Bola Baling
E-Bulletin
Ahli kumpulan:
Teh Yie Thean
Teh Zhi Xin
Lee Shuen Yan
KELAB BOLA BALING
JADUAL AKTIVITI SESI 2020/2021
Aktiviti Bulan Tempat Tindakan Catat
an
Kuiz tentang Ogos Gerko Maya AJK dan PIKeBM Latihan Mei Padang AJK dan PIKeBM
Kemahiran
Bola Baling atas Talian Guru Penasihat Teknik Sekolah Guru Penasihat
Bola baling
Penilaian September Gerko Maya AJK dan PIKeBM Latihan Jun Padang AJK dan PIKeBM
Gerko
atas Talian Guru Penasihat Teknik Sekolah Guru Penasihat
Bola baling
Mesyuarat AJK Oktober Gerko Maya AJK dan PIKeBM Latihan Julai Padang AJK dan PIKeBM
Baru 2021 Teknik
atas Talian Guru Penasihat Bola baling Sekolah Guru Penasihat
Aktiviti Suai Januari Padang AJK dan PIKeBM
Kenal Sekolah
Guru Penasihat Kuiz Ogos Padang AJK dan PIKeBM
tentang
Latihan Teknik Februari Padang AJK dan PIKeBM Bola Baling Sekolah Guru Penasihat
Bola baling Sekolah
Guru Penasihat Penilaian September Padang AJK dan
Gerko
Latihan Teknik Mac Padang AJK dan PIKeBM Sekolah Guru Penasihat
Bola baling Sekolah
Guru Penasihat Mesyuarat Oktober Padang AJK dan PIKeBM
AJK Baru
Latihan Teknik April Padang AJK dan PIKeBM 2022 Sekolah Guru Penasihat
Bola baling Sekolah
Guru Penasihat
PENCAPAIAN TAHUN 2018 - JUN 2021
TIADA PENCAPAIAN
GAMBAR AKTIVITI TAHUN 2018-2021
SUDUT MAKLUMAT
Bola baling (juga dikenali sebagai bola baling berpasukan, bola baling Eropah atau bola baling Olimpiialah sukan berpasukan di mana dua pasukan
yang terdiri daripada tujuh pemain setiap pasukan (enam pemain gelanggang luar dan penjaga gawang) menghantar bola menggunakan tangan mereka
dengan tujuan untuk membalingnya ke dalam gawang pasukan lain. Perlawanan yang piawai terdiri daripada dua masa 30 minit, dan pasukan yang
menjaringkan lebih banyak gol menang.
PENGENALAN
Bola Baling boleh dimainkan sama ada di dalam atau luar dewan. Peralatan yang diperlukan adalah tidak banyak. Apa yang diperlukan
ialah padang atau gelanggang (tertutup atau terbuka), sebiji bola baling dan 14 orang pemain (tujuh orang sepasukan). Dua orang
pengadil diperlukan untuk mengawal permainan.
GELANGGANG BOLA BALING DAN UKURAN PADANG/GELANGGANG (KAWASAN PERMAINAN)
Permukaan gelanggang mestilah keras dan rata. Gelanggang yang digunakan boleh merupakan gelanggang berumput di padang
terbuka atau gelanggang bersimen atau berparket di dalam dewan yang tertutup. Gelanggang permainan berbentuk segiempat bujur,
40 meter panjang di garisan tepi dan 20 meter lebar di garisan gol. Gelanggang permainan dibahagikan kepada dua bahagian yang
sama luas oleh satu garisan tengah. Setiap kawasan gol mengandungi satu garisan kawasan go yang berjejari 6 meter dari tepi dalam
tiang gol. Garisan balingan percuma adalah putus-putus dan berjejari 9 meter dari tepi dalam tiang gol. Panjang garisan penalti ialah 1
meter dan berjarak 7 meter dari tengah garisan gol. Panjang garisan penjaga gol pula ialah 15 cm dan jaraknya dari tengah garisan gol
ialah 4 meter. Di dua garisan tepi, terdapat dua garisan pertukaran pemain dengan panjang 15 cm dan jaraknya dari garisan tengah
ialah 4.5 meter. Semua garisan dalam gelanggang perlu ditandakan secara jelas dengan ukuran selebar 5 cm.
