The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by elisa, 2024-03-20 23:12:15

TUGASAN 2 BMMB3203 (MORFOLOGI BAHASA MELAYU)

NORELISA BINTI BADARUZAMAN
BM C

PEMBENTUKAN PERKATAAN BAHARU BAHASA MELAYU DAN ISU KESALAHAN KATA TUGASAN 2 BMMB3203


MAKLUMAT PELAJAR NAMA PELAJAR NORELISA BINTI BADARUZAMAN ANGKA GILIRAN 2022232440061 NO. KAD PENGENALAN 041116080710 UNIT BAHASA MELAYU C NAMA PENSYARAH ENCIK MUHAMAD BIN TAYAB TARIKH HANTAR 19 MAC 2024


PEMBENTUKAN PERKATAAN BAHARU


Dalam pembentukan kata baharu sesuatu bahasa, akan berlaku proses pengayaan yang melibatkan bidang bunyi bahasa (fonologi), pembentukan kata (morfologi), dan perbendaharaan kata (leksikon). PEMBENTUKAN PERKATAAN BAHARU Perkataan baharu lazimnya muncul atau dicipta dalam sesuatu bahasa dengan tujuan mendukung konsep atau perkara yang baru timbul dalam masyarakat pengguna bahasa itu. Apabila masyarakat itu berkembang, maka banyaklah konsep, benda, proses, keadaan, atau kejadian baharu yang memerlukan perkataan baharu untuk mengungkapkannya.


PEMBENTUKAN PERKATAAN BAHARU Mendukung konsep atau perkara yang baru timbul dalam masyarakat pengguna bahasa. 1.Penggunaan popular - Media massa, penulisan kreatif dan lain-lain. 2.Perancangan bahasa yang rasmi -Untuk mengungkapkan istilah-istilah, konsep, benda, keadaan, dan kejadian yang muncul dalam bidang ilmu. TUJUAN PROSES


PEMBENTUKAN PERKATAAN BAHARU Salah satu cara pembentukan kata yang luas digunakan dalam bahasa Melayu adalah melalui proses pinjaman kata, iaitu meminjam kata dari bahasa lain seperti bahasa Inggeris, Arab, atau Sanskrit. Hal ini dilakukan kerana dalam bahasa Melayu tidak terdapat kata atau istilah yang sesuai. Unsur-unsur imbuhan dari bahasa-bahasa tersebut juga digunakan dalam bahasa Melayu untuk membezakan antara kata asli bahasa Melayu dengan kata pinjaman.


PEMBENTUKAN PERKATAAN BAHARU 1. Bunyi bahasa Melayu 2. Pembentukan kata 3. Pembaharuan dalam bentuk kata 4. Sistem ejaan perkataan baharu


BUNYI BAHASA MELAYU Unit terkecil yang berfungsi dalam sesuatu bahasa ialah fonem atau secara umum disebut bunyi bahasa. Bahasa Melayu, seperti juga bahasa-bahasa asli yang lain, mempunyai sejumlah bunyi bahasa yang digunakan untuk menerbitkan bentuk kata mengikut suatu peraturan atau sistem bunyi bahasa itu. Bentuk kata yang menjadi unit ujaran atau pertuturan dapat dipecah-pecahkan kepada unitunit bunyi yang disebut fonem atau bunyi bahasa itu. Sebenarnya, bunyi bahasa dalam sesuatu bentuk kata tidak terpecah-pecah sifatnya dalam ujaran, tetapi untuk kemudahan analisis, dipecah-pecahkan.


