MODUL NOTA KECEMERLANGAN SEMESTER 1, 2021
BAB 3: SISTEM DAN STRUKTUR PEMERINTAHAN
KANDUNGAN
Kerajaan Malaysia
Konsep Raja Berpelembagaan
Konsep Demokrasi Berparlimen
Yang di-Pertuan Agong
Majlis Raja-Raja
Jawankuasa Pengampunan
Ketua Audit Negara
YANG DIPERTUAN
AGONG
MAJLIS RAJA-RAJA KETUA AUDIT NEGARA
PEGUAM NEGARA
BADAN BADAN EKSEKUTIF BADAN KEHAKIMAN
PERUNDANGAN
KONSEP DEMOKRASI BERPARLIMEN
Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan
dengan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong (YDPA) sebagai Ketua Negara.
Salah satu kriteria sistem Demokrasi Berparlimen adalah pembahagian kuasa kepada tiga bahagian di dalam
pemerintahan iaitu Perundangan, Kehakiman dan Eksekutif (Pentadbiran).
1. Kerajaan Demokrasi bermaksud pemerintahan demokrasi yang dijalankan secara
perwakilan. Perwakilan dilakukan melalui proses pilihan raya.
2. Parlimen Persekutuan mengandungi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, dan dua
Dewan iaitu Dewan Negara dan Dewan Rakyat.
PENGENALAN YANG DI-PERTUAN AGONG
Gelaran rasmi baginda ialah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong
Yang di-Pertuan Agong merupakan Ketua Agama Islam bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan Labuan, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Sabah, Sarawak, Melaka dan Pulau
Pinang dan negeri baginda sendiri.
Baginda juga mempunyai kuasa pengampunan atas nasihat Jemaah Pengampunan di Mahkamah Awam
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.
Yang di-Pertuan Agong lambang perpaduan dan kedaulatan negara.
Kedudukan baginda mengatasi semua orang dalam Persekutuan, iaitu keutamaan baginda mengatasi
semua orang.
YDPA tidak boleh didakwa atas apa-apa kesalahan dalam mana-mana mahkamah kecuali dalam
Mahkamah Khas Raja-Raja dengan keizinan Peguam Negara. Dalam MKRR pula, baginda boleh
didakwa jika melakukan kesalahan atas sifat peribadi baginda sahaja, bukan atas sifat rasmi.
YDPA merupakan komponen badan perundangan persekutuan tetapi baginda tidak mengambil
bahagian dalam persidangannya.
SALMIAH RAMLI (RASAHATI) 32
MODUL NOTA KECEMERLANGAN SEMESTER 1, 2021
Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa pemerintahan tetapi kuasa itu tertakluk kepada peruntukan
dalam Perlembagaan Persekutuan.
YDPA merupakan pemerintah tertinggi Angkatan Tentera Persekutuan.
Konsep Raja Berpelembagaan
1. Bermaksud Sistem beraja mengikut Perlembagaan dan YDPA bertindak mengikut nasihat Jemaah
Menteri. Raja sesebuah negeri pula bertindak mengikut nasihat Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri
(EXCO)
2. Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong (YDPA) sebagai Ketua Negara. Perdana Menteri
merupakan ketua kerajaan dan ketua badan eksekutif. Di peringkat negeri, Sultan atau Yang di-
Pertua Negeri ialah Ketua Negeri manakala Menteri Besar atau Ketua Menteri sebagai Ketua Kerajaan
Negeri.
Pemilihan Yang Dipertuan Agong
Mana-mana raja daripada sembilan buah negeri beraja di Malaysia layak dipilih sebagai YDPA kecuali
jika:
1. Baginda masih mentah dan tidak cukup umur.
2. Baginda tidak mahu dipilih
3. Baginda didapati tidak waras
4. Majlis Raja-Raja (MRR) mengambil ketetapan dengan undi sulit bahawa baginda tidak sesuai
untuk menjalankan tugas-tugas YDPA disebabkan oleh kelemahan akal atau tubuhnya atau
oleh sebab-sebab lain.
