NOVEL KOMPONEN SASTERA (KOMSAS) DALAM MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU :
JALAN KE PUNCAK
FATIN NUR IZZATI BINTI MAT ROSLI
2 AL BIRUNI
MRSM TRANSKRIAN
TEMA
Novel ini membawa tema kegigihan seorang pemuda dalam membina
kecemerlangan kerjaya masa depannya dengan cara berdikari.
Contohnya, Laiman yang berkelulusan ijazah kejuruteraan enggan
bekerja makan gaji, sebaliknya dia memilih untuk bekerja sendiri dengan
mengusahakan ladang tembikai di kampungnya. Laiman turut
mengusahakan kolam ikan air tawar, udang harimau, berniaga kedai
makan dan menjadi peraih hasil pertanian di kampungnya. Berkat usaha
gigih Laiman, akhirnya dia berjaya dalam bidang yang diceburinya dan
mendapat pengiktirafan daripada pihak kerajaan.
PERISTIWA
1. Laiman yang berkelulusan ijazah kejuruteraan enggan bekerja makan gaji,
sebaliknya dia memilih untuk bekerja sendiridengan mengusahakanladang tembikai
di kampungnya walaupun pada awalnya mendapat tentangan daripada ayahnya.
2. Pak Kiassim, ayah Laiman berjaya memujuk Pak Sahok untuk memberikan
kebenaran menjalankan projek ikan air tawar di tanah rizah di kawasannya
3. Perjuangan dan pengorbanan Laiman yang dibantu oleh sepupunya Milan yang
berjaya dan mereka berdua muncul sebagai usahawantani termuda.
SINOPSIS :
BAB 1 : BAGAIKAN MIMPI
Mengisahkan tentang seorang pelajar dari Sabah yang bernama Laiman yang tidak mempercayai bahawa
dirinya kini berada di Sarawak bagi menjalani latihan industri dalam bidang kejuruteraan. Laiman telah
dihantar untuk menjalani praktikal di sebuah syarikat minyak. Ketika menjalani latihan, kesemua tugasnya
dijalankan dengan bersungguh sungguh dan penuh minat. Di syarikat itu, Laiman berkenalan dengan Sukri.
Hari pertama Laiman sampai ke situ, mereka cuma tersenyum dari jarak jauh. Setelah seminggu Laiman
menjalani latihan, dia ditempatkan di bawah pengawasan Sukri. Bermula dari situlah perkenalan mereka
semakin erat. Sukri mahupun Laiman tidak berasa kekok lagi.
Laiman memaklumkan kepada Sukri bahawa dia ingin berehat setelah tamat pengajian nanti. Laiman
juga mengatakan bahawa dia tidak akan terburu-buru menerima tawaran bekerja dari mana-mana syarikat.
Sukri berasa aneh akan prinsip Laiman itu. Sudah jelas baginya bahawa kalangan pelajar akan memikirkan
tentang pekerjaan mereka setelah tamat belajar di universiti tetapi Laiman mahu berehat.
Laiman teringat akan kawan seuniversitinya, Chow Cin yang telah masuk ke universiti tersebut dua
tahun sebelumnya. Chow Cin berasal daripada keluarga yang berada namun dia seperti orang biasa. Setelah
tamat pengajiannya, Chow Cin mengusahakan syarikatnya sendiri dengan duit yang diberikan oleh ayahnya
sewaktu di universiti dahulu sebagai modal permulaan. Pada mulanya, dia menjual kereta terpakai kemudian
menjadi ejen import eksport di luar negara. Khabarnya, kini dia mengusahakan sebuah hotel mewah di kota.
Dia sudah menjadi jutawan baharu namun sikapnya tidak juga berubah. Laiman amat menganggumi Chow
Cin.