BUNYI ASLI BAHASA MELAYU p c s b j h t m r d n l k ny w g ng y Bahasa Melayu mempunyai 24 bunyi bahasa asli iaitu 18 konsonan dan 6 vokal. KONSONAN


Vokal Awalperkataan Tengahperkataan terbuka Tengahperkataan tertutup Akhirperkataan i itu bilas pintu api e ekar berang bengkok - e(ə) emak bedah bengkak - a akar baju bantu bola u ulat ludah buntal palu o otak botak dompet - VOKAL


BUNYI BAHASA PINJAMAN Sebagai suatu bahasa asli yang tergolong dalam salah satu bahasa yang pesat berkembang di dunia, bahasa Melayu tidak terkecuali daripada menghadapi arus perubahan, pembinaan dan pengembangan. Akibat pertembungannya dengan bahasa- bahasa lain, terutamanya bahasa Arab dan bahasa Inggeris, maka bahasa Melayu telah mengalami proses peminjaman bunyi bahasa daripada bahasa-bahasa tersebut. Bunyi bahasa ini dipinjam untuk menampung kemasukan sekian banyak bentuk kata pinjaman untuk memperkaya khazanah perbendaharaan kata bahasa Melayu. Bahasa Melayu menerima sebanyak 9 konsonan pinjaman yang terdiri daripada satu jenis letupan (q) dan 8 jenis bunyi geseran.


Konsonanpinjaman Awalperkataan Tengahperkataan Akhirperkataan f formal sifir wakaf v varia universiti - th thabit mithal bahath dz dzat Nidzam - dh dharab hadhir haidh z zaman azam Aziz sh sharat mashur skuash kh Khamis akhir tarikh gh ghaib baghal baligh q qari baqa fariq BUNYI BAHASA PINJAMAN Penggunaan bunyibunyi pinjaman ini, dalam bentuk-bentuk perkataan yang dieja mengikut ejaan lama, adalah seperti yang diberikan berikut:


th s mithal misal dz z dzalim zalim dh d dhaif daif sh sy sharat syarat q k qhadi kadi Bunyi-bunyi th,dz atau dh,sh dan q ditukar menjadi s, z atau d, sy dan k.


PEMBENTUKAN KATA Bahasa Melayu mempunyai sistem imbuhan yang lengkap untuk menampung keperluan kebahasaan selama ini. Namun, dengan bertambahnya bidang ilmu dan ikhtisas yang baharu, sistem imbuhan asing telah dipinjam untuk menampung kemasukan bentuk-bentuk kata pinjaman, terutama yang dihubungkan dengan keperluan peristilahan. Oleh sebab itu, dari semasa ke semasa, berlaku proses penambahan bentuk imbuhan dalam bahasa Melayu, iaitu dengan cara meminjam unsur-unsur imbuhan bahasa asing, sama ada imbuhan asing itu diterima secara sepenuhnya (mempertahankan bentuk asalnya) atau diubah suai mengikut sistem tatabahasa bahasa Melayu. Tidak semua imbuhan asing yang dibawa masuk ke dalam bahasa Melayu bertaraf atau bertindak sebagai imbuhan tetapi sekadar bentuk asing yang dipinjam keseluruhannya sebagai sebahagian daripada satu unit perkataan.


PEMBENTUKAN KATA DARIPADA IMBUHAN BAHASA ASING Bahasa Sanskrit ArabParsi YunaniLatinInggeris


IMBUHAN DARIPADA SANSKRIT Imbuhan yang berasal daripada bahasa Sanskrit ialah jenis imbuhan yang telah lama terserap ke dalam sistem tatabahasa bahasa Melayu.


IMBUHAN DALAM BAHASA SANSKRIT Maha- Tata- Pra- Swa- Tuna- Eka- Dwi- Tri- Panca- -wan -man -wati -nita AWALAN AKHIRAN


IMBUHAN AWALAN BAHASA SANSKRIT Membawa pengertian tahap tertinggi, terbesar dan teragung MahaContoh: mahaguru, maha besar TataMembawa pengertian suatu susunan atau peraturan Contoh: tatatertib, tatacara PraMerujuk kepada sebuah syarat atau sebelum Contoh: prasyarat, prasangka


IMBUHAN AWALAN BAHASA SANSKRIT Digunakan untuk menerbitkan kata nama yang memberi makna sendiri SwaContoh: swasta, swadaya PascaMerujuk kepada sudah atau lepas Contoh: pascamerdeka, pascasiswazah Contoh: ekabahasa, dwibahasa Merujuk kepada kata nama bilangan Eka- , dwiTunaMemberi makna tiada atau tidak mempunyai Contoh: tunaanggota, tunakarya, tunawisma