Syarat pemilihan YDPA adalah:-
1. Mesti beragama Islam
2. Cukup umur dan matang
3. Waras pemikiran
4. Dilantik daripada keturunan diraja
5. Dipilih mengikut undian Majlis Raja-Raja antara sembilan Raja Melayu.
YDPA memegang jawatan selama lima tahun dan dibantu oleh Timbalan Yang di-Pertuan Agong.
Jika YDPA mangkat, timbalan YDPA tidak secara automatik dilantik sebagai YDPA. Pemilihan semula
akan dilakukan oleh Majlis Raja-Raja
Saraan YDPA dan Timbalan YDPA ditanggung oleh Kumpulan Wang Persekutuan yang Disatukan.
Pemilihan YDPA perlu mendapat sokongan 5 orang daripada 9 orang anggota Majlis Raja-Raja. Apabila
raja yang ditawarkan jawatan YDPA itu menerima jawatan itu, MRR hendaklah mengistiharkan raja itu
sebagai dipilih.
Kemudian, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja selaku Setiausaha Majlis Raja-Raja, hendaklah
memberitahukan keputusan itu secara bertulis kepada Dewan Rakyat dan Dewan Negara (Majlis
Parlimen). Kemudian, baginda perlu mengangkat dan menandatangani sumpah jawatan di hadapan
Majlis Raja-Raja dan Ketua Hakim Negara.
YDPA boleh meletakkan jawatan baginda bila-bila masa tetapi secara bertulis kepada Majlis Raja-Raja
Pemecatan YDPA hanya boleh dilakukan oleh Majlis Raja-Raja dengan undi sulit 5 daripada 9 orang
raja.
SALMIAH RAMLI (RASAHATI) 33
MODUL NOTA KECEMERLANGAN SEMESTER 1, 2021
Kuasa Yang di-Pertuan Agong
Kuasa-kuasa lain Kuasa Eksekutif/Kuasa Kuasa
Kuasa Sekatan dalam pentadbiran Perundangan/
negara.
Legislatif
Kuasa YDPA
Kuasa
Kuasa Kehakiman.
Budibicara
KUASA PERUNDANGAN KUASA EKSEKUTIF/KUASA KUASA KEHAKIMAN
DALAM PENTADBIRAN
1. Memanggil Parlimen NEGARA 1.Melantik Ketua Hakim Negara
bermesyuarat dari semasa ke Mahkamah Persekutuan
semasa. 1. Baginda melantik Perdana
Menteri dan Timbalan Perdana 2. Melantik Presiden Mahkamah
2. Memberhentikan dan Menteri Rayuan
membubarkan Parlimen.
2. Baginda berhak meminta dan 3. Hakim Besar Mahkamah
3. Memberi ucapan dalam mendapatkan apa-apa maklumat Tinggi Malaya dan Sabah dan
mana-mana majlis Parlimen. tentang pentadbiran negara Sarawak
daripada Jemaah Menteri .
4. Memperkenankan rang 4. Melantik Hakim-Hakim
undag-undang yang diluluskan. 3. Meminta mesyuarat Majlis Raja- Mahkamah Agung
raja diadakan semata-mata untuk
membincangkan hal-hal yang 5. Melantik Hakim-Hakim
berkaitan dengan keistimewaan, Mahkamah Rayuan
kedudukan, kemuliaan atau
kebesaran raja-raja dan mengambil 6. Melantik Hakim-Hakim
sebarang tindakan dalam mesyuarat Mahkamah Tinggi atas nasihat
itu. PM + MRR
4. Melantik ahli kabinet atau jemaah 7.Melantik sesiapa sahaja yang
menteri atas nasihat dan cadangan dianggap layak sebagai
Perdana Menteri Pesuruhjaya Kehakiman atas
nasihat PM dan Ketua Hakim
5. Melantik ahli suruhanjaya, Ketua Negara
Audit Negeri dan hakim-hakim
mahkamah atasan atas nasihat
Perdana Menteri selepas berunding
dengan Majlis Raja-raja
6. Melantik Yang di-Pertuan Negeri
atas nasihat Perdana Menteri
selepas berunding dengan Ketua
Menteri negeri berkenaan
SALMIAH RAMLI (RASAHATI) 34
MODUL NOTA KECEMERLANGAN SEMESTER 1, 2021
Kuasa Eksekutif / Fungsi Eksekutif YDPA
Kuasa pentadbiran negara dilaksanakan oleh kabinet yang diketuai oleh Perdana Menteri dibawah
naungan YDPA.
