertai dengan teknik maklum balas motivasi khas
seperti persaingan sosial dan ketersediaan pengetahuan yang komprehensif.

Teknologi Pesuasif Dalam Domain Pendidikan

PT diyakini mempunyai peranan yang penting untuk dimainkan dalam bidang
pendidikan (IJsselsteijn et al. 2006). Menurut Fogg (2003) PT boleh digunakan di sekolah atau
persekitaran luar dalam memotivasi seseorang untuk memperoleh pengetahuan baru atau
kemahiran. Dalam bidang pendidikan, PT boleh digunakan di dalam pengajaran dan
pembelajaran kerana ia melibatkan proses menjana pengetahuan baru dengan objektif untuk
menukar idea seseorang serta mengubah sikap atau kedua-duanya tanpa menggunakan unsur
paksaan atau penipuan (Fogg 2003). Gullatt dan Lemoine (1997) mengusulkan penggunaan
teknologi komputer sebagai intervensi pendidikan awal selain program sedia ada di sekolah
yang dipaktiskan melalui medium undang-undang dan peraturan. Telah diakui secara meluas
bahawa Maklumat dan Teknologi Komunikasi (ICT) boleh digunakan untuk memberi impak
positif dalam pengajaran dan pembelajaran secara umum (Ghavifekr et al. 2015) dan dalam
bidang pengkomputeran kejuruteraan secara khusus. PT adalah komponen ICT khas yang
dirancang untuk mengubah tingkah laku yang disasarkan (Fogg 2003). Secara umum,
penyelidikan PT khusus dalam bidang pendidikan tidak banyak (Nor Aziah et al. 2013) dan di
Malaysia sendiri bilangannya juga masih sedikit (Siti Fasyehah, & Zakirah 2011), namun
penyelidikan yang dilakukan (Orji & Moffatt 2018; Abdessettar et al. 2016; Ashaikh et al.
2016; Filippou et al. 2016 ; Toor 2016; Bertel & Hannibal 2015; Christy & Fox 2014; Stibe &
Oinas-Kukkonen 2014; Behringer et al. 2013; Fogg 2003) membuktikan keberkesanan PT
dalam memotivasi seseorang untuk mencapai kejayaan melalui perubahan tingkah laku dalam
pembelajaran. Menurut Wesley (2013) mengintegrasikan komputer dalam pembelajaran
berupaya mewujudkan persekitaran pembelajaran yang selamat secara psikologi, membina

132

SIG : e-Learning@CS
eISBN : 978-967-25608-0-7
Publication Date : 02-Aug-2021

harga diri dan berupaya mengubah tingkah laku pelajar yang tidak bermotivasi ke arah yang
lebih positif. PT dapat memotivasi individu untuk memulakan proses pembelajaran, tugasan,
dan menyemak bahan tertentu untuk meneruskan aktiviti tertentu (Devincenzi et al. 2017).
Pendidikan melalui PT secara memudahkan penglibatan pelajar dalam aktiviti kelas, interaksi
rakan sebaya, pembelajaran aktif yang membawa kepada perubahan sikap atau tingkah laku
kearah yang diinginkan (Ashaikh et al. 2016; Bertel & Hannibal 2015).

