The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

TUGASAN 1-CATATAN BUKU LOG (UNIT BERUNIFORM)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PDPMPAK1021 Saufiatun Syakirah Binti Musa, 2023-03-10 19:21:37

TUGASAN 1-CATATAN BUKU LOG (UNIT BERUNIFORM)

TUGASAN 1-CATATAN BUKU LOG (UNIT BERUNIFORM)

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR KOKURIKULUM – UNIT BERUNIFORM BSMM (MPU2101D) DISEDIAKAN OLEH: NAMA PELAJAR SAUFIATUN SYAKIRAH BINTI MUSA ANGKA GILIRAN 2021192380014 NOMBOR KAD PENGENALAN 860603-56-5626 KUMPULAN PDP PAKK OKTOBER 2021 (B1) NAMA KURSUS BUKU LOG NAMA PENSYARAH ENCIK BADRUL ZAMAN BIN MOHD RAZALI TARIKH HANTAR 14 MAC 2023 TARIKH MENERIMA MAKLUM BALAS DARIPADA PENSYARAH


ISI KANDUNGAN BIL ISI KANDUNGAN MUKA SURAT 1 Biodata Diri 1 2 BAB 1 i. Pengenalan ii. Lagu Bulan Sabit Merah iii. Ikrar Bulan Sabit Merah iv. Cogan Kata,Misi ,Visi Dan Moto v. Pengasas Lambang Palang Merah vi. Sejarah Penubuhan vii. Tujuan Penubuhan viii. Perlembagaan Penubuhan ix. Prinsip Asas Gerakan PBSM x. Logo Bulan Sabit Merah xi. Bendera xii. Pakaian Uniform PBSM xiii. Struktur Organisasi Persatuan 2 - 21 3 BAB 2 i. Tali Temali ii. Pertolongan Cemas iii. Luka Dan Melecet iv. Tercekik v. Jantung vi. Cpr vii. Patah Tulang viii. Kain Anduh ix. Racun Dan Keracunan 22 - 44 4 BAB 3 i. Ikhtiar Hidup ii. Memasak iii. Perkhemahan Dan Kraf Khemah iv. Asas Kawad 45 - 54 5 BAB 4 i. Laporan ii. Lampiran 55 - 67 6 Rujukan 68


1 NAMA :- SAUFIATUN SYAKIRAH BINTI MUSA NOMBOR KAD PENGENALAN :- 860603-56-5626 NOMBOR ANGKA GILIRAN :- 202192380014 PROGRAM :- PROGRAM DIPLOMA PERGURUAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (PDP PAKK) AMBILAN :- OKTOBER 2021 KELAS :- PDP PAKK B1 KOD KURSUS :- MPU2101D NAMA KURSUS :- KOKURIKULUM-UNIT BERUNIFORM BSMM NAMA PENSYARAH :- ENCIK BADRUL ZAMAN BIN MOHD RAZALI ALAMAT RUMAH :- BLOK C-9-13,PPR SERI SEMARAK,JALAN 2/54B OFF JALAN AIR PANAS,53300,SETAPAK KUALA LUMPUR. MENGAJAR DI TADIKA :- TADIKA PERMATA MAIWP AT TAQWA,TAMAN SETAPAK 1. BIODATA DIRI


2 2. BAB 1


3 Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) ditubuhkan pada tahun 1948. Persatuan ini diiktiraf kerajaan Malaysia pada tahun 1957 dan Persatuan Palang Merah Antarabangsa pada tahun 1963.Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa adalah sebuah gerakan kemanusiaan untuk menyelamatkan nyawa dan kesihatan manusia. Melalui usaha kemanusiaan, Persatuan Palang Merah memberikan bantuan kecemasan,bantuan bencana dan pendidikan kesiapsagaan bencana.Ahli-ahli dilantik daripada berbilang kaum sosial seperti murid-murid sekolah, belia-belia yang tidak bersekolah dan orang-orang dewasa telah diberi peluang untuk menjalankan usaha-usaha bercorak perikemanusiaan sambil menyediakan diri mereka sebagai pemimipin serta melaksanakan tugas-tugas tertentu berhubung dengan perkhidmatan kemasyarakatan. Pada masa ini, PBSMM memainkan peranan cemerlang di dalam mahupun di luar negara berkenaan dengan usaha-usaha perikemanusiaan dan kesengsaraan.Sebagai sebuah pertubuhan sukarela dan memberi bantuan kepada kerajaan, persatuan ini memberi perkhidmatan dalam kegiatan perundingan dan cergas dalam kegiatan persediaan malapetaka,operasi menyelamat, bantuan pemulihan dan pelbagai corak perkhidmatan kemasyarakatan.Semasa bencana, PBSMM menyediakan pelbagai perkhidmatan kemasyarakatan termasuk perkhidmatan kesihatan dan kebajikan, menderma darah, perkhidmatan pertolongan cemas di upacara-upacara awam, melatih kumpulan-kumpulan tertentu mencegah kemalangan serta melawat mereka yang cacat dan tua. Di Kuala Lumpur, PBSMM menyediakan perkhidmatan ambulans percuma 24 jam (Amir,2021).Pertubuhan ini telah dapat menggalakkan secara besar-besaran program perkhidmatan perikemanusiaan dan seterusnya dengan cara ini telah memaparkan imej yang baik untuk persatuan khasnya dan rakyat Malaysia amnya.Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia adalah ahli di dalam Liga Persatuan-persatuan Palang Merah.Pada ketika ini, persatuan menjadi urusetia kepada Persidangan Pemimpin-pemimpin Palang Merah dan Persatuan Bulan Sabit Merah dari negaranegara ASEAN.Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia telah mencapai beberapa anugerah sepanjang perkhidmatannya (Nur, 2013). Antaranya ialah Anugerah Pingat Nansen pada tahun 1977,Anugerah Yayasan Razak pada tahun 1982 dan Anugerah Kualiti Perdana Menteri (Sektor Sosial) pada 17 Disember 1991. 2(i). PENGENALAN


4 Bulan Sabit Merah Di Malaysia Giat Berjasa Untuk Negara Tidak Kira Kaum Dan Agama Waktu Aman Atau Bahaya Bulan Sabit Merah Gerakan Sedunia Membantu Semua Yang Menderita Badan Sukarela Berkhidmat Dengan Tabah Dan Bersemangat Di Mana Jua Adanya Sengsara Di Sana Ada Kita Di Darat Dan Laut Kita Bersedia Walaupun Diancam Bahaya Lirik: Dato' Dol Ramli Lagu: Dato' Johari Salleh 2(ii). LAGU BULAN SABIT MERAH


5 Bahawa kami ahli Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia, Berikrar, Taat setia kepada Duli Yang Maha Mulia, Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong dan Pemerintah-pemerintah Di negeri kami, Berdasarkan kepada prinsip-prinsip Rukun Negara Bahawa kami berikrar, akan sentiasa patuh kepada Perlembagaan dan Undang-undang Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia dan Undang-undang yang lain dan arahan walaupun di mana jua kami berada Bahawa kami berikrar, akan sentiasa memberikan khidmat sukarela kami, kepada mereka yang sakit dan menderita di waktu aman dan bencana, berdasarkan kepada prinsip Bulan Sabit Merah Malaysia seperti KEMANUSIAAN KESAKSAMAAN BERKECUALI KEBEBASAN KHIDMAT SUKARELA KETUNGGALAN KESEJAGATAN 2(iii). IKRAR BULAN SABIT MERAH


