Cabaran bahasa melayu dalam pendidikan Disediakan oleh kumpulan 1
Muhammad Badrul Hafiz Al Haqem Bin Abd Razak Adam Hidayat bin Shaari Khairul jihan bt muhammad khalil Ahli Kumpulan Muhammad Fakhrul Iman bin Rosdi AmaleenAisyah bt Hayazele
Cabaran bahasa melayudi sekolah
Pengetahuan asas murid yang berbezabeza Jumlah masa pengajaran di SK, SJKC dan SJKT yang berbeza Murid bersikap megatif terhadap matapelajaran BM berbanding BI Proses penjenamaan semula kepada bahasa Melayu mencabar kredibiliti bahasa Berlaku krisis identiti antara bahasa Melayu dan bahasa Malaysia
terlalu fokus kepada kepenggunaan bahasa inggeris menyebabkan murid susah untuk menangkap pengajaran bahasa melayu Tidak semua guru yang mengajar Bahasa Melayu mendapat latihan khusus dalam bidang bahasa . Hal ini akan menjejaskan pengajaran dan hasil pembelajaran murid Guru bergantung dengan penggunaan buku teks sahaja Kemahiran lisan , bacaan dan menulis diajar secara terpisah dan bukannya secara penggabung jalinan atau penyerapan penggunaan bahasa inggeris lebih diutamakan dan dipandang tinggi daripada bahasa melayu kerana bahasa inggeris ialah bahasa kedua yang wajib diajar di sekolah
Cabaran Bahasa Melayu di Pendidikan Tinggi
Laporan Razak Laporan Razak menyatakan bahasa Inggeris ialah bahasa 1956 kedua yang wajib diajarkan di sekolah Namun, penggunaan bahasa Inggeris seperti lebih diutamakan dan dipandang tinggi daripada bahasa Melayu. Hal ini turut dinyatakan oleh Hashim Musa (1996) menyatakan cabaran yang paling serius terhadap bahasa Melayu ialah penubuhan kolej swasta dan separuh swasta dan institusi pengajian tinggi awam yang semuanya bergerak ke arah menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar.
Laporan Razak 1956 Bahasa Melayu pernah menghadapi cabaran yang tidak diduga iaitu apabila Akta Pendidikan 1996 dan akta IPTS 1996 diluluskan dan bermakna semua IPTS dubenarkan menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar Pengiktirafan Institusi Pendidikan Swasta (IPS) sebagai sebahagian daripada Sistem Pendidikan Kebangsaan dibuat melalui Seksyen 16 Akta 1996. Dengan ini, IPS mempunyai kebebasan selua-luasnya dalam menentukan penggunaan bahasa penghantar.
Laporan Razak 1956 Oleh itu, sudah semestinya pihak IPTS memilih menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar kerana berpendapat bahawa bahasa Inggeris lebih mendapat perhatian pelajar luar negara. Hal ini untuk mengaut untung semata-mata daripada mempertahankan bahasa Melayu.
EKONOMI Cabaran dalam memperkasakan bahasa Melayu dalam jurusan ekonomi. Sesetengah Universiti Awam mewajibkan semua jurusan dijalankan sepenuhnya dalam bahasa Inggeris menggugat kewibawaan bahasa Melayu. Sepatutnya universiti-universiti luar negara sebelum ini giat memartabatkan dan memperkembangkan bahasa Melayu melalui penubuhan-penubuhan Kursi Pengajian Melayu, akan tetapi sambutan UA tempatan adalah sebaliknya.
KEROJAKAN BAHASA MELAYU
“apabila tatabahasa dan pemahaman bahasa Melayu pelajar terkesan dengan penggunaan bahasa rojak, ia turut memberi impak buruk terhadap kemahiran penulisan pelajar serta jati diri mereka.” “cabaran guru masa kini adalah untuk memperbetulkan kesalahan dan pemahaman bahasa. guru perlu beri peranan kerana ia adalah skop tanggungjawab mereka.”
Menurut Marzhan (2010). Bahasa rojak ialah bahasa yang bercampur aduk secara contohnya antara bahasa Melayu dengan bahasa asing terutamanya bahasa Inggeris. Menurut Awang Sariyan, Bahasa rojak merupakan satu bentuk keracunan bahasa dalam bidang linguistik atau ilmu bahasa.
