DBSeKrpPaTnadhuukann6.
DSbiesetersIrnteadskuuakansiaisnye.anBnaTgerraaphiaunnd4u,k5andDanS6K.P
Di semak
oleh
pensyarah
akademik
IPGKI
1
SITI MUNIRAH BINTI MUNADZIR
Puitis Kata, Sekalung Harapan
Guru Besar, SK Convent
Alhamdulillah, dengan rahmat dan izin-Nya, Modul Tatabahasa dan Induksi dapat dirancang
dan disusun dengan jayanya. Modul ini adalah satu dokumentasi penting kepada guru
sebagai rujukan untuk melaksanakan semua aktiviti yang dirancang bersesuaian dengan
garis panduan KPM dan menjadi landasan kepada guru untuk mengajar di dalam kelas. Ini
merupakan usaha murni hasil kejayaan kolaboratif guru pelatih dan juga panitia Bahasa
Melayu SK Convent dalam menterjemahkan hasrat KPM untuk menyediakan dan melahirkan
para pelajar yang menguasai kemahiran serta kelayakan dalam persaingan dunia realiti.
Saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada guru pelatih IPGK Ipoh
serta panitia Bahasa Melayu yang bergabung tenaga dan juga idea dalam penghasilan modul
ini. Sesungguhnya, besar harapan kita agar Modul Tatabahasa dan Induksi dapat
dimanfaatkan oleh para guru dengan sebaik-baik yang mungkin dan dapat mencipta kejayaan
berimpak tinggi kepada kemenjadian murid.
Sekian, terima kasih.
Pn Aslinda Binti Saari
Guru Besar,
SK Convent.
2
ISI KANDUNGAN MUKA
SURAT
BIL. TAJUK
4
1. SET TATABAHASA TAHUN 6 12
SET 1 15
SET 2 17
SET 3 19
SET 4 21
SET 5 23
SET 6 25
SET 7 28
SET 8 30
SET 9 32
SET 10
SET 11
3
BAHAGIAN A: SET TATABAHASA TAHUN 6
SET 1
SK 5.1 Memahami dan menggunakan golongan kata mengikut konteks
SP 5.1.1 Memahami dan menggunakan kata nama mengikut konteks tidak formal;
(i) kata nama am
CADANGAN SET INDUKSI
SAMPUL BERWARNA
Cara Perlaksanaan:
1. Guru menyediakan beberapa sampul berwarna.
2. Di dalamnya ada beberapa pernyataan sama ada murid sebutkan atau ulas.
3. Boleh juga menjadi teka teki.
4. Kelebihan cara sampul berwarna ialah murid menjadi berdebar untuk memilih sampul.
4
Isi tempat kosong dengan kata nama am yang sesuai.
nelayan kambing sekolah udara buku bunga
roti murid universiti pantai
1. Beberapa ekor sedang meragut rumput di belakang bangsal.
2. Pasukan khas tentera laut sedang mencari dua orang yang hilang
di laut.
3. Kamal berbasikal ke setiap hari.
4. Sila baca semua arahan di dalam panduan itu.
5. di kawasan itu sungguh segar dan nyaman.
6. Ibu membeli sejambak di pasar raya.
7. Semua sedang mendengar taklimat daripada guru.
8. Abang Ali telah melanjutkan pelajaran di .
9. Pada hujung minggu yang lalu, kami berkunjung ke .
10. Saya membeli sebuku di kedai berhampiran dengan
rumahnya.
5
SK 5.1 Memahami dan menggunakan golongan kata mengikut konteks
SP 5.1.1 Memahami dan menggunakan kata nama mengikut konteks tidak formal;
(ii) kata nama khas
CADANGAN SET INDUKSI
SUSUN SUAI GAMBAR
Cara Perlaksanaan:
1. Guru memberikan setiap kumpulan set suai gambar.
2. Kemudian, mereka menyatukan gambar tersebut.
3. Kemudian mereka jelaskan apa yang muncul setelah gambar itu disiapkan
6
Gariskan kata nama khas dalam ayat berikut.
1. Ayah membawa adik ke Perpustakaan Raja Tun Uda untuk meminjam buku
cerita.
2. Pengalaman Manisha semasa menaiki perahu penumpang untuk
menyeberangi Sungai Sarawak sungguh menyeronokkan.