Bagi Laiman, kejayaan seseorang adalah datang daripada diri mereka sendiri. Dia pernah berjumpa
dengan seorang pekerja bengkel baik pulih kereta yang tidak berpeluang menamatkan pelajaranya atas
desakan hidup. Namun, berkat usahanya dia mampu berjaya dalam hidup. Laiman tertarik akan cara hidup
begitu. Kemahiran dan kesungguhan mampu membawa diri seseorang ke arah kehidupan yang lebih cerah.
BAB 2 : SESAL
Selepas sahaja habis waktu pejabat, Laiman bersiar-siar di pekan Lutong, pekan yang berhampiran dengan tempat
dia bertugas. Kerja yang dibuatnya sudah siap jadi dia ingin bertenang seketika pada petang yang damai dan
tenteram itu.
Pengurus dan sahabatnya Syukri memuji kerja yang dibuatnya amat rapi. Pengurus berpendapat Laiman
ialah seorang pekerja yang cekal, cekap dan bijak. Tengah hari tadi, Sukri telah membawa Laiman makan di
sebuah restoran di pekan Lutong untuk mengucapkan tahniah kepadanya. Namun Laiman bukanlah seorang yang
suka mencari nama. Dia tidak mahu mengambil kesempatan.
Sewaktu di pekan Lutong, Laiman disapa oleh seorang gadis manis bertubuh kecil, tinggi lampai orangnya
dan berambut pendek serta rapi tersenyum memandangnya, Soniah. Soniah datang bersama sama adik
sepupunya. Soniah merupakan rakan sekerjanya. Mereka berbual-bual sambal membincangkan hal kerja. Mereka
berpendapat bahawa kerja minyak bukanlah kerja yang mudah kerana besar kerugian yang perlu ditanggung jika
tersilap langkah. Laiman mengajak Soniah masuk ke restoran di pekan itu. Setelah mereka duduk di atas kerusi
restoran itu, Soniah bertanyakan tentang Muluk. Laiman tidak pernah berbual-bual dengan pemuda sasa berbadan
besar itu. Baginya, Muluk amat berlainan daripada orang yang pernah dijumpainya. Secara rambang, Laiman
mentafsirkan bahawa Muluk mempunyai sikap yang agak aneh.
Hati Laiman berasa tidak sedap memandang ke arah Soniah yang seolah olah ingin menyembunyikan
sesuatu. Air muka Soniah berubah. Soniah cuba mengalihkan tajuk perbualannya. Dia berasa menyesal kerana
membuka cerita itu di hadapan Laiman. Soniah tergamam melihat Laiman yang terganggu. Penyesalannya terus
meronta ronta. Akhirnya, Laiman mengalah. Dia membiarkan sahaja persoalan tentang Muluk tanpa sebarang
jawapan daripada Soniah. Dia tidak mahu perkara itu menjadi punca hubungan persahabatan mereka renggang.
BAB 3 : MUSIBAH
Sukri tergopoh gapah menghidupkan enjin kereta setelah menerima khabar daripada Pak Kasan,pemandu yang
akan berpencen tentang kejadian tangki minyak terbakar. Sukri memandu keretanya dengan laju kerana kesal
dengan kejadian yang baru sahaja melanda syarikat mereka. Tangki minyak yang terbakar itu ialah tangki minyak
yang dibaiki oleh Laiman dua minggu lalu. Persoalan utama ialah punca kebakaran itu boleh berlaku.
Walaubaagaimananpun, Laiman sudah berusaha untuk memperbaikinya, jadi tentulah tidak patut jika dia
dipersalahkan. Sukri akan mempertahankan Laiman jika ada yang menuduhnya. Tambahan pula, Laiman berada di
Kuching untuk bertemu rakan sekuliahnya ketika kejadian berlaku. Dia perlu mengambil buku-buku yang
disimpannya ketika berada di Kuching dahulu. Laiman memang tidak tahu akan perkara yang baru berlaku.
