The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Fatihah Sharihan, 2026-03-25 11:09:02

EDUP3153 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN

TUGASAN 2 PENGHASILAN PRODUK

PPEENNTTAAKKSSIIRRAANNDDAALLAAMM PPEEDDUUPP33DISEDIAKAN OLEH:NUR FATIHAH BINTI MOHD SHARIHANTTUUGG PPEENNGGHHAASS


1INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIAKAMPUS PENDIDIKAN ISLAM43657 BANDAR BARU BANGISELANGOREDUP3153PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKANNama : NUR FATIHAH BINTI MOHD SHARIHANNo. K/P : 051115-03-0980Angka Giliran : 2024202440176Program : PISMPAmbilan : OGOS 2024Unit : T2S2.06Nama Pensyarah : PN. AMINAWATI ZAHARA BINTIMOHAMADTarikh Hantar : 24 MAC 2026PENGAKUAN PELAJARSaya mengaku bahawa tugasan pentaksiran berterusan ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.Tandatangan Pelajar:___fatihah_________Tarikh : __24 MAC 2026 PEMERIKSA MODERATORMarkah Markah Tandatangan Cop Tandatangan Cop Tarikh TarikhPENGESAHAN PELAJARSaya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan fahami.Tandatangan Pelajar:______ fatihah _________Tarikh : ___24 MAC 2026 __


2ISI KANDUNGANBIL PERKARA MUKA SURAT1.0 PENGHARGAAN 3 – 4 2.0 PENGENALAN 5 – 6 3.0 ANALISIS RPH 1: PENTAKSIRAN LISAN 7 – 9 3.1 RUBRIK PEMARKAHAN PENTAKSIRAN LISAN 104.0 ANALISIS RPH 2: PENTAKSIRAN PEMERHATIAN 11 – 14 4.1 SENARAI SEMAK PENTAKSIRAN PEMERHATIAN 155.0 ANALISIS RPH 3: PENTAKSIRAN BERTULIS 16 – 19 5.1 RUBRIK PEMARKAHAN PENTAKSIRAN BERTULIS 206.0 REFLEKSI PROFESIONAL 21 – 23 7.0 RUJUKAN 24 – 26 8.0 LAMPIRAN 27 – 29


31.0 PENGHARGAAN


41.0 PENGHARGAANAlhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya saya dapat menyiapkan tugasan Penghasilan Produk bagi kursus EDUP3153 Pentaksiran dalam Pendidikan dengan jayanya.Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pensyarah saya, Puan Aminawati Zahara binti Mohamad, atas segala bimbingan, tunjuk ajar serta dorongan yang diberikan sepanjang proses menyiapkan tugasan ini. Segala panduan dan teguran beliau amat membantu saya dalam memahami konsep pentaksiran dengan lebih mendalam serta menghasilkan tugasan yang berkualiti.Ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada kedua-dua ibu bapa saya yang sentiasa memberikan sokongan moral, doa serta semangat yang tidak putus-putus sepanjang saya menyiapkan tugasan ini.Selain itu, penghargaan turut diberikan kepada guru-guru yang telah memberikan kerjasama serta berkongsi bahan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang sangat membantu dalam melengkapkan tugasan ini. Tidak dilupakan juga kepada senior saya, Nur Syahirah binti Mohd Nasir telah menjalani praktikum di SK Jalan 3, yang sudi berkongsi bahan dan memberikan panduan yang amat berguna sepanjang proses penulisan ini.Akhir sekali, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam membantu saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Semoga segala bantuan dan jasa baik yang diberikan mendapat ganjaran daripada Allah SWT.