Semua sistem maklumat boleh dianggap mempengaruhi pengguna dalam beberapa cara
(Oinas-Kukkonen 2013). Namun, agar teknologi benar-benar disebut "persuasif," pujukan
harus disengajakan (Fogg 1998), teknologi tersebut mesti dirancang untuk tujuan membimbing
pengguna ke arah perubahan sikap atau tingkah laku. Pereka mesti memahami bahawa objek
pembelajaran tidak mudah menjadi persuasif dengan hanya menerapkan prinsip reka bentuk
persuasif ke dalam suatu objek pembelajaran (Fogg 2003). Aspek teras reka bentuk
pembelajaran persuasif adalah membina minat dan keyakinan pelajar. Adaptasi teknologi
persuasif dalam skop pendidikan membolehkan seseorang dapat melihat perubahan
persekitaran dan kumpulan pengguna dan hujah ini disokong oleh Fogg (2003) yang
mempercayai bahawa PT dapat diterapkan dalam kepelbagaian konteks dan khalayak sasaran.
Secara khususnya, dalam bidang pendidikan terdapat kajian yang menerap PT dalam
memenuhi keperluan kanak-kanak dan remaja dengan keperluan khas (Ng et al. 2016; Bertel
& Rasmussen 2013; Mintz & Aagaard 2012; Mintz & Peter 2012), penerapan penggunaan PT
peringkat pendidikan universiti (Filippou et al. 2016) dan pembelajaran orang dewasa
mengenai pembangunan lestari (Arendt et al. 2014). Ini menunjukkan sasaran perubahan atau
tingkah laku memandu proses reka bentuk dan boleh diimplementasikan kepada khalayak
pengguna yang mempunyai latar belakang yang berbeza. Menurut Fogg (2003) PT dalam
bidang pendidikan berupaya meningkatkan motivasi seseorang untuk memulakan proses
pembelajaran dan perlaksanaannya boleh diadaptasi dalam kepelbagaian kaedah pengajaran
untuk memudahkan seseorang mencapai tingkah laku yang disasarkan dengan lebih mudah. PT
tidak tidak hanya menumpukan kepada teori semata-mata tetapi berupaya menjadi agen
motivasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran terutama dalam situasi suatu visi telah
dikenal pasti dan penyelidikan yang dilakukan secara khusus tersebut boleh dijadikan panduan
untuk suatu perkembangan baru mengenai penglibatan PT dalam bidang pendidikan secara

133

SIG : e-Learning@CS
eISBN : 978-967-25608-0-7
Publication Date : 02-Aug-2021

umum dan lebih meluas (Devincenzi et al. 2017). Dapat disimpulkan PT berupaya mengubah
sikap dan tingkah laku serta memotivasi pelajar untuk melakukan tugasan dan mencapai
objektif yang disasarkan (Dolhalit & Salam 2014).

Kesimpulan
Cabaran terbesar adalah untuk mengadaptasi teknologi persuasif dalam senario

kompleks dan mengikut fleksibiliti individu untuk memaksimumkan keberkesanan secara
menyeluruh. Adaptasi teknologi persuasif dalam bidang pendidikan melibatkan peratusan kecil
dengan nilai 10% jika dibandingkan dengan domain lain walaupun secara empirik telah
terbukti teknologi persuasif berupaya memotivasikan pelajar secara positif. Justeru itu terdapat
keperluan untuk meneroka lebih lanjut adaptasi teknologi persuasif dalam domain pendidikan
secara meluas demi memenuhi ruang kosong kajian teknologi persuasif dalam domain
pendidikan yang dipercayai mampu mengubah landskap dunia pendidikan kearah yang lebih
baik.

Rujukan:

Abdessettar, S., Hotte, R., Gardoni, M. & Abdulrazak, B., 2016. Persuasive technologies for
efficient adaptable self-education. Kids smart mobile school project. International
Conference on Mobile, Hybrid, and On-line Learning (eLmL 2016), hlm.70-76.

Almaliki, M. & Ali, R. 2016. Persuasive and culture-aware feedback acquisition.The 11th
International Conference on Persuasive Technologies, hlm. 27-38.

Arendt, C., Myers, T. & Trevathan, J. 2014. Simulating house cooling methods to decrease
energy consumption by creating awareness and attitude change. Citeseer.

Ashaikh, R.A., S. Wilson, and S. Jones. 2016. A persuasive social actor for activity awareness
in learning groups. Proceedings of the 30th International BCS Human Computer
Interaction Conference, hlm.1-12.

Austria, R.B., Caingat, D.C., Feria, R.P., Figueroa, L.L. and Solamo, M.R. 2020. SugarTraces:
A persuasive technology-enabled mobile application for diabetics. Proceedings of the
Workshop on Computation: Theory and Practice (WCTP 2019), hlm.109-120.