Anggota bomba mengambil masa selama tiga jam untuk memadamkan api. Kerugian yang dialami oleh pihak
syarikat belum dapat dianggarkan.Pengurus hanya mengetap bibir memikirkan soal kerugian, kerosakkan dan
kedudukannya sebagai ketua jabatan syarikat. Sukri tidak dapat melelapkan mata pada malam itu. Isterinya Misah
tidak berniat untuk menganggu suaminya pada saat-saat itu. Sukri berpendapat bahawa ada orang yang berniat
jahat untuk menjatuhkan Laiman.
Keesokkan harinya, Sukri telah bertolak ke rumah sewa Laiman bagi memaklumkan berita itu. Laiman berasa
hairan apabila mendengar berita itu. Dia seakan-akan tidak mempercayainya kerana dia yakin kerjanya sudah
cukup rapi. Dia juga sering menegur pekerja kontaktor agar kerja-kerja itu tidak terjejas. Punca kebakaran masih
dalam siasatan. Laiman bertambah bimbang apabila diberitahu bahawa pengurus ingin berjumpa dengannya.
Tentunya pengurus itu akan meletakkan kesalahan itu padanya nanti.
Sukri menyimpulkan bahawa itu adalah perbuatan khianat. Laiman juga mengatakan bahawa ada orang yang
ingin mengambil kesempatan dan cuba merpermainkannya. Laiman cuba menyenangkan hatinya sendiri agar
jiwanya tenteram. Pada saat-saat itu jugalah dia teringat akan perbualannya dengan Soniah seminggu yang lalu.
BAB 4 : HASRAT
Cuti hujung minggu Laiman dihabiskan Bersama-sama Soniah. Mereka berdua bersiar-siar di Bandar Miri. Mereka
juga ingin menghabiskan waktu hari kelepasan itu dengan melihat keindahan tanah Sarawak. Sewaktu di restoran,
Laiman bertanya kepada Soniah tentang rancangan pada masa hadapannya. Laiman seakan-akan tidak sabar untuk
mendengarnya. Soniah mendiamkan diri seketika kemudian barulah dia mendongak dan memandang ke arah
Laiman. Katanya ianya menghairankan malah menakjubkan. Laiman menguntum senyuman kerana dia tahu Soniah
ialah gadis yang bercita cita tinggi. Namun, Laiman dapat merasakan Soniah mempunyai masalah peribadi ataupun
soal lain.
Laiman memikirkan tentang kesempitan mereka berdua untuk meningkatkan taraf keilmuan kerana masalah
kemampuan. Keinginan Soniah untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi terbantut kerana keluarganya tidak
mampu. Mujurlah dia mendapat kerja di syarikat sekarang.
Akhirnya, Soniah menyatakan kepada Laiman bahawa dia ingin masuk ke jurusan kejuruteraan. Bagi Laiman,
jurutera amat berisiko dan mencabar. Soniah agak tersinggung dengan kata-kata Laiman kerana dia seperti
merendah-rendahkan keboleh wanita. Akan tetapi, Soniah membiarkannya begitu sahaja. Soniah berkata bahawa dia
suka akan cabaran walaupun terpaksa menjalankan tugas cari gali minyak sehingga berbulan lamanya ataupun
dihantar ke tempat lain. Soniah turut bertanyakan tentang kejadian kebakaran yang berlaku kepada Laiman. Laiman
memaklumkan bahawa tiada yang perlu dirisaukan kerana semuanya telah beres. Laiman juga berasa resah dan
berharap kejadian tersebut tidak menjejaskan perjalanan kuliahnya di universiti. Ketika bersiar-siar, Laiman berasa
tidak selesa apabila ada mata tajam yang seperti mengintai mereka di mana mana sahaja. Laiman menyedari
kehadiran Muluk yang memerhatikan gerak-geri mereka.
BAB 5 : PULANG
Laiman pun berubah setelah tamat pengajiannya, dan pulang ke kampung.
