PENGENALAN ASAS JILID 1 Pengenalan Asas kepada Teknik Rendering, merupakan teknik yang perlu dikuasai oleh pelajar rekabentuk khususnya dalam meningkatkan kualiti lukisan supaya kualiti lukisan yang dihasilkan lebih realistik. Teknik ini juga penting kepada pereka dalam proses menterjemahkan idea kepada visual dengan lebih jelas. "RENDERING TECHNIQUE FOR GRAPHIC DESIGN" ADILREZA BIN SHAMSURI MOHD FIRDAUS FAUZI POLITEKNIK MUADZAM SHAH PAHANG
Ketua Editor Haizatul Akma Binti Hazali Editor AdilReza Bin Shamsuri Mohd Firdaus Bin Mohd Fauzi Penulis AdilReza Bin Shamsuri Mohd Firdaus Bin Mohd Fauzi Pereka Grafik AdilReza Bin Shamsuri Mohd Firdaus Bin Mohd Fauzi Application Publishers and Developers AdilReza Bin Shamsuri Mohd Firdaus Bin Mohd Fauzi Terbitan Edisi 2022 Hakcipta terpelihara tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula disimpan untuk pengeluaran atau ditukarkan ke dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang alat sama ada dengan cara elektronik gambar dan rakaman serta sebagainya tanpa kebenaran bertulis daripada Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti Kementerian Pendidikan Malaysia terlebih dahulu Diterbitkan oleh: Politeknik Muadzam Shah, Lebuhraya Tun Abdul Razak, 26700 Muadzam Shah, Pahang Darul Makmur. Pengenalan Asas “Rendering Technique For Graphic Design” Jilid 1 JAWATANKUASA EDITOR i
ZAHANA BINTI YUSOFF Ketua Jabatan Master in Visual Communication and New Media (UiTM) Jabatan Rekabentuk & Komunikasi Visual Politeknik Muadzam Shah, Pahang. DR. MOHD SHAHRIL BIN MOHD HASSAN @ ABDUL GHANI Ketua Jabatan Doktor Falsafah Pendidikan Teknik Dan Vokasional Jabatan Kejuruteraan Mekanikal Politeknik Muadzam Shah, Pahang. Kami ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada mereka yang telah banyak memberi tunjuk ajar dan galakan terhadap penyusunan eBook PENGENALAN ASAS “RENDERING TECHNIQUE FOR GRAPHIC DESIGN” JILID 1. Kami berhasrat untuk menyumbang usaha dan pengetahuan kami secara berterusan untuk pelajar di dalam rekabentuk kreatif khususnya, diharap dengan ebook ini pelajar mempunyai sumber rujukan didalam memahami subjek yang dipelajari. Semoga usaha kami ini dapat bersama sama memperkasakan bidang pendidikan TVET negara. PENGHARGAAN Di semak oleh: ii
ABSTRAK Buku Digital Pengenalan Asas Rendering Technique For Graphic Design Jilid 1 ini merangkumi topik asas permulaan yang perlu dikuasai oleh pelajar grafik, ia merupakan salah satu subjek elektif, dimana pengukuhan ini dapat memastikan idea dan konsep boleh diterjemahkan dengan baik di atas sekeping kertas. Proses ini akan memahirkan pelajar tentang koordinasi mata dan tangan. Selain itu ilmu kemahiran ini akan membantu pelajar supaya mampu berdaya saing di dalam industri kreatif yang berkaitan.Teknik rendering akan mendedahkan pelajar dengan penerokaan pelbagai jenis media dan alatan bagi mengukuhkan kemahiran untuk proses visualisasi idea rekabentuk.Tujuan pengukuhan ini juga amat penting di dalam memberi kefahaman kepada pelajar tentang keberkesanan teknik komunikasi secara visual. Dengan penguasaan teknik rendering pelajar dapat mengukuhkan proses menggambarkan idea dan konsep rekabentuk dengan lebih cantik dan jelas. Melalui proses pembelajaran ini juga, pelajar akan dapat membezakan setiap penggunaan media dan alatan serta menghasilkan lakaran 2 dimensi kepada 3 dimensi dengan baik. iii
