PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN
UNIT 1
OBJEKTIF
Objektif Am: Membolehkan pelajar memahami tentang perakaunan, prinsip-
prinsip, andaian-andaian dan kovensyen perakaunan mengikut
mengikut badan-badan perakaunan antarabangsa seperti GAAP,
IAS, SSAP, MAS dan IAS, fungsi perakaunan kewangan,
cabang-cabang perakaunan, penggunaan dan kepentingan
maklumat perakaunan.
Objektif Khusus: Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat:
1. Mentakrifkan perakaunan dan simpan kira.
2. Membezakan antara perakaunan dan simpan kira.
3. Menerangkan prinsip-prinsip, andaian-andaian dan
konvensyen perakaunan menurut GAAP,IAS,SSAP, MAS
dan IAS.
4. Menerangkan cabang-cabang perakaunan.
5. Membincangkan kepentingan maklumat perakaunan
kepada pengguna dalaman dan pengguna luaran.
6. Mentakrifkan kitaran perakaunan dan menyenaraikan
fasa- fasa dalam kitaran perakaunan.
PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN
INPUT
P
E
N Apa itu
G • Simpan kira???
E • Perakaunan????
N
A
L
A
N
SIMPAN KIRA
Merupakan satu
kemahiran mengenal
pasti, mengelas dan
merekod urusniaga
secara bersistem.
PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN
1.2 PERAKAUNAN ialah………….
Satu proses menyediakan maklumat mengenai kedudukan kewangan
dan hasil kendalian sesebuah entiti untuk membantu pihak-pihak
yang berkepentingan membuat keputusan. Proses dalam
perakaunan melibatkan aktiviti:
P Mengenalpasti
E
R Merekod
A Mentafsir
K Menganalisis DATA-DATA
KEWANGAN
A Melapor
U
N Merancang
A
N
Daripada definisi Simpan kira dan Perakaunan di atas, dapat disimpulkan bahawa
konsep Simpankira dan Perakaunan sangat berkait rapat dan Simpan kira
merupakan langkah permulaan dalam proses perakaunan.
PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN
INPUT
Pelajar-pelajar adakah
anda terfikir bahawa
perakaunan merupakan
satu bidang yang sangat
luas. Sekarang, mari kita
lihat 3 cabang utama
perakaunan
CABANG-CABANG PERAKAUNAN
CABANG-CABANG PERAKAUNAN
PERAKAUNAN PERAKAUNAN
KEWANGAN PENGURUSAN
PERAKAUNAN KOS
PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN
PERAKAUNAN KEWANGAN
PERAKAUNAN KEWANGAN
• Menekankan aspek penyediaan laporan
kewangan untuk membantu pihak-pihak
yang berkepentingan membuat keputusan
• 3 bentuk laporan laporan perakaunan
kewangan yang utama ialah Akaun
Perdagangan, Akaun Untung Rugi dan
Kunci Kira-Kira
• Akaun Perdagangan dan Akaun Untung
Rugi bertujuan melaporkan hasil kendalian
perniagaan untuk tempoh tertentu
• Kunci Kira-kira bertujuan menunjukkan
kedudukan kewangan perniagaan pada
satu titik masa
PERAKAUNAN KOS
PERAKAUNAN KOS
• Menekankan kepada aspek penentuan kos
terutamanya kos pengeluaran dan kos
perkhidmatan
• Maklumat kos ini akan digunakan oleh
pihak pengurusan
PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN
Skop perakaunan kewangan
PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN
Sejarah perakaunan
Pengguna penyata kewangan luaran pula terdiri dari pelabur dan bakal pelabur serta pihak yang
memberi pembiayaan kepada perniagaan seperti pemiutang dan institusi kewangan yang ingin
mengetahui prestasi kewangan perniagaan.
PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN
PERAKAUNAN PENGURUSAN
PERAKAUNAN PENGURUSAN
• Menterjemahkan maklumat yang dihasilkan
oleh Perakaunan Kos dan Perakaunan
Kewangan untuk membantu pihak
pengurusan membuat perancangan , kawalan
dan keputusan berkenaan operasi perniagaan
Siapakah yang memerlukan
maklumat yang dihasilkan
oleh Perakaunan
Kewangan???