134

SIG : e-Learning@CS
eISBN : 978-967-25608-0-7
Publication Date : 02-Aug-2021

Baranowski, T., Buday, R., Thompson, D., Lyons, E.J., Lu, A.S. & Baranowski, J., 2013.
Developing games for health behavior change: Getting started. GAMES FOR HEALTH:
Research, Development, and Clinical Applications 2(4):183-190.

Behringer, R., Soosay, M., Gram-Hansen, S.B., Ohrstrom, P., Sorensen, C.G., Smith, C.,
Mikulecká, J., Winther-Nielsen, N., WintherNielsen, M., Herber, E. 2013. Persuasive
technology for learning and teaching–The EuroPLOT project. Proceedings of the
International Workshop on EuroPLOT Persuasive Technology for Learning, Education
and Teaching.

Bertel, L. & Hannibal, G. 2015. Tema 2: The NAO robot as a persuasive educational and
entertainment robot (PEER) – A case study on children’s articulation, categorization and
interaction with a social robot for learning. Tidsskriftet Læring Og Medier (LOM) (8)14.

Christy, K. R. & Fox, J. 2014. Leaderboards in a virtual classroom: A test of stereotype threat
and social comparison explanations for women’s math performance. Computers and
Education 78: 66–77.

Devincenzi, S., Kwecko, V., de Toledo, F.P., Mota, F.P., Casarin, J.& da Costa Botelho, S.S.
2017. Persuasive technology: Applications in education. IEEE Frontiers in Education
Conference hlm.1-7.

Dolhalit, M. L. & Salam, S. N. A. 2014. Exploring persuasive multimedia techniques in attitude
and behavior change: A comparative study. Procedia - Social and Behavioral Sciences
(155) : 386–391.

Filippou, J., Cheong, C. & Cheong, F 2016. Modelling the impact of study behaviours on
academic performance to inform the design of a persuasive system. Information and
Management 53(7):892–903.

Fogg, B. J. 1998. Persuasive computers: perspectives and research directions. Proceedings of
the SIGCHI Conference on Human Factors in Computing Systems (CHI ’98), hlm. 225–
232.

Fogg, B. J. 2009. A behavior model for persuasive design. Proceedings of The 4th International
Conference on Persuasive Technology ACM, hlm.1-7.

Ghavifekr, S., Athirah, W. & Rosdy, W. 2015. Teaching and learning with technology:
Effectiveness of ICT integration in schools. International Journal of Research in
Education and Science 1(2):175‐191.

Gullatt, D. E., & Lemoine, D. A. (1997). Assistance for the school administrator concerned
about student truancy. ERIC Document Reproduction Service No. ED409653.

135

SIG : e-Learning@CS
eISBN : 978-967-25608-0-7
Publication Date : 02-Aug-2021

IJsselsteijn, W., De Kort, Y., Midden, C., Eggen, B. & Van Den Hoven, E., 2006. Persuasive
technology for human well-being: Setting the scene. International Conference on
Persuasive Technology, hlm.1-5.

Hamari, J. 2013. Transforming homo economicus into homo ludens: A Field experiment on
gamification in a utilitarian peer-to-peer trading service. Electronic Commerce Research
and Applications 12(4): 236–245.

Hamari, J., Koivisto, J. & Pakkanen, T. 2014. Do persuasive technologies persuade? - A review
of empirical studies. International Conference On Persuasive Technology, hlm.118–136.

Harjumaa, M., Segerståhl, K. & Oinas-Kukkonen, H. 2009, Understanding persuasive software
functionality in practice: A field trial of polar FT60. Proceedings of the 4th International
Conference on Persuasive Technology, hlm. 1-9.

Huotari, K. & Hamari, J. 2012. Defining gamification: A service marketing perspective.
Proceedings of the 16th International Academic MindTrek Conference ACM, hlm.17-
22.

