The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ctsuhaini, 2019-05-20 06:49:55

PERUNDINGAN

PERUNDINGAN

PERUNDINGAN (BIMBINGAN)
DAN KONSULTASI

Perundingan (bimbingan) dan Konsultasi

Latar belakang

Sesiapa sahaja boleh mendapatkan bimbingan dan konsultasi dalam bentuk tujuan
pengajaran dan runding cara untuk tujuan pendidikan, perkembangan dan penyelesaian
masalah secara teknikal. Individu yang mempunyai kepakaran dalam bentuk pengetahuan dan
kemahiran dalam sesuatu bidang. Bidang yang sering memerlukan perundingan atau
bimbingan contohnya ialah pendidikan iaitu guru mata pelajaran, jurulatih, pensyarah,
peguam, pakar pemakanan, perunding fesyen dan sebagainya. Dilakukan secara agak
formal, ditempat-tempat dan situasi tertentu. Proses perundingan dan bimbingan boleh
dilaksanakan di sekolah, pusat latihan, institusi, firma dan sebagainya dan merupakan
proses yang direktif serta dua hala. Oreintasi pendekatan yang digunakan ialah secara direktif
dan bersifat dua hala yang memerlukan komunikasi berkesan dalam setiap langkah yang dilalui.

Perundingan (bimbingan) boleh dilaksanakan menggunakan kaedah negotiation atau consultation
(konsultasi). Bussmann & Muller (1992) mendefinisikan perundingan sebagai “…the
communication process of a group of agents in order to reach a mutually accepted
agreement on some matter ''. Manakala menurut Lewicki, Saunders dan Minton (1997)
perundingan merupakan suatu proses formal yang berlaku apabila dua pihak cuba
mencari penyelesaian
dalam konflik yang rumit. Selain itu, perundingan juga merujuk kepada aplikasi strategi dan
taktik untuk mengendalikan konflik secara produktif.

Konsultasi pula menurut Zins (1993), merupakan suatu proses hubungan berdasarkan
kepada ciri-ciri yang sama rata, saling mempercayai dan komunikasi yang terbuka, bekerja
sama antara dua pihak (konsultan dan konsulti) dalam mengenal pasti membantu
menangani masalah (konsulti atau klien).Proses konsultasi akan melibatkan
penyatuan
sumber-sumber untuk mengenal dan memilih strategi yang dapat membantu
menangani masalah yang telah dikenal pasti. Seterusnya, konsultasi melibatkan
pembahagian tanggung jawab dalam pelaksanaan dan penilaian program atau strategi
yang telah dirancang dan dipersetujui bersama antara konsultan dan konsulti.

Seterusnya, perundingan (Konsultasi) dalam bimbingan bermaksud seorang konsultan
(perunding) memberikan bantuan teknik (kemahiran) kepada konsulti (guru-guru, ibu bapa,
dan pihak-pihak lain) dalam usaha membantu mengenal pasti masalah yang
menghalang perkembangan klien (anak, pelajar, dan pihak ketiga yang lain) dalam
mencapai tujuan pendidikan dan perkembangan emosi, kognitif dan tingkah laku (Watson &
Robinson, 1996).

Pendekatan yang digunakan dalam konsultasi adalah berbeza dengan pendekatan
nasihat, kaunseling dan psikoterapi. Walau pun wujud unsur kesamaan antara ketiga-tiganya
seperti sama-sama memerlukan situasi yang kondusif, namun model hubungan pendekatan
konsultasi lebih bersifat segitiga iaitu melibatkan konsultan, konsulti dan klien (triadic model).
Terdapat tiga pihak yang terlibat dalam konsultasi iaitu pertamanya ialah klien iaitu
pihak yang bermasalah (pelajar yang bermasalah contohnya tidak aktif dalam bilik darjah atau kes
dadah), kedua ialah konsultan iaitu pihak yang memberikan bantuan kepakaran (expertise) seperti
pemimpin yang berkesan, guru cemerlang, kaunselor, jurulatih dan pihak yang ketiga ialah konsulti
iaitu seseorang atau sekumpulan orang yang memerlukan perkhidmatan perundingan daripada
konsultan bagi membantu menyelesaikan masalah klien.

