The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by jesmalina.dibf1033, 2021-12-28 10:37:26

MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA

MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA

E-FOLIO




TAJUK : MASYARAKAT MAJMUK DI
MALAYSIA

NAMA KURSUS : MPU21031-PENGHAYATAN
ETIKA DAN PERADABAN

SESI : 1:2021/2022

NAMA PENSYARAH : NORFAZILA BT

AHMAD








NAMA AHLI KUMPULAN:

1 . IRDINA AISYAH BINTI

RAFINYA’AI@SAFUAN(23DIB21F1013

2 . JESMALINA BINTI JAMAL (23DIB21F1033)

3 . NUR HIDAYAH SUFFIYAH BINTI RAMLAN

(23DIB21F1071)

4 . MUHAMAD FAIZ FARIHIN BIN MOHAMAD

SHAHAMEDIN (23DIB21F1063)

5 . MUHAMMAD IMTIYAZ BIN YA MOHAMAD

HASSAN (23DIB21F1057)

ISI KANDUNGAN

TAJUK MUKA
SURAT

PENGENALAN 3

MASYARAKAT MAJMUK 4
DI MALAYSIA

MASYARAKAT PELBAGAI 11
KAUM DI MALAYSIA

PERPADUAN KAUM 15
DI MALAYSIA

KEUNIKAN MALAYSIA 21
TERHADAP
MASYARAKAT MAJMUK

KESIMPULAN 36

RUJUKAN 37

PENGENALAN

MALAYSIA PADA MASA KINI DIDIAMI OLEH

PELBAGAI BANGSA, KAUM DAN ETNIK DARI

PERLIS SEHINGGALAH KE SABAH . DENGAN

KEHADIRAN PELBAGAI KAUM TERSEBUT,

MAKA WUJUDLAH KEPELBAGAIAN BUDAYA,

BAHASA, AGAMA DAN ADAT RESAM. CORAK

PERUBAHAN INI DISEBABKAN OLEH

PERUBAHAN MASA DAN KEADAAN. SEBELUM

ABAD KE-18 DAN KE-19 , TIDAK SEBEGINI

CORAK KEHIDUPANNYA. SEBALIKNYA

SEMENANJUNG TANAH MELAYU DIDIAMI OLEH

ORANG MELAYU DAN ORANG ASLI BERSAMA

SEBILANGAN KECIL BANGSA DAN KAUM LAIN.

MASYARAKAT MAJMUK
DI MALAYSIA

DEFINISI DAN KONSEP

Masyarakat ialah istilah yang digunakan

untuk menggambarkan sekumpulan manusia

yang hidup bersama dan berkomunikasi

antara satu sama lain. Boleh juga dikatakan

masyarakat ialah rangkaian perhubungan

antara pelbagai individu. Dari segi

pelaksanaan, ia bermaksud sesuatu yang

dibuat atau tidak dibuat oleh kumpulan

orang itu. Ia adalah subjek utama

penyelidikan sains sosial. Memandangkan

masyarakat yang stabil memerlukan ahli

yang sedia membantu antara satu sama

lain, ia memerlukan nilai-nilai murni

seperti kewarganegaraan, hak, dan akhlak.

Inilah asas keadilan. Jika nilai-nilai ini

tidak dipatuhi, orang akan mengatakan

bahawa masyarakat tidak adil dan bencana

akan menyusul. Walaupun setiap

masyarakat berbeza, ia sering dimusnahkan

dengan cara yang sama: penipuan, kecurian,

keganasan, peperangan, jika terdapat

kebencian terhadap ahli kumpulan, dan

kadang-kadang juga pembersihan etnik.

Masyarakat baru akan muncul daripada

sesiapa yang tinggal bersama dan sesiapa

sahaja yang tinggal.

Masyarakat majmuk atau pluralistik

merujuk kepada beberapa kelompok bangsa

atau kaum yang tinggal dalam satu

kawasan politik sebagai satu masyarakat,

tetapi hidup terpisah kerana yang di

ajarkan dengan sultan, mengamalkan cara

hidup, adat dan kepercayaan yang berbeza

dengan bangsa lain. Berlawanan dengan

masyarakat majmuk ialah masyarakat

homogen. Masyarakat majmuk ialah

masyarakat yang terdiri daripada

pelbagai kumpulan etnik yang mempunyai

kepercayaan, adat resam dan budaya yang

tersendiri. Setiap kaum di Malaysia

mempunyai latar belakang dan

sejarahnya. Masyarakat majmuk

dibahagikan mengikut garis pemisah

bangsa, etnik, agama, ideologi, bahasa,

dan budaya. Menurut Kamus Dewan

(2005), masyarakat majmuk ialah

sekumpulan manusia yang hidup bersama

di satu tempat, dengan perancangan dan

kaedah tertentu. Terdapat jaringan yang

rapat antara ahli-ahli ini, terutamanya

melalui hubungan bersemuka. Contohnya

masyarakat Malaysia terdiri daripada

Melayu, Cina, India dan lain-lain.

LATAR BELAKANG MASYARAKAT
MAJMUK DI MALAYSIA

Malaysia mempunyai penduduk berbilang
kaum, seperti Melayu, Cina, India, dan lain-
lain. Setiap kaum mempunyai latar belakang
dan identiti yang berbeza. Masyarakat
majmuk biasanya berkaitan dengan Malaysia.
Ini kerana Malaysia merupakan sebuah
masyarakat berbilang kaum dan budaya. Hari
ini, dari Perlis hingga ke Sabah, Malaysia
didiami oleh pelbagai kaum, bangsa dan
bangsa. Corak masyarakat Malaysia adalah
disebabkan oleh perubahan zaman dan
perubahan struktur politik. Dengan wujudnya
kepelbagaian etnik, akan wujud kepelbagaian
adat, budaya, bahasa, dan agama.