BOLA
Bola harus berbentuk bulat dan diperbuat daripada kulit atau getah berwarna yang tidak terlalu keras. Berat dan lilitan bola untuk
setiap kategori pemain adalah seperti berikut :
1. Lelaki dan remaja lelaki (16 tahun ke atas) Bola saiz 3. Berat antara 425 g sehingga 475 g. Lilitan antara 58 cm hingga 60 cm.
2. Wanita dan remaja perempuan (14 tahun ke atas) dan remaja lelaki (12 tahun sehingga 16 tahun) Bola saiz 2. Berat antara 325 g
hingga 375 g. Lilitan antara 54 cm hingga 56 cm
3. Remaja perempuan (8 tahun hingga 14 tahun) dan remaja lelaki (8 tahun hingga 12 tahun) Bola saiz 1. Berat antara 290 g hingga 330
g. Lilitan antara 50 cm hingga 52 cm.
Biasanya, dua biji bola yang telah diperiksa dan disahkan oleh pengadil akan disediakan bagi setiap perlawanan. Bola yang digunakan
dalam sesuatu perlawanan tidak boleh ditukar ganti kecuali dengan sebab-sebab tertentu. Di peringkat antarabangsa, hanya bola yang
ditandakan dengan logo IHF (Kesatuan Bola Baling Antarabangsa) dibenarkan dalam sesuatu pertandingan.
TIANG GOL
Tiang gol perlu diletakkan di tengah-tengah garisan gol. Tiang gol terdiri daripada dua batang tiang tegak yang panjangnya 3 meter dan
tingginya 2 meter. Kedua-dua tiang ini disambungkan oleh sebatang palang empat segi yang panjangnya 3.16 meter. Tiang gol
diperbuat daripada kayu atau bahan sintetik yang serupa dan dicat dengan warna yang sama dengan ukuran 28 cm. Di bahagian lain
tiang gol dan palang ialah 8 cm.
PEMAIN DAN PAKAIAN
Pakaian untuk pemain lelaki dan pemain perempuan terdiri daripada baju lengan pendek atau panjang, seluar pendek, stoking dan
kasut biasa atau but. Semua pemain gelanggang hendaklah berpakaian serupa (seragam) kecuali penjaga gol yang perlu memakai
warna pakaian yang berlainan daripada pemain lain dalam pasukannya dan pemain pasukan lawan. Pemakaian segala alat yang
dianggap berbahaya kepada pemain-pemain adalah tidak dibenarkan. Setiap pasukan Bola Baling perlu terdiri daripada 12 orang
pemain, iaitu 10 orang pemain gelanggang dan dua orang penjaga gol. Pemain-pemain dibenarkan memakai jersi bernombor antara 1
orang hingga 20. No 1, 12 dan 16 dikhaskan untuk penjaga gol sahaja manakala nombor-nombor lain adalah untuk pemain-pemain
gelanggang.
KEMAHIRAN ASAS PERMAINAN BOLA BALING
1. Berlari
2. Melompat
3. Hantaran bola
4. Menyambut bola
5. Menggocek bola dengan tangan
6. Mengadang
7. Menjaring
8. Menjaga gol
Di dalam blog ini, saya akan menerangkan hanya 3 sahaja kemahiran asas dalam Bola Baling dan prinsip sains yang berkaitan dengan
kemahiran tersebut.
3 kemahiran asas tersebut ialah :
1. Hantaran bola
2. Menangkap bola
3. Menjaring
KEMAHIRAN PERTAMA : HANTARAN BOLA
Dalam permainan Bola Baling terdapat beberapa cara penghantaran bola yang sama dengan cara-cara yang digunakan dalam
permainan bola keranjang dan bola jaring. Jenis hantaran yang biasa digunakan adalah seperti berikut :
a) Hantaran bahu
b) Hantaran lantun
c) Hantaran aras dada
d) Hantaran lompat
e) Hantaran sisi
HANTARAN BAHU
Cara menghantar bola yang sering digunakan oleh pemain dalam permainan Bola Baling. Biasanya, cara ini dilakukan
semasa membuat hantaran jauh. Kelebihan cara ini ialah persediaan hantaran ini boleh mengelirukan pihak lawan. Dari
keadaan bersedia, pemain boleh terus menggocek, menjaring, menukar hala hantaran atau memusingkan badannya.
