The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nieya1332, 2022-12-31 05:07:00

BUKU SKRAP PERPADUAN

BUKU SKRAP PERPADUAN

LET’S ENHANCE TOGETHER

EK00202 PENGURUSAN
ORGANISASI PELAJAR
BUKU SKRAP DIGITAL PERPADUAN
SHONIEYA SHRI A/P RETNASAMY

(BI22160513)

PERPADUAN

MAKSUD PERPADUAN
Dari segi semantic bahasa, perkataan
‘perpaduan’ ini asalnya dari perkataan
‘padu’ iaitu ‘mampat’, ‘pejal’ dan ‘padat’.
Maka perkataan perpaduan membawa
maksud ‘penggabungan’. Selain itu,
secara definasinya pula, perpaduan
merupakan satu keadaan rakyat dari
pelbagai kumpulan etnik, agama dan
wilayah, hidup dengan aman sebagai
satu bangsa yang Bersatu dengan memberi komitmen yang penuh kepada identity
kebangsaan berlandasan kepada Perlembagaan Perseketuan dan Rukun Negara. Jadi daripada
penggabungan dua definisi di atas, kita boleh simpulkan bahawa perpaduan merupakan satu
proses menyatupadukan seluruh masyarakat supaya setiap anggota masyarakat dapat
membentuk satu identity dan nilai bersama serta perasaan cinta akan tanah air.

Perpaduan di Malaysia
Malaysia dikenali sebagai sebuah negara yang
mempunyai berbilang bangsa dan agama. Antara
kaum yang ada di Malaysia ialah Melayu, Cina,
India, Kadazan dan Iban. Kepelbagaian kaum di
Malaysia ini turut menwujudkan pelbagai budaya,
makanan tradisional serta perayaan yang
disambut di negara ini. Perpaduan yang kuat dan
kukuh antara rakyat mampu menjana kejayaan
dan kecemerlangan bagi kesejahteraan serta
kemakmuran negara. Oleh yang demikian,
perpaduan dan keharmonian adalah elemen yang
sangat penting dalam mengekalkan keharmonian dalam kalangan masyarakat Malaysia.
Tanpa perpaduan, nescaya kemerdekaan dan kedaulatan negara yang telah diperoleh sejak
sekian lama akan hilang dalam sekelip.

Perayaan Tahun Baru Cina

MAKSUD

Tahun Baru Cina merupakan perayaan
terpenting orang Cina bagi menyambut
tahun baru dalam kalendar qamari Cina.
Kalendar qamari Cina terbahagi kepada
kitaran 12 tahun dan dinamakan
sempena nama haiwan. Tahun Baru
Cina melambangkan permulaan, titik
permulaan dalam nasib dan kehidupan.

CARA MENYAMBUT

Sebelum hari tahun baru bermula, sanak
saudara yang jauh akan kembali berkumpul.
Rumah akan dicuci dan segala hutang-piutang
dikutip atau dibayar agar mereka tidak
sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun
yang baru. Mercun dibakar pada tengah
malam bagi menandakan bermulanya tahun
baru dan bagi menghalau puaka dan nasib
malang. Rumah-rumah dihiasi dengan buah
limau sebagai simbol murah rezeki, bunga dan
pokok limau.Tahun Baru Cina diraikan dengan jamuan yee sang dan kuih bakul. Kaum
keluarga akan makan besar dengan masakan tradisi seperti daging itik, daging salai, sosej,
kuih pulut, dan limau mandarin. Golongan muda pula akan melawat golongan tua dan
menerima wang angpau dalam sampul merah bagi melambangkan nasib baik, yang diberikan
oleh orang yang berkeluarga kepada mereka yang masih belum kahwin. Perarakan tarian
naga atau singa akan diadakan, dengan kereta berhias yang diiringi bunyi gendang. Lima
belas hari selepas perayaan Tahun Baru Cina, perayaan Tahun Baru Cina ditamatkan dengan
perayaan Cap Goh Mei.

