The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Adzfa Hananie Kerisim, 2024-04-17 01:45:06

BUKU PROGRAM MAKSA SESI 2023/2024

BUKU PROGRAM MAKSA SESI 2023/2024

DIRASMIKAN OLEH: PUAN BARIZAH BINTI MOHD KAHAR PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH RANAU 18 APRIL 2024 (KHAMIS) 7.00 PAGI HINGGA 12.30 TENGAH HARI DEWAN LINANGKIT BUKU PROGRAM MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN SESI AKADEMIK (MAKSA) 2023/2024 SMK KEMBURONGOH RANAU ‘Mimparagat, Minsingilo’


SENARAI KANDUNGAN BIL PERKARA MUKA SURAT 1. Matlamat MAKSA 2 2. Objektif MAKSA 2 3. Teks Ucapan Tetamu Kehormat 3-4 4. Teks Ucapan YDP PIBG SMK Kemburongoh 5 5. Teks Ucapan Pengetua 6 6. Atur Cara Majlis 7 7. Jawatankuasa Pelaksana 8-10 8. Senarai Penerima Anugerah 11-20 9. Penghargaan 21 1


MATLAMAT 1. Melahirkan murid yang cemerlang, berkualiti dan berwawasan. 2. Mempertingkatkan amalan mencintai ilmu dalam diri murid-murid. 3. Melahirkan murid-murid yang mempunyai semangat juang yang tinggi dalam akademik. 4. Mempertingkatkan kecemerlangan semua mata pelajaran. 5. Melahirkan guru yang mampu berkhidmat dengan cemerlang dan boleh menyesuaikan diri dalam pelbagai situasi. MATLAMAT DAN OBJEKTIF MAKSA OBJEKTIF 1. Memberikan penghargaan dan pengiktirafan kepada murid-murid yang cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum. 2. Meningkatkan motivasi murid untuk meningkatkan kualiti pencapaian dalam akademik. 3. Memberikan penghargaan kepada guru-guru yang memberikan komitmen yang tinggi terhadap tugas dan menyumbangkan tenaga kepada sekolah ini. 4. Meningkatkan penglibatan ibu bapa dalam program sekolah. 2


Seuntai Kata Seulas Bicara TETAMU KEHORMAT Terima kasih pengerusi majlis. Yang Berusaha Tuan Japit Timbangan, pengetua SMK Kemburongoh. Yang Berbahagia Encik Hawili, Yang Dipertua PIBG SMK Kemburongoh. Yang Dihormati Puan Juvita Ompion, Penolong Kanan Pentadbiran, Puan Suraizah Rujih, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Encik Robert Unsik, Penolong Kanan Kokurikulum, Barisan guru dan ibu bapa dan murid yang dikasihi sekalian. Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh, salam sejahtera, salam madani, salam Ranau Hebat Mengungguli Kecemerlangan. Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak SMK Kemburongoh kerana sudi menjemput saya ke Majlis Anugerah Kecemerlangan Seroja Sesi Akademik ini. Saya terharu dengan ibu bapa yang telah menunjukan komitmen yang tinggi kerana hadir ke majlis ini. Tahniah juga kepada guru-guru yang telah berjaya dan mampu melahirkan modal insan yang berkualiti. Semoga majlis ini dapat dijadikan asas permulaan anjakan paradigma menjana modal insan yang cemerlang dan terbilang. Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian, Pada hari ini, kita mendapati peranan pendidikan telah berubah dengan jelas daripada fungsi tradisionalnya. Para pelajar bukan sahaja datang ke sekolah untuk belajar tetapi untuk dididik sebagai pewaris negara agar menjadi modal insan yang berilmu dan berakhlak mulia. Hal ini selari dengan salah satu Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), iaitu meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan. Dalam konteks ini, NKRA itu sendiri merupakan satu inovasi dasar dan strategi yang ampuh dalam merealisasikan hasrat untuk memantapkan kualiti pendidikan negara. Kita perlu bersedia untuk melakukan pembaharuan dan pembugaran dalam sistem pendidikan melalui inovasi dasar dan strategi yang berterusan. Sistem pendidikan kita telah berubah secara dinamik dan progresif, proses perubahan dan pembaharuan tersebut seiring dengan peredaran zaman. Lantaran Kementerian Pendidikan telah memperkenalkan Pentaksiran Berasaskan Bilik Darjah (PBD) sebagai kayu ukur kompetensi para pelajar. Dengan kata lain, kita perlu melahirkan para pelajar yang cemerlang dan kompeten iaitu mencapai standard kualiti untuk merealisasikan aspirasi dan agenda negara. Hadirin sekalian, Pelbagai usaha dilakukan untuk menjadikan para pelajar sebagai peneroka ilmu dan bukan sekadar pengikut amat penting bagi mempersiapkan generasi muda dengan keperluan abad ke-21. Selama ini, kita beranggapan penglibatan ibu bapa dengan pembelajaran anakanak mereka di sekolah berlaku secara semula jadi. Namun, dengan perubahan zaman dan cabaran semasa, usaha secara bersepadu dan bersungguh-sungguh melalui satu kaedah perlu dilakukan oleh semua lapisan masyarakat supaya dapat menyumbang kepada kejayaan anakanak. Seyogianya, ibu bapa menitikberatkan soal pembelajaran secara berterusan bukan sahaja di sekolah tetapi juga di rumah. Sebagai ibu bapa kita juga perlu melakukan refleksi kendiri atau bermuhasabah, apakah memadai atau cukup setakat menyerahkan tanggungjawab kepada guru-guru dan pihak sekolah semata-mata. Ibu bapa perlu memastikan usaha yang dimulakan di sekolah akan diteruskan apabila murid-murid balik ke rumah. 3


