The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PERNYATAAN MAHKAMAH PERUSAHAAN JOHOR BAHRU.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by noorwaniismail35, 2024-04-05 02:00:55

PERNYATAAN MAHKAMAH PERUSAHAAN JOHOR BAHRU.

PERNYATAAN MAHKAMAH PERUSAHAAN JOHOR BAHRU.

1 DALAM MAHKAMAH PERUSAHAAN DI JOHOR BAHRU DALAM PERKARA MAHKAMAH PERUSAHAAN KES NO 16/4-300/24 ANTARA NOR DIN BIN MAD DERIS …… PIHAK YANG MENUNTUT (NO MYKAD : 660429-01-5357) DAN PAINAH TRAVEL AND TOURS SDN BHD …… PIHAK RESPONDEN (NO.SYARIKAT : (855640 H) KPL/LN 5911) PERNYATAAN KES 1. Saya Nor Din bin Mad Deris , kad pengenalan 660429-01-5357 yang menetap di No 79 Jalan Bunga Tanjung, Rumah Awam Plentong , 81750 Masai, Johor Bahru, Johor. ( Lampiran A , mukasurat : 4 ) 2. Pada tarikh 01 Mac 2020 saya diterima bekerja dan memulakan tugas di syarikat Painah Travel And Tours Sdn Bhd. yang beralamat di No. 3 , Kedai Felda Lok Heng Barat, 81900 Kota Tinggi , Johor. Saya tidak menerima surat tawaran , surat lantikan dan surat perjanjian pekerjaan dari pihak syarikat sehingga saya ditamatkan perkhidmatan . ( Lampiran B ,C dan D , mukasurat : 5 , 6 dan 7 ). 3. Aktiviti pekerjaan yang saya lakukan adalah sebagai pemandu bas/van syarikat tersebut untuk menghantar dan mengambil kakitangan penggiliran di Pengerang Terminals Two, Kota Tinggi Johor bermula dari Pasir Gudang ke Pengerang Terminal Two yang beralamat di Bangunan Pengerang Terminal (Two) Sdn. Bhd. , Lot PTD 4838 , 81600 Pengerang , Johor dan berakhir di Pasir Gudang. ( Lampiran E , mukasurat : 8 ) 4. Waktu bekerja bermula pada jam 6.30 pagi hingga 8.30 malam setiap hari tanpa mendapat faedah Cuti Rehat , Cuti Sakit , Cuti Pelepasan Am dan Cuti Tahunan. 5. Pihak syarikat membayar gaji saya melalui transaksi perbankkan daripada akaun persendirian pengurus syarikat Puan Jamaliah binti Katiman pada setiap bulan dan gaji terakhir diterima adalah sebanyak RM 3,500.00. ( Lampiran F(a) F(b), G(a) G(b) G(c) , H(a) H(b) H(c), I(a) I(b) I(c), J(a) J(b) , K(a) K(b) K(c) , L (a) L(b), M(a) M (b) , N(a) N(b) mukasurat : 9 hingga 30)


2 6. Pada tarikh 18hb September 2023 jam 5.00 petang, pengurus syarikat bersama tiga orang wakil syarikat telah berjumpa dengan saya di kawasan tempat letak kereta di Jalan Bunga Tanjung, Plentong untuk mengambil kenderaan syarikat bernombor pendaftaran JUG 7506 yang saya gunakan sewaktu saya menjalankan tugas. 7. Dalam masa yang sama pihak pengurus syarikat memaklumkan bahawa perkhidmatan saya ditamatkan serta merta dan beliau gagal mengemukakan surat pemberitahuan penamatan perkhidmatan dan pada jam 09:01 malam saya menerima notis pemberhentian perkhidmatan 24 jam daripada aplikasi WhatsApp milik pengurus syarikat, Puan Jamaliah binti Katiman. Alasan saya diberhentikan kerana tiada persefahaman diantara pekerja dan majikan. Sepanjang saya menjalankan tugas di syarikat ini sehingga diberhentikan saya telah menjalankan tugas dengan berhemah dan amanah sebaik mungkin. Saya tidak pernah menerima aduan ataupun tidak pernah diarah oleh pihak majikan untuk membuat surat tunjuk sebab diatas kesalahan tatatertib dan mutu kerja saya. Keharmonian antara saya bersama kakitangan yang lain dan majikan adalah sangat baik. (Lampiran O ,mukasurat :31 ) 8. Permohonan saya untuk mendapatkan surat penamatan perkhidmatan secara rasmi daripada syarikat pada 19hb September 2023 tetapi pihak syarikat gagal memberi jawapan atau sebarang kenyataan maklumbalas. (Lampiran P , mukasurat : 32 ). 9. Pada 25hb September 2023 saya telah membuat aduan di Jabatan Perhubungan Perusahaan Johor berhubung penamatan perkhidmatan saya di syarikat tersebut. ( Lampiran Q : mukasurat 33) 10. Pihak Jabatan Perhubungan Perusahaan Johor telah mengarahkan saya dan majikan untuk hadir ke Jabatan tersebut bagi satu mesyuarat rundingan damai untuk berbincang serta mencari penyelesaian mengenai perkara ini pada 5hb Oktober 2023. ( Lampiran R(a) dan R(b) : mukasurat 34 dan 35 ) 11. Mesyuarat rundingan damai kali kedua diadakan oleh pihak Jabatan Perhubungan Perusahaan Johor pada 12hb Oktober 2023. ( Lampiran S(a) S(b): mukasurat 36 dan 37 ) 12. Manakala mesyuarat rundingan damai lanjutan pula pada 19hb November 2023. ( Lampiran T(a) T(b): mukasurat 38 dan 39 ) 13. Susulan dari mesyuarat rundingan damai yang diadakan pada 19hb November 2023, saya telah menerima surat tawaran bekerja semula oleh majikan bertarikh 27hb November 2023 dan majikan bersetuju untuk memulihkan semula jawatan dan perkhidmatan saya. ( Lampiran U : mukasurat 40 )