Kaptein, M. & Van Halteren, A. 2013. Adaptive persuasive messaging to increase service
retention: Using persuasion profiles to increase the effectiveness of email
reminders. Personal and Ubiquitous Computing 17(6) :1173-1185.

Klasnja, P., Consolvo, S. & Pratt. W. 2011. How to evaluate technologies for health be- havior
change in HCI research. Proceedings ofthe SIGCHI Conference on Human Factors in
Computing Systems ACM, hlm. 3063–3072.

Lucero, A., Zuloaga, R., Mota, S. Muñoz, F. 2006. Persuasive technologies in education:
Improving motivation to read and write for children. Lecture Notes in Computer Science
LNCS (3962):142–153.

Matthews, J., Win, K.T., Oinas-Kukkonen, H. & Freeman, M. 2016. Persuasive technology in
mobile applications promoting physical activity: A systematic review. Journal of
Medical Systems 40(3) :72.

Mintz, J.& Aagaard, M. 2012. The application of persuasive technology to educational settings.
Educational Technology Research and Development 60(3):483–499.

Mintz, J. & Peter, Ø. 2012, Developing persuasive technology for ASD challenged teenagers.
International Conference on Persuasive Technology, hlm. 67-78.

Mubin, O., Wijayarathne, J., Ahmad, M. I., Ginige, A. & Hewapathirana, R. 2016. Using
persuasive mobile apps to enhance children’s health and well being: A Sri Lankan
experience. Proceedings of the 2016 CHI Conference Extended Abstracts on Human
Factors in Computing Systems, hlm. 2234-2240.

136

SIG : e-Learning@CS
eISBN : 978-967-25608-0-7
Publication Date : 02-Aug-2021

Muhamad, J.W. & Kim, S. 2020. Serious games as communicative tools for attitudinal and
behavioral change. The Handbook of Applied Communication Research :141-162.

Ng, K.H., Aryati, B., & Azizah A. R. 2016. Effects of persuasive designed courseware on
children with learning difficulties in learning Malay language subject. Education and
Information Technologies 21(5):1413–143.

Nor Aziah, D., Noraidah, S. & Zurina, M. 2013. An initial model of persuasive design in web
based learning environment. Procedia Technology (11):895-902.

Oinas-Kukkonen, H. and Harjumaa, M., 2018. Persuasive systems design: key issues, process
model and system features. Routledge handbook of policy design :105-123.

Orji, R. & Moffatt , K. 2018. Persuasive technology for health and wellness: State-of-the-art
and emerging trends. Health Informatics Journal 24(1): 66–91.

Purpura, S., Schwanda, V., Williams, K., Stubler, W. & Sengers, P. 2011. Fit4life: The design
of a persuasive technology promoting healthy behavior and ideal weight. Proceedings of
the CHI Conference ACM, hlm.423–432.

Siti Fasyehah, A.R. & Zakirah, O. 2011.Teknologi Pujukan dalam kesedaran teknologi
terhadap perisian SiPadi. http://repo.uum.edu.my/8002/1/Fasy.pdf [10 Jun 2021].

Stibe, A & Oinas-Kukkonen, H. 2014. Using social influence for motivating customers to
generate and share feedback. International Conference on Persuasive Technology, hlm.
224–235.

Sittig, S., McGowan, A. & Iyengar, S., 2020. Extensive review of persuasive system design
categories and principles: Behavioral obesity interventions. Journal of Medical
Systems (44) :1-12.

Toor, A.2016. Persuasive technology in education : Motivating individuals to enter higher
education. Proceedings of the 30th International BCS Human Computer Interaction
Conference, hlm.1-6.

Toscos, T., Faber, A., An, S. & Gandhi, M.F. 2006. Chick clique: Persuasive technology to
motivate teenage girls to exercise. CHI’06 Extended Abstracts on Human factors in
Computing Systems ACM, hlm. 1873–1878.

Wesley, T. 2013. Educational technology: Why and how it counts for students at risk. Helping
Students Graduate :211-224.

