PSS TUN SERI LANANG 1
KERTAS KERJA STUDIO TV PSS
PUSAT SUMBER TUN SERI LANANG, SMK TELOK KUMBAR
1.0 PENDAHULUAN
Pusat Sumber Tun Seri Lanang merupakan tempat para guru mencurah ilmu dan para pelajar
menimba pelbagai ilmu dari pelbagai sumber. Terletak di blok B, tingkat 1, pusat sumber ini
mampu menampung seramai 100 orang murid pada sesuatu masa. Pusat Sumber ini
menyediakan pelbagai kemudahan bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran. Oleh yang
demikian, Pusat Sumber Tun Seri Lanang berhasrat untuk mewujudkan Studio TV PSS bagi
memenuhi keperluan pengajaran dan pembelajaran masa kini sejajar kearah menjadikan
Pusat Sumber Tun Seri Lanang sebagai salah satu Pusat Sumber Cemerlang di Pulau Pinang.
Studio TV PSS merupakan salah satu pendekatan yang boleh menarik minat para pelajar
dalam pembelajaran dan dapat memperkembangkan minda dan pengetahuan mereka
apabila menggunakan kemudahan di pusat sumber yang lengkap dan kondusif.
2.0 RASIONAL
2.1 Rasional memiliki peralatan bagi studio rakaman yang lengkap adalah seperti berikut:
i. Memberi ruang dan peluang kepada para guru dan pelajar memperkembangkan
minda dan pengetahuan dari sudut penggunaan peralatan rakaman yang terkini.
ii. Memenuhi keperluan dan kehendak Kementerian Pelajaran terhadap kemenjadian
pelajar dari pelbagai bidang.
iii. Penggunaan peralatan rakaman yang baharu akan memberi keselesaan kepada
para pengguna terutama semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung.
iv. Para pengguna dapat memaksimakan penggunaan studio seperti menyertai
pertandingan atas talian yang disediakan oleh JPN dan KPM.
v. Bagi menjadikan Studio TV PSS Pusat Sumber Tun Seri Lanang sebuah studio yang
kondusif dan lengkap buat para pengguna.
PSS TUN SERI LANANG 2
3.0 MATLAMAT
3.1 Matlamat penyediaan Studio TV PSS adalah seperti berikut:
i. Memenuhi kriteria Pusat Sumber Cemerlang ke arah matlamat pembelajaran abad
21 di SMK Telok Kumbar berteraskan konsep minimalist dan suasana yang kondusif.
ii. Menarik minat dan memudahkan para pelajar untuk mendapatkan studio rakaman
yang lengkap dan berteknologi tinggi.
iii. Membantu warga pendidik menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran
dengan lebih cekap, praktikal dan mampu menarik minat murid, sekaligus
memaksimumkan keberkesanan hasil pembelajaran.
iv. Penggunaan studio di pusat sumber dapat dimaksimakan selaras dengan
keselesaan yang bakal disediakan.
4.0 SASARAN
4.1 Guru-guru dan pelajar-pelajar SMK Telok Kumbar.
5.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
5.1 Kelengkapan bagi peralatan studio rakaman adalah seperti berikut:
o Laptop/komputer
o Mic/condensor mic / pop filter
o Studio monitor termasuk speaker
o Headphone
o Cables
o Mic stand
o Meja
o Internet / dongle
o Light Studio
o Kamera
o Penghawa dingin
PSS TUN SERI LANANG 3
5.2 Anggaran jumlah peralatan yang diperlukan adalah seperti berikut:
Nama Peralatan Bil Anggaran Anggaran Kos Jumlah
Unit Seunit Kos (RM) Pemasangan (RM)
Laptop/komputer (RM)
Mic/condensor mic / 2 2300 4600 (RM) 4600
pop filter 2 294 - 294
Studio monitor 147
termasuk speaker - 622
Headphone
Cables 1 Set 522 522 100 70
Mic stand 40
Meja 2 35 70 - 60
Internet/ dongle 2 20 40 - 230
Light Studio 2 30 60 - 150
Kamera 2 115 230 - 176
Sound proof span 1 50 50 100 2700
Penghawa dingin 2 88 176 - 300
3 900 2700 - 1400
40 5.00 200 100
1 1200 1200 200
6.0 PUNCA KEWANGAN
6.1 Sumber kewangan adalah daripada sumbangan Syarikat-syarikat Korporat, badan-badan
berkecuali (NGO), Bank-bank Koperasi dan Komersial Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG)
SMK Telok Kumbar dan individu.
PSS TUN SERI LANANG 4
7.0 PENUTUP
Adalah menjadi harapan pihak Pusat Sumber Tun Seri Lanang merealisasikan impian untuk
mewujudkan Studio TV PSS yang lengkap dan berteknologi tinggi dengan jayanya.Diharap
para guru dan para pelajar akan menikmati keselesaan semasa pengajaran dan pembelajaran
berlangsung. Pihak pusat sumber juga berharap agar keadaan yang kondusif dan lengkap
dapat membuatkan para pelajar lebih bermotivasi dan bersemangat. Melalui cara ini kualiti
pengajaran dan pembelajaran akan lebih baik dan berkesan selain memberi impak yang lebih
bermakna.
Disediakan Oleh; Disahkan Oleh;
________________________ ___________________________
(Pn. Siti Norbayasaiha Binti Saidin) (Pn. Sharifah Bahum Binti Abdul Rahim)
Guru Perpustakaan & Media Pengetua
SMK Telok Kumbar SMK Telok Kumbar
LAMPIRAN 1 PSS TUN SERI LANANG 5
Studio TV PSS Tun Seri Lanang
(dalam proses merealisasikan)
PSS TUN SERI LANANG 6
LAMPIRAN 2