Kuasa eksekutif negara adalah dalam tangan Yang di-Pertuan Agong tetapi kuasa eksekutif
dilaksanakan oleh Perdana Menteri dan Kabinet.
Kuasa Eksekutif baginda meliputi:-
1. YDPA akan memilih Perdana Menteri yang terdiri daripada ketua parti politik yang memperoleh
kerusi terbanyak (undi majoriti 2/3 di Dewan Rakyat melalui proses pilihan raya).
2. Baginda melantik ahli-ahli Kabinet dan Timbalan-Timbalan Menteri atas nasihat Perdana Menteri.
3. Walaupun baginda tidak mentadbir negara, namun baginda berhak meminta dan mendapatkan
apa-apa maklumat tentang pentadbiran negara daripada kabinet.
4. YDPA mengistiharkan darurat demi keamanan negara atas nasihat kabinet atau atas
budibicaranya sendiri.
KUASA BUDI BICARA YDPA
1) Melantik Perdana Menteri
2) Tidak mempersetujui permintaan untuk
membubarkan Parlimen
3) Meminta mesyuarat Majlis Raja-Raja
diadakan semata-mata untuk membincangkan
keistimewaan, kedudukan, kemuliaaan dan
kebesaran raja
Kuasa Perundangan YDPA/ fungsi perundangan YDPA
Kuasa
Perundangan
YDPA
YDPA merupakan sebahagian daripada komponen Parlimen.
Mempunyai kuasa untuk mendengar perbicaraan pembentukan rang undang-undang.
SALMIAH RAMLI (RASAHATI) 35
MODUL NOTA KECEMERLANGAN SEMESTER 1, 2021
Jika YDPA tidak memperkenankan rang undang-undang tersebut dalam tempoh 30 hari, rang undang-
undang tersebut tetap dijadikan undang-undang.
Rang undang-undang yang telah diperkenankan oleh YDPA akan diwartakan dalam Warta Kerajaan
dan dicapkan dengan mohor Penyimpan Mohor Besar Raja-raja.
Kemudian, barulah rang undang-undang tersebut menjadi undang-undang yang dipanggi sebagai AKTA
dan dikuatkuasakan oleh Badan Eksekutif.
YDPA berkuasa melantik Senator bagi Dewan Negara:-
o Dua orang dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
o Seorang dari Wilayah Persekutuan Putrajaya 44 orang
o Seorang dari Wilayah Persekutuan Labuan semuanya
o 40 orang senator dari semua negeri
o Senator merupakan tokoh dari bidang ikhtisas seperti perdagangan, pertanian, memberi
sumbangan kebajikan, kebudayaan, mewakili kaum minoriti dan tokoh penting dalam
perindustrian dan perdagangan.
Setiap kerajaan negeri juga akan melantik dua orang senator masing-masing bagi menganggotai
Dewan Negara. (2 orang setiap negeri x 13 negeri = (26 orang)
Kuasa Kehakiman YDPA/ Fungsi kehakiman YDPA
Kuasa Lantikan YDPA dalam badan kehakiman
•Melantik Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan
•Melantik Presiden Mahkamah Rayuan
•Hakim Besar Mahkamah Tinggi Malaya dan Sabah dan Sarawak
•Melantik Hakim-Hakim Mahkamah Agung
•Melantik Hakim-Hakim Mahkamah Rayuan
•Melantik Hakim-Hakim Mahkamah Tinggi atas nasihat PM + MRR
•Melantik sesiapa sahaja yang dianggap layak sebagai Pesuruhjaya
Kehakiman atas nasihat PM + Ketua Hakim Negara
Baginda boleh melanjutkan tempoh perkhidmatan seorang hakim melebihi umur 65 tahun atau 66
tahun untuk tempoh masa 6 bulan lagi.
YDPA atas nasihat Perdana Menteri yang telah berunding dengan Ketua Hakim Negara boleh
menyingkirkan seorang Hakim Mahkamah Persekutuan atas alasan :-
1. berkelakuan tidak senonoh atau
2. mempunyai masalah kesihatan atau
3. tidak waras atau
4. alasan-alasan lain.