HANTARAN LANTUN
Dilakukan apabila membuat hantaran secara mengejut. Kelemahannya adalah bola itu dapat disekat oleh pihak lawan yang bertindak
balas pantas. Hantaran ini biasanya dilakukan dengan sebelah tangan.
HANTARAN ARAS DADA
Berasal daripada kemahiran yang sama dalam permainan bola keranjang. Sesuai untuk hantaran jarak dekat di aras dada. Pergerakan
bola itu adalah hasil tolakan dari jari-jari tangan. Tangan hendaklah i berasal dari permainan bola keranjang. Biasanya apabila
seorang penyerang melompat untuk menjaring tidak berpeluang membuat demikian, ia akan membuat hantaran terus kepada
kawannya supaya bola tidak terlepas kepada pihak lawan.
HANTARAN SISI
Cara hantaran sisi juga digunakan bila membuat hantaran jarak dekat dan pantas. Pemain tidak perlu memusingkan
badannya untuk menghadap ke arah penerima hantarannya apabila hantaran sisi dilakukan. Hantaran cara ini banyak
melibatkan pergerakan pergelangan tangan dan memang sesuai bagi pemain yang mempunyai tapak tangan yang besar.
PRINSIP ASAS HANTARAN BOLA
Keberkesanan sesuatu hantaran bola oleh seorang pemain bola dilihat dari sejauh mana hantaran itu memenuhi
prinsip-prinsip asas yang berikut:
a) Suai-masa (timing) – bilakah bola patut dilepaskan?
b) Ketepatan – adakah bola ditujukan kepada sasarannya?
c) Arah – ke manakah bola dihantar supaya permainan menjadi positif?
d) Kekuatan – sekuat manakah bola patut di baling dalam situasi yang dihadapi oleh pemain supaya sesuai dengan jarak
dan kedudukan pemain yang menerima bola?
PRINSIP SAINS DALAM HANTARAN
Dalam kemahiran hantaran, prinsip sains yang berkaitan ialah sistem tuas. Tuas ialah suatu struktur yang teguh yang diengselkan
pada satu titik dan daya diaplikasikan kepada kedua-dua titik lain (Hay,1985). Tuas tubuh badan adalah penting untuk menghasilkan
pergerakan yang berkesan terutama ketika membuat hantaran di dalam permainan Bola Baling. Kemahiran hantaran bola berkait
rapat dengan sistem tuas kelas ketiga. Hal ini disebabkan salah satu fungsi tuas yang berikut:
a) Ia membolehkan rintangan yang lebih besar dari kuasa yang diaplikasikan diatasi.
b) Untuk menambahkan kelajuan sesuatu halangan atau rintangan yang bergerak atau menambahkan jarak pergerakan sesuatu
rintangan. Konsep – konsep Penting dalam Sistem Tuas
1. Daya – usaha di mana otot menghasilkan daya.
2. Beban/rintangan – sebarang objek yang digerakkan atau anggota-anggota badan itu sendiri.
3. Paksi/fulkrum – sendi
4. Lengan daya dan lengan beban.
a) Lengan daya (LD) yang lebih panjang membolehkan beban yang lebih diangkat.
b) Lengan beban (LB) yang lebih panjang membolehkan kelajuan yang lebih dihasilkan.
Kesimpulannya, sistem tuas membolehkan pemain membuat hantaran menggunakan daya yang terdapat di lengannya. Apabila bola
berada di tapak tangan pemain, lengan menjadi daya kepada bola tersebut untuk bergerak manakala siku sebagai fulkrum atau sendi
yang berfungsi untuk menggerakkan bola tersebut. Oleh itu, jika lengan mengenakan daya yang kuat ke atas bola tersebut maka bola
itu akan bergerak dalam kelajuan yang tinggi dan menyebabkan hantaran bola itu berlaku dengan cepat.
KEMAHIRAN KEDUA : MENANGKAP BOLA
Prinsip utama dalam menangkap bola adalah mengawal, mematikan kelajuan bola, memegangnya dengan baik dan terus mengawalnya
dengan menggunakan kedua-dua belah tangan yang berkedudukan relaks. Pelbagai cara tangkapan boleh dilakukan dengan paling
penting ialah setiap tangkapan hendaklah dilakukan dengan tepat tanpa mengira kelajuan atau jenis hantaran yang dibuat oleh rakan.