Seuntai Kata Seulas Bicara TETAMU KEHORMAT Tuan-tuan dan puan-puan, Bagi menghasilkan pendidikan yang bermutu, guru-guru perlu melakukan anjakan paradigma dalam melaksanakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang menggalakkan para pelajar untuk berfikir secara kreatif dan inovatif terutama para pelajar di sini yang berfokuskan kemahiran. Ibu bapa janganlah risau guruguru telah dibekalkan dengan ilmu pedagogi yang menarik minat murid-murid sebagai contoh pembelajaran abad ke-21 dan pembelajaran digital. Pembelajaran tersebut dapat menarik minat murid belajar dan tidak bosan dengan pengajaran seperti dulu iaitu ’Chalk’ and ’Talk” Suka juga saya berpesan kepada guru-guru supaya meningkatkan keupayaan perkhidmatan terutama ketika melaksanakan PdP. Para pendidik perlu sedar bahawa orang ramai terutama ibu bapa sentiasa mengukur pencapaian berdasarkan standard kualiti yang telah dijanjikan. Para pendidik jangan cepat berasa puas dengan pencapaian pada hari ini. Seorang pendidik mesti sentiasa berusaha meningkatkan kualiti perkhidmatan agar perkhidmatan pendidikan akan menjadi contoh kepada perkhidmatan yang lain. Seperti yang kita semua sedia maklum, para pelajar merupakan tiang negara dan bakal pemimpin negara kerana Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Jadi pengasuhan, bimbingan dan dorongan dari segi semua aspek hidup dari peringkat awal lagi adalah amat penting. Pencapaian mereka dari segi akademik sahaja tidak memadai. Malahan pembangunan dan perkembangan yang tinggi dalam aspek keperibadian juga adalah perlu diberi perhatian yang sama berat. Saya percaya sambutan Majlis Anugerah Kecemerlangan Seroja Sesi Akademik 2023/2024 SMK Kemburongoh pada hari ini adalah selari dengan matlamat memberi dorongan dan memotivasikan para pelajar agar terus berusaha untuk mencapai kecemerlangan dalam akademik dan kokurikulum. Diharapkan semoga program seumpama ini dapat berterusan pada masa-masa akan datang bukan sahaja untuk pelajar yang cemerlang tetapi juga yang kurang cemerlang tetapi ada peningkatan atau kemajuan. Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian, Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada para pelajar yang akan menerima penghargaan atas pencapaian mereka dan diharapkan pencapaian kecemerlangan tersebut tidak berakhir di sini sahaja. Teruskanlah kecemerlangan itu sampai bila-bila. Segala kejayaan ini tidak seharusnya melekakan kita. Benar kita telah mencipta banyak kejayaan, tetapi ini tidak bermakna bahawa kita boleh selesa berpeluk tubuh mengharapkan setiap kejayaan yang dicipta pada masa lalu akan berulang dengan sendirinya pada masa hadapan. Hakikatnya, kita sedang menghadapi pelbagai cabaran baru yang menuntut supaya kita sentiasa meneroka ilmu terkini, melakukan inovasi dan berusaha untuk melangkaui sempadan kecemerlangan. Kepada para pelajar yang tidak menerima hadiah, janganlah kecewa tetapi ingatlah pesanan saya ini. Untuk menjadi seorang pelajar yang cemerlang, kita harus mempunyai sikap rajin berusaha dan tidak mudah berputus asa. Berpeganglah pada prinsip alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Saya percaya para pelajar yang mendapat anugerah pada hari ini merupakan mereka yang rajin berusaha dan konsisten dalam usaha. Mereka yang cemerlang ini biasanya rajin pada tiap-tiap hari dan bukannya rajin menjelang peperiksaan semata-mata atau rajin mengikut musim. Saya percaya jika para pelajar dapat mencontohi mereka yang menerima anugerah pada hari ini, anda juga pasti akan berada di kerusi tersebut pada tahun akan datang. Akhir kata, saya ingin mengambil kesempatan sekali lagi mengucapkan tahniah dan syabas kepada pihak SMK Kemburongoh kerana berjaya menganjurkan Majlis Anugerah Kecemerlangan Seroja Sesi Akademik 2023/2024 tahun ini. Dengan itu, saya dengan lafaz bismillah merasmikan majlis ini. 4


