The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by inaahmadd4, 2023-07-04 08:23:47

MINIT MESYUARAT GURU 2023 BIL 1

MINIT MESYUARAT GURU 2023 BIL 1

1 SK SAUJANA UTAMA, SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN MINIT MESYUARAT GURU 2023 / 2024 BIL 1 Tarikh : 13 Mac 2023 Masa : 9.00 pagi Tempat : Dataran D’Saujana Kehadiran : 160 orang 1. ZAZALUMA BINTI HARUN GURU BESAR 2. NOR HAZITA BINTI JAAFAR PK PENTADBIRAN 3. ZUREDAH BINTI ALI PK HAL EHWAL MURID 4. ZULKIFLI BIN ABU BAKAR PK KOKURIKULUM 5. E.SABI BINTI HATTA PK PETANG 6. NORAZIZAH BINTI KAMARUDIN 7. AZATUL ROHANA BINTI ABDUL RAHMAN 8. ROSMAHWATI BINTI LONG 9. FAIROS BINTI HUSSIN 10. HAFIZULHIJAH BINTI SAFARIN 11. SALMY SUHAIDA BINTI YAACOB 12. SAMSIAH BINTI SELAMAT 13. ELDA NURSYARAFINA BINTI MOHD SHAHADAN 14. NORAIHAN BINTI MD YUSSOF 15. NOR RAFIZAH BINTI ABDUL RAHIM 16. MAHFUZAH BINTI CHE RUN 17. NORAINI BINTI MD. ABAS 18. NOOR NABILA FASHA BINTI BAHARUDIN 19. LIYANA HAKIMAH BINTI MOHAMED 20. NURUL AINI BINTI MOHD OLWI 21. NOORZILAH BINTI YAAKUB 22. ASMAHAN BINTI AHMAD 23. HAZLINA BINTI ABDUL HALIM 24. SHAMSIAH BINTI SHAMSUDDIN 25. HUSNITA BINTI SHAMSUDDIN 26. LISA ELYANA BINTI JUSOH 27. SRI ASMAHANI BINTI SULIMAN 28. SITI MAISARAH BINTI IDRIS 29. ZULIAH BINTI WARNO 30. YUSLINA BINTI HUSSAIN 31. AIDA NORDILA BINTI ABDUL HADI 32. NUR HAFIZAH BINTI ABU HASSAN 33. NURUL AZLIN BINTI ABDULLAH 34. NOR AZILA BINTI AMAN 35. ASLAMIAH BINTI ABDUL MALIK 36. ZURINA BINTI AB RAHMAN 37. WAN RASIDAH BINTI WAN ADAM 38. ZULITA BINTI ABU BAKAR @ MUDA 39. KHUZAIMAH BINTI HUSAIN 40. NORITA BINTI MUHAMED 41. NOORELIZAH BINTI ISMAIL 42. NURULHUDA BINTI MISNAN 43. NUR HASNNIE BINTI BAHARUDIN 44. HANISAH BINTI ISHAK 45. NISWAT HASILAH BINTI SANOSI 46. SUHAILY BINTI SHAMSUDDIN 47. SITI MARIAM BINTI KEMARULZAMAN 48. ROSMAWATI BINTI ABDUL RAHMAN 49. HILYATI BINTI ABD RASHID @ RASHDI 50. AMNAH BINTI ABU BAKAR 51. HAFIZAH AB RAZAK 52. HASNITA BINTI ALI HASAN 53. TUAN AZLINA BINTI TUAN JAAFAR 54. WAN ANIZA BINTI WAN MUHAMMAD 55. ROSLIZA BINTI HARUN 56. NAWFAL NAIM BIN ABD RAHMAN 57. TENGKU ROZANI AKMAL BINTI TENGKU ZAIN 58. NORA BINTI MAT 59. ZURAIDAH BINTI EMBONG 60. AISHAH BINTI MUSTAPHA 61. MOHD SARMIZI BIN MD SAID 62. MUHD TARMIZI BIN CHE ABDULLAH 63. SOFIAH BINTI AHMAD 64. NORITA BINTI KASSIM @ MD MOKHTAR 65. SITI KHADIJAH BINTI SALLEH 66. NOOR SHURIANI BINTI AWANG 67. MAZURA BINTI MALIK 68. AZLIZA BINTI ABDUL AZIZ 69. WAN ZALINA SURIANI BINTI WAN HASAN 70. MASINAH BINTI MOHD ARIFF 71. SITI SUHAILA BINTI MOHD YOSOF 72. RAFIDA BINTI AMIRUDDIN 73. NURUL AINI BINTI ISMAIL 74. NORZIANA BINTI MUSTAFHA 75. NOR HAFIZAH BINTI RAMLI 76. NOOR HAYATI BINTI SHAHID 77. HAFIDZAH BINTI ABDUL AZIZ 78. NAZLI ANIM BINTI IBRAHIM 79. WAN NORA’FIZAH BINTI WAN ISMAIL 80. FARINA BINTI AYOB 81. FAIZAH BINTI HAMID 82. NORISAH BINTI MOHD SULAIMI 83. MOHAMAD KAMAL BIN ABDUL KARIM 84. SITI ZURAIDAH BINTI AB RAHMAN 85. MAZATUNNAIM BINTI MAULAN 86. HAYATI BINTI YAAKUB 87. NORPAIZAH BINTI TUSRI 88. UMI KALTHOM BINTI MAT NORDIN 89. ZURAIDA BINTI OMAR 90. JULIANA BINTI ABU BAKAR 91. RUSZITA BINTI HAMZAH