Baginda melaksanakan kuasa pengampunan dengan nasihat Jemaah Pengampunan atas nasihat
Peguam Negara.
Kuasa mengampun dan menangguhkan hukuman bagi semua kesalahan yang telah
Pengampunan dibicarakan di Mahkamah Tentera
YDPA
Mengampun segala kesalahan dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan
dan Putrajaya
Mengampun, menangguh atau mengurangkan hukuman penjara yang dijatuhkan
oleh Mahkamah Awam, Mahkamah Tentera, Mahkamah Syariah di negeri-negeri
Pulau Pinang, Melaka, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,
Putrajaya dan Labuan
SALMIAH RAMLI (RASAHATI) 36
MODUL NOTA KECEMERLANGAN SEMESTER 1, 2021
Kuasa-Kuasa lain YDPA
1) Mengistiharkan Darurat
2) YDPA sebagai Ketua Agama Islam bagi negeri tidak beraja dan
Wilayah Persekutuan
3) Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera
4) Menjaga Hak Istimewa orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan
Sarawak
5) Melantik diplomat Malaysia di luar negara dan menerima mengadap
diplomat asing
Kuasa lantikan YDPA yang lain ialah melantik:-
Jawatan- Jawatan lain yang Atas nasihat Melalui kerjasama/ selepas
dilantik oleh YDPA Perdana Menteri berunding dengan..
Perdana Menteri -
Peguam Negara Majlis Angkatan Tentera
Perdana Menteri Majlis Raja-Raja
Ketua Audit Negara Perdana Menteri -
Perdana Menteri
Ketua Turus Angkatan Bersenjata Suruhanjaya Perkhidmatan Polis
Ketua Polis Negara dan Perdana Menteri Majlis Raja-Raja
Timbalan Ketua Polis Negara Perdana Menteri Majlis Raja-Raja
Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Majlis Raja-Raja
Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Suruhanjaya Perkhidmatan
Suruhanjaya Perkhidmatan berkenaan
Pendidikan
Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa
Suruhanjaya Pilihanraya
Ketua Setiusaha Kementerian,
Timbalannya, Ketua Jabatan dan
Timbalannya
SALMIAH RAMLI (RASAHATI) 37
MODUL NOTA KECEMERLANGAN SEMESTER 1, 2021
Had Kuasa YDPA/ Kuasa Sekatan YDPA
YDPA tidak dibenarkan/ dilarang :-
o Bergiat aktif dalam perniagaan.
o Memegang apa-apa jawatan lain yang diberi saraan.
o Menerima apa-apa juga jenis pendapatan yang kena dibayar kepadanya sebagai raja
negerinya.
o Meninggalkan Persekutuan lebih daripada lima belas hari tanpa persetujuan Majlis Raja-
Raja, kecuali atas lawatan rasmi negara.
o Melakukan kesalahan seperti mana yang dicatatkan dalam Kanun Keseksaan atas sifat
peribadi baginda.
o Tidak mempunyai kuasa mengampunkan kesalahan permaisuri dan putera-puteri baginda
sendiri.
o Tidak berkuasa membenarkan permaisuri mempunyai kuasa seperti raja.