Setitis Tinta YDP PIBG SMK KEMBURONGOH Assalamualaikum w.b.t dan salam Sejahtera. Setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurniaNya SMK Kemburongoh dapat menganjurkan Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik sesi akademik tahun 2023/2024. Pertama sekali saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada pihak sekolah yang menjemput saya untuk sama-sama memeriahkan majlis ini. Saya mewakili PIBG sekolah ini mengucapkan sekalung penghargaan kepada semua guru-guru yang tidak jemu mendidik anak-anak kami sehingga berjaya seperti hari ini. Gandingan yang baik di antara Ibu Bapa dan semua guru-guru serta kakitangan sekolah memungkinkan kejayaan anak-anak ini. Semoga penghargaan ini akan meniup semangat yang lebih kepada murid-murid yang berjaya khasnya dan kepada semua murid-murid di sekolah ini umumnya. Tuan-tuan dan puan-puan. Hari Anugerah Kecemerlangan Akademik adalah kayu ukur kepada prestasi pencapaian pelajar. Bagi pelajar yang berjaya meraih anugerah cemerlang, pihak PIBG ingin mengucapkan syabas dan tahniah dan bagi pelajar yang belum berjaya jangan putus asa kerana preskripsi kejayaan ialah rajin, tekun dan gigih berusaha. Usaha yang gigih akan menghasilkan kejayaan yang cemerlang. PIBG sangat memberi kerjasama dengan pihak sekolah untuk memastikan pelajar-pelajar mempunyai motivasi untuk belajar iaitu memberikan hadiah atau sumbangan bagi pelajar yang cemerlang dalam SPM. Sehubungan dengan itu, saya mengambil kesempatan ini menyeru ibu bapa yang dermawan atau yang berkemahiran dalam bidang-bidang tertentu tampil memberi sumbangan membantu pihak sekolah dalam menentukan penerusan kecemerlangan pendidikan anak-anak kita Di samping kemajuan akademik, PIBG juga sentiasa bekerjasama dengan pihak sekolah dalam memastikan pembangunan sahsiah pelajar agar anak-anak kita selamat meneruskan kehidupan mereka dalam era kecanggihan teknologi yang penuh dengan cabaran. Mudah-mudahan impian kita sebagai ibu bapa untuk melihat anak kita berjaya menjadi insan cemerlang tercapai selaras dengan visi dan misi SMK Kemburongoh. Saya berharap agar Ahli Jawatankuasa PIBG baru yang akan dilantik kelak dapat meneruskan usaha dengan lebih gigih bagi meningkatkan kecemerlangan SMK Kemburongoh . Syabas kepada semua guru-guru dan pelajar yang telah bekerja keras untuk memastikan kejayaan dan kelancaran Hari Anugerah Cemerlang ini. Para ibu bapa pelajar dan PIBG yang telah menyumbang dan memberi sokongan secara langsung mahu pun secara tidak langsung menjayakan Hari Anugerah Kecemerlangan Akademik diucapkan ribuan terima kasih. Semoga mendapat keberkatan daripada Allah SWT. Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada semua AJK PIBG yang telah sama-sama bekerja dan berusaha membantu pihak sekolah dalam pelbagai program. Saya mewakili semua AJK PIBG akan terus menyokong segala program yang dianjurkan oleh pihak sekolah bagi memacu kecemerlangan pelajar. Sumbangan tuan/puan telah digunakan dengan sebaik-baiknya untuk membantu programprogram sekolah bertujuan meningkatkan pencapaian pendidikan dan sahsiah anak-anak kita di sekolah ini. Saya merasakan para guru akan merasakan bangga jika kita sebagai ibu bapa sentiasa mengambil berat dengan disiplin anak-anak kita di sekolah. Kita harus sedar, kecemerlangan seseorang pelajar ini amat bergantung kepada pendisiplinan mereka dalam menuntut ilmu. Mereka mesti disiplin dengan peraturan agama Islam. Mereka juga mesti berdisiplin dengan peraturan sekolah. Untuk ini, kita perlu mendampingi dan selalu bertanya khabar dengan guru tentang anak-anak kita. Jangan ambil tindakan melulu berdasarkan maklumat daripada anak-anak kita semata.-mata. Mungkin sikap mereka di rumah tidak sama dengan sikap mereka ketika di sekolah. Akhir kalam, sebelum saya menutup ucapan ini, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak terutama kepada guru-guru dan ibu bapa atas kerjasama padu demi melihat kejayaan anak-anak pelajar semua. Terima kasih yang tidak terhingga saya kepada Yang Berusaha Puan Barizah kerana sudi singgah kemari untuk merasmikan Hari Anugerah Kecemerlangan Akademik. 5 Bismillahirrahmanirrahim, Yang Berusaha Puan Barizah, PPD Ranau. Yang Berusaha En Japit Timbangan Pengetua SMK Kemburongoh Yang Dihormati Puan Juvita Ompion, Penolong Kanan Pentadbiran, Puan Suraizah Rujih, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Encik Robert Unsik, Penolong Kanan Kokurikulum, Barisan guru dan ibu bapa dan murid yang dikasihi sekalian.


Sekapur Sireh Seulas Pinang PENGETUA SMK KEMBURONGOH Yang Berusaha Puan Barizah, PPD Ranau. Yang Berbahagia Encik Hawili, Yang Dipertua PIBG SMK Kemburongoh. Yang Dihormati Puan Jovita Ompion, Penolong Kanan Pentadbiran, Puan Suraizah Rujih, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Encik Robert Unsik, Penolong Kanan Kokurikulum, Barisan guru dan ibu bapa dan murid yang dikasihi sekalian. Salam Madani, Salam Ranau Hebat Mengungguli Kecemerlangan, Salam Mimparagat Minsingilo. Selamat pagi dan salam Sejahtera. Pertama bagi pihak sekolah saya ingin mengalu-alukan kehadiran YDP PIBG SMK Kemburongoh, ibu bapa/penjaga dan anak-anak pelajar yang dikasihi. Ucapan ribuan terima kasih juga saya rakamkan khususnya Pegawai Pelajaran Daerah Puan Barizah Abdul Kahar atas kesudian hadir dan seterusnya merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik Sesi 2023/2024 SMK Kemburongoh pada hari ini. Saya juga mengucapkan selamat datang kepada para jemputan untuk sama-sama meraikan penerima anugerah Kecemerlangan Akademik sesi 2023/2024. Hadirin yang dihormati, Hari ini merupakan hari yang amat bermakna kepada seluruh warga SMK Kemburongoh kerana majlis ini adalah kemuncak kepada pengiktirafan sekolah terhadap pencapaian kurikulum khususnya akademik dan sumbangan murid-murid dalam kokurikulum. Matlamat kecemerlangan sekolah perlulah sentiasa pentingkan selaras dengan transformasi sistem pendidikan negara dibawah PPPM 2013-2025 sebagaimana yang dihasratkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Sebagai pengetua SMK Kemburongoh saya bertanggungjawab dalam memastikan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia menjadi pemangkin kepada kemenjadian pelajar khususnya SMK Kemburongoh. Sebentar nanti kita akan sama-sama menyaksikan para pelajar serta guru-guru menerima anugerah masing-masing sebagai tanda pengiktirafan pihak sekolah terhadap pencapaian akademik dan juga sumbangan pelajar-pelajar dalam kokurikulum. Tahniah dan Syabas diucapkan kepada semua Penerima. Hadirin yang dihormati, Dikesempatan ini, sekali lagi saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Barizah PPD Ranau kerana sudi meluangkan masa untuk bersama-sama kita pada pagi ini dan seterusnya merasmikan majlis anugerah ini. Terima kasih juga tidak terhingga kepada pengarah program Majlis Anugerah Kecemerlangan Sesi Akademik 2023/2024 iaitu Cikgu Aganist dan guru-guru yang telah bertungkus lumus menjayakan program ini. Sekian Terima Kasih. 6


