The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PENULISAN ILMIAH ISU KEGANASAN RUMAH TANGGA (KUMP. 9) (1)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Ctnurayuni Ayuni, 2024-04-01 03:27:21

PENULISAN ILMIAH ISU KEGANASAN RUMAH TANGGA (KUMP. 9) (1)

PENULISAN ILMIAH ISU KEGANASAN RUMAH TANGGA (KUMP. 9) (1)

FALSAFAH DAN ISU SEMASA (SKP3112) TUGASAN : PENULISAN ILMIAHTAJUK : KEPEKAAN DAN TAHAP PENGETAHUANKEGANASANRUMAH TANGGA DALAM KALANGAN MAHASISWABIL. NAMA NO.MATRIK1 NUR FARAH ‘IZZATI BINTI SHAHRUL HANIF 2162912 AINAA AQILAH BINTI ABDUL HALIM 2147933 NUR SYAHMINA AISYAH BINTI OMAR 2164744 NURFATIN SOLEHAH BINTI IBRAHIM 2175275 SITI NUR AYUNI BINTI MAT SAHIR 2169496 NADZRUL HAZIQ BIN SHAHRUL NIZAM 2159797 MUHAMMAD NAQIB BIN ISMAIL 2158968 MUHAMMAD ADIB BIN SOBRI 217272


ISI KANDUNGAN BIL. PERKARA HALAMAN1.0 PENGENALAN 1 2.0 OBJEKTIF 1 3.0 PERNYATAAN MASALAH 1-2 4.0 KAEDAH KAJIAN 2-3 5.0 DAPATAN KAJIAN 3-7 6.0 KESIMPULAN 8 7.0 RUJUKAN 9-10


1 1.0 PENGENALAN Keluarga merupakan asas kepada masyarakat. Keluarga terbentuk daripada cambahankasih sayang antara lelaki dengan perempuan melalui ikatan yang sah yakni perkahwinan. Mencapai keluarga sakinah mawaddah wa rahmah merupakan impian setiap individuyangberkeluarga. Namun begitu, tidak semua keluarga berjaya mencapai kejayaan tersebut atassebab-sebab tertentu. Kebelakangan ini, Malaysia acap kali dikejutkan dengan pelbagai beritaberkaitan keganasan rumah tangga. Keganasan rumah tangga boleh diklasifikasikansebagai satu percubaan oleh seseorang untuk menguasai pasangannya dalam fasa perkahwinanataudalam hubungan intim. Keganasan rumah tangga meliputi keganasan yang dilakukan terhadappasangan, kanak-kanak, dan sebagainya. Misalnya, perbuatan dera oleh suami terhadapisterinya ataupun sebaliknya atau melibatkan mana-mana ahli keluarga lain atau merekayangdianggap sebagai ahli keluarga dan tinggal serumah. Keganasan rumah tangga bolehterjadi dalam pelbagai bentuk sama ada dari segi fizikal mahupun mental. Keganasan rumah tanggaini tidak sewajarnya wujud dalam kalangan masyarakat pada hari ini. Falsafah etika dan kehidupanpula merujuk kepada falsafah moral yang membincangkan bidang isu yang benar atausalah. Falsafah ini berfokus kepada kemanusiaan yang memberi panduan untuk kehidupanbaik, masyarakat harmoni, insan mulia dan sebagainya. 2.0 OBJEKTIF KAJIAN a) Mengkaji idea dan kepekaan berkaitan dengan falsafah etika dan kehidupan dengankeganasan rumah tangga. b) Mengenal pasti punca, kesan dan langkah untuk menangani isu keganasan rumahtangga. c) Menganalisis kepekaan dan tahap pengetahuan isu keganasan rumah tangga dalamkalangan mahasiswa. 3.0 PERNYATAAN MASALAH Isu keganasan rumah tangga pada hari ini dilihat masih belum jelas dalamkalanganmahasiswa. Hal ini disebabkan mereka menganggap isu ini bukan masalah mereka danbolehdiselesaikan secara sendiri. Mahasiswa merasakan keganasan rumah tangga bukan isuyangserius dan itu adalah rahsia yang perlu disembunyikan. Kekurangan pengetahuan dan perhatianterhadap isu ini menyebabkan kes keganasan rumahtangga setiap tahun semakin meningkat. Tahap kefahaman yang sederhana tentang keganasan, seperti tindakan keganasan seksual yangminimum, pembulian dan kecederaan tidak difahami secara tipikal. Hakikatnya, keganasanrumahtangga adalah sejenis serangan yang dikenakan oleh seseorang ke atas orang lainseperti isteri atau suami atau bekas isteri atau suaminya atau kanak-kanak atau orang dewasatidakberkeupayaan atau mana-mana anggota keluarga lain. Keganasan rumahtangga lazimnyadikaitkan sebagai masalah dalaman keluarga dan secara umumnya difahami sebagai corakpenderaan dan tingkah laku paksaan yang boleh mendatangkan kecederaan fizikal, gangguan