2 92. NORMIMIE BINTI RAHMAN 93. FADILAH BINTI KAMARUL BAHRIN 94. IZZATI BINTI CHE IBRAHIM 95. HUZAIMAH BINTI MAT ISA 96. MARLINA BINTI MAS’UD 97. SUHAINI ASNIZA BINTI ABD RASHID 98. LATIFAH BINTI MUHAMMAD 99. JOHANA BINTI JUHARI 100. NOOR AZIAN BINTI HAMID 101. NORIZAH BINTI ABU 102. ZAINO ASMA BINTI MOHD NAWI 103. ROZA BINTI SELAMAT 104. NURHASHOLAWATI BINTI MUHAMMED 105. NUR AZLI BINTI BAHARIN 106. SHAHANIZAM BIN MUHAMAD 107. FARIDAH BINTI ISMAIL 108. ROSLINA BINTI MUSTAFA 109. HASNI BINTI ABDULLJALIL 110. NURUL FARHANA BINTI GHAFFAR 111. MOHAMAD RAFIQ BIN RAZALI 112. HARITHUN BINTI AHMAD 113. SAIZA BINTI BAHAROM 114. SITI JOHANNA BINTI RAMLI 115. MUHAMAD HELMI BIN MOHAMAD DAKIR 116. NOORAIDA BINTI MUHAMMAD @ MAMAT 117. NUURUL HUDA BINTI MOHD DAUD 118. NORAZLINA BINTI IBRAHIM 119. ROZANA BINT ZAINUDDIN 120. FAHMI BIN HASSAN 121. IDA HURAINI BINTI ALIAS 122. ROSZLINE BINTI RAMLEE 123. ZURINA BINTI SAMUNI 124. ZAKIAH BINTI ISHAK 125. NOR AZWA BINTI BAHARAIN 126. EIZEERA BINTI EDNAN 127. NAJWA BINTI ALMUHSIN 128. FAZILAH @ FADHILAH BINTI ABDULLAH 129. FARALIZA BINTI YUSOF 130. ROSHIDAYU BINTI SAPARI @ SAMAD 131. ZANARIAH BINTI ZAKARIAH 132. FARAH WAHAYU BINTI ZAMRI 133. SAMIHA BINTI MAT SALLEH 134. SUHANA BINTI MOHD NOR 135. SANIAH BINTI YAACOB 136. MURUGAN A/L YEELLUMALAI 137. NORAINI BINTI IBRAHIM 138. SITI KHADIJAH BINTI ISMAIL 139. FADHILAH HANIM BINTI LIDIN 140. SHAMSUL IZAZUL BIN SAMLI 141. WAN NUR AZILA BINTI WAN ALI 142. ZSA ZSA AYU RAMADSA BINTI ABDULLAH 143. SITI INTAN BAIZURA BINTI MOHAMMAD SHARIF 144. HABIBAH BINTI HUSIN 145. ZAHIRA BINTI MOHAMAD @ HUSSIN 146. MOHD HAFIZ BIN MUSA 147. SITI ROGAYAH BINTI NOR 148. SITI HASRA BINTI RASUL 149. SITI AMINAH BINTI MOHAMED BASRI 150. GAYAH BINTI ISAU 151. ROHINAH BINTI AHMAD 152. WAN ANOM BINTI SULAIMAN 153. EZI HASLIN BINTI AHRIS 154. NORAZIAH BINTI ABDULLAH 155. NOR ZULIANA BINTI ISMAIL 156. NORAZLIWITA BINTI MOHD ALI 157. MASAYU BINTI MOHAMAD @ AHMAD 158. AISHAH BINTI AB RAZAK 159. NORIDAH BINTI ABDULLAH 160. NAZARI BIN ISMAIL Tidak Hadir (Bersebab) 1. HAMIDAH BINTI PANIAN 2. NOR ASLINA BINTI MOHAMAD ADNAN 3. HARYATI BINTI ISMAIL 4. NOR HASIMAH BINTI OTHMAN 5. MUZAYYANAH BINTI MOHD YUSOP 6. NAZIRAH BINTI JAAFA 7. CHE NURULLILY BINTI CHE MOHD ARIFIN 8. JAMILAH BINTI MUSA 9. SURAYANI BINTI AHMAD MARUWI 10. FARAH SYAHIRAH BINTI AHMAD FUAD 11. NOOR AZMAN BIN MAT RAOP RIDZI Urus Setia Mesyuarat 1. Norazliwita binti Mohd Ali Setiausaha Mesyuarat Guru 2. Hasnita binti Ali Hasan Setiausaha Mesyuarat Guru 3. Hafizulhijah binti Safarin Setiausaha Mesyuarat Guru


3 1. PERUTUSAN PENGERUSI 1.1. Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada barisan Penolong Kanan dan semua guru yang hadir ke Mesyuarat Guru Bilangan 1/2023. 1.2. Pengerusi juga mengucapkan selamat kembali ke sekolah bagi sesi 2023/2024. 1.3. Pengerusi juga berharap agar semua guru dapat meneruskan agenda perjuangan dalam bidang pendidikan bagi sesi 2023/2024 yang semakin mencabar dengan penuh iltizam dan semangat baharu. 1.4. Beliau juga memaklumkan tentang ketidakhadiran Puan Nor Aslina binti Mohamad Adnan, PK Pendidikan Khas yang masih dalam cuti sakit. 1.5. Pengerusi seterusnya memperkenalkan En Mohamad Rafie bin Razali bagi menggantikan Puan Sofia binti Abu Bakar yang telah pun bersara. 1.6. Pengerusi mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua Jawatankuasa penerbitan buku SMART 12 sesi 2023/2024 di bawah kepimpinan Pn Nor Hazita binti Jaafar kerana telah dapat menyiapkan dalam tempoh yang ditetapkan. 1.7. Pengerusi seterusnya memperkenalkan teraju barisan kepimpinan sekolah bagi sesi 2023/2024 : Pn Zazaluma binti Harun (Guru Besar) Pn Nor Hazita binti Jaafar (Penolong Kanan Pentadbiran) Pn Zuredah binti Ali (Penolong Kanan HEM) En Zulkifli bin Abu Bakar (Penolong Kanan Kokurikulum) Pn E.Sabi binti Hatta (Penolong Kanan Petang) Pn Nor Aslina binti Mohamad Adnan (Penolong Kanan PPKI) 1.8. Pengerusi seterusnya memaklumkan tentang pengiktirafan yang telah dicapai oleh sekolah iaitu Sekolah Kluster Kecemerlangan (2015), Sekolah Penarafan Cemerlang KBAT (2019) dan Tranfomasi TS25 (2021). Visi sekolah - Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera Misi sekolah - Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara Moto sekolah - Berdisiplin Berintelektual Berwawasan 1.9. Beliau juga memaklumkan tentang Profil Sekolah iaitu: ●Gred B ●14 orang staf ●Dua sesi ●81 kelas perdana ●3515 orang murid ●5 kelas Prasekolah ●171 orang guru ●4 kelas PPKI 1.10. Pengerusi memaklumkan bilangan guru yang diterima setakat ini adalah seramai 171 orang. Sekolah masih lagi kekurangan seorang guru Unit Bimbingan Kaunseling (UBK). 1.11. Pengerusi memaklumkan Prasekolah baharu bagi sesi petang juga akan di buka dan pihak sekolah dikehendaki menyediakan seorang guru sementara bagi tujuan tersebut. 1.12. Pengerusi memaklumkan juga, Program Hari Orientasi Tahun 1 akan diadakan pada 15 Mac 2023 (Rabu). Setakat ini seramai 612 orang murid yang telah membuat pengesahan kemasukan bagi sesi 2023/2024. 1.13. Pengerusi memaklumkan sekolah mengalami masalah kekurangan meja dan kerusi bagi menampung keperluan kemasukan murid yang ramai. Permohonan telah dibuat ke PPD, namun dimaklumkan setakat ini tiada peruntukan. 1.14. Usaha yang dibuat adalah memohon sumber lebihan kerusi dan meja dari sekolah-sekolah dalam daerah Kuala Selangor dan setakat ini 50 buah kerusi dan meja telah diterima dari SK Bestari Jaya dan 20 buah daripada SK Bukit Kerayong. Guru kelas hendaklah memastikan bilangan kerusi dan meja mencukupi bagi setiap kelas. Sekiranya terdapat kelas yang tidak mencukupi kerusi dan meja, mohon dimaklumkan dengan segera kepada pentadbir. 1.15. Pengerusi mengucapkan tahniah dan syabas atas pencapaian dan pelbagai anugerah yang diterima oleh semua unit sepanjang sesi 2022/2023. Berikut antara pencapaian dan anugerah yang telah diperolehi iaitu: -Best School Award Kebangsaan