Faktor yang menjadi penyumbang kepada bahasa rojak dalam kalangan pelajar adalah melalui media elektronik. Apabila media elektronik mempamerkan kerojakan bahasa terutama bahasa Inggeris, maka pelajar akan menganggapnya satu bahasa yang maju dan seterusnya diserapkan ke dalam pertuturan seharian mereka Jadi pelajar akan mencampurkan antara bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris dalam pertuturan mereka sehari-hari di sekolah.
Apabila pelajar menggunakan bahasa rojak sebagai bahasa perantaraan di sekolah, maka martabat bahasa Melayu akan menjadi rendah serta tidak dapat menjamin masa depan bahasa Melayu yang lebih hebat di mata dunia. Untuk mengelakkan perkara ini daripada terus berlaku, maka pihak sekolah terutamanya perlu mengadakan suatu program bahasa Melayu bagi meyakinkan pelajar akan kebolehan bahasa Melayu di persada dunia.
Terima Kasih!
kumpulan 2
MUHD ISYRAF BIN MOHD SHUKRI NUR NAJIHAH BINTI KHAIROLAJMAN NUR DAMIA BINTI AHMAD NASRI AHMAD HAMIDI BIN MOHMMAD ZIN RAFIQAH NAJWA BINTI MUHD. RODZI
PENDAHULUAN
Profesor ekonomi dan pengurusan perniagaan, UKM-Graduate School of Business, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr Zafir Khan Mohamed Makhbul melakukan sesi pembentangan pada Sidang 4: Bahasa Melayu dan Ekonomi sempena Simposium Pengantarabangsaan Bahasa Melayu di Dewan Bahasa Pustaka (DBP), Kuala Lumpur,
Satu bahasa akan berfungsi sebagai bahasa ilmiahjika ia diiringi oleh sistem dan peraturan bahasa yang lengkap yakni mempunyai sifat-sifat kestabilan, kelenturan, kepelbagaian, keberkesanandan keindahan. Ciri-ciri kesempurnaan ini sebenarnya telah ada dalam bahasa Melayu. Jika kita mampu meletakkanbahasa Melayu ke tahap tertinggi dalam kehidupanbermakna kita telah membuat suatu sumbangan yang besar untuk pembangunan ekonomi negara. BAHASA Melayu sejak lebih daripada satu alaf, memiliki martabat sebagai bahasa besar dalam bidang ekonomi dan perniagaan. Dari segi sejarah, bahasa Melayu terbukti berjaya sebagai 'lingua franca' sejak zaman-berzaman. Bahasa Melayu dalam bidang ekonomi dan perniagaan hakikatnya akan terpinggir jika usahausaha untuk memartabatkannya tidak dilaksanakan. Pemartabatan bahasa Melayu dalam ekonomi dan perniagaan memerlukan beberapa strategi dan perencanaan semula serta pada waktu yang sama memerlukan peneguhan dasar-dasar yang berkaitan dengannya. Penulis: Dekan, UKM-Graduate School of Business (UKM-GSB), Universiti Kebangsaan Malaysia (Tokoh Akademik Bahasa Melayu 2021, Kementerian Pengajian Tinggi)Sumber : Berita Harian
Ada beberapa faktor yang digunakan untuk membangunkan ekonomi sesebuah negara. Salah satu faktor penting adalah peranan yang dimainkan oleh bahasa. Bahasa merupakan alat atau medium yang dapat menyampaikan maklumat sains dan teknologi yang menjadi pemangkin kepada pembangunan ekonomi sesebuah negara. Oleh yang demikian bahasa yang digunakan sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikan menjadi bahasa yang mampu membantu membangunkan perkembangan ekonomi dan sains & teknologi Ini disebabkan pemindahan maklumat berlaku melalui bahasa. Ada dua peringkat pemindahan maklumat ini berlaku di Malaysia. Pertama, maklumat itu dibawa masuk ke dalam bahasa kita, iaitu bahasa Melayu, daripada bahasa asing seperti bahasa Inggeris atau Jepun. Kedua, maklumat itu disampaikan kepada orang yang menggunakan maklumat itu, atau beroperasi dalam ekonomi (Abdullah Hassan, 1997:49). Apabila bahasa Melayu digunakan, maklumat yang dibawa bahasa tersebut akan mudah difahami lantas menjadi operasi perekonomian dan sains dan teknologi akan menjadi lebih berkesan. Bahasa Melayu kini dapat menampilkan nilai-nilai ekonomi dan sains dan teknologi apabila mampu menjadi bahasa dalam proses penyebaran maklumat berkaitan bidang ekonomi dan sains dan teknologi.