2 psikologi dan emosi, paksaan secara seksual serta penindasan kewangan terhadap mangsa. Iatelah menjadi satu realiti harian bagi ratusan wanita di negara kita yang membataskan hakuntukhidup, hak untuk keselamatan, hak untuk kesaksamaan dan hak untuk pembangunan diri. Statistik kes keganasan rumah tangga daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) danKementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menunjukkankadar kes keganasan rumahtangga merupakan antara penyumbang terbesar,daripada keseluruhankes-kes keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak di Malaysia. Pada tahun 2020 sehinggaOgos 2023, sebanyak 22,908 kes telah dicatatkan. Terdapat peningkatan kes yang tinggi padatahun 2021 iaitu sebanyak 7,468 kes berbanding pada tahun 2020 yang mencatatkan sebanyak5,260 kes. Manakala bagi tahun 2022, jumlah kes keganasan rumah tangga masih lagi tinggi walaupun menunjukkan sedikit penurunan kepada 6,540 kes. Bagi tahun ini pula, sehinggaOgos2023, sebanyak 3,640 kes telah dicatatkan. Isu ini telah mewujudkan satu lingkaran masalahyang melemahkan dan memudaratkan wanita secara fizikal, seksual, emosi dan kekanganekonomi. Ia turut mewariskan keganasan antara generasi, apabila penderaan disaksikanataudialami oleh anak-anak. Menurut Pakar Perunding Hubungan Kekeluargaan, Diyana Tahir, punca berlakunyaisukeganasan rumah tangga pada hari ini disebabkan tiada ilmu dan kesedaran pasangandalammengurus konflik dan emosi. Beliau berkata, masalah tekanan perasaan biasanya menjadi punca utama mendorong kepada perlakuan kasar dalam perhubungan. Jika kitalihat statik pada tahun 2020 hingga 2021, berlaku peningkatan masalah keganasan rumah sebanyak2,208 kes. Hal ini disebabkan pada tempoh tersebut berlaku perintah kawalan pergerakan(PKP) menyebabkan pasangan suami isteri ini berada di rumah selama 24 jam bersama. Menurut beliaulagi, selama ini mereka (mangsa) memang ada masalah dalam rumah tangga cuma ramai orang(mangsa) sibuk dengan kerja dan perniagaan. Jadi, masa bersama (suami) itu terhad, isteri hanyaada di rumah dalam masa dua hingga tiga jam sahaja. Tetapi dalam tempoh pkp macam-macamperkara boleh berlaku dan sekiranya tiada kesefahaman dalam pasangan. Ia boleh menyebabkanberlakunya keganasan rumah tangga. Oleh hal yang demikian, perkara ini penting untuk diketengahkan dalamkalangangenerasi muda yang bakal bergelar pasangan suami isteri. Hal ini disebabkan isu ini adalahisuserius yang melibatkan keganasan terhadap wanita khususnya. Sehubungan dengan itu, kajianini dijalankan untuk menganalisis sejauh manakah pengetahuan dan kepekaan mahasiswaterhadap isu keganasan rumah tangga? 4.0 KAEDAH KAJIAN Kaedah kajian digunakan ialah kaedah kuantitatif iaitu borang soal selidik. Borangsoal selidik ini akan diedarkan kepada mahasiswa Universiti Putra Malaysia yang berumur 20hingga25 tahun untuk mengumpul data. Responden kajian ini ialah mahasiswa tahun pertamahinggatahun empat Program Bacelor Pendidikan Bahasa Melayu dengan Kepujian, Universiti PutraMalaysia yang keseluruhannya berjumlah 175 orang. Penyelidik akan bekerjasamadenganempat orang wakil pelajar pada setiap tahun pengajian kuntuk mengedarkan borang soal selidik