“Rendering technique for Graphic Design” merupakan sukatan pembelajaran yang telah ditetapkan didalam disiplin rekabentuk grafik dimana ia merupakan subjek pemantapan bagi psikomotor pelajar didalam kaedah penghasilan kerja seni. “Pengenalan Asas Rendering Technique for Graphic Design Jilid 1,merupakan keluaran edisi pertama dimana secara asas nya ia sangat sesuai bagi pengenalan kepada pelajar yang ingin mempelajari Teknik Rendering. Kandungan buku ini telah diselaraskan dengan sukatan pelajaran terkini yang ditetapkan oleh Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Selain itu juga Teknik Rendering merupakan penerokaan kepada pelbagai jenis kaedah dan teknik lakaran menggunakan pelbagai alat dan media untuk menggambarkan konsep idea. Penghasilan Ebook ini juga mendedahkan kepada pelajar bagaimana seorang pereka boleh berkomunikasi secara visual dengan menggunakan teknik lukisan 2d yang berkesan. Pengenalan asas ini akan membolehkan pelajar menggunakan kemahiran rendering mereka untuk menggambarkan idea dan konsep reka bentuk dengan lebih realistik dan sistematik. Penulis 1: ADILREZA BIN SHAMSURI Pensyarah Kanan DH48 Ijazah Sarjana Muda Rekabentuk Perindustrian Jabatan Rekabentuk & Komunikasi Visual Politeknik Muadzam Shah, Pahang. Penulis 2: MOHD FIRDAUS BIN MOHD FAUZI Pensyarah DH41 Ijazah Sarjana Muda Rekabentuk Grafik Jabatan Rekabentuk & Komunikasi Visual Politeknik Muadzam Shah, Pahang. KATA PENGANTAR iv
Pencils/color pencils Papers/tracing vellum/dry marker papers Color soft pastels Cool grey markers, warm grey markers and colour markers Pens, ballpoints, felt tips Paint and inks Airbrush tools set Tapes, adhesives, and erasers Straight-edges, curves and sweeps Ellipse templates Round templates Talcum powder Cotton wool pad Lakaran kecil (Thumbnail) Lakaran kasar (Rough Sketch) Lakaran terperinci (Detail Sketch) Lakaran garisan (Line sketching) Lakaran nilai (Value sketching) Lakaran warna (Color sketching) Lakaran bentuk (Form sketching) Pandangan perspektif satu titik (one point perspective) Pandangan perspektif dua titik (two point perspective) Pandangan perspektif tiga titik (three point perspective) JAWATANKUASA EDITOR PENGHARGAAN ABSTRAK KATA PENGANTAR PENGENALAN DAN PENDAHULUAN “RENDERING TECHNIQUE” KEPERLUAN DAN KEPENTINGAN TEKNIK RENDERING BAB 1.PENGENALAN KEPADA MEDIA DAN ALAT LUKISAN “RENDERING” BAB 2. MENGENAL PASTI JENIS LAKARAN DAN PERBEZAAN SETIAP TEKNIK LAKARAN PERBEZAAN TEKNIK LAKARAN TEKNIK MELAKAR YANG BETUL APA ITU PERSPEKTIF TIPS MELAKAR DENGAN BAIK CONTOH LAKARAN RENDERING LATIHAN PEMANTAPAN RUJUKAN i ii iii iv 1 2-4 5-18 19-22 23-30 31-32 33-38 39-45 46-51 52-59 60 ISI KANDUNGAN
1 PENGENALAN DAN PENDAHULUAN “TEKNIK RENDERING” Teknik Render, adalah penerokaan kepada pelbagai jenis rendering dan teknik lakaran menggunakan pelbagai alat dan media untuk menggambarkan reka bentuk. Tujuan Subjek Rendering khususnya adalah untuk mendedahkan pelajar kepada komunikasi visual 2D teknik yang berkesan. Pelajar perlu menggunakan kemahiran rendering mereka untuk menggambarkan atau menterjemahkan idea dan konsep reka bentuk di dalam bentuk lukisan. Rendering juga merupakan proses mencipta kesan cahaya, teduhan (shading) dan sumber cahaya untuk mencapai kontras dalam lukisan. rendering meningkatkan kualiti lukisan garisan. manakala lukisan garisan menunjukkan lebih banyak bentuk daripada bentuk objek yang dilukis, rendering meningkatkan kualiti lukisan supaya memberikan kualiti gambaran yang lebih realistik. Jenis asas teknik rendering ialah garisan selari (hatching) , garisan silang pangkah (crosshatching), contengan dan titik (scribbling and stippling). Antara prinsip yang perlu dipertimbangkan semasa membuat rendering ialah lokasi sumber cahaya, tumpuan cahaya, bayang teras, tona cahaya, cahaya pantulan dan limpahan bayang bayang.
