The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

IIX1004 INTRODUCTION OF USULUDDIN GP32 SEMESETER 2 2023/2024

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NURHAMIZAH MOHD HIDHIR, 2024-05-22 02:43:19

STRATEGI DAKWAH RASULULLAH DENGAN MENYELESAIKAN KONFLIK

IIX1004 INTRODUCTION OF USULUDDIN GP32 SEMESETER 2 2023/2024

Strategi Dakwah Rasulullah Dengan Meyelesaikan Konflik Introduction Of Usuluddin (Kumpulan 32)


AHLI KUMPULAN DAYANG ADRIANA MOHD RIZAL 23004444 SITI ADILAH MOHMAD HAMDANI 23004537 AINUL MARDHIAH ABDUL RASHID 23004536 NUR FARAH AFIQAH NOR AZMAL 23004500 NURHAMIZAH MOHD HIDHIR 23004541 SOFIYYATUN NAJIHAH IBRISAM 22000440


Konflik merupakan satu unsur yang tidak asing lagi dalam kehidupan manusia, hal ini kerana setiap manusia mempunyai akal dan pendapat masing-masing. Konflik menurut dewan bahasa ialah perselisihan atau pertentangan antara individu disebabkan idea atau kepentingan diri. Manusia melakukan pelbagai usaha untuk menyelesaikan konflik yang dihadapi dengan mencuba pelbagai strategi, Usaha yang paling efektif dalam meyelesaikan konflik ialah berteraskan pedoman agama iaitu bersumberkan Al-quran dan sunnah Nabi Muhammad SAW. Kaedah kajian yang digunakan ialah kajian kualitatif iaitu fokus kepada bagaimana cara Rasulullah menyelesaikan konflik agama pada zamannya. Matlamat memilih kaedah ini adalah untuk memahami prinsip kesederhanaan yang diterapkan oleh Rasulullah dan bagaimana ia boleh diadaptasikan di dalam konteks masyarakat semasa. Kaedah yang diterapkan oleh baginda Nabi Muhammad SAW merupakan salah satu kaedah yang dilakukan oleh umat islam khususnya dalam menyelesaikan konflik. PENDAHULUAN


Dakwah berasal dari perkataan arab da’a, yad’u, da’wa yang bermaksud memanggil, menyeru atau seruan. Manakala dari segi istilah, dakwah bermaksud seruan kepada jalan Allah S.W.T dengan beriman kepada – Nya, beriman sebagaimana yang telah diajarkan oleh Rasulullah S.A.W iaitu dengan membenarkan segala apa yang dikhabarkan dan mentaati segala perintahnya. Muhammad al-Ghazali memberi penerangan istilah dakwah sebagai satu program (barnamij) yang lengkap, yang kesemua peringkatnya mengandungi semua ilmu pengetahuan yang menjadi satu keperluan kepada manusia bagi menjelaskan tujuan dan matlamat hidup dan bagi menyingkap panduan jalan yang menjadi petunjuk kepada mereka. Dr. Yusuf al-Qaradawi pula mendefinisikan dakwah sebagai usaha membawa orang lain kepada agama Islam, supaya mengikut petunjuk agama ini, melaksanakan segala ketetapannya di muka bumi ini, mengkhususkan segala bentuk penghamabaan diri, permohonan dan taat kepada Allah sahaja, melepaskan diri dari segala kongkongan yang bukan daripada Allah (taghut) yang terpaksa dipatuhi, memberi hak kepada orang lain yang ditentukan hak oleh Allah, menyeru kepada kebaikan dan mencegah segala kemungkaran, dan bejihad pada jalan-Nya. DEFINISI DAKWAH


Konflik membawa maksud perbezaan pendapat PUNCA KONFLIK antara dua atau lebih pihak yang membawa kepada percanggahan. Taquiri dalam Newstron dan Davis (1977) menyatakan konflik merupakan warisan kehidupan sosial yang boleh berlaku dalam pelbagai keadaan akibat daripada berbangkitnya keadaan ketidaksetujuan, kontroversi dan pertentangan di antara dua pihak atau lebih secara berterusan. Persaingan sumber yang terhad Persandaran tugas Ketidakjelasan tanggungjawab dan kuasa Kekurangan maklumat Matlamat yang berbeza JENIS - JENIS KONFLIK Konflik diri Konflik antara manusia (Interpersonal) Konflik pasukan KONFLIK


ISU YANG BOLEH TIMBUL KONFLIK STRATEGI SELESAI KONFLIK Tidak setuju dengan maklumat/tujuan Tidak setuju dengan cara melakukan tugasan Tidak setuju dengan suatu keterangan/fakta Tidak setuju dengan nilai (benar/salah) Persaingan Permuafakatan Kompromi Pengelakan Penyesuaian KONFLIK


