The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 1 waniee, 2024-05-06 09:44:53

Tugasan Berasaskan Masalah CSR

Tugasan Berasaskan Masalah CSR

NUR BATRISYIA BINTI BADROL 03DDT23F1034 ATIYA MATANG 03DDT23F1008 WAN NURHUDA IZZATI BINTI WAN MOHD AFIS 03DDT23F1021 NUR SYAMIERA BINTI NORZAIDI 03DDT23F1005 NUR SYAFIQA JAFRYNA BINTI JAFFAR 03DDT23F1028 PUTRI NUR AIN BINTI PUTRA RAZI 033DT23F1018 NURSYAMIMI BINTI SYARKAN 03DDT23F1031 FATIN NUR SYAZWANI BINTI FADILLAH03DDT23F1002 NUR ALEEYA BINTI MOHD FARIT 03DDT23F1032 NUR QISTINAH BINTI ZAMZURI 03DDT23F1003 NURUL HANNIS SYAZLYANIE BINTI ZAINAL ALAM 03DDT23F1007 NURUL BATRISYIA BINTI SHARIF ZAID 03DDT23F1001 NURHAWANI BINTI OTHMAN 03DDT23F1004 AHLI KUMPULAN


1 Poster


2 Index BIl. TAJUK M/S 1. Poster 1 2. Index 2 3. Penghargaan 3 4. Carta Gantts 4-5 5. Pengenalan Program 6 6. Pelaksanaan Program 7 7. Objektif 8 8. Laporan Tentatif Program CSR 9 9. Ulasan CSR 10 10. Kesimpulan 11 11. Lampiran 12 12 Rujukan 13


3 Penghargaan Syukur Alhamdulillah kepada Allah S.W.T kerana dengan berkat dan keizinan dari-Nya, Kami dapat menyiapkan tugasan kerja kursus Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) ini dengan jayanya.Pertama sekali,kami ingin mendedikasikan ucapan penghargaan Ini kepada pensyarah pengajian islam iaitu Puan Jamilah Binti Omar kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya telah membuka ruang untuk kami menjayakan tugasan berkenaan. Selain itu,kami juga mahu mengucapkan penghargaan terima kasih yang tidak terhingga kepada Ahli Jawatankuasa Masjid Al- Ikhlas Taman Tunku Sarina yang memberi kami pemudahcara untuk menyiapkan tugasan ini.Mereka sememangnya telah memberikan kami segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak terhingga sehingga kami dapat menghabiskan tugasan ini. Seterusnya,kami turut ingin mengucapkan penghargaan terima kasih banyak – banyak kepada rakan saya khususnya seunit dengan saya kerana bersama-sama membuat kerja dan tidak mencuri tulang sepanjang tugasan mencuci dan mengemas ruangan masjid. Akhir madah,kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara langsung atau sebaliknya dalam menjayakan tugasan kami.Terima kasih.


4 Carta gantt CARTA GANTT (MINNGU PERTAMA) BIL PERKARA M8 25.02.2024 M8 26.02.2024 M8 27.02.2024 M8 28.02.2024 M8 29.02.2024 1 Membuat perancangan projek: -Taklimat oleh pensyarah - Menetapkan tajuk,matlamat dan objektif -Membuat draf projek 2 -Pembahagian kumpulan dan bilangan ahli untuk tugasan -pembahagian kawasan tugasan 3 Semakan dan pemantauan pensyarah 4 Persediaan pelaksanaan 5 Melaksanakan projek


5 CARTA GANTT (MINGGU TERAKHIR) BIL PERKARA M9 1.3.2024 M9 2.3.2024 M9 3.3.2024 M9 4.3.2024 M9 5.3.2024 1 Membuat perancangan projek: -Taklimat oleh pensyarah - Menetapkan isi laporan projek -Membuat draf laporan projek 2 -membentuk draf laporan bersama ahli kumpulan -pembahagian tugasan bagi setiap isi 3 Menyiapkan laporan projek 4 Pemantauan oleh pensyarah 5 Menghantar laporan projek


6 Pengenalan Program Tanggungjawab sosial korporat atau Corporate Social Responsibility (CSR) bermaksud kewajipan pengurusan sesebuah organisasi untuk membuat keputusan dan mengambil tindakan yang akan membantu dalam kebajikan dan kebaikan kepada masyarakat dan juga organisasi. CSR juga merupakan komitmen bagi mempertingkatkan kesejahteraan rakyat serta meningkatkan imej organisasi. Oleh itu , ahli jawatankuasa Masjid Al Ikhlas Taman Tunku Sarina telah menganjurkan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) pada 29 Februari 2024 sempena menyambut bulan Ramadhan serta dapat menjalinkan hubungan yang mesra antara AJK dan masyarakat.Aktiviti yang akan dilakukan pada hari pelaksanaan program tersebut adalah bergotong-royong membersihkan kawasan dalam dan luar masjid.Penganjuran aktiviti-aktiviti berkenaan turut mendapat kerjasama daripada semua AJK masjid tersebut dan institusi pengajian tinggi tempatan iaitu pelajar POLIMAS daripada Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi dari kelas DDT2C.