3 secara atas talian kepada rakan-rakan yang lain. Borang soal selidik tersebut akan diisi olehpelajar tentang maklumat yang diperlukan bagi kajian ini. Terdapat tiga bahagian iaitu Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C. Pada BahagianA, maklumat latar belakang mahasiswa akan dikumpulkan seperti umur, jantina, bangsadansebagainya.Bahagian B pula akan meneliti tentang kepekaan pelajar tentang masalahkeganasan rumah tangga yang dibentuk sebanyak 11 soalan. Kepekaan dalamkajian ini merujukkepada kefahaman dan keprihatinan pelajar tentang masalah keganasan rumah tanggayangberlaku. Pengukuran untuk bahagian B menggunakan skala Likert lima peringkat iaitu: (1) sangat tidak setuju, (2) tidak setuju, (3) kurang setuju, (4) setuju, dan (5) sangat setuju. BahagianCmengukur pengetahuan pelajar tentang peruntukan polisi, hak yang boleh diperoleh olehkliendan khidmat bantuan yang disalurkan menggunakan dua skala iaitu (1) salah dan (2) betul. Itemyang dibentuk berdasarkan maklumat daripada laman rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat danperuntukan dalam Akta Keganasan Rumah Tangga (Pindaan) 2017. 5.0 DAPATAN KAJIAN 5.1 BAHAGIAN A (DEMOGRAFI RESPONDEN) Untuk melaksanakan kajian, sebanyak 60 orang responden telah menjawab edaran soal selidikberdasarkan pautan Google Form yang diberikan. Huraian analisis berkaitan demografi responden melibatkan tahun pengajian, jantina, bangsa dan umur responden. Responden kajian terdiri daripada 60 orang responden yang merupakan pelajar Bacelor Pendidikan Bahasa Melayu dengan Kepujian, Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti PutraMalaysia. Daripada carta pai 5.1.1, bilangan responden pelajar Tahun 2 adalah seramai 21orangiaitu bersamaan 35.0%. Bilangan responden pelajar Tahun 1 pula ialah seramai 15 orangiaitubersamaan 25.0%. Bilangan responden pelajar Tahun 3 pula ialah seramai 14 orang bersamaan23.3%. Responden dalam kalangan pelajar Tahun 4 pula menunjukkan peratusan sebanyak16.7% bersamaan 10 orang. Hal ini telah menjelaskan bahawa tahun pengajiantidakmempengaruhi data keputusan kerana tidak menunjukkan sebarang perbezaan yangketaraterhadap kajian yang dijalankan. Tambahan pula, pengkaji telah memberi pautan borangselidikmelalui kaedah ‘Google Form’ secara rawak kepada pelajar atas tanpa berfokus kepadatahunpengajian responden. Responden terdiri daripada jantina lelaki dan perempuan. Seramai 38orang pelajar perempuan bersamaan 63.3% manakala seramai 22 orang pelajar lelaki bersamaan 36.7% menjawab tinjauan kajian ini. Responden juga terdiri daripada bangsayangberbeza-beza iaitu Melayu, Cina dan India. Seramai 56 orang bersamaan 93.3%respondenberbangsa Melayu manakala jumlah responden berbangsa India dan Cina adalah samaiaitumasing-masing seramai dua orang yang membawa peratusan sama iaitu sebanyak 3.3%. Peratusan tertinggi umur yang menjawa soal selidik merupakan golongan yang berumur 21tahundengan jumlah 35%, diikuti dengan jumlah 21.7% merupakan golongan yang berumur 22tahun. 13.3% jumlah yang menjawab soal selidik daripada golongan 24 tahun, 11.7%jumlahperatusdibawah 13.3% merupakan golongan yang berumur 20 tahun. Peratusan terendah dengannilai 8.3% merupakan golongan yang berumur 25 tahun.


