SINOPSIS EBOOK CAHAYA AINN SINOPSIS EBOOK CAHAYA AINN Flipbook ini disediakan oleh penulis Cahaya Ainn sebagai rujukan dan bukan untuk dijual.
Aleena, seorang gadis yang memiliki segala-galanya; berwajah cantik, bijak dan berharta. Namun, hidupnya berubah selepas kematian ayahnya dan dihalau keluar oleh ibu dan kakak tirinya. Hidupnya sekali lagi berubah selepas dirinya diselamatkan oleh Aryan, lelaki misteri yang sering berkunjung ke kedai bunga milik Aleena hampir setiap minggu selama setahun. Aryan, lelaki misteri yang menyimpan seribu satu rahsia. Kehadiran Aryan secara tiba-tiba dalam hidup Aleena membuatkan gadis itu tertanya-tanya, siapa Aryan yang sebenarnya. Malah, disebabkan satu kejadian memaksa mereka membuat keputusan yang bakal merubah kehidupan mereka berdua. “Since gosip tu mengatakan yang kita dah bertunang...” Aryan terdiam buat seketika, seolah-olah cuba mencari perkataan yang sesuai untuk menyampaikan maksudnya itu. Wajah Aleena mula kemerahan apabila dia mula sedar apa yang cuba disampaikan oleh lelaki itu. “Encik tak maksudkan...” Aryan berdeham sedikit. Wajahnya turut kemerahan. “Apa lagi pilihan yang kita ada?” Bulat mata Aleena ketika merenung wajah lelaki itu. “Encik nak cakap untuk selesaikan semua ni, kita kena...kahwin?” Bukan mudah mahu membuat keputusan tersebut, namun disebabkan kata-kata Irina, membuatkan Aleena akhirnya buat keputusan. “Saya setuju kahwin dengan encik, dengan syarat encik tunaikan janji...” ~ Aleena. EBOOK RATU HATI TUAN PRESIDEN
Amilia... Demi mengecapi kemewahan, gadis itu tegar memilih jalan hidup penuh dosa. Baginya, duit adalah segala-galanya. Fareed... Lelaki yang punya cita-cita tinggi, namun disebabkan faktor kewangan, membuatkan dia tak punya pilihan selain menjadi pemandu peribadi Amilia. Bagi Fareed, Amilia merupakan anak orang kaya yang sombong dan berlagak. Namun, melihat kemesraan Amilia dengan Dato Khalid, buatkan Fareed mula terfikir akan sesuatu... “Awak tahu tak apa yang awak buat ni berdosa besar?”~ Fareed. “Look, I tak kisah apa pandangan you terhadap kehidupan yang I pilih dan I juga takkan judge you. So, win-win situation. You buat hal you dan I buat hal I, agree?”~ Amilia. Namun, satu kejadian telah berlaku buatkan semua kisah silam Amilia terbongkar. Bagi Fareed, Amilia terlalu muda dan dia tahu gadis seusia itu pasti akan terpesong juga dalam memilih jalan hidup. Kejutan demi kejutan juga telah buatkan pandangan Fareed terhadap Amilia mula berubah. “You tahu apa lelaki tak guna tu bubuh dalam air tu? Dia letak ubat perangsang dalam air tu. Sebab tu I rasa panas. Bila lelaki tu peluk I, I rasakan nafsu I memuncak.” ~ Amilia. Tidak mahu Amilia terus hanyut, buatkan Fareed bertekad mahu membawa gadis itu keluar dari kehidupan penuh noda itu. Namun, berjayakah Fareed? Ataupun semuanya sudah terlambat? AMILIA
Damien... Kenapa you muncul kembali? Kenapa takdir menemukan kita kembali dalam keadaan you sebagai suami orang? Apa dosa yang I dah buat sampai macam ni sekali takdir menghukum I? Akur dengan takdir antara dia dan Damien yang mungkin tak ada jodoh disebabkan perbezaan agama, Batrisha akhirnya cuba untuk move on dan meneruskan kehidupannya. Semuanya nampak baik-baik sebelum dia bertemu dengan bekas kekasihnya kembali, lima tahun kemudian. Luka di hati yang hampir sembuh, kini berdarah kembali apabila dia mengetahui yang Damien sudah pun memeluk Islam dan berkahwin dengan Maria! "Kau tahu...aku bukanlah tak boleh terima hakikat yang dia dah kahwin. Aku tahu antara kami mungkin tak ditakdirkan untuk hidup bersama. Tapi, yang buat aku kesalkan ialah...perempuan yang dia kahwini tu...” Tia menanti dengan penuh debaran. Kenapa dengan perempuan yang dikahwini oleh Damien? “Dia...kahwin dengan....perempuan Melayu...beragama Islam. Isteri dia siap bertudung litup lagi.” Hati Batrisha tertanya-tanya, adakah Damien menggunakan alasan agama untuk memutuskan hubungan dengannya dahulu? Adakah hati lelaki itu sudah tawar dan perasaan cintanya sudar pudar? Dan siapa Maria? Apa keistimewaan gadis itu sehingga mampu mengubah pendirian Damien? Semuanya akan terjawab dalam ebook CERITA KITA CERITA KITA
hanim, sangat bersyukur bila ditempatkan di hotel mewah yang menjadi pusat kuarantin. makanan sedap, bilik terbaik. dia pun tak lupa dengan tugasnya sebagai pelajar. tidak sekadar duduk melengung tak tahu mau buat apa. Eidlan, dari awal sangat tak puas hati. sudahlah balik terpaksa ikut penerbangan yang disediakan sementelah penerbangan yang sepatut dinaiki dibatalkan. kemudian, dia tidak mahu ke pusat kuarantin dengan menaiki bas. siap mengadu dengan ibunya yang dia tak mahu duduk di tempat yang dianggap penjara. berkasar pula tu dengan petugas. hempuk jugak dia nih! Mereka mula berbaik setelah eidlan membantu hanim yang terperangkap di balkoni bila pintu gelangsarnya rosak dan dia terkunci di luar. dari saat itu, mereka sering menghadap dan menghabiskan masa dengan belajar dan lakukan aktiviti bersama di balkoni masingmasing. CINTA LOCKDOWN: JIRAN BILIK SEBELAH
“Hmm, dari beli barang hantaran, cari baju nikah sampailah join kursus kahwin ni, semua saya yang kena temankan awak. Kalau macam ni gaya, baik awak aje kahwin dengan saya...”~ Shark Khaira dan Shark. Kisah mereka bermula apabila Khaira bertindak menampar Shark apabila lelaki itu telah membuli junior mereka suatu ketika dahulu. Perangai mereka bagaikan anjing dengan kucing. Pantang bertemu pasti ada sahaja yang hendak digaduhkan. Sehinggalah berlakunya satu insiden yang membuatkan hubungan mereka berubah menjadi kawan baik. Kini, sepuluh tahun telah berlalu. Shark dan Khaira masing-masing sudah meningkat dewasa. Hubungan mereka masih terjalin atas dasar kawan baik. Namun, tak ada sesiapa pun yang tahu apa yang tersimpan jauh di lubuk hati Shark. Disebabkan sayangkan persahabatan mereka, Shark tegar menyembunyikan perasaannya terhadap Khaira. Lagipun, gadis itu telah pun mempunyai teman lelaki. Do you love me? ~ Shark. Of course I love you. You are my besfriend. ~ Khaira. Bagi Khaira, walaupun dia sudah memiliki teman lelaki, namun dia lebih selesa menghabiskan masa bersama Shark. Tambahan pula, Fahmi teman lelakinya terlalu sibuk dengan kerja. Masanya banyak dihabiskan dengan Shark, kawan baiknya sendiri sehingga kadangkala menimbulkan cemburu di hati Fahmi. Shark cuba sedaya upaya menyembunyikan perasaannya, sehinggalah dia diberitahu oleh Khaira yang gadis itu telah di lamar oleh Fahmi. Saat itu, hanya tuhan sahaja yang tahu betapa hancurnya hati Shark. “Khaira, Am I too late?”~ Shark. DEFINISI CINTA KITA