PERINTAH DAKWAH KEPADA SEMUA UMAT ISLAM ْنَهْوَن َي وِف َو ُر َمْع ْل ٱ ِب وَن ُر ُم ْأ َي َو ِر ْي َخ ْل ىَل ٱ ِإ ْدُعوَن َي ٌۭة َّم ُأ ْم ُك ن ِّمن ُك َت ْل َو وَن ١٠٤ ُمْفِل ُح ْل ِئَك ُهُم ٱ ٰٓـ َل ۟و ُأ ۚ َو ِر ُمنَك ْل َعِن ٱ Dan hendaklah di antara kamu ada segolongan orang yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh (berbuat) yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar. Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung. ( Surah Ali Imran : 104 )


DALIL BERKAITAN DAKWAH NABI MUHAMMAD SAW َّن ِإ ْحَسُنۚ َأ ِتى ِهَى َّل ٱ ُهم ِب ْل ِد ٰـ َسَنِةۖ َوَج َح ْل َمْوِعَظِة ٱ ْل ِحْكَمِة َوٱ ْل ٱ ِب ِّبَك يِل َر ِب ٰىَل َس ٱْدُع ِإ ُمْهَتِديَن ١٢٥ ْل ٱ ُم ِب َل ْع َأ ۖ َوُهَو ۦ يِلِه ِب َمن َضَّل َعن َس ُم ِب َل ْع َأ َّبَك ُهَو َر Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pengajaran yang baik, dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu, Dialah yang lebih mengetahui siapa yang sesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui siapa yang mendapat petunjuk. (Surah Al-Nahl : 125)


HIKMAH & KEBIJAKSANAAN ELEMEN DALAM DAKWAH NABI MUHAMMAD SAW KASIH SAYANG & KELEMBUTAN MEMBINA UKHUWWAH KESABARAN


DEFINISI Menurut kamus dewan edisi keempat, perkauman mempunyai tiga maksud, iaitu: Berkaitan dengan kaum kerabat (keluarga) dan pertalian sanaksaudara. 1. Berkaitan dengan sesuatu golongan atau puak. 2. Berkaitan dengan sesuatu suku bangsa atau kesukuan 3. Menurut Abd. al-Razaq Majid, asabiyyah mempunyai dua pengertian, iaitu : Perasaan bersungguh-sungguh yang tumbuh di atas pertalian darah dan ikatan kekeluargaan yang disebabkan oleh tabiat semula jadi. 1. 2. Puak-puak atau golongan


﴾ ْۚا ٓو ُف َبٓاِئَل ِلَتَعاَر ٗبا َو َق ۡم ُشُعو ۡل َٰن ُك نَثٰى َوَجَع ُأ م ِّمن َذَك ٖر َو ۡق َٰن ُك ا َخَل َّن َها ٱلَّناُس ِإ ُّي َٰٓيَأ ﴿ Maksudnya :” Wahai manusia! Sesungguhnya, Kami menciptakan kamu daripada seorang lelaki (Adam AS) dan seorang perempuan (Hawwa ’ AS), kemudiannya menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal “ DALIL DALIL PENCIPTAAN MANUSIA PELBAGAI KAUM Dalam hadis riwayat Muslim Abu Daud dan Nasa ’i, Nabi Muhamad pernah bersabda: “Bukan dari kalangan kami orang yang menyeru ke arah asabiyyah, bukan kalangan kami orang yang berjuang atas dasar asabiyyah dan bukan kalangan kami orang yang mati atas dasar asabiyyah.” DALIL LARANGAN ASABIYYAH ATAU PERKAUMAN


FAKTOR YANG MENYUMBANG KEPADA KONFLIK PERKAUMAN POLITIK MEDIA SOSIAL BUDAYA Terdapat perbezaan budaya dan agama bagi setiap kaum. Tidak berusaha untuk memahami dan menghormati adat, budaya dan agama lain. Tidak menjaga sensitiviti kaum dan agama lain yang menyebabkan permusuhan. Sesetengah ahli politik sengaja menggunakan isu perkauman untuk mendapatkan sokongan dan undian. Mereka merasakan diri dan kaum mereka sahaja yang layak menjadi seorang pemimpin. Sesetengah pengguna media sosial sengaja menjadi ‘batu api’ apabila timbul isu perkauman. Mereka juga menyebarkan maklumat yang tidak benar terhadap kaum lain.