7 ATUR CARA MAJLIS 7.00 – 7.45 pagi Pendaftaran Penerima Anugerah, Ibu Bapa, Guru dan AJK PIBG 7.50 pagi Ketibaan Tuan Pengetua dan YDP PIBG 7.55 pagi ➢ Ketibaan Pegawai Pendidikan Daerah ➢ Tarian Sambut Tetamu 8.00 – 9.30 pagi ➢ Lagu Negaraku ➢ Lagu Sabah Tanah Airku ➢ Bacaan Doa ➢ Ucapan YDP PIBG SMK Kemburongoh Encik Hawili Lamin ➢ Ucapan Pengetua SMK Kemburongoh Encik Japit Timbangan ➢ Ucapan Perasmian Puan Barizah binti Mohd Kahar Pegawai Pendidikan Daerah Pejabat Pendidikan Daerah Ranau ➢ Persembahan Tarian Etnik ➢ Penyampaian Anugerah Pencapaian Terbaik SPM 2022 Dan Anugerah Panitia Cemerlang SPM 2022 9.30 – 10.00 pagi REHAT ➢ Penyampaian Anugerah Akademik ➢ Persembahan Duet ➢ Penyampaian Anugerah Pembangunan Bakat Murid dan Anugerah Bitara SEROJA (ABS) ➢ Persembahan Koir ➢ Penyampaian Anugerah Pembangunan Murid ➢ Penyampaian Cenderahati kepada Perasmi ➢ Persembahan Tarian 12.30 tengah hari Penutup Lagu Sekolah Bersurai


JAWATANKUASA PELAKSANA Penasihat : En. Japit Timbangan Pengerusi : Pn. Juvita Ompion Timbalan Pengerusi 1 : Cik. Suraizah Binti Rujih Timbalan Pengerusi 2 : En. Robert Unsik Penyelaras Program : Pn. Aganist Binti Dusin Penolong Penyelaras Program : En. Phang Pang Hing Setiausaha : Pn. Fouzey Justin Penolong Setiausaha : Pn. Julina Binti Abeh Jawatankuasa Pelaksana dan Skop Tugas Penyelaras Program Pn. Aganist Binti Dusin Floor Manager En. Phang Pang Hing En. Robert Unsik Setiausaha Pn. Fouzey Justin Pn. Julina Binti Abeh Bendahari Pn. Suzana Francis Protokol En. Zulhimat Bin Taip En. Jeffley Bin Kumil Buku Program/ Sijil/ Brosur Pn. Ronie Sabin Pn. Ivy Sendralisa Cik. Adzfa Hananie Binti Kerisim Pendaftaran Pn. Ruzita Binti Muhajir Pn. Siti Mariani Yusin 8


JAWATANKUASA PELAKSANA Persediaan Tempat (Awal) En. Saudin Bin Satimin En. Jaffrey Kumil Persediaan Tempat (Akhir) En. Jinu Lasion En. Philip Bin Dolinting En. Majunting Bin Amija Hiasan Pentas/ Back Drop Pn. Beatrice Yudin Pn. Yusrizawati Binti Jahamin Banner En. Jinu Lasion Pengurus Penerima Anugerah En. Yuslizam Bin Selamat Pn. Cynthia George Cik. Hanny Jaimin Juruacara Pn. Julinah Penyelaras Sijil/ Cenderahati/ Hadiah Pn. Lourinah Binti Lakinson Pn. Fouzey Justin Dokumentasi/ Fotografi En. Philip Bin Dolinting PA Sistem En. Mohd. Azry Bin Supailim Parking En. Ruhizih Bin Dakim En. Majunting Bin Amija Kawalan Murid En. Jamirin Sambag En. Willfred Sikun En. Stanley Eston Chia 9


JAWATANKUASA PELAKSANA Jamuan Pn. Kamaidah Maslin Pn. Restipah Binti Saidi Persembahan Murid En. Azimie Bin Kawasa Pn. Kamidah Maslin Pn. Yusrizawati Jahamin Bacaan Doa En. Yuslizam Bin Selamat Penyelaras Penerima Anugerah Pn. Caesarina Binti Yuman Penerima Anugerah Tempat 1, 2, 3 keseluruhan Tingkatan dan kelas Pn. Ronie Sabin Pn. Julina Binti Abeh Anugerah HEM Pn. Suraizah Binti Rujih Tokoh Murid dan Tokoh Kokurikulum En. Azimie Bin Kawasa Teks Ucapan Pn. Sujaihah Matri Penyambut Tetamu En. Ruhizih Bin Dakim En. Pajiri Bin Rohimin Kebersihan En. Raimond Rusiah En. Ah Chong Montaj Pn. Caesarina Binti Yuman 10