KONSULTAN

KONSULTI KLIEN

Rajah 1: Triadic Model (Sumber: Drapella, 1983)

Tujuan Perundingan dan Konsultasi

Perundingan dan konsultasi dilaksanakan dengan pelbagai tujuan bergantung kepada
keperluan. Antara tujuan perundingan dan konsultasi ialah:-

a) memperbaiki dan memperluas pengetahuan dan kemahiran konsulti serta klien.
b) memperbaiki komunikasi dengan cara memberi pendedahan informasi yang

bermanfaat secara langsung
c) menggalakkan individu yang mempunyai fungsi dan peranan dalam memperbaiki diri

untuk belajar
d) memperluas kemahiran secara professional dalam usaha untuk membantu individu lain

yang bermasalah
e) meningkatkan kemahiran secara lebih mendalam dalam konteks pendidikan di sekolah

seperti pentadbir sekolah, guru dan komuniti dalam mengendalikan isu dan masalah
pelajar
f) membantu konsulti seperti ibu bapa tentang bagaimana belajar memahami dan
menangani tingkah laku bermasalah anak
g) menggerakkan kelompok, organisasi, individu membantu dirinya sendiri untuk lebih cekap
dan berkesan dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi

Model Perundingan

Terdapat beberapa model perundingan dan konsultasi ialaitu Model Caplan, Model Consul
Cube (Kubus) dan Model Behavior.

a. Model Caplan (1993) – melibatkan hubungan antara konsultan dan klien wujud
secara tidak langsung

KONSULTAN

KONSULTI KLIEN

Rajah 2: Model Caplan (1993)

Pelopor model ini adalah Gerald A.Caplan. Dalam model ini, konsultan mendapatkan
maklumat, berbincang dan memberikan saranan tentang pendekatan penyelesaian
masalah tertentu. Model menunjukkan wujudnya usaha mempengaruhi konsulti untuk
melakukan perubahan. Proses dari model ini meliputi tahap-tahap sebagai berikut:

a. Konsultan membuat Diagnosis
b. Konsultan membuat pilihan cadangan penyelesaian dari hasil

diagnosis
c. Konsultan menyampaikan hasil cadangan penyelesaian kepada

konsulti
d. Konsulti melaksanakan cadangan penyelesaian yang telah

dipersetujui
e. Konsultan perlu sekali-kali bertemu dengan klien dengan tujuan

untuk ‘croos check’ memeriksa apakah konsulti telah melaksanakan
cadangan penyelesaian yang dipersetujui sebelumnya.

b. Model Consul Cube (Kubus) – melibatkan hubungan antara konsultan dan klien
berlaku secara langsung.

KONSULTAN

KONSULTI KLIEN

Rajah 3: Model Consul Cube (Kubus) – Sumber Blake dan Mouton (1976)

Pelopor model ini adalah Blake dan Mouton (1976), yang memberikan ciri konsultan
sebagai campur tangan bertujuan untuk mengubah tingkah laku seseorang. Konsultan
campur tangan secara langsung dengan masalah klien yang dibawa oleh konsulti. Matlamat
konsultasi bertujuan untuk mengubah tingkah laku klien secara langsung dan bukan
memberi/meningkatkan kemahiran dan pengetahuan konsulti
Model ini memberikan kerangka dasar intervensi yang dilakukan oleh konsultan
sebagai berikut:

a. Penerimaan, iaitu untuk memberikan keyakinan kepada diri konsulti agar
mampu berkongsi dan menerangkan masalahnya tanpa ada rasa takut.

b. Catalytic, iaitu membantu konsulti mengumpulkan data untuk
diinterpretasikan kepada suatu masalah/isu yang sebenarnya.

c. Konfrontasi, iaitu untuk membantu konsulti menguji nilai ketahanan atau
kekuatan yang ada dalam dirinya untuk melakukan perubahan

d. Preskripsi, iaitu konsultan membincangkan apa yang perlu dilakukan oleh klien bagi
membantu menangani isu/masalahnya

Menurut Kurpius (dalam Shetzer,1985), terdapat sembilan tahap pelaksanaan proses
konsultasi. Tahap-tahap tersebut diuraikan sebagai berikut :

1) Pre Entry - Konsultan menjelaskan nilai-nilai, keperluan, anggapan dan tujuan
individu, kelompok, organisasi serta menilai kemampuan dan keterampilan konsultan
itu sendiri.