SOLUSI PERANAN INSTITUSI KEKELUARGAAN MEDIA MASSA DAN MEDIA SOSIAL PERANAN INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI


Ibu bapa merupakan guru pertama bagi anak-anak. Mereka perlu memupuk semangat kekitaan dalam diri anakanak mereka. Mereka juga perlu mengajar anak-anak mereka supaya tidak bersikap stereotaip serta menghormati kaum dan agama lain. Islam memberi tanggungjawab kepada ibu bapa untuk mendidik anak-anak mereka. Seperti firman Allah yang bermaksud : “ Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka. ” 1) PERANAN INSTITUSI KEKELUARGAAN


Pihak IPT boleh mengadakan ceramah dan kempen bagi memupuk semangat kekitaan antara kaum. Para pensyarah juga berperanan dalam mengalakkan para pelajar membentuk kumpulan tugasan yang terdiri daripada pelbagai kaum. Persatuan-persatuan universiti juga berperanan dalam menyatukan pelajar berbilang kaum dengan mengadakan aktiviti kesukarelawan. 2) PERANAN INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI


Media massa dan media sosial merupakan platform yang paling sesuai dalam memupuk semangat kekitaan dan persaudaraan antara kaum. Perkembangan teknologi memudahkan sesuatu informsi disampaikan kepada seluruh masyarakat. Melalui media massa, penerbit rancangan televisyen boleh menghasilkan rancangan yang dapat memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan kerjasama antara kaum dalam kehidupan. Pengguna media sosial juga boleh menyeru serta berdakwah kepada masyarakat supaya masyarakat yang berbilang kaum saling membantu, memnghormati dan bekerjasama anrata satu sama lain. Islam juga menyeru kita untuk saling menyeru kepada kebaikan dan menegah kemungkaran ( berdakwah ). Seperti firman Allah yang bermaksud : “Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). 3) MEDIA MASSA DAN MEDIA SOSIAL


STRATEGI DAKWAH RASULULLAH DALAM MENANGANI KONFLIK PERKAUMAN ISU / KONFLIK Penduduk Madinah terdiri daripada pelbagai puak, suku, kaum dan agama seperti Aus dan Khazraj. Kepelbagaian suku dan kaum menyebabkan mereka menjalani kehidupan harian yang terpisah dan berpuak antara satu kabilah dengan kabilah yang lain ( asabiyyah ). Puak Aus dan Khazraj juga saling berperang dan bermusuhan sebelum memeluk Islam. Pelbagai strategi yang dilakukan oleh Rasulullah dalam menyatukan kedua-dua puak ini seterusnya mempersaudarakan mereka dengan golongan Muhajirin melalui dakwah baginda.


Semasa penghijrahan Rasulullah SAW ke Madihah pada tahun 622 Masihi, Rasulullah telah menyatukan serta mempersaudarakan 3 golongan, iaitu Muhajirin, Ansar dan Yahudi. Muhajirin ialah golongan pendatang yang berhijrah bersama Nabi Muhammad SAW dari Mekah ke Madinah serta tidak mempunyai harta dan tempat tinggal Ansar ialah penduduk asal Madinah serta mempunyai kemudahan dan kekayaan. Mereka terdiri daripada dua kabilah, iaitu Aus dan Khazraj dan mereka telah memeluk Islam. Yahudi ialah kelompok yang menganut ajaran Nabi Musa dan terdiri daripada 20 suku. Antara suku yang terkenal ialah Bani Qainuqa, Bani Nadhir dan Bani Quraizah. Langkah pertama yang dilakukan Rasulullah selepas penghijrahan baginda ke Madinah adalah mempersaudarakan golongan Muhajirin dan Ansar. Antara sahabat yang disatukan oleh Nabi Muhammad SAW ialah Abu Bakar as-Siddiq r.a (Muhajirin) dengan Kharrijah bin Zuhair r.a (Ansar) dan ·Abdul Rahman bin Auf r.a (Muhajirin) dengan Saad bin Rabi r.a. (Ansar). Mereka yang dipersaudarakan oleh Rasulullah mempunyai ikatan seperti saudara kandung sehingga sanggup memberikan separuh harta mereka kepada saudaranya. STRATEGI RASULULLAH DALAM MEMPERSAUDARAKAN MASYARAKAT ARAB


