Draf
20012015
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Kurikulum Standard Sekolah Rendah
KSSR
2.0 Menggunakan Algoritma Melalui Kod Pseudo
Dan Carta Alir
TAHUN 6
1
Draf
20012015
MODUL P3
Standard 2.0 Menggunakan Algoritma Melalui Pseudokod
kandungan: Dan Carta Alir
Standard 2.1 Mengenal algoritma, pseudokod dan carta
pembelajaran: alir.
2.2 Menerangkan makna simbol (mula dan tamat,
proses, pilihan dan aliran) dalam carta alir.
Masa: 2.3 Membuat perkaitan algoritma, pseudokod dan
carta alir dalam aktiviti harian.
60 minit
NOTA RUJUKAN
Apa itu Algoritma, Pseudokod dan Carta Alir?
Sebelum sesuatu atur cara komputer ditulis, perancangan
awal merupakan satu amalan yang penting. Pembinaan
algoritma merupakan perkara pertama dalam proses
pengaturcaraan untuk menyelesaikan sesuatu masalah.
2
Draf
20012015
Algoritma ialah satu set aturan untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Aturan
ini bertertib, jelas dan berkesan untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Pseudokod ialah satu set aturan yang ditulis dalam bahasa tabii untuk
menyelesaikan sesuatu masalah. Ia menunjukkan langkah demi langkah untuk
melaksanakan sesuatu tugas dari mula hingga tamat.
Carta Alir adalah rajah yang mengandungi simbol-simbol geometri
yang disambungkan untuk menunjukkan langkah-langkah penyelesaian
masalah.Setiap simbol mempunyai makna dan fungsi yang tertentu.
SIMBOL MAKNA/FUNGSI PENERANGAN
MULA / TAMAT Mula dan tamat sesuatu aktiviti
PROSES Aktiviti atau proses
PILIHAN Menguji sama ada benar atau
salah
ALIRAN Aliran aktiviti
PENYAMBUNG Menggabungkan aliran yang
berlainan
3
Draf
20012015
Contoh 1: Algoritma
Adakah anda suka makan kuih lapis?Berikut ialah resipi untuk menghasilkan
kuih lapis yang sedap.
Bahan-Bahan:
• 1 cawan tepung gandum.
• 2 sudu besar tepung beras.
• 2 sudu besar tepung jagung.
• 2 cawan santan pekat.
• 3/4 cawan gula.
• Sedikit garam.
• 1 sudu minyak masak.
• Pewarna merah.
4
Draf
20012015
Cara Penyediaan:
1. Masukkan semua bahan kecuali minyak dan pewarna. Kacau sampai
sebati.
2. Kalau ada ketulan tepung,tapiskan ia. Griskan loyang dengan minyak
masak tadi.
3. Bahagikan adunan kepada dua bahagian dan warnakan satu
bahagian adunan tersebut dengan pewarna merah.
4. Letakkan lapisan pertama dan kukus selama 5 minit. Setiap lapisan
mestilah dikukus selama 5 minit
5. Untuk lapisan terakhir,kukus selama 10 minit.
Sebenarnya resepi tersebut adalah merupakan algoritma yang mengandungi
senarai bahan-bahan masakan dan langkah-langkah untuk menghasilkan kuih
lapis yang lazat. Secara umumnya, algoritma ialah satu susunan langkah-
langkah untuk menyelesaikan masalah.
Resepi ini juga boleh ditulis dalam bentuk pseudokod dan carta alir.
Contoh 2: Pseudokod
5
Draf
20012015
Pseudokod:
1. Mula.
2. Masuk semua bahan kecuali pewarna dan minyak.
3. Kacau sampai sebati.
4. Tapiskan ketulan tepung.
5. Griskan loyang dengan minyak masak.
6. Bahagikan adunan kepada dua bahagian.
7. Warnakan satu bahagian adunan dengan pewarna merah.
8. Letakkan lapisan pertama ke dalam loyang.
9. Kukus selama 5 minit.
10. Letakkan lapisan seterusnya sehingga adunan habis.
11. Setiap lapisan mestilah dikukus selama 5 minit.
12. Untuk lapisan terakhir,kukus selama 10 minit.
13. Tamat.
Pseudokod mempunyai ciri-ciri yang menyerupai algoritma, cuma ia
mengandungi langkah mula dan tamat.Arahan berada dalam setiap langkah.
Sekarang cuba kita lihat pula bagaimana resepi ini digambarkan dalam
bentuk carta alir.