4 5.2 BAHAGIAN B (KEPEKAAN TERHADAP MASALAH RUMAH TANGGA) Pada bahagian B, 10 soalan dikemukakan bagi mengenal pasti kepekaan responden terhadapmasalah keganasan rumah tangga. Bagi penyataan pertama iaitu masyarakat menganggapkeganasan rumah tangga berlaku disebabkan isteri yang membuat keputusanuntukterus berada dalam situasi tersebut, seramai 30 orang responden (50.0%) menyatakansangat tidak setuju dan tidak setuju pada penyataan pertama. 15 orang respondendaripadanya pula bersamaan 25.0% menyatakan tidak pasti pada penyataan yangdikemukakan manakala selebihnya seramai 15 orang responden (25.0%) menjawab setujudansangat setuju. Soalan pertama ini tidak dipersetujui oleh kebanyakan responden keranatidaksemua isteri ingin terus berada dalam situasi atau detik cemas dalam keganasan rumah tanggasedangkan mereka ingin lari dari kepompong permasalahan tersebut. Untuk penyataan kedua pula iaitu keganasan rumah tangga sering dilakukanolehkaum lelaki, seramai 5 orang responden bersamaan 8.4% menyatakan mereka tidak setujudan sangat tidak setuju tentang penyataan yang diberikan manakala 6 orang respondenatau10.0% tidak pasti sama ada benar atau tidak kaum lelaki merupakan punca berlakunyakeganasan rumah tangga. Kajian mendapati seramai 49 orang responden (81.6%) setujudansangat setuju akan penyataan yang diberikan. Kebanyakan pendera terdiri daripada golonganlelaki yang ingin terus berkuasa dan mahu mengawal mangsa keganasan rumah tangga. Kajian membuktikan bahawa lelaki dua kali lebih berkemungkinan untuk naik angin atau marahtidak tentu pasal apabila sesuatu yang tidak kena berlaku kepada mereka dan memberi kesankepada orang sekeliling. Melalui penyataan ketiga, seramai 51 orang responden iaitu 85.0%bersetujudansangat setuju bahawa kaum wanita sering menjadi mangsa keganasan rumah tangga. 5orang daripadanya pula yang mencatatkan peratusan sebanyak 8.4% sangat tidak setujudantidak setuju terhadap penyataan yang dikemukakan dalam soal selidik yang diberikanmanakala seramai 4 orang (6.7%) menjawab tidak pasti. Kajian menunjukkan bahawa wanitalebih cenderung untuk menjadi mangsa keganasan rumah tangga rentetan daripadasifat mereka yang lemah dari segi kekuatan fizikal berbanding lelaki. Penyataan keempat iaitu sikap isteri selalu menggalakkan berlakunya masalahkeganasan rumah tangga menunjukkan bahawa seramai 18 orang responden bersamaan30.0% tidak pasti dengan hal ini. Seramai 30 orang responden yang mencapai peratusansebanyak 50.0% sangat tidak setuju dan tidak setuju terhadap penyataan tersebut. Selebihnya12 orang responden (80.0%) setuju dan sangat setuju bahawa sikap isteri menggalakkanberlakunya isu keganasan rumah tangga. Sikap isteri dikatakan faktor penggalak kepadaisuini kerana sikap segelintir isteri yang selalu memprovokasi suami sehingga masalahyangtimbul menjadi lebih besar dan rumit untuk diselesaikan lalu mendorong ke arah keganasanrumah tangga. Bagi penyataan kelima iaitu isteri yang dipukul oleh suami dikatakan layak untuk dipukul, seramai 31 orang responden bersamaan 51.7% sangat tidak setuju pernyataan ini. Jumlahresponden yang tidak setuju dan tidak pasti adalah sama masing-masing seramai 9orangbersamaan 15.0%. Selebihnya responden setuju dan sangat setuju dengan pernyataanini masing-masing seramai 7 orang dan 4 orang iaitu 11.7% dan 6.7%. Segelintir responden


5 menyokong penyataan ini kerana masih wujud segelintir masyarakat yang mempunyai pemikiran misoginis ataupun tidak suka serta bersikap prejudis terhadap wanita menyebabkanmereka melakukan kekerasan terhadap wanita. Penyataan keenam iaitu keganasan rumah tangga sering berlaku dalamkeluargayangtidak stabil. Seramai 2 orang bersamaan 3.3% sangat tidak setuju dan seramai 9 orangatau15% tidak setuju dengan penyataan ini manakala seramai 3 orang bersamaan 5%tidak pasti dengan penyataan ini. Selebihnya seramai 21 dan 30 orang responden setuju dan sangat setuju dengan penyataan ini membawa peratusan masing-masing sebanyak 35%dan50%. Ramai responden bersetuju dengan penyataan ini kerana wujud kajian yang menunjukkanmangsa keganasan rumah tangga ramai berasal daripada keluarga yang tidak stabil sertaberpecah-belah akibat daripada berlaku perpisahan, masalah kewangan atau penceraianibubapa. Penyataan ketujuh iaitu suami yang terlibat dalam pengambilan alkohol ataudadahmerupakan salah satu faktor berlakunya keganasan rumah tangga. Seramai 3 orangresponden yang sangat tidak setuju dengan penyataan tersebut bersamaan 5.0%dan 1orangresponden atau 1.7% sahaja yang tidak setuju. Manakala, seramai 5 orang (8.3%) tidak pasti dengan penyataan ini. Seramai 15 orang dan 36 orang responden bersamaan 25.0%dan60.0% setuju dan sangat setuju dengan penyataan tersebut. Satu kajian menunjukkandatabahawa pengguna alkohol atau dadah terlibat dalam 40.0% hingga 60.0%situasi penderaandomestik atau keganasan rumah tangga. Penyalahgunaan dadah dan alkohol boleh menjadi punca kepada peningkatan keganasan rumah tangga, serangan seksual, cubaan bunuhdiri dan tingkah laku agresif yang lain. Penyataan yang kelapan pula adalah masyarakat menganggap keganasan rumahtanggaadalah masalah biasa dalam hubungan kekeluargaan. Seramai 11 orang bersamaan18.3%dan 6 orang (10%) responden sangat tidak setuju dan tidak setuju dengan penyataan tersebut. Seramai 5 orang iaitu 8.3% responden tidak pasti dengan penyataan ini. Seterusnya, 27orangresponden bersamaan 45% setuju dan 11 orang responden bersamaan 18.3%sangat setujudengan penyataan masyarakat menganggap keganasan rumah tangga adalah masalahbiasadalam hubungan kekeluargaan. Masih ramai masyarakat yang menganggap isu dan masalahkeganasan rumah tangga adalah biasa kerana setiap tahun angka dan statistik isutersebut semakin meningkat menyebabkan masyarakat tidak terlalu ambil peduli tentangdanmenganggap isu tersebut adalah norma kehidupan. Penyataan kesembilan pula adalah sikap panas baran suami adalah satu penyebabberlakunya masalah keganasan. Seramai 2 orang (3.3%) dan seorang (1.7%) respondensangat tidak setuju dan setuju dengan penyataan tersebut. Manakala, 4 orang bersamaan6.7%responden tidak pasti. Namun, seramai 18 orang dan 35 orang responden bersamaan 30.0%dan58.3% setuju dan sangat setuju dengan penyataan tersebut. Penyataan tersebut telah disokongoleh banyak kajian yang menunjukkan bahawa lebih daripada separuh kes keganasanrumahtangga itu berpunca daripada sikap suami itu sendiri termasuk sikap panas baran, sakit mental, trauma dan ego yang lebih tinggi sehingga mampu membuat penindasan ke atas isteri dankeluarga.