6 Sedia Berkhidmat Berkhidmat kepada yang memerlukan dengan berkesan Untuk dikenali sebagai organisasi kemanusiaan yang unggul, di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. 2(iv). COGAN KATA MISI VISI


7 Jean Henry Dunant Persatuan Bulan Sabit Merah di peringkat dunia dikenali sebagai Pergerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa. Persatuan Bulan Sabit Merah ini telah diasaskan oleh seorang ahli perniagaan yang bernama Jean Henry Dunant. Pada 8 Mei 1928 Henry Dunant telah dilahirkan dan beliau ialah berbangsa Swiss.Bapa Henry Dunant merupakan seorang saudagar.Semasa Henry Dunant masih remaja, beliau banyak menghabiskan masa beliau dengan melawat orang-orang cacat, orang-orang yang memerlukan bantuan dan juga mereka yang menanti maut.Pada setiap hari Ahad, beliau membawa bukubuku cerita untuk tawanan-tawanan di penjara.Namun begitu, selepas meninggalkan alam persekolahan, beliau telah menceburi bidang pengurusan bank. Pada suatu hari, beliau telah meninggalkan Geneva dan melawat Austria.Beliau amat kagum dengan kecantikan Austria lalu mengambil keputusan untuk menubuhkan sebuah syarikat yang dinamakan sebagai Societe Anoyme des Moulins de Mons Djemila.Namun beliau menghadapi banyak masalah ketika memohon tanah untuk penanaman gandum.Oleh kerana beliau tidak berpuas hati dengan pegawai-pegawai yang menolak permohonannya,maka beliau telah mengambil keputusan untuk berjumpa terus dengan Napoleon ke III iaitu pemerintah pada masa itu. Secara kebetulan, pada masa itu Napoleon bersama Raja Victor Emmanuel ke II sedang giat berusaha membebaskan ,tali dari penaklukan Austria. Pada 24hb.Jun 1859, Dunant telah tiba di Castiglionne, sebuah kampung yang berdekatan dengan Solferino.Kampung itu didapati dalam keadaan kelam-kabut dengan 40,000 askar yang tercedera dan terbunuh. Dunant telah pergi ke gereja utama di tempat itu danmendapati ianya dipenuhi dengan askar-askar yang tercedera. Peperangan Sofferino 1859 menyebabkan lebih daripada 300,000 askar telah berperang dan 40,000 tercedera meninggal dunia. Di Castiglionne beliau telah berusaha untuk merawat luka askar-askar yang tercedera dan memberi semangat kepada mereka. Dunant juga memujuk dan meminta pertolongan daripada penduduk2(v). SEJARAH PENGASAS LAMBANG PALANG MERAH


8 penduduk tempatan. Selama 6 tahun, kekejaman dan penderitaan peperangan telah menghantui fikiran Dunant . Sekembalinya ke Geneva, beliau menulis sebuah buku yang bertajuk, A Memory of Solferino(Kenangan di Solferino). Buku ini telah ditulis dengan tujuan mendedahkan realiti peperangan kepada orang awam. Disamping itu, Dunant juga mencadangkan supaya satu persidangan antarabangsa diadakan untuk menghasilkan satu perjanjian antarabangsa yang akan melindungi mereka yang tercedera semasa peperangan.Kemudiannya, buku Dunant telah mendapat sambutan yang hebat di kalangan masyarakat Eropah.Seorang peguam terkenal di Geneva,Gustafe Moynier telah melawat Dunant setelah membaca buku Kenangan di Sofferino dan menawarkan bantuan. Menurut beliau, Dunant mempunyai idea-idea yang baik dan tindakan-tindakan positif perlu diambil untuk mewujudkan pasukan-pasukan penyelamat disetiap negara. Beliau mencadangkan supaya Dunant memperkenalkan idea-idea beliau dalam mesyuarat Persatuan Kebajikan Orang-orang Awam Geneva. Mesyuarat ini diadakan pada bulan Februari 1863 dan berakhir dengan perlantikan lima orang ke Jawatankuasa khas untuk mengkaji cadangan-cadangan Dunant.


9 Pergerakan Antarabangsa Palang Merah dan Bulan Sabit Merah adalah sebuah gerakan kemanusian untuk menyelamatkan nyawa dan kesihatan manusia.Walau pun ia satu organisasi antarabangsa,pertubuhan ini adalah organisasi persendirian.Tiada kerajaan yang mengawal Palang Merah/Bulan Sabit Merah. Palang Merah mempunyai tugas istimewa yang diperuntukkan oleh undang-undang antarabangsa.Ia merupakan satu satunya pertubuhan persendirian yang tugasannya ditetapkan oleh undang-undang antarabangsa. Tiga benda penting mengenai gerakan ini adalah :- - Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (International Committee of the Red Cross) ditubuhkan pada tahun 1863 di Geneva,Switzerland. Tugas jawatankuasa di bawah undangundang antarabangsa ini adalah untuk melindungi nyawa dan kehormatan mangsa perang. - Persekutuan Antarabangsa Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah (International Federation of Red Cross and Red Crescent Societies diasaskan pada tahun 1919.Ia berfungsi untuk merapatkan hubungan antara Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah dalam menjalankan misi kemanusiaan dan keskes darurat yang besar. Sekretariat bagi persatuan ini juga terletak di Geneva, Switzerland. - Setiap negara mempunyai Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah. 2(vi). SEJARAH PENUBUHAN


10 Sejarah Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia bermula apabila penubuhan cawangan kepada Palang Merah British di Borneo Utara (sekarang Sabah) pada April 1948 dengan ibu pejabatnya di London. Selepas Malaya mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957,satu Akta Parlimen telah digubal dan diluluskan pada tahun 1962 iaitu Act #4,The Federation of Malaya Red Cross Society (Incorporation) Act 1962 dan dikuatkuasakan pada 16 April 1962. Dengan itu Persatuan Palang Merah Persekutuan Malaya ditubuhkan dengan rasminya dan beribu pejabat di Kuala Lumpur. Apabila Malaysia pula dibentuk pada September 1963 yang menggabungkan negeri-negeri Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak dan Singapura, Persatuan Palang Merah Persekutuan Malaya bergabung pula dengan Persatuan Palang Merah Sabah,Sarawak dan Singapura (yang kemudian menarik diri) yang masih lagi menjadi cawangan Palang Merah British. Satu lagi akta di gubal iaitu Pada tahun 1975,lambang palang merah telah ditukar dengan lambang bulan sabit merah melalui Act#16 Malaysian Red Cross Society (change of name) Act 1975. Akta ini dikuatkuasakan pada 4 September 1975 dan dengan itu nama rasmi persatuan ialah Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSMM).Nama inilah yang kekal hingga hari ini. Act #47,Malaysian Red Cross Society (Incorporation) Act 1965. Melalui Akta ini maka tertubuhlah Persatuan Palang Merah Malaysia. Pada tahun 1995, Act #47,Malaysian Red Cross Society (Incorporation) Act 1965 telah digantikan dengan Act #540, Malaysian Red Cressent Society (Incorporation) Act 1965 (Revised 1995). Manakala pada tahun 2007,penjenamaan baru PBSMM telah dilaksanakan. Maka imej Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia kini dikenali sebagai Bulan Sabit Merah Malaysia. BSMM merupakan sebuah badan sokongan kepada kerajaan dan bukan sebuah badan NGO. Palang Merah/Bulan Sabit Merah Sedunia telah menggariskan beberapa matlamat utama penubuhan pergerakan ini iaitu :- - Memberi perlindungan dan meringankan kesengsaraanmanusia di mana jua.& Melindungi nyawa dan kesihatan. - Memberi galakan perkhidmatan sukarela dan kesediaan berterusan untuk membantu ahli-ahli Pergerakan. - Menentukan penghormatan diberi kepada manusia, terutamanya di waktu konflik bersenjata dan juga kecemasan. - Berusaha ke arah pencegahan penyakit-penyakit dan kebajikan sosial. - Menghayati perasaan perpaduan yang menyeluruh kepada mereka yang memerlukan perlindungan dan pertolongannya. SEJARAH PENUBUHAN DI MALAYSIA 2(vii). TUJUAN PENUBUHAN


