The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PAKK10623 Nisrina Nabihah Binti Khairul Zahar, 2023-06-25 06:52:42

Kemahiran Membaca dan Membuat Nota

Kemahiran Membaca dan Membuat Nota

KEMAHIRAN MEMBACA DAN MENULIS NOTA DISEDIAKAN OLEH: NISRINA NABIHAH BINTI KHAIRUL ZAHAR


ISI KANDUNGAN 1) PENGENALAN 2) PEMBACAAN CEPAT 3) PEMBACAAN PERLAHAN 4) KAEDAH CORNELL 5) KAEDAH RANGKA (OUTLINES) 6) KAEDAH PEMETAAN 7) KAEDAH CARTA 8) KAEDAH AYAT


PENGENALAN KAEDAH MEMBACA DAN MEMBUAT NOTA Kaedah membaca dan membuat nota ini merupakan satu kaedah yang penting dan perlu dikuasai oleh kanak-kanak yang masih kecil. Hal ini demikian kerana, dengan adanya kemahiran kaedah membaca dan membuat nota ini akan membantu sesorang itu memahami sesuatu tulisan dengan mudah dan mampu untuk menulis atau meringkaskan nota yang difahami. Hal ini mampu memastikan para pelajar berjaya di dalam akademik serta di kehidupan seharian mereka. Kemahiran membaca ini adalah satu proses komunikasi yang memerlukan satu siri kemahiran yang membolehkan sesorang mengubah tulisan menjadi makna. Terdapat dua kaedah membaca iaitu pembacaan cepat dan pembacaan perlahan. Kemahiran mengambil nota yang ringkas mampu membantu menjimatkan masa, tenaga dan mengelakkan kekeliruan pelajar. Terdapat beberapa kaedah mengambil nota yang boleh dilakukan oleh para pelajar.


PANDUAN PEMBACAAN CEPAT Mengelakkan gangguan seperti bunyi bising dan pastikan suasana yang terang bagi mewujudkan persekitaran yang membolehkan tumpuan diberikan sepenuhnya pada teks atau ayat yang dibaca Sentiasa utamakan bacaam kepada yang penting, sederhana dan kurang penting. Tutup perkataan yang telah dibaca bagi membantu mengelakkan mata beralih kepada perkataan sebelumnya dan menyebabkan bacaan menjadi perlahan Lakukan pembacaan semasa fikiran tenang. bersedia, dan aktif supaya lebih kekal fokus dan apa yang dibaca lebih mudah difahami PEMBACAAN CEPAT Pembacaan cepat ini merupakan teknik untuk meningkatkan kadar kelajuan membaca oleh seseorang. Teknik ini merupakan satu proses mengenal pasti dan menyerap frasa atau ayat dengan pantas sekaligus dan tidak berfokus kepada setiap perkataan dalam ayat atau teks yang dibaca. Terdapat beberapa panduan untuk membantu dalam meningkatkan pembacaan membaca ini.


TEKNIK PEMBACAAN CEPAT Luncuran (Skinning) Lihat idea utama bahan bacaan melalui tajuk dan sub-tajuk Pembaca tidak perlu membaca setiap perkataan yang ada. Melihat ilustrasi atau infografik untuk mudah memahami kandungan Membaca ringkasan bab atau abstrak (jika ada) Membaca perenggan akhir yang biasanya mengandungi kesimpulan Setelah selesai membaca cepat, berhenti seketika untuk memahami isi kandungan Imbasan (Scanning) Menentukan kata kunci sebelum membuat pembacaan Baca maklumat yang berhampiran dengan kata kunci Melihat perkataan yang dicetak tebal, condong, atau berbeza daripada tulisan yang lain. Memahami struktur kandungan bacaan. Meneliti ilustrasi, jadual atau gambar yang berkaitan dengan maklumat. Melihat dengan sekilas pandang dan cepat.