2) Entry - Pernyataan masalah dihuraikan, dihubungkan, dirumuskan dan menetapkan
langkah-langkah yang perlu diikuti.
3) Gathering information (pengumpulan informasi) - Untuk menjelaskan masalah
dengan cara mendengar, memahami, memberi pernyataan, interview dan pertemuan
kelompok.
4) Defining problem (mendefinisikan masalah) - Penilaian semua maklumat yang
diperolehi dalam menentukan tujuan untuk perubahan. Hasil pengumpulan masalah
diterjemahkan ke dalam suatu laporan dan disetujui oleh konsultan dan konsulti.
5) Determining problem solution (menentukan penyelesaian masalah) - Informasi di
analisis dan disintesis untuk mendapatkan jalan penyelesaian yang paling efektif
terhadap masalah yang dihadapi oleh konsulti.
6) Stating objectives (menetapkan sasaran) - Hasil yang dicapai diukur dalam suatu
tempoh, situasi tertentu, dan mendeskripsikan penyelesaian masalah serta pengaruh oleh
faktor-faktor lain bagi mencapai tujuan yang telah ditetapkan
7)Implementing the plan (mengimplementasikan perancangan) - Intervensi
diimplementasikan dengan mengikuti garis panduan dan langkah, dengan cara
memberitahu apa yang harus dilakukan, bila masa yang sesuai, bagaimana, siapa
yang bertanggung jawab dan hasil-hasil yang diharapkan.
8) Evalution (evaluasi) - Aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan dipantau pentaksiran dan
hasil yang diperlukan untuk melakukan penilaian kepada aktiviti konsultan.
9) Termination (pemberhentian) - bimbingan dengan konsultan tamat, tetapi pengaruh
dari proses perubahan diharapkan berterusan bagi mencapai hasrat/tujuan yang
diharapkan.

Selain dari itu, terdapat juga beberapa faktor yang membantu keberkesanan
perundingan dan konsultasi bagi memastikan sesuatu isu atau permasalahan dapat
diselesaikan dan perubahan dapat berjalan lancar. Menurut Brammer dan MacDonald
(2003) seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 4, faktor-faktor tersebut adalah aspek
personaliti konsultan, kemahiran konsultan dan situasi yang menggalakkan
perkembangan proses konsultasi bagi mencapai hasil yang diharapkan.

PERSONALITI KEMAHIRAN SITUASI HASIL KHUSUS
KONSULTAN KONSULTAN
§ KEPERCAYAAN ü INDIVIDU
Ø TRET • KEFAHAMAN § SALING ü ORGANISASI
Ø MINAT TINGKAH
Ø SIKAP LAKU MENGHORMATI
Ø NILAI MANUSIA § KEBEBASAN
(klien)
MEMILIH JALAN
• KEMAHIRAN PENYELESAIAN
MENASIHATI

Rajah 4: Faktor yang membantu dalam keberkesanan konsultasi (Sumber:
Brammer dan MacDonald, 2003)

Proses perundingan (bimbingan) dan konsultasi perlu dilaksanakan secara berterusan
sehinggalah sesuatu isu/masalah itu dapat diselesaikan.

Rujukan

Blake, R. R. & Mouton, J. S. (1976). Consultation. Reading, Mass.: Addison-Wesley.

Brammer, L. M. & MacDonald, G. (2003). The Helping Relationship: Process and
Skills, 8th Edition. Allyn and Bacon.

Bussmann, S. and H. Muller (1992). A negotiation framework for cooperating agents.
In: Coop.Knowl. Based Syst. pp. 1{18. SIG Workshop. University of Keele.
UK.

Caplan, G. (1993). Journal of Counseling & Development, Vol. 71(629 -635).

Lewicki, R. J, Saunders, D. M & Minton, J. W (1997). Essentials of Negotiation. Australia.

Shetzer (1985). Fundamental of Guidance. Boston: Hounghton Company.

Watson, T. S. & Robinson, S. L. (1996). Direct Behavioral Consultation: An
Alternative to Traditional Behavioral Consultation. School Psychology
Quarterly, 11 (267-278).

Zins, J.E., Kratochwill,T.R.& Elliot,S.N (1993). Handbooks of Consultation services
for children. San Fransisco: Jossey-Bass.




Click to View FlipBook Version