11 PRINSIP-PRINSIP ASAS PERTUBUHAN Kemanusiaan - Pergerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah dilahirkan dengan hasrat untuk memberi pertolongan tanpa diskriminasi kepada mereka yang cedera di medan pertempuran dan berusaha untuk mencegah dan meringankan kesengseraan di mana jua ianya wujud. -Tujuan adalah utnuk melindungi nyawa dan kesihatan serta hormat menghormati sesame manusia. - Ia memupuk kesefahaman, persahabatan, kerjasama dan kedamaian yang berkekalan di kalangan manusia Kesaksamaan - Tidak membezakan bangsa, kaum, agama, darjat atau fahaman politik dalam kegiatannya. - Tujuan asalnya ialah meringankan kesengsaraan individu dan memberi kutamaan kepada kes-kes kecemasan yang serius Keberkecualian - Untuk terus mendapat kepercayaan orang ramai terhadapnya. Persatuan tidak menyebelahi mana-mana pihak yang bermusuhan dan tidak menyertai pertikaian yang bercorak politik, perkauman, agama atau ideologi. Kebebasan - Walaupun berupa badan tambahan kepada pihak yang berkuasa awam dan tertakluk kepada undang-undang negara, pergerakan tetap menjaga kebebasan dalam segala kegiatan supaya ia boleh bertindak mengikut prinsip pergerakan. Khidmat Sukarela - Ia berupa badan sukarela yang tidak didorong oleh sebarang tujuan mencari untung Ketunggalan - Hanya ada satu Persatuan Palang Merah atau Bulan Sabit Merah dalam sesebuah 2(viii). PERLEMBAGAAN PENUBUHAN


12 negara. - Persatuan ini hendaklah terbuka kepada semua pihak dan aktivitinya meliputi seluruh negara Kesejagatan - Gerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah meliputi seluruh dunia. - Semua mempunyai taraf dan tanggungjawab yang sama untuk saling bantumembantu di antara satu sama lain. OBJEKTIF PERLEMBAGAAN - Setiap persatuan yang ditubuhkan harus mempunyai perlembagaan atau undangundang. - Mengikut Akta Pendaftaran Penubuhan, persatuan yang ditubuhkan di luar intitusi pendidikan diwajibkan mendaftar secara rasmi dengan pendaftar penubuhan perti politik dan persatuan belia. - Hanya beberapa persatuan yang ditubuhkan di bawah akta perlimen seperti Persatuan Pengakap Malaysia, Persatuan Pandu Puteri Malaysia, Persatuan Bulan Sabit Merah dan St. John Ambulans. - Antara fungsi perlembagaan atau undang-undang ialah sebagai panduan menggerakkan persatuan, melicinkan perjalanan persatuan kerana ia menetapkan bidang tugas dan hak jawatankuasa dan ahli serta menjadi rujukan apabila timbul sebarang masalah dalam menjalankan aktiviti persatuan. - Pasukan beruniform telah mempunyai peraturan atau undang-undang tersendiri yang ditetapkan oleh badan induk.Objektif Perlembagaan Bulan Sabit Merah.Dibawah peruntukan Akta Perbadanan, Objektif BSMM. Dalam masa aman atau peperangan, memberi bantuan sukarela kepada orang sakit dan cedera samada dari angkatan tentera atau pihak yang tidak berperang, kepada orang tawanan perang dan orang awam yang telah menderita akibat peperangan, mengikut semangat dan wad-wad Konvensyen oleh tiap-tiap Negara yang telah menjadi suatu pihak kepada Konvensyen Geneva. KANDUNGAN PERLEMBAGAAN BSMM Subperaturan 5 (1) (a) dalam persatuan-persatuan pendidikan (Persatuan sekolah) 1998. Akta pendidikan 1996 seperti dalam warta Kerajaan Malaysia jilid 42, No. 11 Tambahan No 41,


13 Perundangan (A):P.U.(A) 196 bertarikh 1998 berikut merupakan peratuan-peraturan (perlembagaan) Bulan Sabit Merah Malaysia: Peraturan 1 : Nama dan alamat Peraturan 2 : Matlamat Peraturan 3 : Objektif Peraturan 4 : Keahlian Peraturan 5 : Guru Penasihat Peraturan 6 : Ahli jawatankuasa Peraturan 7 : Tugas dan tanggungjawab jawatankuasa Peraturan 8 : Kewangan Peraturan 9 : Penyertaan Peraturan 10 : Aktiviti Peraturan 11 : Peraturan-peraturan Peraturan 12 : Pindaan perlembagaan Peraturan 13 : Perbubaran persatuan Peraturan 14 : Tindakan disiplin Peraturan 15 : Hal-hal lain Perkara-perkara lain yang ditambah kedalam perlembagaan ialah: I. Lencana / logo persatuan II. Cogan kata/ moto III. Tugas persatuan di peringkat institusi pendidikan, cawangan,daerah, negeri dan cawangan IV. Pendaftaran persatuan V. Jawatankuasa kecil


14


15 Lambang ini tidak boleh dilukis atau diubah sesuka hati. Sebarang pengecilan atau pembesaran bagi lambang hendaklah mengikut nisbah ukuran piawai dan tiada sebarang elemen lain pada latar belakangnya yang berwarna putih itu. Di bawah ini pula adalah ukuran piawai bagi bendera Bulan Sabit Merah.Contoh yang diberikan adalah berdasarkan kepada saiz bendera berukuran150 cm panjang dan 100cm lebar. Sebarang pengecilan atau pembesaranbagi bendera yang mempunyai lambang hendaklah juga mengikut nisbah ukuran piawai yang telah ditetapkan. 2(xi). BENDERA


16 T-shirt BSMM Lengan Panjang 2(xii). PAKAIAN UNIFORM PBSM


17


18


19


20 SENAT MAJLIS JAWATANKUASA EKSEKUTIF KEBANGSAAN JAWATANKUASA CADANGAN JAWATANKUASA DAERAH JAWATANKUASA DAERAH KECIL UNIT KANAK-KANAK (SEKOLAH RENDAH) URUSETIA KEBANGSAAN URUSETIA CAWANGAN URUSETIA DAERAH URUSETIA DAERAH KECIL UNIT PBSM UNIT BELIA (SEKOLAH MENENGAH) STRUKTUR DAN ORGANISASI PERINGKAT ANTARABANGSA