Langkah yang boleh dilakukan adalah dengan menubuhkan tabung khas untuk membiayai projek-projek terjemahan ke dalam bahasa Melayu. Terjemahan boleh dibuat daripada bahasa-bahasa lain seperti daripada bahasa Inggeris, Jepun, Korea, Rusia, Jerman dan lain-lain. Secara tidak langsung maklumat tentang sains dan teknologi dapat masuk ke dalam bahasa Melayu. Makin banyak terjemahan dilakukan makin banyak nilai-nilai yang ditambah ke dalam bahasa Melayu Mengikut laporan Bank Dunia pada tahun 1996 menyatakan bahawa ekonomi negara-negara yang tidak berbahasa Inggeris (yang berbahasa sendiri) di Asia membangun dengan pesat seperti ekonomi Korea, Malaysia, China, Thailand dan Indonesia (Abdullah Hassan, 1997:50). Ini menunjukkan bahawa bahasa Melayu terbukti mempunyai nilai-nilai ekonomi dan sains dan teknologi sehingga dapat bersaing dengan negara-negara lain di dunia. Proses memindahkan maklumat ke dalam bahasa Melayu perlulah diteruskan memandangkan ilmu-ilmu baru dalam teknologi maklumat dan pelbagai bidang sentiasa muncul. Langkah-langkah yang proaktif perlu dilakukan demi menjadikan bahasa Melayu sentiasa seiring dengan perkembangan-perkembangan baru dalam pelbagai bidang terutamanya bidang ekonomi dan sains dan teknologi. Sumber: https://ejournal.um.edu.my/index.php/JPM/article/view/9721/6860
Penguasaan bahasa Inggeris sangat penting untuk menyediakan seseorang pelajar untuk menyumbang kepada pembinaan negara peringkat tinggi. Bahasa Inggeris menjadi bahasa komunikasi dalam kalangan kelas atasan dan kelas menengah bagi bukan Melayu dan komunikasi akan dijalankan dalam bahasa Melayu sekiranya ada orang Melayu dalam proses komunikasi tersebut. Orang Melayu sendiri merasa lebih selesa menggunakan bahasa Inggeris kerana tidak perlu memikirkan sangat tentang penggunaan sistem sapaan yang dikatakan ketat dalam bahasa Melayu. Kurangnya bahan rujukan dan buku teks yang ditulis dalam bahasa tempatan (bahasa Melayu) sama ada karya asli ataupun terjemahan. Penggunaan yang meluas bahasa Inggeris dalam sektor swasta dan bidang perindustrian dan perdagangan serta penggunaan bahasaInggeris sebagai pengantar pendidikan tinggi di IPTA dan IPTS. 1. 2. 3. 4. 5. Sumber; https://ejournal.um.edu.my/ind ex.php/JPM/article/view/9721/6 860
Sesuatu bahasa yang digunakan di sesebuah negara itu berkait rapat dengan kemajuan sesebuah negara di samping mempunyai ekonominya tersendiri Menurut Prof. Dr. Zafir Khan Mohamed Makhbul yang merupakan Dekan, UKM Graduate School of Business, Universiti Kebangsaan Malaysia, zaman silam membuktikan bahasa Melayu mencapai tahap kesempurnaan yang amat tinggi dan digunakan dalam pelbagai domain, kehidupan bermasyarakat, pentadbiran negara mahupun urusan ekonomi dan perniagaan.
Antara usaha yang boleh dilakukan untuk memartabatkan penggunaan bahasa Melayu dalam bidang ekonomi ialah penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan masyrakat Di pasar, gedung beli-belah dan hotel Menggunakan bahasa Melayu dalam aktiviti perniagaan runcit serta urusan perbankan Sumber daripada: https://dewanbahasa.jendelad bp.my/2022/02/23/2596/.
"Berpijak pada bumi yang nyata kerana mimpi tak seindah realiti."