2 Lakaran membantu menyampaikan idea, menunjukkan kefungsian, menggambarkan aliran pengguna dan menggambarkan apa sahaja yang memerlukan interaksi manusia.Ia adalah cara yang bagus untuk menyampaikan idea anda kepada orang lain. Berdasarkan kajian, lakaran ialah cara terbaik untuk merangsang kreativiti dan pemikiran terbuka, menjadikan minda berfikir dalam cara yang berbeza, memaksanya untuk menyelesaikan masalah. MENYAMPAIKAN IDEA
3 KEMAHIRAN YANG PERLU DIKUASAI Melukis adalah kemahiran yang diperlukan untuk segala-galanya dalam konteks seni lukis, dan jika anda tidak memilikinya anda akan berhadapan dengan kesukaran mengambarkan idea. Lukisan bukan sahaja permulaan segala-galanya dalam seni, ia adalah elemen penting dalam memudahkan proses kreatif artis dengan menerangkan apa yang dilihat, dan menggambarkan apa yang diimaginasikan.
4 Lakaran idea ialah langkah pertama dalam proses reka bentuk dan sesuatu yang perlu dilakukan oleh setiap pereka. Lakaran bukan sahaja terhad kepada pereka, ia berlaku dalam banyak kerjaya yang memerlukan sesuatu untuk dibina, untuk menghasilkan lukisan atau lakaran yang cantik anda tidak perlu menjadi artis profesional untuk menghasilkannya. Teknik lakaran akan membantu anda meneroka dan menerangkan konsep reka bentuk. Lakaran boleh dibuat dengan mudah menggunakan pen dan kertas atau papan putih. Menggunakan sesuatu yang kekal seperti pen atau penanda adalah yang terbaik. Ia memastikan lakaran anda cepat, kasar dan pelbagai. Ini membantu anda kurang bimbang tentang estetika reka bentuk dan lebih fokus pada perumusan idea yang pantas. PROSES REKABENTUK
Media dan alatan lukisan merupakan sesuatu yang sangat penting didalam menghasilkan sesuatu karya seni, alat seni boleh ditakrifkan sebagai objek, alat, peralatan atau sesuatu yang digunakan untuk aplikasi teknik atau mengubah bahan atau medium seni kepada penciptaan karya seni yang telah siap. Dalam istilah seni, media digambarkan sebagai bahan yang digunakan untuk mencipta seni, seperti kertas, cat, pensil, pen, pensil warna, marker, cat air dan banyak lagi, semua jenis media mempunyai kesan yang berbeza bagi setiap jenisnya . Media ialah medium yang boleh digunakan untuk menentukan apa sahaja alat dan bekalan yang digunakan untuk mencipta sesuatu seni. MEDIA DAN ALATAN 5
6 Pensil merupakan alatan yang cukup sinomin didalam aktiviti melukis dan melakar. Tahukah anda "Plumbum" dalam pensel sebenarnya tidak diperbuat daripada plumbum. Ia diperbuat daripada satu bentuk karbon yang dipanggil grafit. Grafit dicampur dengan tanah liat dan dibentuk menjadi plumbum pensil nipis yang panjang. Pensil mempunyai tahap kepekatan tona warna hitamnya, kepekatan pensil biasanya di kategorikan seperti berikut 6H,5H,4H,3H,2H,F (separa terang, dan HB,2B,3B,4B,5B,6B,7B,8B (terang dan pekat) PENSIL PENSIL WARNA Tidak seperti pensil grafit dan arang, teras pensil berwarna adalah berasaskan lilin atau minyak dan mengandungi perkadaran pigmen, aditif dan agen pengikat yang berbeza-beza. Pensil warna sebenarnya tidak mengandungi sebarang plumbum. Pensil berwarna mudah dikendalikan, mempunyai sarung kayu. Pigmen juga ditambah dan dicampur dengan air dan agen pengikat untuk mencipta pelangi warna. Pensil warna bersifat kering ia mudah dikendalikan tanpa memerlukan masa tertentu untuk pengeringan. 6
