[email protected] Tel : 087774330 Fax :08777442 Ruj Kami : PIBG/700/10/1/03 Tarikh : 29 April 2024 Kepada, Guru /Ibu Bapa / Penjaga Murid SK.Pekan Tambunan Tuan/Puan, JEMPUTAN MESYUARAT AGUNG PIBG S.K PEKAN TAMBUNAN KALI- KE 10 TAHUN 2024 Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung PIBG SK Pekan kali ke- 10 tahun 2024 akan diadakan seperti ketetapan berikut: Tarikh : 18 Mei 2024 (Sabtu) Masa : 8.30 pagi Tempat: Dewan Terbuka SK .Pekan, Tambunan Agenda : 0.1 Ucapan YDP PIBG sesi 2022/2024 0.2 Ucapan Guru Besar SK Pekan Tambunan. 0.3 Pengesahan Minit Mesyuarat Bil 9/2023 0.4 Laporan penyata kewangan PIBG 2023. 0.5 Laporan setiausaha 2023 0.6 Pembubaran AJK PIBG 2022/2024 0.7 Perlantikkan AJK PIBG 2024/2026 0.8 Ucapan Penangguhan oleh YDP PIBG 3. Bersama-sama dengan ini, dilampirkan borang pengesahan kehadiran mesyuarat untuk diisi oleh ibu bapa dan dikembalikan sebelum 17 Mei 2024. Bagi yang gagal menghadiri mesyuarat dikehendaki membayar sumbangankasih sebanyak Rm10. 4. Kehadiran dan kerjasama daripada Tuan/Puan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian dan terima kasih ”MALAYSIA MADANI” “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya Yang Menjalankan Amanah ……………………………….. (ISRAFIL MALAKALU ISMAIL) YDP PIBG SK. PekanTambunan SK : - Fail PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN, Peti Surat 15, 89657 Tambunan, Sabah, Malaysia. R u j T u a n : R u j K a m i : S K P T / 5 0 0 / 6 / 4 / T a r i k h : 1 7 . 1 0 . 2 0 1 1 Telefon: 087-774330
Aturcara Majlis 7:30am : Ketibaan Guru-guru dan AJK Pelaksana 8:00am : Ketibaan dan pendaftaran ahli-ahli PIBG 8:30am : - Ucapan aluan pengerusi - Nyanyian lagu Negaraku dan Sabah Tanah Airku - Bacaan doa oleh ustaz Jasnin Udin - Ucapan YDP sesi 2022/2024, En Israfil Malakalu - Ucapan Perasmian oleh Guru Besar SK.Pekan - tayangan video - Perasmian Mesyuarat Agung PIBG kali ke-10 Tahun 2024 - Pembentangan dan pengesahan Minit Mesyuarat Agung bil 9 Tahun 2023 - Laporan kewangan 2022/2024 - Laporan setiausaha 2022/2024 - Pelaksanaan Program One School - Pembubaran AJK PIBG 2022/2024 - Pelantikan AJK PIBG 2024/2026 - Pembentangan usul - Hal-hal lain - Ucapan Penangguhan YDP sesi 2024/2026 11:30 : Jamuan dan bersurai
SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN TAMBUNAN MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE - 9 2023 Tarikh : 13 Mei 2023 Hari : Sabtu Masa : 8.30 pagi Tempat : Dewan Terbuka SK Pekan Tambunan Agenda : 0.1 Ucapan YDP PIBG sesi 2022/2024 0.2 Ucapan Guru Besar SK Pekan Tambunan. 0.3 Pengesahan Minit Mesyuarat Agung Bil 8/2022. 0.4 Laporan penyata kewangan PIBG 2022. 0.5 Laporan setiausaha/ aktiviti 2022 0.6 Pembentangan usul 0.7 Hal-hal lain Kehadiran : Rujuk Lampiran AGENDA 1 1.0 Ucapan Yang Dipertua PIBG sesi 2022/2024. Encik Israfil Malakalu, YDP PIBG, mengucapkan terima kasih kepada semua ibu bapa dan guru yang telah meluangkan masa dan hadir pada mesyuarat kali ini. Beliau memaklumkan bahawa, mesyuarat ini bertujuan untuk membahaskan isu-isu yang akan diusulkan oleh ibu bapa. Selain daripada itu, Beliau juga mengingatkan kepada semua hadirin berkenaan yuran PIBG. YDP PIBG juga mengharapkan agar mesyuarat ini dapat berjalan lancar terutama sekali ketika isuisu dibahas nanti. AGENDA 2 2.0 Ucapan Wakil Guru Besar Encik Raju Udin Bin Ajay, Guru Besar SK.Pekan Tambunan, turut merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang hadir. Beliau juga mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pihak yang terlibat termasuk penyediaan juadah demi menjayakan mesyuarat agung PIBG pada kali ini. Beliau menyatakan bahawa ini merupakan mesyuarat pertama beliau selama bertugas di sekolah ini pada bulan Oktober tahun lalu. Beliau mengharapkan kerjasama serta komitmen daripada ibu bapa demi kejayaan anak-anak ke arah kemenjadian murid. Beliau dapat melihat menerusi penglibatan dan bantuan PIBG yang amat memberangsangkan, PIBG sentiasa bersedia memberikan sumbangan sama ada dari segi buah fikiran, tenaga, kewangan mahupun kehadiran ibu bapa dalam semua penganjuran sekolah.