TUJUAN PEMBACAAN PERLAHAN 2. Menilai dan bersikap kritis Membolehkan pembaca membuat penilaian dengan lebih terperinci tentang sesuatu kandungan atau maklumat yang dibaca. Ini akan menjadikan pembaca lebih bersikap kritis. 3. Memahami arahan Arahan bertulis lebih mudah difahami dan ini akan menjadikan pembaca menelliti dan memahami kehendak sesuatu arahan yang diberikan dalam latihan atau soalan peperiksaan 1. Menganalisis dan meneroka Ia membolehkan pembaca menganalisis dan meneroka bahan bacaan dengan lebih mendalam untuk mendapatkan kefahaman seperti istilah, sintaks dan olahan isi kandungan. 4. Mengingat Dapat membantu pembaca mengingati fakta atau maklumat yang dibaca dengan lebih berkesan. PEMBACAAN PERLAHAN Pembacaan perlahan ini merupakan teknik membaca dengan kadar kelajuan yang rendah. Idea membaca dengan perlahan bukan sekadar memperlahankan bacaan tetapi tentang mengawal kadar kelajuan bacaan Pembacaan perlahan membolehkan tumpuan dikekalkan untuk mendapatkan kefahaman dengan lebih terperinci tentang bahan yang dibaca.


Terdapat beberapa tindakan yang boleh dilakukan oleh pelajar bagi mengambil nota yang baik di dalam kelas. Antaranya ialah pelajar hendaklah melakukan persediaan awal sebelum kelas atau kuliah bermula. Seterusnya, ,membaca buku teks, bahan rujukan atau tugasan sebelum kuliah bermula bagi mengenal pasti idea dan konsep utama yang akan dibincangkan semasa kuliah. Terdapat beberapa kaedah mengambil nota yang berkesan yang boleh dilakukan oleh para pelajar. Antaranya ialah: KAEDAH MENGAMBIL NOTA 1) Kaedah Cornell ialah halaman nota yang akan dibahagi kepada tiga atau empat bahagian , dengan dua lajur di tengah ( lebar 30 peratus untuk lajur kiri manakala baki 70 peratus untuk lajur kanan) dan ringkasan di bahagian bawah halaman. Lajur sebelah kanan halaman untuk nota dan formula dalam bentuk bullet point manakalah lajur kiri pula ialah lajur tanda/kiu di mana pelajar perlu menganalisis nota yang telah diambil dengan cara menulis kata kunci. Terdapat tiga bahagian penulisan iaitu 20% untuk kata kunci dan idea, 70% untuk penerangan dan contoh serta 10% untuk rumusan atau kesimpulan. Contoh nota Cornell seperti di sebelah:


2) Kaedah Rangka (Outlines) pula ialah kaedah yang biasa digunakan dan ia melibatkan penggunaan Bullet Point, nombor atau anak panah ketika mengambil nota. Setiap topik kuliah akan diletakkan di sebelah kanan kiri halaman nota. Sub topik akan ditambah menggunakan inden arah ke kanan halaman nota. Fakta dan nota diletakkan di bawah subtopik, menggunakan inden lain. 3) Kaedah Pemetaan ialah menyediakan gambaran secara grafik konsep, idea, maklumat dan fakta. Format kaedah ini melibatkan penulisan topik utama di tengah-tengah halaman nota dan menggabungkan subtopik, idea dan konsep yang berkaitan melalui cabang, imej, dan warna di sebelah kiri, kanan, atas dan bawah.


4) Kaedah carta ialah kaedah mengambil nota dengan membahagikan topik utama kepada beberapa lajur dan merekodkan fakta mengikut lajur. Setiap lajur akan dilabelkan mengikut kategori dan perincian kategori akan dicatatkan di bawah lajur yang berkaitan. Kaedah ini sesuai dengan untuk menyusun nota bagi jumlah fakta yang banyak. 5) Kaedah ayat ialah digunakan untuk mencatat semua yang dikatakan mengikut kemampuan pencatat. Kaedah ini menggunakan jarak baris bagi memisahkan pemikiran, konsep dan idea antara satu sama lain. Setiap kali idea baharu diperkenalkan, ia ditulis pada baris baharu, menghasilkan nota dengan kuantiti ayat yang banyak dalam susunan menegak.


SEKIAN, TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version