PENERIMA ANUGERAH 11 SENARAI ANUGERAH PANITIA CEMERLANG SPM 2022 BIL NAMA PENERIMA MATA PELAJARAN 01 SITI MARIANA YUSIN BAHASA MELAYU 02 YUSLIZAM BIN SELAMAT PENDIDIKAN ISLAM 03 PHANG PANG HING MATEMATIK 04 ZULHIMAT BIN TAIP GEOGRAFI 05 JAFFREY BIN KUMIL PENDIDIKAN SENI VISUAL 06 SAUDIN BIN SATIMIN PERTANIAN 07 SURAIZAH @ HABIBI BINTI RUJIH PERNIAGAAN 08 AZIMIE @ JURHELY BIN KAWASA SAINS SUKAN 09 JINU LASION BAHASA KADAZAN DUSUN SENARAI ANUGERAH PENCAPAIAN TERBAIK SPM 2022 SENARAI PENCAPAIAN MATA PELAJARAN CEMERLANG BIL NAMA PENERIMA MATA PELAJARAN TINGKATAN 01 FARISHA MAISARAH BINTI JACKRIN REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI 1 RIGEL 02 FARISHA MAISARAH BINTI JACKRIN GEOGRAFI 1 RIGEL 03 FARISHA MAISARAH BINTI JACKRIN BAHASA INGGERIS 1 RIGEL 04 NURQASEH BALQIS BINTI AZMAN BAHASA INGGERIS 1 RIGEL 05 AZRI ZAKWAN BIN SAMSUDIN BAHASA INGGERIS 1 RIGEL 06 NURUL HANIS FATHIRA BINTI AZRIN BAHASA INGGERIS 1 VEGA 07 JASON STEVE JECKSYON BAHASA INGGERIS 1 CAPELLA 08 SHEARON MIRREL FAUZI BAHASA INGGERIS 1 CAPELLA 09 SYARAH MARKUS BAHASA INGGERIS 1 CAPELLA 10 ANIS DIANA MAJUNTING BAHASA INGGERIS 2 VEGA BIL NAMA PENERIMA PENCAPAIAN 01 AHMAD IRFAN BIN YASILIN 1A+, 3A, 3A-, 1B+, 1B 02 ANDRIAN SYAH BIN JOHARY 3A+, 3A, 2A-, 1B+ 03 ESTHER SIBIN 2A+, 3A, 2A-, 1B+, 1C 04 ILMAN HAZIQ BIN AZIMIE@JURHELY 1A+, 1A, 4A-, 1B+, 1B, 1D 05 IZZATUL ALYIA BINTI SABHAN 6A, 2A-, 1B 06 LEONNA ROCHELLA ROBERT 1A+, 5A, 1A, 2B+ 07 MOHD ZULFARIHIN BIN MOHD JUSLIN 1A+, 4A, 2A-, 1B, 1D 08 NURUL SHAFIQAH AZWA BINTI SUKININ 1A+, 5A, 2A-, 1C+


PENERIMA ANUGERAH 12 SENARAI PENCAPAIAN MATA PELAJARAN CEMERLANG BIL NAMA PENERIMA MATA PELAJARAN TINGKATAN 11 CLYDE AIZEK BAHASA INGGERIS 2 VEGA 12 LEORNA LIENDERRY BAHASA INGGERIS 2 VEGA 13 LYNATTALIE ROSEANNE ROBERT BAHASA INGGERIS 2 VEGA 14 MUHAMMAD FADHLIL WAFI B LAMINUS BAHASA INGGERIS 2 VEGA 15 MUHAMMAD RAUDHATUL HAKIM BAHASA INGGERIS 2 CAPELLA 16 REZMAN ISKANDAR BIN RAZALI BAHASA INGGERIS 2 CAPELLA 17 LEONALRICH DEUT BAHASA INGGERIS 3 VEGA 18 SITI HALWA BINTI AMRIE BAHASA INGGERIS 3 VEGA 19 AQIL IZZUDIN BIN SAHABUDIN BAHASA INGGERIS 3 CAPELLA 20 GRETCHEN DELINDA BINTI GERALD @ GERLAD BAHASA INGGERIS 3 CAPELLA 21 SYAHREZZ ASYRAF BIN MOHD HAFIZ BAHASA INGGERIS 3 CAPELLA 22 CHRISTIH JAIMIS BAHASA MELAYU 4 RIGEL 23 EFFY CAROLINE ALOYSIUS BAHASA MELAYU 4 RIGEL 24 JOEID HEAVENT JUPIRIN BAHASA MELAYU 4 RIGEL 25 AZYAN SYAZWANI BINTI MOHD SAAIDI BAHASA MELAYU 4 RIGEL 26 JORNAH JASNEH BAHASA MELAYU 4 RIGEL 27 MAS ADILAH BINTI IBIN BAHASA MELAYU 4 RIGEL 28 NUR SHAYIERAH ATIRAH BINTI ANTO BAHASA MELAYU 4 RIGEL 29 MOHAMAD IMAN SHAHMI BIN MATININ BAHASA MELAYU 4 RIGEL 30 NUR SYARIFAH SYARWANI BINTI JAFFRY BAHASA MELAYU 4 RIGEL 31 RUTH ANGELINA JANIE BAHASA MELAYU 4 RIGEL 32 JORDAN NELLDER BAHASA MELAYU 4 RIGEL 33 SYELVI ELSIE VITUS BAHASA MELAYU 4 RIGEL 34 NUR IDZATIN AZMA BINTI HARIMIN BAHASA MELAYU 4 RIGEL 35 NUR RIFQAH AZNIE BINTI ABD AZIZ BAHASA MELAYU 4 RIGEL 36 NURFAZIRAH BINTI JEARY BAHASA MELAYU 4 RIGEL 37 MOHAMMAD AZWAN HAFIFIE BAHASA MELAYU 4 RIGEL 38 SYED ZAID AMRI BIN MOHD ZAIN BAHASA MELAYU 4 RIGEL