Pembentukan masyarakat berbilang kaum di
Malaysia pada abad ke-19 adalah hasil
daripada penjajahan mutlak. Masyarakat
pluralistik di Malaysia berlaku secara tidak
sengaja. Pada awal abad ke-19, lebih 90%
penduduk Tanah Melayu adalah Melayu. Walau
bagaimanapun, pada pertengahan abad ke-19,
disebabkan oleh dasar liberal British,
penghijrahan berskala besar orang Cina dan
India telah mengubah struktur demografi asal
Tanah Melayu. Masyarakat Malaysia yang
pelbagai terdiri daripada pelbagai kaum, yang
dikategorikan mengikut gaya hidup, corak
petempatan, pekerjaan dan pendidikan.

CIRI-CIRI
MASYARAKAT

MAJMUK

Mula dipelopori oleh J.S Furnivall dalam

kajian yang dibuat di Indonesia dan Burma.

Menurut Furnivall, masyarakat majmuk

merujuk kepada masyarakat yang dicirikan

dengan perpecahan dan konflik antara

kumpulan-kumpulan manusia yang berada

dibawah satu sistem politik.

Ia muncul akibat daripada dasar-dasar
penjajah yang menggalakkan penghijrahan
penduduk mengikut keperluan ekonomi penjajah
yang mengakibatkan wujudnya kelompok-
kelompok yang pelbagai ragam dalam satu unit
politik.

Ciri-ciri masyarakat majmuk menurut J.S

Furnivall ialah terdapatnya pelbagai jenis

manusia seperti Eropah, Cina India dan

penduduk asli (bumiputera). Kedua ialah

mereka bercampur tetapi tidak bersatu. Ketiga

ialah mereka hidup berdekatan tetapi tidak

berpisah dalam sistem politik yang sama.

Keempat ialah masing-masing berpegang kepada

kebudayaan, agama, budaya, bahasa, idea dan

kaedah sendiri. Kelima ialah mereka bertemu di

pasar ketika membeli-belah kemudiannya

masing-masing balik ke tempat kelompok kaum

sendiri. Keenam ialah terdapatnya pemisahan

dalam bidang pekerjaan dimana tenaga buruh

terbahagi mengikut garis perkauman.

SEJARAH MASYARAKAT MAJMUK DI
MALAYSIA

Masyarakat majmuk di negara ini wujud
apabila berlakunya kemasukan kaum Cina
dan India dari luar alam Melayu (Chamil
Wariya, 2007:108). Generasi awal mereka
telah berhijrah ke negara ini daripada
negara asal masing-masing adalah untuk
memulakan kehidupan baharu di sini.
Sebahagian besar mereka datang dengan
tujuan untuk mencari rezeki dan mengumpul
kekayaan sebagai bekalan setelah mereka
kembali semula ke negara asal mereka.

Berdasarkan tinjauan histiografi,

sebenarnya kedatangan kaum imigran Cina

dan India ini telah bermula sejak abad

keempat belas lagi iaitu sekitar tahun 1349.

Kedatangan mereka bermula dengan

kehadiran sami-sami Buddha dan

kemudiannya barulah diikuti oleh pedagang-

pedangang (Chamil Wariya, 2007:109). Pada

peringkat ini, kedatangan mereka hanyalah

sekadar untuk berdagang, kemudian pulang

semula ke negara asal mereka.

Populasi orang Cina di Melaka kian meningkat
saban tahun. Menurut Victor Purcell yang dipetik dari
Chamil Wariya (2007), sewaktu Portugis menawan
Melaka pada 1511, dianggarkan hanya sekitar 300-400
orang Cina yang menetap di Melaka, namun menjelang
1750, jumlah ini telah meningkat kepada 2161 orang
dan seterusnya pada tahun 1834 bilangan imigran Cina
meningkat menjadi 4143. Oleh yang demikian, dapat
disimpulkan bahawa dasar buka pintu yang diamalkan
oleh kerajaan Melaka telah menggalakkan kedatangan
imigran ke alam Melayu terutamanya di Tanah
Melayu.

Meskipun begitu, kedatangan Inggeris yang
berjaya menawan Pulau Pinang pada tahun 1786 dan
Singapura pada tahun 1819 telah mengubah senario
penghijrahan imigran Cina dan India ke Tanah
Melayu. Pada waktu ini kerajaan British telah
menggalakkan kemasukan imigran Cina dan India
secara besar-besaran kerana tenaga mereka amat
diperlukan untuk menampung keperluan kegiatan
ekonomi di Tanah Melayu terutamanya dalam industri
bijih timah dan getah (Mahdi Shuid et al, 2011:101-
104). Kepesatan perkembangan ekonomi Tanah Melayu
ini telah menjadi faktor penarik kedatangan imigran-
imigran ini ke Tanah Melayu.

Selain kepesatan ekonomi, syarat kemasukan
yang longgar dan tiadanya sekatan yang dikenakan
oleh kerajaan British juga menjadi penyumbang
kepada kehadiran imigran Cina dan India secara
besar-besaran di Tanah Melayu. Malahan British juga
telah memperkenalkan sistem yang lebih sistematik
untuk memastikan bekalan buruh dari kalangan
imigran ini berterusan. Untuk itu, British telah
memberi jaminan keselamatan nyawa serta harta
benda yang jauh lebih baik dari negara asal mereka
(Mahdi Shuid et al, 2011:101). Hal ini sedikit banyak
menjadi faktor penarik kedatangan orang Cina dan
India ke Tanah Melayu.

Dalam pada itu, kehadiran imigran Cina dan India ini juga
didorong oleh faktor penolak dari negara asal mereka sendiri.
Misalnya di China, ketidakstabilan politik dan ekonomi telah
menyebabkan ramai rakyat berhijrah keluar dari China. Menurut
Andaya B.W. dan Andaya L.Y. (1983) yang dipetik daripada
Ismail bin Said (2012:14-15), rakyat China sebenarnya ingin
keluar daripada hidup yang penuh dengan kemiskinan dan
penderitaan. Oleh itu mereka terpaksa keluar berhijrah sehingga
ke Tanah Melayu. Begitu juga dengan imigran India, mereka
turut menghadapi masalah kemiskinan dan kebuluran yang
berleluasa di India dan ini telah memaksa rakyatnya untuk
berhijrah ke negara lain termasuk Tanah Melayu.