Bagaimanapun, tangkapan yang tepat dan betul bermula daripada lontaran atau hantaran yang tepat atau sempurna.
Untuk menangkap bola dengan tepat dalam apa jua keadaan dan situasi permainan, seorang pemain mestilah memberikan perhatian
pada faktor-faktor berikut:
1. Penglihatan pemain hendaklah fokus pada bola dan penghantarnya.
2. Kedua-dua belah tangan direntangkan dan dijulurkan ke arah bola.
3. Tangan dan jari hendaklah dalam kedudukan terbuka semasa membuat tangkapan. Ibu jari berfungsi sebagai penahan bola.
4. Setelah berjaya ditangkap, bola hendaklah dirapatkan ke dada dalam kedudukan yang selamat.
5. Kedudukan sebelah kaki hendaklah ke depan dan harus berjarak seluas bahu dengan kaki belakang.
6. Sepanjang pergerakan untuk menangkap bola, pemain hendaklah berada dalam kedudukan seimbang.
7. Bola yang diterima berada di atas pinggang perlu ditangkap dengan tangan terbuka dan jari-jari menunjuk ke atas dengan ibu jari
membentuk W di belakang bola. Untuk bola yang berada di bawah pinggang, tangan diterbalikkan dan bola disentuh hanya pada jari.
Untuk menangkap bola terlalu rendah, satu kaki dikeluarkan ke depan, lalu lutut membengkok dan tangan terbalik. Pemain perlu
berupaya menangkap pelbagai hantaran seperti hantaran tinggi, hantaran rendah dan hantaran sisi sama ada dalam kedudukan
bergerak atau statik.
CARA MENANGKAP BOLA
1. Dengan kedua-dua belah tangan – bola aras muka Apabila hendak menangkap bola setinggi aras muka, pemain seboleh-bolehnya
hendaklah berada di belakang hala pergerakan bola itu. Kedua-dua belah tangan dihulur secara lurus ke hadapan untuk menangkap
bola. Sebaik sahaja ditangkap bola hendaklah dibawa dekat badan untuk kawalan yang lebih baik.
2. Dengan kedua-dua belah tangan – bola rendah Untuk menangkap bola rendah pemain perlu merendahkan badannya dan kedua-dua
belah tangan dihulur untuk menerima bola yang menuju kepadanya. Jari-jari menghala ke bawah semasa menangkap bola.
3. Menangkap bola dengan sebelah tangan Cara ini hanya dapat dilakukan dalam situasi apabila penerima bola tidak menghadapi
tekanan atau gangguan daripada pihak lawan semasa hantaran dibuat. Penerima hendaklah memperhatikan bola sehingga dapat
ditangkapnya. Untuk kawalan bola yang kemas, keseluruhan tapak tangan yang menangkap bola hendaklah berada di belakang bola.
4. Menangkap bola tinggi Jika perlu pemain hendaklah melompat untuk menangkap bola hantaran tinggi. Faktor yang sangat penting
dalam situasi ini adalah lompatan hendaklah dibuat pada masa yang tepat. Kedua-dua belah tangan dihulur ke atas untuk menangkap
bola. Sebaik sahaja mendarat, bola hendaklah dibawa rapat ke badan supaya dapat mengawalnya dengan lebih kemas.
KESALAHAN-KESALAHAN MENANGKAP BOLA
1. Memegang bola menggunakan jari dan tidak menggunakan tapak tangan.
2. Tangan yang dijulurkan ke depan berada terlalu rendah dan tidak pula berada terlalu jauh di belakang.
3. Tidak menggunakan pergelangan tangan.
4. Genggaman yang tidak kemas.
5. Tangkapan yang salah dan tidak mengikut situasi permainan.
SAINS DALAM MENANGKAP BOLA
Dalam kemahiran menangkap bola, prinsip sains yang berkaitan ialah Hukum pertama Newton iaitu Hukum Inersia. Inersia ialah
suatu objek yang tidak bergerak akan berada di dalam keadaan itu kecuali diganggu oleh daya luar. Jika bergerak, ia akan bergerak
terus dalam arah yang sama dan dalam garisan lurus melainkan jika diganggu oleh daya luar.