6
Draf
20012015
Contoh 3: Carta Alir Secara Urutan
Mula
Masukkan semua bahan kecuali pewarna dan minyak.
Kacau sampai sebati.
Tapiskan ketulan tepung.
Griskan loyang dengan minyak masak.
Bahagikan adunan kepada dua bahagian.
Warnakan satu bahagian adunan dengan pewarna merah.
Letakkan lapisan pertama ke dalam loyang.
Kukuskan setiap lapisan selama 5 minit.
Kukuskan lapisan terakhir selama 10 minit.
Tamat
7
Draf
20012015
PENGETAHUAN SEDIA ADA MURID
1. Murid telah boleh menulis langkah-langkah bagi aktiviti harian.
2. Murid telah boleh menulis set arahan bagi suatu peralatan digital dalam
melakukan tugasan.
3. Murid telah menguasai kemahiran asas perisian persembahan.
KEPERLUAN PERKAKASAN
1. Set Komputer
2. Kertas Mahjong
3. Pen Marker
4. Blue tack
KEPERLUAN PERISIAN
1. Perisian Persembahan (MS Powerpoint)
2. P3.ppt
8
Draf
20012015
AKTIVITI 1
Jom Ikut Saya!
(Mengenal Algoritma dan Pseudokod dan Carta Alir)
Langkah 1: Baca situasi di bawah dengan teliti.
Irwan adalah rakan sekolah anda.Anda menjemput dia datang
ke rumah anda untuk berbincang tentang projek sekolah. Anda
dikehendaki memberi arahan yang jelas kepada Irwan untuk
berjalan ke rumah anda.Irwan di larang melalui petak yang ada
pokok.
65432
Irwan
7 8 9 10 11 12
18 17 16 15 14 13
19 20 22 23 24
Rumah anda
9
Draf
20012015
Langkah 2: Tuliskan arahan kepadaIrwansupaya dia boleh sampai ke rumah
anda dengan tepat:
1 Contoh: Bergerak ke petak no 2.
2
3
4
5
6
7
8
9
10
TAHNIAH!!! ANDA TELAH BERJAYA
MENGHASILKAN SATU ALGORITMA
10
Draf
20012015
Langkah 3: Tuliskan arahan-arahan tepat ke rumah anda yang perlu diikuti
oleh Irwan dalam kotak di bawah menggunakan pseudokod:
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.
12.
TAHNIAH!!! ANDA TELAH BERJAYA
MENGHASILKAN SATU KOD PSEUDO
11
Draf
20012015
Langkah 4: Tuliskan arahan-arahan tepat ke rumah anda yang perlu diikuti
oleh Irwan dalam kotak di bawah menggunakan carta alir:
12
Draf
20012015
AKTIVITI 2
Mengenal Algoritma, Pseudokod dan Carta Alir
Langkah 1: Guru memaparkan persembahan dari P3.ppt yang mempunyai
contoh-contoh algoritma, pseudokod dan carta alir.
Langkah 2: Kenal pasti algoritma, pseudokod atau carta alir yang betul seperti
yang dipaparkan oleh guru.
AKTIVITI 3
Menulis Algoritma Bagi Aktiviti Harian Yang Dipilih
Kerja Berkumpulan.
Arahan: Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
Langkah 1: Setiap kumpulan senaraikan sekurang-kurangnya lima aktiviti
harian yang melibatkan urutan atau prosedur.
Langkah 2: Pilih satu daripada lima aktiviti tersebut dan tukar dengan kumpulan
lain.
13
Draf
20012015
Langkah 3: Setiap kumpulan dikehendaki menyenaraikan langkah-langkah atau
prosedur bagi aktiviti harian yang mereka terima. Lakarkan hasil
perbincangan dalam format Peta Pemikiran iTHINK jenis Peta Alir
(Flow Map).
Langkah 4: Bentangkan hasil perbincangan di dalam kelas.
AKTIVITI 4
Membina Pseudokod Dan Carta Alir Berdasarkan Algoritma
Mengenali Simbol Pada Carta Alir
Kerja Berkumpulan.
Langkah 1: Berdasarkan AKTIVITI 3, setiap kumpulan dikehendaki membina
pseudokod dan carta alir dengan menggunakan perisian
persembahan.
14
Draf
20012015
AKTIVITI 5
Membuat Perkaitan Antara Algoritma, Pseudokod Dan Carta Alir
Kerja Individu.