Makanan Tradisional Perayaan Tahun Baru Cina

YEE SANG
Yee Sang juga dikenali sebagai Yu Sheng dalam bahasa
Mandarin. Makanan tersebut terdiri daripada bahan salad,
ikan, sos plum dan kacang. Kebiasaannya, restoran
menggunakan ikan Salmon atau Abalone yang dihiris nipis-
nipis. Makanan ini dihidangkan semasa Tahun Baru Cina.

KUIH BAKUL
Kuih bakul ini boleh disamakan dengan kuih
dodol kepunyaan masyarakat Melayu. Tahap
kekenyalan boleh dikatakan kuih bakul lebih
kenyal. Ia juga mengambil masa yang lama
untuk disediakan. Secara kesuluruhannya,
masyarakat Cina percaya bahawa ini
merupakan simbol kepada semakin tahun
semakin tinggi dari segi pencapaian ataupun
kewangan

KARIPAP KACANG

Karipap kacang yang dikenali sebagai Kok Chai ini
memang unik dan berbeza dengan karipap biasa.
Kebiasaannya, karipap kaum Melayu berintikan
sardin atau kentang. Kok Chai ini berintikan kacang
dan luarnya sangat rangup dan keras.

Perayaan Hari Raya Aidilfitri

MAKSUD

Hari Raya Aidilfitri disambut pada 1 Syawal
tahun Hijrah. Perayaan tersebut juga
dikenali sebagai Hari Raya Puasa, Hari
Raya Fitrah atau Hari Lebaran. Hari Raya
Aidilfitri merupakan perayaan yang
disambut oleh umat Islam di seluruh dunia
tidak kira bangsa sama ada Arab,
Inggeris, Melayu, India-Muslim, Cina-Muslim dan lain-lain bangsa di seluruh dunia yang
beragama Islam bagi menandakan berakhirnya bulan Ramadhan yang mana umat Islam telah
menjalani ibadat puasa dengan tekun. Ia merupakan antara dua perayaan terbesar bagi umat
Islam, selain Hari Raya Kurban. Hari Raya Puasa bermula melalui dua cara iaitu melalui rukyah
ataupun secara hisab. Sekiranya melalui rukyah, apabila anak bulan kelihatan, ini menandakan
bermulanya bulan Syawal, iaitu bulan ke-10 dalam Takwim Hijrah Islam. Di Malaysia, anak
bulan akan diperhatikan oleh pegawai bertugas pada sebelah petang hingga waktu maghrib
di beberapa tempat strategik.

CARA MENYAMBUT

Di Malaysia, Hari Raya Aidilfitri disambut
dengan meriah. Berminggu-minggu
sebelum perayaan tersebut menjelma,
suasana persiapan menjelang Aidilfitri
telah dirasai. Pusat-pusat membeli-belah
akan mengadakan jualan murah dan
dihiasi dengan perhiasan secara besar-
besaran. Lagu-lagu raya juga akan
diputarkan di radio dan di televisyen. Rancangan-rancangan yang berkisarkan Aidilfitri akan
ditayangkan. Bank, sekolah, dan premis-premis perniagaan akan ditutup selama beberapa
hari sehingga seminggu sempena Aidilfitri. Di jalan raya utama dan lebuh raya di seluruh
negara, kesesakan akan berlaku akibat kebanjiran warga bandar yang pulang ke kampung
halaman untuk menyambut Aidilfitri bersama-sama sanak saudara dan kaum keluarga.
Fenomena ini juga dikenali sebagai Balik Kampung.

Makanan Tradisional Perayaan Hari Raya Aidilfitri

LEMANG
Kombinasi beras pulut dan santan menjadikannya
hidangan warisan kegemaran ramai di Malaysia.
Dibaluti daun pisang untuk membangkitkan aroma
wangi, ia kemudiannya dituang ke dalam batang
buluh yang kosong dan dibakar di atas api.
Dihidangkan dengan memotong bulat, lemang enak
dinikmati bersama kari atau rendang.