4 -Best Family Award Cashville Maybank Kebangsaan -Tempat Kedua Penarafan Bilik Rehat Guru Sejahtera Negeri -Penarafan Amalan 3K Terbaik Tandasku Identitiku Negeri Selangor -Anugerah Khas Juri Berinovasi Tandasku Identitiku Negeri -Anugerah Guru Ikon Tvet Negeri Selangor -Anugerah Inovasi Akademik Terbaik -Anugerah Ikon Guru Perpustakaan Media Daerah Kuala Selangor -Anugerah Inovasi Akademik Terbaik -Anugerah Pengurusan PBD Terbaik -Anugerah Pencapaian Kokurikulum Terbaik -Anugerah Penglibatan Ibu Bapa, Komuniti Dan Swasta (PIBKS) Cemerlang -Anugerah Pengurusan Kantin Terbaik -Anugerah Pembudayaan Nilam Terbaik -Tempat Ke-5 Anugerah Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan -Pingat Emas 1st Buriram Martial Art And Sport Tourism Antarabangsa -Johan Public Speaking Karnival I-Mathstari Antarabangsa -2 Pingat Gangsa 3rd Gewinn Schools Taekwando Antarabangsa -Tempat Ketiga Maths Wizard Challenge Online Antarabangsa -Tempat Kesepuluh E-Folktales Antarabangsa -4 Emas 3 Gangsa Kejohanan Seni Beladiri Taekwando Kebangsaan -Tempat Ketiga Tokoh Nilam Bahasa Inggeris Kebangsaan -Tempat Keenam Pertandingan Khat Kebangsaan -Emas Pertandingan Karate Hayashi-Ha Negeri -Johan Pertandingan Video Kreatif Negeri Selangor -Johan Young Innovator Fair Peringkat Negeri -Pingat Perak Penarafan Laman Minda Sihat Negeri Selangor -Johan Tik Tok Jom Ke Sekolah Negeri Selangor -Naib Johan Pertandingan Model Kerjaya UBK Negeri Selangor -Tempat Kelima Nyanyian Dan Gerakan Prasekolah Negeri 1.16. Pengerusi juga merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada Jawatankuasa Dokumentasi Kepimpinan di atas Anugerah Kepimpinan Guru Besar Sekolah Rendah ke peringkat Negeri Selangor dalam penyediaan dokumentasi. 1.17. Pengerusi mengingatkan tentang sesi 2023/2024 untuk membentuk KPI baharu dalam menerajui unit-unit tertentu bagi mengekalkan atau meningkat lebih baik daripada sesi sebelum ini. Murid-murid digalakkan untuk menyertai pelbagai pertandingan yang dianjurkan oleh pihak luar. Pencapaian murid bukan sahaja dinilai di bidang kurikulum tetapi di bidang kokurikulum dan sahsiah juga. 1.18. Pengerusi memaklumkan tentang info-info berkaitan persekolahan bagi sesi 2023/2024: 1.18.1-Kalendar Akademik Sesi 2023/2024


5 1.18.2-Jadual waktu persekolahan 1.18.3-Pelan Sekolah


6 1.18.4-Carta Organisasi Induk D’Saujana 2023/2024 1.19. Pengerusi memaklumkan Unit HEM, UBK dan guru-guru bertugas mingguan dikehendaki memastikan perjalanan murid dapat mengikut masa yang telah ditetapkan. Guru-guru hendaklah datang awal sebelum PdPc bermula, sekiranya guru-guru tidak mematuhi perubahan waktu ini akan kembali kepada waktu yang lama. 1.20. Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kerjasama penuh yang diberikan oleh AJK Unit Kebajikan dan Bantuan (HEM) dalam Pemberian Bantuan Awal Persekolahan (BAP) yang dapat diselesaikan dalam masa satu hari sahaja. Bagi BAP tahun 1 sesi 2023/2024 akan diagihkan dalam fasa kedua sebaik sahaja bantuannya diterima nanti. 1.21. Pengerusi mengingatkan semua guru Tahun 4, 5 dan 6 perlu bertanggungjawab sepenuhnya berkaitan pengisian PAJSK. Guru-guru perlu memaklumkan kepada guru kelas sekiranya terdapat murid-murid yang pernah mewakili sekolah ke peringkat- peringkat tertentu. Pengisian markah PAJSK hanya boleh diisi mengikut tahun semasa sahaja. 1.22. Pengerusi juga memahami tentang Sistem Pengurusan Identiti (IDME) yang memberikan banyak kesukaran kepada guru-guru untuk melengkapkan kerja masing-masing. Guru-guru juga perlu lebih bertanggungjawab berkaitan dengan pengisian data agar tidak menyusahkan rakan-rakan guru yang lain. 1.23. Pengerusi mengingatkan guru-guru perlu menandatangani surat penurunan kuasa, sila rujuk buku SMART 12 dan perakuan untuk ditandatangani oleh Penjawat Awam Berkenaan Dengan Akta Rahsia Rasmi 1972. 1.24. Pengerusi seterusnya meminta Ustaz Fahmi bin Hassan untuk mengetuai bacaan ikrar Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. 1.25. Pengerusi memaklumkan tentang Program Permata Sinar bagi murid-murid Tahun 2 ,3 dan 4 yang belum menguasai 3M akan diletakkan di Permata Al-Khindi, Permata Al-Khazin dan Permata Al-Kirmani. Program ini bukan bermaksud membuat pengasingan murid-murid, tetapi satu program untuk mengenalpasti murid-murid yang mempunyai masalah dalam penguasaan asas 3M untuk dibantu sehingga berjaya. 1.26. Pengerusi memaklumkan tentang menaiktaraf kelas pemulihan bagi sesi 2023/2024 di bilik tayang di atas saranan PPDKS, manakala kelas Pendidikan Moral akan berpindah ke kelas PPKI berhampiran surau. 1.27. Pengerusi memaklumkan tentang perluasan kelas disebabkan oleh pertambahan murid PPKI yang ramai, kelas PPKI ditempatkan di kabin bagi menampung keperluan ini. 1.28. Pengerusi juga memaklumkan surau juga telah dinaik taraf dan diminta guru-guru yang terlibat dapat memastikan kebersihan dan keselesaan surau, serta mengeluarkan barang- barang yang tidak digunakan lagi terutama di dalam dua buah bilik di surau. 1.29. Pengerusi mengingatkan Cuti Rehat Khas (CRK) yang diperuntukan sebanyak 15 hari setahun hanya untuk hal-hal yang berkaitan dengan kecemasan dan kebajikan. CRK tidak boleh digunakan untuk tujuan melancong. Cuti umrah 7 hari hendaklah dirancang sebaik-baiknya dan digalakkan diambil dalam waktu cuti sekolah.