Layout Pad merupakan kertas lukisan yang diguna pakai didalam lukisan teknik rendering, ia sangat menyerupai dengan pad kertas surih (tracing pad) tetapi biasanya digunakan untuk seni. Ia lutsinar, seperti kertas surih, tetapi cenderung lebih tebal sedikit. Ia sesuai untuk lukisan dan ilustrasi kerana kertas layout pad ringan dan mempunyai permukaan licin. "Kertas Vellum" moden pula ialah sejenis kertas untuk menekap (tracing) ia diperbuat daripada bahan tumbuhan sintetik, dan dipanggil sedemikian untuk kegunaan dan persamaan kualitinya. Kertas vellum digunakan untuk pelbagai tujuan termasuk menekap, lukisan teknikal, lukisan pelan dan cetak biru. Kertas yang digunakan untuk kegunaan marker rendering lazimnya adalah kertas nipis, licin, tidak mudah menyerap, kertas ini di panggil (dry marker paper) Ia sesuai untuk lakaran reka bentuk pantas seperti kerja ilustrasi, fesyen, reka bentuk komik, automotif dan sebagainya. Sifat khas kertas ini, ia tidak mudah menyerap dakwat dan ia memudahkan proses percampuran pigmen marker yang mempunyai alkohol di dalamnya. Tidak seperti kertas lukisan biasa yang mudah menyerap kerana ketebalan gsm kertas tersebut. PAPER 7
Pastel warna adalah media tradisional dan juga paling banyak digunakan didalam menghasilkan lukisan bewarna. Pastel warna mempunyai kepekatan pigmen yang sangat tinggi, ia sangat mudah hancur dan rapuh, tetapi warnanya sangat pekat. Pastel warna merupakan bahan yang diguna pakai didalam teknik rendering, dimana ia dapat menghasilkan kesan seperti pantulan cermin, kesan gelas, perak, emas, plastik dan sebagainya. PASTEL WARNA GETTING STARTED WITH SOFT PASTELS | A BEGINNERS GUIDE TO PASTELS IMBAS 8
9 Rendering marker, merupakan medium atau alat yang biasanya digunakan didalam teknik rendering, marker rendering mempunyai pigmen warna yang beralkohol. Marker rendering mempunyai dua mata iaitu halus tirus dan rata seperti pahat, kedua dua jenis mata ini mempunyai fungsi berbeza. Mata tirus berfungsi bagi kemasan garisan dan sudut yang lebih kecil manakala mata rata seperti pahat digunakan untuk ruang yang lebih luas dan besar. Tiga jenis rendering marker yang perlu anda ketahui ialah, cool grey color, warm grey color dan set marker color. Kegunaan marker bertona kelabu biasanya digunakan untuk kesan bayang, atau menambah kepekatan dasar warna ketika proses mewarna menggunakan marker. Selain itu marker rendering boleh di isi semula dakwatnya dan kedua dua belah mata boleh di tukar ganti sekiranya telah rosak. MARKER
10 Pen dakwat (ballpen) ialah pen dakwat yang biasa kita gunakan untuk penulisan harian. Pen mata bola juga digunakan untuk melukis dan melakar ia juga dapat menghasilkan kesan bayang, tetapi pen jenis mata bola memerlukan penjagaan seperti mengawal tekanan ketika digunakan kerana jika terlalu banyak tekanan ia boleh mengakibatkan gumpalan dakwat yang tidak diingini pada permukaan lukisan. Felt-tipped pen, biasanya digunakan oleh artis. Pelbagai warna tersedia dan artis boleh menggabungkan warna untuk mencipta kesan yang berbeza pada lukisan. Dengan mengawal tekanan ketika menggunakan pen jenis ini, artis boleh menghasilkan kesan bayang dan garisan keras atau lembut dengan lebih sempurna.