52.0 PENGENALAN


62.0 PENGENALANPentaksiran Bilik Darjah (PBD) merupakan satu pendekatan penting dalam sistem pendidikan masa kini yang menekankan penilaian secara berterusan terhadap perkembangan murid. Menurut Arumugham (2020), PBD diperkenalkan bagi menilai serta mengukur perkembangan pembelajaran murid secara menyeluruh, bukan hanya tertumpu kepada pencapaian akademik semata-mata (Marnizam & Ali, 2021). Hal ini menunjukkan bahawa pentaksiran perlu dilaksanakan secara holistik bagi memastikan setiap aspek perkembangan murid dapat dikenal pasti dengan lebih tepat.Dalam konteks pendidikan di Malaysia, PBD merupakan sebahagian daripada Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang dilaksanakan kepada murid dari Tahun 1 hingga Tingkatan 5. Hasil pentaksiran ini lazimnya direkodkan dalam bentuk Tahap Penguasaan, iaitu dari TP1 hingga TP6, bagi menggambarkan tahap penguasaan murid terhadap sesuatu pembelajaran. Melalui pelaksanaan PBD, guru berupaya mengenal pasti pengetahuan sedia ada murid, memantau perkembangan mereka secara menyeluruh serta mengesan kekuatan dan kelemahan dalam pembelajaran dari semasa ke semasa (Bahagian Pembangunan Kurikulum KPM, 2019). Dalam masa yang sama, murid juga dapat menilai perkembangan diri sendiri, memahami kekuatan dan kelemahan mereka, seterusnya berusaha meningkatkan pencapaian dalam pembelajaran.Namun begitu, keberkesanan pelaksanaan PBD amat bergantung kepada keupayaan guru dalam menjalankan penilaian dengan betul. Kajian oleh Yeh dan Mohd Zahuri (2018) menegaskan bahawa guru yang berperanan sebagai penilai perlu mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang mencukupi dalam melaksanakan pentaksiran pembelajaran. Tanpa kemahiran tersebut, pentaksiran yang dijalankan mungkin tidak dapat memberikan gambaran sebenar tentang tahap penguasaan murid.Sehubungan itu, penulisan ini bertujuan untuk menganalisis tiga Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang melibatkan tiga bentuk pentaksiran iaitu pemerhatian, lisan dan bertulis. Analisis ini akan memberi fokus kepada kesesuaian instrumen pentaksiran, isu yang timbul, implikasi terhadap kesahan dan keadilan, serta cadangan penambahbaikan yang boleh dilaksanakan dalam konteks bilik darjah sebenar.


73.0 ANALISIS RPH 1: PENTAKSIRAN LISAN


83.0 ANALISIS RPH 1: PENTAKSIRAN LISANDalam langkah ini, objektif pembelajaran adalah untuk membolehkan murid menyatakan kelebihan dan kekurangan terarium dan pasu melalui aktiviti perbincangan dengan jelas. Pentaksiran lisan dilaksanakan dalam konteks pengajaran Bahasa Melayu Tahun 5 bagi tajuk “Terarium atau Pasu?” yang memfokuskan kemahiran membaca. Dalam aktiviti ini, murid berbincang dalam kumpulan kecil dan membentangkan hasil perbincangan mereka di hadapan kelas. Guru menilai keupayaan murid menyampaikan idea, kefahaman terhadap isi pelajaran serta tahap penglibatan dalam aktiviti perbincangan. Dalam konteks pentaksiran lisan berasaskan sekolah (PLBS), aspek yang dinilai merangkumi beberapa konstruk utama yang telah ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM), iaitu tatabahasa dan kosa kata, sebutan, intonasi dan nada, kelancaran serta kejelasan makna, dan juga aspek kesantunan dalam pertuturan (Halimah & Rozita, 2019). Hal ini menunjukkan bahawa pentaksiran lisan bukan sahaja menilai isi, tetapi turut mengambil kira kualiti penyampaian murid secara menyeluruh.


