PENGHASILAN PRODUK ISU PDP MBPK
ISI KANDUNGAN PENGHARGAAN PENDAHULUAN NAMA PENGHASILAN PRODUK RASIONAL PRODUK OBJEKTIF PRODUK LANGKAH-LANGKAH PENGHASILAN PRODUK KAJIAN PENGHASILAN PRODUK IDEA PRODUK PENGGUNAAN PRODUK IMPAK PRODUK KE ATAS MBPK GAMBAR BERSAMA PRODUK 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11.
PENGHARGAAN Dalam kesempatan ini saya Zakwan ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada barisan pensyarah bagi kursus PKUK1133 kerana telah mencurahkan ilmu dan berkongsi idea dalam penghasilan produk ini. Tidak lupa juga kepada Puan Normah yang telah banyak berkongsi ilmu melalui bengkel yang telah dilaksanakan tempoh lalu. Semoga dengan tunjuk ajar yang diberikan dapatlah saya merealisasikan objektif bagi tugasan ini.
PENDAHULUAN Pendidikan seni visual merupakan satu subjek yang menarik untuk dipelajari dalam kalangan Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK). Ia merangkumi unsur seni, prinsip rekaan, asas rekaan, seni halus, komunikasi visual dan kraf. Pendekatan dan kaedah pengajaran yang sesuai boleh dilaksanakan oleh guru pendidikan khas dalam menggilap bakat anak-anak istimewa supaya mereka lebih seronok mempelajari subjek tersebut di sekolah dalam suasana yang kondusif. MBPK mungkin mengalami kesukaran dalam subjek ini namun, dengan kepakaran guru pendidikan khas dapat merangka inovasi dan kreativiti dalam pengajaran dan pembelajaran.
Menggambar Nama Produk Helper Kit NAMA PENGHASILAN PRODUK Pemilihan Bidang Gambaran produk Produk ini merangkumi dua jenis inovasi dan kegunaan atau boleh dikatakan produk 2 in 1 yang diletakkan dalam sebuah bekas. Yang pertama ialah pencil grip. Yang kedua ialah pembaris pemudahcara.
RASIONAL PRODUK Rasional produk Helper Kit ini adalah sudah semestinya untuk memudahkan penggunaan pembelajaran pendidikan seni visual terutamanya dalam bidang menggambar bagi MBPK. Selain itu, pembuatan produk ini juga bertujuan untuk melahirkan murid yang berkemahiran dalam melukis, menggunakan kreativiti masing-masing dalam menghasilkan sesuatu yang kreatif. Ia secara langsung dapat mengasah bakat MBPK yang terpendam. Para guru pendidikan khas mampu menerapkan kegunaan produk ini kepada MBPK untuk merealisasikan peribadi murid yang kreatif dan inovatif.
OBJEKTIF PRODUK Objektif utama produk Helper Kit adalah untuk memudahkan penggunaan bidang menggambar bagi MBPK yang mempunyai tahap psikomotor halus dan kasar yang lemah. Contoh yang dapat kita perhatikan ialah dimana seseorang MBPK itu sukar untuk menggenggam sebatang pensel menyebabkan dia tidak boleh menulis atau melukis dengan betul dan efisyen. Sasaran produk ini adalah kepada MBPK masalah pembelajaran yang mungkin mempunyai tahap kognitif yang rendah. Penggunaan produk ini tidak begitu rumit dan amat mudah diguna pakai oleh MBPK. Jadi, dengan adanya produk ini ia sekaligus dapat membantu MBPK dalam pembelajaran Pendidikan Seni Visual dan guru pendidikan khas juga dapat menjadikan produk ini salah satu inisiatif dalam memperkasakan kemahiran MBPK dalam PdP.