11 Dakwat alkohol ialah cat berasaskan pewarna berwarna terang yang paling kerap digunakan dalam mencipta tekstur mengalir bebas. Ia boleh digunakan secara bersendirian dalam projek media campuran seperti mencetak dan mengecap, membuat perhiasan, mewarnakan fabrik, dan sebagainya. Dakwat jenis mudah kering, jadi ia sangat sesuai di dalam proses lakaran pantas. Penggunaan dakwat alkohol digunakan didalam media marker di mana ia boleh diisi semula sekiranya dakwat telah kering atau habis, berikut terdapat contoh kaedah pengisian semula dakwat di dalam marker render. HOW TO REFILL COPIC MARKERS | IT REALLY IS THIS EASY IMBAS
Airbrushing ialah teknik lukisan yang menggunakan berus udara untuk memberikan permukaan yang rata dan konsisten, selalunya digunakan untuk mencipta tahap realisme yang tinggi. Berus semburan udara (airbrush) merupakan alat semburan berbentuk pensil yang digunakan untuk pelbagai aktiviti yang sangat terperinci seperti lukisan bayang (shading) dan foto retouching atau sebaliknya, pistol semburan yang berbentuk pensil biasanya digunakan untuk semburan cat dan bahagian muncung pensil berus udara ini dapat dikawal bukaan cat yang di kehendaki. 12
13 Spray Mount Adhesive ialah pelekat semburan yang boleh diposisikan semula, sangat baik untuk susun atur, poster, pembentangan, reka bentuk grafik dan banyak lagi. Mengikat kebanyakan asetat, foil, fabrik, tisu ringan dan kertas surat khabar. Mudah dan serba boleh. Semburan ringan membenarkan kedudukan semula, manakala semburan yang lebih berat membolehkan ikatan yang lebih kuat. Pita pelekat, juga dikenali sebagai pita pelukis, ialah sejenis pita sensitif tekanan yang diperbuat daripada kertas nipis dan mudah koyak, dan pelekat sensitif tekanan yang mudah dikeluarkan. Ia boleh didapati dalam pelbagai saiz dan digunakan terutamanya dalam lukisan, untuk menutup kawasan yang tidak sepatutnya dicat. Pemadam, kepingan getah atau bahan lain yang digunakan untuk menggosok tanda yang dibuat dengan dakwat, pensel atau kapur. Pemadam moden biasanya merupakan campuran bahan pelelas seperti batu apung halus, matriks bergetah seperti getah sintetik atau vinil, dan bahan-bahan lain.
14 Pembaris Lengkung (Curves Ruler) berfungsi untuk menjadikan garisan melengkung tepat dan mudah dibentuk. Alat ini boleh dikatakan dapat menghasilkan semua jenis garisan lengkung yang dikehendaki. Pembaris straightedge ialah alat yang digunakan untuk melukis garis lurus, atau mendapat ketepatan garis lurus, ia mempunyai tanda jarak sebagai panduan membuat garisan mengikut ukuran yang dikehendaki. Pembaris Sweep Ruler juga berfungsi untuk menghasilkan garisan melengkung. Pembaris sweep tidak boleh dibentuk ia terhad kepada satu jenis lengkung jika dibandingkan dengan curves ruler. Kebiasaanya terdapat templat bulatan pelbagai saiz pada alat ukur jenis ini.
15 Elips ialah sejenis bulatan yang telah diregangkan ke satu arah, ia dipanggil bentuk bujur. Alat penanda ellipse membolehkan anda membuat garisan berbentuk bujur dalam karya seni anda. Templat elips ini kebiasaannya digunakan untuk melukis bentuk seperti tayar, silinder, botol dan sebagainya. IMBAS Drawing Wheel Perspectives with Ellipse Guide
16 sumber gambar ; https://www.pinterest.com Templat Bulatan ialah kaedah stensil dengan potongan bulatan yang digunakan dalam menanda untuk melukis bulatan. Templat bulatan membantu elemen garis bulatan dan diukur dengan tepat pada lukisan tanpa bantuan pembaris atau kompas berskala. Berikut adalah contoh hasil lukisan lantai seni bina rumah, dimana terdapat penggunaan templat bulatan bagi kemasan di dalam lukisan.
17 Serbuk talkum diperbuat daripada, mineral yang terdiri terutamanya daripada unsur magnesium, silikon, dan oksigen. Sebagai serbuk, ia menyerap lembapan dengan baik dan membantu mengurangkan geseran, menjadikannya berguna untuk campuran bersama soft pastels di mana ia dapat menghasilkan kesan kemasan yang lebih lembut dan rata pada lukisan sumber gambar ; https://www.pinterest.com Berikut adalah contoh hasil lukisan yang menggunakan campuran talkum dan soft pastel dimana ia dapat menghasilkan kesan pantulan langit pada objek dengan lebih licin dan rata.
18 Bulu kapas kebiasaannya terdapat didalam bentuk pad bulat dan segiempat . Istilah "bulu kapas" merujuk kepada produk kapas yang telah diproses untuk menjadi penyerap khas. Bulu kapas biasa digunakan untuk mencuci kotoran di kulit dan sebagainya, namun di dalam kerja seni bulu kapas boleh digunakan untuk pelbagai kegunaan contoh medium untuk sapuan cat seperti pastel atau dakwat di atas kertas lukisan, kesan penggunaan bulu kapas dapat menjadikan lukisan lebih rata dan licin.