Zhang, P. 2008. Motivational affordances: Reasons for ICT design and use. Communications
of the ACM 51(11) :145–147.

137

SIG : e-Learning@CS
eISBN : 978-967-25608-0-7
Publication Date : 02-Aug-2021

PERCEPTIONS OF STUDENTS IN LEARNING MATHEMATICS THROUGH
OPEN AND DISTANCE LEARNING (ODL)

Muniroh Hamat, Mawardi Omar, Nurhafizah Ahmad, Mohd Fahmi Zahari
[email protected], [email protected], [email protected],
[email protected]
Jabatan Sains Komputer & Matematik (JSKM),
Universiti Teknologi MARA Cawangan Pulau Pinang, Malaysia

ABSTRACT
During times of crisis, such as the global spread of the Covid-19 epidemic, online education
has seen exponential development when educators and students are forced to stay at home
and resume their studies completely online. Students have no choice but to keep up with the
Open and Distance Learning standards and difficulties (ODL). As online learning continues
to grow, it is important to investigate students’ overall experiences in online learning
environments especially in learning Mathematics. Understanding students' experiences based
on their perspectives on their online classes or programs goes beyond the simple question of
student satisfaction to more nuanced questions about how factors inside and outside of the
classroom impact the online classroom. The purpose of this study was to investigate the
experience of students in learning mathematics through Open and Distance Learning (ODL)
during the COVID-19 pandemic. This study uses a methodological approach in which a
questionnaire was distributed to 202 respondents on their overall views on ODL. This survey
shows ODL in learning Mathematics more favor among respondents based on their learning
experienced, they still hope this subject is more suitable for the classroom learning
environment.

Keywords: Open and distance learning, perception, experience, Covid-19, pandemic

138

SIG : e-Learning@CS
eISBN : 978-967-25608-0-7
Publication Date : 02-Aug-2021

Introduction

The terms open and distance learning (ODL), as well as their definitions, are
relatively new in education, having only gained popularity in the last 15 to 20 years. The
vocabulary and terminology used to define distance learning activities can still be confusing,
and geographical differences in usage. Correspondence education, home study, independent
study, external studies, continuing education, distance teaching, self-instruction, adult
education, technology-based or mediated education, learner-centred education, open learning,
open accreditation are some of the more commonly used terms in open and distance learning.
ODL is a broad term used to deliver or enhance learning through telecommunications. The
university discovers and explores the internet, teleconferences, and similar techniques around
the world to achieve an extensive classroom or learning experience. ODL is a learning
distance that is open or available to anyone, regardless of age, qualification, or ethnic group.
The distance is to study away from the institution or college, and the time of teaching and
learning is separated. Online learning environments can provide learners with distinct
opportunities for flexibility, interaction, and collaboration. It is different from face-to-face
learning environments. The online mode of education thereby creates a platform where with
the help of the latest technology and its tools, various subjects' theories are expressed by
brainstorming, ideation, and discussion which makes the virtual classroom engaging.
However, the integration of educational technologies raises questions and concerns about
students' learning.

As the growth of online learning rises, it is necessary to investigate students' overall
experiences in such situations. Understanding students' perceptions on their online classes or
programmes requires answering more complex questions about how factors inside and
outside the classroom influence the online classroom (Stephanie & Claire 2012). According
to Stephanie and Claire, students' experiences with online learning were investigated in this
qualitative study synthesis. For example, some students were satisfied with their online
courses but still struggled with balancing online courses and work responsibilities. Other
students found that enrolling in an online program related to their jobs was very beneficial.

Despite their network issues, students were able to participate in most of their online
classes. However, students were discouraged from actively participating in online classrooms
due to an unreliable Internet connection and personal concerns. Furthermore, even though the
students thought they had enough time and feedback for their activities, they rated ODL as
challenging since their workload was higher than conventional face-to-face learning, and
they had a lot of distractions at home that interfered with their grasp of the material
(Norazrina,2020). According to a 2015 study conducted by Vanderbilt University in the
United States, nearly 92% of respondents from various fields and faculties agreed that online
learning is more effective and efficient than traditional teaching and learning.