Manakala sumbangan kewangan PIBG amat diperlukan untuk kepentingan dan juga pembangunan sekolah. Beliau berkata, SK.Pekan merupakan sekolah yang sangat banyak memohon untuk tujuan menaik taraf sekolah seperti membina susur gajah dan pembaikkan makmal komputer sekolah. Seterusnya, Beliau memohon kerjasama ibu bapa untuk merealisasikan rancangan pihak sekolah untuk membina bumbung tempat meletak kenderaan. Guru Besar berharap agar semua permohonan yang telah dibuat akan mendapat kelulusan dari pihak atasan dan akan terlaksana mengikut perancangan. Beliau turut mengingatkan kepada semua ibu bapa agar sering berbincang berkenaan masalah anak-anak dengan pihak sekolah dan tidak menyebarkan sebarang perkara di media sosial. Beliau menasihatkan ibu bapa agar dapat menyelesaikan semua masalah dalam suasana yang baik. Seterusnya beliau merasmikan mesyuarat Agung PIBG kali ke-9. AGENDA 3 3.0 Pengesahan Minit Mesyuarat 3.1 Pengesahan Minit Mesyuarat PIBG Bil.8 bertarikh 25 Jun 2022 Di cadang untuk disahkan : Pn.Latifah Hamzani Disokong oleh : En. Didi Bin Nur AGENDA 4 4.0 Laporan Kewangan ( Bendahari Pibg – Cik.Noraini Hamzah) - https://anyflip.com/ttzui/ohck/ 4.1 Tunggakan Yuran Guru Besar meminta respon daripada semua ahli PIBG yang hadir berkenaan tunggakan yuran pada tahun-tahun lepas iaitu sebelum tahun 2022, adakah pelu dijelaskan atau dilupuskan. Respon – Tunggakan sebelum tahun 2022 dilupuskan dan ibu bapa hanya wajib membayar ataupun menjelaskan yuran PIBG bermula tahun 2022 ke atas. - Pembayaran boleh dibuat sama ada secara tunai atau pun secara online transfer. Secara Tunai boleh diserahkan kepada guru kelas dan online transfer melalui akaun bank rasmi PIBG, sila gambar resit pembayaran dan hantar kepada bendahari PIBG. 4.2 Bendahari PIBG, Cik Noraini Hamzah, memaklumkan bahawa beliau baru sahaja dilantik sebagai bendahari pada 29 September 2022 menggantikan bendahari lama iaitu Puan Mahani Roslee. AGENDA 5 5.0 Laporan Setiausaha (Pn.Bernie Albert) - Laporan Setiausaha telah disediakan dalam bentuk anyflip dan boleh diakses secara online. https://anyflip.com/rcvom/dhti/
Bil Aktiviti-aktiviti Tarikh Catatan 1. Ceramah anti jenayah dengan Kerjasama PDRM caw Tambunan 7/12/2022 Telah dilaksanakan 2. Program ziarah cakna Ramadan 16/4/2022 Telah dilaksanakan 3. Kem Super Aulad Peringkat SK.Pekan 24/9/2022 Telah dilaksanakan 4. Simulasi/Latihan menghadapi kebakaran bersama Jabatan Bomba caw Tambunan 2/2/2023 Telah dilaksanakan 5. Sambutan Hari Kanak-kanak 9/2 – 17/2/2023 Telah dilaksanakan 6. Hari Kantin 9/2 – 17/2/2023 Telah dilaksanakan 7. Hari Apresiasi dan Merentas Desa 9/2 – 17/2/2023 Telah dilaksanakan 8. Khatam Quran SK.Pekan 14/4/2023 Telah dilaksanakan 9. Program Rehal Ramadan 26/3, 2/4, 9/4, 16/4/2023 Telah dilaksanakan AGENDA 6 6.0 Pembentangan usul - Tidak ada usul yang dibentangkan. AGENDA 7 7.0 Hal-Hal Lain 7.1 YDP – Pembayaran yuran PIBG Encik Israfil