Langkah yang diambil oleh Rasulullah SAW dalam mempersaudarakan mereka merupakan langkah yang terbaik kerana dapat mengurangkan sikap stereotaip dan fanatik terhadap kaum sendiri serta memantapkan lagi keabdian kepada Allah SWT. Rasulullah telah mengambil pendekatan membina masjid pertama, iaitu Masjid Quba’ dan masjid kedua, iaitu Masjid Nabawi bertujuan sebagai pusat berkumpul bagi umat Islam dalam langkah menyatukan mereka. Masjid Nabawi juga dijadikan sebagai pusat pentadbiran, kegiatan sosial, pusat pengajian dan tempat perbincangan. Rasulullaah juga mengambil langkah menyatukan masyarakat beragama Islam dengan masyarakat bukan beragama Islam ( Yahudi ). Baginda sebagai ketua negara telah membentuk Piagam Madinah, iaitu perlembagaan bertulis pertama yang dipersetujui oleh semua penduduk Madinah sama ada beragama Islam ataupun tidak. Piagam Madinah terdiri daripada 47 fasal dan antara perkara yang disebut adalah berkaitan hak asasi manusia, tanggungjawab warganegara, pembentukan ummah dan politik perdamaian. Antara kandungan terpenting dalam piagam Madinah ialah masyarakat Madinah perlulah hidup saling membantu serta mewujudkan ikatan persaudaraan walaupun berbeza bangsa, kaum dan agama. Masyarakat Yahudi diberikan kebebasan untuk menganut agama mereka selagi tidak menjejaskan kepentingan umum serta perlu taat terhadap kepimpinan Islam.


KESIMPULAN Tuntasnya, jelaslah bahawa perkauman atau asabiyyah amat ditegah dalam agama Islam. Rasulullah SAW berusaha menyatukan masyarakat Arab yang terdiri daripada latar belakang yang berbeza dari segi agama dan bangsa. Persaudaraan antara masyarakat terutamanya sesama umat Islam amatlah dituntut dalam Islam seperti firman Allah yang bermaksud : "Sebenarnya orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah antara dua saudara kamu (yang bertelingkah itu); dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat." (Surah al-Hujurat, ayat 10) Oleh itu, kita sebagai umat Islam perlulah mengelakkan diri daripada sifat asabiyyah serta saling membantu dan menghormati antara satu sama lain walaupun berbeza bangsa, agama dan warna kulit.


KONFLIK RUMAH TANGGA & SOLUSI


DEFINISI Konflik rumah tangga merupakan satu kehidupan suami isteri sentiasa berada di dalam suasana yang tidak harmoni dan berkonflik. Suami isteri saling bencimembenci di antara satu sama lain. Konflik rumahtangga boleh didapati di dalam beberapa keadaan sama ada jelas atau tidak jelas. Seperti contoh suami isteri mudah bertengkar, saling tuduh menuduh, dan maki hamun sesama sendiri, atau berlaku perselisihan suami isteri yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar dan mereka kelihatan damai tetapi hakikatnya kehidupan mereka hambar, tidak mesra dan renggang. Keadaan rumahtangga yang sedemikian memberi kesan yang mendalam terhadap pertumbuhan jiwa anak-anak. Dalam perundangan Islam, konflik rumah tangga berpunca daripada nusyuz dan syiqaq. Nusyuz dari segi Bahasa bermaksud derhaka. Isteri yang nusyuz ialah isteri yang menderhakai suaminya dan mengingkari ketaatan terhadap suami pada perkara yang diwajibkan Allah SWT. Sementara itu, shiqaq merupakan perkataan Arab yang bermaksud pemusuhan dan perselisihan. Firman allah: نَفُقو۟ا ِمْن َأ َوِبَمٓا ٍۢض َبْع ُه َبْعَضُهْم َع ٰىَل َّل َسٓاِء ِبَما َفَّضَل ٱل ُموَن َعىَل ٱلِّن َجاُل َق َّٰو ٱل ِّر وَن ُف ِتى َت َخا َّلٰـ ُهۚ َوٱ َّل ِّلْلَغْيِب ِبَما َحِفَظ ٱل ِفَظ ٰـٌۭت ِنَتٰـٌت َح ٰـ ٰـُت َق ٰـ ِل َح ٱلَّص ٰـ ْم َٰو ِلِهْمۚ َف َأ ْبُغو۟ا ْم َفاَل َت ُك َطْعَن ِإْن َأ وُهَّنۖ َف َوٱْض ِرُب ِع ْلَمَضاِج وُهَّن ِفى ٱ ُشوَزُهَّن َفِعُظوُهَّن َوٱْه ُج ُر ُن ا ٣٤ ًۭر ا َكِبي ًّۭي َه َكاَن َعِل َّل ِإَّن ٱل ْيِهَّن َسِبياًلۗ َعَل Kesimpulannya, konflik rumah tangga bolehlah ditakrifkan sebagai keadaan tidak tenteram atau tidak stabil yang berlaku di dalam sesebuah rumah tangga akibat daripada faktor-faktor tertentu yang akhirnya boleh membawa kepada masalah penderaan, keganasan dan akhirnya perceraian.