7 1.30. Pengerusi memaklumkan penulisan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) setakat ini mengikut seperti yang disarankan oleh Menteri Pendidikan untuk memudahkan para guru. Guru hanya perlu menulis tajuk, objektif, aktiviti dan refleksi/impak. 1.31. Pengerusi memaklumkan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) mesti dilaksanakan pada hari pertama persekolahan. 1.32. Pengerusi juga memaklumkan tentang pemberian buku teks perlulah mencukupi untuk semua murid pada hari pertama persekolahan. Menurut Guru SPBT, Pn Fadhilah binti Abdullah, 98% buku teks adalah mencukupi mengikut bilangan murid. 1.33. Pengerusi meminta guru-guru kelas supaya mengemaskini data APDM terutamanya maklumat pendapatan ibu bapa/ penjaga sebelum 31 Mac 2023 (Data Cut Off). Semua bantuan yang disalurkan kepada sekolah adalah berdasarkan maklumat guru dan keciciran adalah tanggungjawab sekolah dan guru. 1.34. Pengerusi memaklumkan Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM) adalah untuk memastikan amalan baik dan salah laku murid dapat direkodkan. 1.35. Pengerusi memaklumkan guru-guru UBK di sesi pagi ialah Pn Marfuzah binti Che Run, Pn Liyana Hakimah binti Mohamed dan En Mohd Hafiz bin Musa, manakala di sesi petang pula ialah Pn Noor Shuriani binti Awang, Pn Jamilah binti Musa dan Pn Siti Johanna binti Ramli. 1.36. Pengerusi memaklumkan Program Orientasi Tahun 1 yang akan dijalankan pada hari Rabu ini melibatkan kerjasama daripada guru-guru yang berkenaan. Ibu bapa juga boleh membuat pembayaran serentak untuk anakanak mereka di Tahun 5 dan Tahun 6 di kelas Tahun 1 (adik beradik) bagi memudahkan urusan pembayaran, supaya dapat dilaksanakan dalam suatu masa. Pastikan wang pembayaran dimasukkan di dalam sampul berserta maklumat untuk diserahkan kepada guru kelas yang terlibat. 1.37. Pengerusi memaklumkan juga pada minggu pertama persekolahan telah ditetapkan mengikut jadual, program aktiviti-aktiviti bagi sesi pagi dan petang seperti aktiviti kecergasan, kreativiti, kerohanian dan sebagainya. Program ini menghendaki para guru bersikap penyayang dan dilakukan dalam suasana yang santai bagi melahirkan Anak yang Baik lagi Cerdik (ABC), seperti yang disarankan oleh KPM. Makluman 2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU 2.1. Tiada 3. PERKARA BERBANGKIT 3.1. Tiada 4. PEMBENTANGAN KERTAS KERJA / ISU DAN LAPORAN 4.1. PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN 4.1.1. Jawatankuasa Unit Pengurusan dan Pentadbiran 2023/2024, Guru Besar Pn Zazaluma binti Harun PK Pentadbiran Pn Nor Hazita binti Jaafar PK Hal Ehwal Murid Pn Zuredah binti Ali PK Kokurikulum En Zulkifli bin Abu Bakar PK Petang Pn E.Sabi binti Hatta PK PPKI Pn Nor Aslina binti Mohamad Adnan Setiausaha Pn Zsa Zsa Ayu Ramadsa binti Abdullah Pn Masinah binti Mohd Arif 4.1.2. Mesyuarat Induk Pengurusan dan Pentadbiran 2023/2024, mengikut ketetapan berikut:


8 BIL MESYUARAT TARIKH HARI 1. Mesyuarat Pertama 9 Mac 2023 Khamis 2. Mesyuarat Kedua 22 Mei 2023 Isnin 3. Mesyuarat Ketiga 16 Oktober 2023 Isnin 4. Mesyuarat Keempat 29 Januari 2023 Isnin • Mesyuarat Panitia Kali Pertama hendaklah merangkumi perkara-perkara berikut seperti PSO, pelaksanaan aktiviti sepanjang tahun, pemeriksaan buku tulis dan sebagainya. Guru-guru boleh merujuk di dalam aplikasi Telegram Rasmi Jawatankuasa Induk Kurikulum 2023/2024. • Setiap panitia diingatkan agar mempunyai perancangan kewangan yang jelas bagi mencatat peruntukan PCG dalam mesyuarat kali pertama. • Bagi mesyuarat seterusnya,Panitia mestilah mencatat baki wang PCG dalam minit mesyuarat. Ketua Panitia boleh merujuk kerani kewangan untuk mengetahui kewangan panitia masingmasing. 4.1.3. Pastikan QR Code MMI ada disetiap kelas dan mengikut tahun semasa. Setiap guru yang masuk mengajar dikehendaki mengimbas QR Code MMI, dan pada setiap bulan akan dianalisa guru yang mengimbas atau tidak. Kepentingan penyimpanan data MMI ini apabila diminta oleh pihak Nazir yang datang ke sekolah. 4.2. PENGURUSAN KURIKULUM 4.2.1. Jawatankuasa Induk Kurikulum Sekolah 2023/2024, Guru Besar Pn Zazaluma binti Harun PK Pentadbiran Pn Nor Hazita binti Jaafar PK Hal Ehwal Murid Pn Zuredah binti Ali PK Kokurikulum En Zulkifli bin Abu Bakar PK Petang Pn E.Sabi binti Hatta PK PPKI Pn Nor Aslina binti Mohamad Adnan Setiausaha Pn Roszline binti Ramlee Pn Salmy Suhaida binti Yaacob 4.2.2. Fokus dan perancangan Kurikulum 2023/2024: BIL PROGRAM TARIKH 1 Transisi Tahun 1 dan Orientasi Prasekolah 21 Mac – 14 April 2023 2 Mesyuarat Task Force Bil 1,2,3 & 4 /2023 4 kali setahun 3 Mesyuarat JKS Bil 1,2,3 & 4 /2023 4 kali setahun 4 Dialog Prestasi 2 kali setahun 5 Pelancaran Program Membaca 17 April 2023 6 Bulan / Minggu setiap Panitia Mei – Oktober 2023 7 Sinar Pagi: “Radio D’Saujana Setiap Selasa & Khamis 8 PAJSK / SEGAK 1 kali setahun 9 Pentaksiran PBS / PBD 2 kali setahun 10 Ladap Perkembangan Staf 13 Mei 2023 11 PLC ( sekurang-kurangnya 4 kali setahun) 4 kali setahun 12 Pemantauan dan Pencerapan berkala bilik darjah / Pencerapan buku tulis 2 kali setahun 13 Program Peningkatan Akademik Tahun 6 September 2023


