NAMA: NUR IZZAHZAHRA
BINTI ABDUL RAHMAN
KELAS: 2 EXCELLENT
PENGENALAN
Setiap tahun pada bulan Rejab, umat
Islam di seluruh dunia akan mengingati
peristiwa bersejarah yang berlaku pada
bulan ini iaitu Israk dan Mikraj pada 27
Rejab.
PENGERTIAN ISRAK
Pangertian Israk bermaksud perjalanan yang
dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. dengan menunggang
‘Buraq’ iaitu makhluk syurga, dari Masjidil Haram di
Mekah menuju ke Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis
(Palestin) dalam satu malam.
PENGERTIAN
MIKRAJ
Mikraj pula bererti Baginda di naikkan
ke langit dari Baitulmaqdis menuju
beberapa tingkat hingga langit yang
ketujuh terus ke Sidratulmuntaha dan
Al- Mustawa.
TUJUAN MENYAMBUT
ISRAK DAN MIKRAJ
Tujuan kita menyambut perayaan Israk dan Mikraj bagi
memperingati peristiwa Nabi Muhammad SAW berjalan
malam dari Masjidil Haram ke Masjid Al-Aqsa. Peristiwa ini
memberi kita banyak peringatan untuk dihayati oleh
seluruh umat manusia supaya kita sentiasa berpegang
teguh akan suruhan dan larangan Allah SWT.
Peristiwa ini di cetuskan oleh Allah SWT bertujuan menggembirakan Nabi
Muhammad SAW kerana pada ketika itu Nabi Muhammad SWT berada dalam
keadaan sedih yang amat sangat. Beliau kehilangan dua orang yang paling
disayangi, yang banyak berkorban dan banyak berjasa serta membantu beliau
menjalankan tugas-tugasnya sebagai pesuruh Allah.
Mereka yang dimaksudkan ialah isteri Baginda sendiri, Siti Khadijah yang telah
kembali ke Rahmatullah diikuti bapa saudaranya, Abu Talib yang banyak membantu
dan menjadi benteng Rasulullah SAW menyampaikan dakwahnya. Kehilangan
mereka berdua menyebabkan tekanan untuk menyekat perkembangan dakwah
Baginda dari kaum Quarish semakin meningkat.Baginda tiada tempat lagi untuk
mengadu.
Oleh itu, untuk memulihkan semangat juangnya Kembali,
Allah swt mengangkat Nabi untuk diperlihatkan akan
kekuasaanNya apa yang ada di bumi, di langit dan di lautan.
Peristiwa Rasulullah saw Israk dari Masjidil Haram ke Masjid Al-
Aqsa dan Mikraj ke langit adalah salah satu mukjizat terbesar
yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada Bagindanya. Malah
boleh dikatakan bahawa ia adalah kemukjizatan Baginda yang
kedua terbesar sesudah Al-Quran Al-Karim.
PERISTIWA
SEBELUM
Rasulullah S.A.W mengalami pembedahan dada / perut yang
dilakukan oleh Malaikat Jibril dan Mika’il. Hati Baginda S.A.W
dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam (‘alaqah) iaitu
tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian
dituangkan hikmat, ilmu dan iman ke dalam dada Rasulullah
S.A.W . Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan
‘khatimin nubuwwah’. Selesai pembedahan, didatangi
binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah
dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan ‘Israk’ itu.
PERISTIWA
SEMASA
ISRAK
(Perjalanan dari Masjidil Haram
ke Masjid Al-Aqsa)
Sepanjang perjalanan (Israk) itu Rasulullah S.A.W diiringi (ditemani)
oleh Malaikat Jibril dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-
tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibril
supaya berhenti dan bersembahyang sebannyak dua rakaat. Antara
tempat-tempat berkenaan ialah Negeri Thaibah (Madinah), Bukit
Tursina dan Baitul-Laham (tempat Nabi ‘Isa A.S dilahirkan.
PERISTIWA
SEMASA ISRAK
Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah
S.A.W menghadapi gangguan Jin ‘Afrit dengan api
jamung dan dapat menyaksikan peristiwa-
peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya:
• Tempat yang berbau harum, Rasulullah S.A.W diberitahu oleh
Jibril: Itulah bau kubur Masyitah (tukang sisir rambut anak Fir’aun)
bersama suaminya dan anak-anaknya yang dibunuh oleh Fir’aun
kerana tetap teguh beriman kepada Allah (tidak mahu mengakui
Fir’aun sebagai Tuhan).
PERISTIWA
SEMASA ISRAK
• Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka.
Apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum
lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S.A.W diberitahu
oleh Jibril: Itulah kaum yang berjihad ‘fisabilillah’ yang digandakan pahala
kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang
lebih banyak.
• Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap
kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula.
Demikian dilakukan berkali-kali. Jibril memberitahu Rasulullah: Itulah
orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).
PERISTIWA
SEMASA MIKRAJ
(Naik ke Hadhratul-Qudus Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga.
menemui Allah): Rasulullah S.A.W dan Jibril naik ke atas tangga pertama
lalu terangkat ke pintu langit dunia (Pintu Hafzhah).
1. LANGIT PERTAMA: 4. LANGIT KEEMPAT:
Bertemu dengan Nabi Adam A.S . Bertemu dengan Nabi Idris A.S .
2. LANGIT KEDUA: 5. LANGIT KELIMA:
Bertemu dengan Nabi ‘Isa A.S dan Bertemu dengan Nabi Harun A.S .
Nabi Yahya A.S .
3. LANGIT KETIGA: 6. LANGIT KEENAM:
Bertemu dengan Nabi Yusuf A.S . Bertemu dengan Nabi Musa A.S .
PERISTIWA
SEMASA MIKRAJ
SELESAI MUNAJAT
Rasulullah S.A.W di bawa menemui Nabi
Ibrahim A.S kemudian Nabi Musa A.S yang
kemudiannya menyuruh Rasulullah S.A.W
merayu kepada Allah S.W.T agar diberi
keringanan, mengurangkan jumlah
waktu solat itu. Selepas Sembilan kali
merayu, (setiap kali dikurangkan lima
waktu), akhirnya Allah perkenan
memfardhukan sembahyang lima waktu
sehari semalam dengan mengekalkan
nilainya sebanyak 50 waktu juga.
PERISTIWA
SELEPAS
MIKRAJ
KESIMPULANNYA
Peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah
sejarah yang di ceritakan kembali setiap kali 27 Rejab
menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati
pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani
perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik.
Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai
kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi
keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut
kepada kekuasaan-Nya.
BAHAN RUJUKAN YANG
DIGUNAKAN
https://online.anyflip.com/cajib/
fluo/mobile/index.html