6 Penyataan terakhir iaitu media menjadi salah satu faktor peningkatan berlakunya masalahkeganasan rumah tangga. Seramai 2 dan 7 orang responden bersamaan 3.3%dan11.7%sangat tidak setuju dan tidak setuju dengan penyataan tersebut. Manakala, 7 orang respondenbersamaan 11.7% tidak pasti dengan penyataan ini. Selebihnya, iaitu seramai 30 orang(50.0%) dan 14 orang bersamaan 23.3% responden setuju dan sangat setuju dengan penyataanini. Media menjadi salah satu faktor peningkatan berlakunya masalah keganasan rumahtanggaadalah benar kerana wujud penyelidikan menunjukkan bahawa representasi keganasan terhadapwanita dalam media telah menghasilkan penerimaan yang lebih tinggi terhadap sikapyangmemihak kepada keganasan rumah tangga. 5.3 BAHAGIAN C (PENGETAHUAN TENTANG PERUNTUKAN POLISI, HAK DANKHIDMATBANTUAN BERKAITAN DENGAN KEGANASAN RUMAH TANGGA) Pada Bahagian C, pengkaji mengukur tahap pengetahuan para responden tentang peruntukanpolisi, hak dan khidmat bantuan berkaitan dengan keganasan rumah tangga. Sebanyak 9soalantelah ditanyakan kepada responden dalam bentuk penyataan benar atau salah. Kajian mendapati terdapat responden yang tidak mengetahui maklumat berkenaan peruntukanpolisi, hak dan khidmat bantuan yang disalurkan oleh pelbagai pihak. Maklumbalasyangdiberikan oleh responden didapati tidak selaras dengan jawapan sebenar. Sejumlahbesar responden telah memberikan jawapan yang salah bagi beberapa pernyataan yangditanya. Soalan pertama iaitu “Akta Keganasan Rumah Tangga hanya memfokuskan kepadakaumwanita”, seramai 41 orang responden iaitu 68.3% menjawab betul dan seramai 19orangresponden atau 31.7% menjawab salah. Akta ini tidak memfokuskan kepada wanita sahajatetapi melibatkan sesiapa sahaja yang berada di sesebuah rumah seperti kanak-kanak, wargaemas, individu kurang upaya dan pembantu rumah. Seterusnya bagi soalan kedua pula ialah “Warga emas yang menjadi mangsa keganasanrumahtangga boleh mendapatkan perlindungan di bawah peruntukan Akta KeganasanRumah Tangga”, seramai 52 orang responden iaitu 86.7% menjawab betul dan seramai 8orangresponden atau 13.3% menjawab salah bagi item ini. Warga emas juga merupakan salahsatugolongan yang telah dikategorikan untuk masuk di dalam Akta Keganasan Rumah Tangga. Bagi soalan ketiga pula iaitu “Tempoh bagi perintah perlindungan sementaradalamperuntukan Akta Keganasan Rumah Tangga adalah selama 12 bulan”, seramai 48orangresponden iaitu 80.0% menjawab betul dan seramai 12 orang responden atau 20.0%menjawabsalah bagi item ini. Tempoh bagi Perintah Perlindungan Interim (Interim Protection Order - IPO) adalah bersifat sementara sahaja selagi mana siasatan kes keganasan rumah tanggamasihberjalan dan terhenti berkuatkuasa apabila selesai penyiasatan berkait kes tersebut. Seterusnya bagi soalan keempat iaitu “Akta ini menetapkan bahawa mangsa hanyabolehmelaporkan kes keganasan rumah tangga di Jabatan Kebajikan Masyarakat”, seramai 43orang responden iaitu 71.7% memberikan jawapan yang tidak tepat dengan menjawab betul danseramai 17 orang responden atau 28.3% menjawab dengan tepat bagi itemini. Mangsakeganasan rumah tangga tidak terikat untuk melaporkan kes keganasan hanya di Jabatan