21 1. Penaung - Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong al-Mu’tasimu billah Muhibbuddin Tuanku al-Haj Abdul Halim Muadzam Shah ibni al-Marhum Sultan Badlishah. 2. Presiden YAB Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Hj. Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia. 3. Timbalan Presiden-YAB Tansri Dato’ Muhyiddin Bin Haji Mohd Yassin Timbalan Perdana Menteri Malaysia 4. Naib-naib presiden :- i. YB Datuk Seri Panglima Anifah Bin Haji Aman,Menteri Luar Negeri Malaysia ii. YB Datuk Seri Liow Tiong Lai,Menteri Kesihatan Malaysia iii. YB Dato’ Seri Mohamed Khalid bin Nordin Menteri Pengajian Tinggi Malaysiai iv. YB Senator Datuk Seri Shahrizat binti Abdul Jalil Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia v. YB Datuk Seri Ahmad Shabery bin Cheek Menteri Belia dan Sukan Malaysia PENAUNG PBSMM SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN AGONG PRESIDEN PBSMM YAB PERDANA MENTERI TIMBALAN PRESIDEN PBSMM YAB TIMBALAN PERDANA MENTERI 7 NAIB PRESIDEN PBSMM MENTERI PEMBANGUNAN WANITA,KELUARGA DAN MASYARAKAT MENTERI LUAR NEGERI MENTERI KESIHATAN MENTERI PELAJARAN MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI MENTERI BELIA SUKAN MENTERI PENDIDIKAN STRUKTUR & ORGANISASI PERINGKAT KEBANGSAAN/NEGERI/DAERAH/IPG


22 3. BAB 2


23 SIMPULAN DAN IKATAN Simpulan dan ikatan merupakan aktiviti tali-temali yang amat berkait rapat dengan aktiviti perkhemahan. Menguasai kemahiran tali-temali ini amat penting bagi memudah dan meringankan kerja serta untuk menjamin keselamatan semasa menggunakan simpulan dan ikatan agar tidak ditimpa kemalangan atau kecelakaan akibat tersalah mengikat atau membuat simpulan. TALI TEMALI Terdapat pelbagai jenis tali yang boleh digunakan untuk pelbagai kegunaan dan situasi sama ada sewaktu menjalankan aktiviti perkhemahan, pengembaraan, pelayaran, pendakian, di sekolah, pejabat mahupun di rumah. Antaranya ialah: a. Tali penyelamat: Digunakan untuk menyelamat mangsa dan diperbuat daripada rami Itali atau terylene. Tali penyelamat dibentuk dengan cara tiga ikatan shroud laid. Kebiasaan mempunyai diameter 2 inci. Ketahanan tali rami Itali – 2.85 tan. Ketahanan tali terylene – 4.05 tan. b. Tali pengangkat: Diperbuat daripada rami Manila dan nilon dengan cara ikatan hawser laid. Mempunyai diameter 2 inci dan panjang 100 kaki. Ketahanan tali rami Manila – 2.05 tan. Ketahanan tali nilon – 3.40 tan. Ketahanan tali terylene – 4.05 tan. c. Tali penarik: Diperbuat daripada terylene dengan cara ikatan hawser laid. Mempunyai diameter 2 inci dan panjang 130 kaki. Ketahanan tali penarik – 2.73 tan. d. Tali pengikat: Diperbuat daripada rami Manila dengan cara ikatan hawser laid. Mempunyai diameter 2 inci dan panjang 50 kaki. Ketahanan tali pengikat – 2.03 tan.


24 Penjagaan tali: Tali yang baru dibeli hendaklah dibuka lilitannya dan ditegangkan sekali sekala. Hujung tali mestilah dililit atau dimatikan supaya tidak bercerai atau terlerai. Gunakan tali atau benang kasar yang sesuai besarnya. Selepas digunakan, tali hendaklah dilonggarkan atau digulung dengan baik sebelum disimpan di tempat yang kering dan selamat. Untuk menjamin kekuatan dan kekukuhan tali serta tahan lama, tali tidak perlu dibasuhkan kerana akan mengakibatkan tali menjadi basah. Tali yang basah tidak boleh terus disimpan. Keadaan ini akan menyebabkan tali mudah menjadi reput dan tidak selamat digunakan. Tali yang basah tidak digalakkan untuk dijemur di bawah panas matahari atau menggunakan kuasa wap. Sebaliknya, tali tersebut perlu diudarakan dan dibiarkan kering dalam suhu bilik. Sebaik-baiknya, tali yang hendak disimpan boleh dilabelkan ukuran panjang dan digantungkan di tempat yang sesuai. Dicadangkan agar tali-tali yang hendak digunakan untuk tujuan mengangkat, menarik dan menyelamat perlu diuji terlebih dahulu agar ia selamat digunakan. SIMPULAN Simpulan ialah satu aktiviti tali temali yang menggunakan tali yang kecil dan sederhana ukurannya untuk disimpulkan pada benda-benda yang kecil dan sederhana ukurannya juga. Simpulan mudah diaplikasikan selalu walau di mana jua lokasinya sama ada di hutan, di rumah mahupun di pejabat. Misalnya, simpul manuk boleh digunakan untuk mematikan tali ampaian. Manakala simpul buku sila pula boleh digunakan ketika membuat anduh untuk menampung tangan yang tercedera atau patah. Lima simpulan tali temali yang dipelajari ialah: 1. Simpul Buku Sila (Reef Knot): Simpulan yang tegap dan tidak mudah terlucut. Digunakan untuk menyambung dua utas tali yang sama saiz. Mematikan ikatan pada bungkusan. Membalut luka, bandage atau mematikan ikatan anduh. Mengikat khemah yang sudah dilipat.


25 2. Simpul Bunga Geti (Sheet Bend): Digunakan untuk menyambung dua utas tali yang sama saiz dan berlainan saiz. Juga digunakan untuk mengikat tali ke sesuatu tanjul. 3. Simpul Manuk (Clove hitch): Simpulan yang tidak mudah terburai atau terlerai. Digunakan untuk mengikat tali pada tiang atau balak. Juga digunakan untuk mengikat tali pada botol atau tangkai buah durian (mudah untuk membawanya). Semasa memulakan dan mematikan ikatan seraya, ikatan silang gunting dan lilit kacang atau ular


26 4. Simpul Tindih Kasih (Bowline) Digunakan untuk membuat tanjul yang tidak boleh menjerut. Sangat berguna dalam kerja-kerja menyelamat. Akan diikat pada pinggang mangsa dan ditarik ke tempat yang selamat. Juga digunakan untuk mengikat leher haiwan.