Adira, seorang anak yatim piatu sejak kematian kedua-dua orang tuanya sejak berusia 18 tahun, kini bekerja sebagai pembantu di rumah kebajikan orang-orang tua. Disebabkan sikap sabar dan penyayang Adira, gadis itu ditawarkan bekerja oleh Dato Ilham sebagai pembantu anak lelaki tunggalnya, Emir. Menjadi pembantu Emir bukanlah semudah yang disangka. Emir yang lumpuh disebabkan kemalangan tiga bulan lepas, bersikap sangat kasar terhadap Adira sementelah Adira bukanlah pembantu pertama yang bekerja dengan lelaki itu. Disebabkan tak tahan dengan sikap panas baran Emir, kesemua pembantu yang pernah bekerja dengan Emir bertindak meletak jawatan. Ada yang tak sampai 24 jam pun bekerja. Bagi Adira, walaupun dia berpengalaman menguruskan warga emas di rumah kebajikan tersebut, namun untuk menguruskan Emir merupakan satu cabaran baginya. “Dia nak bantu pulihkan Emir? Siapa dia? Apa kelebihan dia? Sedangkan doktor terbaik yang papa upah pun tak mampu nak sembuhkan Emir...” Kalau ikutkan hati, mahu sahaja dia berhenti kerja, namun saat dia terkenang kembali raut wajah penuh berharap Dato Ilham, menyebabkan Adira tak jadi berbuat demikian. Malah, hatinya rasa tercabar saat dia mendengar kata-kata Pak Karim. “Pak cik rasa patut ke saya bertahan?” Karim senyum lagi. “Terpulang pada kamu. Kalau kamu sukakan cabaran dan jenis tak mudah putus asa, teruskan. Tapi, kalau kamu jenis yang tak sukakan cabaran, pak cik rasa tempat ni bukan untuk kamu.” Disebabkan mahu sahut cabaran tersebut, Adira bertekad untuk terus bekerja di rumah tersebut walaupun setiap hari pasti ada sahaja kata-kata kasar yang dilembarkan oleh Emir terhadapnya. Kehidupan Adira semakin mencabar apabila Dato Ilham meminta gadis itu menerima lamarannya bagi pihak Emir. Sekali lagi Adira tak mampu menolak. Sudahnya, dia selamat menjadi isteri kepada Emir. Walaupun sudah bergelar isteri, Emir masih berlaku kasar terhadap Adira walaupun sedikit demi sedikit, perasaan sayang itu semakin bercambah di hati Emir tatkala melihat betapa sabarnya gadis itu melayan kerenahnya. LAMARAN KASIH MISTER BEKU
“Yang tu awak tak payah risau. Tahulah saya nak selesaikan masalah ni. Saya akan pastikan cikgu awak ni jatuh cinta dengan saya lagi.” selamba Akmal berkata setelah sekian lama mendiamkan diri. Ariana menjeling. “Oh, really? We will see...” Ariana berkata sinis. Selepas pulang dari percutian di Genting highland, perhubungan Akmal dan Ariana semakin rapat walaupun kadangkala ‘seperti anjing dan kucing’. Saban hari, Akmal sentiasa cuba membuktikan perasaan sayangnya terhadap Ariana, manakala Ariana sering dilanda kebimbangan yang luka lama berulang kembali. Perhubungan mereka baik-baik sahaja walaupun kadangkala terjadinya perang mulut walaupun berkisar isu remeh. Biasalah Akmal. Sikit-sikit nak baik angin. Sikit-sikit nak mengamuk. Tapi, dalam nak naik angin tu...kata-kata sayang dan rindu tak pernah putus bermain di bibir lelaki itu buat Ariana. Namun, langit tak selalunya cerah. Kehadiran Shasha, pelajar baru di sekolah itu membuatkan hubungan Akmal dan Ariana teruji. Disebabkan satu insiden, membuatkan Shasha mahu mengenali dan mendekati Akmal. Dia cuba menawan hati lelaki itu, namun Akmal menolak mentah-mentah. Bengang kerana cintanya ditolak, membuatkan Shasha menggunakan cara ‘kotor’. “Sayang...saya boleh jelaskan...” “Nak jelaskan apa lagi? Saya tak buta lagilah Akmal. Saya nampak apa yang awak buat dengan budak tu. Tergamak ya Akmal. Kalaupun awak dah terdesak sangat, jangan nak buat dekat sini. Sini sekolah. Tempat menuntut ilmu. Bukan sarang maksiat!” Betulkah Akmal begitu terdesak sampai sanggup curang dan mengkhianati Ariana? Dan apa insiden yang berlaku antara Shasha dan Akmal sehingga membuatkan gadis itu begitu tergila-gilakan Akmal? MEMORI CINTA AKMAL
“Nasib baiklah abang jumpa sayang. Kalau tak, mungkin abang tak jadi orang dah...” Akmal akhirnya tersengih. “Kalau abang tak jadi orang, agak-agak abang jadi apa?” soal Ariana sengaja mahu mengusik. “Abang jadi ulat bulu kot.” Akmal menjawab separuh mengusik. “Ulat bulu? Kenapa ulat bulu?” “Sebab ulat bulu dah naik daun dah ni. Dah rasa ‘gatal-gatal’ dah ni.” Senyum nakal semakin melebar di bibir Akmal. Setelah beberapa tahun berlalu, kehidupan Akmal dan Ariana semakinbahagia di samping dua anak kembar mereka, Airil dan Airis. Malah, perasaan cinta antara Akmal dan Ariana semakin hari semakin dalam, sehingga Ariana merasakan tiada apa lagi yang dia mahukan. Dia punya kehidupan yang lengkap dan sempurna. Ada suami penyayang seperti Akmal, punya anak kembar yang sangat comel dan bijak dan juga perniagaan pusat tuisyen yang semakin maju. Namun, setiap kehidupan pasti ada pasang surutnya, kehadiran Suzi buatkan Ariana mula terfikir akan sesuatu. Sesuatu yang sedikit sebanyak menganggu fikirannya. Malah, kelakuan Akmal yang agak pelik sejak kebelakangan ini, buatkan Ariana mula tak sedap hati. Sikap Akmal yang sudah pandai berahsia, buatkan naluri Ariana kuat mengatakan pasti ada sesuatu yang cuba disembunyikan oleh lelaki itu. Firasatnya ternyata benar apabila dia tiba-tiba menerima satu panggilan telefon. Siapa yang menghubungi Ariana? Dan apa sebenarnya yang cuba diorokkan oleh Akmal dari pengetahuan Ariana? Dan apa kaitan Nelly, bekas tunang Akmal dalam hal ini? KASIH UNTUK ARIANA