Kuasa YDPA di negeri baginda sendiri adalah seperti berikut:-
Menjadi Ketua Agama Islam bagi negeri
baginda
YDPA
boleh
Melantik pemangku raja atau ahli Meminda perlembagaan negeri
jemaah pemangku raja sebagai ganti baginda
pemangku raja atau ahli, mengikut
mana yang berkenaan, yang telah
mangkat atau yang tidak berupaya
SALMIAH RAMLI (RASAHATI) 38
MODUL NOTA KECEMERLANGAN SEMESTER 1, 2021
MAJLIS RAJA-RAJA
Pengenalan
Terdapat 9 orang raja dan 4 orang Yang di-Pertuan Negeri dalam pembentukan Majlis Raja-Raja
Majlis Raja-Raja berkumpul untuk membincangkan hal ehwal raja-raja Melayu dan Yang di-Pertuan
Negeri
Majlis Raja-Raja merupakan satu komponen penting kerajaan demokrasi berparlimen
Keahlian Majlis Raja-Raja terdiri :-
Duli-duli Yang Yang di- Yang di- Penyimpan
Maha Mulia Pertuan Negeri Pertuan Besar Mohor Besar
Raja-Raja Pulau Pinang,
(sultan) dan Melaka, Sabah Negeri Raja-Raja
Raja Perlis Sembilan sebagai
dan Sarawak setiausaha
Majlis Raja-Raja
o YDPA bukan ahli Majlis Raja-Raja
o Wakil raja akan menggantikan raja yang tidak dapat hadir
Fungsi Majlis Raja-Raja:-
1) Memilih Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi Persekutuan mengikut
peruntukan - peruntukan Jadual Ketiga;
2) Mempersetujui atau tidak mempersetujui supaya apa-apa perbuatan, amalan atau upacara ugama
meliputi seluruh Persekutuan;
3) Mempersetujui atau tidak mempersetujui apa-apa undang-undang dan membuat atau memberi
nasihat mengenai apa-apa pelantikan yang menurut Perlembagaan ini memerlukan persetujuan Majlis
Raja-raja atau yang dikehendaki dibuat oleh atau selepas berunding dengan Majlis Raja-raja;
4) Melantik anggota-anggota Mahkamah Khas di bawah Fasal (1) Perkara 182;
5) Memberi ampun, tunda hukum dan lega hukum atau meremitkan, menggantung atau meringankan
hukuman-hukuman di bawah Fasal (12) Perkara 42
6) Menimbangkan soal-soal mengenai dasar negara (misalnya perubahan-perubahan tentang dasar
Imigresen) dan apa-apa jua perkara lain yang difikirkannya patut.
Apabila Majlis Raja-raja menimbangkan perkara-perkara mengenai dasar negara Yang di-Pertuan Agong
hendaklah disertai oleh Y.A.B Perdana Menteri dan Raja-raja yang lain dan Yang di-Pertua-Yang di-
Pertua Negeri disertai oleh Menteri-Menteri Besar atau Ketua-Ketua Menteri mereka.
Tiada apa-apa undang-undang yang menyentuh secara langsung mengenai keistimewaan, kedudukan,
kemulian atau kebesaran Raja-raja boleh diluluskan dengan tiada persetujuan Majlis Raja-raja.
Majlis Raja-raja hendaklah diminta fikirannya sebelum dibuat apa-apa perubahan tentang dasar
mengenai tindakan pentadbiran di bawah Perkara 153 (mengenai kedudukan dan keistimewaan orang
Melayu, Bumiputera serta juga hak kaum-kaum lain).
Majlis Raja-raja juga melantik:
o seorang wakil untuk menganggotai Majlis Angkatan Tentera, menurut Perkara 137
Perlembagaan.
o seorang wakil sebagai Ahli Lembaga Pengelola Dewan Bahasa & Pustaka menurut Akta yang
berkenaan.
SALMIAH RAMLI (RASAHATI) 39
MODUL NOTA KECEMERLANGAN SEMESTER 1, 2021
Pindaan Undang-undang di Parlimen yang memerlukan Sokongan 2/3 ahli Parlimen dan Persetujuan
Majlis Raja-Raja (MRR) ialah:-
1. Kewarganegaraan.
2. Kepentingan sah kaum-kaum lain.
3. Kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak.
4. Hal Ehwal agama Islam.
5. Tugas dan kuasa Majlis Raja-Raja.
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja
Merupakan Setiausaha Majlis Raja-Raja
Mohor Besar Raja-Raja disimpan dan dibawah jagaan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.
Dilantik oleh Majlis Raja-Raja dari kalangan Pegawai Kerajaan yang masih berkhidmat atau yang telah
bersara.
Beliau memegang jawatan selama diperkenankan oleh Majlis Raja-Raja
Tugas Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja :-
Memanggil mesyuarat Menyimpan minit Mengumumkan keputusan
Majlis Raja-Raja atas arahan mesyuarat Majlis Raja-Raja. Majlis Raja-Raja,
Yang di-Pertuan Agong atau
mengistiharkan anak bulan
tidak kurang 3 ahli Majlis syawal sebelum berpuasa
Raja-Raja dan menentukan tarikh hari
raya puasa.