selaku YDP menjelaskan berkenaan pembayaran yuran PIBG seperti berikut; 1. Ibu bapa yang mempunyai anak di pra dan sekolah Perdana perlu membayar yuran PIBG sebanyak RM20 untuk satu keluarga walaupun telah membayar yuran PEWARIS pra. 2. Pembayaran yuran PIBG hanya dibayar sekali sahaja (RM20) walaupun mempunyai anak lebih daripada 1 orang termasuk yang berada di PPKI. (Hanya adik beradik kandung sahaja yang diambil kira) 3. Manakala, 1 penjaga (contohnya nenek atau ibu/bapa saudara) yang menjaga cucu atau pun anak-anak buah mereka hanya perlu membayar RM20. 7.2 YDP sekali lagi menegaskan berkenaan apa-apa juga insiden yang berkaitan dengan anak-anak di sekolah perlulah diselesaikan dengan baik melalui perbincangan tanpa menyebarkan isu-isu sekolah di laman sosial Tindakan : Semua ahli PIBG
7.3 Sambutan/Program Hari Raya Kaamatan (Ust.Dzul Ihsan) 7.3.1 Ustaz Dzul selaku penyelaras program memaklumkan kepada semua yang hadir bahawa kutipan sebanyak RM25 untuk satu keluarga diwajibkan bagi menjayakan program ini. 7.3.2 Ibu bapa juga akan turut serta membantu dalam bahagian memasak semasa program berlangsung. 7.3.3 YDP merespon berkaitan program ini;- i) Kutipan sebanyak RM25 wajib dibayar oleh setiap keluarga. Bagi yang telah membayar di Pra dan PPKI, tidak perlu lagi membayar di Perdana sekiranya mempunyai anak di kelas Perdana. ii) Sekiranya dana untuk program ini telah mencukupi, wang tersebut akan digunakan untuk membiayai keperluan makan dan minum murid, guru dan ibu bapa pada hari sukan olahraga kelak. Makluman dan Tindakan : Semua ahli PIBG 7.4 Pembinaan bonggol di kawasan laluan ke sekolah. Respon daripada Guru Besar – Permohonan ini akan diperincikan kemudian dan memohon kerjasama semua ibu bapa/waris mahupun kereta sewa yang menghantar dan mengambil anak-anak di sekolah untuk sama-sama memperlahankan kenderaan demi keselamatan murid. Pengawal keselamatan akan selalu memastikan pergerakkan kenderaan. Makluman dan Tindakan : Semua ahli PIBG 7.5 Promosi Pakaian Beragam 7.5.1 Puan Sarimah memohon kepada semua ahli PIBG agar memakai pakaian yang menarik pada hari sambutan Raya Kaamatan sebagai pengisian kepada acara pakaian beragam kerana ianya akan dinilai oleh juri tertentu dan dipertandingkan. 7.5.2 Puan Sarimah turut merakamkan ucapan terima kasih kepada penyumbang TV iaitu Puan Julia untuk kegunaan PPKI. 7.6 Sumbangan TV - YDP memaklumkan mengenai program pendigitalan kelas yang telah dibincangkan pada mesyuarat yang lalu. YDP dan pihak PIBG akan berusaha mencari penyumbang serta akan menghubungi alumni sekolah. 7.7 Pembukaan akaun PIBG baru - YDP memaklumkan bahawa urusan akaun yang boleh diakses secara dalam talian bagi bank Alliance adalah sangat rumit dan memenatkan. Pemohonan telah dibuat sejak tahun lalu dan masih tidak diluluskan sehingga kini. Beliau meminta pendapat dan sokongan daripada ahli PIBG untuk membuat satu akaun lagi di bank yang lain.
