TUGASAN 3 (KETERAMPILAN BERBAHASA)
HALANGAN
KOMUNIKASI DAN ISU
DALAM KETERAMPILAN
BERBAHASA
SADIAH AL-KHAIRIAH BINTI AWANG BESAR
PPISMP BM SK4
PENGHARGAAN
Syukur ke hadrat ilahi atas rahmat dan kurnianya, maka kerja kursus BMMB1134 ini dapat
saya siapkan pada masa yang telah ditetapkan. Pelbagai liku dan cabaran yang telah saya
hadapi sepanjang menyiapkan tugasan ini. Namun, saya tetap bersyukur dan berterima kasih
pertama sekali kepada pensyarah saya iaitu Puan Arbiah Maddahiri yang telah banyak
berkongsi serta mencurahkan ilmu beliau kepada saya bagi menjayakan tugasan ini. Selain itu,
saya juga ingin berterima kasih kepada ibu bapa saya yang sentiasa menyokong dan memberi
semangat sepanjang menyiapkan tugasan. Seterusnya, tidak lupa juga kepada pensyarah-
pensyarah bagi subjek lain serta rakan-rakan yang telah banyak membantu.
Sekian, terima kasih.
KANDUNGAN
1 PENGENALAN 3 ISU KETERAMPILAN BAHASA
2 HALANGAN KOMUNIKASI 4 RUMUSAN
1 PENGENALAN
APA ITU
KOMUNIKASI?
Komunikasi merupakan proses pertukaran maklumat, perasaan,
idea dan fikiran yang berlaku antara dua pihak dan kadang-kala
melibatkan kumpulan yang ramai. Ia merangkumi dua hubungan
iaitu hubungan linguistik dan bukan linguistik. Hubungan linguistik
ialah komunikasi yang terhasil melalui percakapan, penulisan, dan
bahasa isyarat. Hubungan bukan linguistik pula bermaksud
komunikasi yang melibatkan pegerakan anggota badan seperti
kepala. muka, tangan, kaki dan sebagainya. Ia juga dikenali
sebagai bahasa tubuh.
1
2 HALANGAN KOMUNIKASI
MARI KITA LIHAT APA
SAHAJA HALANGAN
UNTUK KOMUNIKASI
2
HALANGAN KOMUNIKASI TERDIRI DARIPADA:- 4
FIZIKAL PSIKOLOGIKAL SOSIOLOGIKAL SEMANTIK
Sebarang gangguan Merujuk halangan yang Wujud disebabkan Halangan penggunaan
fizikal yang wujud secara disebabkan oleh cara perbezaan dari segi perkataan yang
terus dan nyata dalam berfikir yang berlainan persekitaran, budaya dan mempunayi makna yang
proses komunikasi akan dan tanggapan yang sosial. berbeza. Satu perkataan
memberi kesan kepada berbeza antara pengirim Cara percakapan antara yang sama tetapi
keberkesanan komunikasi. dan penerima. individu yang tinggal di memberi maksud yang
Contoh gangguan yang Contohnya, seorang bandar dan di luar bandar berbeza kepada dua
dimaksudkan ialah pengurus mencadangkan akan mempunyai individu yang berlainan.
gangguan telefon, bunyi, perubahan dalam kerja perbezaan dari sudut Contohnya, seseorang
mesin, percakapan untuk meningkatkan kualiti pengetahuan. pengurus ingin
manusia, bunyi kenderaan produk. Tetapi pihak Contohnya, penduduk menyampaikan arahan
dan sebagainya. kesatuan menjangkakan kampung sukar kepada pekerja asing
perubahan kerja ini akan memahami maklumat yang baru datang ke
mengurangkan pekerja. yang disampaikan oleh negara ini dimana pekerja
Persepsi ini adalah pakar kesihatan mengenai tersebut tidak tahu
berbeza antara dua penyakit berbahaya berbahasa Melayu dan
kumpulan tersebut. Inggeris.
3
3 ISU KETERAMPILAN BAHASA
ISU DALAM
KETERAMPILAN
BERBAHASA
4
ISU MEDIA SOSIAL
Media sosial merupakan media yang digunakan secara atas talian, dengan memberi peluang kepada
penggunanya untuk membuka laman web peribadi dan kemudian berhubung dengan masyarakat luar.
Terdapat pelbagai jaringan sosial yang sangat digemari oleh masyarakat digital pada hari ini. Antaranya
ialah aplikasi Whatsapp, Facebook, Instagram, Tiktok, Twitter, Youtube dan banyak lagi. Kesemua
aplikasi ini mempunyai pelbagai fungsi sama ada digunakan untuk berkomunikasi, berhibur atau sebagai
medium penyebaran ilmu.
Melalui aplikasi-aplikasi ini, pendapat dan maklum balas secara terbuka dapat dilontarkan, serta
berpeluang untuk berkongsi maklumat dalam masa yang singkat tanpa batasan.
Bukan itu sahaja, media sosial juga digunakan bagi tujuan mempromosikan produk dan memudahkan
urusan jual beli secara atas talian.