PENERIMA ANUGERAH 13 SENARAI PENCAPAIAN MATA PELAJARAN CEMERLANG BIL NAMA PENERIMA MATA PELAJARAN TINGKATAN 39 NUR AIN ATIRAH BINTI JOKISIN @ JUHISIN BAHASA MELAYU 4 RIGEL 40 NOOR AFIFA SYAFIKA BT TAJUDIN BAHASA MELAYU 2 VEGA 41 FLAVIA VERRA ROGER PENDIDIKAN MORAL 1 RIGEL 42 OLLYE OLIVIANE HENDRY PENDIDIKAN MORAL 1 RIGEL 43 ROZANELL JOSHUA P. KOUNSIR PENDIDIKAN MORAL 1 RIGEL 44 VELLINTINOCHIA MION PENDIDIKAN MORAL 1 RIGEL 45 ANGEL JINUS PENDIDIKAN MORAL 1 VEGA 46 CRIS PUTRA ADWEN PENDIDIKAN MORAL 1 VEGA 47 FAZLEO PENDIDIKAN MORAL 1 VEGA 48 HENDECO JUDE PENDIDIKAN MORAL 1 VEGA 49 JOYRELLY JEDLLY PENDIDIKAN MORAL 1 VEGA 50 NICK HEINRICH BAKLIN PENDIDIKAN MORAL 1 VEGA 51 RACHEL JANIE PENDIDIKAN MORAL 1 VEGA 52 STEVEN JANE PENDIDIKAN MORAL 1 VEGA 53 ANIS DIANA MAJUNTING PENDIDIKAN MORAL 2 VEGA 54 CAMRYN JAULIS PENDIDIKAN MORAL 2 VEGA 68 JIBI CHARLIN DJBRAIL SEJARAH 3 VEGA 69 EZLYIN JAMES SEJARAH 4 VEGA 70 STEVE ROYSTON FEREZER SEJARAH 4 VEGA 71 CHRISTIH JAIMIS SEJARAH 4 RIGEL 72 EFFY CAROLINE ALOYSIUS SEJARAH 4 RIGEL 73 JOEID HEAVENT JUPIRIN SEJARAH 4 RIGEL 74 NUR IDZATIN AZMA BINTI HARIMIN SEJARAH 4 RIGEL 75 NUR SHAYIERAH ATIRAH BINTI ANTO SEJARAH 4 RIGEL 76 ELVA NATASHA MAYUN SAINS RUMAH TANGGA 4 VEGA 77 CHRISTIH JAIMIS SAINS 4 RIGEL 78 EFFY CAROLINE ALOYSIUS SAINS SUKAN 4 RIGEL 79 AZYAN SYAZWANI BINTI MOHD SAAIDI SAINS SUKAN 4 RIGEL 80 NUR IDZATIN AZMA BINTI HARIMIN SAINS SUKAN 4 RIGEL 81 CHRISTIH JAIMIS SAINS SUKAN 4 RIGEL 82 CHRISTIH JAIMIS SAINS SUKAN 4 RIGEL 83 CHRISTIH JAIMIS PERTANIAN 4 RIGEL


PENERIMA ANUGERAH 14 SENARAI PENCAPAIAN CEMERLANG TINGKATAN BIL NAMA PENERIMA TINGKATAN 01 ARIF HAIKAL BIN WAHSADI 1 CAPELLA 02 FAZA FARWIEZA BINTI MOHAMAD SHAHRUL 1 CAPELLA 03 SYARAH MARKUS 1 CAPELLA 04 VELTON EAVENS EDWIND 1 CAPELLA 05 WENCES SIKIN 1 CAPELLA 06 NOREZWAN BIN CELESTINE 1 RIGEL 07 NUR AIN FIRZANA BINTI JAPIUS 1 RIGEL 08 NURQASEH BALQIS BINTI AZMAN 1 RIGEL 09 AHMAD ASHRAFF NUR IQHRAM BIN JASLEE 1 VEGA 10 FERNANDEZ ROGER 2 CAPELLA 11 OWAYNE PAUL BAKLIN 2 CAPELLA 12 JANELYLYAIVYLIZE JULI 2 VEGA 13 LYNATTALIE ROSEANNE ROBERT 2 VEGA 14 MUHAMMAD FADHLIL WAFI B LAMINUS 2 VEGA 15 NOOR AFIFA SYAFIKA BT TAJUDIN 2 VEGA 16 NUR ASYURAH AZIRAH BT JEARY 2 VEGA 17 OBBY ALEXSANDER SELYVESTER 2 VEGA 18 ELDROVENZO JAMES @ FABIAN 3 CAPELLA 19 IZZATUL ATHIQA BINTI SABHAN 3 CAPELLA 20 MOHAMAD HAIRULNIZAM BIN KAHIRUDDIN 3 CAPELLA 21 WENDI JAPININ 3 CAPELLA 22 BELORIKA SIMAH @ JAIMIS 3 RIGEL 23 SHERLYN SIXTUS 3 RIGEL 24 WINDEY RONEIL MALIP 3 RIGEL 25 LEONALRICH DEUT 3 VEGA