3. Banyak pengunjung yang menggunakan perkhidmatan keretapi Bukit
Bendera semasa hujung minggu dan cuti persekolahan.
4. Kami dapat melihat pemandangan di sekitar Bandaraya Melaka semasa
menaiki Taming Sari.
5. Rahayu berasa sungguh seronok apabila melihat hidupan laut yang cantik
dan berwarna-warni semasa menyelam di perairan Pulau Redang.
6. Edrian menyaksikan Kejohanan Kapal Layar Piala Monsun yang berlangsung
di Pulau Duyung.
7
SK 5.1 Memahami dan menggunakan golongan kata mengikut konteks
SP 5.1.1 Memahami dan menggunakan kata nama mengikut konteks tidak formal;
(iii) kata ganti nama
CADANGAN SET INDUKSI
MISTERI
Cara Perlaksanaan:
1. Guru memberikan satu jalan cerita atau video.
2. Murid perlu menyelesaikan misteri kehilangan, perkara tersirat dan membuat
keputusan siapa yang bersalah.
3. Jalan cerita misteri ini perlulah pendek dan singkat dan berkaitan dengan
elemen pembelajaran pada hari tersebut.
8
Isi tempat kosong dengan kata ganti nama diri yang sesuai.
beliau saya kami kamu dia
mereka kita patik beta kalian
1. “ perlu menyiapkan kerja sekolah sebelum keluar bermain,”
kata Puan Lina kepada anaknya.
2. “ hendaklah menyiapkan karangan ini sebelum waktu rehat,”
kata Cikgu Daril kepada murid-muridnya.
3. “ Cikgu Azman mengingatkan supaya bergotong-royong
membersihkan kelas,” kata Rania kepada rakan-rakannya.
4. “ Tuanku, sudah menyiapkan segala persiapan untuk ke Gunung
Ledang esok,” kata Hang Jebat kepada Sultan Mahmud.
5. “ amat kesal dengan kejadian amuk itu,” titah Sultan Melaka
dengan nada sedih.
6. Badrul dan Amin berjalan kaki ke sekolah. hendak menjalani
latihan bola baling.
7. “Adakah Zikri tinggal berdekatan dengan rumah kamu, Adam? Mengapakah
sudah dua hari tidak datang sekolah?,” tanya Cikgu Siti.
8. berasa terharu atas kepercayaan penduduk di kawasan itu kerana
memilinya sebagai Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Pagoh Jaya.
9. “ Ibu tidak benarkan menyertai perkhemahan itu,” kata Shereen
kepada Alia.
10. “ berjanji tidak akan bergaduh lagi,” kata Syed dan Aidil kepada
guru disiplin.
9
SK 5.1 Memahami dan menggunakan golongan kata mengikut konteks
SP 5.1.1 Memahami dan menggunakan kata nama mengikut konteks tidak formal;
(iv) penjodoh bilangan
CADANGAN SET INDUKSI
ENTRY TICKET
Cara Perlaksanaan:
1. Murid menyatakan perkara yang mereka ingin tahu daripada tajuk
pembelajaran dan ditulis pada nota pelekat.
2. Kemudian, murid menampal pada dinding.
3. Kemudian, semua pergi melihat nota tersebut itu.
4. Jika sesiapa ada jawapan kepada nota tersebut, mereka ambil dan kongsikan
jawapan kepada kelas.
10
Tuliskan penjodoh bilangan yang betul bagi setiap gambar di bawah.
11
SET 2
SK 5.1 Memahami dan menggunakan golongan kata mengikut konteks
SP 5.1.2 Memahami dan menggunakan kata kerja mengikut konteks;
(i) kata kerja aktif – transitif dan tak transitif
CADANGAN SET INDUKSI
LIRIK LAGU
Cara perlaksanaan:
1. Murid menyanyikan lagu yang popular dengan liriknya diubah suai mengandungi
elemen pembelajaran topik pada hari tersebut.
12
Baca dan fahamkan ayat di bawah. Kemudian nyatakan kata kerja yang
terdapat dalam ayat tersebut.
1. Encik Shaari mengasah parang-parang itu sehingga tajam.
2. Rohaimi selalu mandi di sungai itu dengan kawan-kawannya.
3. Puan Maria menyiram pokok-pokok bunga orkidnya pada waktu petang.
4. Azila sedang menidurkan adiknya di dalam buaian.
5. Zulkarnain mengisi borang permohonan untuk memasuki maktab itu dengan
teliti.