27 5. LILIT BALAK (TIMBER HITCH) Untuk mengikat hujung tali pada tiang atau pokok dengan mudah Untuk menarik balak atau kayu dan untuk memulakan ikat serong


28 PERTOLONGAN CEMAS ASAS PERTOLONGAN CEMAS / BANTU MULA Bantuan permulaan atau rawatan pertama atau awal yang diberikan kepada mangsa atau pesakit. Usaha rawatan pertama atau rawatan awal dalam keadaan kecemasan sebelum ketibaan ambulans atau sebelum mangsa atau pesakit menerima rawatan daripada doktor di tempat kejadian. Pertolongan Cemas ditakrifkan sebagai bantuan permulaan, bantu mula atau rawatan awal yang diberikan kepada seseorang yang mengalami kecederaan dalam sebarang kemalangan atau sakit secara mengejut atau tiba-tiba dengan menggunakan objek sekeliling sebelum ketibaan ambulans, doktor atau pakar perubatan atau sebelum mangsa dihantar ke hospital.


29 Tujuan Pertolongan Cemas a. Membantu menyelamatkan nyawa mangsa Memberikan bantuan awal untuk menyelamatkan nyawa dalam situasi yang mengancam nyawa seperti pendarahan yang banyak, terhenti pernafasan dan jantung,kulit terbakar atau melecur dan yang seumpama dengannya. b. Mengelakkan mangsa dari kecederaan yang lebih teruk Memberikan rawatan pertolongan cemas yang betul dan pantas untuk mengelakkan kecederaan atau keadaan pesakit menjadi bertambah buruk. c. Membantu mengurangkan kesakitan atau kesengsaraan mangsa Memberi keselesaan, keyakinan dan kata-kata semangat untuk memberikan kelegaan kepada mangsa atau pesakit. d. Sebagai persediaan sebelum diambil alih oleh doktor Memudahkan tugas doktor untuk merawat mangsa sebaik tiba di tempat kejadian. Prinsip Pertolongan Cemas Elakkan bahaya dan utamakan keselamatan Dapatkan tindak balas mangsa Pastikan saluran pernafasan mangsa tidak tersumbat Periksa pernafasan mangsa Periksa peredaran darah Peraturam AM Pertolongan Cemas Memberi pertolongan kepada mangsa yang cedera teruk dahulu.


30 Keutamaan kepada mangsa yang tidak sedar - menjaga, terutamanya pernafasan pesakit itu Jangan sekali-kali menanggalkan pakaian mangsa hanya sekadar melonggarkannya sahaja dgn tujuan untuk memudahkan pernafasan mangsa dan pembantu mula memerhatikan pergerakan pernafasan mangsa. Membuat pengurusan bagi menghantar mangsa ke hospital. ANDUH Anduh bermaksud ampu atau ambin, iaitu sejenis kain yang digunakan untuk mengampu anggota badan yang cedera. Kain anduh tiga segi merupakan kain yang sangat penting dalam aktiviti pertolongan cemas kerana ia boleh digunakan untuk pelbagai kegunaan dalam pelbagai situasi. Kain anduh yang baik berukuran satu meter. Antara kegunaan kain anduh ialah: Mengampu bahagian yang cedera atau patah Menghentikan atau menahan pendarahan Menetapkan bahagian yang cedera Dapat digunakan sebagai pengipas Menutup tempat yang luka atau cedera Sebagai pengelap atau sebagai karung tuaman sejuk (ais) Jenis-Jenis Anduh 1) Anduh besar (large arm sling): - Mengampu bahagian anggota atas yang luka atau cedera - Mengurangkan pergerakan serta sakit anggota atas


31 2) Anduk tiga segi atau Anduh St. John‟s (triangular sling): - Menahan pendarahan anggota atas - Mengampu kecederaan bahagian bahu dan tulang scapula - Mengampu anggota atas yang cedera. 3) Anduh kecil (small sling): - Mengampu kecederaan di bahagian bahu - Mengampu tulang klavikal yang cedera


32 - Mengampu anggota atas yang cedera 4) Anduh leher dan lengan (collar and cuff sling): - Mengampu pergerakan anggota atas yang mengalami patah tulang klavikal Pembebatan dan Pembalut atau Balutan


33 Pembebatan (Dressing) Penyucian luka, penutupan luka dan pengawalan pendarahan diikuti balutan luka dengan kain kasa atau steril pada kulit yang cedera. Tujuan adalah: Mengurangkan kesakitan. Menggalakkan penyembuhan luka Memperbaiki kosmetik kulit Mengawal penyebaran mikroorganisme Mengawal kontaminasi luka Memberi tekanan pada tempat tercedera Mengawal pendarahan Mengawal kecederaan lanjut Pembebatan ada tiga jenis, iaitu (a) Pembebatan medan – bagi kegunaaan pasukan keselamatan (b) Pembebatan luka – mengikut ukuran-ukuran luka (c) Pembebatan hospital – jenis kain kasa berukuran 10 X 10 mm. Pembalut atau balutan Pembalut (bandage) ialah kain kasa bergulung yang berfungsi sebagai pembalut dan pengikat di bahagian anggota yang cedera. Pembalut juga berfungi sebagai pembantu pembebatan. Setelah luka dicuci atau dibersihkan, luka tersebut akan ditutup dengan pembalut untuk mengelak pendarahan dan jangkitan kuman. Pembalut atau balutan ada dua jenis, iaitu: (a) Pembalut kain tiga segi – untuk menganduh, membalut, mengampu , mengipas dan pengikat gelung cincin.


34 (b) Pembalut bergulung – untuk melakukan balutan lapan, balutan circular atau spiraI dan balutan padi. Tujuan dan Fungsi Pembalut Melindungi luka daripada dijangkiti kuman Melindungi luka daripada terus merebak, kecederaan lain atau lambat sembuh. Memberikan keselesaan dan menutup luka serta menahan pendarahan Mengurangkan kesakitan Mencegah dan menghisap kotoran seperti darah, nanah dan serum. Peraturan Am Membebat dan Membalut Luka Bersihkan tangan terlebih dahulu


35 Digalakkan memakai sarung tangan Tentukan saiz bebat atau pembalut yang sesuai bagi membebat dan membalut luka. Saiz kain perlulah lebih besar daripada kawasan luka Bersihkan luka dan kawasan sekeliling luka sebelum melakukan pembebatan dan pembalutan Menetap dan mengemaskan bebat dan balutan di bahagian luka. LUKA DAN PENDARAHAN Luka ialah sejenis kecederaan kepada tisu-tisu badan yang mengakibatkan berlakunya pendarahan atau pengaliran darah, sama ada di bahagian luar atau dalam badan disebabkan oleh benda atau alat yang tajam atau tumpul. Pendarahan ada tiga jenis, iaitu 1) Pendarahan luaran (external) (a) luka terhiris – disebabkan benda yang tajam seperti pisau (b) luka terkoyak – disebabkan cakaran binatang atau dawai (c) luka berdarah – kena pukulan tepat benda yang tumpul (d) luka tembus – luka yang disebabkan oleh tikaman pisau, jarum dan tembakan 2) Pendarahan dalaman (internal) (a) perut – muntah berdarah (b) rahim – tumpah darah (c) tali usus – darah pada dubur (d) buah pinggang – kencing berdarah (e) paru-paru/saluran pernafasan – batuk berdarah (f) tengkorak – darah mengalir melalui telinga atau hidung 3) Pendarahan dalaman tanpa kesan (a) limpa dan hati pecah (b) pendarahan dalam otak Luka terbahagi kepada dua kategori, iaitu (i) Luka terbuka