Faktor dalaman Agama Tekanan bebanan kerja Sikap Kesihatan Faktor luaran Campur tangan keluarga secara berlebihan Masalah ekonomi Punca-Punca Konflik Rumahtangga


FAKTOR DALAMAN Agama Kekurangan pengetahuan dan pendidikan yang berlatar belakangkan keagamaan serta terperangkap dalam kehidupan dan budaya sosial yang liar hanya akan mengakibatkan konflik rumah tangga. Sebagai contoh, suami mengabaikan tanggungjawab rumah tangga seperti tidak memberi nafkah hidup yang sewajarnya Tekanan bebanan kerja Kebahagiaan rumah tangga bergantung kepada kebijaksanaan suami dan isteri yang bekerja untuk membahagikan masa dan tumpuan kepada kerja dan juga keluarga. Namun demikian, tekanan bebanan kerja menyebabkan kurang tumpuan yang diberikan kepada keluarga atau masalah di tempat kerja yang berlarutan sehingga di rumah hanya akan menyebabkan konflik dalam rumah tangga. Sikap Suami atau isteri harus mempunyai sikap yang disenangi oleh pasangan masing-masing untuk menjamin kebahagiaan rumah tangga yang berkekalan. Sikap bengis suami atau sikap isteri yang tidak menghormati suami hanya akan mewujudkan konflik di dalam rumah tangga. Sikap cemburu yang negatif juga merupakan salah satu punca yang menyebabkan berlakunya konflik dalam rumah tangga. Sifat cemburu yang melampau amat tidak digalakkan kerana ia boleh menggugat hubungan sesebuah rumah tangga. Kesihatan Masalah kesihatan pasangan merupakan salah satu punca berlakunya konflik. Kesihatan yang tidak memuaskan sama ada di pihak suami atau isteri kadangkala dianggap membebankan oleh pasangannya. Masalah seperti ini seharusnya perlu dihadapi bersama oleh pasangan yang telah berkahwin kerana ini adalah masa yang sesuai untuk membuktikan kasih sayang yang pernah dilafazkan. Masalah seksualiti, ketiadaan zuriat atau tidak berpuas hati dengan zuriat yang ada juga menjadi sebab berlakunya konflik dalam rumahtangga jika tidak diselesaikan dengan cara yang bijak dan bertolak ansur.


FAKTOR LUARAN Campur tangan keluarga secara berlebihan Campur tangan keluarga boleh dibahagikan kepada dua, iaitu campur tangan untuk kebaikan rumah tangga tersebut ataupun sebaliknya. Contohnya, mertua mencampuri urusan rumah tangga anaknya secara negatif, misalnya menghasut dalam hal-ha1 tertentu. Ini merupakan pengaruh luar yang juga memainkan peranan dalam memporak perandakan rumah tangga. Masalah ekonomi Masalah ini sedikit sebanyak akan mempengaruhi kestabilan rumah tangga sebilangan pasangan disebabkan keadaan kewangan keluarga yang tidak stabil ataupun tekanan perasaan ekoran pemberhentian kerja dan kesulitan untuk mencari pekerjaan yang lain.


PERINGKAT PERTAMA Kursus pra perkahwinan Khutbah nikah PERINGKAT KEDUA Penyelesain peringkat suami isteri. Penyelesain menggunakan khidmat orang tengah. SOLUSI PERINGKAT KETIGA Penceraian


Pada peringkat ini, ianya lebih berbentuk pada pencegahan sebelum berlakunya konflik rumah tangga. la bertumpu pada aspek pengajaran dan pendidikan untuk membantu memberi panduan kepada pasangan yang akan berumah tangga.: Kursus Pra Perkahwinan Penyelesaian konflik rumah tangga yang boleh dibuat pada peringkat awal perkahwinan ialah dalam bentuk kursus pra perkahwinan. Kursus pra perkahwinan diadakan bertujuan untuk memberi maklumat dan pendedahan awal tentang konsep dan matlamat rumah tangga. Melalui kursus pra perkahwinan, pasangan dapat didedahkan dengan hal ehwal perkahwinan, tanggungiawab serta matlamat sesebuah perkahwinan. Kursus ini telah mula diwajibkan kepada setiap pasangan yang ingin berkahwin mulai pada tahun 1997. Khutbah Nikah Khutbah secara amnya bermaksud nasihat dan peringatan. Khutbah adalah perkara sunnah yang dilakukan untuk menasihati orang dan untuk tujuan pelbagai perkara lain. la juga tidak khusus untuk tujuan nikah sahaja tetapi khutbah diperlukan untuk tujuan berbicara. Antara tujuan khutbah nikah ialah untuk menerangkan objektif pernikahan, memperbaiki niat bernikah, mempelajari adab hidup berpasangan serta menjelaskan tentang tugas serta tanggungjawab pasangan suami isteri ketika menempuhi alam perkahwinan PERINGKAT PERTAMA