7 Kebajikan Masyarakat sahaja , akan tetapi mangsa boleh melaporkan kes tersebut di beberapaagensi contohnya seperti di balai polis yang berhampiran, merujuk terus ke hospital yangberhampiran sekiranya dicederakan dan boleh menghubungi Talian Kasih 15999. Bagi soalan kelima pula iaitu “Khidmat kaunseling kepada mangsa keganasan rumahtanggahanya terdapat di Jabatan Kebajikan Masyarakat”, seramai 41 orang responden iaitu68.3%menjawab betul dan seramai 19 orang responden atau 31.7% menjawab salah bagi itemini. Tidaksemestinya mangsa hanya boleh mendapatkan khidmat kaunseling ini di Jabatan KebajikanMasyarakat semata malah banyak lagi agensi-agensi yang boleh mangsa kunjungi untukmendapatkan khidmat kaunseling tersebut. Seterusnya bagi soalan keenam iaitu “Mangsa keganasan rumah tangga akan ditawarkanapa-apa pampasan berkenaan kecederaan atau kerosakan atau kerugian olehpihakmahkamah”,seramai 41 orang responden iaitu 68.3% memberikan jawapan yang betul danseramai 19 orang responden atau 31.7% menjawab salah bagi item ini. Mahkamahakanmembenarkan tuntutan itu sebagaimana yang difikirkannya adil dan munasabah. Tuntutanpampasan ini boleh dibuat sebagai suatu tindakan sivil yang berasingan sungguhpun tindakanjenayah telah diambil terhadap pesalah Bagi soalan ketujuh pula iaitu “Hospital merupakan salah satu agensi yang turut terlibat dalam membantu mangsa keganasan rumah tangga”, terdapat 9 orang iaitu 15.0%respondentidak mengetahui bahawa hospital turut terlibat membantu mangsa keganasan rumahtanggaberbanding dengan 51 orang iaitu 85.0% responden yang mengetahuinya. Seterusnya bagi soalan kelapan iaitu “Proses permohonan perlindungan sementaraturut dilakukan oleh pihak agensi bukan kerajaan”,seramai 52 orang responden iaitu86.7%menjawab betul dan seramai 8 orang responden atau 13.3% menjawab salah bagi itemini. Proses permohonan perlindungan sementara (IPO) hanya dilakukan oleh pihak agensi kerajaansahaja seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) danmahkamah. Akhir sekali bagi soalan kesembilan iaitu “Agensi bukan kerajaan juga turut menyediakantempat perlindungan sementara kepada mangsa penderaan”,seramai 54 orang respondeniaitu 90.0% memberikan jawapan yang betul dan seramai 6 orang responden atau10.0%menjawab salah bagi item ini. Mangsa juga boleh mendapat tempat perlindungan contohnyaseperti di masjid akan tetapi mangsa perlulah membuat laporan polis terlebih dahulu danbolehhadir ke masjid untuk berbincang bagi mendapatkan tempat perlindungan sementara.


8 6.0 KESIMPULAN Kesimpulannya, isu keganasan rumah tangga ini bukanlah suatu perkara yangasingdi negara kita. Tidak dinafikan, manusia itu mempunyai emosi. Oleh sebab itu, emosi yangtidakstabil menyebabkan seseorang bertindak agresif dan di luar kawalan. Hal ini menjadi pokokpangkal kepada berlakunya keganasan rumah tangga. Negara kita juga telah mewujudkanpelbagai pendekatan dalam menyelesaikan isu keganasan rumah tangga seperti dari aspekperundangan sivil iaitu Kanun Keseksaan dan Akta Keganasan Rumah Tangga bagi melindungi mangsa yang terlibat. Semoga segala usaha yang dilakukan oleh setiap dimensi samaadaindividu, masyarakat dan juga pihak berautoriti dapat mengurangkan kadar peratusanpermasalahan ini.