9 4.2.3. Program/aktiviti Unit Kurikulum 2023/2024 seperti yang terdapat dalam carta Gantt, bermula dari bulan Mac 2023 sehingga Februari 2024. Jika terdapat program yang baharu daripada KPM, JPN dan PPD, penambahan aktiviti akan dilaksanakan. 4.2.4. PSO sesi 2023/2024, TP6 ialah 40% dan akan meningkat 10% bagi tahun 2024 dan 10% lagi menjelang 2025 tahap penguasaan TP6 PBD. Penyelaras aliran Tahun 1 hingga 6 hendaklah berusaha mencapai target 40% murid-murid mendapat TP6 di akhir sesi ini. Panitia hendaklah merancang program-program yang memberi impak ke arah TP6. 4.2.5. Pihak PPD mengambil maklum terhadap pelbagai masalah yang dihadapi pihak sekolah berhubung pengisian markah murid dalam laman sesawang PAJSK KPM. Antara masalah yang timbul berkaitan gangguan sistem ialah markah tidak sepadan dengan pencapaian, keciciran nama, keciciran kelas dan kehilangan data semasa proses cetakan. Pihak PPD sentiasa berhubung dengan pegawai di JPN Selangor berkaitan perkembangan proses pengisian. 4.2.6. Makluman SPB berkaitan Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) agar memasukkan data berdasarkan kod mata pelajaran yang tepat dan betul untuk kutipan data yang seterusnya. 4.2.7. Penyelaras HIP bukanlah hanya dipilih daripada Ketua Panitia Bahasa Inggeris sahaja. Ia boleh digilirkan dengan guru-guru subjek lain, sama ada guru Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris atau Bahasa Arab. 4.2.8. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.3/1999, Penyediaan Rekod Pengajaran dan Pembelajaran : • Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT) berdasarkan DSKP KPM. • Rancangan Pelajaran Harian (RPH) mengandungi Tajuk, Objektif, Aktiviti dan Refleksi. • Rekod Pengajaran dan Pembelajaran boleh disediakan dalam apa jua bentuk yang munasabah, sesuai dengan teknologi semasa, diurus dengan sempurna dan dapat dikemukakan dengan serta merta apabila dikehendaki. SK Saujana Utama menggunakan ERPH dan semua guru dikehendaki menghantar seawalnya hari Jumaat dan selewatnya Ahad pukul 10 malam. 4.2.9. Dapatan Nazir semasa kunjung bantu 2023 telah menegur ketidakakuran sebahagian sekolah kepada Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 2/2015-Norma Baharu Guru Pendidikan Islam tentang guru Bahasa Arab bertanggungjawab untuk mengajar mata pelajaran Bahasa Arab KSSR dan model-model Program j-Qaf (kecuali Model Khatam Al-Quran dan Tasmik). 4.2.10.Program Transisi Tahun 1 akan bermula 13 Mac berakhir bulan Mei 2023. Guru-guru Tahun Satu diharap dapat mengikuti taklimat Program Transisi Tahun Satu 2.0 pada petang ini melalui Google Meet yang akan disampaikan oleh Dr Rusmini binti Ku Ahmad, Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum. 4.2.11.Pemulihan Khas terdiri daripada murid-murid dari kelas 2 Al-Khazin, 3 Al-Khazin dan 4 Al-Razi sahaja. Jika terdapat murid dari kelas lain yang ada masalah 3M, mohon maklumkan kepada kepada penyelaras aliran untuk tindakan Guru Pemulihan iaitu Pn Fadhilah Hanim binti Lidin. 4.2.12.Jadual Nilam akan disediakan seperti tahun sebelumnya. Guru BM dan BI diberi setengah jam dalam seminggu untuk waktu Nilam BM dan BI. Pastikan murid membawa bersama Kad PSS dan Kad Nilam setiap kali ke PSS. 4.2.13.Tahun 2023, perekodan Nilam adalah menggunakan Kad Bestari (kad Nilam) yang berharga RM2.50. Kad ini adalah mengikut bintang. Murid yang telah habis perekodan bagi kad bintang 1, bolehlah mendapatkan kad 2 bintang pula, dan seterusnya sehingga kad 5 bintang. Setiap murid yang menghabiskan 1 kad, akan diberikan sijil bintang Nilam dan button badge bintang. (Kad ini adalah inisiatif di peringkat sekolah selagi belum ada kata putus rasmi tentang perekodan Nilam dari KPM). 4.2.14.Radio D’Saujana akan bermula pada tahun ini pada setiap pagi (pukul 7.20 pagi) dengan resensi buku dan membaca berita secara berselang-seli dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris oleh pengawas PSS secara bergilir-gilir sebelum bacaan doa pada hari Selasa hingga Khamis. Murid yang berada di dalam kelas akan mendengar dan merekod bahan di dalam Kad Nilam. 4.2.15.Setiap kelas akan diberikan buku pinjaman berkelompok dari PSS. Pastikan semua murid merekod buku pinjaman kelompok di kelas setiap kali membaca. Buku rekod pinjaman tersebut perlu dihantar ke PSS semula. 4.2.16.Tempahan penggunaan Bilik-bilik Khas akan menggunakan link e-tempahan bilik khas seperti tahun 2022. Tempahan bilik-bilik Khas ini perlu dilakukan 3 hari sebelum penggunaan.