PENGGUNA-PENGGUNA MAKLUMAT KEWANGAN
PENGGUNA MAKLUMAT
KEWANGAN
PENGGUNA DALAMAN PENGGUNA LUARAN
PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN
PENGGUNA DALAMAN
PENGGUNA DALAMAN
Pengguna-pengguna Dalaman di antaranya ialah:
• Pihak Pengurusan
- Maklumat kewangan membantu mereka
mengetahui prestasi operasi dan
kedudukan kewangan perniagaan
• Pihak Pengurusan Kewangan
- Maklumat kewangan membantu mereka
mengetahui kemampuan syarikat
menjelaskan hutang-hutang perniagaan
• Pihak Pemasaran
- Maklumat kewangan membantu mereka
menentukan harga barangan yang akan
dipasarkan
PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN
PENGGUNA LUARAN
PENGGUNA LUARAN
Pengguna-pengguna Luaran di antaranya ialah:
• Pihak Bank
- Maklumat kewangan membantu mereka
mengetahui keupayaan syarikat membayar
semula pinjaman yang telah dibuat
• Pihak Kesatuan Sekerja
- Maklumat kewangan membantu pihak
kesatuan memastikan sama ada tuntutan
yang dibuat untuk kenaikan gaji, cuti,
insurans dan seumpamanya adalah
munasabah dengan kemampuan syarikat
• Pihak Pemiutang
- Maklumat kewangan membantu pemiutang
mengetahui keupayaan syarikat menjelaskan
hutang perniagaan
• Jabatan Hasil Dalam Negeri
- Menentukan kepatuhan perniagaan kepada undang-
undang yang telah ditetapkan dan menentukan
jumlah cukai yang harus dikenakan.
PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN
Konsep-konsep asas
perakaunan yang perlu diketahui
oleh akauntan?????
1.2 KONSEP-KONSEP ASAS PERAKAUNAN
KONSEP-KONSEP ASAS PERAKAUNAN
ANDAIAN-ANDAIAN PRINSIP-PRINSIP
PERAKAUNAN PERAKAUNAN
KEKANGAN PERAKAUNAN
PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN
ANDAIAN PERAKAUNAN
ANDAIAN PERAKAUNAN
• Andaian Usaha Berterusan
Menurut andaian ini, sesebuah perniagaan akan terus beroperasi pada
masa-masa akan datang, dan tidak mempunyai rancangan untuk
dibubarkan.
• Andaian Tempoh Perakaunan
Andaian ini menyatakan aktiviti perniagaan boleh dibahagikan
kepada tempoh-tempoh tertentu contohnya seperti sebulan, suku tahun
atau setahun. Andaian ini membolehkan pengguna-pengguna penyata
kewangan mengetahui prestasi operasi perniagaan dan kedudukan
kewangan perniagaan sekurang-kurangnya sekali setahun.
• Andaian Mata Wang Stabil
Diandaikan tidak mengambilkira perubahan nilai sesuatu matawang, kuasa
beli adalah malar.
PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN
PRINSIP-PRINSIP PERAKAUNAN
PRINSIP-PRINSIP PERAKAUNAN
• Prinsip Kos Sejarah
Merupakan prinsip untuk merekod semua unsur dalam penyata
kewangan pada nilai kos. Semua u/niaga direkodkan mengikut nilai
asal. (harga kos/harga beli)
• Prinsip Keobjektifan
Prinsip perakaunan ini menegaskan bahawa perekodan sesuatu
urusniaga hendaklah berdasarkan bukti yang objektif. Mana-mana
urusniaga yang tidak dapat disokong dengan bukti yang objektif,
seperti anggaran untuk akaun Peruntukan hutang Ragu, anggaran
hendaklah dibuat berdasarkan maklumat yang disahkan dan tidak
berat sebelah. (disokong oleh dokumen)
• Prinsip pendedahan penuh
Mengikut prinsip ini pendedahan maklumat perakaunan hendaklah
sentiasa relevan, tepat pada masanya, boleh dipercayai, tidak berat
sebelah dan bebas dari kesalahan dan kesilapan. (cth kaedah yg
digunakan)
• Prinsip Pemadanan
Ialah hasil yg diperolehi dalam sesuatu tempoh akan dipadankan dengan
semua belanja yang terlibat utk mendapatkan hasil dalam tempoh yg
sama bagi menentukan untung atau rugi perniagaan.
• Prinsip Wang Sebagai Unit Ukuran
Menurut andaian ini, semua keputusan kewangan sesebuah entiti akan
diukur dalam unit kewangan. Nilai ringgit dan sen diandaikan sentiasa
dalam keadaan yang stabil.
• Prinsip Entiti Berasingan
Menurut andaian ini, setiap perniagaan hendaklah diakaunkan secara
berasingan dan terpisah dari pemiliknya dan dari entiti-entiti yang
lain
PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN
• Prinsip Ketekalan
Menurut andaian ini, penggunaan prinsip/kaedah perakaunan tidak
akan diubah dari satu tempoh ke satu tempoh yang lain. Andaian ini
bertujuan agar prestasi operasi dan kedudukan kewangan perniagaan
boleh dibandingkan antara satu tempoh dengan satu tempoh yang
lain.
• Prinsip Catatan Bergu
Setiap urusniaga mesti dicatat di bahagian debit dan kredit dengan jumlah
yang sama.
• Prinsip Realisasi / pengiktirafan Hasil
Perniagaan hanya akan mengiktiraf hasilnya dalam tempoh hasil diperoleh,
bermaksud barang niaga/perkhidmatan telah diserahkan kepada pelanggan
dan obligasi wujud.