“I will choose you.” “Habis tu, abang sanggup buang keluarga abang? Buang mak abang?” soalku sedikit sinis. Berkahwin dengan Ariff Mikael adalah umpama mimpi menjadi kenyataan. Aisha yang merupakan anak tunggal, berasa kini hidupnya telah lengkap selepas berkahwin dengan lelaki yang dia cintai. Bila berkahwin dengan lelaki itu, pakej terus dia dapat kakak dan adik ipar. Pada mulanya, kehadirannya dalam keluarga itu diterima baik. Namun, entah di mana silapnya, hati Aisha sering tergores dengan layanan dan sikap keluarga lelaki itu terutama adik iparnya, Adawiya. “Eh, bila pulak orang cemburu. Tolong eh. Sikit pun Wiya tak cemburu tau. Ala, biasalah. Orang baru-baru kahwin memang macam ni kan. Romantik bagai. Tunggulah sebulan dua nanti. Tengok sikit ada ke abang ngah nak cakap macam tu.” Aisha cuba bersabar tatkala menghadapi kerenah adik iparnya itu. Malah, Ariff turut menasihati dan memujuk Aisha supaya tidak ambil hati akan setiap kata-kata gadis itu. Namun, kesabaran manusia ada batasnya. Semuanya berubah apabila berlaku satu kejadian yang hampir meragut maruah Aisha. Aisha difitnah oleh adik iparnya sendiri. “Hah! Kan Wiya dah cakap. Perempuan ni ada hubungan dengan lelaki itu. Tak tahu dah berapa lama dia orang berzina.” Apa yang berlaku seterusnya? Mampukah Aisha terus bersabar dan menerima sahaja layanan yang diberikan oleh keluarga Ariff? Mampukah cinta antara Aisha dan Ariff bertahan? Ataupun akhirnya...Aisha mengaku kalah dan memilih jalan untuk berpisah? HADIR KERANA CINTA VOL 1
“Awak sendiri tahu yang saya takkan mampu nak terima hubungan ini hanya sebagai kawan. I love you more than I love myself. That is why I let you go...” ~ Ariff Mikael. Setelah empat tahun berlalu, Aisha sudah bersedia mahu memulakan hidup baru. Walaupun diakui, hati masih merindu, masih mencinta, namun Aisha tahu semua yang berlaku itu sudah ditakdirkan oleh iilahi. Diterima bekerja di sebuah syarikat di ibu kota sebagai pegawai sumber manusia, telah merubah segalanya apabila tanpa sedar, takdir menemukan Aisha dan Mikael setelah sekian lama. “Bila balik?” “Bulan lepas.” Aku menjawab ringkas. “Kenapa tak bagi tahu?” “Untuk apa?” soalku pula bertanya. “Bukankah Aisha dah janji yang kita akan jadi kawan walaupun hubungan kita....” Sedar yang Mikael masih menaruh perasaan cinta kepadanya buatkan Aisha nekad menjalankan satu misi. Misi yang boleh memgubah hati lelaki itu kerana Aisha tahu, walau sedalam mana pun cinta antara mereka, namun adalah mustahil untuk mereka kembali bersama. Misi apa yang Aisha telah rancangkan? Berjayakah misi tersebut? Ataupun itu adalah satu lagi kesilapan yang telah Aisha buat? HADIR KERANA CINTA VOL 2
“Kau nak buat sweet revenge tak?” “Hah? Sweet revenge? Apa tu?” soalku hairan. “Macam ni, apa kata kau datang aje ke kenduri tu. Aku rasa mesti Fakrul takkan sangka yang kau akan datang majlis tu kan? Tadi kau kata dia hantar kad ni untuk bagi tahu yang dia dah move on. Why not kalau kau pun buat benda yang sama?” Berpunca dari sekeping kad jemputan kahwin yang dikirimkan oleh bekas teman lelakinya, membuatkan Ilya mengambil keputusan untuk melakukan sweet revenge atas saranan teman serumahnya, Salwa. Malah, Fakrul yang juga bekas teman lelakinya seakan-akan mahu menunjuk kepadanya yang lelaki itu sudah boleh move on dengan berkahwin dengan perempuan lain walaupun mereka putus tak sampai pun dua bulan. Sakit hati dengan sikap Fakrul yang cuba memprovok dirinya, membuatkan Ilya membuat keputusan untuk menggunakan khidmat Teman Lelaki Atas Talian. Dani, begitulah nama teman lelaki atas taliannya. Walaupun sekadar berhubung melalui aplikasi WhatsApp, namun hati Ilya tetap terhibur dengan setiap kata-kata yang dihantar oleh lelaki itu “Awak???” Lelaki itu hanya pamer riak wajah tenang. “Saya mesti dah salah orang. Sorry.” “My princess.” Tak. Mustahil. Mustahil lelaki yang sedang duduk di belakangnya itu adalah Dani. Tolong katakan semua ini hanyalah mimpi! Dah kenapa pulak tu? Kenapa Ilya macam tak nak terima hakikat yang lelaki itu adalah Dani? Dan, apa sebenarnya rahsia yang Dani simpan selama ini? Dan, betul ke pertemuan antara Dani dan Ilya itu hanyalah kebetulan dan bukan dirancang oleh Dani sendiri? TEMAN LELAKI ATAS TALIAN
15 Ogos 1931 Hari ini aku telah dijemput oleh Rio dan keluarganya ke majlis sambutan hari lahir Rio yang ke 21. Sambutan tersebut sudah tentulah telah diadakan secara besar-besaran memandangkan Rio merupakan satusatunya anak tunggal dalam keluarganya. Ibu dan ayahku sangat teruja dengan jemputan tersebut dan aku tahu mengapa. Keluarga Rio merupakan keluarga yang sangat kaya dan berpengaruh. Menjadi antara jemputan keluarga itu memang sentiasa diimpikan oleh ibu dan ayahku. Aku pada mulanya enggan mengikut ibu dan ayahku ke masjlis tersebut, namun ibu berkeras kerana Rio telah berpesan beberapa kali kepadanya yang kehadiran aku adalah diwajibkan. Sebelum itu Rio sempat berpesan secara berkias sekiranya aku tidak hadir ke majlis hari lahirnya itu, rahsia aku yang satu itu pasti akan sampai ke pengetahuan kedua ibu dan bapaku. Mahu tidak mahu aku terpaksa juga mengikut kehendaknya. Entah sampai bila Rio mahu mengugutku dengan perkara itu. Qaisarah, gadis urban yang terpaksa berpindah ke kampung atas wasiat nenek saudarnya, telah menemukan satu diari lama di bilik bacaan rumah banglo dua tingkat yang menjadi kediamannya sekarang. Saat dia membuka helaian pertama, hatinya tertarik untuk mengetahui siapakah pemilik diari tersebut. Saban hari, dia membaca catatan berusia puluhan tahun dahulu dengan perasaan tertanya-tanya. Adakah diari ini milik nenek saudaranya? Namun, penemuan nama ‘initial’ pada helaian diari tersebut membuatkan Qaisarah yakin, diari itu bukan milik nenek saudaranya. Setiap kali membaca kandungan diari tersebut, pelbagai persoalan yang timbul. Malah, penemuan barang-barang yang tercatat di dalam diari tersebut membuatkan Qaisarah semakin bersemangat mahu menjejaki si pemilik diari. Hatinya tertanya-tanya, adakah si pemilik diari menemui kebahagiaan dengan lelaki pilihan hatinya, ataupun ini merupakan satu lagi kisah tragis umpama cerita Romeo dan Juliet? Tanpa diduga, Azlan muncul secara tiba-tiba. Siapa Azlan? Dan apa tujuan lelaki itu muncul dan yang paling penting, apa kaitan Azlan dan diari lama itu? Adakah kemunculan Azlan mampu menjawab semua persoalan yang bermain dalam fikiran Qaisarah sejak dari awal lagi? NOTA UNTUK CINTA