10 4.2.17.Bahan Bantu Mengajar (BBB) kebanyakannya telah ditempatkan mengikut Ketua Panitia dan lokasi, bagi memudahkan guru mencari bahan yang diperlukan dan menjimatkan masa. Setiap kali guru meminjam BBB perlu mengisi link e-tempahan BBB. 4.2.18.Program Panitia/ Kecemerlangan Akademik: ●Bulan Panitia Pendidikan Islam/Pendidikan Moral/Bahasa Arab akan bermula bulan Mei. (Panitia Pendidikan Islam bermula Mac disebabkan bulan Ramadan). ●Bulan Panitia Matematik ,Sains, TMK/RBT(Bulan Inovasi) di bulan Jun ●Bulan Panitia Sejarah/Muzik/PSV(Bulan Kemerdekaan) pada 1 Ogos -16 September. ●Bulan Panitia PJ&PK(Bulan Sukan Negara sepanjang Oktober. ●Pelancaran Bulan Bahasa-Panitia BM/ Bulan Panitia Bahasa/Bahasa Tamil/Inggeris/HIP/DLP bermula 1 Julai -31 Julai. *Sila rujuk buku SMART 12. 4.2.19.Pemantauan dan pencerapan dilakukan oleh Guru Besar dan Guru-guru Penolong Kanan dilakukan terhadap dua perkara iaitu pencerapan buku tulis sekurang-kuranya 2 kali setahun dan penyeliaaan berkala dan pencerapan dalam Bilik Darjah iaitu sepanjang bulan April dan Ogos untuk sesi yang pertama. Sila rujuk buku SMART 12, m/s 81-85 untuk senarai pencerapan dan semakan latihan. 4.2.20.Pentaksiran Sumatif 1 akan diadakan pada 24-27 Julai 2023 (minggu 17) dan Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) akan diadakan pada 8-12 Januari 2024 (minggu 38). Sekiranya adanya perubahan akan dimaklumkan dari masa ke semasa. 4.2.21.Mohon semua Ketua Panitia untuk menyelaraskan RPT mata pelajaran mengikut takwim sekolah iaitu 40 minggu akademik dan 42 minggu persekolahan. Sisipkan juga Pendekatan Bertema mengikut minggu yang telah dipersetujui antara panitia. Ketua-ketua Panitia akan diberi taklimat mengenai Pendekatan Bertema untuk disampaikan kepada jawatankuasa masing-masing. 4.2.22.Post Mortem Analisa Keputusan UASA dan PBD sesi akademik 2022/2023, analisa UASA dan PBD akan dibentangkan oleh Setiausaha Peperiksaan (UASA) dan Penyelaras PBD. Manakala analisa pencapaian semua kelas bagi setiap subjek teras dan elektif, dibentangkan kepada semua guru untuk diambil tindakan susulan pada sesi akademik 2023/2024. 4.2.23.Jadual waktu sesi akademik rujuk edaran dan diharapkan semua guru dapat menerima dengan hati yang terbuka dan berlapang dada. Setiap jadual guru adalah mengikut opsyen masing-masing walaupun mengajar satu kelas sahaja. Jadual waktu akan diberi pada minggu ini atau minggu pertama persekolahan. 4.2.24.Bagi UASA 2022/2023, diucapkan terima kasih kepada guru yang telah mengisi markah dalam sistem IDME yang berakhir 3 Mac 2023 yang lepas. Markah yang di key in akan bertukar kepada TP. Analisa mata pelajaran akan diedar kepada semua ketua panitia sesi baharu ini. Untuk Sesi 2023/2024 ini, akan dimaklumkan sama ada soalan akan disediakan atau dibuat sendiri. 4.2.25.Pada hari Jumaat, 7.30-8.00 pagi, dalam jadual waktu dikosongkan iaitu tiada mata pelajaran tetapi diganti dengan bacaan Yasiin bagi Tahun 1, 5 dan 6. Kerjasama di antara guru kelas atau guru pembantu apabila hujan untuk berada di dalam kelas sebagaimana waktu pertama perhimpunan Isnin. Makluman


11 4.3. PENGURUSAN HAL EHWAL MURID 4.3.1. Terima kasih kepada semua guru atas kerja buat terutama di bawah unit HEM sepanjang sesi 2022/2023. 4.3.2. Pelan Strategik Organisasi (PSO) HEM. 4.3.3. Enrolmen murid terkini (Kemaskini 8 Mac 2023) 4.3.4. Terdapat beberapa perubahan dalam pelan kedudukan kelas. Rujuk pelan di buku SMART12.Senarai nama murid akan diberi dan guru-guru kelas hendaklah memastikan bilangan kerusi meja mencukupi mengikut bilangan murid. Peningkatan prestasi sahsiah terpuji murid-murid PELAN TINDAKAN KPI TOV (Nilai & Keterangan SASARAN (OUT COME) 2021 2022 2023 2024 2025 1. KEHADIRAN Peratus Kehadiran Murid ke Sekolah Perlu Ditingkatkan 95% murid hadir ke sekolah 89% 90% 92% 94% 95% 95% 1.SALAH LAKU DISIPLIN Penguranga % Salah Laku Disiplin % pengurangan bilangan salah laku disiplin murid 10% 8% 6% 4% 3% 2% 1. KESELAMATAN Menyediakan persekitaran sekolah tidak berisiko dan kondusif Pengurangan 5% kawasan sekolah yang kurang selamat dan berisiko 50% 40% 30% 20% 10% 5% 1. KEBERSIHAN DAN KECERIAAN Tahap kebersihan dan keceriaan bilik darjah dan tandas perlu ditingkatkan Meningkatkan peratus kebersihan dan keceriaan bilik darjah dan tandas sebanyak 5 % 85% 90% 92% 94% 95% 95% ALIRAN BILANGAN KELAS BILANGAN MURID PRASEKOLAH 5 125 PPKI 4 50 TAHUN 1 14 567 TAHUN 2 14 604 TAHUN 3 14 593 TAHUN 4 13 548 TAHUN 5 13 548 TAHUN 6 13 546 JUMLAH 90 3581


