The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mamaamni1986, 2021-01-14 03:46:40

TAKLIMAT DAN ORIENTASI PRASEKOLAH 2021

TAKLIMAT DAN ORIENTASI PRASEKOLAH 2021

TAKLIMAT
IBU BAPA PRASEKOLAH
SK SUBANG BESTARI

(2) “GOOGLE MEET”

TAHUN 2021

AGENDA :

• Bacaan Doa
• Ucapan alu-aluan
• Ucapan Alu-aluan oleh Guru Besar SK. Subang

Bestari (2)
(En. Md. Hishamuddin bin Md. Yaacob)
• Taklimat Persekolahan Tahun 2021 oleh Pn. Suriyati
binti Ismail
• Sesi Soal Jawab
• Penangguhan Mesyuarat

LATAR BELAKANG SK SUBANG
BESTARI (2)

• Sekolah Kebangsaan Subang Bestari (2) mula beroperasi pada 8 Julai 2013. Sekolah ini
terletak di kawasan perumahan Subang Bestari dibina bagi menampung keperluan
penduduk yang memerlukan sebuah lagi sekolah rendah di dalam kawasan kediaman
mereka.Pertambahan penduduk yang pesat menyebabkan Sekolah Kebangsaan Subang
Bestari yang sedia ada tidak dapat lagi menampung limpahan murid-murid yang terlalu
ramai.

• Sekolah Kebangsaan Subang Bestari (2) terletak di No 1.Jalan Nova U5/45, Bandar
Pinggiran Subang, 40150 Shah Alam Selangor.iaitu kira-kira 20 km dari Bandar Shah
Alam. Kedudukannya terletak dikawasan berbukit dan di tengah-tengah kawasan
perumahan Subang Bestari.Sekolah Kebangsaan Subang Bestari (2) telah ditubuhkan
pada tahun 2010.Pada tarikh 22 Mac 2013 telah diadakan upacara penyerahan
bangunan sekolah oleh pihak kontraktor kepada Kementerian Pelajaran Malaysia
yang telah disempurnakan oleh Duli Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Malik Almarhum
Sultan Badlishah. Nama sekolah yang asal iaitu Sekolah Kebangsaan Dato Ahmad
Ghazali telah ditukarkan kepada Sekolah Kebangsaan Subang Bestari (2) selaras dengan
perkembangan masa dan arus permodenan.Sekolah ini dengan secara rasminya telah
mula beroperasi pada 8Julai 2013 dengan menerima kehadiran 535 orang murid. 6
buah kelas dibuka untuk menempatkan murid-murid tahun satu, 5 kelas untuk murid-
murid tahun dua dan 4 buah kelas untuk murid-murid tahun tiga, menjadikan 15
buah kelas yang dibuka kesemuanya. Proses pendaftaran murid-murid ini telah
dikendalikan oleh Puan Noor Azneen binti Mohamed Razali, Penolong Kanan Hal Ehwal
Murid dan Encik Jaafar bin Hashim, Penolong Kanan Kokurikulum yang juga care taker
yang dilantik oleh Pejabat Pelajaran Daerah Petaling Perdana. Mereka juga dibantu
oleh 21 orang guru.

VISI & MISI SEKOLAH

VISI
Pendidikan Berkualiti

Insan Terdidik Negara Sejahtera

MISI

Melestarikan Sistem Pendidikan Yang
Berkualiti Untuk Membangunkan
Potensi Individu

Bagi Memenuhi Aspirasi Negara

MATLAMAT PENDIDIKAN
PRASEKOLAH

• Pendidikan prasekolah bertujuan
menyediakan pengalaman
pembelajaran kepada murid-murid yang
berumur empat hingga enam tahun
bagi menyuburkan potensi mereka
dalam semua aspek perkembangan,
menguasai kemahiran asas dan
memupuk sikap positif sebagai
persediaan masuk ke sekolah rendah.

OBJEKTIF PENDIDIKAN
PRASEKOLAH

• Menyediakan pengalaman pembelajaran ke arah
pertumbuhan dan perkembangan fizikal (koordinasi
motor halus dan kasar), kecerdasan (kreativiti,
kecerdasan emosi, kecerdasan rohani) sosioemosi (sikap
dan perilaku serta agama), bahasa dan komunikasi,
sesuai dengan keunikan dan tahap perkembangan
yang dilalui oleh kanak-kanak berumur empat hingga
enam tahun.