139

SIG : e-Learning@CS
eISBN : 978-967-25608-0-7
Publication Date : 02-Aug-2021

Jolene, Hassan, Neha, and Jane (2015) found out that the main positive attribute of
online learning was the flexibility of the approach, both in terms of time and geographic
location. As online learning generally does not require a one to be in class at a certain time,
one can work from home at convenient times. This flexibility was also linked with a positive
perception of self-reliance. Collins, 2010 found out that most students are satisfied with
teaching and learning by distance and satisfied with support services provided by the host
institute. However, respondents had concerns regarding the provision of prompt feedback on
assignments by facilitators, lack of enough study facilities to help students with their
program, the heavy workload in distance learning and had trouble with learning materials that
were not self-explanatory. With distance learning opportunities growing at a high rate in
many tertiary institutions, there is need to ensure that prompt feedback on assignments is
integrated in the instructional design process of distance learning courses. The provision of
study facilities (computers, internet and supplementary reading materials and reading rooms)
and well written instructional materials (self-explanatory, full of local examples) in the
distance mode will go a long way to enhance students learning by distance.

Therefore, this study investigates the perception of students in learning mathematics
through Open and Distance Learning (ODL) during the COVID-19 pandemic. This study was
guided by the following research questions:

1) What are the perceptions of undergraduate students in learning mathematics through
ODL during the COVID-19 pandemic?

2) Are there any significant differences in undergraduate students’ perceptions toward
learning mathematics through ODL during the COVID-19 pandemic with regard to
their age and education level?

Methodology

Engineering students were selected as a sample since they take a Mathematic Course
every semester, from semester 1 until semester 5. Sample was formed using cluster sampling
where a few classes from the corresponding faculties were selected as a sample. Data was
collected among the students using an online questionnaire, which was made based on
instruments used in similar studies. They spent about 10 minutes to complete the survey. The
self-administered questionnaire was adopted and adapted by the researchers. The
demographic profile and students' perceptions of ODL in mathematics learning were
separated into two sections of the questionnaire. Students' age, gender, faculty, and education
level are among the demographic profile questions. The questionnaire rated on a five-point
Likert scale ranging from 1 (strongly disagree) to 5 (strongly agree).

140

SIG : e-Learning@CS
eISBN : 978-967-25608-0-7
Publication Date : 02-Aug-2021

IBM SPSS Statistics version 20 was used to analyze the data. Cronbach's alpha was
used as a measure of reliability in this study, which is a regularly applied measure in Likert
scale survey questions. Cronbach's Alpha has a range of values from 0 to 1, with 0 indicating
complete unreliability and 1 indicating perfect dependability (Field, 2009). Hinton (2004)
give a good guide for reliability with Alpha score 0.90 and above indicate a scale of excellent
reliability, 0.70 to 0.90 indicate high reliability, 0.50 to 0.70 indicate a moderately reliable
scale and below 0.5 is generally indicates a scale of low reliability. The researcher applied
descriptive statistics (frequency, percentage, means, and standard deviations) and an
independent t test for the interactions among the variables.

The characteristics of the respondent and students’ perceptions toward ODL in
learning Mathematics are analyzed using descriptive statistics. This analysis summarizes in
Table 1 and Table 2. Table 1 shows the demographics profile of respondents in terms of
gender, age, education level, and field of study. Meanwhile, Table 2 shows students'
perceptions toward ODL in learning Mathematics.

Results and Discussion

The 202 respondents were UiTM Cawangan Pulau Pinang undergraduate engineering
students. A majority of respondents were male (57.9%), and the rest were female. Most of the
respondents were under 23 years old. Also, most of the respondents were from the faculty of
Mechanical Engineering (42.1%), 32.2% were from the faculty of Civil Engineering, 20.3%
were from the faculty of Electrical Engineering, and 5.4% reported were from the faculty of
Chemical Engineering. Based on the level of education, the majority of the respondents were
first-year students (72.3%), 23.8% were second-year students, and less than 5% were third-
year students.