12 4.3.5. Jadual waktu sesi persekolahan sesi 2023/2024. HARI SESI TAHUN WAKTU PDPC WAKTU REHAT WAKTU BALIK ISNIN - KHAMIS PAGI PRASEKOLAH 8.00 9.40 12.00 PPKI 7.30 9.30 12.00 1 7.30 9.00 12.20 5 7.30 9.30 12.50 6 7.30 10.00 12.50 PETANG PRASEKOLAH 1.30 2.30 5.00 2 1.10 3.10 6.00 3 1.10 3.40 6.00 4 12.40 4.10 6.00 JUMAAT PAGI PRASEKOLAH 8.00 9.40 12.00 PPKI 7.30 9.30 12.00 1 7.30 9.10 12.00 5 7.30 9.40 12.00 6 7.30 10.00 12.00 PETANG PRASEKOLAH 1.30 3.30 5.30 2 2.10 3.10 6.00 3 2.10 3.40 6.00 4 2.10 4.10 6.00 4.3.6. Penutupan Aplikasi Data Murid (APDM) untuk proses naik kelas. APDM ditutup pada 11 sehingga 15 Mac 2023 dan akan dibuka semula pada 16 Mac 2023. Guru-guru sila kenalpasti senarai murid-murid terutama penerima bantuan, RMT, murid yang berpindah keluar dan sebagainya. 4.3.7. Pelaksanaan Bantuan KWAMP tahun 2023, merujuk surat KPM.800-4/4/28 JLD.18(30), pemberian KWAMP kepada murid Tahun 1 hingga Tingkatan 1 yang layak adalah berdasarkan APDM sebelum 31 Mac 2023. Tindakan guru kelas hendaklah : ● mengemaskini data murid dalam APDM sebelum 31 Mac 2023. ● mengenalpasti had kelayakan mengikut Paras Garis Kemiskinan-PGK Nasional dalam kategori miskin tegar iaitu pendapatan isi rumah tidak melebihi RM1169 atau RM310 perkapita. *Maklumat murid yang dikemaskini selepas tarikh tersebut tidak akan diambil kira sebagai penerima Bantuan Am KWAMP. 4.3.8. Pengurusan Minggu Pertama Persekolahan.Berdasarkan SPI KPM Bilangan 5 Tahun 2023 bertarikh 9 Mac 2023, tiada PdPc pada minggu pertama persekolahan. Rasional: 1.Perlu mewujudkan persekitaran sekolah yang ceria, sihat, kondusif dan selamat: ● pemakaian pelitup muka digalakkan (berdasarkan kenyataan media 10 September 2022). ● memastikan pengudaraan yang baik. ● kerap basuh tangan dengan air dan sabun. ● menjaga kebersihan kelas/persekitaran sekolah. 2.Perlu penglibatan, kerjasama dan sokongan semua pihak. 3.Pendekatan mesra, seronok dan berkesan.


13 4.3.9. Sepanjang minggu pertama persekolahan akan diadakan program-program yang bersifat ceria, menyeronokkan, terancang dan bermakna dalam suasana santai. Program/Aktiviti yang akan dilaksanakan boleh rujuk carta di bawah. Aktiviti yang akan dilaksanakan perlu mempunyai nilai pendidikan yang berinfomatif dan dapat memberi nilai tambah kepada proses pengajaran dan pembelajaran kepada murid seperti pembelajaran bertema, pembelajaran berasaskan pengalaman, dan sebagainya. Unit Bimbingan dan Kaunseling juga turut terlibat dalam Program Bimbingan dan Kaunseling “Amalan Sekolah Penyayang”. 4.3.10. Pengurusan HEM 2023/2024. Jawatankuasa Induk HEM 2023/2024, sila rujuk buku SMART 12, ● Unit Pengawas dan Disiplin Sekolah digabungkan pada kali ini di bawah Penyelaras yang baru iaitu Pn Zanariah binti Zakariah. ● Setiausaha Unit Pengawas dan Disiplin sesi pagi iaitu Pn Siti Khadijah binti Salleh. ● Unit Keselamatan (3K) En Fahmi bin Hassan, Penyelaras baru menggantikan Ustaz Abd Rashid bin Sapari @ Samad yang berpindah. 4.3.11. Carta Alir Pergerakan semasa bayaran tambahan persekolahan 2023/2024: ● Masuk -Melalui pintu pagar kecil -Scan kehadiran ● Ke lokasi -9.00 pagi – terus ke Dataran D’Saujana mendengar taklimat Guru Besar. -Pembayaran mengikut kaunter kelas masing-masing. -Mengisi borang bayaran (1 borang untuk seorang anak sahaja). -Meletakkan jumlah bayaran secukupnya dan tepat di dalam sampul (1 sampul untuk seorang anak sahaja). -Pastikan nama anak dan nama kelas ditulis di luar sampul wang. ● Selesai urusan -Keluar dari kawasan sekolah menggunakan pintu pagar utama (ikut laluan PPKI dan Dataran Surau). TARIKH KELAS 14 Mac 2023 Tahun 2 & 5 15 Mac 2023 Orientasi Tahun 1 16 Mac 2023 Tahun 3 & 4 17 Mac 2023 Tahun 6 Makluman


14 4.4. PENGURUSAN KOKURIKULUM 4.4.1. Jawatankuasa Induk Unit Kokurikulum Sesi 2023/2024 berserta senarai tugas boleh rujuk buku SMART 12. 4.4.2. Tahniah kepada En Mohamad Rafiq bin Razali di atas perlantikan sebagai Setiausaha Sukan yang baharu. 4.4.3. Semua murid Tahap Dua wajib mempunyai buku PAJSK. 3 komponen PAJSK iaitu: ●Segak dan BMI – pelaporan ●Kokurikulum Sukan dan Permainan -110 markah Kelab dan Persatuan -110 markah Unit Beruniform -110 markah ●Ekstra Kurikulum -10 markah 4.4.4. Guru kelas, pengurus pasukan dan jurulatih hendaklah mengambil perhatian terhadap murid- murid yang terlibat dengan pertandingan kokurikulum di dalam dan luar sekolah. 4.4.5. Sijil-sijil yang diperolehi daripada pertandingan tersebut hendaklah difotostat untuk simpanan sekolah contohnya pencapaian murid dalam pertandingan taekwando di peringkat antarabangsa. 4.4.6. Jadual Aktiviti Kokurikulum 2023/2024, rujuk buku SMART 12, m/s 111, akan bermula pada 10 Mei 2023 dengan Unit Beruniform dan berakhir pada 17 Januari 2024 Sukan dan Permainan. Pembahagian 10 kali perjumpaan bagi setiap unit Kokurikulum yang boleh dilakukan secara bersemuka atau secara online. 4.4.7. Tarikh pertandingan serta yuran aktiviti koakademik peringkat daerah Kuala Selangor, boleh rujuk buku SMART 12. 4.4.8. Bagi sesi 2023/2024, pertandingan koakademik dan MSSD akan bermula bulan Mei ini, Oleh itu guru-guru yang terlibat dalam melatih murid dapat memilih murid yang terbaik untuk pertandingan. Oleh itu kerjasama daripada GPK Kurikulum untuk memberi kelonggaran kepada guru-guru untuk melatih murid-murid berdasarkan jadual latihan disebabkan jadual pertandingan yang agak padat pada setiap tahun. 4.4.9. En Mohamad Rafiq bin Razali tidak dapat diserapkan ke unit Pengakap sebagaimana permintaan En Mohd Nazari bin Ismail kerana beliau merupakan seorang ahli TKRS yang berpangkat. 4.4.10.SK Saujana Utama akan menjadi tuan rumah bagi pertandingan bola jaring daerah yang akan diadakan di Stadium Tertutup Kuala Selangor. Diharap pasukan bola jaring dapat memberi impak yang besar terhadap sekolah dalam pertandingan tersebut selaku tuan rumah. 4.4.11.Penjualan baju sukan design baharu pada harga RM28 sehelai. 4.4.12.Projek pembangunan kokurikulum: ● tiang gol sumbangan daripada Datuk Richard masih dalam proses. ● peralatan hoki sumbangan daripada Kelab Hoki TNB. ● sumbangan RM2000 untuk jersi bola sepak dan jersi bola baling. ● menyediakan setor peralatan MSSD di kabin bersebelahan Bilik Muzik. ● menyediakan tapak aktiviti kokurikulum 24 x 85 kaki sebaris dengan camp site D’Saujana. ● penubuhan kelab sukan dan permainan kepada ibu bapa yang berminat untuk anak-anak mereka bagi sesi 2023/2024 seperti kelab boling yang mana mendapat penglibatan dan sumbangan kewangan daripada ibu bapa sendiri. ● program Hari Sukan Negara akan dibincangkan dengan lebih mendalam pada masa mesyuarat PIBG akan datang. Makluman 4.5. PENGURUSAN PETANG 4.5.1. Perubahan waktu persekolahan sesi 2023/2024: ● Tahun 4 iaitu pada 12.40 tengah hari sehinga 6.00 petang (Isnin – Khamis) ● Tahun 2 dan 3 pada 1.10 sehingga 6.00 petang (Isnin-Khamis) ● Tahun 2,3 dan 4 pada 2.10 sehingga 6.00 petang (Jumaat)