SK SUBANG JAWATANKUASA PENGURUSAN
BESTARI (2) PRASEKOLAH 2021

Carta Organisasi

Guru Besar
(EN. MD HISHAMUDDIN B. MD

YAACOB)

Penolong Kanan Penolong Kanan Penolong Kanan
Hal Ehwal Murid Pentadbiran Kokurikulum (PN. ROZITA
(PN. ROZAIMAH BT
(PN. HALIJAH BT MAT ALI) BT. IBRAHIM)
RAHAMAD)

Guru Pra Gemilang Guru Pra Terbilang

(PN.SURIYATI BT ISMAIL) G(GuUrRuUPBrAaRU)
Intelek

PPPPMMPrPa rGaemilang PPMPPMPrPara Terbilang
(PN.NSUaRrRjUanZAaINI BT JAAFAR) (PNI.nNtUelReUkL AKMAL BT ARIFFIN)

CADANGAN BUKU KERJA
TAHUN 2021

Terbitan : PELANGI

SENARAI KEPERLUAN PRASEKOLAH

ISI KANDUNGAN TAKLIMAT :

• Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan
(KSPK)

• Peraturan Prasekolah
• Pakaian Murid Prasekolah
• Aktiviti Tahunan Prasekolah 2021
• Hal-hal Lain

KURIKULUM STANDARD
PRASEKOLAH KEBANGSAAN

(KSPK)
(semakan 2017)

Objektif

Kurikulum Standard Prasek oKlSPK menyediakan peluang kepada
murid untuk mencapai objektif seperti berikut:

1. Menggunakan bahasa untuk berkomunikasi dengan berkesan.
2. Mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian untuk murid

beragama Islam.

3. Mengamalkan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia.
4. Menghargai dan peka terhadap budaya masyarakat Malaysia.
5. Menyayangi dan menghargai alam sekitar.
6. Memperkembangkan konsep kendiri yang positif dan keyakinan diri.
7. Mempraktikkan amalan kesihatan, membina kecergasan badan dan

menjaga keselamatan diri.

8. Mengaplikasikan pemikiran kritis, kreatif dan inovatif serta
kemahiran menyelesaikan masalah dalam pembelajaran dan
kehidupan seharian.

Matlamat KSPK

Memperkembangkan potensi murid berumur empat
hingga enam tahun secara menyeluruh dan
bersepadu dalam aspek jasmani, emosi, rohani,
intelek dan sosial melalui persekitaran
pembelajaran yang selamat dan menyuburkan
serta aktiviti pembelajaran yang menyeronokkan,
kreatif dan bermakna. Ini adalah untuk
meningkatkan kemahiran, menanam keyakinan dan
membentuk konsep kendiri yang positif pada diri
murid agar mereka bersedia untuk menghadapi
cabaran dan mengikuti pembelajaran seterusnya.

Fokus

Kurikulum Prasekolah berfokus untuk
melahirkan murid yang mempunyai kebolehan
berkomunikasi dan bersosialisasi dengan yakin.
Di samping itu, kurikulum ini menghasratkan
murid yang mampu menghadapi cabaran,
menyelesaikan masalah, berkeinginan untuk
belajar dan bersedia untuk pembelajaran
seterusnya.

Kerangka KSPK

Peruntukan Waktu

Perunutkan Masa Seminggu
(Dalam Minit)

Bil. Bidang Pembelajaran Bahasa Bahasa
Pengantar Pengantar selain
1. Bahasa Melayu Bahasa Melayu Bahasa Melayu

2. Bahasa Inggeris 60 60

3. Bahasa Cina/Bahasa Tamil* 60 60

4. Aktiviti Luar - 60*

120 120

5. Pendidikan Islam/ 120 120
Pendidikan Moral
40 40
6. Matematik Awal 800 740
1200 1200
7. Pembelajaran Bersepadu

Jumlah





Instumen Pentaksiran Prasekolah Kebangsaan
(IPPK)

Tiada peperiksaan di prasekolah

Hanya penilaian secara pentaksiran
menggunakan IPPK yang dibekalkan oleh
KPM untuk mengukur tahap penguasaan
murid.