6. Penyanyi baru itu menyanyi dengan penuh semangat.
7. Murid-murid Tahun 6 Anggerik sedang berlatih di dewan sekolah.
8. Abang Azhar pergi ke bandar dengan menunggang motosikal.
9. Rosli terjatuh ke dalam longkang di hadapan rumahnya petang semalam.
10. Kakak sedang membancuh teh panas di dapur.
13
Lengkapkan ayat di bawah dengan jawapan yang sesuai.
14
SET 3
SK 5.1 Memahami dan menggunakan golongan kata mengikut konteks
SP 5.1.3 Memahami dan menggunakan pelbagai kata adjektif mengikut konteks.
CADANGAN SET INDUKSI
BAU SAYA
Cara perlaksanaan:
1. Guru meletakkan bunga, makanan atau benda yang berbau di dalam sebuah kotak.
2. Kemudian, tebuk lubang kecil pada kotak tersebut.
3. Edar kepada semua murid untuk hidu dan meneka isi kandungan kotak.
15
Lengkapkan ayat di bawah dengan jawapan yang sesuai.
hanyir luas cetek hapak lemau basi
empuk lembut
1. Sampah sarap di dalam longkang itu berbau .
2. Minyak masak itu berbau kerana sudah lama tidak dibasuh.
3. Ubi kayu itu mesti direbus hingga .
4. Air tasik ini menjadi kerana musim kemarau yang berpanjangan.
5. Halaman rumahnya dan bersih.
6. Biskut di dalam tin itu menjadi kerana tidak ditutup dengan rapat.
7. Sofa yang baru dibeli itu sungguh .
16
SET 4
SK 5.1 Memahami dan menggunakan golongan kata mengikut konteks
SP 5.1.4 Memahami dan menggunakan pelbagai kata tugas mengikut konteks.
CADANGAN SET INDUKSI
RADIO BURUK
Cara perlaksanaan:
1. Guru mencatatkan maklumat tertentu di atas kertas untuk dimaklumkan kepada
murid.
2. Murid diminta seorang murid untuk membaca maklumat/ayat dan membisikannya
kepada rakan di sebelah.
3. Kemudian, maklumat terus disampaikan sehingga murid terakhir secara berbisik.
4. Murid terakhir memberitahu kepada kelas tentang maklumat yang diterimanya.
5. Lihat bagaimana maklumat disampaikan.
17
Isi ruang kosong dalam ayat berikut dengan kata tugas yang disediakan.
1. Penulis terkenal itu Kota Kinabalu.
2. Pada pagi itu, Pak Tua ke ladang lagi.
3. Pelajar yang pandai pun boleh tersilap.
4. Malangnya, hati lelaki tua itu keras batu.
5. Saya percaya rakan sekelas saya penipu.
6. penghuni rumah pangsa itu pekerja kilang.
7. Projek yang besar itu projek rancangan mereka.
8. Di pejabat saya terdapat tempat menunggu bas.
9. Dua orang pelajar Tahun 6 Dahlia belum tiba .
10. Saya membeli novelnya yang terbit awal tahun.
begitu laksana bukan baru lagi ialah empuk
belum dari para hadapan
18
SET 5
SK 5.2 Memahami dan menggunakan bentuk kata mengikut konteks.
SP 5.2.1 Memahami dan menggunakan pelbagai kata berimbuhan mengikut konteks.
CADANGAN SET INDUKSI
5 WORDS
Cara perlaksanaan:
1. Guru berikan satu perkataan dan murid tulis 5 perkataan yang mereka boleh kaitkan
dengan perkataan utama tadi.
19
Isi tempat-tempat kosong dengan perkataan yang diberi.
1. Peperiksaan itu diadakan untuk ___________ kebolehan murid-murid.
2. Abang saya__________ majalah Dewan Pelajar daripada Dewan Bahasa dan
Pustaka.