- Respon ahli PIBG - semua bersetuju dan menyokong usul YDP. Makluman : Semua ahli PIBG 7.8 Puan Lorna, selaku Penolong Kanan Pentadbiran merakamkan ucapan terima kasih beliau kepada pihak-pihak yang telah menyumbang untuk pembinaan gelangang bola tampar sekolah. 7.9 Puan Lorna seterusnya membentangkan satu program yang akan dilaksanakan bagi membantu murid-murid yang masih berada di tahap penguasaan 1 dan 2. Program tersebut dinamakan ”Bimbingan Sepakat” yang akan dijalankan selama 30 minit mengikut jadual. Ibu bapa murid berkenaan akan dikumpulkan dalam satu Group WhatApps bagi memudahkan mereka untuk mendapat sebarang info termasuk jadual bimbingan. Makluman : Semua Ahli PIBG 7.10 Puan Jubiniah selaku Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) memaklumkan bahawa sebarang kutipan sama ada yuran PIBG mahu pun sumbangan dan sebagainya hanya sah jika melalui akaun PIBG sekolah dan bukan melalui akaun peribadi. Makluman : Semua Ahli PIBG 7.11 APDM – Data Kehadiran murid Puan Jubiniah turut mengingatkan ibu bapa berkaitan dengan kepentingan kehadiran murid ke sekolah. Beliau membentangkan data kehadiran murid APDM dan memohon agar ibu bapa lebih peka serta mengambil peranan yang sepatutnya agar kehadiran murid dapat ditingkatkan. Beliau juga menjelaskan berkenaan prosedur pemberian surat amaran kepada murid. Makluman : Semua Ahli PIBG 7.12 Bantuan RMT dan KWAMP Puan Jubiniah memaklumkan kepada semua ibu bapa yang hadir berkaitan kelayakan murid untuk memohon bantuan tersebut. Beliau menerangkan syarat-syarat kelayakan dan permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan borang yang diberi oleh pihak sekolah. Borang tersebut perlu dilengkapkan terutama bahagian pendapatan isi rumah dan dikembalikan mengikut tarikh yang telah ditetapkan bagi mengelakan keciciran. Selain daripada itu, ibu bapa dinasihatkan untuk sentiasa mengemaskini pendapatan dan butir-butir lengkap murid dalam aplikasi APDM agar dapat diselaraskan dengan borang yang dihantar. Makluman : Semua Ahli PIBG
7.13 Smart school - Pembentangan daripada syarikat Mobility One. Aplikasi ini adalah berbentuk digital dan dirujuk sebagai system one school. Komponen yang terdapat dalam sistem ini adalah kad pelajar dan aplikasi one school menggunakan sistem sentuh. Aplikasi ini merupakan satu sistem yang cepat dan mudah juga merangkumi semua sistem yang digunakan di sekolah. Makluman : Semua ahli PIBG 7.14 Puan Allison selaku Penolong Kanan KO-Kurikulum memohon sumbangan ikhlas daripada PIBG untuk menampung perbelanjaan para peserta Hiss (BKD) peringkat negeri. Sumbangan tersebut adalah untuk membiayai tempat penginapan, makanan dan pengangkutan murid ke pertandingan tersebut. Beliau juga mengharapkan sekiranya ada di kalangan ibu bapa yang secara sukarela untuk membantu mengurus peserta dan atau menjadi pengiring anak-anak ke pertandingan tersebut. - Respon YDP – Beliau mengalu-alukan sumbangan daripada ibu bapa dan boleh terus berhubung dengan Puan Allison. AGENDA 8 UCAPAN DAN PENANGGUHAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN OLEH YDP En.Israfil selaku YDP