Langkah 1:Terangkan maksud algoritma, pseudokod dan carta alir
menggunakan Peta Pemikiran i-Think jenis Peta Bulatan (Circle
Map)
15
Draf
20012015
PENILAIAN 1
A. Nyatakan sama ada gambar rajah di bawah mewakili algoritma,
pseudokod, carta alir atau tidak berkaitan
16
Draf
20012015
PENILAIAN 2
A. Cari penyataan-pernyataan pada carta alir disediakan yang diletakkan
pada simbol yang salah. Apakah simbol yang betul untuk penyataan-
penyataan tersebut?
Mula
Buka alamat gmail di http://mail.google.com/
Isi data-data yang diperlukan
Klik kotak tanda persetujuan
Klik butang ‘Langkah seterusnya’
Klik ‘Tunjukkan 17
Draf
20012015
B. Lukis semula carta alir berdasarkan gambar rajah yang diberi dengan
menggunakan simbol yang betul. Nyatakan sebab anda menggunakan
simbol tersebut.
18
Draf
20012015
19
Draf
20012015
PENILAIAN 3
A. Nomborkan gambar mengikut urutan yang betul.
Persediaan untuk ke sekolah
B. Tulis pseudokod berdasarkan gambar di atas dengan urutan yang betul.
_________________________________________________________________
_________________________________________________________________
_________________________________________________________________
20
Draf
20012015
_________________________________________________________________
C. Susun pseudokod yang diberi ke dalam carta alir mengikut urutan yang
betul.
Penyediaan Ayam Goreng Bersalut Tepung.
Pseudokod Carta Alir
Goreng ayam
Mula
Potong ayam
Hidang ayam goreng
Salut ayam dengan tepung
Tamat
Gaul ayam dengan garam
21
Draf
20012015
LAPORAN PENCAPAIAN MURID
Nama Murid:
Tahun:
Kelas
Modul: Pengaturcaraan
Standard
Kandungan: 2.0 Menggunakan Algoritma Melalui Pseudokod dan Carta
Alir.
Standard
Pembelajaran: 2.1 Mengenal Algoritma, Pseudokod dan Carta Alir.
2.2 Menerangkan makna simbol (mula dan tamat, proses,
pilihan, aliran) dalam carta alir.
2.3 Membuat perkaitan algoritma, pseudokod dan carta alir
dalam aktiviti harian.
Bil Perkara yang dinilai Pencapaian Catatan
1 Murid boleh mengenalpasti Ya Tida
algoritma, pseudokod dan carta k
alirdaricontoh-contoh yang diberi.
(CAPAI / TIDAK CAPAI)
2 Murid boleh membentuk algoritma,
pseudokod dan carta alir
berdasarkan situasi mudah yang
diberi.
3 Murid boleh menerangkan makna
simbol dalam carta alir yang dibina.
4 Murid boleh membuat perkaitan
antara algoritma, pseudokod dan
carta alir.
KEPUTUSAN
22
Draf
20012015
TARIKH Tandatangan &
Nama Guru: Tarikh
Disahkan oleh: Tandatangan &
Tarikh
23
Draf
20012015
MODUL P4
Standard 2.0 Menggunakan Algoritma Melalui Kod
kandungan: Pseudo Dan Carta Alir
Standard
pembelajaran: 2.4 Membezakan aliran secara urutan dan pilihan
tunggal bagi algoritma, pseudokod dan carta
Masa: alir.
2.4.1 Membezakan aliran secara urutan
dan pilihan tunggal bagi algoritma.
2.4.2 Membezakan aliran secara urutan
dan pilihan tunggal bagi pseudokod.
2.4.3 Membezakan aliran secara urutan
dan pilihan tunggal bagi carta alir.
2.5 Menulis algoritma berdasarkan situasi secara
urutan dan pilihan tunggal.
90 minit
24
Draf
20012015
NOTA RUJUKAN
Aliran secara urutan dan pilihan tunggal.
Sesuatu masalah biasanya boleh diselesaikan dengan aliran secara
urutan.Aliran secara urutan melibatkan penyelesaian masalah yang
menggunakan langkah-langkah secara tertib. Walau bagaimanapun bukan
semua masalah boleh diselesaikan dengan aliran secara urutan kerana dalam
proses menyelesaikan masalah, kita akan berdepan dengan situasi yang
memerlukan kita membuat pilihan. Dalam modul ini, hanya pilihan tunggal sahaja
yang akan dibincangkan.
Contoh 1: Algoritma, Pseudokod dan Carta Alir Bagi Aliran Secara Urutan
Situasi:
Siti akan mengadakan majlis harilahir di rumahnya. Dia telah menyediakan atur
cara majlis seperti berikut. Bilangan jemputannya adalah seramai 25 orang.