Pentaksiran dilaksanakan 2x setahun
dan pelaporan akan diberi kepada ibu
bapa pada hari terbuka.



PERATURAN PRASEKOLAH
SK SUBANG BESTARI 2

ISNIN – JUMAAT
8.00 pagi – 12.00 tengah hari

• Murid-murid perlu berada di sekolah selewat-lewatnya 7.20 pagi. Terutama
pada hari Isnin untuk perhimpunan pagi.

• Kawasan sekolah adalah kawasan larangan bagi penjaga untuk menunggu anak
sepanjang prosespengajaran dan pembelajaran walaupun emosianak tidak
stabil.

• Ibu bapa /penjaga tidak dibenarkan menunggu di luar pagar sekolah
terutama pada minggu awal persekolahan. Ibu bapa hanya hantar dan
segera pulang.

• Tidak dibenarkan masuk kedalam kawasan prasekolah untuk mengambil
gambar anak.

• Ibu bapa/penjaga perlu menjemput anak sebaik sahaja kelas tamat pada
pukul 12.00 tengah hari.

• Pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku kejadian yang
tidak diingini keatas anak tuan/puan selepas waktu tersebut.

• Sila maklumkan kepada guru kelas masing-masing sekiranya ibu bapa
/penjaga tidak dapat mengambil anak pada hari persekolahan.

• Disediakan sepenuhnya 2 kali sehari
7.40 – 7.55 pagi = Sarapan pagi
10.00 – 10.30 pagi = Rehat

• Jika terdapat sebarang alahan terhadap makanan, sila maklumkan guru
kelas @ PPM.

• Murid-murid hanya dibenarkan membawa AIR MASAK sahaja ke
sekolah.

• Murid TIDAK DIGALAKKAN membawa makanan dari rumah (bekal)
kecuali murid yang memerlukan makanan khas.

KEHADIRAN

* Sekiranya murid tidak dapat hadir ke sekolah
sila maklumkan guru kelas sebab ketidakhadiran.
* Sijil sakit atau surat rasmi perlu diberi kepada guru
kelas supaya ketidakhadiran murid tidak
dicatatkan ‘ponteng’.
* Ketidakhadiran murid secara berterusan
(tidak bersebab) akan diganti dengan murid yang
lebih berminat untuk ke sekolah.

KESIHATAN & KESELAMATAN

* Murid-murid yang dijangkiti penyakit seperti sakit mata,
‘chicken pox’, kudis buta, kaki tangan & mulut (HFMD) serta lain-lain
termasuk COVID-19 tidak dibenarkan ke sekolah bagi mengelakkan
penyakit tersebut berjangkit.

* Jika murid mempunyai masaalah kesihatan sila
maklumkan kepada guru kelas masing-masing.
(Contoh : Lelah , G6PD dan lain-lain)

PERALATAN

• Tidak perlu membawa sebarang alat tulis dan alat permainan kerana pihak
sekolah telah menyediakan semua peralatan tersebut.

• Beg sekolah dibenarkan bawa mulai sesi persekolahan 2021.

• Keperluan lain murid adalah SELIPAR TANDAS (sila tulis nama murid pada

selipar)

WHATSAPP GROUP

• Whatapps group telah dibuat untuk setiap kelas. Whatapps group BUKAN group
rasmi tetapi tujuan utama adalah untuk menyampaikan maklumat awal berkaitan
prasekolah. Jadi hanya maklumat berkaitan anak-anak dan prasekolah sahaja
dibincangkan. ELAKKAN perkongsian maklumat yang tidak berkaitan dengan
prasekolah.

• Segala maklumat yang rasmi adalah melalui surat edaran sekolah.

PENGURUSAN DIRI
• Haruslah diterapkan dari sekarang, seperti kebersihan diri, pengurusan diri

ke tandas serta pengurusan makan dan minum dengan cara yang betul.
• Mementingkan kebersihan diri yang baik dan kemas. Memastikan murid mandi

sebelum ke sekolah dan memakai pakaian yang bersih setiap hari.
• Tiada penggunaan lampin pakai buang oleh murid. Ibu bapa penjaga sila pastikan

murid sudah boleh membuat pengurusan diri di tandas.