Menandatangani dan Menerima dan
menurunkan cap Mohor mengedarkan kertas-kertas
Besar bagi setiap dokumen
rasmi yang di keluarkan oleh kerja yang hendak
dikemukakan dalam
Majlis Raja-Raja mesyuarat Majlis Raja-Raja
Jemaah Pengampunan
Jemaah pengampun ditubuhkan disetiap negeri.
Tugas memberi nasihat kepada Ketua Negeri dalam mengampunkan pesalah di Mahkamah awam di
negeri baginda.
Keanggotaan terdiri daripada :-
o Peguam Negara
o Ketua Menteri/ Menteri Besar Negeri berkenaan
o Dan tidak lebih daripada tiga ahli lain yang dilantik raja atau Yang di-Pertuan Negeri.
o Pengerusi mesyuarat ialah Raja atau Yang di-Pertua Negeri berkenaan.
Ketua Audit Negara
Ketua Audit Negara dilantik oleh YDPA atas nasihat Perdana Menteri selepas berunding dengan Majlis
Raja-Raja.
Ketua Audit Negara tidak tertakluk kepada kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.
Wang saraannya ditanggung oleh Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan.
Boleh bila-bila masa meletakkan jawatannya tetapi tidak boleh dipecat daripada jawatannya kecuali
atas alasan dan cara yang sama seperti seorang Hakim Mahkamah Persekutuan. (melalui tribunal)
Bebas daripada daripada pengaruh badan eksekutif.
SALMIAH RAMLI (RASAHATI) 40
MODUL NOTA KECEMERLANGAN SEMESTER 1, 2021
Tugas dan tanggungjawab Ketua Audit Negara
1. Tugas utamanya ialah mengaudit dan mengesahkan penyata kewangan dan melaporkan hasil
pemeriksaannya kepada Yang di-Pertuan Agong, sultan-sultan atau Yang di-Pertuan Negeri yang akan
memperkenankan laporan tersebut dibentangkan di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri.
2. Mengaudit dan melapor terus kepada badan perundangan.
3. Ketua Audit Negara boleh memeriksa, menyiasat, dan mengaudit :-
Akaun-akaun
Kerajaan Persekutuan
dan Kerajaan Negeri
Akaun mana-mana Tugas Akaun-akaun mana-
Badan termasuk Pengauditan mana Badan atau
Pihak Berkuasa
syarikat di bawah Akta Awam
Syarikat yang mererima
geran atau pinjaman
Akaun Kumpulan Wang yang
ditubuhkan secara berasingan
oleh Persekutuan dan Negeri
Tugas Pelaporan Ketua Audit Negara:-
1. Menghantar laporan-laporannya kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
• Yang akan mengarahkan laporan-laporan itu dibentangkan dalam Dewan Rakyat
2. Laporan mengenai akaun-akaun sesuatu negeri atau pihak berkuasa awam negeri
• Hendaklah di hantar kepada Raja atau Yang di-Pertuan Negeri bagi negeri itu yang akan
mengarahkan laporan itu dibentangkan dalam Dewan Negeri.
3. Perkara-Perkara yang dilaporkan kepada Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri
• akan dibincangkan oleh Jawatan kuasa Kira-Kira Wang Negara atau Jawatan kuasa Kira-Kira
Wang Negeri mengikut mana yang berkenaan
SALMIAH RAMLI (RASAHATI) 41
MODUL NOTA KECEMERLANGAN SEMESTER 1, 2021
Yang di-Pertuan Pejabat Ketua Audit Negara
Agong
(tanggungjawab diberi
kepada Ketua Audit Negara)
Hasil Pengauditan Kerajaan
Persekutuan/Kerajaan Negeri
(YDPA/Raja atau Yang di-
Pertuan Negeri)
Hasil Pelaporan Perundangan
(Dewan Parlimen/Dewan
Undangan Negeri )
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC)
Dilantik oleh Dewan Rakyat.
Keanggotaannya: wakil-wakil rakyat daripada kalangan parti-parti politik utama yang berada di
Parlimen.
SALMIAH RAMLI (RASAHATI) 42