IMBUHAN AKHIRAN BAHASA SANSKRIT AKHIRAN -WAN, -MAN AKHIRAN -WATI, -NITA Berfungsi menerbitkan kata nama yang membawa maksud pelaku sesuatu perbuatan, pekerjaan. Penggunaan: -wan: kata dasar yang berakhir dengan huruf a contoh: hartawan, angkasawan -man : kata dasar yang berakhir dengan huruf i. contoh: seniman, budiman Berperanan sebagai padanan kepada akhiran -wan dan - man. Tujuan menimbulkan kategori jantina. Contoh: seniwati, sukarelawati


IMBUHAN DARIPADA ARABPARSI Pengaruh bahasa Arab-Parsi terhadap bahasa Melayu bermula sejak kedatangan Islam ke alam Melayu. Sebagai bahasa rasmi agama Islam, bahasa Arab telah mendapat tempat dalam kalangan orang Melayu, dan ini memudahkan proses asimilasi unsur bahasa Arab ke dalam bahasa Melayu, terutamanya dari segi pengambilan bentuk-bentuk katanya. Tetapi biasanya unsur asing dalam bentuk imbuhan ialah unsur yang paling sukar terserap ke dalam sesuatu bahasa, maka sebagaimana yang berlaku pada proses peminjaman unsur imbuhan daripada bahasa Sanskrit, penyerapan unsur imbuhan Arab-Parsi ke dalam bahasa Melayu amat terbatas.


IMBUHAN AWALAN ARAB-PARSI Bererti tidak dan digunakan untuk menerbitkan kata adjektif Penggunaannya adalah terbatas Contoh: biadab, binormal


IMBUHAN AKHIRAN ARAB-PARSI Digunakan apabila kata dasar berakhir dengan vokal. Contoh: duniawi, manusiawi, ukhrawi -WI -I Digunakan apabila kata dasar berakhir dengan konsonan. Contoh: bahari, azali


IMBUHAN AKHIRAN ARAB-PARSI Berperanan untuk bentuk-bentuk kata bahasa Arab bagi menunjukkan kata nama lelaki dan perempuan Contoh: muslimin, muslimat, ustazah, qariah, hadirin, hadirat -IN, -AT DAN -AH -IAH Digunakan bagi membentuk kata adjektif yang membawa makna sifat atau ciri yang terdapat dalam kata dasar Contoh: alamiah, ilmiah, batiniah


IMBUHAN DARIPADA YUNANILATININGGERIS Imbuhan asing yang paling banyak dibawa masuk ke dalam bahasa Melayu berasal daripada bahasa Yunani-Latin-Inggeris. Tetapi umumnya, imbuhan-imbuhan tersebut tidak berfungsi sebagai imbuhan dalam bahasa Melayu, kecuali beberapa bentuk imbuhan awalan seperti pro-, anti-, mono-, poli-, auto-, dan supra-. Bentuk-bentuk imbuhan yang lain terserap ke dalam bahasa Melayu sebagai sebahagian daripada kata pinjaman.


IMBUHAN AWALAN YUNANI-LATIN-INGGERIS (Tanda bersetuju, memihak, atau menyebelahi sesuatu pihak) Contoh: probarat, prokomunis PRO ANTI (Tanda melawan/ membantah/ menentang atau tidak bersetuju dengan sesuatu pihak) Contoh: antibiotik, antisosial AUTO (Membawa makna secara bersendirian) Contoh: automatik, autograf POLI (Membawa makna banyak) Contoh: poliklinik, poliarca policakera SUB SUPRA (Membawa makna sebahagian daripada keseluruhan) Contoh: subkelas, subsistem (Membawa makna melebihi, mengatasi atau merentas) Contoh: suprasistem, supranasional


HeteroContoh: heterograf, heterogen, heterosel IMBUHAN AWALAN YUNANI-LATIN-INGGERIS HeksaContoh: heksagon, heksabes heksapod HidroContoh: hidrolisis, hidrofoil, hidrologi Selain bentuk-bentuk awalan yang produktif, terdapat juga bentuk awalan yang lain yang terserap ke dalam bahasa Melayu bukan sebagai imbuhan tetapi sebagai sebahagian daripada kata pinjaman. Namun demikian, bentuk-bentuk ini berpotensi menjadi awalan dalam pembentukan kata bahasa Melayu.