Setelah kemasukan semua imigran ini, maka bermulalah
proses pembentukan masyarakat majmuk yang berbilang kaum
seperti yang kita lihat pada masa sekarang. Proses pembentukan
masyarakat majmuk ini pada mulanya adalah sukar kerana
wujudnya perbezaan fahaman, amalan, ras dan etnik serta
kehidupan seharian (Mohamad Faiza bin Ibrahim, 2011:5). Dalam
pada itu, wujud juga konflik dalam proses pembentukan
masyarakat majmuk di negara ini, satu daripadanya adalah
peristiwa 13 mei 1969.

Penghijrahan imigran-imigran ini akhirnya telah

menyebabkan wujudnya kelompok baharu dalam masyarakat di

negara ini. Sebagai contoh, hasil daripada penghijrahan orang

Cina dan India ke negara ini telah wujud kelompok Baba-Nyonya

yang berketurunan Cina dan kelompok Chitty yang berketurunan

India. Kelompok-kelompok ini wujud hasil daripada asimilasi

budaya asal mereka dengan budaya tempatan di negara ini.

Asimilasi bangsa juga turut berlaku apabila perkahwinan antara

orang asing dengan penduduk tempatan, dengan ini wujudlah

beberapa sub-kategori penduduk berdarah campuran seperti

kelompok Peranakan, kelompok Syed dan lain-lain. Kini

kebanyakan penduduk Malaysia mempunyai darah kacukan

Melayu-Arab, Melayu-India, Melayu-Cina dan lain-lain.

Kesimpulannya, kemasukan imigran-imigran dari China,
India, dan dari kepulauan sekitar Tanah Melayu telah menjadi
titik tolak kepada bermulanya proses pembentukan masyarakat
majmuk di negara ini. Pengaruh imigran-imigran ini di Tanah
Melayu telah mengubah corak dan sistem sosial Alam Melayu dan
juga masyarakat Melayu pada ketika itu. Kedatangan golongan
imigran ini ke Tanah Melayu akhirnya telah membentuk satu
konsep masyarakat yang baharu, iaitu konsep masyarkat majmuk
hasil dari wujudnya kepelbagaian budaya mereka yang
seterusnya diasimilasikan ke dalam sistem sosial di Tanah
Melayu.

MASYARAKAT PELBAGAI
KAUM

KEDATANGAN MASYARAKAT MELAYU

Masyarakat Melayu berasal daripada berbagai-bagai
keturunan, iaitu Melayu Proto (Melayu purba atau
Melayu asli), Melayu Deutero (Melayu lama) dan Melayu
Moden yang datang dari timur tengah, india, cina dan
eropah. Mereka berhijrah ke kawasan Asia Tenggara dan
berkemungkinan menjadi orang pertama di Tanah
Melayu atau mungkin bercampur dengan penduduk
tempatan sehingga menjadi orang jati di Asia Tenggara.

Orang Melayu Proto ialah sekumpulan masyarakat
yang berhijrah dari Yunan, Taiwan dan tempat-tempat
jauh seumpama itu. Mereka nampak seperti orang
melayu dan berbahasa melayu. Orang Melayu Proto ini
telah berkembang sehingga membentuk suku kaum
Semang, Senoi, Temiang, Jakun, Orang laut dan Orang
sungai. Orang Melayu Proto merupakan pembahagian
daripada berbagai-bagai kaum yang menggabungkan
beberapa suku kaum dan tinggal dalam lingkungan
keluarga melayu. Ciri fizikal mereka ialah berbadan
pendek, berkulit gelap dan berambut kerinting.
Bilangan mereka lebih ramai berbanding dengan orang
Melayu Deutero.

Orang Melayu Deutero atau Orang Melayu
Lama merujuk keturunan Melayu yang didiami
kawasan Lembah Mekong dan Vietnam pada
masa lampau, iaitu Melayu Funan dan Champa.
Melayu ini kurang berhijrah, mempunyai
bahasa yang seragam dan ramai dalam kalangan
mereka mendiami kawasan kampung dan dusun.
Orang Melayu Deutero mempunyai kelebihan
dalam bidang pertanian serta pembuatan besi
dan logam.

Akhir sekali, orang melayu moden
merupakan masyarakat yang bercampur dan
berkahwin antara Melayu Proto dengan Melayu
Deutero dan kumpulan yang datang dari timur
tengah, india, cina dan eropah. Kehidupan
masyarakat ini setanding dengan bangsa
Eropah, China, Jepun dan Korea. Mereka
memilih untuk menjadi Melayu, bertutur dalam
bahasa melayu yang fasih, beragama Islam,
mengamalkan budaya-budaya melayu dan
berbangga sebagai orang melayu. Hampir semua
Melayu Moden tinggal di bandar-bandar.
Mereka juga terdedah kepada kemajuan
teknologi dan memepelajari pelbagai ilmu.

KEDATANGAN MASYARAKAT CINA

Orang Cina datang ke Tanah Melayu sejak awal
kurun ke-15 lagi. Keadaan politik yang stabil serta
perkembangan perdagangan yang pesat telah menarik
perhatian orang cina berhijrah. Penemuan dan
pembukaan lombong bijih timah di Lukut, Sungai
Ujong, Lembah Kinta dan lembah Klang, telah
menyebabkan ramai orang cina berhijrah ke Tanah

Melayu. Antara tahun 1900 hingga 1940, berjuta-
berjuta orang cina telah tiba di Tanah Melayu. Pada
umumnya, Orang Cina yang berhijrah ke Tanah

Melayu terdiri daripada pelbagai puak. Antara puak
terbesar ialah Kantonis dan Hokkien .