15 -Guru-guru sesi petang dikehendaki hadir sebelum pukul 12.30 tengah hari dan pulang 15 minit selepas murid balik. 4.5.2. Waktu kokurikulum pada pukul 8.00 hingga 10.00 pagi, pastikan disiplin murid-murid yang tidak pulang (stayback) terkawal dan tidak mengganggu murid pagi. 4.5.3. ERPH ditulis mengikut ketetapan KPM, dan dihantar setiap hari Jumaat hingga Ahad. 4.5.4. Guru bertugas dikehendaki datang awal iatu pada pukul 12.00 tengah hari dan bertugas mengikut jadual tugas mingguan. 4.5.5. Murid-murid Tahun 2 dan Tahun 3 berkumpul di marquee tent sebelum naik ke kelas dan murid-murid Tahun 4 akan terus ke kelas. 4.5.6. Keberadaan guru-guru perlu dimaklumkan lebih awal bagi memudahkan penyediaan rilif dan permohonan CRK perlu melalui kebenaran Guru Besar. 4.5.7. Persediaan kelas sebelum persekolahan bermula: ●pastikan tiada sampah sarap ●bilangan kerusi meja mencukupi ●sediakan jadual waktu dan jadual bertugas murid ●lengkapkan papan kenyataan 4.5.8. Sepanjang Ramadan murid Pendidikan Moral akan makan di tempat yang akan ditetapkan nanti, manakala murid-murid Islam yang berada di kelas akan ada pengisian kerohanian pada waktu rehat seperti bacaan surah-surah pendek. Akan dibincang dengan penyelaras aliran untuk disediakan jadual pelaksanaannya. Makluman 5. HAL-HAL LAIN 5.1. Pn Gayah binti Isau ingin mendapatkan penjelasan bilakah proses pergerakan masuk murid-murid PPKI ke kabin. Pengerusi memaklumkan persediaan kelas boleh dilakukan pada minggu ini juga memandangkan murid-murid akan mula bersekolah pada minggu hadapan. 5.2. Pn Siti Johanna binti Ramli memaklumkan pentingnya penubuhan Kelab Kerjaya Murid untuk pengisian 10 markah extra kurikulum dalam PAJSK. Dengan ketiadaan kelab tersebut pengisian 10 markah extra tidak dapat dilakukan. 5.3. En Murugan A/L Yeelumalai mengharapkan arahan yang jelas dan perbincangan antara pentadbir dalam melaksanakan aktiviti kokurikulum untuk memudahkan guru-guru dan setiausaha sukan melaksanakan aktiviti. Selain itu juga beliau mencadangkan supaya Hari Sukan Negara (HSN) diletakkan di bawah bidang kurikulum dan dibantu oleh unit kokurikulum kerana tiadanya peruntukan daripada unit kokurikulum. Seterusnya mengenai tuntutan perjalanan MSSD diharapkan ada penjelasan yang jelas semasa mesyuarat kokurikulum nanti. Pengerusi memaklumkan perlu disediakan jadual aktiviti-aktiviti unit kokurikulum untuk pengetahuan pihak pentadbir. 5.4. Pn Nuurul Huda binti Mohd Daud bertanyakan mengenai Al-Quran di bilik j-Qaf hendak ditempatkan dan bilakah setor di bawah tangga boleh digunakan. PK Pentadbiran memaklumkan setor tersebut telah dibaiki oleh kontraktor dan pastikan tiada kebocoran lagi. Seterusnya Pn Nuurul Huda bertanyakan perancangan untuk dua buah bilik yang terdapat di surau. Pengerusi berharap akan diadakan perbincangan bersama guru-guru Pendidikan Islam selepas ini. 5.5. Pn Norisah binti Mohd Sulami (Penyelaras Tahun 1) memaklumkan Hari Orientasi Tahun 1 akan diadakan pada 15 Mac 2023, Rabu. Senarai AJK dan tentatif majlis akan dimasukkan dalam telegram SKSU Rasmi. Guru kelas akan membawa murid naik ke kelas untuk menduduki ujian pengesanan Bahasa Melayu. Sementara itu para ibu bapa akan mendengar taklimat para pentadbir. Setelah selesai ujian, guru pembantu akan membawa murid turun dan beratur mengikut kelas. Para ibu bapa akan mengambil anak masing-masing dan membuat bayaran di kaunter. Semua guru Tahun 1 akan terlibat dengan taklimat program Transisi Tahun 1 pada pukul 10 pagi esok di Kamar Diskusi. Makluman


16 6. UCAPAN PENANGGUHAN 6.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada urus setia mesyuarat, barisan penolong kanan dan semua guru yang menyertai Mesyuarat Guru Bil 1 2023/2024 ini. Pengerusi berharap warga D’Saujana dapat bekerja bersama-sama memperkasakan sekolah SK Saujana Utama ke arah sekolah yang cemerlang dan terbilang. 6.2 Pengerusi menangguhkan mesyuarat pada jam 1.00 petang. Urus Setia Setiausaha Mesyuarat Guru, SK Saujana Utama Sekolah Kluster Kecemerlangan Tarikh : 25 Mac 2023


17


Click to View FlipBook Version