LANGKAH-LANGKAH PENGHASILAN PRODUK Sediakan bahan-bahan yang terdiri daripada dua utas getah, kulit buku log dan sebatang pensel. 1. 2. Simpulkan kedua-dua utas getah dan letakkan pada ibu jari dan jari telunjuk. Letakkan batang pensel di antara kedua-dua jari. Ini akan mengeratkan genggaman semasa menulis. 3. P E N C I L G R I P P E N C I L G R I P
LANGKAH-LANGKAH PENGHASILAN PRODUK 6. Seterusnya, untuk membuat pembaris pemudahcara, sediakan bahan-bahan yang terdiri daripada kulit buku log dan NT cutter. 4. 5. Potong kulit buku log dengan potongan berbentuk pembaris atau segi empat tepat. Tebuk lubang halus yang memanjang di bahagian tengah pembaris. Ini merupakan inovasi yang dilaksanakan. P E M B A R I S P E M B A R I S
LANGKAH-LANGKAH PENGHASILAN PRODUK 9. Berikut merupakan cara menggunakan pembaris pemudahcara dengan meletakkan pensel ke dalam lubang yang telah ditebuk untuk membuat garisan yang lurus. 7. 8. Letakkan semua alatan di dalam bekas yang disediakan untuk menambah nilai komersial pada produk. Ini merupakan rupa akhir produk apabila telah disiapkan. Ia dinamakan Helper Kit. H E L P E R K I T H E L P E R K I T
KAJIAN PENGHASILAN PRODUK 1. MELALUI INTERNET 2. MELALUI PERBINCANGAN DENGAN PENSYARAH Saya telah membuat perbincangan dengan pensyarah untuk menghasilkan produk untuk MBPK yang mudah dan efisyen. Pensyarah banyak memberi idea dan pandangan serta kritikan. Dari situ, saya telah membuat kajian untuk menghasilkan produk saya yang tersendiri. Saya telah membuat kajian melalui internet dengan menekankan isu murid sukar menggenggam pensel dan alatan lain. Saya dapati pencil grip mampu menyelesaikan masalah ini. Terdapat rupa bentuk yang telah memberi ilham kepada saya untuk mereka bentuk pencil grip dan membuat inovasi bagi kemudahan MBPK. Link: https://www.especialneeds.com/shop/dailyliving-aids/handwriting/grips-holders.html
IDEA PRODUK Pada mulanya, saya memperoleh idea untuk membuat produk dalam bidang menggambar melalui internet iaitu pencil grip. Berikut merupakan sumber ilham daripada penghasilan produk saya: Melalui sumber ilham tersebut, saya memperoleh idea untuk membuat inovasi untuk menukarkan bahan pembuatan produk iaitu dengan menggunakan dua utas getah. Hanya dengan menyimpulkan dua utas getah dapat menjadikan satu produk yang berfungsi dengan efisyen. Pembaris pemudahcara pula, saya memikirkan untuk memudahkan MBPK membuat garisan lurus tanpa kesukaran kerana psikomotor mereka lemah. Tercetuslah idea untuk membuat Helper Kit iaitu mengandungi 2 produk dalam 1.
PENGGUNAAN PRODUK Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Buka penutup bekas untuk mengambil produk. Jika ingin menggunakan pencil grip, ambil 2 utas getah. Simpulkan 2 getah tersebut seperti di paparan slide di atas. Selepas getah diletakkan pada keduadua jari telunjuk dan ibu jari, masukkan pensel pada bahagian tengah getah. Jari anda akan kekal bersama pensel dan dapat memudahkan aktiviti bidang menggambar. 1. 2. 3. 4. 5. Untuk menggunakan pembaris pemudahcara, letakkan pembaris di atas permukaan kertas. Alihkan pensel ke dalam lubang memanjang pada pembaris. Gerakkan pensel untuk membuat garisan. Melalui produk ini, MBPK tidak mudah terpesong dari pembaris yang menyebabkan garisan yang lurus tidak terhasil. Lubang seakan longkang tersebut dapat mengawal pensel dari terpesong untuk membentuk garisan lurus.
IMPAK PRODUK KE ATAS MBPK Produk Helper Kit sudah tentu memberi impak yang positif terhadap MBPK. Helper Kit yang mempunyai 2 produk dalam 1 ini dapat menyelesaikan kesukaran yang dihadapi oleh MBPK dalam pembelajaran pendidikan seni visual. Dalam penghasilan bidang menggambar yang efisyen oleh MBPK, mereka memerlukan produk yang dapat membantu mereka memudahkan tugasan. Dalam era berteknologi tinggi ini, banyak prototaip yang mampu membantu MBPK memudahkan tugasan harian. Sama juga dengan Helper Kit, ia dapat membantu secara meluas dalam pembelajaran pendidikan seni visual.
IMPAK PRODUK KE ATAS MBPK Jika kita lihat melalui kawalan genggaman pensel yang sukar dikawal, Pencil Grip mampu menyelesaikan masalah tersebut. Jika MBPK sukar untuk membuat garisan lurus, mereka boleh menggunakan pembaris pemudahcara dengan hanya memasukkan pensel ke dalam lubang pembaris dan mampu mencipta garisan lurus. Ini menunjukkan produk ini berinovatif dan kreatif bersesuaian dengan era pembelajaran pada masa kini. Sekaligus MBPK dapat mengasah bakat dan tahap prestasi mereka dalam pembelajaran pendidikan seni visual. Produk ini merupakan titik permulaan untuk menggalakkan mereka berusaha secara berterusan demi melahirkan murid yang kreatif.
GAMBAR BERSAMA PRODUK
SEKIAN DARIPADA SAYA, TERIMA KASIH