Kedatangan orang-orang cina ke Tanah Melayu
adalah didorong oleh beberapa faktor penarik dan
penolak. Antaranya ialah keadaan politik amat tidak
stabil di negara Cina kerana pada kurun ke-19,
politiknya sentiasa bergolak kerana pembentakan
sering kali berlaku. Kedua ialah pengenalan kapal
wap pada kurun ke-19 memudahkan mereka sampai ke
Tanah Melayu dengan lebih selamat dan cepat. Ketiga
ialah kestabilan politik di Tanah Melayu telah
menyebabkan ekonomi Tanah Melayu berkembang
pesat seperti perusahaan bijih timah yang semakin
berkembang serta menyediakan banyak peluang
pekerjaan.

KEDATANGAN MASYARAKAT INDIA

Orang India mula datang ke Tanah Melayu
sejak kurun ke-15 sebagai pedagang. Ada juga
antara saudagar India yang datang kerana mereka
terlibat dalam penyebaran agama Islam.

Pada akhir kurun ke-19 dan awal kurun ke-

20, perkembangan perusahaan getah telah

menyaksikan kemasukan buruh India secara

beramai-ramai untuk bekerja di ladang getah.

Keperluan tenaga pekerja dalam bidang

pembinaan seperti jalan raya dan jalan kereta

api, perladangan dan perkhidmatan awam telah

mendorong pihak British membawa masuk orang

India ke Tanah Melayu. Ini memandangkan orang

India dapat memenuhi bekalan pekerja yang

banyak dan murah yang boleh memenuhi

keperluan buruh pada masa itu.

Terdapat dua cara bagaimana buruh India
masuk ke Tanah Melayu iaitu sistem kontrak dan
sistem kangani. Penduduk di India menghadapi
kesukaran hidup di negaranya kerana malapetaka
seperti banjir dan kemarau yang telah mengancam
kegiatan pertanian mereka mengakibatkan wujud
masalah pengangguran, kebuluran dan penyakit.
Oleh itu, ramai orang miskin terdorong berhijrah
ke Tanah Melayu

PERPADUAN KAUM

KONSEP PERPADUAN

Perpaduan merupakan satu proses

yang menyatupadukan anggota

masyarakat dan negara seluruhnya

melalui ideologi negara supaya tiap-

tiap anggota masyarakat dapat

membentuk satu identiti dan nilai

bersama serta satu perasaan kebangsaan

bersama dalam kalangan mereka.

Perpaduan masyarakat merupakan
sebahagian yang penting daripada
perpaduan negara. Oleh itu adalah
mustahak bagi kita untuk meneliti
latar belakang dan ciri masyarakat
majmuk di negara kita.

PERPADUAN MASYARAKAT BERBILANG KAUM MAMPU
MEWUJUDKAN SEBUAH NEGARA YANG HARMONI

PERPADUAN NEGARA

Perpaduan negara ialah penyatuan
secara fizikal antara negeri-negeri dan
anggota masyarakat seluruh Malaysia.
Integrasi nasional adalah satu konsep yang
lebih luas, iaitu proses penyatuan antara
kelompok-kelompok yang berbeza latar
belakang, menjadi satu entiti yang terikat
oleh norma dan nilai serta kepentingan
bersama.

Ia adalah hasil ikatan batin dan
akhirnya berlaku perkongsian pemikiran
dan hati antara etnik atau kaum

AKTIVITI GOTONG-ROYONG YANG DILAKUKAN
BERSAMA DAPAT MEMUPUK PERPADUAN DAN

MENGHUBUNGKAN SILATURAHIM

1. SEGREGASI 2. AKOMODASI

Merupakan hubungan Merupakan proses
mempertahankan nilai
yang bersifat dan norma-norma
etnik masing-masing.
pemisahan antara Walaubagaimanapun
mereka hidup harmoni
etnik-etnik di dalam dan hormat-
menghormati antara
sesebuah negara. satu sama lain. Di
peringkat
Pemisahan berlaku pemerintahan pusat
pula, setiap etnik akan
dalam beberapa menghantar wakil
untuk sebarang
keadaan seperti aktiviti. Namun dalam
institusi-institusi
tempat tinggal, sistem 3. AKULTURASI tertentu, mereka
persekolahan, saling bergantungan
antara satu sama lain.
pengangkutan dan Dikenali sebagai
kemudahan awam. asimilasi budaya. 5. AMALGAMASI
Perkara ini wujud Terjadi apabila
sama ada disasari manusia dalam
undang-undang atau kumpulan minoriti
tidak. Contoh menerima norma,
segregasi ialah dasar nilai dan pola-pola
apartheid yang tingkah laku
diamalkan di Afrika golongan majoriti
Selatan. tanpa mengubah

unsur-unsur

4. ASIMILASI budaya asal.

Dikenali sebagai Proses percampuran rasa atau
asimilasi struktur. budaya bagi membentuk budaya
Proses kemasukan ke atau rasa yang baharu. Cara
dalam masyarakat utama ialah melalui perkahwinan
dominan melalui antara etnik atau ras.
persahabatan dan Bersandarkan kepada hakikat
perkaitan rapat. tersebutlah, maka kerajaan
Darjah asimilasi dilihat begitu sensitif dan
kelompok minoriti prihatin dalam merangka strategi
adalah berbeza, iaitu dan pendekatan untuk
berdasarkan kepada mewujudkan keharmonian antara
perbezaan fizikal kaum, agama dan wilayah melalui
(seperti warna kulit) pemupukan nilai sejagat yang
dan darjah sejauh murni, termasuk toleransi,
mana ciri-ciri budaya hormat-menghormati dan saling
berbeza dengan memahami antara kaum. Malaysia
budaya kelompok mendapat pengiktirafan dunia
dominan. atas kejayaan mewujudkan
perpaduan dalam kalangan
masyarakat majmuk

MATLAMAT PERPADUAN

Matlamat perpaduan negara ialah untuk

memupuk dan meningkatkan semangat patriotik

dan kesetiaan kepada negara serta rasa megah

sebagai rakyat Malaysia. Perpaduan negara

tidak akan tercapai sekiranya rakyat tidak

sanggup memberikan sokongan yang padu kepada

dasar-dasar yang diperkenalkan. Kesanggupan

ini akan lahir secara semula jadi. Sekiranya

semangat patriotik dan kesetiaan kepada negara

dapat dipupuk dari awal, kebanggaan menjadi

rakyat Malaysia dapat disemai dalam kalangan

semua rakyat, perasaan megah ini dengan

sendirinya akan menjadikan seseorang itu

bangga untuk bergelar rakyat Malaysia.