19 Lakaran kecil (thumbnail) Lakaran kasar (rough sketch) Lakaran terperinci (detail sketch) Lakaran secara tradisinya merujuk kepada jenis lukisan kasar awal yang mungkin dibuat oleh artis atau pereka sebagai persediaan untuk lukisan contengan atau lukisan yang lebih formal (seperti kajian). Terdapat pelbagai jenis teori dalam memantapkan pemahaman anda dalam mengenal pasti jenis lakaran, namun tiga jenis lakaran berikut merupakan asas yang perlu diketahui dalam menghasilkan lukisan rendering iaitu: MENGENAL PASTI JENIS LAKARAN DAN PERBEZAAN SETIAP TEKNIK LAKARAN
20 Lukisan lakaran kecil (thumbnail sketches) ialah lukisan pantas kecil yang boleh membantu anda merancang lukisan atau lukisan yang lebih besar. Ia amat berguna untuk memahami komposisi objek yang akan dihasilkan Lukisan lakaran kecil hanya bersaiz kirakira 2 – 3 inci, akan memudahkan perkembangan idea kepada peringkat seterusnya. Selain itu anda boleh mendapatkan pemahaman tentang objek atau produk yang akan dihasilkan dengan lebih jelas. sumber gambar ; https://www.pinterest.com
21 Lakaran kasar (rough sketches) berfungsi sebagai prototaip visual penuh pertama. Ia dihasilkan dengan cepat dan tanpa terlalu mementingkan komposisi mahupun estetika. Pada peringkat awal ini, jauh lebih mudah untuk mengubah dan menukar lakaran rekaan berbanding kemudiannya apabila komposisi dan butiran telah mula ditetapkan. sumber gambar ; https://www.pinterest.com
22 Lukisan terperinci (detail sketches), kadangkala dipanggil lukisan pembuatan, biasanya menunjukkan satu komponen dan memberikan semua maklumat yang diperlukan untuk pembuatan komponen tersebut. Perkara yang perlu dinyatakan oleh lukisan ini ialah, bentuk atau bentuk komponen. Dimensi penuh, toleransi dan kemasan permukaan. sumber gambar ; https://www.pinterest.com
23 PERBEZAAN TEKNIK LAKARAN Apabila kita mula memegang pen atau pensil untuk melukis atau melakar, perkara pertama yang kita akan lakukan diatas kertas adalah melakukan garisan. Sama ada secara semulajadi, atau melalui percubaan, garisan juga boleh terjadi ketika kesilapan dilakukan semasa proses melakar. Garisan dapat ditakrifkan melalui bentuk, mencipta struktur, membahagikan bingkai, kontur, mencipta variasi tona (garisan silang, contohnya) dan mengarahkan garisan dari satu bahagian ke satu bahagian yang lain. Terdapat banyak jenis garisan iaitu garisan tebal, nipis, mendatar, menegak, zigzag, pepenjuru, kerinting, melengkung, lingkaran, dan sebagainya. Garisan ialah pengetahuan asas untuk pereka dalam menghasilkan lukisan yang berkualiti.
24 LAKARAN GARISAN (LINE SKETCHING) Dalam proses melakar, perkara asas yang perlu dikuasai semestinya jenis garisan, kerana dengan teknik penggunaan garisan yang baik ia akan menghasilkan karya yang berkualiti dan cantik, terdapat banyak jenis garisan seperti garisan tebal, nipis, mendatar, menegak, zigzag, berpenjuru, kerinting, melengkung, lingkaran, dan sebagainya. Sifat garisan selalunya sangat ekspresif. 8 BASIC PEN/PENCIL STROKES | BEGINNERS INTRODUCTION IMBAS sumber gambar ; https://www.pinterest.com
25 CONTOH LAKARAN GARISAN (LINE SKETCHING) sumber gambar ; https://www.pinterest.com
26 Lakaran nilai (value sketching) ialah lukisan yang memfokuskan pada menghasilkan jisim terang dan gelap pada subjek dan cara ia berkait antara satu sama lain. Ia juga merupakan teknik lakaran yang memberi penumpuan kepada nilai dan kualiti. Pelukis menggunakan lakaran nilai sebagai anotasi visual untuk menjadikan lukisan yang dihasilkan dapat berkomunikasi secara visual dengan jelas dan tepat. LAKARAN NILAI (VALUE SKETCHING)
27 CONTOH LAKARAN NILAI (VALUE SKETCHING) sumber gambar ; https://www.pinterest.com