BAB 6 : TENTANGAN
Keinginan Laiman untuk mewarisi pekerjaan ayahnya iaitu petani telah mendapat tentangan daripada
ayahnya. Namun setelah dua bulan, usahanya mendirikan kebun tembikai yang seluas lima hektar itu sudah
menampakkan hasil. Ramai orang bercakap-cakap tentang seorang siswazah tidak sepatutnya bekerja
diladang. Laiman tidak mempedulikan kata-kata mereka. Laiman tidak mahu bergantung pada kerajaan
semata-mata. Laiman juga berpendapat bahawa kunci kejayaan adalah rajin berusaha dan rezeki ada di
mana-mana sahaja.
Setelah surat dari universiti tiba di tangannya, Laiman mengingati akan kejadian tangki minyak yang
ternyata berpunca daripada Muluk. Muluk berasa cemburu akan Laiman kerana dia menyangka Laiman dan
Soniah sedang dilamun cinta. Laiman berjaya terlepas daripada kemelut itu dan mengirimkan surat kepada
Soniah.
Laiman ingin menubuhkan satu lagi projek ternakan lebah madu dan ikan air tawar di paya yang
merupakah tanah rizab tetapi berada di dalam kawasan Pak Sahok. Milan sepupunya, menyatakan bahawa
urusan bersama Pak Sahok bukanlah mudah.
BAB 7 : RESAH
Pak Kiassim tidak berpuas hati kerana Laiman menolak tawaran bekerja daripada jabatan pertanian itu.
Laiman terganngu akan hal itu. Pak Kiassim berterusan menyerang Laiman tanpa memberikan peluang
untuknya membela diri. Hati Laiman berasa sayu apabila ayahnya menasihatinya supaya dia mengasihani
nenek yang ingin melihat dia senang dan berjaya dalam hidup. Laiman bingung kerana kata-kata ayahnya
seperti dia anak yang derhaka yang tidak mengenang jasa.
Laiman keluar menenangkan dirinya. Hidup Laiman kini berada di antara dua persimpangan. Dia
tertekan kerana cita-cita dan impiannya tidak difahami oleh ayahnya. Laiman ingin membuka mata
penduduk kampung supaya gigih berusaha tanpa mengharapkan bantuan daripada kerajaan seperti mana
yang dilakukannya bersama sepupunya Milan. Laiman mendapat sokongan daripada sepupunya dalam
usahanya itu.
BAB 8 :TEKAD
Pak Sahok tidak bersetuju untuk tanah di sebelahnya dijadikan projek ikan air tawar. Milan
membimbangkan rancangan mereka akan gagal namun azam Laiman amat kuat. Laiman berhasrat
mengajar orang orang kampung untuk berdikari dan dia ingin menaikkan taraf orang orang kampung
pada mata masyarakat lain.
Walaupun tanah paya itu tidak termasuk dalam geran Pak Sahok, namun Pak Sahok ada
mengusahakan sebahagian paya itu untuk dijadikan sawah. Laiman enggan berputus asa. Dia terus
memujuk Pak Sahok. Sementara itu kebun tembikainya mula berbuah. Laiman dibantu oleh Milan
untuk mengusahakan kebun itu. Dia juga berazam untuk meneruskan projek ternakan lebah madu.
Laiman bercadang untuk mengambil anak-anak muda kampung itu untuk bekerja dengan mereka.
Laiman ingin mengasuh mereka agar kenal erti hidup yang lebih berguna.
BAB 9 : PUJUK
Pak Sahok tetap berkeras walaupun Laiman sanggup berkongsi pendapatan dan keuntungan
apabila projek itu berjaya. Cabaran ini amat sukar ditempuhinya kerana sudah tiga kali dia naik ke
rumah Pak Sahok untuk meminta pendapat dan kebenaran. Pak Sahok mendakwa bahawa
Laiman akan memberikan racun dan membunuh kehidupannya.