36 Luka teruk yang melibatkan organ-organ lain yang mengakibatkan pendarahan atau tumpahan darah yang banyak, renjatan dan jangkitan kuman (ii) Luka tertutup Kebiasaannya kulit tidak pecah tetapi pendarahan atau tumpahan darah berlaku dalam tisu yang mengakibatkan bahagian yang cedera menjadi lebam Cara merawat luka terbuka: (i) Luka-luka kecil: (a) Memerlukan pembalutan kecil seperti plaster sahaja (b) Perlu dilakukan untuk mengelakkan jangkitan kuman (c) Langkah-langkah rawatan: Bersihkan tangan dengan sabun. Jangan sentuh luka dengan tangan yang kotor. ● Cuci luka supaya tidak dijangkiti kuman. Keringkan luka menggunakan tisu atau tuala yang steril. Lekatkan plaster mengikut ukuran luka. Jangan bercakap atau batuk ke arah tempat luka. Gunakan pembalut untuk memegang plaster. (ii) Luka-luka kecil yang ada benda asing (a) Sekiranya terdapat benda asing yang sukar dikeluarkan dari luka seperti kaca atau serpihan kayu yang terbenam, jangan keluarkan objek tersebut kerana dibimbangi akan menyebabkan lebih banyak kerosakan pada tisu dan pendarahan. (b) Cara terbaik yang perlu dilakukan ialah: Bersihkan tangan dengan sabun. Jangan sentuh luka dengan tangan yang kotor. ● Cuci luka agar tidak dijangkiti kuman. Keringkan luka secara perlahan-lahan menggunakan tisu atau tuala yang sudah disteril. Kawal pendarahan atau pengaliran darah dengan menggunakan tekanan yang teguh ke atas kedua-dua bahagian atau atau persekitaran objek. Tutup luka dengan sekeping pembalut kasa untuk mengurangkan risiko jangkitan kuman. Buat balutan sekeling objek sehingga boleh membalut tanpa menekan objek. Bawa mangsa/pesakit ke hospital.


37 PENDARAHAN Jenis-jenis pendarahan a) Pendarahan dari saluran arteri- Darah yang keluar adalah secara memancut kerana ianya mengikut rentak denyutan jantung. Darah yang keluar pula keadaannya merah cerah. Ini disebabkan ianya mengandungi oksigen yang tinggi. b) Pendarahan dari saluran vena- Darah keluar secara meleleh dan berterusan. Di samping itu, warna darahnya pula berwarna merah gelap. Ini disebabkan darah mengandungi kandungan gas karbondioksida yang tinggi. c) Pendarahan dari salur kapilari- darah keluar secara menitis dan darah cepat berhenti.Warna darah adalah merah cerah kerana mengandungi kandungan oksigen. Rawatan Am Luka Pendarahan Bawa mangsa atau pesakit ke tempat yang selamat dan edaran udara yang sempurna. Tenangkan mangsa sekiranya ia masih sedar. Pastikan tahap kesedaran mangsa, sama ada ia sedar atau sebaliknya. Pastikan saluran pernafasan mangsa berada dalam keadaan yang baik. Beri bantuan CPR jika diperlukan. Longgarkan pakaian si mangsa terutama di bahagian leher dan pinggang. Hentikan pendarahan sekiranya terdapat luka yang mengeluarkan darah yang banyak. Cara menghentikan pendarahan boleh dilakukan dengan 2 cara iaitu: a) Hentikan pendarahan secara langsung • mengenakan tekanan pada tempat yang mengeluarkan darah selama 10 minit. b) Secara tidak langsung • menekan urat-urat darah. • menggunakan penjerut catitan masa direkodkan. Longgarkan jerutan bagi setiap 20minit selama seminit. • Setelah darah berhenti cuci tempat luka dan buat balutan yang sesuai. • Jangan beri sebarang makanan atau minuman sewaktu pesakit tidak sedarkan diriatau baru sedar dari renjatan. • Dapatkan rawatan perubatan secepat mungkin. PATAH Patah ialah tulang pecah atau retak. Ia mungkin disebabkan oleh daya secara langsung, misalnya, jika seseorang dilanggar oleh sebuah kenderaan yang bergerak atau daya tidak langsung. Contohnya jika seorang pemain bola sepak telah tersepak tanah dan bukannya bola maka daya mungkin dialihkan untuk memecah tempurung lututnya.


38 Tanda-tanda patah tulang: Pesakit mungkin terasa atau terdengar bunyi patah tulang Bengkak dan lebam Kecacatan bentuk di tempat yang patah atau terkehel Pesakit juga mungkin menunjukkan tanda-tanda kejutan, ini amat ketara jika patah berlaku di tulang paha atau pelvis Langkah rawatan yang akan dilakukan ini bertujuan untuk mencegah pergerakan di sekeliling tempat yang terlibat. Cara merawat: Suruh pesakit baring sehingga bahagian yang patah telah dicegah pergerakannya dengan sempurna. Jika nyawa pesakit terancam, barulah dia dipindahkan Gunakan kayu belat di tempat yang terlibat. Balut atau ikat untuk mencegah pergerakan Ikat pembalut dengan kuat untuk mencegah pergerakan, tetapi tidak terlalu kuat kerana ia boleh menjejaskan pengaliran darah Semasa membalut anggota yang patah, sendi-sendi di bahagian atas dan bawah anggota juga harus dicegah pergerakannya Bawa mangsa ke hospital dengan segera. Penting: Rawat terlebih dahulu masalah kesukaran pernafasan, perdarahan yang banyak dan tidak sedarkan diri sebelum merawat anggota yang patah. TERCEKIK Tercekik berlaku apabila laluan udara tersekat. Tanda-tanda tercekik: Mangsa tidak dapat bernafas dan mencengkam kerongkong Bibir dan mulut berubah menjadi biru Mungkin pengsan Tanda-tanda tercekik: - Mangsa tidak dapat bernafas dan mencengkam kerongkong - Bibir dan mulut berubah menjadi biru - Mungkin pengsan Cara merawat: Untuk Bayi – Pegang bayi, kaki ke atas dan kepala ke bawah. Buka mulut dan tarik lidahnya ke depan. Biarkan benda penghalang keluar.


39 Untuk Kanak-Kanak – Pegang kepala mangsa ke bawah di atas lengan atau lutut awda. Buka mulut dan tarik lidahnya ke depan. Suruh mangsa supaya batuk. Untuk Orang Dewasa – Biarkan mangsa duduk, kepala lebih rendah daripada paru-parunya. Suruh pesakit supaya batuk. Dalam semua kes, jika benda penghalang tidak dapat dikeluarkan, kekalkan kedudukan mangsa dan tampar di antara tulang kipas. Ulang sebanyak 4 kali. Jika benda penghalang kelihatan tetapi tidak dapat diluahkan, gunakan jari untuk mengeluarkannya. Jika mangsa mengalami kesukaran bernafas selepas benda penghalang dikeluarkan, mulakan CPR. RENJATAN ELEKTRIK Renjatan adalah suatu keadaan bila mana berlaku kekurangan bekalan darah beroksigen ke bahagianotak dan seluruh badan yang menyebabkan fungsi-fungsi badan menjadi lemah dan aktiviti-aktivitinya tidak dapat berjalan dengan sempurna. Keadaan ini berpunca dari kecederaaan, kehilangan darah, kehilangan cecair, gangguan perasaan, kesakitan, alahan kepada ubatan atau bahan kimia, gangguan sistem saraf dan lain-lain Sebab-sebab renjatan