9 7.0 RUJUKAN Asian People Journal (APJ). (2023). Unisza.edu.my. https://journal.unisza.edu.my/apj/index.php/apj Daud, N., & Hafiz, M. (2021). KEGANASAN RUMAHTANGGA DI MALAYSIA: SATUANALISIS LITERATUR Domestic Violence in Malaysia: Analysis of LiteratureReview. Journal of Shariah Law Research, 6(2), 273–296. https://ejournal.um.edu.my/index.php/JSLR/article/download/33966/13981/80853Daud, N., & Hafiz, M. (2021). KEGANASAN RUMAHTANGGA DI MALAYSIA: SATUANALISIS LITERATUR Domestic Violence in Malaysia: Analysis of LiteratureReview. Journal of Shariah Law Research, 6(2), 273–296. https://ejournal.um.edu.my/index.php/JSLR/article/download/33966/13981/80853Nadiah Mohamed Daud, Mohd, & Mohd Hafiz Jamaludin. (2021). KEGANASANRUMAHTANGGA DI MALAYSIA: SATU ANALISIS LITERATUR: Domestic ViolenceinMalaysia: Analysis of Literature Review. Journal of Shariah Law Research, 6(2), 273–296. http://ajba.um.edu.my/index.php/JSLR/article/view/33966 Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan - BAYAN LINNAS SIRI KE-238 :KEGANASANRUMAH TANGGA DALAM TEMPOH PKP. (2021, August 5). Muftiwp.gov.my. https://muftiwp.gov.my/en/artikel/bayan-linnas/4906-bayan-linnas-siri-ke-238- keganasan-rumah-tangga-dalam-tempoh-pkp Yahya, N. (2014, January 1). Kesan emosi yang dihadapi oleh wanita yang bercerai akibat keganasan rumahtangga: satu kajian di negeri Johor. Eprints.utm.my. http://eprints.utm.my/id/eprint/41895/ American Addiction Centers. (2022, December 2). Relationship Between Drug Addiction, Alcoholism, and Violence. American Addiction Centers. https://americanaddictioncenters.org/rehab-guide/addiction-and-violence Gavin, S. M., & Kruis, N. E. (2021). The Influence of Media Violence on IntimatePartner Violence Perpetration: An Examination of Inmates’ Domestic Violence ConvictionsandSelf-Reported Perpetration. Gender Issues, 39(2), 177–197. https://doi.org/10.1007/s12147-021-09284-5 Theobald, D., Farrington, D. P., & Piquero, A. R. (2013). Childhood broken homesandadult violence: An analysis of moderators and mediators. Journal of Criminal Justice, 41(1), 44–52. https://doi.org/10.1016/j.jcrimjus.2012.12.003


10 Tun Puteh Wanti. (2023, February). Ego, rasa berkuasa suami punca keganasanrumahtangga. Media Variasi. https://mediavariasi.com/2023/02/ego-rasa-berkuasa-suami- punca-keganasan-rumah-tangga/ Why It’s So Difficult to Leave | Women Against Abuse. (2018). Women against Abuse. https://www.womenagainstabuse.org/education-resources/learn-about-abuse/why-its-so- difficult-to-leave (2023). Astroawani.com. https://www.astroawani.com/gaya-hidup/lelaki-lebih-beremosi- berbanding-wanita-di-tempat-kerja-anda-setuju-228376? masyarakat, J. kebajikan. (2018, June 12). Jabatan Kebajikan Masyarakat. Www.jkm.gov.my. https://www.jkm.gov.my/jkm/index.php?r=portal/left&id=bDRIZ0ZpLzd2NHRFK2N5TlVkS2F wdz09


11 LAMPIRAN 5.1.1 TAHUN PENGAJIAN TAHUN PENGAJIAN JUMLAH (ORANG) PERATUS (%) 1 15 25.0 2 21 35.0 3 14 23.3 4 10 16.7 JADUAL 5.1.1: DEMOGRAFI RESPONDEN MENGIKUT TAHUN PENGAJIAN CARTA PAI 5.1.1:DEMOGRAFI RESPONDEN MENGIKUT TAHUN PENGAJIAN 5.1.2 JANTINA BIL. BUTIRAN KATEGORI JUMLAH (ORANG) PERATUSAN(%) 5.1.2 JANTINA LELAKI 22 36.7 PEREMPUAN 38 63.3 JADUAL 5.1.2: DEMOGRAFI RESPONDEN MENGIKUT JANTINA


12 CARTA PAI 5.1.2:DEMOGRAFI RESPONDEN MENGIKUT JANTINA 5.1.3 BANGSA BIL. BUTIRAN KATEGORI JUMLAH (ORANG) PERATUSAN(%) 5.1.3 BANGSA MELAYU 56 93.3 CINA 2 3.3 INDIA 2 3.3 JADUAL 5.1.3: DEMOGRAFI RESPONDEN MENGIKUT BANGSACARTA PAI 5.1.3: DEMOGRAFI RESPONDEN MENGIKUT BANGSA


13 5.1.4 UMUR UMUR (TAHUN) JUMLAH (ORANG) PERATUS (%) 20 7 11.7 21 21 35.0 22 13 21.7 23 6 10.0 24 8 13.3 25 5 8.3 JADUAL 5.1.3: DEMOGRAFI RESPONDEN MENGIKUT UMURCARTA PAI 5.1.3: DEMOGRAFI RESPONDEN MENGIKUT UMUR