PIBG memohon kerjasama daripada ibu bapa dan semua ahli PIBG untuk terus memberikan sumbangan sama ada dari segi idea, tenaga mahu pun kewangan demi kecemerlangan murid dan sekolah. Beliau merakamkan ucapan terima kasih sekali lagi sebelum menangguhkan mesyuarat pada jam 12:05 tengahari. Disediakan oleh : Disahkan Oleh: __________________ ____________________________ (BERNIE@BERNADETTE ALBERT@ROBERT) (ISRAFIL MALAKALU ISMAIL) Setiausaha PIBG Yang Di Pertua PIBG SK Pekan Tambunan SK Pekan Tambunan Sk : Fail PIBG AJK
SENARAI KEHADIRAN MESYUARAT : MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERSATUAN IBU BAPA GURU (PIBG) SK PEKAN TAMBUNAN KALI KE-9 2023 TARIKH / HARI : 13.05.2023 (SABTU) MASA : 8.30 PAGI BIL NAMA IBU BAPA/PENJAGA BIL NAMA IBU BAPA/PENJAGA 1. ABDUL TAMIN BIN HASAN 29. MARTIN P GANDIAL 2. NORIDAH ZAKARIA 30. ALDRIANA GAINI 3. ACO BIN JAMI 31. NUR SHADILLAH T 4. NORHATNA HABIBON 32. LIZA BINTI LAZIM 5. LIZA CLEMENTINA SIM 33. SHOAB BHUIYAN 6. NORSIDAH ZAINUDDIN 34. JERY JUSTIN 7. JESSIE JUSTINUS 35. CINDYANAH PIJEH 8. ALBERT MICHEAL GAPIN 36. ROSLINDA BINTI BASARI 9. SUSANA RAPHAEL 37. HAYATI JUMIN 10. MENISAH SILAI 38. NURUL SHAZLINA BINTI SAHADIN 11. HERYMOND BIN MARIUS 39. RENYLDA ANE ROBERT 12. ISRAFIL MALAKALU 40. JASNIN UDIN 13. JAINEH BINTIB BURUNGAN 41. CONNIE BT JOHN 14. MILSSON W MONTIL 42. HELIN AJAK 15. NOORFADILAH BINTI JAININ 43. AULA BIANUS 16. SARINAH LAU SAM 44. CAROLAINE RYMOND 17. YUSRIE B USOK 45. GLORY CLEOPHAS GOROTOD 18. AMEY MIKEY 46. JAIMES ANGGUN 19. NESI RAIMON 47. AIDAH SUZANA G 20. JASNIN UDIN 48. NORAIJAH NASRI 21. FATHIRAIZAL ARSHAD 49. SITI SHAFAWATI MAHAT 22. NORATIKAH ALIDIN ABDULLAH 50. RAIMI DANI 23. MOHD SAZLAN BIN MAT SAMAN 51. KARTINI ROSIMIN 24. MOHD NOOR ASHRAFRADZUAN 52. STACY S 25. TERRY MARTIN 53. LANTINUS GASUTI 26. JENNIFER JUSI 54. NORAILYN SAIDIN 27. ROMMY AFRAND 55. LAINIS A 28. ELISHA PAUL 56. NANCEY KUNJAN 57. HAYATI RUKI 95. JUBINIAH USOK 58. NORAINI HAMZAH 96. AMIRAH HUMAIRAH BINTI AMIR 59. HASNANI POTRAH 97. MOHD NAZRUL BIN ALI AHMAD 60. HILDA JUSTIN 98. SARIMAH BINTI UDIN
61. AMMEY MARIUS 99. ANTHONY MATHEW 62. MELISSA MICHEAL 100. BERNIE ALBERT 63. RENNA INSUI 101. RUFINA FRANCIS 64. IDRIS NUR 102. JOVITA JIMMI 65. M ROSAZLAN SHAH ROSLEE 103. MARINA RICHARD 66. ZUBAIDAH BIANUS 104. ALEX ANGGAS 67. SITI RARDZIEAH BINTI RAMLEE 105. IMILDA FRANCIS 68. IZREEN EMIE BT AHMAD 106. ROSINAH@ANGELA GANGKAGU 69. EDWARD ANNDY NASUN 107. 70. SAMSIAR BT UDIN 108. 71. AMIRAH HUMAIRAH AMIR 109. 72. NORIZAN ZAKARIA 110. 73. MAHANI ROSLEE 111. 74. LATIFAH HANUM HAMZANI 112. 75. FAZLY SHAH ANUAR 113. 76. DZUL IKHSAN BIN MOHD.HAMAMI 114. 77. MILA GONDILAH 115. 78. PRISCILA J 116. 79. MARIBEL MANUEL 117. 80. NURHIKMAH SYAKIRAH SELAMAT 118. 81. SITI HASMAH DALI 119. 82. FLORA DAVID 120. 83. SITI FARAH FAIRUZ BTE ASHARM 121. 84. YAMAS GANDILA 122. 85. MAUREEN JOUJI 123. 86. JERUS MICHEAL 124. 87. BERNIE ALBERT 125. 88. EDWARD ANDY NASUN 126. 89. ESMAEL HOSEN 127. 90. PATRICT PETER MUJI 128. 91. MAHANI ROSLEE 129. 92. JENNIFER JUSI JOSIM 130. 93. DZULKILFLI ROTIS 131. 94. CALLIXTUS PATRICK 132.