Table 1: Demographic Profile of Respondents

Sample Frequency Percentage (%)

Gender Male 117 57.9
Age
Female 85 42.1
Educational
Level 18-20 152 75.2
Programme
21-23 49 24.3
Total (N)
>23 1 0.5
146 72.3
1st year 48 23.8
2nd year 84
3rd year

Faculty of Civil Engineering 65 32.2

Faculty of Mechanical Engineering 85 42.1

Faculty of Electrical Engineering 41 20.3

Faculty of Chemical Engineering 11 5.4

202

141

SIG : e-Learning@CS
eISBN : 978-967-25608-0-7
Publication Date : 02-Aug-2021

Table 2: Students' perceptions toward ODL in learning mathematics

Item Mean Standard
2.7 Deviation
Mathematics subjects are suitable to be conducted online 3.26
rather than face to face. 1.013
Online learning is easy to implement and easily achieved 3.09 0.883
regardless of distance and learning takes place 3.10
continuously. 0.882
My Mathematics exam results improved with the ODL 0.841
method.
I think ODL is effective in helping me to understand
Mathematics course content/materials.

TOTAL (Mean of mean) 3.037

This survey study is to analyze the students’ perceptions toward ODL in learning
Mathematics. It shows that most of the respondents are preferred ODL in learning
Mathematics (mean 3.04) after a year of learning experience in ODL since March 2020. The
results show that online learning is easy to implement and achieved (mean 3.26), and the
Mathematics exam results improved with the ODL approached (mean 3.09). Besides that,
ODL in learning Mathematics is more effective in understanding subject material (mean
3.10). However, although this survey shows ODL in learning Mathematics more favour
among respondents based on their learning experienced, they still hope this subject is more
suitable for the classroom learning environment (mean 2.7).

Table 3: Cronbach’s Alpha for Perception of students toward

ODL in learning mathematics

Cronbach’s Alpha No of Items Result

0.854 4 high reliability

Testing the reliability is an important step since it verifies the internal consistency of
the measuring scale and examines its properties (Hair et al, 2006). Cronbach’s coefficient
alpha was computed to test the survey’s reliability, and values above 0.70 were considered
high reliability. Cronbach’s alpha value is 0.854 and hence holds good internal consistency

allowing for further analysis.

Table 4: Independent t- test

Variable N Mean SD t Significant

Age 18 – 20 152 2.966 0.767 -2.311 0.022

21 – 23 49 3.250 0.692

142

SIG : e-Learning@CS
eISBN : 978-967-25608-0-7
Publication Date : 02-Aug-2021

Education Level 1st Year 146 2.932 0.758 -2.757 0.006
2nd Year 48 3.271 0.680

The following findings cover the second research question: Are there any significant
differences in undergraduate students’ perceptions toward learning mathematics through
ODL during the COVID-19 pandemic with regard to their age and education level?

An independent t test was employed to answer these questions. According to the
results of the independent-samples t test, there are significant differences in undergraduate
students' perceptions of learning mathematics through ODL during the COVID-19 pandemic
at t= -2.311 with p = 0.022 < 0.05 with respect to age, as shown in Table 4. The students
under the age of 20 have slightly lower average than students above the age of 21. Table 4
also revealed that there are significant differences in undergraduate students’ perception
means toward ODL in learning mathematics between first year students and second year
students with t= -2.757, p < 0.05.

This result was in agreement with the previous findings by Djanette Blizak et al
(2020) which found that older students were more optimistic than younger students. Students
in the master's program were more interested about online learning than first-year students
and bachelor's students. As they come closer to their graduate academic master's degree,
master students aspire to end their academic year. With the COVID-19 pandemic's
containment measures and social isolation, online learning becomes their only option for
achieving their aim.