KETUPAT

Ketupat tradisional dipersembahkan dengan
sempurna dalam anyaman daun kelapa yang
cantik mata memandang tapi amat sukar untuk
dikuasai. Beras akan dimasukkan ke dalam sarung
ketupat yang dianyam dan direbus hingga masak.
Kecantikan serta keistimewaan ketupat
melambangkan betapa istimewanya perayaan ini.

RENDANG

Berasal daripada etnik Minangkabau di Indonesia, sajian
klasik ini dimasak dengan santan sehingga pekat dan
semua kuahnya melekat dan menyaluti daging yang
digunakan, tidak seperti sajian berkuah yang lain.
Rendang biasanya dibuat menggunakan ayam atau
daging lembu. Yang menariknya, rendang mengandungi
bahan pengawet semula jadi yang diperolehi daripada
kombinasi santan, pelbagai jenis bahan dan rempah yang
membolehkan ia bertahan sehingga empat minggu.

Perayaan Hari Deepavali

MAKSUD

Perayaan Deepavali atau Diwali ialah suatu perayaan dalam
kalangan penganut agama Hindu menandakan kemenangan
oleh kuasa kebaikan terhadap kuasa kejahatan, secara
simboliknya ditujukan dalam erti cahaya yang menerangi
kegelapan. Maksud tersiratnya ialah menyemai nilai-nilai positif dalam diri kita untuk menjadi
individu yang lebih baik dengan mengatasi nilai-nilai negatif dalam diri kita untuk
perkembangan rohani. Hari Deepavali bermula dengan menyapu minyak bijan di atas kepala
dan badan untuk menyejukkan badan, diikuti upacara sembahyang bersama ahli keluarga di
rumah dan mendapat restu daripada ibu bapa dan orang tua sebelum ke kuil. Semua orang
akan memakai pakaian baru, berkongsi manisan yang disediakan khas untuk Deepavali serta
mengunjungi rumah sanak-saudara dan rakan-rakan. Pada waktu malam, barisan lampu
dinyalakan dan bunga api serta mercun memeriahkan lagi sambutan.

CARA MENYAMBUT

Di Malaysia, hari Deepavali disambut pada bulan ketujuh
kalendar suria Hindu dan dijadikan cuti umum persekutuan
di seluruh Malaysia kerana terdapat kira-kira 1.5 juta
penganut Hindu yang kebanyakannya berasal dari India
Selatan.Malam sebelum hari Deepavali merupakan hari untuk memperingati datuk,nenek dan
moyang yang telah meninggal dunia dengan upacara sembahyang kecil di rumah di kalangan
keluarga terdekat sahaja. Pada pagi Deepavali, penganut Hindu akan mandi dengan menyapu
minyak bijan di atas kepala dan badan untuk menyejukkan badan dan juga sebagai lambang
penyucian badan dan semangat. Selepas upacara penyucian yang melambangkan permulaan
yang baru, penganut Hindu akan sembahyang bersama keluarga di rumah serta mendapatkan
restu ibu bapa dan orang tua sebelum memakai pakaian baru dan mengunjungi kuil. Kemudian
barulah mereka mula mengunjungi rumah sanak-saudara dan rakan-rakan. Rumah terbuka
juga diadakan untuk rakyat jelata. "Kolam" asalnya dibuat daripada tepung beras yang tidak
diwarnakan sebagai makanan untuk semut dan serangga lain kerana agama Hindu percaya
bahawa Tuhan atau Atman wujud di dalam setiap ciptaan Tuhan di dunia ini. Maka, aspek
mendalam ialah "kolam" merupakan cara termudah untuk memberi sedekah atau pun dilihat
sebagai cara berkongsi sumber alam dengan benda hidup yang lain.

Makanan Tradisional Perayaan Hari Deepavali

THOSAI
Thosai merupakan makanan kegemaran orang
india. Makanan ini menjadi menu utama dalam
hidangan Hari Deepavali. Thosai kebiasaannya enak
dimakan bersama kuah “sandhini”

IDHILI
Idhili merupakan makanan sampingan
dalam menu hidangan kaum india pada
hari Deepavali. Idhili dimakan bersama
sandhini atau kari ayam, dal dan lain-lain.