“Tengku, nanti kejap.” Laju tangan Nadirah menarik lengan Amani tersebut ketika puteri itu baru sahaja mahu melangkah keluar dari kereta. “Apa?” tanya Amani tidak sabar. “Tengku pasti ke? Kita mungkin akan ditimpa masalah...” “Nad, kau relaks aje boleh tak? Lagipun, bukan ada sesiapa tahu yang kita dah bertukar tempat. Kau berlagak ajelah sebagai Tengku Puteri Amani, dan aku akan jadi kau. Takkan itu pun susah sangat ke?” Bosan dengan kehidupan cinta yang sering tak menjadi disebabkan statusnya sebagai anak raja, membuatkan Tengku Puteri Amani membuat keputusan drastik. Mahu dirinya diterima oleh orang sekeliling bukan disebabkan darah raja yang mengalir dalam tubuhnya, membuatkan puteri itu membuat keputusan menukar tempat dengan pembantunya, Nadirah. Menjalani kehidupan seperti rakyat biasa, membuatkan Amani mula mengenal erti hidup yang sebenar. Dia mampu bergerak bebas ke mana sahaja yang dia mahukan. Namun, pertemuan tanpa sengaja dengan Rayyan, benar-benar buat hati Amani sering menggelegak. “Hello, mister. Jangan nak kurang ajar ya. Awak yang cari pasal sampai tangan saya luka, lepas tu nak sindir-sindir orang pula.” Bagi Rayyan, dia belum pernah lagi bertemu gadis seperti Amani. “Seumur hidup saya, saya tak pernah lagi jumpa perempuan sombong macam awak. Hanya disebabkan awak pembantu Tengku...siapa nama bos awak tadi?” Namun, hari demi hari perasaan sayang mula bercambah di hati Amani. Tapi, bagaimana dia mahu berterus terang kepada Rayyan akan siapa dirinya yang sebenar? Dan yang paling penting sekali, mampukah Amani sendiri menerima seadanya apabila dia mengetahu siapa sebenarnya Rayyan? AKU SEORANG PUTERI
“Tengku, nanti kejap.” Laju tangan Nadirah menarik lengan Amani tersebut ketika puteri itu baru sahaja mahu melangkah keluar dari kereta. “Apa?” tanya Amani tidak sabar. “Tengku pasti ke? Kita mungkin akan ditimpa masalah...” “Nad, kau relaks aje boleh tak? Lagipun, bukan ada sesiapa tahu yang kita dah bertukar tempat. Kau berlagak ajelah sebagai Tengku Puteri Amani, dan aku akan jadi kau. Takkan itu pun susah sangat ke?” Bosan dengan kehidupan cinta yang sering tak menjadi disebabkan statusnya sebagai anak raja, membuatkan Tengku Puteri Amani membuat keputusan drastik. Mahu dirinya diterima oleh orang sekeliling bukan disebabkan darah raja yang mengalir dalam tubuhnya, membuatkan puteri itu membuat keputusan menukar tempat dengan pembantunya, Nadirah. Menjalani kehidupan seperti rakyat biasa, membuatkan Amani mula mengenal erti hidup yang sebenar. Dia mampu bergerak bebas ke mana sahaja yang dia mahukan. Namun, pertemuan tanpa sengaja dengan Rayyan, benar-benar buat hati Amani sering menggelegak. “Hello, mister. Jangan nak kurang ajar ya. Awak yang cari pasal sampai tangan saya luka, lepas tu nak sindir-sindir orang pula.” Bagi Rayyan, dia belum pernah lagi bertemu gadis seperti Amani. “Seumur hidup saya, saya tak pernah lagi jumpa perempuan sombong macam awak. Hanya disebabkan awak pembantu Tengku...siapa nama bos awak tadi?” Namun, hari demi hari perasaan sayang mula bercambah di hati Amani. Tapi, bagaimana dia mahu berterus terang kepada Rayyan akan siapa dirinya yang sebenar? Dan yang paling penting sekali, mampukah Amani sendiri menerima seadanya apabila dia mengetahu siapa sebenarnya Rayyan? AKU SEORANG PUTERI
Angkara khianat, hidup Annisa sekeluarga berubah 360 darjah. Annisa yang dulunya hidup senang, kini terpaksa membanting tulang demi menyara keluarganya. Kehidupannya bertambah buruk apabila dia dipertemukan dengan Tengku Zayyan secara tidak sengaja. Tengku Zayyan, lelaki yang punya segala-galanya. Memiliki rupa paras yang kacak, berketurunan raja dan kaya membuatkan lelaki itu mudah mendapatkan apa yang diinginkan, termasuklah perempuan. Namun, sikap Annisa yang tidak mudah tunduk dengan Tengku Zayyan, membuatkan lelaki itu rasa tercabar. Belum pernah dirinya ditolak oleh mana-mana perempuan, kecuali Annisa. “I have something to offer to you.” ~ Tengku Zayyan. “Offer? Tengku nak offer apa?”~ Annisa. “Well, let say I give you an opportunity to be with me by my side for seven days. Your job is to...”~Tengku Zayyan “Excuse me? Are you crazy?! ~ Annisa “Did you just called me crazy? Do you know who am I?” ~ Tengku Zayyan Bagi Annisa, walaupun dia tak punya harta, namun dia takkan sesekali menggadaikan maruahnya kepada lelaki itu. Namun, takdir telah menentukan segala-galanya. Walau sekuat mana pun dia menolak kehadiran Tengku Zayyan, namun lelaki itu tetap punya cara untuk mendekati dirinya. “Terima kasih sebab tolong saya. Hanya Allah aje yang mampu membalas...” ~ Annisa “Diam. Kau ingat aku buat semua tu semata-mata nak tolong kau aje ke?” ~Tengku Zayyan. Disebabkan duit juga, kini hidup Annisa terikat dengan lelaki bernama Tengku Zayyan. Dia terpaksa bekerja sebagai orang gaji lelaki itu demi melangsaikan hutang tersebut. Namun, bagi Tengku Zayyan, itu hanyalah alasan kerana sesungguhnya dia kini tak mampu lagi nak hidup tanpa Annisa. “Will you be my queen?” ~ Tengku Zayyan. Di saat semuanya kelihatan sempurna, sejarah hitam yang terlipat kemas kini kembali terbuka. Rahsia yang di simpan oleh Tengku Zayyan selama ini terbongkar. Mampukah Annisa menerima hakikat apabila mengetahui siapa sebenarnya Tengku Zayyan? Dan Tengku Zayyan, mampukah dia menerima Annisa seadanya apabila mengetahui sejarah silam gadis itu? TENGKU ZAYYAN
Selama lima tahun dia mencurahkan seluruh hidupnya pada D’sire, Khair langsung tak menyangka kehadiran Jasmine telah mampu menggugat perniagaannya. “Don’t try to get involved with a girl. Otherwise, you will get trouble.” Memang tak salahlah prinsip yang Khair pegang selama ini. Disebabkan kemunculan Jasmine di restorannya, membuatkan restorannya hampir melingkup. Makanan yang dimasak oleh awak ni langsung tak punya ‘soul’. Harap boleh perbaiki lagi ~ Peace. Disebabkan sebaris ayat yang ditulis oleh Jasmine di atas kain dan ditinggalkan di atas meja restoran, membuatkan Khair begitu berkobarkobar mahu menjejak gadis itu sehingga ke lubang cacing. “Kau rasa, siapa agak-agaknya yang berani tulis benda tu dan tinggalkan dekat atas meja? Dahlah bos punya menu. Memang berani mati punyalah.” Bagi Jasmine, Khair bukan menjual makanan, tapi hanya semata-mata menjual ‘rupa’ sahaja. Semua makanan yang disediakan di restoran milik Khair hanya biasa-biasa sahaja. Harapkan muka masing-masing handsome, itu yang semua para gadis sanggup beratur macam gaya nak tengok konsert artis KPOP! Khair pula mula rasa tercabar tatkala Jasmine menulis komen tentang masakannya. Dua kali! Memang berasap jugaklah tatkala membaca komen-komen yang ditulis oleh gadis itu. Nampaknya awak masih tak belajar daripada kesilapan. Where is the soul?- Peace. Balik-balik cakap pasal soul. Soul! Soul! Entah apalah yang dimaksudkan oleh minah itu. Tak boleh ke makan aje senyap-senyap macam orang lain? Namun, demi menyelamatkan restorannya, Khair terpaksa merendahkan ego dan meminta bantuan Jasmine. RESIPI CINTA KITA