40 Pendarahan yang banyak dan berterusan. Pendarahan ini adalah pendarahan luaran dan dalaman. Kehilangan plasma. Contohnya kecederaan terbakar atau melecur. Kehilangan air dalam badan yang teruk. Contohnya perpeluhan yang melampau, muntahmuntah berterusan atau cirit-birit yang kuat seperti kes taun dan cirit-birit. d) Kecederaan yang teruk seperti patah tulang, luka besar yang menyebabkan darah keluar dengan banyak. Penyakit-penyakit tertentu seperti penyakit jantung, kencing manis, angin ahmar dan sebagainya.f) Gangguan saraf. Contohnya terkena kejutan elektrik, kilat, terminum atau tersedut bahan beracun, alahan kepada ubatan dan lain-lain .Jenis-jenis renjatan.Terbahagi kepada tiga jenis iaitu: a) Renjatan terbina- akibat dari kecederaaan atau kehilangan cecair dan darah dalam badan. b) Renjatan saraf- berpunca dari gangguan pada sistem saraf yang menyebabkan aktiviti dalam badan terganggu. Renjatan ini tidak melibatkan kehilangan cecair dalam badan. c) Renjatan gabungan- melibatkan gangguan pada sistem saraf dan kehilangan cecair dalam badan. Tanda-tanda dan gejala renjatan. a) Mangsa berada di dalam gelisah. b) b) Kulit badan menjadi pucat. c) c) Merasa pening, mual dan muntah-muntah. d) d) Perpeluhan dengan banyak. e) Pergerakan nadi berdenyut dengan pantas tetapi dalam keadaan lemah. f) Mangsa lemah dan tidak bertenaga. g) Badan menjadi sejuk dan basah. h) Pandangan menjadi kabur. i) Mengadu dahaga j) Mangsa tidak sedar diri.


41 Rawatan am renjatan a) Bawa maangsa ke tempat yang selamat dan berudara. b) b) Baringkan mangsa dengan meninggikan bahagian kaki dan merendahkan bahagian kepala. c) Tenangkan mangsa. d) Dongakkan kepala mangsa supaya saluran pernafasan terbuka. Periksa pernafasan dan gerak nadi.Beri bantuan CPR jika perlu. e) Longgarkan pakaian mangsa. f) Selimutkan mangsa jika mangsa dalam kesejukan. g) Rawat sebarang kecederaan jika berlaku kecederaan. h) Jangan beri sebarangan makanan atau minuman sekiranya mangsa dalam keadaan ranjatan. Apabila pulih basahkan bibirnya bagi menghilangkan dahaga. i) Dapatkan rawatan perubatan KERACUNAN DAN TERSELIUH Keracunan berlaku apabila terdedah secara melampau atau berlebihan terhadap toksik (bahanbahan beracun), sama ada berbentuk cecair atau gas yang boleh menyebabkan penderitaan sementara atau berkekalan. Tanda-tanda terkena keracunan: (i) Mangsa merasa loya dan mungkin akan muntah. (ii) Mangsa mengalami sakit abdomen (iii) Cirit birit mungkin terjadi. (iv) Tanda-tanda terkejut (v) Mungkin tidak sedarkan diri Arahan merawat: (i) Pastikan saluran udara, pernafasan dan peredaran terbuka dan dapatkan bantuan perubatan.Tanyakan mangsa tentang apa yang telah dia makan (ii) Jangan memaksa mangsa muntah (kecuali jika mangsa termuntah sendiri)


42 (iii) Baringkan pesakit di atas permukaan yang kukuh (mangsa mungkin muntah) (iv) Jika mangsa tidak sedarkan diri, berikan bantuan pernafasan CPR (v) Hubungi 991 atau hantarkan mangsa ke hospital Jika terkena Racun Aerosol, tanda keracunan: - Gatal-gatal pada kulit, mata, hidung atau kerongkong Rawatan kecemasan: ● Keluar dari tempat/kawasan yang disembur racun. ● Hirup udara segar di ruang terbuka. ● Tanggalkan pakaian yang terkena racun. ● Jika terkena kulit, basuh dengan menggunakan sabun dan air. ● Jika terkena pada mata, bersihkan mata dengan menggunakan air yang banyak. ● Selepas itu, bolehlah diberikan dua hingga lima titis ubat mata bagi setiap mata. Terseliuh Sendi merupakan tempat pertemuan antara dua tulang atau lebih. Pergerakan yang melebihi had biasa pada sendi boleh mengakibatkan kecederaan pada ligamen (tisu penyambungan antara tulang). Ligamen sama ada boleh meregang dengan berlebihan, terkoyak atau terputus. Kecederaan pada ligamen seperti ini disebut terkehel (dislocation) dan terseliuh (sprain). Terdapat sedikit perbezaan antara terkehel dan terseliuh walaupun kedua-duanya melibatkan kecederaan pada ligamen. Terkehel ialah kecederaan yang disebabkan oleh pergerakan sendi yang melebihi had sehingga menyebabkan tulang beralih dari kedudukan asal dan menjejaskan struktur ligamen. Manakala, terseliuh pula ialah kecederaan yang disebabkan oleh pergerakan sendi yang melebihi had sehingga menjejaskan ligamen tetapi tulang tidak beralih dari kedudukan asal. Tanda-tanda ligamen terseliuh: (i) Sakit-sakit (ii) Bengkak


43 (iii) Bertambah sakit apabila bergerak (iv) Pergerakan yang terhad Cara-cara merawat terseliuh: (i) Hadkan pergerakan anggota (ii) Gunakan konsep RICE: ● R - Rest (Rehatkan bahagian yang cedera dengan kedudukan yang selesa) ● I - Ice (Letakkan ketulan [tuangkan dengan] ais pada bahagian yang cedera) ● C - Compress (Longgarkan otot-otot yang tegang dan tekan bahagian yang cedera dengan satu lapisan tebal kapas dan balut) ● E - Elevate (Lipat atau tinggikan bahagia yang cedera) Dapatkan bantuan perubatan. PEMULIHAN PERNAFASAN (CARDIO- PULMONARY RESUSCITATION (CPR) (Sila rujuk Buku Panduan BSMM No. 7 : Peraturan-peraturan dan Undang-undang Kursus, Peperiksaan dan Persijilan BSMM) i. Jika seseorang itu tidak bernafas dan jantungnya tidak berdenyut, kita perlu mengambil alih pengudaraan dan peredaran dengan segera supaya pengaliran oksigen ke otaknya berterusan ii. Ingat petua ABC: A- Saluran Udara (Airway): Pastikan saluran udara terbuka. B- Pernafasan (Breathing): Bernafas untuk pesakit dengan mengembungkan paru-parunya dan mengoksigenkan darah. C- Peredaran (Circulation): Mengedarkan atau melancarkan aliran darah dengan memampatkan dada. iii. Cara-caranya:


44 A - Saluran Udara Terbuka: (i) Baringkan pesakit. Keluarkan sebarang benda asing daripada mulutnya dan bersihkan tempat di sekeliling mulut. (ii) Angkat lehernya ke atas dan dongakkan kepalanya ke belakang perlahan-lahan. (iii) Tarik rahangnya ke atas. B - Pernafasan: (i)Letakkan mulut anda di atas mulut pesakit, picit hidungnya agar tertutup dan hembus ke dalam mulutnya dengan kuat supaya dadanya menggembung. Jika pesakit adalah seorang bayi atau kanak, letakkan mulut anda di atas hidung dan mulutnya semasa menghembus. (ii)Alihkan mulut anda dan dengar dengan teliti bunyi udara hembus. Kemudian ulang tindakan menghembus. Jika tiada pertukaran udara, periksa semula kedudukan kepala dan rahang pesakit serta lihat sama ada lidahnya menghalang saluran udara. Cuba sekali lagi. (iii)Jika anda masih tidak mendapat sebarang pertukaran udara, pusing pesakit ke sisinya dan tampar tulang kipas beberapa kali untuk mengeluarkan sebarang benda asing daripada tekak. (iv)Teruskan pernafasan dari mulut ke mulut. Jangan putus asa sehingga pesakit mula bernafas. Dalam beberapa kes, ia mengambil masa beberapa jam sebelum sesorang pesakit itu pulih. (v)Dapatkan bantuan perubatan dengan segera. Pastikan pesakit berasa hangat dan baring dalam posisi yang selesa apabila dia telah pulih semula. C - Peredaran (Mampatan Luar Dada): (i) Jangan lakukan mampatan luar dada jika jantung mangsa berdenyut, walaupun hampir tidak kedengaran dan jika sebarang nadi dapat dirasai. Jika jantung belum berdenyut lakukan perkara ini: (a)Baringkan pesakit secara lurus dan pukul tulang dada. (b)Jika jantung belum mula berdenyut, letakkan satu jari tangan kanan anda diatas rawan dengan tangan kiri di atas tangan kanan. (c)Tolak (tekan) dengan cepat dan angkat. Ulangi proses ini (Tekan…Lepaskan… Tekan… Lepaskan…) Apa yang kita buat ini adalah dengan menekan jantung mangsa dan memaksa darah mengalir ke seluruh badannya. Ini menggantikan denyutan jantung. (d)Selepas 30 mampatan, berikan dua bantuan pernafasan dari mulut ke mulut. Teruskan dengan ritma 30 kepada dua sehingga jantung mangsa berdenyut secara normal.


45 4. BAB 3


46 Ikhtiar hidup atau survival membawa pengertian sebagai suatu situasi atau keadaan genting serta mengalami kesukaran dalam usaha untuk meneruskan kehidupan, terutamanya semasa mengikuti aktiviti perkhemahan di dalam hutan, bukit dan gunung. Oleh itu, ikhtiar hidup merupakan keupayaan seseorang untuk terus hidup atau daya usaha yang diutamakan dalam proses kelangsungan hidup. Dalam konteks aktiviti luar, ikhtiar hidup merupakan satu usaha atau ikhtiar yang harus dilakukan oleh seseorang supaya dia terus hidup semasa menghadapi ancaman, termasuk sesat di dalam hutan. 4(ii). MASAKAN SOLAR/ RIMBA/ KELOMPOK Masakan solar merupakan satu cara penyediaan makanan tanpa menggunakan peralatan dapur dan hanya menggunakan cahaya matahari sebagai sumber tenaga pembakar.Kaedah memasak menggunakan tenaga solar mempunyai banyak kebaikan. Kebaikan masakan solar adalah seperti berikut: • satu cara untuk mendidik ahli supaya sentiasa melindungi alam sekitar yang semakin terancam. • mengurangkan pencemaran pembakaran bahan api; • mengurangkan bahaya gas dan kebakaran. Bahan -bahan yang diperlukan ialah: a. aliminium foil b. periuk memasak nipis yang telah disembur cat aerosol hitam; c. kertas kadbord yang tebal atau kotak besar yang kosong; d. gam e. pelekat kertas /paper binding tap 4(i). IKHTIAR HIDUP


47 Memasak beramai-ramai secara Clinton Cookers dengan berdasarkan unit tertentu. Unit bantuan ringan Unit Bantuan Berat Unit Penyelamat Membuat Perangkap Perangkap atau jerat dibina untuk memerangkap dan menangkap haiwan atau binatang ketika kehabisan makanan semasa menyertai kegiatan perkhemahan di dalam hutan. Terdapat beberapa jenis perangkap dan jerat yang digunakan antaranya: a. perangkap atau jerat pelanduk; b. perangkap atau jerat ayam hutan; c. perangkap atau jerat hempap dan jerut; d. perangkap kurungan Perangkap atau jerat pelanduk: a. Mudah untuk dibuat kerana ia hanya memerlukan beberapa bahan sahaja. Bahan-bahan yang perlu disediakan ialah : (i) kayu pelentik; (ii) tali pesawat yang kuat dengan ukuran panjang yang sesuai; (iii) kayu cabang berbentuk ‟Y‟ yang ditajamkan kedua-dua belah hujungnya; Perangkap atau jerat ayam hutan: a. Jerat jenis ini mempunyai mekanisme yang sama dengan jerat simbat dan jerat sentak yang dibuat bagi menangkap burung ruak-ruak.Di antara bahan-bahan yang digunakan ialah:sebatang kayu lentik dengan ukuran panjang yang sesuai; (ii) dua batang kayu yang bercabang; (iii) tali pesawat; (iv) dua batang kayu pelepas; (v) sebatang kayu pesawat (kayu pembingkas) sepanjang 5 cm


48 Perangkap atau jerat hempap dan jerut: a. Perangkap atau jerat hempap biasanya dibuat untuk mencederakan haiwan atau binatang. Perangkap jenis ini mudah dibuat dan dapat dilihat dengan jelas. Beberapa jenis bahan yang perlu disediakan ialah: (i) tali pesawat yang cukup kuat dan mempunyai panjang yang sesuai; (ii) umpan; (iii) tali pemberat tambahan; Perangkap atau jerat kurungan: a. Perangkap kurungan digunakan untuk membolehkan kita menangkap haiwan hidup-hidup. Sungguhpun begitu cara ini kurang popular dan tidak praktis kerana ia mengambil masa yang agak lama untuk disiapkan serta 69 banyak membazirkan tenaga. Bahan yang diperlukan bagi membuat perangkap jenis ini ialah: (i) batang-batang kayu yang secukupnya untuk dijadikan dinding,kayu alang, tiang pintu dan (ii) umpan; (iii) gelang rotan; 4(iii). PERKHEMAHAN DAN KRAF Khemah merupakan tempat perlindungan sementara yang selamat dan mempunyai kemudahan asas yang minima. Berkhemah berkait rapat dengan ikhtiar hidup secara individu atau berkumpulan. Berkhemah bermakna kita menerima atau memikul beberapa tanggungjawab terhadap pengurusan peralatan, makanan, dan perlindungan di samping melibatkan diri dalam aktiviti yang berkaitan dengan perkhemahan. Kraf perkhemahan merupakan kemahiran asas yang perlu dipelajari untuk menghadapi cabaran alam sekitar dan alam semula jadi dalam kegiatan luar atau perkhemahan.


Click to View FlipBook Version