MURUKU
Muruku adalah makanan kegemaran bukan
sahaja kaum India tetapi menjadi kegemaran
kepada kaum-kaum lain yang menetap di
Malaysia.

Perayaan Hari Krismas

MAKSUD

Hari Krismas atau Hari Natal ialah perayaan
terbesar untuk penganut agama Kristian
disambut setiap tahun memperingati kelahiran
Yesus dari Nazareth, pengasas ajaran Kristian.
Menurut Kitab Bible Perjanjian Baru, Yesus
dilahirkan oleh Maria di Yerusalem. Penganut
Kristian mempercayai bahawa kelahiran Yesus
ini menepati ramalan-ramalan agama Yahudi mengenai kedatangan seorang penyelamat dari
susur galur Raja David, yang kedatangannya adalah untuk menebus manusia dari dosa-dosa
dilakukan Adam yakni "dosa asal".

CARA MENYAMBUT

Hari Krismas disambut sebagai perayaan
utama dan cuti umum di kebanyakan
negara di dunia, termasuk yang majoriti
penduduknya bukan penganut Kristian.
Krismas disambut di negara bukan Kristian
kerana diperkenalkan oleh bekas
penjajah, diduduki oleh kelompok minoriti
Kristian atau menerima pengaruh budaya
asing.Walaupun kebanyakan negara
menyambut Krismas pada 25 Disember setiap tahun, namun sesetengah gereja di Rusia,
Georgia, Mesir, Armenia, Ukraine dan Serbia menyambutnya pada 7 Januari kerana mengikut
kalendar Julius yang tarikh 25 Disembernya jatuh pada 7 Januari dalam kalendar Gregory.Di
seluruh dunia, sambutan Krismas diraih dalam pelbagai bentuk, dicerminkan oleh
kepelbagaian budaya dan tradisi sesebuah negara. Negara-negara yang hangat menyambut
Krismas walaupun bilangan penduduk Kristian yang kecil seperti Jepun, telah menerima
kebanyakan aspek-aspek sekular dalam sambutan Krismas seperti bertukar hadiah, hiasan
lampu dan pokok Krismas.

Makanan Tradisional Perayaan Hari Krismas

AYAM BELANDA PANGGANG

Ayam belanda panggang adalah sajian
utama yang wajib ada ketika perayaan
Krismas. Malah, di United Kingdom (UK),
87% masyarakat di sana berpendapat
sambutan Krismas tidak bermakna jika
hidangan ayam belanda tidak dihidangkan.

BISKUT KRISMAS

Biskut Krismas lazimnya mengandungi
pelbagai jenis bahan seperti halia, almond,
buah-buahan kering, kayu manis dan lain-
lain. Biskut Krismas yang paling famous
mestilah Gingerbread! Biskut yang
kebiasaannya berbentuk orang tu tapi
sekarang ni dah dibuat dalam pelbagai
bentuk.

KEK BUAH

Kek buah juga adalah antara hidangan istimewa
dan perlu ada ketika sambutan hari natal. Dan
yang paling penting, kek buah yang dibuat untuk
Krismas rasanya bukan macam kek buah biasa
boleh dapat dekat kedai! Rasanya lebih sedap
dan kaya dengan bahan.

Penutup

Perpaduan diantara masyarakat dan
kaum Malaysia dapat dieratkan melalui
kerjasama antara kaum dan sikap saling
hormat-menghormati budaya, agama
dan perayaan yang disambut oleh
sesuatu kaum itu. Perpaduan ini perlu
disematkan di setiap warganegara
Malaysia bagi mengelakkan
ketidaksefahaman antara kaum serta
menghindari rusuhan agar sejarah
peristiwa 13 Mei 1969 berulang kembali.


Click to View FlipBook Version