“Berapa gaji yang awak nak? Saya sanggup bayar. Double dari gaji awak sekarang pun saya sanggup bayar asalkan...” “Awak ni tak pernah kenal erti putus asa ya. Encik Khair, duit bukan penyebabnya. Saya tolak sebab saya tak nak. Tak kisah berapa yang awak tawarkan, jawapannya tetap tidak. Tolonglah cari orang lain dan jangan ganggu saya lagi.” Penolakan demi penolakan oleh Jasmine langsung tak mematahkan semangat Khair untuk terus memujuk gadis itu. Hate flowers? Nah buah. Lebih berkhasiat~ Khair. Sikap tidak putus asa Khair akhirnya telah buat hati Jasmine lembut. Tak sedar entah bila perasaan sayang itu mula menjentik hatinya. Namun dia sendiri keliru apabila Khair tiba-tiba menghilang. “Hmm, dia tahu tak yang saya...nak fly ke UK lusa?” ~Jasmine. “Tahu. Hari tu saya ada cakap dengan dia. Nad ada bagi tahu saya yang awak dapat sambung belajar. Tahniah.” ~ Bard. Apa yang jadi? Ke mana Khair menghilang? Dan yang paling penting, adakah cinta antara Khair dan Jasmine bakal terkubur begitu sahaja? CONT...RESIPI CINTA KITA
“Kalau I cakap I love you, you akan balas apa agak-agaknya?” ~ Alex. Siapa sangka, kawan baik sejak dari zaman sekolah lagi boleh jatuh cinta pada dia! Memang rasa nak marah apabila kawan baik sendiri boleh masuk meminang dia. Namun prinsip Azrine, kawan baik hanyalah kawan baik. Kawan baik mana boleh suka dekat kawan baik sendiri! Namun tidak bagi Alex. “Hati dan perasaan tak boleh dipaksa, Azrine.” Dek kerana marah dan rasa dikhianati, Azrine menjauhkan diri daripada Alex sehinggalah Puan Nurul, ibu Azrine sendiri meminta anak gadisnya itu menerima Alex sebagai suami. Apa jadi bila kawan baik kahwin dengan kawin baik sendiri? Namun, siapalah dia mahu menolak perasaan cinta yang sudah mula tumbuh di hati. Jatuh cinta pada suami sendiri tak salah, kan? Maka, bermulalah detik seorang Azrine yang baru nak belajar bercinta dengan kawan baik sendiri a.k.a suami sendiri. Alex pun bukan main romantic lagi. Kadangkala tu miang kalah ulat bulu. Namun, hari-hari Bahagia yang mereka tempuhi mula tergugat dengan kehadiran Vivian. “I dengar, lelaki Islam boleh kahwin empat. Why not kalau I jadi wife nombor dua Alex?” Wah, mahu tak berasap telinga Azrine tatkala mendengar kata-kata gadis itu. Apa yang perlu Azrine lakukan? Berjayakah dia mempertahankan perkahwinan dan Bahagia yang baru nak dibina sedangkan Vivian sendiri sudah bertekad mahu buat rumah tangganya porak-peranda? TERKAHWIN BFF SENDIRI
Kahwin dengan crush sendiri memang umpama impian jadi kenyataan. Siapa aje yang tak nak kahwin dengan crush sendiri, kan? Tapi, bagi Kaseh berkahwin dengan crushnya sendiri umpama mimpi ngeri bila dia sedar sikap sebenar Mr. X a.k.a Megat Amar a.k.a Amar. Lelaki yang sering ditunggu kemunculan di cafe tempat dia bekerja, yang tampak segak dan berkarisma, rupanya ego tak bertempat. “Mata tu letak dekat kepala lutut ke?”~ Megat Amar. “Orang dah minta maaf kut. Itu pun nak marah-marah lagi. Aku letak julap dalam air kau lepas ni, baru tahu.”~Kaseh Humaira Sejak insiden itu, perasaan suka terhadap Amar mulai berkurang. Namun, ada satu lagi kejadian yang membuatkan Kaseh tak ada pilihan lain selain berkahwin dengan lelaki itu. “Encik nak hukum saya apa? Terus-terang saya cakap, kalau encik nak saya bayar balik harga cincin tu, memang saya tak mampu melainkan saya gadai buah pinggang saya.”~Kaseh Humaira “Tak payah sampai nak gadai buah pinggang awak tu. Saya tak sekejam itu. Lagipun, saya ragu-ragu ada ke yang sanggup nak beli buah pinggang awak tu?”~Megat Amar “Habis tu, encik nak hukum saya macam mana?”~Kaseh Humaira “Marry me. That is your punishment.”~ Megat Amar. Tak punya pilihan, akhirannya Megat Amar selamat menjadi suaminya. Macam mana kehidupan Kaseh bersuamikan lelaki ego seperti Amar? Dan apa sebenarnya tujuan Amar meminta Kaseh berkahwin dengannya sedangkan lelaki itu sudah punya kekasih hati? JODOH TAK SALAH LANDING
“Cantiknya awak lukis. Awak memang suka melukis ya?” Hana bertanya lagi namun masih tiada respon. Hek eleh. Sombong gila mamat ni. Aku tegur sikit punya baik, boleh buat tak tahu je. Ke bisu ni? Siapa sangka, pertemuan pertama di pantai itu telah membawa perubahan yang besar dalam hidup dua insan yang berbeza. Namun perbezaan itu tidak menjadi penghalang bagi Hana untuk mendekati lelaki misteri dan suka jual mahal itu. “Aw..awak tak..fa..faham ba..bahasa ke? Sa..saya dah cakap, ja..jangan kacau sa..saya lagi!”- Hariz “Saya tak kira, selagi awak tak nak kawan dengan saya, saya akan buat macam tadi lagi. Malah lagi teruk pun saya mampu buat...” Hana menjawab separuh mengugut. Namun bukan mudah bagi Hana untuk memikat hati lelaki itu. Hariz, lelaki yang sentiasa berasa rendah diri disebabkan kekurangan yang ada pada dirinya membuatkan lelaki itu sedaya upaya menjauhkan diri dari Hana. “Awak...tak suka saya?” Hana bertanya perlahan. Wajah Hariz sudah mula bertukar warna namun dia sedaya upaya mengekalkan riak wajah selambanya. “Sa..saya tak ma..macam o..orang la..lain..” Hariz akhirnya bersuara. Namun, Hariz juga manusia biasa. Perasaan cinta yang mulai hadir dalam hatinya terhadap gadis bernama Hana tidak mampu di tolak lagi. Buat pertama kali dalam hidupnya, dia mulai kenal erti bahagia sehinggalah... “Maafkan saya Hariz. Dunia kita tak sama. Awak...tak sesuai untuk saya. Lupakan saya dan jangan ganggu saya lagi...” – Hana. “Hana, ja..jangan pe..pergi. Mak sa..ya dah tak a..da. Ka..lau a..wak per..gi, Sa..saya su..sudah tak ada se..sesiapa lagi...” – Hariz. Tegarkah Hana meneruskan keputusannya? Dan kenapa gadis itu bertindak begitu sedangkan dia sedari awal lagi begitu mencintai Hariz? NAK HATI AWAK JUGAK!