7 Pelaksanaan Program Nama aktiviti/kursus: PROGRAM TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT (CSR) MENYANTUNI MASJID AL IKHLAS TAMAN TUNKU SARINA Tarikh aktiviti/kursus: 29 FEBRUARI 2024 Tempat aktiviti/kursus: MASJID AL IKHLAS TAMAN TUNKU SARINA TARIKH MASA AKTIVITI 29.02.2024 (KHAMIS) 07:45 pagi 8:00 pagi Berkumpul Bertolak ke Masjid Al Ikhlas Taman Tunku Sarina 08:15 – 8:30 pagi Sarapan di Masjid Al Ikhlas Taman Tunku Sarina 8:30 – 08:45 pagi Taklimat 08:45 – 12:30 tengahari 01:00 tengahari Pembersihan Kawasan dalam dan luar masjid Rehat


8 Objektif Antara objektif utama program ini ialah : Membersihkan dan menceriakan masjid sebagai persiapan untuk menyambut Ramadhan yang akan menjadi kegunaan harian masyarakat untuk melakukan amal ibadat dengan selesa. Mengeratkan hubungan silaturahim antara AJK masjid bersama masyarakat.. Mewujudkan sikap bertanggungjawab, bekerjasama dan mengeratkan perpaduan. Mengukuhkan penerapan-penerapan nilai murni dalam kalangan pelajar. Menggembleng tenaga dan idea yang bersepadu dalam merealisasikan keberkesanan aktiviti. Membantu perkembangan sahsiah pelajar yang seimbang dari segi intelek, jasmani, emosi dan Rohani Penghayatan amalan individu sebagai insan yang percaya dan patuh kepada ajaran agama Melahirkan modal insan yang berkeperibadian unggul menerusi pemupukan pengetahuan, sikap dan amalan yang berkekalan dalam aspek kebersihan, kesihatan dan keselamatan.


9 LAPORAN TENTATIF PROGRAM CSR Pada 23 Februari 2024 yang lalu , subjek Pengajian Islam bagi kos Teknologi Maklumat untuk pelajar semester 2 Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (Polimas) telah mengadakan satu program csr atau gotong-royong ke Masjid Al Ikhlas Taman Tunku Sarina. Masjid tersebut terletak di Jitra, Kedah. Di hari yang sama , pensyarah memberi taklimat dan membuat perancangan program seperti penetapan hari dan tarikh , tempat serta perjalanan para pelajar ke masjid. Selain itu , pensyarah juga membuat pembahagian memo kepada pelajar. Selesainya perbincangan itu , kami ditugaskan untuk membahagi kumpulan , ahli dan kawasan yang ditugaskan untuk pembersihan . Tujuan utama program tersebut diadakan adalah untuk menyiapkan tugasan TBM (tugasan berasaskan masalah). Selain itu, program ini juga bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar tentang kepentingan dan kebaikan melakukan aktiviti gotong-royong di sekitar kawasan masjid. Pada 29 Februari 2024 , empat puluh sembilan pelajar dengan diiringi oleh tiga orang pensyarah telah bertolak dari polimas dengan sebahagiannya naik 2 buah kereta pensyarah. Sebahagian pelajar lagi bergerak sendiri memandangkan ramai pelajar yang tinggal di rumah sewa selain kamsis polimas.Kami berkumpul pukul 7.45 pagi,bertolak pada pukul 8.00 pagi dan tiba di masjid tersebut pada pukul 8.30 pagi. Setibanya di sana, kami telah diberi taklimat oleh ketua muslimat dan ajk masjid tersebut akan tentatif program. Dalam taklimatnya juga, ketua bahagian muslimat iaitu puan rohani mengucapkan terima kasih atas kesudian kami untuk hadir. Setelah selesainya taklimat , kami disediakan sarapan pagi bagi mengisi tenaga sebelum melakukan aktiviti pembersihan.Kami diiringi oleh 3 orang pembimbing untuk membimbing aktiviti membersihkan di beberapa kawasan masjid . Antaranya adalah tempat solat , tandas muslimin dan muslimat serta kawasan mengambil wuduk. kami berehat pula pada pukul 12.00 tengah hari untuk makan tengah hari, setelah itu kami lanjutkan sehingga akhir program iaitu pada pukul 1.00 tengah hari. Akhir program , semua pelajar bersiap-sedia mengemas barang dan mengambil gambar untuk membuat laporan.Dengan akhirnya program, pelajar bergerak pulang ke kediaman masing-masing.