Laiman terpaksa mengalah dan cuba memikirkan tempat lain yang lebih sesuai. Namun
Laiman dan Milan masih buntu dan penuh kehampaan. Pada masa yang sama ayahnya mula
menyedari hasil usaha Laiman telah mendatangkan hasil. Kejayaan tanaman tembikai Laiman
mula menjadi buah mulut penduduk kampung. Pak Kiassim menawarkan diri untuk berbincang
dengan Pak Sahok berkaitan projek ternakan ikan air tawar di tanah paya berhampiran tanahnya.
Laiman berasa terharu. Dia meminta maaf kerana selama ini dia tidak dapat memenuhi hasrat
ayahnya supaya bekerja sebagaimana siswazah lain.
BAB 10 : HARAPAN
Kejayaan yang dicapai oleh Laiman dengan projek tembikainya tersebar di mana-mana sahaja.
Keuntungan yang diperolehnya berlipat ganda. Hal ini telah membuka mata semua penduduk
kampung, termasuklah yang berada di kampung-kampung berdekatan. Pihak jabatan pertanian
juga menyokong Laiman dengan menawarkan pertolongan dalam apa-apa bentuk termasuk
peralatan.
Setakat ini, Laiman menungu hasil perjumpaan ayahnya dengan Pak Sahok. Tanah itu
memang diperlukan kerana sesuai untuk projek penternakan ikan air tawar. Akhirnya, Pak Sahok
telah bersetuju dan memberikan kebenaran. Laiman amat berterima kasih dan bercadang untuk
membawa orang kampung bagi mengusahakan tanah yang terbiar dengan projek projek lain. Hasil
jualan buah tembikai akan dijadikan modal untuk projek tersebut. Ramai anak muda yang mahu
bekerja dengan Laiman untuk menjayakan projek yang akan dilaksanakan itu. Kolam telah mula
dikorek, dan dua orang pekerjanya telah dihantar untuk mengikuti latihan khusus dalam bidang
penternakan. Sementara itu kebun tembikai diserahkan kepada ayahnya untuk diusahakan. Pada
masa yang sama, Soniah sesekali menghubungi Laiman melalui surat. Kini Soniah melanjutkan
pelajarannya di universiti.
BAB 11 : GALAU
Milan menuju ke rumah Laiman. Tujuan utamanya adalah untuk berbincang sesuatu. Laiman
yang baru sahaja pulang dari Kota Kinabalu belum lagi menampakkan mukanya di tapak projek.
Milan sebenarnya membimbangkan tentang Kedek dan Muali yang tidak mahu lagi bekerjasama
dengan mereka. Bagi Milan, kalau mereka meninggalkan projek mereka itu tentu mereka akan
kerugian besar. Muali menyatakan bahawa mereka mahu mengusahakan projek mereka sendiri.
Laiman amat terkejut mendengar berita itu daripada Milan. Dia tidak menyangka Kedek dan
Muali akan bersikap begitu. Dahulu, dia memilih mereka kerana mereka berdua begitu
bersungguh sunguh dan tekun. Pada mulanya dia amat marah tetapi dia yakin banyak lagi orang
kampung yang berkebolehan. Ayah Laiman mulai menyedari erti pengorbanan Laiman yang
enggan bekerja dengan kerajaan walaupun Laiman mempunyai ijazah. Dia mula memahami
Laiman telah bersusah payah mencari projek untuk yang akan membuka peluang pekerjaan
kepada anak-anak muda yang menggangur.
BAB 12 : TABAH
Abang Laiman, Mail pulang dari Kota Mardu. Mail yang sudah lima tahun bertugas si sana
tidak banyak bercakap.Mail binggung apabila adiknya perempuannya Jariah memaklumkan
hal berkenaan Muali dan Kedek.Baginya, menjalankan projek berseorang amat berisiko.
Keengganan Muali dan Kedek untuk bekerja setelah dihantar untuk mengikuti latihan
sudah tidak menjadi masalah lagi bagi Laiman. Abangnya Mail menyokong usaha yang
dibuat oleh Laiman dan menasihati adiknya itu agar melakukan kerja bersungguh-sungguh
tanpa menghiraukan cakap-cakap orang kampung terhadapnya.