PENERIMA ANUGERAH 15 SENARAI PENCAPAIAN TERBAIK TINGKATAN BIL NAMA PENERIMA TINGKATAN KEDUDUKAN 01 NURUL HANIS FATHIRA BINTI AZRIN 1 VEGA KETIGA 02 SHEARON MIRREL FAUZI 1 CAPELLA KEDUA 03 FARISHA MAISARAH BINTI JACKRIN 1 RIGEL PERTAMA 04 REZMAN ISKANDAR BIN RAZALI 2 CAPELLA KETIGA 05 SUZIE FLEAYRICHEALLYN SIXTUS 2 VEGA KEDUA 06 CLYDE AIZEK 2 VEGA PERTAMA 07 JOAN YVONNE BINTI JECKSYON 3 RIGEL KETIGA 08 JIBI CHARLIN DJBRAIL 3 VEGA KEDUA 09 ZUL QARNAIN BIN NASRUDDIN 3 RIGEL PERTAMA 10 ALIF NAZIM BIN MAININ 4 VEGA KETIGA 11 ELVA NATASHA MAYUN 4 VEGA KEDUA 12 EZLYIN JAMES 4 VEGA PERTAMA 13 JOEID HEAVENT JUPIRIN 4 RIGEL KETIGA 14 EFFY CAROLINE ALOYSIUS 4 RIGEL KEDUA 15 CHRISTIH JAIMIS 4 RIGEL PERTAMA 16 JOEID HEAVENT JUPIRIN 4 RIGEL KETIGA 17 EFFY CAROLINE ALOYSIUS 4 RIGEL KEDUA 18 CHRISTIH JAIMIS 4 RIGEL PERTAMA ANUGERAH NILAM BIL NAMA PENERIMA TINGKATAN 01 SITI HALWA BINTI AMRIE 3 VEGA 02 NURFAZIRAH BINTI JEARY 4 RIGEL ANUGERAH STEM BIL NAMA PENERIMA TINGKATAN 01 NUR ANIS SHANISA BINTI SAIDI 4 VEGA 02 EZLYIN JAMES 4 VEGA 03 EFFY CAROLINE ALOYSIUS 4 RIGEL


PENERIMA ANUGERAH 16 ANUGERAH PENCAPAIAN TERTINGGI SUKAN CATUR BIL NAMA PENERIMA TINGKATAN 01 CICIE ELVIRYN EGJAYS 2 VEGA 02 ELDROVENZO JAMES @ FABIAN 3 CAPELLA 03 NATHAN RAJAN 3 CAPELLA 04 WEI WEI SYDNEY EWONG 3 CAPELLA 05 EFFY CAROLINE ALOYSIUS 4 RIGEL 06 SEAN MACHRIST DAIVIN 4 VEGA 07 CICIE ELVIRYN EGJAYS 2 VEGA ANUGERAH PENCAPAIAN TERTINGGI SUKAN BOLA TAMPAR BIL NAMA PENERIMA TINGKATAN 01 MOHAMAD IQHFAN BIN HAJIRIS 2 RIGEL 02 NORIFAH LESTARI BT JAINUDIN 2 VEGA 03 NUR SAHIDAH BT SAZILIN 2 VEGA 04 MOHAMMAD IBRAN BIN SAPININ 3 RIGEL 05 MOHAMAD DILL ADLIN BIN RAILI 3 VEGA ANUGERAH PANITIA CEMERLANG BIL NAMA PENERIMA 01 JINU LASION 02 SITI MARIANA YUSIN ANUGERAH PEMBIMBING STEM SEROJA BIL NAMA PENERIMA 01 CAESARINA BT YUMAN @ NAJIAH ANUGERAH PENGGERAK INOVASI SEROJA BIL NAMA PENERIMA 01 YUSLIZAM BIN SELAMAT


PENERIMA ANUGERAH 17 ANUGERAH PEGURUSAN SUKAN BOLA TAMPAR BIL NAMA PENERIMA 01 AZARY @ MOHD AZRY BIN SUPAILIM 02 JUILIN BINTI ABEH @ JULINAH 03 RUHIZIH BIN DAKIM 04 YUSRIZAWATI BINTI JAHAMIN ANUGERAH PENGURUSAN SUKAN CATUR BIL NAMA PENERIMA 01 JEFFLEY BIN KUMIL 02 ZULHIMAT BIN TAIP ANUGERAH PENGURUSAN PANITIA BIL NAMA PENERIMA 01 FOUZEY JUSTIN ANUGERAH PENGURUSAN KEWANGAN SEKOLAH CEMERLANG BIL NAMA PENERIMA 01 SUZANAH FRANCIS