• Prinsip Kematerialan
Sebelum sesuatu urusniaga direkodkan, perlu dilihat kesan kematerialan
kepada amaun urusniaga samada signifikan ke atas perniagaan, ia
menegaskan bahawa amaun aset yang terlalu kecil dan tidak signifikan
kepada kedudukan kewangan perlu dianggap sebagai belanja hapus kira.
• Prinsip Akruan
Bermaksud semua belanja yang belum dibayar tetapi telah dilibatkan
dalam tempoh perakaunan direkodkan sebagai liabiliti semasa, manakala
hasil yang telah diperolehi dalam tempoh semasa tetapi belum diterima
bayaran tunai direkodkan sebagai aset semasa.
PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN
KEKANGAN-KEKANGAN PERAKAUNAN
KEKANGAN-KEKANGAN PERAKAUNAN
• Kekangan Konservatisme
Kekangan ini menggalakkan perniagaan untuk mengelakkan
daripada terlebih nyatakan aset dan liabiliti dan mengurang
nyatakan liabiliti dan perbelanjaan.
• Kekangan Kematerialan
Kekangan ini merujuk kepada kepentingan sesuatu item atau
peristiwa secara relatif. Item-item yang tidak material tidak perlu
dilaporkan secara berasingan.
• Kekangan Faedah-Kos
Kekangan ini merujuk kepada kos penyediaan maklumat hendaklah
tidak melebihi daripada nilai maklumat tersebut kepada pengguna-
pengguna penyata kewangan.
PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN
Etika dalam profesion perakaunan
1. Keobjektifan
Laporan & keputusan aktiviti ekonomi disediakan berasaskan bukti.
2. Intergriti
Menyampaikan pandangan secara profesional, amanah dan berterus terang.
3. Kerahsiaan/berhati-hati
Semua maklumat organisasi perlu dirahsiakan oleh akauntan. Hanya boleh didedahkan
bagi mematuhi peraturan profesional dan undang2 kerajaan shj.
5. Perlakuan Professional
Mesti mematuhi undang2 & peraturan yang relevan.
6. Kempeten
Menjalankan tugas / tanggungjawab secara keperluan, secara berhati2 dan teliti.
PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN
Tahukah anda apakah
langkah-langkah yang perlu
diikuti semasa menyediakan
penyata kewangan???
Dalam penyediaan penyata kewangan, terdapat beberapa langkah yang perlu
diikuti satu persatu. Langkah-langkah tersebut boleh digambarkan melalui Kitaran
Perakaunan.
KITARAN PERAKAUNAN
Apa itu Kitaran Perakaunan?
Kitaran Perakaunan merupakan satu proses:
• pengumpulan dan pemprosesan data-data
perakaunan.
Ia dipanggil sebagai kitaran kerana fasa-fasa
dalam kitaran perakaunan mesti diulangi bagi
setiap tempoh perakaunan
Apakah fasa-fasa yang
terdapat dalam Kitaran
Perakaunan???
Untuk mengetahui tentang fasa-fasa dalam Kitaran Perakaunan sila rujuk rajah
1.1
PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN
FASA-FASA DALAM KITARAN PERAKAUNAN (sila rujuk
Rajah 1.1)
Pengumpulan
Urusniaga
(1)
Penyediaan Analisa Urusniaga
Penyata Kewangan
Kewangan (2)
(6)
Penyediaan Penjurnalan
Imbangan Duga (3)
(5)
Pemindahan
Ke Akaun
Lejar
(4)
Rajah 1-1
Berikut adalah penerangan ringkas mengenai kitaran perakaunan di Rajah 1.1
Fasa 1 Pengumpulan Fasa 2 Analisa Urusniaga
Urusniaga
Analisa urusniaga adalah
Pengumpulan data-data untuk melihat kesan urusniaga
urusniaga mestilah disokong ke atas persamaan perakaunan:
dengan dokumen perniagaan
yang berkaitan contohnya: Aset = Liabiliti + Ekuiti
Pemilik)
• jualan kredit mesti
dibuktikan dengan
invois, belanja tunai
runcit mesti
dibuktikan dengan
baucar tunai runcit
PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN
Fasa 3 Penjurnalan Fasa 4 Pemindahan Ke
Akaun Lejar
Penjurnalan adalah proses
merekod urusniaga dalam Pemindahan ke akaun lejar
Jurnal, mengikut turutan adalah pemindahan data-data
tarikh berlakunya urusniaga yang direkod dalam Jurnal
ke akaun-akaun dalam Lejar
( rujuk unit 2, 3, 4,5 )
( rujuk unit 7 )
Fasa 5 Penyediaan Fasa 6 Penyediaan Penyata
Imbangan Duga Kewangan
Imbangan Duga disediakan Fasa ini melibatkan
pada setiap akhir tempoh penyediaan tiga penyata
perakaunan. Ia merupakan kewangan yang utama iaitu
senarai akaun-akaun yang Penyata Pendapatan, Kunci
terdapat dalam lejar beserta Kira-Kira dan Penyata
baki bagi setiap akaun Aliran Tunai.
( rujuk unit 8 ) ( rujuk unit 9 )
PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN