Bulan Pusat Sumber Sekolah , Kempen Galakan Membaca, Dekad Membaca Kebangsaan Peringkat Sekolah & Program Nilam 2026“Membaca Membina Insan Berilmu”Anjuran Pusat Sumber Sekolah (PSS) SMA Dato’ Klana Petra Maamor6 Februari 2026 (Jumaat) @ Surau Al-Amin SMAD KLANA
1.0 PENDAHULUANPusat Sumber Sekolah (PSS) berperanan sebagai nadi ilmu dan pusat pembudayaan pembelajaran sepanjang hayat dalam kalangan warga sekolah. Seiring dengan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) serta pelaksanaan Dekad Membaca Kebangsaan (DMK), pihak sekolah mengambil inisiatif menganjurkan Program Bulan PSS, Kempen Galakan Membaca, Program NILAM dan Dekad Membaca Kebangsaan peringkat sekolah. Program ini dirangka bagi memupuk minat membaca, meningkatkan literasi maklumat, serta menggalakkan penggunaan PSS secara fizikal dan digital dalam kalangan murid.2.0 RASIONALStatistik penggunaan PSS dan penglibatan murid dalam aktiviti pembacaan menunjukkan keperluan untuk dipertingkatkan. Oleh itu, program yang berfokus dan berterusan perlu dilaksanakan bagi: 2.1 Menyemai budaya membaca sebagai amalan harian.2.2 Menggalakkan penglibatan aktif murid dalam Program NILAM.2.3 Menyokong aspirasi Dekad Membaca Kebangsaan. 2.4 Menjadikan PSS sebagai pusat pembelajaran abad ke-21.3.0 MATLAMATMelahirkan murid yang berilmu, berdaya fikir kritis dan membudayakan amalan membaca secara berterusan.4.0 OBJEKTIFAntara objektif program ini ialah: 4.1 Meningkatkan minat membaca dalam kalangan murid. 4.2 Menggalakkan penglibatan aktif murid dalam Program NILAM. 4.3 Mendedahkan murid kepada pelbagai bahan bacaan bercetak dan digital. 4.4 Meningkatkan kemahiran literasi maklumat dan pembelajaran kendiri. 4.5 Mengaktifkan peranan PSS sebagai pusat sumber utama sekolah.5.0 TARIKH, MASA DAN TEMPATTarikh : 6 Februari 2026 – 6 Mac 2026Masa : Sepanjang waktu persekolahan dan Cuti Tahun Baru CinaTempat : Pusat Sumber Sekolah & kawasan sekolah6.0 SASARANSemua murid SMA Dato’ Klana Petra Maamor serta guru dan warga sekolah.7.0 TEMA“Membaca Membina Insan Berilmu”8.0 PENGISIAN PROGRAM / AKTIVITI1. Majlis Pelancaran Bulan PSS, NILAM & DMK 2026 2. Taklimat Program NILAM kepada murid 3. Sudut Bacaan Kreatif kelas : Menyediakan ruangan yang selesa dan kreatif di sudut kelas.4. Pertandingan \"Book Face\" Photography: Murid mengambil foto kreatif menggunakan kulit buku (Selfie santai).5. Sudut \"Movie Time\" : Tayangan dokumentari pendek atau adaptasi novel di ruang santai PSS semasa waktu rehat.6. Program \"Coffee & Read\" : Sesi membaca santai di PSS dengan suasana kafe (menyediakan minuman ringkas).7. \"Blind Date with a Book\" : Membaca buku misteri berdasarkan kata kunci yang tertulis di kulit buku yang telah dibalut dengan kertas hadiah.8. Pertandingan Poster Galakan Membaca: Menyediakan poster menggunakan aplikasi digital(canva)9. Pertandingan Ulasan Buku : Ulasan disediakan dalam bentuk digital10. Majlis Penutup & Penyampaian Hadiah: Penyampaian hadiah kepada pemenang