Peringkat kedua penyelesaian konflik rumah tangga lebih bertumpu pada kaedah rawatan untuk memperbaiki keadaan rumah tangga yang sudah mula rosak. Ianya boleh dibahagikan pada dua bentuk iaitu, penyelesaian yang boleh diselesaikan di peringkat suami isteri sahaja dan penyelesaian yang melibatkan bantuan orang tengah: Peringkat suami isteri; 1. Senyuman dan senda gurau 2. Memberi teguran 3. Sabar dan tegas Menggunakan khidmat orang tengah 1. Pejabat kadi 2. Kaunselor 3.Pegawai Sulh 4. Jawatankuasa Pendamai PERINGKAT KEDUA


Permasalahan yang sering dihadapi nabi Muhammad adalah kecemburuan istri mudanya iatu Aisyah kepada Ummu Salamah. Kecemburuan Aisyah ditanggapi Nabi dengan guruan sebagaimana dalam hadis riwayat Bukhari, yang bermaksud: Menceritakan kepada kami Ismail ibn Abdullah, ia berkata: menceritakan kepada kami saudara saya, dari Sulaiman, dari Hisyam ibn Urwah dari ayahnya, dari Aisyah semoga Allah meridhainya, ia berkata: saya berkata Wahai Rasulullah, apa pendapatmu seandainya engkau datang kesuatu lembah yang padanya terdapat rerumputan yang telah dimakan, lalu engkau mendapatkan padanya ada rerumputan yang belum termakan, maka kemanakah engkau akan tambatkan untamu?? Maka Nabi menjawab; Tentu ketempat yang belum pernah dimakan. Yaitu: bahwa Nabi SAW tidak pernah menikahi seorang gadis pun selainnya.” (HR. Bukhari) Pertanyaan Aisyah di atas merupakan sesuatu yang wajar, sebab muncul dari lubuk hati yang penuh cinta. Namun kadangkala suami memandang pertanyaan tersebut sebagai bentuk campur tangan isteri terhadap urusannya. Bahkan mungkin sang suami menganggap cinta istrinya telah melampaui batas. Untuk menghadapi kondisi kecemburuan di atas, Nabi menghadapinya dengan senda gurau. CONTOH KISAH NABI MENGATASI MASALAH RUMAH TANGGA 1.GURAU SENDA


Dalam menyelesaikan masalah yang terjadi pada rumah tangga Nabi, Baginda menyelesaikannya dengan cara menegur seketika. Seperti kisah Aisyah yang cemburu kepada Khadijah. Kecemburuan ini timbul karena nabi Muhammad sentiasa mendoakan Khadijah jika mengingatnya. Doa Nabi ini mengganggu Aisyah karena menurutnya Khadijah sudah tiada tetapi masih dipuji oleh Rasulullah. Kisah ini sebagaimana hadist riwayat Ath-Thabrani dalam kitab Mu‟jam Al-Kabir. Dari Aisyah r.a. berkata, “ketika Rasulullah saw teringat Khadijah, beliau tidak bosan memuja dan memohonkan ampunan untuknya. Pada suatu hari, Nabi Muhammad menyebut nama Khadijah ra. sampai aku cemburu, lalu aku berkata, ―Sungguh Allah telah menggantikan untukmu dari “perempuan berumur itu!‟ Kemudian aku melihat Rasulullah SAW sangat marah sehingga aku menyesal. Aku berjanji pada diriku sendiri, “Ya Allah, jika Engkau hilangkan kemarahan utusan-Mu sebab perkataanku, maka aku tidak akan mengatakan buruk tentang Khadijah sepanjang hidupku. Ketika mendengar apa yang aku katakan Nabi berkata “Apa yang telah kamu katakan tadi? Aku bersumpah demi Allah, sungguh Khadijah beriman kepadaku tatkala manusia menentangku, membenarkanku ketika manusia menganggapku dusta, memberikan kepadaku keturunan pada saat para wanita-wanita lain tidak memberikannya.‖ (HR. Thabrani) 2. MEMBERI TEGURAN


Kesimpulanya, perkahwinan menurut syariah islam mempunyai matlamat untuk mewujudkan suasana bahagia. Kebahagian ini dapat dicapai sekiranya pasangan suami isteri tersebut dapat memainkan peranan masing-masing berdasarkan garis panduan yang telah diperuntukkan oleh syarak. Meskipun Nabi Muhammad adalah seorang utusan Allah, beliau tetaplah manusia biasa yang menghadapi masalah kehidupan rumah tangga. Dengan berbagai karakter isteri yang berbeza Nabi Muhammad selalu berusaha untuk menciptakan keharmonian dan ketenangan dalam rumah tangga. Meskipun keadilan secara hati tidak boleh dilakukan, namun nabi Muhammad berusaha dengan membagi giliran secara adil kepada para isteri-isteri baginda. Baginda bahkan menanggapi dengan sangat bijaksana kecemburuan-kecemburuan isteri baginda. Akan tetapi jika tindakan itu melampaui batas, maka Nabi mengambil keputusan tegas agar hal itu tidak berulang lagi.