Atur cara:
4.00 petang Ketibaan tetamu dan rakan-rakan.
4.30 petang Ucapan selamat datang.
4.45 petang Nyanyian dan pemberian hadiah.
5.00 petang Upacara memotong kek.
25
Draf
20012015
5.30 petang Permainan meniup belon
6.00 petang Cabutan bertuah dan permainan.
7.00 petang Majlis berakhir.
Pseudokod:
1. Mula
2. Menyambut ketibaan tetamu dan rakan-rakan
3. Memberi ucapan selamat datang
4. Menyanyi
5. Menerima hadiah
6. Memotong kek
7. Memulakan permainan meniup belon
8. Mencabut nombor bertuah
9. Majlis berakhir
10. Tamat
26
Draf
20012015
Carta Alir
Mula
Menyambut ketibaan tetamu dan rakan-rakan 27
Memberi ucapan selamat datang
Menyanyi
Menerima hadiah
Memotong kek
Memulakan permainan
Mencabut nombor bertuah
Majlis berakhir
Tamat
Draf
20012015
Contoh 2:Algoritma, Pseudokod dan Carta Alir Bagi Aliran Pilihan Tunggal
Pilihan tungal berlaku dalam situasi di bawah apabila pembekal belon tidak dapat
membekalkan belon dalam majlis. Penulisan Pseudokod akan memasukkan/
menunjukkan syarat pada pilihan tunggal pada atur cara Permainan Meniup
Belon.
28
Draf
20012015
Situasi:
Siti akan mengadakan majlis hari lahir di rumahnya. Permainan meniup belon dan
merebut kerusi telah disediakan untuk para tetamu. Bilangan jemputannya adalah
seramai 25 orang.
Atur cara:
4.00 petang Ketibaan tetamu dan rakan-rakan.
4.30 petang Ucapan selamat datang.
4.45 petang Nyanyian dan pemberian hadiah.
5.00 petang Upacara memotong kek.
5.30 petang Permainan meniup belon
6.00 petang Cabutan bertuah
7.00 petang Majlis berakhir.
Pseudokod:
1. Mula
2. Menyambut ketibaan tetamu dan rakan-rakan
3. Memberi ucapan selamat datang
4. Menyanyi
5. Menerima hadiah
6. Memotong kek
7. Jika ada belon
7.1 Memulakan permainan meniup belon
8. Mencabut nombor bertuah
9. Majlis berakhir
10. Tamat
29
Draf
20012015
Carta Alir
Mula
Menyambut ketibaan tetamu dan rakan-rakan
Memberi ucapan selamat datang
Menyanyi
Menerima hadiah Ya Memulakan
permainan
Memotong kek
meniup belon
Belon?
Tidak
Mencabut
nombor bertuah
Majlis berakhir
Tamat
PENGETAHUAN SEDIA ADA MURID
30
Draf
20012015
4. Murid telah mengenal Algoritma, Pseudokod dan Carta Alir.
5. Murid telah mengetahui makna simbol (mula dan tamat, proses, pilihan,
aliran) dalam carta alir.
6. Murid telah mengetahui cara membina algoritma, pseudokod dan carta alir
secara urutan.
KEPERLUAN PERKAKASAN
5. Set Komputer
6. Kertas Mahjong
7. Pen Marker
8. Blue tack
9. Kertas Nombor/Kad Nombor
10. Pensel Warna
KEPERLUAN PERISIAN
3. Perisian Aplikasi
31
Draf
20012015
AKTIVITI 1
Permainan ‘FROZEN’
Langkah 1:Setiap murid akan mendapat sekeping kertas/kad yang mengandungi
satu nombor.
Langkah 2:Murid diminta untuk tidak menunjukkan kertas/kad yang mengandungi
nombor tersebut kepada murid lain.
Langkah 3:Apabila guru meniupkan wisel atau berkata GERAK, murid akan
bergerak secara bebas sambil membawa kertas yang mengandungi nombor
tersebut.
Langkah 4:Apabila guru meniupkan wisel sekali lagi atau berkata BERHENTI,
murid akan berhenti dan membandingkan kertas/kad yang mengandungi nombor
tersebut dengan rakan disebelah kanannya. Jika nombor salah seorangnya
lebih kecil maka murid yang memegang nombor kecil itu akan dibekukan atau
FROZEN dan tidak boleh bergerak ke mana-mana.