Kegembiraan untuk menyambung pelajaran di Jepun tidak kesampaian apabila Airine di minta berkahwin dengan Fiqree, teman baiknya sendiri. Bertahuntahun mereka tidak berjumpa setelah keluarga Fiqree berpindah ke Kuala Lumpur, buatkan Airine sedikit berdebar-debar untuk berhadapan dengan lelaki itu. Tidak mahu menghampakan permintaan kedua-dua orang tuanya ditambah keinginan Fiqree sendiri yang mahu menjadikan dirinya sebagai isteri lelaki itu, Airine akhirnya menerima lamaran tersebut. Disangka panas sampai ke petang, rupanya hujan ditengah hari. Fiqree tiba-tiba memperlakukannya seperti orang asing seawal malam pertama mereka. Hati Airine mula tertanya-tanya apa salah dan silapnya sehingga lelaki itu melayannya begitu? Sudahnya, Airine tidur bertemankan air mata di malam sepatutnya menjadi malam terindah antara mereka berdua. Sikap Fiqree berubah lagi ketika mereka pergi berbulan madu. Layanan Fiqree terhadap Airine seolah-olah lelaki itu mencintainya sepenuh hati. Layanan dan kata-kata romantik daripada Fiqree benar-benar buat hati Airine kembali bahagia. Namun, hanya setakat itu sahaja yang mampu diberikan oleh Fiqree. Di malam hari, dia tetap ditinggalkan bersendirian mengulit gelap malam seorang diri. Sekali lagi, tidurnya berteman air mata apabila Fiqree langsung tak mahu menyentuhnya. Pulang dari Sabah, sekali lagi hati Airine terluka apabila Fiqree meminta supaya mereka menjalani kehidupan mengikut jalan hidup sendiri. Kenapa Fiqree bersikap demikian? Adakah lelaki itu sebenarnya tak mampu nak berikan apa yang sepatutnya seorang suami berikan? Namun, bagi Airin dia tetap menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri sungguh pun Fiqree langsung tak peduli akan dirinya. Makan dan pakai Fiqree dijaga sebaik mungkin. Konflik bermula apabila Airine terjumpa kesan lipstik pada kemeja yang dipakai oleh Fiqree. Walaupun demikian, Airine tetap tenang. Dia yakin, penolakan Fiqree terhadapnya bukan disebabkan lelaki itu punya nafsu songsang. Lipstik di kemeja itu sebagai bukti. Fiqree mula berkenalan dengan Ruby di kelab malam. Saban malam, gadis itu akan muncul dan menggoda Fiqree sehingga Fiqree akhirnya mula jatuh cinta pada Ruby. Siapa Ruby? Dan apa perasaan Airine tatkala mengetahui yang dalam hati Fiqree punya perasaan terhadap perempuan lain? Dan...adakah disebabkan Ruby, Fiqree tegar mengabaikan Airine dan tak pernah menganggap gadis itu sebagai isterinya? CINTA AKU HANYA UNTUKMU
“I love you.” Wargh, pipi dah rasa merah padam apabila ayat keramat itu diucapkan pada Wafa. Macam mana lelaki seperti Airil, yang selalu tayang wajah sejukbeku-tak berperasaan boleh luahkan kata-kata tersebut pada dia? Macam mana Airil, yang suka menengking herdiknya, boleh jatuh hati pada dia? Apa dosa dia? “Saya tak boleh terima encik.” ~ Wafa. “Why? Awak dah ada someone special?” ~ Airil. Aduh! Alasan apa lagi yang dia nak bagi pada Airil? Semua alasan yang dia beri sebelum ini, langsung tak memberikan kesan pun pada lelaki itu. “Bagi saya, sesiapa yang pandai piano ni memang seksi dan...” ~ Wafa. Airil berjalan menghampiri piano lama tersebut. Tanpa sebarang kata, dia melarikan jari-jemari pada keyboard dan memainkan melodi yang sama pada malam majlis persaraan Tuan Haji Abdul Ghani dulu. “So, apa lagi alasan awak untuk menolak saya?” ~ Airil. Dia ada banyak alasan! Pertama, Airil itu panas baran! Suka nak menengking tak tentu asal. Kedua, Airil err tak romantik? Ya. Airil tak romantik. Tak pernah nak hadiahkan dia bunga ke, pujuk dia ke. Eh, apaapalah. Yang ketiga, apa alasan ketiga? Mati kutu Wafa dibuatnya. Jenuh otaknya befikir apa lagi alasan yang patut dia berikan sehinggalah... “Fine! Saya....terima!” Apa yang menyebabkan Wafa berubah fikiran dan menerima Airil dalam hidupnya? Dan betulkah Wafa benar-benar ikhlas menerika Airil? Atau ada agenda tersembunyi yang telah dirancang oleh Wafa? MENTORKU SUAMI AKU?
Bercita-cita mahu menjadi ketua cef di Restoran Rasa Cinta Dan Sayang, namun hasrat tersebut tak kesampaian apabila hidangan yang disediakan oleh Nisrine semasa melalui peringkat ketiga ujian memasak disabotaj oleh seterunya, Sofia. Disebabkan kejadian itu, Nisrine terpaksa dipecat. Rentetan dari itu, kehidupan Nisrine mulai berubah. Walaupun Sofia telah berjaya merebut jawatan ketua cef di restoran tersebut, namun gadis itu masih tetap menganggu kehidupan Nisrine. Disebabkan Sofia jugalah, Nisrine sukar mendapat pekerjaan di mana-mana restoran dan turut diberhentikan kerja ketika gadis itu bekerja di restoran makanan segera. Dato Jay Dean, lelaki sejuk beku yang sukar untuk dibaca apa yang tersirat di hatinya. Menjadi anak yatim piatu seawal usia 10 tahun dan pernah dikhianati oleh cinta terdahulu, buatkan lelaki itu tidak lagi percaya pada cinta. Walaupun sudah puas Datin Sri Kalsom mencadangkan mana-mana gadis untuk menjadi suri di hati lelaki itu, namun Dean tetap tegar menolaknya sehinggalah dia bertemu dengan Nisrine. Pertemuan pertama Dean dan Nisrine tidaklah begitu baik angkara insiden di kaunter bayaran pusat beli belah. Namun, kalau dah jodoh, larilah ke mana pun tetap akan bertemu jua. Secara tidak sengaja, Nisrine bekerja di rumah Dean sebagai pembantu rumah tanpa mengetahui Deanlah majikannya. Malah, Dean sendiri tak tahu yang pembantu rumahnya itu adalah Nisrine. Satu lagi insiden berlaku, menyebabkan Dean terus memecat Nisrine, namun Nisrine meminta diberikan peluang. Merasakan inilah peluang untuk Dean membalas balik perbuatan gadis itu memalukannya dahulu, maka dia menerima kembali Nisrine bekerja dengannya. Walaupun begitu, hubungan mereka taklah baik seperti yang diharapkan. Saban waktu ada aje perang mulut antara kedua-duanya walaupun masing-masing tak sedar, ada perasaan lain yang dah menyelinap dalam hati masing-masing. Konflik bermula apabila Dean tiba-tiba meminta Nisrine berkahwin dengannya. Pada mulanya Nisrine menolak. Namun, akhirnya Nisrine menerima lamaran Dean dengan syarat. “Saya setuju kahwin dengan dato’, tapi hanya untuk tempoh 365 hari sahaja. Lepas tu, dato’ kena lepaskan saya.”~ Nisrine. “What if...we fall in love to each other? Still nak bercerai?”~Dean. Apa yang berlaku selepas itu? Adakah mereka tetap berpisah seperti yang diminta oleh Nisrine? Dan apa perasaan Nisrine apabila mengetahui, Hanina masih punya perasaan terhadap Dean? Mampukah Nisrine menghadapi dugaan dan mempertahankan perkahwinannya bila mana dia sendiri tahu Hanina adalah calon isteri yang dipilih oleh Datin Sri Kalsom, nenda Dean? Ataupun Nisrine tegar mengundurkan diri? ISTERI 365 HARI DATO JAY DEAN