28 Lakaran warna ialah salah satu gaya artistik abstrak yang menambah teknik sapuan pensil warna yang jarang berbanding dengan sapuan berus berwarna kasual. Jenis pensil warna yang digunakan dalam lakaran menghasilkan tanda seakan berus lukisan tetapi kurang kelihatan teksturnya. Lakaran warna memberi kesan yang lebih realistik dan nyata. LAKARAN WARNA (COLOR SKETCHING) IMBAS HOW TO USE COLORED PENCIL - GUIDE FOR BEGINNERS CONTOH LAKARAN WARNA (COLOR SKETCHING) sumber gambar ; https://www.pinterest.com
29 Bentuk adalah salah satu elemen seni visual yang berkaitan dengan cara sesuatu bentuk atau konfigurasi fizikal menduduki ruang. Untuk karya seni tiga dimensi seperti arca atau karya seni bina, bentuk ialah bentuk, struktur dan susunan komponen seperti panjang, lebar dan kedalaman sesuatu bentuk. Bentuk ialah rupa dalam tiga dimensi dan boleh menjadi geometri atau organik. Bentuk geometri ialah bentuk yang matematik, tepat, dan boleh dinamakan seperti dalam bentuk geometri asas: sfera, kubus, piramid, kon, dan silinder. LAKARAN BENTUK (FORM SKETCHING) sumber gambar ; https://www.pinterest.com
30 ALL ABOUT FORM: TAKE YOUR ART TO THE THIRD DIMENSION IMBAS CONTOH LAKARAN BENTUK (FORM SKETCHING) sumber gambar ; https://www.pinterest.com
31 Membantu badan kita untuk memastikan tulang dan sendi dalam posisi yang tepat supaya dapat digunakan dengan betul serta mengurangkan pergerakan yang tidak diperlukan. Untuk mengelakan atau mengurangkan masalah arthritis dan sakit sendi. Mengurangkan tekanan pada ligamen yang berperanan memegang sendi tulang. Hanya tenaga yang diperlukan sahaja akan digunakan dan sekaligus dapat mengelakan masalah keletihan atau sakit kepada otot. Melakar atau melukis merupakan satu aktiviti yang mengambil masa yang lama, salah satu teknik melakar yang betul ialah dengan menjaga postur badan supaya berada dalam keadaan ergonomik ketika aktiviti melakar di lakukan. Ramai yang kurang memberi perhatian berkaitan posisi postur badan, namun ia adalah perkara yang perlu diberi perhatian sekiranya anda ingin melakukan aktiviti melakar. Sekiranya postur dan kedudukan badan diambil perhatian, proses melakar akan menjadi aktiviti yang menyeronokkan. Kepentingan menjaga postur badan ketika melakar : TEKNIK KEDUDUKAN KETIKA MELAKAR SETTING UP A DRAWING DESK FOR BETTER POSTURE OR SOMETHING IMBAS
32 POSTURE FOR THE ARTIST, PART 2: HOW I SIT WHILE DRAWING IMBAS
33 Lukisan perspektif satu titik bermakna lukisan itu mempunyai satu titik lenyap, biasanya (walaupun tidak semestinya) bertentangan terus dengan mata penonton dan biasanya (walaupun tidak semestinya) pada garis ufuk. Semua garisan selari dengan garis penglihatan penonton berundur ke ufuk ke arah titik lenyap ini. Untuk mencipta lakaran yang realistik, perkara yang paling penting ialah mengetahui apa itu perspektif dan cara menggunakannya. Lukisan perspektif yang baik memberikan gambaran sesuatu yang biasanya dilihat oleh mata, ia kelihatan "semula jadi". PANDANGAN PERSPEKTIF SATU TITIK (ONE POINT PERSPECTIVE) APA ITU PERSPEKTIF HOW TO DRAW A ROOM IN 1-POINT PERSPECTIVE FOR BEGINNERS sumber gambar: www.clipstudio.net/how-to-draw IMBAS
34 sumber gambar ; pinterest.com/devianArt
35 Perspektif dua titik: Garisan yang menumpu pada dua titik lenyap. Perspektif linear: Teknik untuk mewakili ruang tiga dimensi pada permukaan rata. Titik Lenyap: Titik dalam ruang di mana item kelihatan hilang. Garisan Menegak: Garis lurus yang dilukis dari atas ke bawah PANDANGAN PERSPEKTIF DUA TITIK (TWO POINT PERSPECTIVE) sumber gambar: www.clipstudio.net/how-to-draw HOW TO DRAW USING TWO POINT PERSPECTIVE: DRAW A TOWN STEP-BY-STEP IMBAS
36 sumber gambar: https://chrisalexanderpereira.wordpress.com/ sumber gambar: www.thesprucecrafts.com/two-point-perspective-drawing-tutorial