14 5.2 BAHAGIAN B (KEPEKAAN TERHADAP MASALAH RUMAH TANGGA) JADUAL 5.2.1: KEPEKAAN TERHADAP MASALAH KEGANASAN RUMAH TANGGA(n=60) BIL. SOALAN KEKERAPAN(%) STS TS TP SSS1. Masyarakat menganggap keganasan rumah tangga 14 16 15 123berlaku disebabkan isteri yang membuat keputusan (23.3) (26.7) (25.0) (20.0) (5.0)untuk terus berada dalam situasi tersebut. 2. Keganasan rumah tangga sering dilakukan oleh 1 4 6 2623kaum lelaki. (1.7) (6.7) (10.0) (43.3) (38.3)3. Kaum wanita sering menjadi mangsa keganasan 4 1 4 2625rumah tangga. (6.7) (1.7) (6.7) (43.3) (41.7)4. Sikap isteri selalu menggalakkan berlakunya 16 14 18 102masalah keganasan rumah tangga. (26.7) 23.3) (30.0) (16.7) (3.3)5. Isteri yang dipukul oleh suami dikatakan kerana 31 9 9 74mereka layak dipukul. (51.7) (15.0) (15.0) (11.7) (6.7)6. Keganasan rumah tangga sering berlaku dalam 2 4 3 2130keadaan keluarga tidak stabil. (3.3) (6.7) (5.0) (35.0) (50.0)7. Suami yang terlibat dalam pengambilan alkohol 3 1 5 1536atau dadah merupakan salah satu faktor berlakunya (5.0) (1.7) (8.3) (25.0) (60.0)keganasan rumah tangga. 8. Masyarakat menganggap keganasan rumah tangga 11 6 5 2711adalah masalah biasa dalam hubungan (18.3) (10.0) (8.3) (45.0) (18.3)kekeluargaan 9. Sikap panas baran suami adalah satu penyebab 2 1 4 1835berlakunya masalah keganasan. (3.3) (1.7) (6.7) (30.0) (58.3)10. Media menjadi salah satu faktor peningkatan 2 7 7 3014berlakunya masalah keganasan rumahtangga. (3.3) (11.7) (11.7) (50.0) (23.3)


15 GRAF 5.2: KEPEKAAN TERHADAP MASALAH KEGANASAN RUMAHTANGGA5.3 BAHAGIAN C (PENGETAHUAN TENTANG PERUNTUKAN POLISI, HAK DANKHIDMATBANTUAN BERKAITAN DENGAN KEGANASAN RUMAH TANGGA) JADUAL 5.3: PENGETAHUAN TENTANG PERUNTUKAN POLISI, HAK DAN KHIDMATBANTUAN BERKAITAN DENGAN KEGANASAN RUMAH TANGGA (n=60) BIL. SOALAN KEKERAPAN(%) BETUL SALAH1. Akta Keganasan Rumah Tangga hanya memfokuskan kepada kaum wanita. 41 (68.3) 19(31.7)2. Warga emas yang menjadi mangsa keganasan rumahtangga boleh mendapatkan perlindungan di bawah peruntukan Akta Keganasan Rumah Tangga. 52 (86.7) 8(13.3)3. Tempoh bagi perintah perlindungan sementara dalam peruntukan Akta Keganasan Rumah Tangga adalah selama 12 bulan. 48 (80.0) 12(20.0)


16 4. Akta ini menetapkan bahawa mangsa hanya boleh melaporkan kes keganasan rumah tangga di Jabatan Kebajikan Masyarakat. 43 (71.7) 1728.3)5. Khidmat kaunseling kepada mangsa keganasan rumahtangga hanya terdapat di Jabatan Kebajikan Masyarakat. 41 (68.3) 19(31.7)6. Mangsa keganasan rumah tangga akan ditawarkan apa- apa pampasan berkenaan kecederaan atau kerosakan atau kerugian oleh pihak mahkamah. 41 (68.3) 19(31.7)7. Hospital merupakan salah satu agensi yang turut terlibat dalam membantu mangsa keganasan rumah tangga. 51 (85.0) 9(15.0)8. Proses permohonan perlindungan sementara turut dilakukan oleh pihak agensi bukan kerajaan. 52 (86.7) 8(13.3)9. Agensi bukan kerajaan juga turut menyediakan tempat perlindungan sementara kepada mangsa penderaan. 54 (90.0) 6(10.0)GRAF 5.3: PENGETAHUAN TENTANG PERUNTUKAN POLISI, HAK DAN KHIDMATBANTUAN BERKAITAN DENGAN KEGANASAN RUMAH TANGGA


Click to View FlipBook Version