10 Ulasan Csr Aktiviti CSR merupakan satu aktiviti yang sering diamalkan oleh masyarakat kita sejak dahulu lagi . Terdapat banyak kebaikan dan faedah serta mampu meningkatkan lagi perpaduan antara kita jika aktiviti CSR ini sering diamalkan di masa kini . Antara kebaikan yang diperoleh dari aktiviti CSR ini ialah sifat bekerjasama dalam usaha membersih serta membaik pulih masjid ini . Hal ini demikian kerana , pelajar diagihkan kepada beberapa kumpulan mengikut tugasan masing – masing . Contohnya , membersihkan kawasan tandas dan mengemas tempat beribadah muslimat . Selain itu, ia juga mampu mewujudkan sikap bertanggungjawab dalam diri seseorang dalam menyelesaikan tugas dengan sepenuh hati . Hal ini dikatakan demikian kerana , setiap pelajar mestilah menyelesaikan tugasan dalam tempoh yang telah ditetapkan . Seterusnya , aktiviti CSR juga mampu mempercepatkan lagi sesuatu kerja itu berbanding melakukannya secara bersendirian . Hal ini kerana, tugasan tersebut telah dilakukan secara berkumpulan dan dilakukan oleh jumlah yang ramai. Tuntasnya , kita hendaklah meneruskan serta memperbanyakkan lagi aktiviti CSR pada masa kini bagi mewujudkan masyarakat yang lebih berwibawa dan bertanggungjawab dalam melunaskan sesuatu tugasan atau kerja yang telah ditugaskan . Oleh itu , pihak berwajib diharapkan dapat menganjur lebih banyak aktiviti gotong – royong di masjid .


11 Kesimpulan Intihannya, masjid yang selesa dan bersih penting untuk mencapai matlamat ibadat yang sempurna. Fungsi utama masjid adalah sebagai tempat beribadat. Ia juga dipanggil dengan nama Baitullah atau rumah Allah. Ia sebenarnya mempunyai fungsi yang lebih besar untuk dimanfaatkan, bukan sahaja sebagai tempat beribadah, malah juga sebagai pusat aktiviti masyarakat. Tidak guna mempunyai surau dan masjid yang cantik dan gah, jika kebersihan tidak dijaga. Menjaga kebersihan masjid adalah tanggungjawab semua pihak agar kesuciannya sentiasa terpelihara sama ada di dalam masjid atau di sekitarnya. Dalam kitab Fiqah Islam, bab pertama yang dibahaskan ialah bab bersuci. Bersuci merujuk penjagaan kebersihan diri, tempat, pakaian, bangunan seperti masjid, surau, rumah, sekolah, termasuklah juga hal-hal kebersihan makanan, minuman, bahan gunaan seharian seperti ubat-ubatan, kosmetik dan sebagainya. Dalam Islam telah disyariatkan perintah menjaga kebersihan dan dianjurkan supaya umatnya sentiasa menjaga kebersihan rohani dan jasmani, yang juga bermaksud supaya umat Islam sentiasa bersih, harum wangi, kemas dan ceria dalam kehidupan seharian. Jika kita dapat melihat sebuah rumah yang menanti di syurga untuk mereka yang sentiasa menjaga kebersihan masjid, pasti ramai yang berebut-rebut menawarkan diri untuk membersihkan masjid. Masjid adalah satu tempat mulia dan soal kebersihan perlu diberi keutamaan sesuai dengan kemuliaannya. Sebagai umat Islam, kita seharusnya sedar akan kewajiban menjaga kebersihan dan keharmonian masjid ataupun rumah Allah agar disayangi Allah SWT. Sebagai seorang pelajar juga, kita haruslah bertanggungjawab sebagai anak muda untuk membantu dan memberi sepenuh tenaga kepada pihak yang memerlukan agar menjadi masyarakat muda yang berjaya dan disenangi Allah SWT.


12 Lampiran


13 Rujukan 1. https://anyflip.com/ldsgy/mdsy/basic 2. https://dei.so/ms/social-responsibility-and-corporate-social-responsibility-csran-overview-of-the-concepts/ 3. https://fuh.my/penulisan-laporan/ 4. https://www.scribd.com/doc/281041401/Tanggungjawab-Sosial-Korporat


Click to View FlipBook Version