37 Perspektif tiga titik ialah satu bentuk perspektif linear yang menggunakan tiga titik lenyap di mana bentuk menggunakan setiap satu daripada 3 titik lenyap untuk menyampaikan ilusi kedalaman pada permukaan dua dimensi. Walaupun kebanyakan lukisan perspektif tiga titik menggunakan bahan subjek geometri seperti bangunan, kiub, dan prisma segi empat tepat lain, teknik ini juga berguna untuk bentuk yang lebih organik juga. Menyimpan pemahaman tentang perspektif dalam fikiran seseorang membantu artis untuk mengukur objek dengan sewajarnya. Ini membantu artis mencipta rupa yang realistik dengan kedalaman walaupun mereka sedang mengerjakan sekeping kertas atau kanvas yang rata. PANDANGAN PERSPEKTIF TIGA TITIK (THREE POINT PERSPECTIVE) sumber gambar: www.clipstudio.net/how-to-draw HOW TO DRAW IN 3-POINT PERSPECTIVE: NARRATED IMBAS
38 sumber gambar; https://bootcamp.uxdesign.cc/elements-of-design sumber gambar; craftsy.com
39 TIPS MELAKAR DENGAN BAIK Pelukis yang baik adalah mereka yang dapat mengubah elemen sekeliling menjadi sesuatu yang indah dan bermanfaat. Mereka menggunakannya untuk menyemarakkan kreativiti dan memberi impak kepada orang lain. Sesiapa sahaja boleh menjadi pelukis, tetapi anda boleh mengenali pelukis yang hebat dengan cara kerja mereka membuat orang lain merasai. Seni pada terasnya seharusnya membuat anda merasakan sesuatu. Melukis adalah kemahiran yang boleh anda pelajari walaupun anda tidak mempunyai bakat. Melukis memerlukan satu set kemahiran yang luas yang tidak diperoleh orang semasa lahir. Walaupun sesetengah orang mungkin secara semula jadi melukis lebih baik daripada orang lain pada mulanya, latihan dan kajian adalah faktor yang membezakan artis yang baik daripada artis biasa.
40 Untuk mahir dalam apa jua kemahiran, ia memerlukan banyak usaha dan masa. Latihan melakar berterusan akan memberi kemajuan terhadap kemahiran anda melukis. Pereka yang baik seharusnya menguasai kemahiran melakar. BERLATIH SETIAP HARI
41 Individu terlibat di dalam bidang kreatif banyak bergantung pada bahan yang mereka gunakan untuk mencipta karya seni. Pemilihan media dan alatan mempengaruhi hasil karya yang akan dihasilkan. Dengan memilih peralatan yang sesuai ia akan menterjemahkan idea anda dengan cara yang terbaik dan mencipta hasil visual produk yang anda ingin persembahkan. Peralatan untuk teknik rendering banyak terdapat di pasaran dengan pelbagai jenis jenama, anda cuma perlu mencuba pelbagai jenis jenama yang bersesuaian kerana setiap jenama bagi alatan menjanjikan pengalaman yang berbeza mengikut cita rasa masing masing. MEDIA DAN ALATAN $20 VS $120 MARKER ART | CHEAP VS EXPENSIVE!! WHICH IS WORTH IT? IMBAS Apa perbezaan antara alatan yang mahal dan murah? Sila imbas untuk lihat perbezaannya
42 Pelukis wajib memiliki buku conteng atau di panggil sketch book, anda perlu melihat dan lakar seperti apa yang anda lihat dan bernafas di sekeliling anda. Gunakan pen untuk melakar kerana kelebihan pen ialah ia tidak boleh dipadam dan anda perlu memulakan lembaran baru. Perlu diingat bahawa semua yang anda lakar harus disimpan bukan diedit. Buku contengan pelukis ibarat diari kepada pelukis yang berfungsi sebagai rujukan bagi setiap idea yang cuba di visual kan. SKETCH BOOK
43 Rahsia untuk keupayaan melukis garis lurus yang panjang bergantung pada cara anda memegang pensil atau pen. Biasanya, kemahiran pertama yang perlu diperolehi ialah belajar cara melukis garis lurus tanpa pembaris. Melukis dengan pergelangan tangan hanya akan menghasilkan garisan pendek dan tidak rata pada kertas, tetapi dengan siku anda boleh melukis garisan panjang. TEKNIK POSTUR KETIKA MELUKIS