MENGURANGKAN POLARISASI

Polarisasi antara kaum dan sesama kaum, agama

dan wilayah merupakan faktor utama yang boleh

menggugat perpaduan negara. Perasaan

membezakan antara kaum dan sesama kaum dan

wilayah akan menimbulkan perasaan curiga dan

benci kepada anggota masyarakat dari kaum dan

wilayah yang berlainan. Perasaan seperti ini

akan menimbulkan ketegangan sesama kaum,

agama atau wilayah dalam mencetuskan konflik

dalam masyarakat. Oleh itu, ia perlu dielakkan

dan ditangani dengan sebaiknya.

INTEGRASI

Meningkatkan integrasi wilayah antara Sabah

dan Sarawak dan antara semua negeri dalam

persekutuan. Walaupun Malaysia telah

ditubuhkan sejak tahun 1963, namun masih

terdapat jurang perbezaan yang ketara dari segi

pembangunan di sesetengah tempat di Sabah dan

Sarawak apabila dibandingkan dengan negeri-

negeri di Semenanjung.

Dari segi fizikal, perbezaan ini menampakkan

masih terdapat jurang perbezaan yang

melibatkan infrastruktur asas seperti sistem

perhubungan, kesihatan dan pendidikan. Usaha

mengatasi jurang perbezaan akan menyumbang

ke arah pengukuhan perpaduan negara.

Selain itu, terdapat perbezaan persepsi akibat
daripada integrasi yang masih berkurangan
antara Sabah dan Sarawak dengan negeri-negeri
di Semenanjung. Usaha dipertingkatkan dalam
menggalakkan proses integrasi ini agar perasaan
perbezaan wilayah ini tidak akan membantutkan
usaha untuk membina sebuah bangsa Malaysia.

KEHARMONIAN

Meningkatkan keharmonian melalui kebudayaan
dan semua lapisan dan golongan masyarakat
kepelbagaian kaum. Budaya dan agama yang
berbeza merupakan hakikat dan satu aset yang
amat membanggakan negara. Pengiktirafan dan
penerimaan hakikat serta persefahaman agama
dan keakraban antara tamadun perlu dijadikan
langkah strategik meningkatkan keharmonian
kaum.

KUNCI PERPADUAN

Perpaduan merupakan kunci kepada pembangunan

negara. Dengan Wawasan 2020 yang

memnghampiri penghujung sekali gus menjadi

misi utama negara yang perlu dikecapi.

Perpaduan penting dalam memastikan tanah air

kita yang tercinta ini terus mengorak langkah

kehadapan.

SUASANA AMAN DAN TENTERAM

Disamping itu, perpaduan dalam kalangan
masyarakat mewujudkan suasana yang aman dan
tenteram. Setiap pihak berusaha mewujudkan
suasana yang aman dan harmoni untuk
kesejahteraan semua pihak. Amalan hormat-
menghormati yang diamalkan oleh masyarakat
berbilang bangsa di Malaysia berjaya
mengekalkan keharmonian dalam kehidupan.
Suasana yang aman dan tenteram tanpa perasaan
curiga-mencurigai antara satu sama lain dapat
melahirkan generasi yang cemerlang dari aspek
sahsiah diri, rohani, mental dan fizikal. Oleh hal
yang demikan, hal ini penting untuk terus
dikekalkan bagi memastikan perpaduan dalam
kalangan masyarakat terjamin.

KEUNIKAN MALAYSIA
TERHADAP MASYARAKAT

MAJMUK

BUDAYA MELAYU

makanan tradisiONAL

NASI LEMANG DODOL
LEMAK

RENDANG SATAY

PAKAIAN tradisiONAL

BAJU BAJU BAJU
KURUNG MELAYU KEBAYA

alat muzik

KOMPANG GAMBUS

AGAMA KAUM MELAYU

> Penduduk Melayu di Tanah Melayu, Sabah dan
Sarawak, amnya menganut agama Islam

> Agama Islam dibawa masuk ke Tanah Melayu sejak
abad ke-14 atau ke-15

> Kesultanan Melayu Melaka memang terkenal sebagai
pusat pemerintahan yang berperanan penting dalam
memastikan penyebaran dan pengukuhan agama Islam

> Agama Islam adalah berkonsepkan kepercayaan
kepada Tuhan yang satu

> Ajaran ini sememangnya berbeza dengan pegangan
masyarakat di Tanah Melayu pada abad ke-7 hingga 13
sebelum ini yang menganut agama Hindu dengan
konsep banyak Tuhan.

> Dalam agama Islam, al-Quran dijadikan sebagai
sumber/asas hukum yang utama bersama-sama dengan
panduan daripada amalan Nabi Muhammad SAW seperti
hadis

> Asas utama dalam ajaran Islam ialah Rukun Islam
dan Rukun Iman

> Ajaran Islam bermatlamat

a) Melahirkan manusia yang mempunyai konsep
kepercayaan yang betul, iaitu hanya percaya kepada
kekuasaan Allah semata-mata.

b) Melahirkan manusia yang mempunyai cara hidup
yang tersusun dan bersistematik dalam setiap situasi
kehidupan mereka.

c) Melahirkan manusia yang bertanggungjawab sebagai
khalifah Allah di muka bumi ini dan sekali gus
melahirkan manusia yang mengenali diri dan
mempunyai hala tuju hidup.

