KERATAN AKHBARPERPUSTAKAAN DESA KG GONG KEMUNTONG2025KEMALANGAN DI JALAN RAYA :KERETA
KERATAN AKHBAR: Bayi 6 bulan yatim piatu sekelip mataIbu, ayah Nur Laylaa Ba trysha maut dalam nahas di Kota TinggiBERITA 1:B E R I TA HAR IAN | 1 8 N O V EMB E R 2 0 2 5 | MU KAS U RAT 1 8Bayi 6 bulan yatim piatu sekelip mataIbu, ayah Nur Laylaa Batrysha maut dalam nahas di Kota TinggiBerita Harian18 Nov 2025Oleh Mary Victoria Dass [email protected](Foto ihsan polis)Kemalangan maut di Kilometer 54.5 Jalan Sungai Rengit-kota Tinggi, kelmarin.“Macam tak percaya dalam sekelip mata adik dan suaminya sudah tiada, meninggalkan anakmereka jadi yatim piatu,” kata Norsaiful Othman, 36.Norsaiful berkata, beliau terkejut menerima berita menimpa adiknya, Nur Fatihah, 28 dan suami,Muhamad Lokmanorhakim Mokhtar, 24, yang maut di Kilometer 54.5 Jalan Sungai Rengit-kotaTinggi, kelmarin.Katanya, bayi pasangan itu, Nur Laylaa Batrysha, enam bulan yang duduk di kerusi bayi di bahagianpenumpang belakang terselamat dan kini masih dirawat di Hospital Sultan Ismail,Johor Bahru.“Pada awalnya, isteri nampak satu muat naik Facebook berkaitan mencari waris kemalangan maut.“Dalam masa sama, ada saudara yang telefon saya memaklumkan adik dan suaminya terbabitkemalangan maut.“Bila tengok balik di Facebook memang tak sangka itu adik saya. Kami kemudian terus bergegas kehospital,” katanya ketika dihubungi.Menurutnya, arwah Nur Fatihah tidak bekerja dan tinggal bersama ibu mereka yang kurangsihat di FELDA Bukit Waha.Beliau berkata, anak Allah- yarham dalam keadaan stabil dan kini sedang dirawat di HSI.Dikebumi satu liang lahad“Laylaa anak tunggal mereka. Adik amat gembira dikurniakan cahaya mata selepas berkahwin pada2023,” katanya.Norsaiful berkata, pertemuan terakhir dengan arwah ialahminggu lalu, namun adiknya itu tidak menunjukkan sebarang perubahan.“Dia anak yang baik, ibu yang penyayang. Memang kehilangannya amat terkesan bagi kamisekeluarga,” katanya.Jenazah pasangan suami isteri itu dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan IslamGugusan Waha, malam kelmarin.Oleh Mary Victoria Dass [email protected]
KERATAN AKHBAR: Insiden kereta rosak ragut 4 nyawaBERITA 4:HAR IAN ME T R O | 2 8 O G O S 2 0 2 2 | MU KAS U RAT 1KENDERAAN yang terbabit kemalangan di KM135.7 LPT menghala Kuantan, semalam.‘ Pemandu trak tunda, Mohd Azuan Zainal Abidin juga meninggal dunia. Pemandu lorikontena berusia 56 tahun pula cedera ringan dan ditahan bagi membantu siasatankemalangan terbabit”Mohd AzharPolis sudah mengenal pasti identiti semua mangsa yang terbabit dalam kemalanganempat kenderaan di Kilometer 135.7, Lebuhraya Pantai Timur (LPT) menghala keKuantan dekat Temerloh, Pahang jam 3 pagi semalam.Kenderaan yang terbabit dalam kemalangan itu membabitkan masing-masing sebuah lorikontena, trak tunda, kenderaan pelbagai guna (MPV) dan kereta.Ketua Polis Daerah Temerloh Asisten Komisioner Mohd Azhar Mohd Yusoff berkata, tigadaripada empat individu yang meninggal dunia dalam kemalangan itu adalah penumpangMPV.Tiga mangsa berkenaan adalah Mohmed @ Mohamed Shamsuddin, 75, KamariahHamzah, 72, dan seorang kanak-kanak lelaki dikenali sebagai Danis berusia 12 tahun.“Pemandu trak tunda, Mohd Azuan Zainal Abidin yang berusia 53 tahun juga meninggaldunia.“Sebelas lagi mangsa cedera dalam kejadian itu termasuk pemandu serta tujuhpenumpang MPV berkenaan berusia dua tahun hingga 30 tahun,” katanya dihubungi.Menurut beliau, tiga lagi mangsa yang cedera pula membabitkan pemandu serta duapenumpang kereta berusia lima tahun hingga 36 tahun.“Pemandu lori kontena berusia 56 tahun pula cedera ringan dan ditahan bagi membantusiasatan kemalangan terbabit,” katanya.Menurut Mohd Azhar, hasil siasatan awal, kemalangan berlaku apabila dua kenderaanbersama sebuah trak tunda berhenti di lorong kecemasan dengan satu daripadanyamengalami kerosakan.“Ketika trak tunda itu menaikkan kenderaan, lori kontena terbabit melanggar ketiga-tigakenderaan itu.“Kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Saksi kejadiandiminta tampil membantu siasatan,” katanya.Beliau menasihati pengguna jalan raya, termasuk yang menggunakan laluan LPT supayasentiasa patuh dengan peraturan jalan raya dan memandu dengan berhati-hati terutamaketika melalui lokasi berisiko tinggi berlaku kemalangan.Oleh Nurul Hidayah Bahaudin [email protected] yang terbabit kemalangan di KM135.7 LPTmenghala Kuantan, semalam.
KERATAN AKHBAR: Dua beranak cedera dilanggar MPVBERITA 5:HAR IAN ME T R O | 4 O K T O B E R 2 0 2 2 | MU KAS U RAT 4Hulu Selangor: Dua beranak yang sedang berjalan kaki cedera selepasdilanggar sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di kawasan perumahan diJalan Bunga Raya, Bukit Beruntung di sini, kelmarin.Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor,Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasanberhubung kemalangan itu jam 2.44 petang.Katanya, sepasukan lapan anggota bersama jentera dari Balai Bomba danPenyelamat (BBP) Bukit Sentosa dikejarkan ke lokasi kejadian.“Berdasarkan laporanawal, kemalangan membabitkan sebuah Toyota Unser dipandu lelaki wargaBangladeshberusia 40-an melanggar dua beranak yang sedang berjalan kaki.“Ekoran kemalangan itu, seorang mangsa iaitu wanita berusia 34 tahunpatah kaki kiri namun tidak tersepit.“Anak perempuannya berusia lapan tahun pula hanya cedera ringan,”katanya ketika dihubungi, semalam.Norazam berkata, pihaknya menghantar kedua-dua mangsa ke HospitalKuala Kubu Bharu dengan menggunakan jentera Unit BantuanPerkhidmatan Kecemasan (EMRS).“Pemandu Toyota Unser didapati tidak mempunyai dokumen. Dia ditahanpolis untuk tindakan lanjut,” katanya.ANGGOTA bomba memberi bantuan kepada mangsa yang patah kaki dilanggarMPV di kawasan perumahan di Jalan Bunga Raya, Bukit Beruntung.
KERATAN AKHBAR: CALON SPM MAUT DALAM NAHASBERITA 6:HAR IAN ME T R O | 2 8 O G O S 2 0 2 5 | MU KAS U RAT 1 3KEMALANGAN babitkan motosikal yang ditunggang calon SPM dengansebuah kereta di persimpangan pasar Melor, kelmarin.Bharu: Calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) maut dalam kemalanganmotosikal dan kereta di persimpangan lampu isyarat dekat pasar Melordi sini, kelmarin.Dalam kemalangan pada 7.04 malam itu, Azri Anuwar, 17, yang jugapelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) meninggaldunia di lokasi kejadian.Bapanya, Anuwar Mohamed Ali, 48, berkata, anak sulung daripadaempat beradik itu menunggang motosikal dari arah sekolah untukpulang ke rumah di Kadok Dalam di sini.“Saya dimaklumkan mengenai kemalangan menimpa anak selepasdihubungi rakan yang meminta segera datang ke lokasi kejadian.“Masa itu sudah rasa tidaksedap hati dan sebaik tiba di lokasi, saya lihat jenazah anak ditutupdengan kain dan kemudian dihantar ke Hospital Universiti SainsMalaysia (HUSM) Kubang Kerian,” katanya ketika dihubungi.Pegawai tadbir itu berkata,anaknya sedang menjalani peperiksaan percubaan SPM danberkemungkinan baru lepas mengulang kaji pelajaran.Anuwar berharap siasatan polis terhadap kemalangan itu dapatmembela nasib anaknya.KEMALANGAN babitkan motosikal yang ditunggang calon SPMdengan sebuah kereta di persimpangan pasar Melor, kelmarin
DUA beranak maut dalam kemalangan di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak arah timur.BENTONGSepasang suami isteri dan seorang anak mereka serta dua pelajar kolej antara 10 yangterbunuh dalam lima nahas maut di seluruh negara dalam tempoh sehari lalu, lapor NurulHidayah Bahaudin.Sepuluh nyawa‘melayang’akibat kemalangan maut yang dilaporkan dalam tempoh 24 jam diseluruh negara, semalam.Di Melaka, suami isteri bersama anak lelaki maut selepas kereta dinaiki mereka terbabitdalam kemalangan dengan lori di Kilometer 216 Lebuhraya Utara Selatan arah utara, dekatAlor Gajah.Dalam kemalangan itu, pasangan suami isteri berusia 28 tahun dan anak lelaki berusiasetahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas kesihatan manakalapemandu lori tidak cedera.Sementara itu, di Terengganu, dua pelajar kolej maut selepas kereta dinaiki merekaterbabit dalam kemalangan di Kilometer 145, Jalan Kuala Terengganu -Kuantan, dekatkawasan Perindustrian Telok Kalong, Chukai.Dalam kemalangan jam 1.37 tengah hari itu, Muhammad Ilman Waiz Ahmad Wazi, 18, mautdi tempat kejadian manakala Muhammad Amirul Adli Mohd Anuar, 18, disahkan meninggalketika menerima rawatan di Unit Kecemasan Hospital Kemaman, kira-kira jam 3 petang.Dalam kemalangan berasingan, dua beranak maut selepas motosikal ditunggang merekaterbabas ketika dalam perjalanan ke sekolah di Jalan Padang Menora, di Tasek Gelugor,Pulau Pinang.Dalam kejadian jam 7.15 pagi itu, mangsa berusia 46 tahun dalam perjalanan menghantaranak lelakinya berusia 15 tahun ke sekolah disahkan maut di tempat kejadian.Manakala, di Bentong, Pahang pula, dua beranak maut dalam kemalangan membabitkan tigakenderaan di Kilometer 41, Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak hala timur, awal pagi semalam.Kemalangan jam 1.30 pagi itu membabitkan tiga kenderaan iaitu kereta Honda, keretaProton dan sebuah treler. Satu lagi kemalangan maut dilaporkan membabitkan seorangpenunggang motosikal dengan dua lagi kenderaan di simpang tiga Taman Tanjak, Kuala KubuBharu, Hulu Selangor. Lelaki berusia 22 tahun yang menunggang motosikal Yamaha Y15 itumaut di lokasi kejadian akibat parah di kepala.KERATAN AKHBAR: 10 MAUT DALAM 24JAMBERITA 7HAR IAN ME T R O | 2 9 O K T O B E R 2 0 2 2 | MU KAS U RAT 1DUA beranak maut dalam kemalangan di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak arah timur.BENTONGOleh Nurul Hidayah Bahaudin [email protected]
HAR IAN ME T R O | 2 7 O K T O B E R 2 0 2 0 | MU KAS U RAT 1KAWASAN Lebuh raya NKVE yang sering berlaku kejadian kemalangan.Laluan dari Kilometer (KM) 0.6 hingga KM11.3 Lebuh Raya Lembah klang Baharu (NKVE) adalah penyumbangterbesar kes kemalangan jalan raya di negara ini sejak 2016 hingga Jun 2020 iaitu membabitkan 6,336 kes. Faktorutama, pemandu dan penunggang motosikal gemar menggunakan lorong kecemasan di kawasan itu. Malah laluan itujuga adalah antara enam 'hotspot' kemalangan paling banyak berlaku. Ikuti laporan khas Nurul Hidayah BahaudinRamai yang tidak menyedari laluan di Kilometer (KM) 0.6 hingga KM 11.3 Lebuhraya Lembah Klang Baru (NKVE)berhampiran Shah Alam, Selangor, dikenal pasti sebagai lokasi paling kerap berlaku kemalangan sejak 2016 hinggaJun 2020.Perkara itu didedahkan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman melalui rekod kemalangan dilaluan ‘hitam’ itu yang mencatatkan sebanyak 6,363 kes sepanjang tempoh berkenaan.Jumlah kemalangan paling tinggi direkodkan di laluan itu adalah kemalangan rosak yang hanya membabitkan kerosakanpada kenderaan sebanyak 6,319 kes diikuti kemalangan maut (49 kes); kemalangan parah (9 kes) dan kemalanganringan (4 kes).Empat lagi lokasi yang dikenal pasti sebagai hotspot kemalangan adalah laluan di KM 41 hingga KM 75 LebuhrayaKuala Lumpur-Karak berhampiran Bentong, Pahang yang merekodkan 5,129 kes diikuti KM 264 hingga KM 287.4Lebuhraya PLUS berhampiran Ipoh, Perak (4,604 kes ).Selain itu, laluan antara KM 76 hingga KM 134, Jalan Johor Bahru-Melaka-Tanjong Laboh-Bukit Condong-Perseraiberhampiran Batu Pahat, Johor mencatatkan 3,833 kes manakala KM 197.6 hingga KM 219.4 Lebuhraya PLUSberhampiran Alor Gajah, Melaka merekodkan 3,404 kes.Kedua-dua laluan ini turut dikategorikan sebagai lokasi kerap kemalangan sepanjang tempoh berkenaan.Pengarah JSPT BukitAman Datuk Azisman Alias berkata, sebanyak 63 lokasi kerap kemalangan digelar blackspot dikenal pasti pihaknyapada tahun ini berdasarkan data Kementerian Kerja Raya melalui aplikasi Road Accident Management System(RAMS).Menurutnya, antara punca utama mendorong berlakunya kemalangan di lokasi berkenaan adalah kenderaan berhenti dilorong kecemasan serta motosikal yang menggunakan laluan kecemasan.“Antara faktor lain menyebabkan kemalangan adalah keadaan jalan yang licin di kawasan selekoh yang terdapat airbertakung seperti dilaporkan di KM 264 hingga KM 287.4, Lebuhraya PLUS membabitkan laluan dari ChangkatJering-IpohSlim River, Perak.“Selain itu, faktor laluan air yang merentasi jalan raya turut boleh mengakibatkan kenderaan hilang kawalan sepertidi lokasi sama iaitu di KM 264 hingga KM 287.4 Lebuhraya PLUS dari Changkat JeringIpoh-Slim River, berhampiranIpoh, Perak,” katanya.Azisman berkata, faktor lain menyumbang kepada kes kemalangan adalah sikap pemandu yang tidak mematuhiundang-undang termasuk memandu melebihi had laju dibenarkan.“Secara puratanya, 60 hingga 65 peratus daripadakeseluruhan kes kemalangan yang direkodkan setiap tahun di seluruh negara adalah membabitkan penunggang sertapembonceng motosikal.“Ia membabitkan kira-kira lebih 50 peratus daripada jumlah kematian dicatatkan dengan purata 4,000 kematiandaripada 6,000 keseluruhan kes,” katanya.Katanya, semua pihak memainkan peranan masing-masing dalam usaha mengelak berlakunya kemalangan jalan rayaterutama pihak berkuasa serta syarikat konsesi lebuh raya dengan melakukan beberapa langkah proaktif.“Di pihak kami, saya mencadangkan pihak berkaitan supaya meletakkan lebih pencahayaan seperti lampu jalan danpapan tanda amaran serta memasang kamera perangkap had laju di beberapa lagi lokasi hotspot.“Pada masa sama, pihak terbabit boleh menambahbaik struktur jalan dari segi menurap jalan, menggunakan guard railyang lebih baik selain memasang garisan kuning dikenali sebagai speed breaker,” katanya.Beliau menasihatkan semua pengguna jalan raya supaya lebih peka memandu di kawasan kerap berlaku kemalanganbagi mengelak insiden tidak diingini.“Selain faktor teknikal seperti struktur laluan, semua pengguna juga perlu berhati-hati memandangkan kecuaianadalah antara punca utama yang menyumbang kepada kemalangan jalan raya,” katanya.“Saya cadangkan pihak berkaitan supaya meletakkan lebih pencahayaan AzismanKERATAN AKHBAR: TITIK LEBUH RAYABERITA 8:Oleh Nurul Hidayah Bahaudin [email protected]
KERATAN AKHBAR: 16 SUMBAT DALAM SUV 4 TERCAMPAKBAWAH JEJAMBAT 3 MAUT 7 PARAHHAR IAN ME T R O | 2 0 ME I 2 0 1 9 | MU KAS U RAT 1BERITA 10 :Polis menubuhkan pasukan khas bagi mengesan warga Myanmar yang juga pemandu danpenumpang hadapan kenderaan utiliti sukan (SUV) Nissan X -Trail yang terbabit kemalangan dekatsusur keluar Plaza Tol Bukit Merah, semalam yang mengorbankan tiga orang.Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob berkata, siasatan awal mendapatisemua penumpang termasuk pemandu SUV berkenaan tidak mempunyai dokumen pengenalan diri.Katanya, pemandu dan penumpang hadapan SUV itu dipercayai melarikan diri selepas kemalangandan usaha mengesan kedua-dua mereka sedang dijalankan oleh pasukan khas berkenaan.Menurutnya, siasatan juga mendapati semua mangsa yang berada di dalam SUV itu dalam keadaanberhimpit dipercayai dibawa masuk ke negara ini melalui sindiket di utara tanah air.“Semua mereka berada dalam keadaan berhimpit. Jumlah keseluruhan penumpang serta pemanduseramai 16 orang, polis mendapati pemandu serta penumpang hadapan sudah melarikan diri.“Semakan nombor pendaftaran SUV itu mendapati pemiliknya seorang lelaki berusia 57 tahun danberalamat di Kampar serta mempunyai 16 rekod saman,”katanya.Omar Bakhtiar berkata, polis sudah menahan empat mangsa yang cedera untuk siasatan. Pihaknyajuga mendapatkan bantuan jurubahasa bagi membolehkan siasatan dijalankan disebabkan semuamereka tidak boleh berbahasa Melayu atau Inggeris.Menurutnya, tujuh mangsa yang parah menerima rawatan di Hospital Taiping dan polis sedangberhubung dengan Kedutaan Myanmar bagi mendapatkan bantuan menguruskan tiga jenazahmangsa yang maut.Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan mengesan cap jaridua mangsa yang melarikan diri.Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Negeri Perak, SuperintendanZakaria Abd Rahman berkata, siasatan polis mendapati SUV dalam perjalanan dari utara menghalake selatan dan mereka tidak mempunyai dokumen pengenalan diri.“Siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti sindiket terbabit. Kemalangan dipercayaidisebabkan hilang kawalan sebelum terbabas merempuh penghadang jalan.“Kemalangan itu mengakibatkan empat warga Myanmar tercampak keluar dari SUV dan terjatuhke bawah jejambat lebuh raya iaitu di Jalan Tali Air Kampung Tebuk Panchor. Tiga daripadanyameninggal dunia di lokasi kejadian.“Tujuh parah manakala empat lagi cedera. Mereka dihantar ke Hospital Parit Buntar dan HospitalTaiping,” katanya.Kemalangan itu mengakibatkan empat warga Myanmar tercampak keluar dari SUV dan terjatuh kebawah jejambat lebuh raya iaitu di JalanTali Air Kampung Tebuk Panchor”ZakariaShaiful Shahrin Ahmad Pauzi [email protected]
HAR IAN ME T R O | 2 2 S E P T EMB E R 2 0 2 5 | MU KAS U RAT 5KERATAN AKHBAR: Putus kepala rempuh belakang loriBERITA 11 :KEMALANGAN jalan raya membabitkan sebuah kereta jenisHonda City dan lori di Jalan Felda Taib Andak, Kulai.Seorang lelaki putus kepala apabila Honda City dinaikiterbabit kemalangan di Taman Permata Impian, Jalan FeldaTaib Andak di sini, kelmarin.Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Johorberkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan, jam 10.36malam.“Lapan anggota tiba di lokasi kejadian yang terletak kira-kiraenam kilometer dari Balai Bomba dan Penyelamat Kulai, jam10.43 malam.“Kemalangan membabitkan Honda City yang merempuhbelakang sebuah lori lima tan di tepi jalan,” katanya.Menurut jurucakap, pemandu kereta cedera manakalapenumpang di bahagian hadapan mati.“Kami mengeluarkan mangsa dengan menggunakanperalatan khas sebelum diserah kepada po- lis,” katanya.KEMALANGAN jalan raya membabitkan sebuah kereta jenisHonda City dan lori di Jalan Felda Taib Andak, Kulai
Seremban: Seorang pengawal keselamatan sebuah sekolah tidaksempat masuk bekerja bagi shif pagi selepas maut dalam kemalangandengan sebuah kereta di Jalan Sungai Gadut berhampiran SekolahDato Abdul Razak (SDAR) di sini, semalam.Dalam kejadian jam 7.30 pagi, mangsa, Nor Azeman Ismail, 53, yangmenunggang motosikal mengalami kecederaan parah di kepalasebelum disahkan maut di lokasi kejadian.Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Nanda Maarofberkata, pemandu kereta jenis Proton Wira berusia 62 tahun itudikatakan hilang kawalan sebelum masuk ke laluan bertentangan.“Kereta itu lalu melanggar motosikal mangsa di bahagian hadapanmenyebabkan mangsa jatuh di atas jalan raya.“Mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkanmeninggal dunia di lokasi kejadian manakala pemandu kereta pulamengalami kecederaan luka pada tangan kanan,” katanya.Menurutnya, mayat mangsa kemudian dibawa ke Jabatan PerubatanForensik Hospital Tuanku Jaafar, di sini, untuk dibedah siasat dan kesdisiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan 1987.HAR IAN ME T R O | 6 S E P T EMB E R 2 0 2 2 | MU KAS U RAT 7KERATAN AKHBAR: Ajal ketika mahu masuk kerja shif pagiBERITA 12 :JASAD mangsa kemalangan di Jalan Sungai Gadut, semalam.
KERATAN AKHBAR: PANGGILAN SEBELUM AJALHAR IAN ME T R O | 8 O G O S 2 0 1 9 | MU KAS U RAT 1BERITA 13 :Raja Noraina Raja Rahim dan Hasbi [email protected] Jamaludin MOHAMMAD IdhamBaharudin V RavendranBaharudin Mohd Isa tidak menyangka panggilandaripada rakan wanita anaknya yang memberitahumereka hanya luka ringan selepas motosikalditunggangi terbabas, berakhir dengan berita sedih.Ini kerana sejam selepas itu, dia diberitahu keduaduanya meninggal dunia dalam kemalanganmembabitkan sebuah lori simen dan treler membawagas petroleum cecair (LPG) kelmarin. Turut mautpemandu lori simen, lapor Raja Noraina Raja Rahimdan Hasbi Sidek.“Pada mulanya saya terima panggilan daripada rakananak (Anismalina) memak...PANGGILAN SEBELUM AJALBapa berkejar lihat anak kemalangan terima berita dukaRaja Noraina Raja Rahim dan Hasbi Sidek [email protected]
HAR IAN ME T R O | 3 1 J U LAI 2 0 2 5 | MU KAS U RAT 7KERATAN AKHBAR: Guru besar maut nahasBERITA 14 :Seorang guru besar maut dalam nahas jalan rayaselepas kereta dipandu hilang kawalan sebelumterbabas di jalan utama berhampiran SekolahKebangsaan Guai di Bera, kelmarin.Ketua Polis Daerah Bera Superintendan ZulkifleeNazir berkata, dalam insiden kira-kira jam 6.30petang itu, Mohd Sabri Bakar, 59, yang bertugas diSekolah Kebangsaan Durian Hijau di Jerantutdisahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.“Siasatan awal mendapati ketika kejadian, MohdSabri dalam perjalanan ke rumah abangnya diKampung Guai dan semasa tiba di lokasi, kenderaandipandu mangsa dipercayai hilang kawalan sertaterbabas ke bahu jalan“Mangsa dikeluarkan orang awam daripada keretaterbabit sebelum kenderaannya terbakar 80 peratusakibat kemalangan itu,” katanya dalam kenyataan,malam kelmarin.ANGGOTA bomba memadam kebakaran kereta terbabit.
HAR IAN ME T R O | 3 O G O S 2 0 2 5 | MU KAS U RAT 5KERATAN AKHBAR: Tiga terbunuh, dua cedera kereta terbabasBERITA 15 :Tiga lelaki warga Bangladesh terbunuh dan dua cedera selepas kenderaan pelbagai guna (MPV)dinaiki mereka terbabas di Kilometer 200.8, Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1, dekat Gambang di sini,malam kelmarin.Pemangku Ketua Polis Daerah Kuantan, Superintendan Mohd Adli Mat Daud berkata, siasatan awalmendapati nahas jam 7.30 malam itu dipercayaikerana kenderaan terbabit hilang kawalan dan terbabas ke kiri lebuh raya.Menurutnya, ketika kejadian berkenaan, semua mangsa dalam perjalanan dari Kuantan ke KualaLumpur.“Akibat nahas itu, tiga mangsa terbunuh di tempat kejadian dan dua cedera.“Siasatan juga mendapati pemandu MPV terbabit tidak mempunyai lesen memandu serta cukai jalankenderaan berkenaan sudah tamat tempoh sejak Mei 2025,” katanya menerusi satu kenyataan media,semalam. Mangsa terbunuh, pemandu MPVPemandu MPV tiada lesen memandu, cukai jalan kenderaan sudah tamat tempohterbabit, Md Sabber Hasan, 30, dan penumpang Md Jahid Hasan, 21, dan seorang lagi hanya dikenaliAbdullah, 24.Mangsa yang cedera ialah Md Habib Bissas, 45, dan Maniram Chandra Bas, 40.Mangsa cedera sedang dirawat Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini, dan tiga mayat nahasitu dihantar ke Jabatan Forensik hospital sama untukproses bedah siasat.Mohd Adli berkata, siasatan lanjut mengenai punca nahas sedang dilakukan termasuk mendapatketerangan saksi kejadian dan mengesan majikan semua warga Bangladesh terbabit.Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara cuai danmenyebabkan kemalangan maut.TIGA lelaki warga Bangladesh terbunuh dan dua cedera selepas MPV dinaiki merekaterbabas di Kilometer 200.8, Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1, dekat Gambang,Kuantan
HAR IAN ME T R O | 2 8 ME I 2 0 2 0 | MU KAS U RAT 1KERATAN AKHBAR: KARUNG DUIT ATAS JALANPengawal keselamatan maut nahas dengan lori tangkiBERITA 16 :KEMALANGAN menyebabkan kesesakan lalu lintas kira-kira satu kilometer dari arah utara dan selatan.PASUKAN Hazmat memberi bantuan membersihkan tumpahan diesel di lokasi kejadian. KEMALANGAN jam12.30 tengah hari yang meragut satu nyawa.Dua belas beg serta lapan karung mengandungi wang tunai bernilai jutaan ringgit bertaburan di atas jalanselepas sebuah van syarikat kawalan keselamatan terbabit kemalangan dengan sebuah lori tangki dan lorimuatan sayur di KM389.4 Lebuhraya PLUS arah utara dekat Tanjung Malim, semalam. Kemalangan itu turutmengorbankan seorang pengawal keselamatan serta mencederakan dua lagi rakan setugasnya,Sebanyak 12 beg besar dan lapan karung wang bernilai jutaan ringgit bertaburan di atas jalan dalamkemalangan maut membabitkan sebuah van pengawal keselamatan dengan dua kenderaan lain di Kilometer389.4, Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) arah utara, kira-kira jam 12.30 tengah hari, semalam.Difahamkan, tindakan pantas pihak polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muallim yang kebetulanmembuat rondaan di lebuh raya itu berjaya menyelamatkan wang itu dan kini disimpan di balai polis.Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, dalam kemalanganmembabitkan van keselamatan, lori tangki dan lori sayur itu pengawal keselamatan yang duduk di bahagianbelakang van, Iruwan Mohd Ratki, 39, terbunuh.Katanya, pemandu van terbabit mengalami cedera parah dan penumpang di sebelahnya hanya cedera ringansementara kedua-dua pemandu lori terbabit tidak mengalami kecederaan.“Siasatan awal mendapati kemalangan maut itu dipercayai berpunca daripada pemandu lori yang membawamuatan minyak diesel dari Klang, Selangor ke Slim River gagal mengawal lori lalu melanggar bahagian belakangvan terbabit.“Akibat perlanggaran itu menyebabkan pemandu van membawa muatan wang itu merempuh pula sebuah lorimembawa muatan sayuran,” katanya dalam satu kenyataan.Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.Kemalangan yang berlaku berhampiran sekatan jalan raya (SJR) oleh pihak polis di lebuh raya arah utara itujuga menyebabkan laluan lebuh raya dari arah utara dan selatan sesak kira-kira satu kilometer.Ia berikutan lori tangki membawa muatan minyak diesel yang terbabas itu merempuh penghadang tengahlebuh raya itu serta melintang menyebabkan kenderaan ke arah selatan terhalang.Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) negeri berkata pihak bombamenerima panggilan kira-kira jam 12.33 tengah hari sebelum sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bombadan Penyelamat (BBP) Tanjung Malim bergegas ke tempat kejadian.‘Kemalangan maut itu dipercayai berpunca daripada pemandu lori yang membawa muatan minyak diesel dariKlang, Selangor ke Slim River gagal mengawal lori lalu melanggar bahagian belakang van terbabit”Sulizmie Affendy Sulaimanlapor Rosman ShamsudinKEMALANGAN menyebabkan kesesakan lalu lintas kira-kira satu kilometer dari arah utara danselatan. PASUKAN Hazmat memberi bantuan membersihkan tumpahan diesel di lokasi kejadian.KEMALANGAN jam 12.30 tengah hari yang meragut satu nyawa.
B E R I TA HAR IAN | 1 2 O G O S 2 0 2 0 | MU KAS U RAT 1KERATAN AKHBAR: 7 maut, tiga parah lori bertembung keretaKemalangan di Jalan Keramat Pulai menghala CameronHighlandsBERITA 17 :Anggota bomba mengeluarkan mangsa yang cedera dalamnahas.Ipoh: Tujuh maut manakala tiga cedera dalam kemalanganjalan raya membabitkan sebuah treler dengan kenderaanpelbagai guna Perodua Alza, di Jalan Keramat Pulai menghalake Cameron Highlands, semalam.Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)Perak, berkata anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat(BBP) Simpang Pulai menerima panggilan kecemasan pada jam5.55 petang, sebelum bergegas ke lokasi kejadian.“Kemalangan membabitkan sebuah treler dan sebuah PeroduaAlza.“Jumlah mangsa terbabit dalam kemalangan ialah tujuh maut,manakala tiga cedera. (Yang maut ialah) dua kanak kanaklelaki, (tiga) perempuan dewasa dan (dua) lelaki dewasa.“Mangsa yang cedera pula membabitkan dua kanak kanaklelaki, manakala satu lelaki dewasa cedera parah,” katanya.Article Name:7 maut, tiga parah lori bertembung keretaOleh Balqis Jazimah Zahari [email protected] bomba mengeluarkan mangsa yang cedera dalam nahas.
HAR IAN ME T R O | 2 1 J U N 2 0 1 9 | MU KAS U RAT 1KEADAAN kemalangan kenderaan yang membawa Cik Puan Muda Pahang dan sebuahlori di Kilometer 25 Jalan Kota Tinggi-Mersing, semalam.Cik Puan Muda Pahang, Cik Puan Muda Julita Aishah Abdul Latiff terbabit kemalanganmembabitkan dua kenderaan di Kilometer 25 Jalan Kota Tinggi-Mersing, dekat sini,semalam.Cik Puan Muda Julita Aishah, 46, yang menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) ToyotaAlphard bersama seorang penumpang warga Filipina dan pemandunya berusia 24 tahundari Johor Bahru, Johor menuju Kuantan, Pahang.Difahamkan, beliau mengalami kecederaan pinggang manakala penumpang yang jugapembantunya dan pemandunya tidak cedera.Ketua Polis Daerah Mersing,Superintendan Cyril Edward Nuing berkata, menerima panggilan kecemasan jam 9 pagimemberitahu kemalangan jalan raya membabitkan sebuah MPV dan sebuah lori.“Siasatan awal mendapati, MPV terbabit yang ketika itu melalui tempat kejadian iaitujalan selekoh dipercayai berlanggar dengan sebuah lori.“Pemandu lori berusia 53 tahun cedera di kaki kanan dan kini mendapatkan rawatan diHospital Mersing.“Manakala, pemandu MPV tidak cedera,” katanya.Cyril berkata, penumpang MPV yang mengalami sakit pinggang dirujuk ke HospitalKuantan, Pahang, manakala seorang lagi penumpang warga asing tidak cedera.“Kami masih menjalankan siasatan mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan1987. Orang ramai mempunyai maklumat diminta menghubungi balai polis berhampiranbagi membantu siasatan,” katanya.Difahamkan Toyota Alphard dari Singapura dalam perjalanan pulang ke Kuantan,Pahang.Apabila tiba di tempat kejadian, pemandu Toyota Alphard dipercayai hilang kawalanmemasuki laluan bertentangan lalu berlanggar bahagian sisi kanan lori berkenaan.KERATAN AKHBAR: CIK PUAN MUDA PAHANG CEDERA BERITA 18 :Nurul Amanina Suhaini [email protected] kemalangan kenderaan yang membawa Cik Puan Muda Pahang dan sebuah loridi Kilometer 25 Jalan Kota Tinggi-Mersing, semalam.
“Bunyi dentuman itu sangat kuat dan saya nampak kereta berkenaan berpusingbeberapa kali sebelum ia berhenti di atas pembahagi jalan.“Ketika itu saya menjerit Subhanallah, Subhanallah hingga satu kedai dengarsaya menjerit, tetapi waktu itu tak tahu lagi ada yang meninggal dunia dalamkemalangan itu,” kata Raja Asmah Raja Jaafar, 42.Raja Asmah adalah peniaga di kedai makan yang menyaksikan kemalanganmembabitkan dua kenderaan di Jalan Lencong Barat, di sini, malam kelmarin.Dalam kejadian itu, dua maut, manakala dua lagi cedera parah selepas sebuahkereta MercedesBenz dipercayai bertembung dengan kereta Hyundai pada jam 8.50 malam.Raja Asmah berkata, ketika kejadian dia sedang memanaskan api untukmembakar lokcing di kedai makan yang terletak di hadapan di lokasikemalangan dan pada waktu itu ramai pelanggan di kedai makan berkenaan.Katanya, dia terkejut sebaik terdengar dentuman kuat akibat kemalanganberhampiran pusingan U sebelum menyaksikan sendiri kereta itu berpusingbeberapa kali sebelum berhenti.“Saya nampak bahagian bumbung kereta Mercedes itu berada di bawah ketikaberpusing sebelumia berhenti, tetapi tak nampak lagi mangsa ketika itu.“Tak lama kemudian, saya dapati seorang mangsa di atas bumbung kereta,manakala tiga lagi terbaring di atas jalan yang mana seorang daripadanya cubabangun sebelum baring semula dalam keadaan berlumuran darah,” katanyaketika ditemui di lokasi kemalangan, malam kelmarin.Sementara itu, pekerja sebuah lagi kedai makan, Mohd Nor Firdaus Mohd Nasir,31,berkata kemalangan itu berlaku depan matanya sebelum kereta yang terbalikdan dipercayai berpusing itu berhenti kira-kira 50 meter dari situ.“Ketika itu saya nampak dua mangsa yang maut itu masih bernafas, manakaladua lagi cedera.“Saya minta mereka semua supaya tidak bergerak sehingga ambulans sampaidan tidak berani hendak bantu kerana bimbang mereka cedera teruk,” katanya.B E R I TA HAR IAN | 1 9 D I S EMB E R 2 0 2 4 | MU KAS U RAT 2 1KERATAN AKHBAR: ‘Bunyi dentuman kuat sebelumlihat mangsa atas bumbung kereta’BERITA 35 :Dua maut dan dua parah dalam nahas di Jalan Lencong Barat, Alor Setar,malam kelmarin.
HAR IAN ME T R O | 1 3 MAY 2 0 2 2 | MU KAS U RAT 1KERATAN AKHBAR: TRAGEDI BALIK MAKANBERITA 36 :Lima penuntut Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), Kuala Kangsar rentungapabila kereta dinaiki mereka terbakar selepas terbabit kemalangan dengandua treler di KM245.2 Lebuhraya Utara Selatan arah utara, dekat KualaKangsar, semalam. Kejadian berlaku ketika semua mangsa dalamperjalanan pulang ke kampus selepas menikmati makan malam di Ipoh.“Rakan arwah memaklumkan sebelum kejadian mereka keluar makanmalam di Ipoh dan disertai beberapa penuntut lain yang menunggangmotosikal,” menurut Aidol Munir Akhbar.Aidol Munir adalah bapa kepada seorang daripada penuntut yang rentungdalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 245.2Lebuhraya Utara-Selatan arah utara di sini, semalam.Beliau berkata, dia menerima maklumat mengenai kejadian menimpaMuhammad Nasrun, 22, daripada rakan kuliah anaknya, awal pagisemalam.“Saya dimaklumkan ketika kejadian mereka dalam perjalanan pulang keuniversiti selepas makan malam bersama beberapa rakan lain di Ipoh.“Mereka turut disertai beberapa penuntut lain yang menunggangmotosikal,” katanya ketika dihubungi Harian Metro di sini, semalam.Aidol Munir yang tinggal di Taman Desa Bukit Bujang, Kuala Kubu,Selangor, berkata, sebaik menerima berita kemalangan dia bersamakeluarga bergegas ke Hospital Kuala Kangsar pada 3 pagi.Katanya, dia tiba di Hospital Kuala Kangsar agak lewat iaitu pada jam 8 pagidisebabkan kesesakan lebuh raya bermula dari Tanjung Malim.“Ketika kejadian rakan arwah memaklumkan setiba di tempat kemalanganterdapat kerja-kerja membaiki jalan dan kereta yang dinaiki lima mangsaitu dirempuh dari arah belakang,” katanya.Aidol Munir berkata, dia reda dengan ketentuan menimpa anaknya danakan membawa pulang jenazah ke Kuala Kubu Baharu untuk dikebumikan.
B E R I TA HAR IAN | 1 1 JAN UAR I 2 0 2 2 | MU KAS U RAT 1KERATAN AKHBAR: Tiga maut kereta putus dua rempuhpokokBERITA 37:(Foto ihsan Bomba)Kenderaan terbabit nahas di Jalan Lintas Batu Sapi ke BatuLapan yang mengakibatkan tiga lelaki maut di Sandakan, semalam.Sandakan: Tiga lelaki maut selepas kereta dinaiki mereka terbabas dan terputus duadipercayai terlanggar pokok dalam kejadian kemalangan di Jalan LintasBatu Sapi ke Batu Lapan, di sini, pagi semalam.Bagaimanapun, identiti semua mangsa yang menaiki kereta jenis Proton Saga FLXdalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu belum dapat dikenal pasti.Dua mangsa dilaporkan tercampak keluar daripada kenderaan itu sejurus selepaskemalangan, manakala seorang lagi tersepit sebelum dikeluarkan oleh anggotabomba.Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan, Jimmy Lagung, berkata pihaknyamenerima panggilan jam 11.40 pagi sebelum sepasukan anggota bergegas ke lokasikejadian.Katanya, sejurus tiba anggota bomba mendapati berlaku kemalangan membabitkankenderaan Proton Saga FLX yang dipercayai terbabas.“Berdasarkan laporan, terdapat tiga mangsa dalam kemalangan itu dengan duadaripadanya dihantar ke Hospital Duchess of Kent (HDOK) Sandakan oleh orangawam sebelum bomba tiba.“Seorang lagi mangsa yang tersepit dikeluarkan anggota bomba dan kemudiannyadiserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataansemalam.Beliau berkata, identiti semua mangsa masih belum dapat dikenal pasti dan operasitamat sepenuhnya jam 12.06 tengah [email protected] Oleh Hazsyah Abdul RahmanKenderaan terbabit nahas di Jalan Lintas Batu Sapi ke Batu Lapan yangmengakibatkan tiga lelaki maut di Sandakan, semalam.
Nibong Tebal: Seorang murid Tahun Satu putus tangan kiri, manakalaadiknya putus kaki kanan akibat digilis lori tanah dalam kemalangan disusur masuk ke Jalan Persekutuan Sungai Bakap, di sini, pagi semalam.Dalam kejadian kira-kira jam 7.15 pagi itu, dua beradik berkenaan masingmasing berusia lima dan tujuh tahun dikatakan dalam perjalanan ke sekolahdengan membonceng motosikal yang ditunggangi nenek mereka berusia 50-an.Bagaimanapun, sebaik berada di lokasi kejadian dikatakan terdapat sebuahlori membawa muatan tanah yang hendak keluar dari susur sebelah kiri jalanterlanggar motosikal dinaiki tiga beranak berkenaan.Akibat pelanggaran itu menyebabkan dua beradik terbabit cedera parah ditangan dan kaki, manakala nenek mereka cedera di kepala.Difahamkan, polis masih menjalankan siasatan berhubung kejadianberkenaan mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.Malah setakat ini, tiada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan polisberhubung kemalangan itu.Sementara itu, Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam (APM) SeberangPerai Selatan berkata, sepasukan anggota bergerak ke lokasi sebaikmenerima panggilan berhubung kemalangan itu pada jam 7.40 pagi.“Kemalangan itu membabitkan sebuah motosikal dengan lori yangmembawa muatan tanah merah.“Pemeriksaan lanjut mendapati dua mangsa kanak-kanak yang terbabitdalam kejadian itu mengalami kecederaan parah dan mereka dikejarkan keHospital Sungai Bakap (HSB) dengan bantuan ambulans KementerianKesihatan (KKM).“Pihak kami sudah memberikan rawatan awal kepada seorang wanita (nenekkepada dua beradik) yang mengalami kecederaan di kepala sebelummenghantarnya ke hospital sama untuk rawatan lanjut,” katanyaB E R I TA HAR IAN | 1 9 F E B UAR I 2 0 2 5 | MU KAS U RAT 1 5KERATAN AKHBAR: Abang putus tangan, adik putus kakidigilis lori tanahBERITA 38:Kemalangan tragis menimpa dua beradik yang membonceng motosikalditunggangi nenek mereka di susur masuk ke Jalan Persekutuan Sungai Bakap,pagi semalam.
B E R I TA HAR IAN | 8 MAC 2 0 2 5 | MU KAS U RAT 2 1KERATAN AKHBAR: ‘Tak sangka anak salah seorangmangsa’BERITA 39:“Saya nampak kemalangan sebuah kereta putih ketika melalui Jalan Tanjung Bendahara, tetapi sayateruskan perjalanan kerana keadaan jalan ketika itu sesak.“Tak sangka rupanya anak saya seorang mangsa kemalangan yang meninggal dunia,” kata Mohd NizaNazari, 49.Mohd Niza berkata, beliau kebetulan melalui kawasan itu pada jam 11.30 malam untuk membelijuadah bersahur dan peniaga memaklumkan kemalangan membabitkan dua mangsa maut, manakalatiga lagi cedera.“Peniaga itu beritahu mangsa semua budak-budak muda. Saya dah tak sedap hati sebab anak saya,Muhammad Danish Iqbal, 18, menumpang kereta rakannya, tetapi tak pasti nombor pendaftaran.“Pada jam 1.30 pagi, polis menghubungi saya memaklumkan Muhammad Danish Iqbal terbabitdalam kemalangan dengan rakannya dan minta saya ke Jabatan Kecemasan Hospital SultanahBahiyah (HSB) dengan segera.“Beberapa minit kemudian, polis datang ke rumah di Jalan Langgar dan meminta saya terus keJabatan Forensik HSB kerana anak saya sudah meninggal dunia,” katanya di sini, semalam.Katanya, dia dan isterinya, Norhayati Ariffin, 47, reda dengan pemergian anak mereka, walaupunarwah satu-satunya anak lelaki dalam keluarga selain anak bongsu, Nur Qaisara, 12.Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Derga, Jalan Langgar petang semalam.Sementara itu, Sharifah Nur Afzan Syed Abdul Rahman, 48, iaitu ibu kepada Muhammad DhaniArumi, 18, seorang lagi remaja yang maut dalam kemalangan itu tidak menyangka anaknyameninggal dunia kira-kira tiga jam selepas berbuka puasa.Katanya, ketika mereka sekeluarga berbuka puasa, arwah anaknya memuji mihun gorengdimasaknya sedap, makan dengan berselera.“Sebelum ini, dia keluar naik motosikal untuk menunaikan solatTarawih, tetapi semalam dia bawa beg silang dan beritahu dia nak pergi minum dulu selepas solatTarawih dan menumpang rakannya.“Kira-kira jam 1.30 pagi, saya terima panggilan daripada rakan arwah memaklumkan arwah terbabitdalam kemalangan dan meninggaldunia,” katanya.Sharifah Nur Afzan berkata, dia reda walaupun kehilangan satu-satunya anak lelaki tunggal dalamkeluarga.Katanya, jenazah Muhammad Dhani Arumi dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid AlorMerah, di sini.Nur Qaisara menunjukkan gambar Muhammad Danish Iqbal dipaerhatikanMohd Niza dan Norhayati.