Langkah 5:Ulangi LANGKAH 3 dan LANGKAH 4. Pemenang adalah murid yang
memegang nombor yang terbesar.
Langkah 6:Cuba anda tuliskan algoritma permainan tadi.
32
Draf
20012015
AKTIVITI 2
Membina algoritma,
pseudokod dan carta alir bagi aliran secara urutan.
Langkah 1: Guru memberikan satu situasi kepada murid.
Satu sesi perkhemahan perdana unit beruniform bagi murid
tahap dua akan diadakan pada hujung tahun ini. Perkhemahan
tersebut akan diadakan di sebuah hutan rekreasi. Murid
dikehendaki mendaftarkan diri di sekolah pada pukul tujuh pagi.
Semua murid dikehendaki menaiki bas yang telah disediakan.
Apabila tiba di tempat perkhemahan, murid dikehendaki
berkumpul di tapak perkhemahan bagi melihat demontrasi
pemasangan khemah. Seterusnya, murid akan memasang
khemah. Setelah siap, murid akan mengemaskan barang-barang
mereka di khemah masing-masing.
33
Draf
20012015
Langkah 2:
Murid melengkapkan algoritma.
di sekolah pada pukul tujuh pagi.
Semua murid dikehendaki yang disediakan.
Tiba di .
Murid di tapak perkhemahan.
Melihat pemasangan khemah.
Murid .
Setelah siap, murid barang-barang mereka di
khemah masing-masing.
34
Draf
20012015
Langkah 3: Murid-murid menyusun semula ayat-ayat untuk menghasilkan
pseudokod yang bertertib.
35
Draf
20012015
tiba di tempat perkhemahan
tamat
36
Draf
20012015
melihat demontrasi pemasangan khemah
mendaftarkan diri
berkumpul di tapak perkhemahan
37
Draf
20012015
memasang khemah
mula
menaiki bas
mengemaskan barang-barang
38
Draf
20012015
Langkah 4: Murid melengkapkan carta alir.
Memasang khemah Tamat Mendaftarkan diri
Melihat demonstrasi
Mengemaskan barang dalam khemah
Menaiki bas Mula Berkumpul di tapak perkhemahaan
39
Draf
20012015
AKTIVITI 3
LAMPU ISYARAT
Cuba anda perhatikan bagaimana LAMPU ISYARAT bekerja secara
urutan.Terdapat EMPAT urutan yang perlu anda ketahui. Warnakan LAMPU
ISYARAT di bawah untuk mengetahui bagaimana ianya bertukar mengikut
urutan!
Langkah 1:Anda hendaklah mewarnakan LAMPU ISYARAT yang menyala
sahaja mengikut urutan dalam rajah di bawah:
Langkah 2:Lengkapkan jadual di bawah berdasarkan urutan LAMPU ISYARAT
yang telah anda warnakan di LANGKAH 1.
40
Draf
20012015
Cuba tuliskan dalam bentuk PSEUDOKOD
1. Mula
2. MERAH menyala 5 Minit
Langkah 3: Cuba anda fikirkan bagaimana LAMPU ISYARAT yang boleh
memaparkan kiraan digital sebelum berubah kepada warna seterusnya.
Langkah 4: Cuba anda fikirkan bagaimana LAMPU ISYARAT anda
boleh digunakan di tempat murid sekolah menyeberang jalanraya.
Sila gunakan pilihan tunggal untuk situasi jika ada murid hendak
menyeberang jalan. Adakah anda perlu mengubah arahan kepada
LAMPU ISYARAT anda?
41
Draf
20012015
AKTIVITI 4
Membina algoritma,
pseudokod dan carta alir bagi aliran pilihan tunggal.
Langkah 1: Guru memberikan satu situasi kepada murid.
Satu sesi perkhemahan perdana unit beruniform bagi murid
tahap dua akan diadakan pada hujung tahun ini. Perkhemahan
tersebut akan diadakan di sebuah hutan rekreasi. Murid
dikehendaki mendaftarkan diri di sekolah pada pukul tujuh pagi.
Semua murid dikehendaki menaiki bas yang telah disediakan.
Apabila tiba di tempat perkhemahan, murid dikehendaki
berkumpul di tapak perkhemahan. Bagi murid yang telah
menguasai kemahiran pemasangan khemah, mereka akan
terus memasang khemah. Bagi murid yang belum menguasai
kemahiran pemasangan khemah, mereka dikehendaki melihat
demontrasi terlebih dahulu sebelum memasang khemah. Setelah
siap, murid akan mengemaskan barang-barang mereka di
khemah masing-masing.