Cabaran dan Masa Depan Bahasa Melayu Kumpulan 3 BM A
Ahli Kumpulan DAMIA SYAFIQAH BINTI NORBIT YASIF ZUHAIR BIN ZAINUL ZAHRY NURDINA BINTI JOHARI NUR AINUN NADHIRAH BINTI MOHAMAD AZMI MUHAMAD AZWAN BIN ABD RANI
Pentadbiran Kerajaan
Pengenalan Pentadbiran kerajaan merujuk kepada sistem atau sekumpulan individu yang mentadbir komuniti besar seperti sesebuah negara. Sesebuah kerajaan akan menjalankan kuasa politik dan eksekutif melalui pelbagai institusi undang-undang yang ditubuhkan dalam negeri.
a) Urusan Rasmi dalam Negeri 1) Surat Rasmi Surat rasmi dlm negara oleh agensi kerajaan menggunakan bahasa kebangsaan Jika terima surat selain daripada bahasa kebangsaan, hendaklah dibalas beserta dengan dokumen lampiran dalam bahasa kebangsaan 2) Dokumen Perjanjian Semua dokumen perjanjian dalam negara menggunakan bahasa kebangsaan manakala dokumen tambahan boleh dilampirkan dalam bahasa Inggeris. 3) Urusan Mesyuarat Melibatkan Kehadiran Warganegara Urusan menyuarat, minit mesyuarat, nota pembentangan dalam bahasa kebangsaan 4) Penganjuran Majlis Rasmi Melibatkan Kehadiran Warganegara Urusan menyuarat, minit mesyuarat, nota pembentangan dalam bahasa kebangsaan
b) Urusan Rasmi Antarabangsa 1) Surat Rasmi Antarabangsa Surat rasmi antarabangsa oleh agensi kerajaan ke pihak luar menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan berserta lampiran dalam bahasa inggeris 2) Dokumen Perjanjian Antarabangsa Urusan minit mesyuarat,nota pembentangan dalam bahasa kebangsaan atau inggeris. 3) Urusan Mesyuarat Melibatkan Kehadiran Bukan Warganegara Semua dokumen perjanjian antarabangsa oleh agensi kerajaan menggunakan bahasa inggeris.Terjemahan dalam bahasa melayu bagi tujuan merekod dan semak 4) Penganjuran Majlis Rasmi Melibatkan Bukan Kehadiran Warganegara Urusan mesyuarat,minit mesyuarat,nota pembentangan dalam bahasa inggeris
hendaklah dalam bahasa kebangsaan c) Pengiklanan Kekosongan Jawatan dalam Perkhidmatan Awam menggunakan bahasa kebangsaan boleh menggunakan bahasa lain yang difahami oleh pelanggan. d) Perkhidmatan Kaunter sebarang isu atau maklum balas menggunakan bahasa kebangsaan. jika siaran dalam bahasa Inggeris perlu dilampirkan terjemahan dalam bahasa Melayu. salah tafsir dapat dielakkan d) Maklum Balas Aduan di Akhbar dan Isu Media Massa
Artikel mengenai Cabaran dan Masa Depan Bahasa Melayu (Pentadbiran Kerajaan)
RUMUSAN DARIPADA ARTIKEL : Kesimpulan yang dapat disimpulkan dalam artikel ini ialah bahasa Melayu perlu dimartabatkan melalui pelbagai sektor. Semua pihak bertanggungjawab dalam memartabatkan bahasa kebangsaan. Contohnya, pihak kerajaan menggunakan bahasa Melayu dalam urusan mesyuarat atau surat-menyurat. Kesannya, bahasa Melayu dapat dikekalkan dan tidak dipengaruhi oleh bahasa asing.
Artikel mengenai Cabaran dan Masa Depan Bahasa Melayu (Pentadbiran Kerajaan)
Artikel mengenai Cabaran dan Masa Depan Bahasa Melayu (Pentadbiran Kerajaan) RUMUSAN ARTIKEL : Tuntasnya , pihak pentadbiran kerajaan mengambil inisiatif untuk meletakkan penggunaan bahasa Melayu sebagai syarat utama dalam penulisan surat - surat rasmi berkaitan kerajaan . Menurut pemimpin negara , Datuk Seri Anwar Ibrahim , penggunaan bahasa Melayu dalam surat rasmi mampu memperlihatkan identiti negara kita justeru memartabatkan kedudukan bahasa Melayu dari pelbagai peringkat Tambahan lagi , penggunaan bahasa Melayu di dalam surat rasmi amat dipandang serius oleh kerajaan . Hal ini daoat dibuktikan apabila Perdana Menteri Malaysia mengarahkan agar sebarang surat rasmi yang tidak menggunakan bahasa Melayu tidak diendah dan dilayan . Sudah terang lagi bersuluh , penggunaan bahasa Melayu di dalam urusan rasmi kerajaan mampu memelihara kedududukan bahasa Melayu justeru menggalakkan penggunaan bahasa Melayu dengan lebih kerap .