BAB 13 : LUMAYAN
Sejak tiga bulan yang lalu, Laiman dan Milan menjaja kuih setiap hari. Mereka tiada kerja lagi
yang perlu dibuat melainkan sekadar memerhati. Baja makanan ikan sudah diserahkan kepada
pekerja yang cuma tinggal berenam itu.
Laiman tidak mahu membuang masa. Dia bercadang untuk menambahkan perniagaanya
dengan memesan solakan kuih bulan daripada pakciknya. Dengan adanya solakan itu maka
bertambahlah pendapatan yang diperolehnya setiap hari. Laiman ingin mencari duit sebanyak
mungkin. Selalunya kalau Laiman tidak ke kolam atau menjual kuih, dia akan pergi ke kampung-
kampung mencari pisang dan kelapa tua atau muda untuk dihantar ke Kota Kinabalu.
Pendapatan mereka disimpan di bank untuk kegunaan masa depan mereka.
BAB 14 : SINAR
Kecekalan dan ketabahan merupakan satu perkara yang sangat baik. Perkara inilah yang timbul dalam
benak Laiman sekarang. Dia perlu membaiki taraf kehidupannya. Tanda-tanda kejayaannya sudah ada di
depan mata. Kolam ikannya tidak lama lagi akan mengeluarkan hasil. Kolam udang yang dicadangkannya
juga sudah disediakan segala keperluan. Laiman berterima kasih kepada Pak Sahok kerana
mengizinkannya menggusahakan tanah di sebelah tanah Pak Sohok. Kini Laiman dan Milan telah muncul
sebagai usahawantani termuda yang berjaya. Mereka turut membeli lori yang dapat memudahkan urusan
mereka mengangkut hasil tanaman, ternakan dan perniagaan mereka. Orang-orang kampung amat
bergembira dengan lori Laiman. Sekurang-kurangnya mereka tidak perlu lagi mengangkut hasil tanaman
dengan tenaga sendiri. Hasilnya pula dapat diperoleh serta-merta.
BAB 15 : IMPIAN TERLAKSANA
Laiman sedar bahawa hidup ini memerlukan pengorbanan dan perjuangan tanpa mengira peluh
yang tumpah dan tenaga yang akan dicurahkan. Oleh itu, apa-apa sahaja yang dilakukannya
adalah untuk masa depannya sendiri. Dia bukan sahaja telah berjaya sebagai pengusaha kolam
ikan, tetapi juga sebagai pembekal kuih kepada pemilik kedai makan, malah sebagai seorang
peraih kelapa kepada pemborong yang berjaya walaupun dirinya mempunyai ijazah dalam
bidang kejuruteraan.
Kini, nama Laiman sudah menjadi sebutan orang orang kampung kerana kejayaannya
sebagai usahawan muda. Pak Kiassim turut berbangga atas kejayaan anaknya yang patut
dicontohi oleh kalangan ana- anak muda. Dia turut bersedia membimbing mereka yang ingin
berjaya sepertinya. Dia ingin melihat bangsanya berjaya.
Laiman masih mengingati Soniah yang telah tamat pengajiannya. Laiman sedar dia
menyimpan perasaan terhadap gadis itu. Berita Soniah akan berhijrah ke Sabah untuk bekerja di
syarikat pakciknya amat mengujakan Laiman. Dia berhasrat untuk mencurahkan isi hatinya
kepada Soniah.
Pengawai pertanian telah datang ke warung dan memberi sepucuk surat kepada Milan.
Laiman dan Milan mula membaca isi surat itu. Mereka berdua terkejut kerana menurut isi surat
itu, projek ikan air tawar mereka itu akan diperbesarkan lagi dengan bantuan jabatan pertanian
sendiri. Projek itu juga akan dijadikan projek yang terbesar di Sabah.