PERAYAAN UTAMA KAUM MELAYU

HARI RAYA HARI RAYA hari maal hijrah/
AIDILFITRI aidiladha awal muharram

- Dirayakan oleh umat - Hari Raya Korban - Menandakan dua
muslim yang Aidiladha atau Hari peristiwa penting
menandakan Raya Haji. berlaku dalam sejarah
berakhirnya ibadah - Berakhirnya tempoh Islam.
puasa di bulan mengerjakan ibadah
Ramadhan. haji di Mekah. 1. Untuk
- Selepas mengerjakan - Umat Islam memperingati
solat sunat Aidilfitri, menunaikan solat
masing sunat pada pagi hari. penghijrahan Nabi
masing segak dan - Orang Islam akan Muhammad dari Kota
cantik dengan keluar ke masjid Mekkah ke Madinah
pakaian baru, kaum semula untuk pada tahun 622
keluarga akan melaksanakan ibadah masihi.
berkumpul dan korban (lembu,
mengucapkan ambing, biri-biri 2. Hari keagamaan di
"Selamat Hari Raya" dan kerbau untuk mana umat Islam
dan kemaafan disembelih). mengadakan solat
dipohon, - Ini adalah ibadah sunat di masjid-
menandakan sunat yang dituntut masjid di seluruh
kesalahan lalu telah sempena Aidiladha, negeri.
dilupakan. sebagai lambang - Maal Hijrah
- Tradisi memberi tulus dan ikhlasnya bermaksud
'Duit Raya' hamba terhadap Allah perpindahan. Makna
memeriahkan lagi Taala. lain bagi hijrah ialah
suasana. - Daging binatang itu perubahan daripada
- Juadah wajib bagi akan dibahagi- keburukan dan
hari raya ialah bahagikan, ⅓ kepada kelemahan kepada
seperti ketupat, tuan punya dan kebaikan dan
rendang, sambal selebihnya kepada kelebihan.
kacang, lemang, dan fakir miskin dan - Hari cuti umum di
serunding jiran Malaysia dan
- Sambutan hari raya tetangga yang merupakan permulaan
adalah selama beragama islam. tahun hijrah bagi
sebulan, dimana umat Islam.
terdapat ramai pihak
membuat rumah
terbuka

BUDAYA CINA
makanan tradisiONAL

KUIH KUIH CHAR
BAKUL BULAN KUEY TEOW

PAKAIAN tradisiONAL

SAMFU CHEONGSAM

CHING & alat muzik
CHAP
> Ching dan Chap adalah alat
ERHU muzik dalam kategori Idiofon.
Alat ini dibuat serupa dan
digunakan secara berpasangan.
Alat muzik dalam keluarga
simbal berbentuk bulat dan
berlekuk di bahagian tengah
seperti cawan.
> Ching dan Chap biasanya
diperbuat daripada kepingan
gangsa nipis. Garis pusatnya
adalah di antara 12 hingga 14
cm bagi alat yang kecil dan 23
hingga 26 cm bagi alat yang
besar.
> Fungsi : Ching dan Chap
berfungsi sebagai penanda
masa dan menentukan tempo
dalam pancaragam Piphat.

> Erhu dikategorikan sebagai
alat Kordofon. Ia merupakan
sejenis alat muzik gesekan
bertali dua. Erhu adalah di
antara alat muzik paling
popular dalam keluarga Hu-qin
di China.
> Badan Erhu digilap dengan
rapi dan di bahagian
hujungnya berbentuk naga
sementara di bahagian
bawahnya ialah kotak bunyi
yang dipasangkan dengan kulit
ular.
> Di dalam Orkestra Cina,Erhu
terbhagi kepada dua iaitu Erhu
abad pertama dan abad kedua
atau ringkasnya dipanggil
Erhu pertama dan kedua.

AGAMA KAUM CINA

Golongan ini turut membawa bersama agama dan
kepercayaan yang dianuti mereka ke negara ini dan
kekal mengamalkan agama dan kepercayaan masing-
masing tanpa halangan dan sekatan Taoisme.

a) Merupakan sistem falsafah dan keagamaan Cina.

b) Pengaruh Taoisme amat meluas.

c) Kepercayaan ini telah memperkaya ajaran
Confucianisme dan membantu memperluas ajaran agama
Buddha serta memberikan semangat, inspirasi dan
panduan akhlak kepada orang2 Cina.

d) Taoisme berasal daripada perkataan Tao yang
bermaksud 'Jalan' (The Way).

e) Sebagai satu sistem falsafah, Taoisme mengajar
pengikutnya untuk mencapai ketenangan jiwa,
kedamaian fikiran dan keharmonian emosi.

f) 2 orang ahli falsafah Taoisme yang terkenal ialah
Lao Tzu dan Chang Tzu.

g) Ajaran agama Tao telah diasaskan oleh Chang Ling
yang dikenali sebagai Tien Shih (The Heavenly Teacher)
dalam kalangan para pengikutnya. Ajaran ini terbahagi
dua, laitu:

- Cult of Immortality - Mengajar pengikutnya mencari
kehidupan abadi menerusi meditasi, latihan pernafasan,
gimnastik, mandi, seni seksual & perubatan.

- Way of the Heavenly Teacher - Dikembangkan oleh
K'ou Ch'ien-chih.

> Fahaman Confucianisme ;

a) Pengasas >>> Kung Fu Tze (Confucius).
b) Lahir pada tahun 551SM dan meninggal dunia ketika
berusia 72 tahun.
c) Merupakan seorang tokoh yang mendapat pendidikan
& pernah berkhidmat sebagai majistret dan menteri.
d) Banyak menghabiskan masa ketika hayatnya dengan
menyemak manuskrip2 lama & menyampaikan ajaran2
yang mulia dalam kehidupan.
e) Conficius mengajar falsafah moral & sosial serta
garis panduan tentang tingkah laku berlandaskan
nilai2 abstrak seperti kasih sayang, keamanan,
keharmonian, kemanusiaan, kebijaksanaan, keberanian
dan kesetiaan.