3 14. Pada 29hb November 2023 saya telah menghantar surat penolakan tawaran pemulihan pekerjaan tersebut kerana pihak majikan tidak mematuhi Representasi Di Bawah Seksyen 20 Akta Perhubungan Perusahaan 1967 kerana jawatan dan gaji yang ditawarkan telah diubah. (Lampiran V : mukasurat 41 ) 15. Saya telah menerima maklumbalas dari Jabatan Perhubungan Perusahaan Johor bahawa satu laporan telah dihantar ke Ibu Pejabat , Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia memandangkan penyelesaian kepada perkara tersebut tidak dapat dicapai melalui perbincangan-perbincangan yang telah dijalankan. ( Lampiran W : mukasurat 42 ) 16. Saya menerima surat berdaftar dari Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia bertarikh 13hb Mac 2024 dan dimaklumkan bahawa Ketua Pengarah Perhubungan Perusahaan Malaysia telah merujuk representasi pembuangan kerja saya ke Mahkamah Perusahaan di bawah subseksyen 20(3) Akta Perhubungan Perusahaan 1967 untuk satu keputusan. ( Lampiran X : mukasurat 43 ) 17. Memohon untuk pemulihan pekerjaan dan pampasan yang sewajarnya. Bertarikh pada 30hb Mac 2024 ………………………………… NOR DIN BIN MAD DERIS PERNYATAAN KES ini difailkan oleh NOR DIN BIN MAD DERIS yang mempunyai alamat penyampaian di No 79 Jalan Bunga Tanjung, Rumah Awam Plentong, 81750 Masai, Johor. No. Tel : 019-8627879


4 LAMPIRAN A


5 LAMPIRAN B


6 LAMPIRAN C


7 LAMPIRAN D


8 LAMPIRAN E


9 LAMPIRAN F (a) Terimaan gaji Januari 2023


10 LAMPIRAN F (b) Penyata bank Januari 2023


11 LAMPIRAN G (a) Terimaan gaji Februari 2023


12 Penyata bank Februari 2023 LAMPIRAN G (b)


13 Penyata bank Februari 2023 LAMPIRAN G (c)


14 LAMPIRAN H (a) Penyata bank Mac 2023


15 Penyata bank Mac 2023 LAMPIRAN H (b)


16 Penyata bank Mac 2023 LAMPIRAN H (c)


17 LAMPIRAN I (a) Terimaan gaji April 2023


18 Penyata bank April 2023 LAMPIRAN I (b)


19 Penyata bank April 2023 LAMPIRAN I (c)


20 Terimaan gaji Mei 2023 LAMPIRAN J (a)


21 Penyata bank Mei 2023 LAMPIRAN J (b)


22 Terimaan gaji bulan Jun 2023 LAMPIRAN K (a)


23 Penyata bank bulan Jun 2023 LAMPIRAN K (b)


24 Penyata bank bulan Jun 2023 LAMPIRAN K (c)


25 LAMPIRAN L (a) Terimaan gaji Julai 2023


26 Penyata bank bulan Julai 2023 LAMPIRAN L (b)


27 Terimaan gaji bulan Ogos 2023 LAMPIRAN M (a)


28 Penyata bank bulan Ogos 2023 LAMPIRAN M (b)


29 Terimaan gaji bulan September 2023 dan bayaran ganti notis penamatan perkhidmatan. LAMPIRAN N (a)


30 Penyata bank bulan September 2023 LAMPIRAN N (b)


31 Notis penamatan perkhidmatan beserta gaji notis penamatan LAMPIRAN O perkhidmatan 24 jam


32 Permohonan surat penamatan kerja LAMPIRAN P


33 Borang aduan ke Jabatan Perhubungan Perusahaan Johor LAMPIRAN Q


34 Mesyuarat rundingan damai pertama. LAMPIRAN R (a)


35 Mesyuarat rundingan damai pertama. LAMPIRAN R (b)


36 Mesyuarat rundingan damai kedua. LAMPIRAN S (a)


37 Mesyuarat rundingan damai kali kedua. LAMPIRAN S (b)


38 Mesyuarat rundingan damai lanjutan kali ketiga LAMPIRAN T (a)


39 Mesyuarat rundingan damai lanjutan kali ketiga LAMPIRAN T (a)


40 Surat tawaran pemulihan kerja. LAMPIRAN U


41 Surat penolakan tawaran LAMPIRAN V


42 Surat makluman dari Jabatan Perhubungan Perusahaan Johor. LAMPIRAN W


43 Surat rujukan ke Mahkamah Perusahaan dari Ibupejabat Jabatan LAMPIRAN X Perhubungan Perusahaan Malaysia


Click to View FlipBook Version