Konsep – konsep Penting dalam Inersia
1. Otot – otot besar menghasilkan daya lebih berbanding dengan otot – otot kecil.
2. Sedikit daya diperlukan untuk mengekalkan kelajuan dan arah (momentum) objek yang sedang bergerak. 3. Daya yang lebih perlu
untuk menghentikan objek yang berat dan bergerak cepat (menyerap momentum)
Dalam kemahiran menangkap bola, tangan dihulur keluar ketika menangkap bola dan tangan ditarik ke dada bagi menyerap inersia
yang terdapat pada bola tersebut. Perkara ini dilakukan supaya tangkapan bola itu menjadi kemas dan bola tidak mudah terlepas
apabila bola berada di tangan pemain. Hal in juga dapat mengelakkan berlakunya kecederaan terhadap pemain ketika bola ditangkap.
KEMAHIRAN KETIGA : MENJARING BOLA
Bola baling ialah sukan yang berkisar tentang menjaringkan gol. Sudah tentu pemain dan penonton akan berasa puas hati dan gembira
apabila gol berjaya dihasilkan, terutamanya jika hasil gol itu dianggap menarik. Dianggarkan purata jumlah gol yang mampu
dijaringkan dalam suatu permainan bola baling adalah 40 gol. Maka, bola baling merupakan permainan yang banyak menghasilkan
gol. Walaupun kemahiran menjaringkan gol dijangkakan dapat dilakukan oleh semua pemain kecuali penjaga gol, namun kelebihan
dari segi keupayaan perlu ada pada pemain barisan belakang yang sememangnya ditugaskan menjaringkan gol. Manakala
pemain-pemain lain lebih bertanggungjawab dalam mengatur dan melaksanakan taktik dan strategi permainan agar bola dapat
disampaikan kepada barisan belakang yang akan menjaringkan bola.
Kekuatan, kelajuan ketepatan sasaran dan masa adalah antara kualiti utama yang perlu ada pada pemain bola baling, terutamanya
mereka yang ditugaskan mendapatkan gol. Pemain-pemain juga diharapkan mempunyai ketangkasan pemikiran dan tindakan, bijak
merebut peluang, bijak memintas, tahan lasak dan tidak mudah berputus asa.
PRINSIP – PRINSIP UTAMA
Umumnya, terdapat beberapa prinsip utama dalam kemahiran menjaringkan gol dalam permainan bola baling. Antaranya ialah:
1. Pemain mempunyai keyakinan diri pada setiap pemain.
2. Pemain dapat mengawal imbangan dan pergerakan dalam tempoh permainan.
3. Pemain memberikan penumpuan sepenuhnya pada gerakan yang hendak dilaksanakan.
4. Pemain mengikut lajak.
5. Pemain bijak mengarah dan menepati sasaran tertentu.
6. Pemain cekap menilai ruang kosong dan kedudukan penjaga gol.
JENIS JARINGAN
Jaringan dari Atas Kepala Jaringan dari atas kepala ialah jaringan yang biasa dan mudah dilakukan, serta mudah pula untuk
mendapatkan gol. Jaringan ini juga paling disukai oleh pemain-pemain baru. Jaringan ini boleh dilakukan oleh pemain dalam
kedudukan statik dan kedudukan bergerak atau berlari.
Teknik melakukan jaringan dari atas kepala adalah:
1. Pemain bergerak satu langkah ke depan.
2. Pemain meletakkan berat badan pada kaki kiri sambil kaki kanan membengkok.
3. Tangan pemain yang memegang bola dibengkokkan sedikit dan dibawa ke belakang kepala pada aras bahu.
4. Satu lonjakan dilakukan oleh pemain sambil tangan yang memegang bola diluruskan ke atas kepala dan membalingnya kuat ke arah
sasaran.
5. Tangan dan badan pemain hendaklah mengikut lajak selepas membuat hantaran.
Jaringan dari Bawah Lengan
Umumnya, jaringan ini kurang berkesan untuk menghasilkan gol. Namun, ia boleh dilakukan apabila pemain lawan terdiri daripada
pemain yang berbadan tinggi. Kadang-kadang, pertahanan tinggi kurang memberikan perhatian pada kawalan atau pertahanan
rendah. Bola selalunya diarahkan ke sudut bawah gol pihak lawan. Teknik melakukan jaringan dari bawah lengan ini adalah seperti
berikut:
1. Pemain mengambil satu langkah ke depan dengan kaki kiri. Kaki kanan dibengkokkan sambil bola dibawa ke belakang bawah atas
bahu.