“HAN...!” “Wei pa’an, awek kau panggil tu...” Zack menegur apabila melihat Farhan masih laju berlari di tengah gelanggang sambil membawa bola keranjang. “Kejap. Sikit lagi..” Farhan sempat menoleh ke arah Farahana yang bercekak pinggang di tepi gelanggang. “Han!” “Golll!” Farhan menjulang kedua belah tangan ke atas tanda berpuas hati dengan jaringan minit-minit akhir permainan tersebut. “Wei pa’an. Awek kau dah berasap dekat tepi gelanggang tu...” Zack menegur lagi. Spontan Farhan menoleh. “Dia bukan awek akulah. Kitorang kawan baik je...” Farhan menjawab sambil berjalan menuju ke tepi gelanggang tempat dia meletakkan beg sukannya itu. “Ye sangatlah tu. Asyik berkepit ke sana ke mari, nak tipu aku lagi...” Zack meneguk air mineral perlahan-lahan. “Suka hati kaulah nak kata apa pun...” Farhan membalas sebelum berjalan menuju ke arah Farahana yang masih bercekak pinggang di tepi gelanggang itu. “What’s up?” Farhan mengangkat kening ketika melihat wajah Farahana yang dah masam mencuka itu. “What so ever. Ummi awak panggil balik. Dah lewat ni tahu?” Wajah Farahana masih mencuka lagi. “Yelah-yelah...” Farhan menjawab sebelum mereka berdua berjalan beriringan pulang ke rumah. Itu...cerita sepuluh tahun lepas. Cerita semasa mereka masih di bangku sekolah. Cerita semasa mereka masih berusia lima belas tahun. Dan sekarang, sudah hampir sepuluh tahun berlalu dan mereka masih sepertI dulu. Masih berkawan baik. Namun, sesuatu mula menggugat hubungan persahabatan mereka. Sangka mereka, semuanya akan baik-baik sampailah salah seorang mula punya perasaan lebih dari sekadar kawan baik. “Saya ikhlas...” “Ikhlas tahi kucinglah. Awak ingat benda ni boleh buat main-main ke? Boleh buat bergurau?” Apa jadi dengan persahabatan mereka? Mampukah mereka mempertahankan hubungan persahabatan tersebut sedangkan salah seorang mahukan lebih dari sekadar jadi kawan baik? CINTA PERTAMA
“Min izinkan abang kahwin dengan Muna, dengan syarat....abang kena kahwin lagi seorang. Maknanya, abang bukan hanya ada dua bini, tapi tiga!” Amina berkata tegas. Menjadi seorang isteri dan juga ibu kepada si kembar, Hanan dan Hanina bukanlah satu tugas yang mudah bila mana dalam masa yang sama dia mengusahakan kafe yang boleh dikatakan agak berjaya. Walaupun sibuk menggalas tugas sebagai pemilik kafe dan juga menguruskan anak-anak, Amina tidak sesekali mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri kepada lelaki bernama Fuad. Namun, sejak akhir-akhir ini dia merasakan yang sikap dan perangai Fuad mulai pelik. Lelaki itu gemar keluar malam dan balik pula hampir nak menjelang subuh. Alasannya, Amina sibuk bekerja sehingga mengabaikan dirinya sedangkan dia sedaya menjalankan tanggungjawabnya sebagai isteri sehabis daya. Namun, ada sahaja kekurangan di mata Fuad walaupun lelaki itu sendiri culas dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami dan juga bapa. “Min minta maaf sebab pagi tadi tak sempat nak masak. Kalut uruskan anakanak.”~Amina. “Hmm, orang lain pun ada anak. Boleh aje nak urus rumah, nak masak semua tu. Tengok janda Salmiah tu. Siap boleh buka kedai makan lagi. Dia pun bukan tak ada anak yang nak diurus.”~Fuad. Pedih. Hati Amina pedih dengan layanan yang diterima oleh suaminya itu. Tapi, itu bukanlah alasan untuk Amina mengabaikan keperluan Fuad. Tetapi, nampaknya semua pengorbanan yang dilakukan oleh Amina untuk lelaki itu ternyata sia-sia apabila Fuad mula buat perangai main kayu tiga di belakangnya. “Tu...siapa? Tak pernah nampak pun.” Anak mata Fuad masih tertumpu pada Muna. “Oh, itu Muna. Staf baru. Baru seminggu kerja sini.” “Dah seminggu kerja? Kenapa awak tak cakap pada abang yang ada staf baru?” soal Fuad seolah-olah tak puas hati. “Duduk mana budak tu?” soal Fuad lagi apabila Amina masih diam membisu. “Sekarang ni dia tinggal di rumah sewa yang Min sedia untuk staf. Dia tu anak saudara jiran Kak Siti. Datang sini sebab nak kerja.” Amina menjawab perlahan. “Ooo, dah kahwin ke?” Hati Amina semakin gelisah. “Mmm, belum.” “Oh, kira anak dara lagilah ya?” soal Fuad tiba-tiba teruja. ERTI BAHAGIA BUAT AKU VOL:1
Firasat Amina mula mengatakan ada sesuatu yang tak kena dengan suaminya sejak kehadiran Muna di kafe. Dan sangkaannya tepat apabila memang benar Fuad berlaku curang dengan Muna, stafnya sendiri! Hancur! Hati Amina benar-benar hancur kerana dikhianati oleh orang-orang yang dia percaya. Dia langsung tak menyangka yang Fuad sanggup mengkhianatinya. Namun, walaupun hatinya sakit dikhianati, dia masih mampu berfikiran rasional. Kalau itu yang dimahukan oleh Fuad, dia rela bermadu. Dia rela memberikan keizinan untuk Fuad berkahwin dengan Muna dengan satu syarat. Mampukah Fuad menunaikan permintaan Amina itu? Dan, bolehkah Muna menerima syarat yang diberikan oleh Amina sekiranya gadis itu mahu menjadi isteri kedua Fuad? Dan....siapakah bakal calon isteri ketika Fuad? Apa yang bakal berlaku seterusnya? Mampu ke Fuad nak berlaku adil dengan ketiga-tiga isterinya, sedangkan nafkah Amina dan anak-anak pun sering culas? CONT. ERTI BAHAGIA BUAT AKU VOL:1
“Kalau awak sudi terima lamaran saya...kita nikah hari ni.” Setelah hampir setahun berlalu sejak dirinya diceraikan oleh Fuad, kehidupan Amina dan si kembar semakin baik. Malah, rezekinya semakin meluas apabila impiannya mahu membuka cawangan kedua Amina’s Bakery di Kemaman, Terengganu akhirnya tercapai. Amina juga telah buat keputusan untuk berpindah ke Kemaman dan menyerahkan tanggungjawab menguruskan kafe pertamanya kepada Kak Siti. Di tempat baru, Amina cuba memulakan hidup baru. Membina kehidupan baru bersama-sama Hanan dan Hanina tanpa ditemani lelaki bergelar suami. Sungguhnya sukar kerana terpaksa membesarkan anak-anak seorang diri, namun Amina gembira dengan kehidupannya sekarang. Semuanya baik-baik sehinggalah dia bertemu kembali dengan Altamis. Altamis. Lelaki yang dia kenal secara tak sengaja disebabkan insiden di dalam lif beberapa tahun dahulu. Kemunculan lelaki itu yang semakin kerap, buatkan Amina mula rasa tak selesa. Tak selesa kerana dia sedar akan status dirinya dan dia tak nak dirinya dipandang serong. Maklumlah, dia kini bergelar janda anak dua manakala Altamis tu bujang trang tang tang! Tapi, yang peliknya Altamis suka betul buat dia terasa. Setiap patah kata-kata yang keluar dari mulut lelaki itu pasti akan buat hatinya tersentap. Entah apalah yang lelaki itu marah sangat padanya. Takkan gara-gara dia kotorkan kemeja lelaki itu dengan aiskrim coklat dalam lif dulu yang buat lelaki itu berdendam dengannya? “Saya ingat grand opening hari ni terbuka untuk semua orang.” Altamis menjawab tenang. “Mmm, sorry. Memang terbuka untuk semua orang. Cuma...” “Cuma apa? Cuma awak tak sangka yang saya akan datang? Or...sebenarnya awak tak nak saya datang?” Altamis pantas mencantas kata-kata wanita itu. Semakin Amina cuba menjauh, semakin kerap pula Altamis muncul dalam hidupnya. Sikap lelaki itu pun makin lama makin berubah. Cakap pun dah boleh berlapik dah. Tapi, itu bukan alasan untuk Amina terus terbuka hati nak terima Altamis. Bak kata Amina, ada ramai perempuan yang lebih sepadan daripada dirinya buat lelaki itu. Namun, Altamis tidak peduli. Dia langsung tak kisah akan status Amina. Malah, perasaan sayang lelaki itu tidak hanya terbatas pada Amina, tetapi juga pada Hanan dan Hanina. “Saya...sayangkan Hanan dan Hanani.” “Terima kasih...sebab sudi bagi ruang di hati awak...untuk anak-anak saya...” Amina menutur perlahan. “Dan saya juga sayangkan mama dia orang.” ERTI BAHAGIA BUAT AKU VOL:2