Artikel mengenai Cabaran dan Masa Depan Bahasa Melayu (Pentadbiran Kerajaan)
Artikel mengenai Cabaran dan Masa Depan Bahasa Melayu (Pentadbiran Kerajaan) Kesimpulannya , penggunaan bahasa Melayu di dalam urusan rasmi perlulah dipandang serius agar usaha memartabatkan bahasa Melayu dapat direalisasikan . Tambahan lagi , selain dari memartabatkan bahasa Melayu , usaha ini perlu dilakukan bagi memastikan bahasa Melayu digunakan dengan baik , betul dan sopan . Akhir sekali , menteri , timbalan menteri , setiausaha parlimen dan setiausaha politik merupakan antara sosok - sosok yang bertanggungjawab dalam melaksanakan usaha memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara . RUMUSAN ARTIKEL ::
Artikel mengenai Cabaran dan Masa Depan Bahasa Melayu (Pentadbiran Kerajaan)
RUMUSAN DARIPADA ARTIKEL : Konklusinya, bahasa melayu yang merupakan bahasa prima di Malaysia dilihat semakin banyak dicampurkan dengan bahasa campuran atau lebih dikenali sebagai bahasa rojak. Hal ini menyebabkan bahasa melayu tidak lagi dimartabatkan penggunaannya seperti dulu kala yang secara tidak langsung akan menjerumus kepada kejatuhan bahasa melayu. Sebagai contoh, nama program dan majlis rasmi di dalam negara yang menggunakan bahasa asing sepenuhnya atau bahasa bercampur dengan alasan tidak sesuai jikalau menggunakan bahasa melayu yang betul. Oleh yang demikian, bagi membendung permasalahan ini setiap kementerian dan agensi perlu menunjukkan teladan yang baik kepada masyarakat dengan memastikan penggunaan bahasa kebangsaan dalam sektor perkhidmatan awam dilaksanakan secara menyeluruh serta digunakan dengan betul dalam semua urusan rasmi sama ada dalam bentuk tulisan mahupun lisan.
Rujukan Berita astro Awani Semua pihak berperanan memartabatkan Bahasa Melayu - DBP https://www.google.com/amp/s/www.astroawani.com/beritamalaysia/semua-pihak-berperanan-memartabatkan-bahasa-melayudbp-308519%3famp=1 Berita Ambil serius penggunaan bahasa Me layu dalam urusan rasmi https://www.sinarharian.com.my/article/51010/BERITA/Nasional/Am bil-serius-penggunaan-bahasa-Melayu-dalam-urusan-rasmi Artikel Berita 'Guna bahasa Melayu dalam surat rasmi kerajaan dapat pelihara identiti kebangsaan' https://api.bharian.com.my/berita/nasional/2023/10/1169436/gunabahasa-melayu-dalam-surat-rasmi-kerajaan-dapat-pelihara Artikel Berita ‘Guna bahasa Melayu dalam surat kerajaan bertepatan Perlembagaan Persekutuan - Awang Sariyan’ https://www.astroawani.com/berita-malaysia/guna-bahasa-melayudalam-surat-kerajaan-bertepatan-perlembagaan-persekutuanawang-sariyan-443333 https://anyflip.com/malpo/jyku/basic https://anyflip.com/cvcjn/unqr/basic
Kerancuan bahasa di media sosial Ahli kumpulan : Muhammad Fauzan Bin Zulkarnain Muhammad Haris Bin Abd Razak Muhammad Yunus Daniel Bin Jasni Nur Syazfira Binti Shamsuri Nur Aimi Natasha Binti Shahanizam KELAS : BM A Go
Ahli Kumpulan FAUZAN HARIS YUNUS FIRA AIMI
Artikel surat khabar
Artikel surat khabar