2. Tangan pemain yang memegang bola diluruskan sambil kaki kanannya melangkah ke depan dan seterusnya bola dilontar dengan
kuat ke sasaran.
3. Kaki kiri pemain diletakkan ke belakang dan tangan kanan dilepaskan.
Jaringan Lompat
Teknik jaringan lompat adalah hampir sama dengan jaringan dari atas kepala, tetapi perkara yang terpenting adalah dalam jaringan
lompat ialah pemain perlu bergerak tiga langkah ke depan sebelum membuat jaringan. Walaupun ia agak sukar dilakukan,
terutamanya bagi pemain-pemain baru, namun jika sudah mahir, ia merupakan jaringan yang berbahaya. Hal ini terjadi kerana dalam
kebanyakan perlawanan, banyak gol diperoleh daripada jaringan ini. Jaringan ini sering dilakukan selepas serangan pantas. Biasanya,
jaringan daripada lompatan dibuat apabila posisi bola berada di puncak lompatan.
Teknik dalam jaringan lompat adalah seperti berikut:
1. Pemain bergerak sebaik-baiknya tiga langkah ke garisan gol. Ketika ini pemain memegang bola dengan kedua-dua belah tangan.
2. Di luar garisan gol, pemain akan melonjak tinggi ke kawasan gol sambil membuat jaringan dengan menggunakan sebelah tangan
seperti cara jaringan dari atas kepala. Arah yang dituju ialah satu daripada empat penjuru gol pihak lawan.
3. Pemain akan mendarat dalam kawasan gol selepas bola dilontarkan.
4. Tangan dan badan pemain hendaklah mengikut lajak.
Jaringan pada Aras Paha
Jaringan ini agak berkesan dalam menghasilkan gol. Namun, ia memerlukan latihan yang lama. Pemain yang menerima bola,
memegangnya pada kedudukan aras paha, dan dengan serta-merta terus membuat jaringan. Gerakan dalam jaringan ini amat pantas.
Arah tujuan bola daripada jaringan ini amat sukar ditentukan oleh penjaga gol atau pemain pertahanan. Cara jaringannya ialah
pemain berlari pantas ke kawasan gold an membengkokkan lututnya sehingga bola berada di bawah lengan lawan. Dengan pantas,
pemain ini membuat jaringan yang ditujukan ke sebarang bahagian di bawah palang pintu gol pihak lawan.
Jaringan Sisi
Selain daripada membuat jaringan tinggi atau rendah untuk menewaskan pertahanan lawan, penjaring juga boleh membuat jaringan daripada
sisi pemain yang mengawal. Pemain tangan kanan berpura-pura membuat jaringan pada arah kiri pemain lawan. Secara tiba-tiba , dia akan
mengangkat kaki kanannya, menggerakkan badannya ke kiri dan berdiri pada kaki kiri. Apabila mendarat di sisi, pemain berkenaan
memusingkan sedikit badan dan bahunya, membawa bola lebih rendah lalu membuat jaringan di bawah lengan pemain lawan. Jaringan ini
lebih berkesan jika dilakukan secara mengejut.
Jaringan Junam dan Jaringan Jatuh
Walaupun dianggap berbahaya dan sukar dilakukan terutama oleh pemain-pemain baru, jaringan junam jika dilakukan dengan baik, hasilnya
amat menarik, khasnya pada aksi dan gerakannya. Ia selalunya dilakukan dalam kawasan balingan percuma. Jaringan dari arah kedua-dua
tepi kawasan memerlukan pemain membungkukkan badan supaya dapat membesarkan lagi sudut jaringan.
Teknik melakukan jaringan junam adalah seperti berikut:
1. Pemain berada di luar garisan kawasan gol.
2. Dengan menggunakan kaki kiri, pemain melonjakkan badannya ke udara menuju ke kawasan gol.
3. Semasa melonjak, pemain membuat jaringan ke sasaran, iaitu jaringan dibuat semasa berada di udara sebelum mendarat.
4. Pemain mendarat dengan mempertahankan badan menggunakan tangan atau menggulingkan tangan.
Jaringan Penalti
Jaringan penalti dibuat dari garisan 7 meter. Jaringan ini terhad mengikut undang-undang penting, iaitu kaki penjaring tidak boleh
terkena atau melepasi garisan balingan. Jaringan hendaklah dilakukan dalam masa 3 saat selepas pengadil meniupkan wisel.