AGAMA buddha

- Agama ini menekankan kepada konsep kelahiran
semula reincarnation dan nirvana laitu peringkat
paling bahagia.
- Buddha juga mengajar tentang ahimsa (tidakboleh
memusnahkan/ merosakkan segala benda hidup).

PERAYAAN UTAMA KAUM cina

tahun
baru cina

• Mengikut lagenda, pada zaman silam terdapat seekor
makhluk ganas yang bernama 'Nian' sering mengancam
manusia. Ini membuatkan manusia hidup dalam ketakutan dan
kesengsaraan. Orang Cina menyedari bahawa makhluk ganas
itu takut kepada bunyi kuat dan warna merah.
• Akhirnya mereka berjaya menakutkan makhluk ini dengan
melemparkan reben merah ke udara, meletupkan mercun dan
membakar bunga api siang dan malam.
• Bersama-sama dengan warna merah, tanglung, mercun dan
pakaian 'cheongsam", ia menjadi simbol tradisi kemeriahan
masyarakat Cina.
• Sanak saudara yang jauh akan kemball berkumpul.
• Rumah-rumah dihiasi dengan buah limau, bunga dan pokok
limau kumquat.
• Kaum keluarga akan makan besar dengan masakan tradisi
(itik, salai, sose, kek beras, dan limau mandrin)
• Apabila hari siang, lilin upacara akan dibakar, pakaian baru
yang berwarna merah akan memeriahkan suasana, disamping
ucapan 'Gong Xi Fa Cai' akan diucapkan sesama penganut.
• Tetamu mula berkunjung membawa limau mandarin,
manakala tradisi memberi 'Ang Pow' diteruskan kepada kanak-
kanak dan orang yang belum berkahwin.
• Perarakan tarian Naga atau Singa akan diadakan, dengan
kereta berhias yang diringi bunyi gendang.
• Apabila selepas lima belas hari, perayaan Tahun Baru Cina
ditamatkan.

hari
kuih bulan

• Disambut pada hari ke-15 pada bulan ke-8 kalendar Cina.
• Menandakan berakhirnya musim menuai pada zaman
dahulu kala. Juga dikenali sebagai Pesta Tanglung.
• Malaysia, masyarakat Cina menyambutnya dengan
mengunjungi tokong, berkumpul bersama keluarga sambil
membuat kuih bulan dan menggantung tanglung.
• Amalan memberi kuih bulan kepada rakan dan saudara
mara, bagi mereka adalah untuk mengukuhkan ikatan
kerana kuih bulan adalah lambang hormat.

hari chap
goh mei

• Disambut dengan mengadakan upacara sembahyang
secara besar-besaran, colok besar akan dibakar dan
juga diadakan makan besar bersama keluarga.

• Bunga api dibakar dan tanglung dinyalakan.

• Malam mencari pasangan di mana para gadis akan
berpakaian cantik dan mengunjungi kuil untuk berdoa
agar mendapat pasangan yang secocok.

• Amalan melontar buah limau ke dalam laut atau
sungai dengan doa untuk mendapat pasangan. Buah
limau yang basah membawa pesanan agar mereka
mendapat pasangan yang sesuai.

• Persembahan kebudayaan Cina akan diadakan pada
waktu malam bagi menandakan perayaan Chap Goh Mei
seperti perarakan tanglung, tarian naga atau singa,
opera Cina, dan mengimbang bendera besar "Chingay".

hari
wesak

• Penganut agama Buddha menyambut hari Wesak
kerana melambangkan kelahiran, kesedaran, dan
kematian Gautama Buddha.

• Mengunjungi kuil Buddha pada waktu pagi untuk
memusatkan fikiran kepada lapan prinsip "Precepts"
sementara para sami yang memakai sarung kuning
akan membaca kitab Buddha "Sutras".

• Selepas itu penganut Buddha akan bersembahyang
dan melepaskan burung merpati.
• Hari memberi makan kepada orang miskin dan
sedekah kepada para sami.

BUDAYA INDIA

ETIKA KETIKA MAKAN

1. Makan dengan tertib.
2. Gunakan tangan kanan.
3. Lauk pauk diletakkan di dalam bekas
besi yang tahan karat.
4. Gunakan daun pisang bagi
menggantikan pinggan makanan.
5. Tidak bercakap dengan kuat semasa
makan.
6. Sebelum dan selepas makan, tangan
dicuci dengan menggunakan kendi air.

makanan tradisONALi

IDHILI THOSAI ROTI
CANAI

PUTU MARUKU ATHIRASAM
MAYAM

PAKAIAN tradisiONAL

LELAKI

PUNJABI KURTA DHOTI

PEREMPUAN

ETNIK SARI ETNIK
TELUGU TAMIL MALAYALAM

SARI SARI PUNJABI
DESA BRAHMIN

alat muzik

TABLA

Tabla merupakan sejenis alat muzik dalam keluarga gendang.
Tabla biasanya dimainkan secara duduk. Ia dimainkan dengan
memalu secara langsung menggunakan tangan secara solo atau
mengiringi upacara keagamaan, persembahan, barathanatyam,

perkahwinan dan sebagainya

SITAR

Sitar merupakan sejenis alat muzik yang berasal dari Asia
Selatan. Alat muzik klasik Hindustan yang menggunakan
dawai/tali. Sitar merupakan sebuah alat muzik jenis kordofon.
Alat muzik ini menggunakan dawai halus bersama dengan
dawai biasa dan ruang resonansi menggunakan labu air (sejenis
buah-buahan yang dikeringkan dan berongga di dalamnya)
sehingga menghasilkan bunyi yang unik. Sitar merupakan alat

muzik yang sering digunakan dalam seni muzik klasik
Hindustan sejak Zaman Pertengahan.

