PERTANDINGAN MENGHIAS KELAS SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN TAHUN 2023/2024
PENGENALAN Hari Kemerdekaan yang disambut setiap tahun memainkan peranan penting dalam membina sebuah negara dan bangsa Malaysia yang berdaulat. Bersempena dengan itu, Pertandingan Menghias Kelas Sempena Bulan Kemerdekaan Ke-66 bagi tahun 2023 akan disambut dan dilaksanakan mulai 21 Ogos 2023 hingga 12 September 2023. Bagi menjayakannya, pertandingan ini akan melibatkan semua guru dan murid dari Tahun 1 hingga Tahun 6. Semoga aktiviti yang dilaksanakanakan memberi manfaat dan pendedahan kepada murid erti kemerdekaan serta sebagai pemangkin untuk memupuk hubungan mesra dan kerjasama kalangan murid dan guru-guru di SK Taman Seroja. OBJEKTIF Memupuk semangat dan perasaan patriotism di kalangan warga sekolah. Melahirkan jati diri yang tinggi di kalangan warga sekolah dari segi fizikal,emosi, rohani dan jasmani. Memupuk hubungan baik dan mengekalkan semangat perpaduan kalangan warga sekolah. Meningkatkan kefahaman tentang erti kemerdekaan di kalangan warga sekolah SASARAN Semua warga SK Taman Seroja
BUTIRAN PELAKSANAAN Para guru dan murid mula menghias kelas mengikut tempoh yang ditetapkan iaitu bermula pada 21 Ogos 2023 hingga 12 September 2023. Mengikut kreativiti dan keunikan tersendiri. Para panel hakim (Penyelaras Tahun) akan menilai markah bermula pada 13 - 14 September 2023 berdasarkan borang pemarkahan yang telah disediakan. Hadiah dan sijil akan diberikan kepada pemenang mengikut setiap tahun setelah penilaian dilaksanakan. JAWATANKUASA KERJA JAWATANKUASA INDUK Penasihat : Cikgu Mohamad Latiff Bin Saari (Guru Besar) Pengerusi : Cikgu Yatimah Binti Ahmad (GPK Ko-Kurikulum) Naib Pengerusi : Cikgu Farid Anwar Bin Shaari (GPK Pentadbiran) Cikgu Nor Aida Binti Rawi (GPK HEM) Penyelaras Program : Cikgu Salini Binti Mamat AJK (Panel Hakim) : Cikgu Nur Adibah Binti Kamaruddin (TAHUN 1) Cikgu Mohamad Fauzi Bin Abd Mukti (TAHUN 2) Cikgu Mardiah Binti Alias (TAHUN 3) Cikgu Muhammad Faiz Bin Othman (TAHUN 4) Cikgu Mohd Suhaimi Bin Osman (TAHUN 5) Cikgu Jasimah Binti Ibrahim (TAHUN 6)
PENUTUP Diharapkan agar Pertandingan Menghias Kelas Sempena Bulan Kemerdekaan Ke-66 bagi tahun 2023 ini dapat memupuk semangat cintakan negara terhadap terutama kalangan murid. Dalam pada itu, menggalakkan murid-murid untuk bersama-sama menjaga dan peka dengan kebersihan dan keceriaan sekolah. Semoga impak dari pertandingan menghias kelas ini akan kekal dan berterusan sehingga hujung tahun.
LAMPIRAN BORANG PEMARKAHAN PERTANDINGAN MENGHIAS KELAS SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN KELAS KEREATIVITI (25 M) KECERIAAN/KEBERSIHAN (25 M) SUSUNAN KERUSI MEJA (25 M) CIRI-CIRI PATRIOTISME (25 M) JUMLAH (100 M)