In relation to Olayemi et al (2021), respondents' age is one of the most crucial criteria
in understanding their ideas and perceptions regarding a given subject; age, on the whole,
represents an individual's level of maturity; therefore age becomes more important when
examining a response.

Conclusion

The present study contributes to understanding the perception of students in learning
Mathematic thru ODL, especially after the government decided to do away with physical
learning due to Covid-19 pandemic. Students must be given personal space and time to focus
solely on online learning while also being tolerated by lecturers if they require additional
time, materials, or guidance to complete their tasks. Students enjoy online learning because it
is easy to implement and achieved and also Mathematics exam results improved with the
ODL approached. Despite the fact that this survey shows that ODL in learning Mathematics
is more popular among respondents based on their learning experiences, they still hope that
this subject is more appropriate for the classroom learning environment.

143

SIG : e-Learning@CS
eISBN : 978-967-25608-0-7
Publication Date : 02-Aug-2021

References

Ag-Ahmad, N. (2020). Open dan Distance Learning (ODL): Preferences, Issues and
Challenges amidst Covid-19 Pandemic. Journal of Creative Practices in Language
Learning and Teaching (CPLT), Volume 8, Number 2.

Blizak, D., Blizak, S., Bouchenak, O., & Yahiaoui, K. (2020). Students Perceptions regarding
the Abrupt Transition to Online Learning During the COVID-19 Pandemic : case of
Faculty of Chemistry and hydrocarbons at the University of Boumerdes Algeria.
Journal of Chemical Education , 97 (9), 2466-2471, DOI:
10.1021/acs.jchemed.0c00668.

Collins, K. (2010). Perceptions of Students Towards Use of Distance Learning: The Case in
an Executive Master Business Program in Ghana . Online Journal of Distance
Learning Administration, Volume XIII, Number II.

Field, A. P. (2009). Discovering Statistics using SPSS. SAGE, London, England.

Hair, J. F., Black, W. C., Babin, B. J., Anderson, R. E., & Tatham, R. L. (2006). Multivariate
data Snalysis. Pearson Prentice Hall : Upper Saddle River , Vol.6. Nj, USA.

Hairia'an, N. H., & Dzainudin, M. (2020). Jurnal Pendidikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan
(Special Issue),, Vol. 9, 2020 (18-28) (ISSN 2289-3032 / eISSN 2550-178X). Dimuat
turun daripada https://ejournal.upsi.edu.my/journal/JPAK.

Hinton, P. R., Brownlow, C., McMurray, I., & Cozens, B. (2004). SPSS Explained.
Routledge Trydier & Francis Group London & Yew York, 363.

Hussiin, D. H. (2020, September 2). Kesan Covid-19 Kepada Pelajar UMP : Satu Kajian
Ringkas. Dimuat turun daripada https://news.ump.edu.my/experts/kesan-covid-19-
kepada-pelajar-ump-satu-kajian-ringkas

Krishnan, S. (2016). Student's Perceptions of Learning Mode In Mathematics. The Malaysian
Online Journal of Educational Sciences, Volune 4 - Issue 2.

Md razak, M. I. (2020, April 9). COVID 19: Pembelajaran Atas Talian Suatu Keperluan Ke
Arah Menuju Malaysia Maju. Di muat turun daripada
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/covid19-pembelajaran-atas-talian-suatu-
keperluan-ke-arah-menuju-malaysia-maju-237496.

Nguyen, T. (2015). The Effectiveness of Online Learning: Beyong No Significant Difference
and Future Horizons. MERLOT Journal of Online Learning and Teaching, Vol.11,
No. 2.

Olayemi, O. M., Adamu, H., & Olayemi, K. J. (2021). Perception and Readiness of Students
Towards Online Learning in Nigeria During Covid-19 Pandemic . Library Philosophy
and Practice (e-journal) 5051. Di muat turun daripada
https://digitalcommons.unl.edu/libphilprac/5051

144


Click to View FlipBook Version