9Walau bagaimanapun, terdapat beberapa masalah yang berpotensi timbul dalam pelaksanaan pentaksiran ini. Antaranya ialah ketiadaan instrumen penilaian yang jelas seperti rubrik khusus untuk menilai pembentangan murid. Selain itu, penglibatan murid juga tidak seimbang kerana hanya beberapa orang murid yang aktif semasa pembentangan, manakala ahli kumpulan yang lain kurang berpeluang untuk menyatakan pendapat secara lisan.Implikasi daripada masalah ini dapat dilihat dari segi kesahan, penilaian yang dibuat mungkin tidak benar-benar menggambarkan tahap penguasaan semua murid kerana hanya sebahagian murid yang dinilai secara langsung. Dari sudut keadilan pula, murid yang petah bercakap lebih mudah mendapat perhatian berbanding murid yang kurang yakin, walaupun mereka mempunyai kefahaman yang sama. Manakala dari segi kemudahtafsiran, ketiadaan kriteria penilaian yang jelas menyebabkan keputusan pentaksiran sukar dijelaskan dan dirujuk semula secara konsisten.Sehubungan itu, instrumen pentaksiran ini wajar ditambah baik dan tidak perlu digugurkan kerana pentaksiran lisan memainkan peranan penting dalam menilai kemahiran komunikasi dan keupayaan murid menyampaikan idea dengan jelas. Guru disarankan menyediakan rubrik pemarkahan yang merangkumi aspek ketepatan isi, kejelasan penyampaian, penggunaan bahasa serta tahap penglibatan murid dalam kumpulan (Norlizaet al., 2025). Selain itu, guru juga boleh menetapkan peranan khusus kepada setiap ahli kumpulan seperti penyampai, pencatat atau penyusun idea bagi memastikan penglibatan yang lebih menyeluruh. Dari sudut pedagogi, pendekatan ini dapat meningkatkan penglibatan aktif murid, manakala dari sudut etika keguruan, ia menjamin penilaian yang lebih adil, telus dan konsisten.Dalam situasi luar jangka, contohnya apabila terdapat murid yang pemalu atau kurang keyakinan untuk bercakap di hadapan kelas, pentaksiran lisan ini mungkin tidak dapat menggambarkan kemampuan sebenar mereka. Oleh itu, guru menggunakan kaedah perbincangan berpasangan atau memberi peluang kepada murid untuk berlatih dalam kumpulan kecil sebelum pembentangan (Halimah & Rozita, 2019). Pelarasan ini dapat membantu murid membina keyakinan dan menyatakan idea dengan lebih jelas. Secara keseluruhannya, pentaksiran lisan dalam aktiviti ini sangat sesuai untuk menilai kemahiran komunikasi dan kefahaman murid, namun perlu disokong dengan instrumen yang lebih sistematik dan peluang penglibatan yang seimbang agar penilaian yang dibuat lebih adil dan menyeluruh.


103.1 RUBRIK PEMARKAHAN PENTAKSIRAN LISANMata Pelajaran: Bahasa Melayu Tahun 5Aktiviti: Perbincangan dan pembentanganObjektif: Menyatakan kelebihan dan kekurangan terarium dan pasu melalui aktiviti perbincangan dengan jelas.Kriteria TP1 TP2 TP3 TP4 TP5 TP6Tatabahasa & Kosa KataTidak menguasai bahasaSangat terhad dan banyak kesalahanTerhad dengan kesalahan ketaraMenggunakan bahasa dengan agak tepatBahasa tepat dan sesuaiBahasa sangat tepat, luas dan gramatisSebutan, Intonasi & NadaTidak jelas Kurang jelas Agak jelas Jelas dengan sedikit kesilapanJelas dan sesuaiSangat jelas, intonasi dan nada sangat berkesanKelancaran & Kejelasan MaknaTidak lancar Sangat teragak-agakKurang lancarAgak lancar Lancar dan jelasSangat lancar, tersusun dan meyakinkanKesantunan Tidak menunjukkan adabKurang sopanSopan tetapi tidak konsistenSopan dan menghormatiSangat sopanMenjadi contoh kepada rakanIsi/ KefahamanTidak memahamiMemahami sangat terhadMemahami sebahagianMemahami dengan baikMemahami dengan tepatMemahami secara mendalam dan dapat menghuraikan


114.0 ANALISIS RPH 2: PENTAKSIRAN PEMERHATIAN


124.0 ANALISIS RPH 2: PENTAKSIRAN PEMERHATIANDalam Rancangan Pengajaran Harian (RPH) Bahasa Melayu Tahun 5 ini, guru melaksanakan pentaksiran berbentuk pemerhatian dalam aktiviti membaca teks bertajuk “Terarium atau Pasu?”. Objektif pembelajaran bagi langkah ini adalah untuk memastikan murid dapat melengkapkan lembaran kerja berdasarkan teks dengan betul dan jelas.Pentaksiran pemerhatian ini selari dengan konsep Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) yang menekankan pengumpulan maklumat secara berterusan bagi mengesan perkembangan pembelajaran murid secara menyeluruh (Bahagian Pembangunan Kurikulum KPM, 2019).Sehubungan itu, instrumen pentaksiran yang digunakan melibatkan pemerhatian guru terhadap penglibatan murid semasa membaca secara mentalis, sesi soal jawab, serta keupayaan murid menjawab lembaran kerja yang diberikan.


13Dari sudut kesesuaian, pentaksiran pemerhatian ini dilihat selari dengan objektif pembelajaran kerana guru berpeluang menilai secara langsung proses murid memahami teks sebelum menghasilkan jawapan dalam lembaran kerja. Aktiviti soal jawab yang dijalankan turut membantu guru mengesan tahap kefahaman murid terhadap isi kandungan teks, sekali gus menyokong keupayaan mereka menjawab soalan dengan tepat. Selain itu, elemen kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) seperti menganalisis dapat dilihat apabila murid perlu memahami dan mentafsir maklumat sebelum menulis jawapan. Hal ini menunjukkan bahawa pentaksiran yang digunakan berpotensi mengumpul evidens autentik berkaitan kefahaman dan aplikasi pengetahuan murid.Walau bagaimanapun, terdapat beberapa isu utama dalam pelaksanaan pentaksiran ini. Antaranya ialah ketiadaan instrumen pemerhatian yang jelas seperti senarai semak atau rubrik khusus. Tanpa panduan yang sistematik, penilaian guru cenderung menjadi subjektif dan kurang konsisten. Selain itu, aktiviti membaca secara senyap menyukarkan guru untuk menilai tahap kefahaman sebenar setiap murid dan keadaan ini juga sukar dikendalikan apabila melibatkan bilangan murid yang ramai (Uma M. et al., n.d.). Situasi ini boleh menyebabkan sebahagian murid, khususnya yang pasif atau kurang yakin, tidak dapat dinilai secara menyeluruh.Implikasi daripada isu ini memberi kesan kepada kesahan, kebolehpercayaan dan keadilan pentaksiran. Dari segi kesahan, evidens yang dikumpulkan mungkin tidak benarbenar mencerminkan keupayaan murid untuk melengkapkan lembaran kerja dengan betul. Dari segi kebolehpercayaan pula, penilaian mungkin berbeza bergantung kepada persepsi guru pada sesuatu masa. Manakala dari sudut keadilan, terdapat kemungkinan tidak semua murid diberi peluang yang sama untuk dinilai secara adil dan saksama.Bagi mengatasi masalah ini, beberapa penambahbaikan boleh dilaksanakan. Guru disarankan menyediakan instrumen pemerhatian yang lebih sistematik seperti senarai semak yang merangkumi aspek kefahaman teks, ketepatan jawapan dalam lembaran kerja serta tahap penglibatan murid. Selain itu, guru juga boleh menggunakan teknik pemerhatian berfokus dengan menilai murid secara kumpulan kecil bagi memastikan setiap murid diberi perhatian. Penggunaan evidens tambahan seperti catatan anekdot turut dapat membantu meningkatkan ketepatan dan kejelasan penilaian.Dalam situasi luar jangka, contohnya apabila terdapat murid berkeperluan khas atau murid yang lemah dalam kemahiran membaca, pentaksiran ini mungkin tidak menggambarkan kemampuan sebenar mereka. Oleh itu, guru boleh memberi bimbingan tambahan, menyediakan bahan sokongan visual atau membimbing murid membaca teks secara bersama (Razimi et al., 2023). Pelarasan ini dapat membantu murid memahami


14kandungan teks dengan lebih baik sebelum melengkapkan lembaran kerja. Walaupun pelarasan ini mungkin mengambil masa yang lebih panjang, namun ia dapat meningkatkan keadilan dan memastikan pembelajaran yang lebih bermakna.Secara keseluruhannya, pentaksiran pemerhatian dalam RPH ini mempunyai potensi yang baik untuk menilai proses pembelajaran murid secara autentik, khususnya dalam membantu murid melengkapkan lembaran kerja dengan tepat. Namun demikian, penambahbaikan dari segi instrumen dan pelaksanaan amat diperlukan bagi memastikan pentaksiran yang dijalankan lebih sah, boleh dipercayai dan adil kepada semua murid.


154.1 SENARAI SEMAK PENTAKSIRAN PEMERHATIANMata Pelajaran: Bahasa Melayu Tahun 5Aktiviti: Membaca teks “Terarium atau Pasu?” dan melengkapkan lembaran kerjaObjektif: Melengkapkan lembaran kerja soalan berdasarkan teks Terarium atau Pasu? dengan betul dan jelas.Bil Aspek Penilaian Ya (✔)Tidak (✘)CatatanA. Kefahaman Teks1 Murid menunjukkan pemahaman terhadap isi teks2 Murid dapat mengenal pasti idea utama teks3 Murid dapat menjawab soalan berdasarkan teksB. Ketepatan Jawapan4 Jawapan murid tepat dan relevan dengan soalan5 Murid melengkapkan lembaran kerja dengan betul6 Jawapan ditulis dengan jelas dan mudah difahamiC. Penglibatan Murid7 Murid memberi perhatian semasa aktiviti dijalankan8 Murid terlibat secara aktif dalam soal jawab9 Murid menunjukkan usaha menyiapkan tugasan


165.0 ANALISIS RPH 3: PENTAKSIRAN BERTULIS


175.0 ANALISIS RPH 3: PENTAKSIRAN BERTULISDalam Langkah 3 RPH ini, objektif pembelajaran adalah untuk membolehkan murid membina dua ayat susunan biasa dan dua ayat susunan songsang dengan betul melalui aktiviti “Kreativiti Bina Ayat Biasa dan Songsang”. Pentaksiran bertulis ini dilaksanakan dalam konteks pengajaran Bahasa Melayu Tahun 5 bagi tajuk “Tiba-tiba Cerah” yang memfokuskan aspek tatabahasa. Murid menghasilkan ayat secara individu pada kertas A4 yang dihias secara kreatif sebelum dihantar kepada guru untuk dinilai. Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (2016), pentaksiran secara bertulis merujuk kepada proses guru menyemak dan menilai tugasan serta hasil penulisan murid bagi mengukur tahap penguasaan mereka dalam sesuatu kemahiran. Melalui aktiviti ini, guru menilai keupayaan murid menguasai struktur ayat


18serta ketepatan penggunaan tatabahasa. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa masalah yang berpotensi timbul dalam pelaksanaan pentaksiran ini. Antaranya ialah ketiadaan kriteria pemarkahan yang jelas untuk menilai hasil penulisan murid. Selain itu, elemen kreativiti dalam tugasan berkemungkinan mempengaruhi penilaian, sedangkan fokus utama adalah pada penguasaan struktur ayat.Implikasi daripada masalah ini dapat dilihat dari segi kesahan, penilaian mungkin tidak benar-benar mengukur keupayaan murid dalam membina ayat susunan biasa dan songsang kerana aspek kreativiti boleh mengaburkan fokus sebenar. Dari sudut keadilan pula, apabila berlakunya ketidakadilan dalam proses penilaian oleh guru, tahap penguasaan (TP) yang dilaporkan kepada murid berkemungkinan tidak tepat, boleh dipersoalkan kesahihannya serta kurang dipercayai (Mustaqim, 2023). Contohnya, murid yang lebih kreatif mungkin mendapat kelebihan berbanding murid lain walaupun tahap penguasaan tatabahasa mereka tidak setara. Manakala dari segi kemudahtafsiran, keputusan pentaksiran sukar dijelaskan secara konsisten kerana tiada panduan pemarkahan yang jelas sebagai rujukan.Sehubungan itu, instrumen pentaksiran ini wajar ditambah baik dan tidak perlu digugurkan kerana pentaksiran bertulis penting untuk menilai penguasaan tatabahasa murid secara individu. Menurut Burke (2001), tanpa penggunaan kriteria penilaian yang jelas, proses penilaian yang dilaksanakan oleh guru menjadi sukar untuk ditentukan dan dipertanggungjawabkan. Oleh itu, guru boleh menyediakan rubrik pemarkahan yang menekankan aspek struktur ayat, ketepatan penggunaan ayat biasa dan ayat songsang, serta kejelasan maksud ayat. Dari sudut pedagogi, penambahbaikan ini membantu memastikan penilaian lebih selari dengan objektif pembelajaran, manakala dari sudut etika keguruan, ia menjamin keadilan dalam penilaian kerana semua murid dinilai berdasarkan kriteria yang sama.Dalam situasi luar jangka, contohnya apabila terdapat murid yang lemah dalam penguasaan bahasa atau mempunyai kesukaran membina ayat, pentaksiran ini mungkin tidak dapat menggambarkan kemampuan sebenar mereka. Oleh itu, pelarasan profesional yang sesuai ialah guru menyediakan rangka ayat atau kata kunci sebagai panduan kepada murid. Pendekatan ini dapat membantu murid memahami struktur ayat dengan lebih baik sebelum membina ayat sendiri. Dari segi kekuatan, pelarasan ini meningkatkan keadilan dan menyokong pembelajaran bermakna kerana murid dibimbing mengikut tahap kemampuan mereka. Namun begitu, kelemahannya ialah ia mungkin mengurangkan tahap pemikiran aras tinggi kerana murid bergantung kepada panduan yang diberikan. Walau bagaimanapun, dari aspek kesahan dan pembelajaran bermakna, pelarasan ini masih sesuai kerana membantu murid mencapai objektif asas pembelajaran.


19Kesimpulannya, pentaksiran bertulis ini sangat sesuai untuk menilai penguasaan murid terhadap ayat susunan biasa dan songsang, namun perlu ditambah baik dari segi kriteria penilaian dan sokongan kepada murid agar selaras dengan objektif pembelajaran serta lebih adil dan tepat.


205.1 RUBRIK PEMARKAHAN PENTAKSIRAN BERTULISMata Pelajaran: Bahasa Melayu Tahun 5Aktiviti: Kreativiti Bina Ayat Biasa dan SongsangObjektif: Membina dua ayat susunan biasa dan susunan songsang melalui aktiviti Kreativiti Bina Ayat Biasa dan Songsang dengan betul.Kriteria TP1 TP2 TP3 TP4 TP5 TP6Struktur AyatTidak membina ayatAyat tidak lengkapAyat kurang tepatAyat agak betulAyat betulAyat sangat tepat & pelbagaiAyat Biasa & SongsangTidak fahamSangat terhadMemahami sedikitMemahami dan membinaMembina dengan baikMembina dengan sangat tepat & konsistenTatabahasa Banyak kesalahanSangat lemahBanyak kesalahanBeberapa kesalahanHampir tepatSangat tepat dan gramatisKejelasan MaknaTidak difahamiSangat kaburKurang jelasAgak jelas Jelas Sangat jelas dan bermaknaKreativiti (Sokongan)Tiada Sangat terhadTerhad Sederhana Baik Menarik tetapi tidak menjejaskan isi


216.0 REFLEKSI PROFESIONAL


226.0 REFLEKSI PROFESIONALSecara reflektif, saya mendapati bahawa pelaksanaan pentaksiran bilik darjah memerlukan pertimbangan profesional yang teliti agar penilaian yang dijalankan benar-benar mencerminkan tahap penguasaan sebenar murid. Dalam menganalisis ketiga-tiga RPH yang melibatkan pentaksiran lisan, pemerhatian dan bertulis, saya mengamalkan prinsip keselarasan antara objektif pembelajaran, kaedah pentaksiran dan instrumen yang digunakan. Hal ini penting bagi memastikan kesahan pentaksiran dapat dicapai, iaitu penilaian benar-benar mengukur apa yang sepatutnya dinilai.Walau bagaimanapun, saya turut menyedari wujudnya potensi bias dalam pelaksanaan pentaksiran, khususnya apabila penilaian dilakukan tanpa instrumen yang jelas. Sebagai contoh, dalam pentaksiran lisan, murid yang lebih petah bercakap cenderung mendapat perhatian yang lebih, manakala murid yang pemalu mungkin terpinggir walaupun mereka mempunyai kefahaman yang setara. Dalam pentaksiran pemerhatian pula, faktor seperti bilangan murid yang ramai boleh mempengaruhi keupayaan guru untuk menilai secara menyeluruh. Selain itu, dalam pentaksiran bertulis, elemen seperti kreativiti boleh menimbulkan konflik kepentingan apabila ia secara tidak langsung mempengaruhi penilaian terhadap aspek tatabahasa yang menjadi fokus utama.Bagi menangani isu bias dan konflik kepentingan ini, saya berpendapat bahawa penggunaan instrumen pentaksiran yang sistematik seperti rubrik dan senarai semak adalah sangat penting. Tanpa instrumen seperti rubrik atau senarai semak yang terancang, penilaian mudah dipengaruhi oleh pertimbangan subjektif yang boleh menjejaskan ketepatan keputusan (Mustaqim, 2024). Instrumen ini bukan sahaja membantu menyeragamkan kriteria penilaian, malah dapat mengurangkan unsur subjektiviti dalam membuat keputusan. Selain itu, strategi seperti pengagihan peranan dalam kumpulan, pemerhatian berfokus serta pemberian bimbingan berperingkat kepada murid yang lemah dapat memastikan semua murid diberi peluang yang adil untuk menunjukkan keupayaan mereka.Dari sudut etika keguruan, saya memahami bahawa tanggungjawab guru bukan sekadar menilai, tetapi memastikan penilaian tersebut dilaksanakan secara adil, telus dan berintegriti. Setiap keputusan pentaksiran perlu dibuat secara profesional tanpa dipengaruhi oleh faktor peribadi atau kecenderungan tertentu. Dalam masa yang sama, kebajikan dan kesejahteraan murid juga perlu diberi perhatian, khususnya apabila melibatkan murid berkeperluan khas atau murid yang mempunyai tahap penguasaan yang berbeza.


23Kesimpulannya, refleksi ini memperkukuhkan kesedaran saya bahawa pentaksiran bilik darjah merupakan satu proses yang kompleks dan memerlukan keseimbangan antara aspek pedagogi, etika dan keadilan. Dengan penambahbaikan yang berterusan serta kepekaan terhadap keperluan murid, pentaksiran dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan dan seterusnya menyokong pembelajaran yang bermakna.


247.0 RUJUKAN


257.0 RUJUKANArumugham, K. S. (2020). Kurikulum, Pengajaran dan Pentaksiran dari Perspektif Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah. Asian People Journal (APJ), 3(1), 152-161.Bahagian Pembangunan Kurikulum KPM. 2019. PANDUAN PELAKSANAAN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH Edisi ke-2. https://www.moe.gov.my/storage/files/shares/pentaksiranberasaskansekolah/Panduan%20Pelaksanaan%20Pentaksiran%20Bilik%20Darjah%20Edisi%202%20-%202019.pdfBurke, K. (2001). From Standards to Rubric in Six Steps. A Sage Company.Halimah & Rozita. (2019). Pelaksanaan Penskoran Pentaksiran Lisan Bahasa Melayu Dalam Pentaksiran Bilik Harian. https://journalarticle.ukm.my/14578/1/205-395-1-SM.pdfMalaysia. Pentaksiran Bilik Darjah (PBD). (2016). Kementerian Pendidikan Malaysia. Retrieved from: https://www.moe.gov.my/soalan-lazim-menu/kurikulum/kurikulumMarnizam, F. I., & Ali, S. R. (2021). Evaluation of The Implementation of Classroom Assessment (PBD) Among Primary School Mathematics Teachers. Jurnal Pendidikan Sains Dan Matematik Malaysia, 11(2), 81-94. https://doi.org/10.37134/jpsmm.vol11.2.7.2021Mustaqim. (2024). Kaedah Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dan Kesannya Kepada Murid Tahap Satu: Analisis Subjek Pendidikan Islam. file:///C:/Users/shari/Downloads/5.+DONE+AH+UMRAN+Vol+11.1+2024_mustaqim.pdfNorliza, Wan Muna & Zamri. (2025). Aspek Kemahiran Lisan Bahasa Melayu dalam Pentaksiran Autentik Berasaskan Pendekatan Tematik Sekolah Rendah.file:///C:/Users/shari/Downloads/83571-274314-1-SM.pdfRazimi, Aeidah, Afina, Fairuz, Farah, Melisa, Noorshaqilah, Nurul Atikah, Nur Batrisyia, Nur Hadirah, Umi Syahzani, Siti Fatimah. (2023). Strategi dan Teknik PdPc bagi Mengendalikan Murid Berkeperluan Khas Ketidakupayaan Pendengaran dalam Pendidikan Inklusif. Journal of Humanities and Social Sciences, vol. 5, no. 2, pp. 75-87. Uma M., Nurul Ain & Rohaslina. (n.d.). KAEDAH PENTAKSIRAN ALTERNATIF -PDFCOFFEE.COM. pdfcoffee.com. https://pdfcoffee.com/kaedah-pentaksiranalternatif-pdf-free.html


26Yeh, L. H. & Mohd Zahuri Khairani. (2018). Pelaksanaan PBD Guru-Guru PSV Hilir Perak dan Bagan Datuk dalam Pengajaran dan Pelajaran Berasaskan Estetik. KUPAS SENI Jurnal Seni Dan Pendidikan Seni, 6, 1-10.


278.0 LAMPIRAN


288.0 LAMPIRANRPH 1 RPH 2PENTAKSIRAN PEMERHATIAN PENTAKSIRAN BERTULIS


29PENTAKSIRAN LISAN


Click to View FlipBook Version