9.0 STRUKTUR ORGANISASI & TUGASAN AJKJAWATANKUASA INDUK************************PENASIHAT : Tuan Haji Mohd Nurunnazif bin Jamal Rashid (Pengetua)PENGERUSI : Puan Subia binti Mohammed (PK HEM)NAIB PENGERUSI I : Puan Ungku Norhayati bin Ungku (PK Kokurikulum)NAIB PENGERUSI II : Encik Mohd Sofie bin Razali (PK Tingkatan 6)SETIAUSAHA : Puan Norizan binti Kamarudin (GPM)JAWATANKUASA KERJA************************TEKS UCAPAN PENGACARA MAJLIS DAN BACAAN DOA (6/2/2026 & 6/3/2026)Pn. Siti Nor Hafisah binti Md IsaBUKU PROGRAM (6/2/2026)Pn. Siti Khajaru’ain binti OsmanSIARAYA & RAKAMAN VIDEO TVPSS(6/2/2026 & 6/3/2026)En. Muhammad Lutfi bin ZainolDibantu oleh 2 pustakawanPOWER POINT PELANCARANCik Rapture A/P RajendranFOTOGRAFI (6/2/2026 & 6/3/2026)En. Amir Imran bin Abd RashidDibantu oleh 1 pustakawanPERSIAPAN TEMPAT (6/2/2026 & 6/3/2026)Mohd Amirul Aizat bin Mohd PaizDibantu oleh pengawas sekolahDOKUMENTASI (6/2/2026 & 6/3/2026)Pn. Norizan binti KamarudinHADIAH ( 6/3/2026 )Pn. Mahiratul Najlah binti MukhtarDibantu oleh 3 pustakawan.TEMPAHAN BUNTING (6/2/2026)Pn. Norizan binti KamarudinURUSETIA AKTIVITI*************************************Pertandingan Sudut Bacaan Kreatif kelasPn Maizatul Hasni binti Ali (Men. Rendah)Pn. Nurul Syazana binti Hanuar (Men. Atas)Pertandingan \"Book Face\" PhotographyPn. Siti Sarah binti Mohamad NoorSudut \"Movie Time\"Cik Nur Bazla’ Farisya binti Md JunidDibantu oleh 2 pustakawanProgram \"Coffee & Read\"Nafizah binti KassimDibantu oleh 2 pustakawan\"Blind Date With A Book\"Cik Amiza binti HamzahDibantu oleh 2 pustakawanPertandingan Poster Galakan MembacaPn. Zahila binti Mohd Zaik GunasegharanPertandingan Ulasan BukuPn. Noor Azlinn binti Zainal Abidin10.0 JANGKAAN IMPAK10.1 Peningkatan bilangan rekod bacaan NILAM murid10.2 Peningkatan penglibatan murid dalam aktiviti PSS10.3 Peningkatan penggunaan bahan bacaan digital10.4 Terbentuknya budaya membaca secara berterusan11.0 PEMANTAUAN DAN PENILAIAN11.1 Semakan rekod bacaan NILAM secara berkala11.2 Analisis kehadiran dan penyertaan murid11.3 Maklum balas guru dan murid11.4 Laporan akhir program oleh GPM12.0 PETUNJUK PRESTASI (KPI)12.1 Sekurang-kurangnya 80% murid merekod bacaan NILAM12.2 Peningkatan sekurang-kurangnya 20% rekod bacaan berbanding tahun sebelumnya12.3 Pelaksanaan sekurang-kurangnya 5 aktiviti galakan membaca13.0 PENUTUPDiharapkan program ini dapat memberi impak positif dalam membudayakan amalan membaca serta menyokong aspirasi pendidikan negara. Kerjasama dan sokongan semua pihak amatlah dihargai bagi menjayakan program ini.
TENTATIF************************7.30 pagi Ucapan Alu-aluan Pengacara Majlis7.45 pagi Ucapan Guru Perpustakaan & Media (GPM)8.00 pagi Ucapan Pengetua8.15 pagi Gimik Pelancaran8.30 pagi Majlis BersuraiPenghargaanSetinggi-tinggi Penghargaan dan Terima Kasih diucapkan kepadaYang Berusaha Pengetua SMA Dato’ Klana Petra MaamorTuan Haji Mohd Nurunnazif bin Jamal RashidYang Dihormati,Guru Penolong Hal Ehwal Murid,Puan Subia binti MohammedGuru Penolong Kanan Kokurikulum,Puan Ungku Norhayati binti Ungku Abu BakarGuru Penolong Kanan Tingkatan 6Encik Mohd Sofie bin RazaliGuru-guru Kanan Mata PelajaranGuru-guru Bimbingan dan KaunselingPara Guru SMAD KLANAMurid-murid/Pelajar SMAD KLANASertaSemua yang terlibat secara langsung atau tidak langsungdalam menjayakan Majlis Pelancaran Bulan PSS,Kempen Galakan Membaca,Dekad Membaca Kebangsaan Peringkat SekolahDan Program Nilam bagi Tahun 2026