KONFLIK PERSAHABATAN


DEFINISI Sahabat merupakan teman yang sentiasa bersama kita ketika susah dan senang. Sahabat pada kamus dewan dan pustaka bermaksud kawan, teman , taulan, sekutu atau saudara. Kehidupan yang kita jalani di dunia ini semestinya tidak lari daripada berlaku sebarang konflik termasuklah konflik persahabatan.


wujud sifat assobiyyah ( berpuakpuak ) dalam diri PUNCA BERLAKUNYA KONFLIK PERSAHABATAN wujud perasaan dendam atau tidak puas hati tidak menjaga lisan atau menjaga hati sahabat merendah-rendahkan sahabat Kesan daripada punca-punca diatas berlakulah perselisihan faham antara mereka dan hubungan silaturrahim yang dibina semakin renggang akibat kurangnya kefahaman berkaitan persahabatan yang dianjurkan oleh islam serta adab-adab dalam bersahabat.


UTAMAKAN DALAM URUSAN HARTA MENYEGERAKAN BANTUAN MENYIMPAN RAHSIA BERKONGSI BERITA GEMBIRA HORMAT-MENGHORMATI MEMAAFKAN MEMANJAATKAN DOA BUAT SAHABAT BERBAIK DENGAN KELUARGA SAHABAT MERINGANKAN BEBANNYA BERKONGSI PERASAAN JUJUR DALAM BERSAHABAT MEMBERI SALAM MENGIRINGINYA ( Membantunya keluar dari tempat duduk dan mengiringinya ketika dia bangun.) HORMAT KETIKA DIA BERCAKAP ADAB-ADAB BERSAHABAT MENURUT IMAM AL-GHAZALI MAKA , SOLUSI BAGI MENANGANI MASALAH KONFLIK PERSAHABATAN ADALAH KITA PERLU MENGHAYATI DAN MENGAMALKAN ADAB-ADAB BERSAHABAT SUPAYA PERSAHABATAN YANG DIBINA KEKAL SEHINGGA SYURGA.


Nabi bersabda : ِحُّب ِلَنْفِسِه ِحَّب َأِلِخيِه َما ُي ُي َحُدُكْم، َحَّتى ُيْؤِمُن َأ َال " Tidak beriman salah seorang di antara kamu hingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri" -Hadis Riwayat Bukhari & Muslim Firman Allah : ٌۭر َه َعِليٌم َخِبي َّل ِإَّن ٱل ْمۚ ُك ْتَق ٰى ِه َأ َّل ْم ِعنَد ٱل ُك ْك َرَم ِإَّن َأ ۚ ۟ا ٓو ُف َبٓاِئَل ِلَتَعاَر ا َو َق ًۭب ْم ُشُعو َن ٰـ ُك ْل نَثٰى َوَجَع ُأ َو ٍۢر م ِّمن َذَك ْقَن ٰـ ُك ا َخَل َّن َها ٱلَّناُس ِإ ُّي ٰٓـَأ َي “Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).” Al-Hujurat:13


KESIMPULAN Setelah kita lihat adab-adab berdasarkan imam Al-Ghazali , kita dapat lihat kesemua adab-adab itu ada dalam diri Rasulullah . Hal ini menunjukkan Rasulullah merupakan teladan buat kita dan dapat dijadikan contoh dalam menangani konflik persahabatan dalam kehidupan . Contoh yang kita dapat lihat pada zaman Rasulullah S.A.W , baginda telah mempersaudarakan kaum Ansar dan Muhajirin. Sebagaimana yang kita tahu, kaum Arab pada zaman dahulu mempunyai semangat asobiyyah yang kuat iaitu berpuak-puak. Walaubagaimanapun, Rasulullah berjaya membuang sifat-sifat tersebut dan menanam sifat kasih sayang antara mereka dan saling membantu antara satu sama lain dan mempunyai tujuan yang sama iaitu menginginkan keredhaanNya di dunia dan di akhirat.