AGAMA KAUM india

kepercayaan & pegangan

- Percaya kepada banyak
Tuhan ( Politeisme )

1. Tuhan Indra (Tuhan
Perwira),
2. Vayu (Tuhan Angin)
3. Agni (Tuhan Api),
4. Dyaus (Tuhan Langit)
5. Varuna (Tuhan Hujan).
6. Tuhan Ibu

AGAMA HINDU

• Terdapat 2 mazhab penting dalam agama Hindu laitu
Saivanisme yang menyembah Dewa Siva manakala mazhab
Vaishnavisme vang menyembah Dewa Vishnu.

• Dalam agama Hindu, Dewa bukanlah Tuhan tersendiri.
Menurut umat Hindu, Tuhan itu Maha Esa tiada duanya. Dalam
salah satu ajaran Hindu, Adwaita Wedanta menegaskan bahawa
hanya ada satu kekuatan dan menjadi sumber dari segala yang
ada (Brahman), yang mana memanifestasikan diri-Nya kepada
manusia dalam beragam bentuk.

• Dalam Agama Hindu ada lima keyakinan dan kepercayaan yang
disebut dengan Pancasradha. Pancasradha merupakan keyakinan
dasar umat Hindu. Kelima keyakinan tersebut, yakni :

1. Widhi Tattwa - percaya kepada Tuhan Yang Maha Esa dan
segala aspeknya

2. Atma Tattwa - percaya dengan adanya jiwa dalam setiap
makhluk

3. Karmaphala Tattwa - percaya dengan adanya hukum sebab &
akibat dalam setiap perbuatan

4. Punarbhava Tattwa - percaya dengan adanya proses
kelahiran kembali (reinkarnasi)

5. Moksa Tattwa - percaya bahwa kebahagiaan tertinggi

PERAYAAN UTAMA KAUM india

deepavali - Hari perayaan utama bagi kaum india
thaipusam
- Pada hari ini sembahyang
akan diadakan terutama
untuk mendoakan roh
keluarga yang sudah
meninggal dunia.

- Perkataan Deepavali juga merupakan
gabungan perkataan "Dipa" yang
bererti cahaya dan perkataan "Gavali"
yang bererti barisan.

- Perayaan Deepavali ini disambut pada
hari ke 14 bulan Aipasi dalam kalendar
Tamil (antara bulan Oktober dan
November) dan juga dikenali sebagai
pesta Cahaya. Deepavali yang
bermaksud ‘sebarisan pelita’. Dengan
memasang pelita, mereka percaya
bahawa kecerahan mengatasi kegelapan,
kebaikan mengatasi kejahatan, keadilan
mengatasi kezaliman dan kebijaksanaan
mengatasi kejahilan.

thaiponggal - Perayaan bulan "Thai" untuk
membersihkan diri dengan
menggunakan susu, madu dan bunga
di kuil dan membuat persembahan
kepada Dewa Subramaniam.

- Pada masa perayaan ini diadakan,
'kavadi' yang berisi buah-buahan,
susu dan akan dibawa pelbagai
persembahan.

- Perayaan menuai dan “masak padi
baru” serta "memuja semangat padi”.

- Masa yang amat baik untuk
mengadakan perkahwinan dan upacara
lain.

- Rumah akan dibersihkan dan dihiasi,
'ponggal' pula akan dimasak di dalam
periuk baru untuk
dipersembahkan kepada Dewa Matahar
dan juga disedekahkan kepada jiran
tetangga

KESIMPULAN

KESIMPULANNYA, PEMBENTUKAN MASYARAKAT

MAJMUK DI MALAYSIA BERMULA APABILA

KEMASUKAN MIGRAN DARIPADA LUAR. SEBAGAI

CONTOH, PENDUDUK INDIA, DAN PENDUDUK CINA.

PROSES INI BERTERUSAN SEHINGGA PENJAJAHAN

BRITISH DI TANAH MELAYU. OLEH ITU, WUJUD

MASYARAKAT BERBILANG KAUM, ETNIK DAN

BANGSA DI MALAYSIA. KEHADIRAN KELOMPOK-

KELOMPOK INI MENJADIKAN MALAYSIA SEBUAH

NEGARA YANG KAYA DENGAN BUDAYA, ADAB

RESAM, BAHASA DAN LATAR BELAKANG

KEBUDAYAAN YANG BERLAINAN. KEMAJMUKAN

MASYARAKAT MALAYSIA MENJADIKAN NEGARA INI

MENJADI TARIKAN MASYARAKAT LUAR.

RUJUKAN

1. Noor Aziera Mohamad Rohana,Mohd Faizal
P.Rameli,Rawi Nordin ,Siti Nurul Izza Hashim, (2
SEPTEMBER 2015) Kepelbagaian Dan Kesepaduan
Etnik Di Malaysia Menurut Islam. Diambil
daripada
https://oarep.usim.edu.my/jspui/bitstream/1234
56789/5121/1/Kepelbagaian%20Dan%20Kesepadu
an%20Etnik%20Di%20Malaysia%20Menurut%20
Islam.pdf

2. Anonymous (3 OKTOBER 2015) Pembentukan
Masyarakat Majmuk di Malaysia. Diambil
daripada
http://ohmypengajianadui.blogspot.com/
3. Anonymous (1 MAC 2015) Pembentukan
Masyarakat Majmuk Di Malaysia. Diambil
daripada
http://ansuez.blogspot.com/2015/03/pembentuka
n-masyarakat-majmuk-di.html

3. Anonymous (11 MAC 2009) Pembentukan
Masyarakat Majmuk Di Malaysia. Diambil
daripada https://zanas.wordpress.com/tirai-
kemerdekaan-negara/pembentukan-masyarakat-
majmuk-di-malaysia/

4. Anonymous (28 OKTOBER 2013) Budaya & adat
resam Kaum India. Diambil daripada
https://www.slideshare.net/fiqasaila/budaya-
adat-resam-kaum-india

5. Anonymous (22 MAC 2015) Sejarah dan latar
belakang kaum di Malaysia. Diambil daripada
https://www.slideshare.net/najwahilmi/pengajia
n-malaysia-sejarah-dan-latar-belakang-kaum-
di-malaysia


Click to View FlipBook Version