Namun, disebabkan rasa trauma dan takut dengan kisah silam buatkan Amina tak terdaya nak menerima cinta Altamis sehingga dia akhirnya tegar melukakan hati lelaki itu. “Just tell me one reason, Amina. Kenapa awak tak boleh terima cinta saya?” “Cinta...tak boleh dipaksa, kan?” “So, that is your answer?” soal Altamis penuh terluka. Adakah jawapan itu telah berjaya menjawab persoalan kenapa Amina masih tegar menolak cinta Altamis? Dan...mampukah Altamis menanggung sekali lagi kekecewaan jika Amina tegar menolak cintanya, buat ke sekian kalinya? CONT. ERTI BAHAGIA BUAT AKU VOL:2
Disebabkan terdesak, Shamsuria terpaksa menerima tawaran sebagai pemandu peribadi dan juga bodyguard kepada Tuan Syed Faeq. Walaupun pada mulanya dia ragu-ragu, namun gaji yang ditawarkan membuatkan dia tidak mampu menolak tawaran tersebut. Tetapi, bekerja dengan lelaki itu tidak semudah yang di sangka. Tambah-tambah apabila Syed Faeq menyangkakan yang dia seorang lelaki disebabkan penampilannya! “Take off my cloth.” ~ Syed Faeq “Saya akan...tanggalkan...tapi...dengan satu...syarat.” ~ Shamsuria “Oh, really? Apa syaratnya?” Lelaki itu bertanya sinis. “Tuan...Syed...keluar dulu...” Syeq Faeq; lelaki yang cukup dikenali sebagai lelaki berpoket tebal dan sering bertukar-tukar pasangan. Baginya, kenapa dia perlu setia dengan seorang perempuan sedangkan masih ramai lagi gadis cantik dan seksi yang boleh dia dapat dalam sekelip mata. Namun, entah kenapa dia mula merasakan ‘sesuatu’ terhadap pemandunya walaupun dia sedar yang pemandunya itu seorang lelaki! Adakah dia sudah punya perasaan terhadap pemandunya itu? Adakah ini balasan tuhan kepadanya kerana sering mempermain-mainkan perasaan perempuan? Shamsuria; gadis yang gemar berpenampilan ringkas sehingga ramai menyangkakan yang dirinya seorang lelaki termasuk bos diktatornya, Syed Faeq. Namun, selama mana dia mampu menyembunyikan hakikat yang dirinya seorang perempuan? “Aku tawarkan 10K untuk kau jadi kekasih palsu aku, setuju?” ~ Syed Faeq Bermula hanya sebagai ‘kekasih palsu’, akhirnya mereka saling jatuh cinta. Namun, semuanya tidak semudah yang disangkakan. Faeq tiba-tiba membawa diri jauh ke UK sehingga memaksa Shamsuria turut menjejakinya di sana. “Saya berada di sini sebab awak, Faeq. Sebab saya sayang...” ~ Shamsuria “Awak akan menyesal kalau masih punya perasaan tersebut untuk orang macam saya.” ~ Syed Faeq. Mampukah Shamsuria merebut kembali hati Faeq sedangkan lelaki itu sudah bertekad mahu melepaskan dirinya? BOSKU DIKTATOR
Sering diperhatikan dari jauh, Ulya rasa tak selamat. Dia tak pasti kenapa lelaki itu suka memerhatikannya dari jauh, gaya macam dia ada hutang pula dengan lelaki itu! Aidan; dia memang telah lama menaruh rasa suka pada Ulya sejak dia ternampak gadis itu melintas di hadapannya semasa minggu orientasi. Selama dua tahun dia memendam rasa dan hanya mampu memerhatikan Ulya dari jauh. Satu kejadian berlaku antara Aidan dan Ulya yang membawa kepada titik permulaan perkenalan antara mereka. Namun, khabar angin yang Ulya dengar tentang Aidan buatkan gadis itu cuba menjauhkan diri daripada lelaki itu. "Kau takkan tak kenal Aidan? Dia popular kot dekat kampus ni. Tapi, dia tu kaki perempuan. Boleh kata setiap fakulti tu ada sorang dua wakil girlfriend dia." Bagi Aidan pula, pelbagai cara dia cuba buat semata-mata nak memulakan langkah pertama mendekati gadis itu. "Boleh tak awak tolong ajar topik tadi?"~Aidan "Kita satu kelas ke?Kenapa saya tak perasan?~Ulya "Takkan benda senang ni pun tak tahu? Soalan direct kot,"~Ulya cuba tahan sabar "Susah lah. Otak saya pandai kira untung rugi aje.~Aidan "Dah tu kenapa awak ambil subjek ni? Jarang student dari fakulti business nak ambil subjek ni. Kalau saya ada pilihan, saya takkan ambil subjek ni?~Ulya "Sebab subjek ni aje yang kita boleh satu kelas."Aidan menjawab tanpa sedar. "Hah?!Awak cakap apa tadi?"~Ulya pandang wajah Aidan dengan riak terkejut. DIA YANG AKU RINDU
Hubungan mereka baik-baik sahaja walaupun kadangkala Aidan sengaja menguji hati Ulya. "Sorrylah. Macam mana saya nak bagi tahu yang saya terpaksa datang lambat, dah awak pun tak bagi nombor telefon awak.~Aidan. "Nah,"~Ulya terus hulur cebisan kertas pada lelaki itu. "Apa ni?"~Soal Aidan hairan. "E-mel saya."Selamba Ulya menjawab. "E-mel? Dah kenapa tak bagi nombor telefon je? Senang apa-apa boleh WhatsApp atau call aje."Aidan. "Saya tak ada whatsapp." Sekali lagi Ulya menjawab selamba. "Ada lagi ke orang sekarang tak pakai Whatsapp?" "Adalah. Dah, jangan banyak cakap lagi?.Nak ke tak nak?"Ulya. "Naklah. Mmm, e-mel pun e-mel lah.Daripada tak ada."Aidan menggumam perlahan. Ulya pula rasa nak tergelak bila melihat air muka tak puas hati tapi reda yang terpamer di wajah lelaki itu. Hubungan mereka mulai serius apabila Aidan mula bertindak meluahkan perasannya. "Boleh tak saya bagi jawapan masa kita konvo nanti?"Ulya "Lambat sangat tu sayang. Bagi tahu sekarang tak boleh ke?~Aidan. Di saat Ulya dah bersedia nak memberikan jawapan, tiba-tiba Aidan menghilangkan diri. Aidan, ke mana awak pergi? Awak kata awak sayang saya.. Awak kata awak tak boleh hidup tanpa saya... Awak tak nak tahu ke apa jawapan saya? DIA YANG AKU RINDU SAMBUNGAN
Dek kerana ‘insiden’ yang berlaku di London dulu membuatkan Sharifah Damia Andriana atau Andy ‘dibawa’ pulang oleh mamanya, Sharifah Harlina. Setelah bertahun-tahun tinggal di luar negara membuatkan Andriana mengalami kejutan budaya dan sukar untuk dia menyesuaikan diri. Lebih buruk lagi apabila mama dan papanya memaksa dia mengikuti pengajian di peringkat ijazah sarjana muda di salah sebuah universiti tempatan! Tak pernah dia bayangkan yang dia bakal menghabiskan masa selama tiga tahun di universiti di Malaysia. Degree dari unversiti Malaysia? Pleaselah! Kehidupan Andriana semakin rumit apabila dia tanpa ‘sengaja’ telah ‘berperang’ dengan Lia, salah seorang fasilitator dek kerana Lia tidak berkenan dengan cara pemakaian Andriana ketika menghadiri minggu orientasi universiti. “Sharifah Damia Adriana! Kenapa awak ni degil sangat? Awak tahu tak, peraturan tetap peraturan? Dah berapa kali saya cakap, masa minggu orientasi, kena pakai baju rasmi bukan t-shirt sendat dengan skinny jeans awak tu!” Namun, itu bukanlah satu-satunya masalah yang dia hadapi. Belum pun satu semester berakhir, Andriana di kejutkan dengan satu lagi berita yang bakal merubah kehidupannya. Syed Muhammad Ilham Wafiy. Kehadiran ‘tanpa sengaja’ lelaki ini membuatkan hidup dia huru hara apabila lelaki itu yang entah muncul dari mana, meminta izin dari mama dan papanya untuk berkahwin dengannya. “Tapi Girl, mereka ikhlas...” “Mama! Stop it! Kenapa mama beriya-iya sangat nak ikut cakap mereka? Siapa Girl pada mama sampai sanggup mama nak buat macam ni? Ni berkaitan dengan masa depan Girl mama. Mama nak tengok masa depan Girl hancur ke? Mama nak Girl menderita seumur hidup?!” Apakah motif sebenar lelaki bernama Syed Muhammad Ilham Wafiy itu? dan mampukah Lia menerima hakikat yang lelaki idamanannya itu telah mengambil keputusan untuk berkahwin dengan gadis yang paling dibencinya, iaitu Andriana? Atau pun itu hanyalah sekadar rancangan Wafiy dan Lia untuk membalas dendam ke atas Andriana? dan apa hubungan antara Wafiy dan Lia? DIA YANG AKU RINDU SAMBUNGAN