PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
Sekolah Menengah Agama Haji Muhamad
72100 Bahau, N. Sembilan
Tel: 06 – 4545432 / Faks : 06 – 4540168
_______________________________________________________________________
Ruj.Kami : SMAHMU 100-13/1/4 (05)
Tarikh : 30 Mei 2022
Semua Ibubapa / Penjaga
SMA Haji Muhamad
72100 Bahau
Tuan/Puan
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) SMA HAJI
MUHAMAD KALI KE-18/2022
Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa mesyuarat tersebut akan diadakan secara di atas talian seperti
ketetapan berikut:-
Tarikh : 02 Jun 2022 (Khamis)
Masa : 2.30 petang
Tempat : Dalam talian di lokasi masing-masing (Google Meet)
3. Agenda Mesyuarat Agung PIBG adalah seperti berikut:
3.1 Ucapan Penasihat (Pengetua)
3.2 Ucapan Pengerusi (YDP PIBG)
3.3 Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung yang lalu
3.4 Membentang dan Menerima Laporan Tahunan
3.5 Membentang, Menerima dan Meluluskan Penyata kewangan Berakhir pada 31 Mac
Tahun 2022
3.6 Membahaskan Usul dan Cadangan
3.7 Memohon Persetujuan Kutipan Sumbangan PIBG, Pembelian Buku Kerja dan Kutipan
Sumbangan Kelas Kecemerlangan
3.8 Pembubaran dan Pelantikan AJK PIBG sesi 2022/24
3.8 Hal-hal lain
3.9 Ucapan Penangguhan Yang DiPertua PIBG
4. Pautan ke aplikasi Google Meet akan dimaklumkan oleh guru kelas melalui group whatsapp
ibu bapa/penjaga atau terus ke pautan https://meet.google.com/nms-xddy-pbd atau imbas kod QR yang
disediakan dibawah
5. Pihak pengurusan sekolah dan PIBG merakamkan ucapan terima kasih atas kesudian tuan hadir ke
Mesyuarat Agung kali ini.
“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menjalankan amanah
(FAIZAL BIN MOHAMMED SAID) https://meet.google.com/nms-xddy-pbd
Setiausaha Kehormat
PIBG SMA Haji Muhamad
72100 Bahau
Negeri Sembilan Darul Khusus