Disebabkan ciri media sosial yang tidak menghalang sesiapa untuk berhibur, ini menyebabkan
berlakunya perkembangan yang pesat dalam penggunaan siber oleh masyarakat global.
5
1 Penggunaan Bahasa Rojak
Pengguna media sosial menggunakan bahasa rojak semasa meluahkan pendapat, memberi komen dan
juga semasa menghantar mesej.
Bahasa rojak dapat didefinisikan sebagai cantuman pelbagai bahasa dalam satu pertuturan. Ia juga
biasa digunakan oleh masyarakat di negara kita dan kebanyakkannya ialah bahasa rojak Melayu-
Inggeris kerana sepertinya bahasa ini telah dijadikan 'Trend' terutamanya dalam kalangan generasi
muda hari ini.
Penggunaan bahasa rojak secara tidak terkawal akan menyebabkan kekuatan bahasa itu semakin
terhakis.
2 Penggunaan Bahasa Kasar dan Lucah
Sesetengah pihak tidak bertanggungjawab menggunakan media sosial untuk tujuan mengutuk dan
menghina tanpa mempedulikan sensitiviti orang lain.
Menyebabkan seseorang itu mengalami tekanan emosi.
Kita perlu akur bahawa media sosial bukanlah tempat untuk melemparkan pendapat yang sewenang-
wenangnya.
6
ISU BUDAYA
Budaya adalah suatu cara hidup yang berkembang dan dimiliki bersama oleh sebuah kelompok manusia
kemudian diwariskan dari satu generasi ke genarasi berikutnya.
Keperibadian sesuatu bangsa sering dikaitkan dengan penggunaan dan pengamalan bahasa dalam
masyarakat. Dalam bahasa Melayu terdapat ungkapan-ungkapan yang menunjukkan bahawa
pewujudan bahasa hendaklah selari dengan tingkah laku orang yang mengucapkan bahasa berkenaan.
1 Dialek Yang Pekat
Dialek sebenarnya ditentukan oleh faktor geografi dan faktor sosial. Perbezaan bahasa pengguna
berdasarkan daerah atau disebabkan faktor goegrafi ini dipanggil dialek daerah atau loghat daerah.
Seseorang yang dibesarkan dalam keadaan budaya di sekelilingnya akan bertutur dengan dialek yang
pekat dan seterusnya menyebabkan keterampilan berbahasa ketika hendak bertutur menggunakan
bahasa Melayu menjadi kurang mahir dan percakapan juga tidak jelas.
Sebagai contoh, penutur dialek yang berasal daripadaTerengganu mempunyai jati diri tinggi dan dialek
tersendiri yang menjadikan penuturnya akan menghadapi masalah kerana kurang keyakinan diri untuk
berdaya saing dengan pelajar lain di sekolah.
7
ISU BAHASA
Bahasa merupakan alat komunikasi yang wujud seiring dengan kewujudan manusia itu sendiri.
Melalui bahasa, manusia dapat melahirkan idea, perasaan dan berhubung dengan baik antara satu
sama lain.
Keupayaan berbahasa dalam berbahasa membolehkan seseorang itu berkomunikasi dengan berkesan.
1 Kerancuan Bahasa Bahasa Rojak
Sikap masyarakat yang suka mengagung-agungkan bahasa Inggeris.
- Implikasinya, keaslian dan keindahan bahasa Melayu dalam komunikasi massa akan mencemarkan budaya
fikir bangsa Melayu dan perkembangan bahasa Melayu yang menganggap perkataan rojak ini lebih mudah
dan bergaya.
Perspektif orang yang menilai bahasa Melayu ke arah negatif.
- Persepsi negatif yang lain menyatakan bahawa graduan yang mengambil bahasa Inggeris dikatakan lebih
laku di pasaran kerja berbanding graduan bahasa Melayu sedangkan pandangan mereka sendiri yang
meletakkan nilai bahasa ini di dalam kealpaan, kerendahan nilai dan jati diri dan lebih mengagungkan bahasa
Inggeris.
8
RUMUSAN
Secara keseluruhannya, halangan dan isu yang berkaitan dengan komunikasi ini adalah
penyebab yang menyumbang kepada masalah komunikasi dalam kalangan masyarakat kita
pada hari ini. Seseorang yang mempunyai kemahiran dalam keterampilan bahasa akan
menunjukkan kematangan dalam apa jua situasi yang dihadapinya kerana cara bahasa dan
pertuturan yang digunakan adalah mudah difahami dan berkesan kepada pendengar. Namun,
tanpa adanya kefahaman dan respon yang baik daripada pendengar ataupun pihak kedua,
maka komunikasi yang dilaksanakan itu masih kurang pada tahap pencapaian yang ingin
ditarget. Oleh hal yang demikian, kita sebagai masyarakat yang mewarisi bahasa pusaka
daripada nenek moyang kita seharusnya mampu menunjukkan keterampilan yang jitu dalam
berbahasa dan kefahaman yang baik dalam mendengar atau memahami suatu maklumat agar
proses komunikasi dsapat berjalan dengan lancar dan jayanya.
9
SEKIAN & TERIMA
KASIH
SEMOGA DAPAT MEMBERI ILMU YANG BERMANFAAT BUAT SEMUA <3