3. Mereka sedang __________ sebuah peti ais dari lori.
4. Dia _________ poster itu pada papan kenyataan.
5. Puan Minah __________ anaknya betmain di tepi jalan raya.
6. Mereka sedang __________ keluasan tanah lapang itu.
7. Pihak sekolah __________ derma untuk membantu murid yang malang itu.
8. Cikgu Osman __________ buku kerja kami setiap hari.
9. Ibu sedang __________ nasi dari periuk nasi.
10. Ayah _________ besi itu sehingga licin.
menampal menegah memunggah
menempah
menyudu memungut
mengukur
menyemak menguji
memarang
20
SET 6
SK 5.2 Memahami dan menggunakan bentuk kata mengikut konteks.
SP 5.2.2 Memahami dan menggunakan pelbagai kata majmuk mengikut konteks
CADANGAN SET INDUKSI
I MOVE
Cara perlaksanaan:
1. Beberapa pergerakan digantikan dengan kata kunci tertentu.
2. Guru menyebutkan kata kunci itu dan murid menunjukkan pergerakan.
21
Lengkapkan petikan tersebut dengan jawapan yang betul.
22
SET 7
SK 5.2 Memahami dan menggunakan bentuk kata mengikut konteks.
SP 5.2.3 Memahami dan menggunakan pelbagai jenis kata ganda mengikut konteks
CADANGAN SET INDUKSI
KOTAK MISTERI
Cara perlaksanaan:
1. Dalam setiap kotak, murid perlu meneka objek di dalamnya
23
24
SET 8
SK 5.3 Memahami dan membina ayat mengikut konteks
SP 5.3.1 Memahami dan membina ayat tunggal, dan ayat majmuk dengan peluasan subjek dan
predikat mengikut konteks.
CADANGAN SET INDUKSI
RUNNING DICTATION
Cara perlaksanaan:
1. Setiap kumpulan ada seorang murid untuk dapatkan maklumat tertentu di
sekeliling kelas.
2. Kemudian, balik ke kumpulan dan seorang akan tuliskan maklumat sehingga
siap.
3. Dapatan dikongsikan.
4. Maklumat pula perlu yang mudah dan ringkas.
25
26
27
SET 9
SK 5.3 Memahami dan membina ayat mengikut konteks
SP 5.3.2 Memahami dan membina pelbagai jenis ayat mengikut konteks.
CADANGAN SET INDUKSI
ERROR DETECTION
Cara perlaksanaan:
1. Guru menunjukan bahan media/simulasi dan murid kenal pasti kesilapan atau
masalah.
2. Kemudian PdPc dibuat berasaskan Penyelesaian Masalah (Problem Solving).
28
29
SET 10
SK 5.3 Memahami dan membina ayat mengikut konteks
SP 5.3.3 Memahami dan membina ayat aktif, dan ayat pasif mengikut konteks.
CADANGAN SET INDUKSI
BONEKA TANGAN
Cara perlaksanaan:
1. Guru perkenalkan satu watak boneka tangan yang bersesuaian dan murid
boleh berbual dengan watak tersebut.
30
31
SET 11
SK 5.3 Memahami dan membina ayat mengikut konteks
SP 5.3.4 Memahami dan membina ayat susunan biasa dan susunan songsang mengikut
konteks.
CADANGAN SET INDUKSI
SIMULASI
Cara perlaksanaan:
1. Satu situasi diberikan dalam bentuk lakonan
(guru/guru+murid/murid/murid+murid).
2. Kemudian, situasi ini dibincangkan.
32
33
Modul Tatabahasa dan Induksi
Modul Tatabahasa dan Induksi merupakan projek
yang dijalankan oleh guru pelatih IPGK Ipoh bagi
memenuhi tuntutan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan.
Projek ini perlu dijalankan di sebuah sekolah yang
telah dipilih. Oleh hal yang demikian, penulis telah
memilih SK Convent untuk menjalankan projek. Projek
yang dijalankan juga adalah berdasarkan keperluan
yang penulis kenal pasti semasa berada selama satu
bulan di sekolah.
Modul Tatabahasa dan Induksi ini memuatkan
sebanyak 11 set modul latihan yang dibina
berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum Dan
Pentaksiran (DSKP). Modul ini telah disemak oleh
guru pembimbing penulis merangkap Ketua Panitia
Bahasa Melayu iaitu Puan Rosmayati binti Abdullah
.Setiap modul juga disertakan senarai induksi yang
bersesuaian dengan aktiviti pembelajaran. Penulis
berharap modul ini dapat memberi manfaat kepada
guru untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang
berkualiti.
34