Teknik dalam melakukan jaringan penalti adalah seperti berikut:
1. Pemain berada di tempat penalti bersama-sama dengan bola. Pandangan hendaklah fokus pada penjaga gol untuk memperhatikan
kemungkinan pergerakan yang bakal dilakukan.
2. Pemain melakukan jaringan pada sebarang sudut gol pihak lawan.
3. Jika penjaga gol ke depan, pemain menggunakan teknik membuat jaringan melambung untuk menjaring.
4. Pemain melakukannya mengikut lajak.
Jaringan Lambung
Jaringan lambung (lob) digunakan untuk menewaskan penjaga gol yang telah bergerak ke depan golnya. Umumnya,
terdapat 3 situasi berlakunya keadaan begini, iaitu:
1. Apabila penjaga gol berada jauh di depan golnya dengan tujuan mengecilkan sudut pemain lawan daripada lontaran
penalti.
2. Apabila penjaga gol meluru ke depan untuk menandingi pemain lawan yang memperoleh bola untuk membuat
jaringan.
3. Apabila penjaga gol keluar untuk mengecilkan sudut terhadap pemain lawan ketika terjadi serangan pantas.
Jaringan Voli
Jaringan Voli adalah sama dengan jaringan lompat.
Teknik melakukan jaringan Voli adalah seperti berikut:
1. Jaringan ini dimulakan dengan pemain melompat ke arah bola hantaran.
2. Semasa melompat, pemain menangkap bola dengan kedua-dua belah tangan.
3. Pemain membuat jaringan sebelum mendarat.
PRINSIP SAINS DALAM KEMAHIRAN MENJARING
Dalam kemahiran menjaring Bola Baling, terdapat dua prinsip sains yang terlibat. Prinsip sains yang pertama ialah sistem tuas
manakala prinsip sains yang kedua ialah daya. Sistem tuas diaplikasikan ketika tangan dihayun ke udara untuk menjaring manakala
daya diaplikasikan ketika kaki membuat lajak dan melompat ketika hendak membuat jaringan bola. Ketika membuat jaringan, tuas
dan daya memainkan peranan penting kerana salah satu fungsi tuas dan daya adalah untuk menambah kelajuan suatu beban atau
halangan atau menambahkan jarak pergerakan sesuatu rintangan.
Penerangan tentang Prinsip Sains yang terlibat:
1. Ketika membuat jaringan, tangan dihayun tinggi ke udara untuk dilepaskan ke kawasan gol. Semasa hal ini terjadi, sistem
tuas kelas ketiga diaplikasikan di mana bola sebagai beban, siku sebagai fulkrum dan lengan sebagai daya yang akan
dikenakan ke atas bola. Lengan memberikan daya yang kuat ke atas bola supaya bola dapat ditujukan tepat ke sasaran.
2. Semasa hendak menjaringkan bola, kaki akan bergerak 3 langkah ke hadapan untuk memberikan lajak kerana pada
ketika ini, daya akan diaplikasikan ke atas kaki dan memberikan daya yang kuat supaya bola dapat bergerak dengan lebih
cepat ke arah sasaran dengan tepat. Ikut lajak penting dalam kemahiran menjaring. Ikut lajak merujuk kepada unjuran
pergerakan yang telah dimulakan. Kelajuan terakhir objek berkadar terus kepada jumlah masa daya diaplikasikan. Ikut
lajak memastikan daya menggerakkan tubuh badan digunakan dengan sepenuhnya. Pendeknya, ikut lajak memastikan
pelepasan objek berlaku bersama dengan pergerakan momentum maksimum tangan. Jika ikut lajak tidak dilakukan, maka
daya yang diberi kepada objek adalah kurang.
LATIHAN ANSUR MAJU
Jaringan Lompat
a) Berlari dan melonjak atas sebelah kaki.
b) Berlari, melonjak dan mengangkat sebelah tangan ke atas (jika kaki kiri melonjak, angkat tangan kanan) c) Seperti latihan (b)
sambil melonjak bahu kiri menghala ke sasaran (gol). Tangan kanan (bengkok sedikit) dihayun ke hadapan dari belakang bahu.
d) Ulang latihan (a), (b) dan (c) dengan memegang bola tanpa melemparkannya.
e) Latihan berpasangan – berlari, melonjak dan melempar bola kepada kawan di hadapan.
f) Latihan dengan tentangan pasif oleh seorang pengawal (latihan ini memerlukan 3 orang).
g) Latihan menjaring dengan tentangan aktif (seorang menjaga gol).