Langkah 2: Murid diminta membina algoritma berdasarkan situasi
di atas.
42
Draf
20012015
Langkah 3: Murid diminta membina pseudokod berdasarkan algoritma yang
dibina.
Langkah 4: Murid diminta menghasilkan carta alir berdasarkan
algoritma situasi di atas.
43
Draf
20012015
PENILAIAN 1
A. Nyatakan jenis aliran bagi algoritma di bawah.
Siti ada seekor kucing. Setiap hari, Siti ada seekor kucing. Pada setiap
selepas pulang dari sekolah dia hari, selepas pulang dari sekolah dia
memberi makan kepada kucing itu memberi makan kepada kucing itu
selepas memandikannya. Namun selepas memandikannya.
pada suatu hari, Siti balik lewat
dari sekolah. Kucing itu kelihatan
tidak comot, maka Siti tidak
memandikannya. Kucing itu terus
diberi makan.
44
Draf
20012015
PENILAIAN 2
B. Ali: Ayah, ingat tak hari jadi saya minggu hadapan?
Bapa :Oh, ingat! Apa hadiah yang kamu mahu?
Ali : Saya inginkan kek dan sepasang kasut sukan Adidas.
Bapa : Kek itu sudah pasti boleh ayah belikan. Kasut sukan Adidas itu ayah
akan beli kalau dapat bonus.
Tulis algoritma berdasarkan dialog di atas.
45
Draf
20012015
PENILAIAN 3
D. Susun pseudokod yang diberi ke dalam carta alir mengikut urutan yang
betul.
Penyediaan Ayam Goreng Bersalut Tepung.
Pseudokod Carta Alir
Goreng ayam
Mula
Potong ayam
Hidang ayam goreng
Salut ayam dengan tepung
Tamat
Gaul ayam dengan garam
46
Draf
20012015
E. Susun pseudokod yang diberi ke dalam carta alir mengikut urutan yang
betul.
Penyediaan Ayam Goreng.
Pseudokod Carta Alir
Goreng ayam
47
Draf
20012015
48
Draf
20012015
LAPORAN PENCAPAIAN MURID
Nama Murid:
Tahun:
Kelas
Modul: Pengaturcaraan
Standard
Kandungan: 2.0 Menggunakan Algoritma Melalui Pseudokod dan Carta Alir.
Standard 2.4 Membezakan aliran secara urutan dan pilihan tunggal
Pembelajaran: bagi algoritma, pseudokod dan carta alir.
2.4.1 Membezakan aliran secara urutan dan pilihan tunggal
bagi algoritma.
2.4.2 Membezakan aliran secara urutan dan pilihan tunggal
bagi pseudokod.
2.4.3 Membezakan aliran secara urutan dan pilihan tunggal
bagi carta alir.
2.5 Menulis algoritma berdasarkan situasi secara urutan dan
pilihan tunggal.
Bil Perkara yang dinilai Pencapaian Catatan
Ya Tidak
1 Murid boleh membezakan aliran secara
urutan dan pilihan tunggal bagialgoritma,
pseudokod, dan carta alir yang diberi.
2 Murid boleh membentuk algoritma,
pseudokod dan carta alir bagi aliran
secara urutan dan pilihan tunggal
berdasarkan situasi yang diberi.
3 Murid boleh menukarkan pseudokod
kepada carta alir.
KEPUTUSAN (CAPAI / TIDAK CAPAI)
TARIKH
Nama Guru: Tandatangan &
Tarikh
49
Draf
20012015
Disahkan oleh: Tandatangan &
Tarikh
MODUL P5
Standard 2.0 Menggunakan Algoritma Melalui Kod
kandungan: Pseudo Dan Carta Alir
Standard 2.6 Memisahkan pseudokod kompleks kepada
pembelajaran: kod psuedo secara urutan dan pseudokod
secara pilihan tunggal
2.7 Menggabungkan carta alir urutan dan carta
alir pilihan tunggal secara logik
2.8 Menyediakan algoritma, pseudokod dan carta
alir dalam menyelesaikan satu masalah yang
diberi.
Masa: 90 minit
NOTA RUJUKAN
Pseudokod kompleks
Apabila sesuatu situasi mempunyai pelbagai arahan dan aktiviti, maka situasi itu
dikatakan sebagai kompleks.Begitu juga dengan pseudokod. Pseudokod yang
kompleks merupakan gabungan beberapa pseudokod aliran secara urutan dan
50