KiloContoh: kilogram, kilometer, kilowatt IMBUHAN AWALAN YUNANI-LATIN-INGGERIS MikroContoh: mikrokitar, mikrokimia, mikrobiologi MultiContoh: multisel, multinukleus, multimod HomoContoh: homogenesis, homopolimer, homotopi InfraContoh: inframerah, infrastruktur, infrasonik


-isme Contoh: patriotisme, nasionalisme IMBUHAN AKHIRAN YUNANI-LATIN-INGGERIS -ik Contoh: fonetik, logistik, santifik -si Contoh: klasifikasi, revolusi, potensi -al Contoh: klinikal, praktikal, leksikal -is Contoh: ekonomis, pragmatis


ISU KESALAHAN KATA Media Elektronik


KESALAHAN EJAAN Kesalahan: atlit Pembetulan: atlet Sumber: Google Kesalahan: Ramadhan Pembetulan: Ramadan Sumber: Instagram


Kesalahan: tengahari Pembetulan: tengah hari Sumber: Instagram KESALAHAN EJAAN Kesalahan: resepi Pembetulan: resipi Sumber: Youtube


KESALAHAN EJAAN Kesalahan: kebaikkan Pembetulan: kebaikan Kesalahan: disebalik Pembetulan: di sebalik Kesalahan: di pergunakan Pembetulan: dipergunakan Sumber: Tiktok


Kesalahan: sejak dari (Penggunaan dua kata sendi berurutan dalam ayat) Pembetulan: sejak kejadian KESALAHAN KATA SENDI NAMA Sumber: Tiktok


Kesalahan: di antara Kerajaan (penggunaan di antara merujuk kepada konsep ruang) Pembetulan: antara Kerajaan KESALAHAN KATA SENDI NAMA Sumber: Tiktok


KESALAHAN HUKUM DM Kesalahan: mini telekung Pembetulan: telekung mini Sumber: Instagram Kesalahan: goreng pisang Pembetulan: pisang goreng Sumber: Youtube


KESALAHAN PEMAJMUKAN Kesalahan: Jawatan Kuasa (kata majmuk yang telah mantap sepatutnya dieja rapat) Pembetulan: Jawatankuasa Sumber: Instagram


KESALAHAN Kesalahan: terawih Pembetulan: tarawih Kesalahan: silaturrahim Pembetulan: silaturahim Sumber: Tiktok Kesalahan: diterima Allah Pembetulan: diterima oleh Allah (kata kerja berimbuhan ‘di-’ bagi ayat pasif kata ganti nama diri ketiga perlu disertakan perkataan oleh) KESALAHAN EJAAN KESALAHAN AYAT PASIF


KESALAHAN Kesalahan: ditemu Pembetulan: ditemukan (ditemukan ialah kata kerja pasif menemukan yang bermaksud dijumpai sesuatu yang dicari) Sumber: Tiktok KESALAHAN KATA KERJA KESALAHAN PENGGANDAAN Kesalahan: saling tolong menolong (menggunakan kata saling bagi kata ganda yang sudah membawa makna saling) Pembetulan: saling menolong/tolongmenolong Sumber: Tiktok


PENGGUNAAN BAHASA ROJAK Sumber: Tiktok Sumber: Instagram Sumber: Facebook (Percampuran bahasa Melayu dan bahasa Inggeris)


RUJUKAN Nik Safiah Karim, Farid M.Onn, Hashim Musa & Abdul Hamid Mahmood. (2008). Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Dewan Bahasa dan Pustaka.


SEKIAN TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version