Jaringan – jaringan Lain
a) Latihan membaling pundi kacang, bola sofbol, bola baling antara 2 orang.
b) Latihan membaling bola ke sasaran (tanda di dinding) melalui gelung.
c) Latihan melempar bola ke pintu gol (cara berdiri)
d) Latihan melempar bola ke pintu gol (cara bergerak 3 langkah)
e) Ulang latihan (c) dan (d) dengan tentangan penjaga gol.
10 PERATURAN ASAS PERMAINAN BOLA BALING
1. Satu pasukan mengandungi 12 orang pemain. Semasa permainan 7 orang bermain dan 5 orang sebagai pemain simpanan. Pergantian
pemain boleh dilakukan bila – bila masa dalam permainan.
2. Permainan diadili oleh 2 pengadil.
3. Permainan dimulakan dengan satu balingan permulaan oleh pasukan yang memilih untuk membuat permulaan. Balingan dibuat di
garisan tengah.
4. Seorang pemain dibenarkan: · Menahan, menangkap, membaling, melontar atau memukul bola dengan apa cara pun dengan tangan,
lengan, kepala, paha atau lututnya. · Memegang bola untuk selama 3 saat sebelum membuat balingan atau hantaran. · Melantunkan
bola berterusan dari satu tempat ke tempat lain dalam kawasan permainan yang ditetapkan.
5. Pemain-pemain kecuali penjaga gol, tidak dibenarkan masuk ke dalam kawasan gol.
6. Apabila penjaga gol keluar kawasan golnya dia akan dianggap sebagai seorang pemain padang.
7. Jika bola keluar garisan tepi permainandisambung semula dengan satu balingan ke dalam oleh pasukan yang tidak mengeluarkan
bola itu.
8. Semasa balingan percuma, balingan mula atau balingan ke dalam dilakukan, pihak lawan hendaklah sekurang – kurangnya 3 meter
dari pembaling.
9. Satu balingan penalti akan diberi kepada pihak lawan jika seorang pemain itu menghantar bola kepada penjaga golnya yang berada
dalam kawasan gol.
10. Gol boleh dinyaringkan dari mana-mana balingan.
REFLEKSI
Bola Baling merupakan salah satu permainan padang yang terdapat di Malaysia ini. Mengikut sejarahnya, Bola Baling (handball
berasal daripada Eropah. Bola Baling boleh dimainkan sama ada di dalam atau luar dewan. Peralatan yang diperlukan dalam Bola
baling adalah tidak banyak. Peralatan yang diperlukan ialah padang atau gelanggang (tertutup atau terbuka), sebiji bola baling dan 14
orang pemain (tujuh orang sepasukan). Dua orang pengadil diperlukan untuk mengawal permainan.
Kemahiran asas yang terdapat dalam Bola Baling ialah berlari, melompat, hantaran bola, menangkap bola, menggocek bola dengan
tangan, mengadang, menjaring dan menjaga gol. Setiap kemahiran asas ini mempunyai prinsip sains yang diaplikasikan ke dalamnya.
Sebagai contoh, dalam kemahiran hantaran bola, prinsip sains yang diaplikasikan ialah sistem tuas di mana bola sebagai beban, lengan
sebagai daya dan siku sebagai fulkrum.
Dalam kemahiran menangkap bola, prinsip sains yang diaplikasikan ialah Hukum Newton Pertama iaitu Inersia. Cara penangkapan
bola mestilah betul untuk mengurangkan inersia bola bagi mengelakkan kecederaan berlaku. Selain itu, prinsip sains yang
diaplikasikan dalam kemahiran menjaring ialah sistem tuas dan daya. Sistem tuas diaplikasikan ketika bola diayunkan oleh tangan
manakala daya diaplikasikan ketika kaki mengikut lajak yang diperlukan untuk memberikan daya yang kuat. Setiap kemahiran
mempunyai prinsip sains yang diaplikasikan supaya kemahiran tersebut dapat dipertingkatkan lagi dan bagi mengelakkan kecederaan
berlaku kepada pemain.
SEKIAN TERIMA KASIH