Pengalaman menyaksikan Sambutan Hari Kemerdekaan
Zara dan keluarganya menyaksikan Sambutan Hari Kemerdekaan di Dataran Merdeka pada 31 Ogos yang lalu. Mereka bertolak seawal pagi bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas. Mereka berjaya mendapatkan barisan paling hadapan supaya dapat melihat persembahan dengan lebih jelas. Terdapat pelbagai lapisan masyarakat yang berbilang kaum menghadiri sambutan tersebut. Zara berasa terharu melihat semangat patriotik rakyat Malaysia.
Tepat jam 8.00 pagi, upacara dimulakan dengan nyanyian lagu “Negaraku” dan lagu-lagu patriotik. Orang ramai kelihatan menghormati lagu kebangsaan dengan berdiri tegak sambil menyanyikan lagu tersebut. Zara dan keluarganya menyaksikan perbarisan lintas hormat daripada pasukan polis, tentera, bomba dan kakitangan kerajaan.
Kira-kira jam 11.00 pagi, upacara Sambutan Hari Kebangsaan telah berakhir. Zara telah mendapat satu pengalaman yang amat berharga. Zara juga berasa bangga menjadi rakyat Malaysia.