PENERIMA ANUGERAH 18 KEHADIRAN PENUH SEPANJANG SESI 2023/2024 BIL NAMA PENERIMA TINGKATAN 01 AHMAD ASHRAFF NUR IQHRAM BIN JASLEE 1 VEGA 02 DIANA FRESYYE FEREZER 2 CAPELLA 03 FERNANDEZ ROGER 2 CAPELLA 04 JESS SUZANN DAVID 2 CAPELLA 05 ANDY DYLAN YIGON 2 RIGEL 06 BARBARA LIBIN 2 RIGEL 07 ANIS DIANA MAJUNTING 2 VEGA 08 JANELYLYAIVYLIZE JULI 2 VEGA 09 JULIE ANN ALBERT 3 VEGA 10 LEONALRICH DEUT 3 VEGA 11 SITI HALWA BINTI AMRIE 3 VEGA 12 ANISAUDREY BINTI JIPLI 4 VEGA 13 FAZA FIFAZIAH BINTI MOHAMAD SHAHRUL 4 VEGA 14 JAKIRA JUSILI 4 VEGA 15 NUR ANIS SHANISA BINTI SAIDI 4 VEGA 16 RICHEL ANDRY LESMIS 4 VEGA 17 SEAN MACHRIST DAIVIN 4 VEGA ANUGERAH KHIDMAT BAKTI SEROJA (KELAS) BIL NAMA PENERIMA TINGKATAN 01 NUR ANIS SHANISA BINTI SAIDI 4 VEGA ANUGERAH KEPIMPINAN MUDA BIL NAMA PENERIMA TINGKATAN 01 YUNECLAYBORAH DELSON 1 CAPELLA 02 FARISHA MAISARAH BINTI JACKRIN 1 RIGEL


PENERIMA ANUGERAH 19 ANUGERAH SAHSIAH TERBAIK BIL NAMA PENERIMA TINGKATAN 01 FAZA FARWIEZA BINTI MOHAMAD SHAHRUL 1 CAPELLA 02 MUHAMMAD RAUDHATUL HAKIM 2 CAPELLA 03 AQIL IZZUDIN BIN SAHABUDIN 3 CAPELLA 04 JORDAN NELLDER 4 RIGEL 05 STEVE ROYSTON FEREZER 4 VEGA 06 NUR AZMIRNA BINTI SAPININ 5 VEGA SIJIL PENGHARGAAN AJK PIBG SESI AKADEMIK 2022/2023 BIL NAMA PENERIMA TUGAS WAKIL 01 ENCIK HAWILI BIN LAMIN YANG DIPERTUA PIBG YDP 02 ENCIK JAHARIN ANGKU NAIB YANG DIPERTUA PIBG 03 ENCIK ZULHIMAT TAIP SETIAUSAHA PIBG 04 ENCIK JEFFLEY KUMIL NAIB SETIAUSAHA PIBG 05 PUAN JULINAH ABEH BENDAHARI PIBG 06 ENCIK YUSLIZAM BIN SELAMAT JURUAUDIT PIBG 07 ENCIK AZIMIE KAWASA 08 ENCIK JAHILI @ PIMIN BIN BARAM AHLI JAWATANKUASA PIBG 09 ENCIK YALIN BIN KOSIN 10 PUAN SITI MILIAH @ EMMY BINTI GIAK 11 PUAN ROSLIN KINSION 12 PUAN AIANEH SELUMIN 13 ENCIK WAHSADI BIN SAIM @ RUSIKAN 14 ENCIK PRIMUS KOUNSIR 15 PUAN MAHANI BINTI JUPILEE 16 PUAN HAYANI SELUMIN 17 ENCIK RONNY PHILIP 18 PUAN SAJELINA SAMIDIN 19 ENCIK MOHD AZRY SUPAILIM 20 ENCIK KAMARUDDIN WALY 21 ENCIK ELIP LIPON 22 ENCIK MORSADI JULIN 23 ENCIK PHILIP DOLINTING 24 ENCIK DAVID BIN JULIAN 25 ENCIK R. RADZIE @ AZRI 26 ENCIK SIKIN GONSILOU 27 PUAN KASMAH ABIDIN 28 ENCIK AFFINDY


PENERIMA ANUGERAH 20 TOKOH PIBG BIL NAMA PENERIMA 01 ENCIK DAVID BIN JULIAN TOKOH HARAPAN PEREMPUAN BIL NAMA PENERIMA TINGKATAN 01 CHRISTIH JAIMIS 4 RIGEL TOKOH HARAPAN LELAKI BIL NAMA PENERIMA TINGKATAN 01 FERDINAND NOEL 4 VEGA TOKOH HARAPAN KOKURIKULUM PEREMPUAN BIL NAMA PENERIMA TINGKATAN 01 IFFAH KHAIRUNNISA BT JOHARI 2 VEGA TOKOH HARAPAN KOKURIKULUM LELAKI BIL NAMA PENERIMA TINGKATAN 01 SEAN MACHRIST DAIVIN 4 VEGA TOKOH SAHSIAH PEREMPUAN BIL NAMA PENERIMA TINGKATAN 01 JAZLEA ANTASHA BINTI JUSLI 5 RIGEL TOKOH SAHSIAH LELAKI BIL NAMA PENERIMA TINGKATAN 01 SYED ZAID AMRI BIN MOHD ZAIN 4 RIGEL TOKOH KOKURIKULUM BIL NAMA PENERIMA TINGKATAN 01 MOHAMAD IQHFAN BIN HAJIRIS 2 RIGEL TOKOH PELAJAR BIL NAMA PENERIMA TINGKATAN 01 ADY DANIEL HAIQAL JOMES 5 RIGEL


SEKALUNG PENGHARGAAN Jawatankuasa Pengelola dan Pelaksana Majlis Anugerah Kecemerlangan Sesi Akademik (MAKSA) 2023/2024 SMK. KEMBURONGOH Dengan tulus ikhlas merakamkan ucapan setingi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada: Puan Barizah Binti Mohd Kahar Pegawai Pendidikan Daerah Ranau En. Hawili Bin Lamin Yang Dipertua PIBG SMK Kemburongoh En. Japit Timbangan Pengetua SMK Kemburongoh Barisan Pentadbir AJK PIBG Guru-guru Ibu Bapa Murid-murid SMK Kemburongoh & Semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN SESI AKADEMIK (MAKSA) 2023/2024 21


Click to View FlipBook Version