Nabi Muhammad SAW menyelesaikan pelbagai konflik yang berlaku pada zamannya. Langkah efektif yang diambil oleh baginda pada akhirnya dapat menyelesaikan isu yang dihadapi sekaligus merapatkan ukhwah diantara mereka yang berselisihan. Buktinya, baginda menghubungkan hubungan diantara kaum ansar dan muhajirin. Metode yang diterapkan oleh baginda dianggap langkah yang efektif dalam usaha menyelesaikan konflik yang berlaku sama ada dalam konteks agama mahupun sesama manusia. Antara langkah yang dilakukan oleh baginda ialah dengan menggunakan pendekatan emosi dan tutur bahasa yang lemah lembut. Terdapat pelbagai keistimewaan yang akan diperoleh oleh seseorang yang sentiasa menjaga hubungan silaturrahim antara sesama manusia antaranya dilapangkan rezeki. Buktinya, sabda baginda Rasulullah SAW: َيِصْل َرِحَمُه َف ْل ِرِه، َلُه ِفي َأَث ُيْنَسَأ ْبَسَط َلُه ِفي ِرْزِقِه، َو ُي ْن َحَّب َأ َمْن َأ Maksudnya: “Barangsiapa yang ingin diluaskan rezekinya serta dipanjangkan usianya, maka hendaklah dia menyambung pertalian silaturrahim. Riwayat al-Bukhari (5986) dan Muslim (2557) Jelaslah bahawa Kejayaan Rasulullah dalam meredakan perselisihan antara sahabat menjadi inspirasi untuk membina persefahaman dan keharmonian yang lebih baik antara masyarakat. Kaedah baginda dalam menyelesaikan konflik sekaligus mewujudkan masyarakat yang aman dan tenteram. PENUTUP


1) BAHAN INTERNET : Maksud hubungan silaturrahim, https://muftiwp.gov.my/ms/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/3701-al-kafi-1374-maksudhubungan-silaturrahim, dilayari pada 10 Mei 2024 https://www.researchgate.net/publication/362134823_KEFAHAMAN_TENTANG_KONSEP_ASAS_DAKWAH_ISLAMIA H_DALAM_KALANGAN_PELAJAR_PUSAT_PENGAJIAN_ARAB_DAN_TAMADUN_ISLAM_TAHUN_2 https://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=konflik https://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=perkauman https://qaulalhaq.wordpress.com/2010/12/20/definisi-dakwah-mengikut-pendapat-tokoh-tokoh-islam/ https://www.scribd.com/doc/136240672/DEFINISI-KONFLIK http://web.usm.my/mentor/download/pengenalan%20krisis,%20amarah,%20stres,%20krisis.pdf https://mymuslimin.com/2022/10/18/pesanan-imam-al-ghazali-14-adab-adab-bersahabat/ https://edakwah.kelantan.gov.my/portal/books/siri-13-persaudaraan-sesama-islam/ https://juhaimimajid.blogspot.com/2018/01/usaha-nabi-muhammad-saw-dalam.html https://thepatriots.asia/tindakan-rasulullah-s-a-w-mempersaudarakan-masyarakat-di-madinah/ https://harakahdaily.net/index.php/2023/01/01/pentingnya-kasih-kepada-kaum-dan-haramnya-asabiyyah-perkauman/ https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/175718 http://mrembm.bernama.com/viewsm.php?idm=14708 http://myscholar.umk.edu.my/bitstream/123456789/3022/1/WP%20PKP%202%20k%208.pdf RUJUKAN


2) ARTIKEL/JURNAL : Siti Nor Azhani Mohd Tohar, Ros Mahwati Ahmad Zakaria dan Wan Mohd Fazrul Azdi Wan Razali, 2020, Aplikasi 'Asabiyyah Ibn Khaldun dan Mekanisme Pengukuhan Semangat Kekitaan dalam Mendidik Generasi Muda Multi Etnik Malaysia dalam BITARA International Journal of Civilizational Studies and Human Sciences, volume 3, halaman 71-82. Siti Nor Azhani Mohd Tohar, Asbah Razali dan Siti Nor Baya Mat Yacob, 2022, ‘Asabiyyah Ibnu Khaldun & Penghayatan Sejarah : Kerelevanan Dalam Memartabatkan Bahasa Kebangsaan Masyarakat Multi Etnik dalam buku Teras Ilmu Dalam Memahami Masyarakat, Tamadun Dan Agama, halaman 184-199 Melfa Shintya, 2 Oktober 2023, Menggali kearifan Rasulullah: Landasan Moderasi Beragama Dalam Menyelesaikan Konflik dalam El-Sunan Journal Of Hadith And Religious Studies, Volume 1, halaman 78-88 RUJUKAN


Click to View FlipBook Version