• LAIN-LAIN

* Murid perempuan tidak dibenarkan memakai aksesori
kepala berwarna warni. (Kecuali berwarna hitam).

* Pemakaian barang kemas dilarang sama sekali untuk
murid perempuan. Kehilangan barang kemas yang
dipakai oleh murid perempuan adalah tanggungjawab
penjaga atau ibu bapa.

* Semua barang hak milik murid hendaklah diletakkan
nama bagi mengelakkan kehilangan.

* Ibu bapa/penjaga wajib balut setiap buku tulis dan
buku kerja murid untuk mengelakkan buku rosak.



PAKAIAN MURID
PRASEKOLAH

• PAKAIAN

• T-Shirt warna PUTIH dan seluar sukan berwarna BIRU GELAP.
• Stoking berwarna putih dan kasut sekolah berwarna putih @ stoking hitam dan
kasut berwarna hitam.

• Sila pastikan nama ditulis pada kasut dan stoking supaya tidak tertukar

• Penjaga boleh membekalkan pakaian tambahan untuk murid guna sekiranya
terkecing atau berak (Sila letak baju spare di dalam beg murid).



PANDUAN PEMAKAIAN
MURID PRASEKOLAH 2021

MURID LELAKI

1. Kemeja –T warna
PUTIH berkolar
(Lengan Pendek)

2. Seluar Trek Panjang
Warna BIRU GELAP.

3. Lencana Sekolah + Tanda Nama
4. Kasut HITAM + Stoking

HITAM @ Kasut PUTIH
+ Stoking PUTIH.

PANDUAN PEMAKAIAN
MURID PRASEKOLAH 2021

MURID PEREMPUAN BERTUDUNG

1. Kemeja –T warna
PUTIH berkolar
(Lengan Panjang)

2. Seluar Trek Panjang
Warna BIRU GELAP.

3. Lencana Sekolah + Tanda Nama
4. Kasut HITAM + Stoking

HITAM @ Kasut PUTIH
+ Stoking PUTIH.
5. Tudung PUTIH

PANDUAN PEMAKAIAN
MURID PRASEKOLAH 2021

MURID PEREMPUAN TIDAK BERTUDUNG

1. Kemeja –T warna
PUTIH berkolar
(Lengan
Pendek/Panjang)

2. Seluar Trek Panjang
Warna BIRU GELAP.

3. Lencana Sekolah + Tanda Nama
4. Kasut HITAM + Stoking

HITAM @ Kasut PUTIH
+ Stoking PUTIH

AKTIVITI TAHUNAN PRASEKOLAH
TAHUN 2021

Sambutan Hari Jadi
Lawatan Sambil Belajar
Sukaneka Sekolah
Majlis Penyampaian Sijil Tamat Prasekolah
Sambutan Hari Guru
Sambutan Bulan Kemerdekaan
Hari Kanak-kanak
Temasya Sukan Prasekolah
Hari Potensi
Bijak Prasekolah
Lain-lain

(Perlaksanaan aktiviti adalah bergantung pada keadaan semasa COVID-19)

HAL –HAL LAIN

• Prasekolah juga akan memulakan sesi persekolahan secara PdPR mulai 20 Januari 2021 (Rabu).
• Kaedah pembelajaran akan ditentukan oleh guru kelas mengikut kesesuaian semasa.

SESI SOAL JAWAB

• Kecemerlangan UTAMA anak terletak ditangan ibu bapa,
• Guru sebagai JAMBATAN untuk menjadi penghubung,
• Guru hanya PETUNJUK jalan dan pembuka ruang,
• Yang perlu MEMIMPIN sampai ke hujung itu adalah ibu

bapa sendiri…
• Umpama juga kita melabur…jika seringgit yang kita

beri…maka seringgit jugalah ILMU yang anak kita terima…
• “WALAU GURU SENTIASA DIBENCI, TAPI KAMI TETAP

MEMBERI”

TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version