SULIT
NO. KAD PENGENALAN / NO. SIJIL KELAHIRAN
ANGKA GILIRAN
PENTAKSIRAN ALTERNATIF
TAHUN ENAM
BAHASA MELAYU - PEMAHAMAN 011
Bahagian B
Untuk Kegunaan Pemeriksa
JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI
SEHINGGA DIBERITAHU Kod Pemeriksa:
1. Tulis nombor kad pengenalan atau nombor sijil Nombor Markah Markah
kelahiran dan angka giliran kamu pada petak yang Soalan Penuh Diperoleh
disediakan.
(a) 7
2. Jawapan kamu hendaklah pada ruang jawapan yang 21 4
disediakan dalam kertas soalan ini. 6
(b) 5
3. Serahkan Bahagian B ini bersama-sama kertas (a)
jawapan objektif kepada pengawas peperiksaan pada 22 8
akhir peperiksaan. (d)
(a)
4. 23
(b)
(a)
24
(b)
(a)
(b)
25
(c)
(d)
Jumlah 30
Kertas peperiksaan ini mengandungi 7 halaman bercetak dan 1 halaman tidak bercetak.
011 © 2020 Pentaksiran Alternatif Tahun Enam [Lihat halaman sebelah
SULIT
SULIT 7 011
Bahagian B
[30 markah]
Soalan 21
(a) Pilih perkataan antonim yang paling sesuai bagi perkataan bergaris. Tulis jawapan kamu
pada ruang yang disediakan.
muda berani suram
masak gelisah
__te_g_ak__
tegak
nggam
Contoh:
Pokok mangga epal di halaman rumah Mak Cik Dilah condong kerana
dilanggar traktor.
(i) Apabila buah belimbing madu semakin ranum zat dan vitaminnya
akan berkurangan.
(ii) Puan Mona dapat menghadapi segala dugaan yang telah menimpa
keluarganya itu dengan tenang dan tabah.
(iii) Sebagai ketua pasukan, Fahmi berasa yakin bahawa pasukan hoki
sekolah mereka akan menang dalam perlawanan itu.
[3 markah]
(b) Tulis BETUL atau SALAH pada ruang yang disediakan bagi penggunaan perkataan yang
bergaris dalam ayat-ayat di bawah.
(i) Pasukan SK Sultan Abdul Aziz telah berjaya meraih kemenengan
dalam pertandingan Bicara Berirama.
(ii) Semua murid dilarang berkeliaran di kawasan itu kerana projek
pembinaan bangunan baharu sedang dijalankan.
(iii) Parit di Taman Murni itu diperdalamkan oleh para pekerja majlis
perbandaran bagi mengelek banjir kilat berlaku.
[3 markah]
011 © 2020 Pentaksiran Alternatif Tahun Enam [Lihat halaman sebelah
SULIT
SULIT 8 011
Soalan 22
(a) Pilih simpulan bahasa yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam ayat-ayat
di bawah.
curi tulang buta huruf pekak badak makan angin
(i) Pak Cik Syamsudin meminta cucunya membacakan surat yang baru sahaja diterimanya itu
kerana dia ________________________.
(ii) Pekerja kilang elektronik itu telah diberikan amaran terakhir oleh majikannya kerana dia
selalu sangat ________________________.
[2 markah]
(b) Pilih dan tandakan √ bagi ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
(i) “Ceritakan masalah kamu itu. Mungkin saya boleh menolong kamu,” kata Hafiz
Salimi kepada Muhammad Faisal.
Hafiz Salimi meminta Muhammad Faisal menceritakan masalahnya itu agar
dapat diselesaikan.
Hafiz Salimi merayu supaya Muhammad Faisal memberitahu masalah yang
dihadapinya boleh berakhir.
(ii) “Ibu bapa saya akan menunaikan ibadah umrah pada tahun ini,” kata Nurul Ain
Qaisara kepada sepupunya.
Nurul Ain Qaisara dan sepupunya memberitahu ayah dan ibu mereka akan
menunaikan ibadah umrah pada tahun ini.
Nurul Ain Qaisara memberitahu sepupunya tentang ayah dan ibu mereka
akan menunaikan ibadah umrah pada tahun ini.
[2 markah]
011 © 2020 Pentaksiran Alternatif Tahun Enam [Lihat halaman sebelah
SULIT
SULIT 9 011
Soalan 23
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Pelbagai jenis tepung digunakan dalam penyediaan kuih-muih tradisional Melayu, antaranya
tepung beras, tepung pulut, tepung ubi, tepung sagu, tepung jagung, tepung kastard, tepung kacang
hijau, tepung kentang dan juga tepung gandum. Tepung beras adalah antara tepung yang paling
banyak digunakan dalam menyediakan kuih-muih tradisional Melayu terutama dalam membuat
kuih lapis, apam, kuih tepung talam, laksa, juadah kudapan, bancuhan gorengan untuk pisang,
keledek, sukun dan sebagainya.
Dalam penyediaan kuih moden pula, tepung beras diadun dengan tepung pilihan yang
bersesuaian dengan menu untuk mendapatkan tekstur kuih yang lebih lembut atau kenyal serta
memberi warna dan rasa. Sebagai contoh, kita ambil cara-cara bagi penyediaan adunan kuih
tepung pelita. Kuih tepung pelita merupakan sejenis kuih tradisional Melayu yang sedap serta
enak rasanya. Tepung pelita merupakan sejenis kuih yang manis tetapi tidak tahan lama.
Bahan asas kuih tepung pelita ialah santan dan tepung beras. Adunan ini dimasak dalam
bekas yang diperbuat daripada daun pisang. Di tengah-tengahnya pula diisi dengan santan dan air
gula yang menjadikan rasa kuih ini lemak-lemak manis. Kemudian, kukus kuih ini sehingga
masak. Kuih tepung pelita juga boleh disimpan dalam peti sejuk agar tahan lebih lama.
(a) Namakan bahan-bahan utama yang digunakan untuk menghasilkan kuih tepung pelita.
_________________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________________
[2 markah]
(b) Tandakan √ pada pernyataan yang betul, tandakan X pada pernyataan yang salah.
Bahagian bawah kuih tepung pelita sangat lembut kerana bahan utamanya
berasaskan adunan santan kelapa.
Tepung beras diadun dengan tepung pilihan untuk menghasilkan menu
masakan serta tekstur kuih yang lebih lembut.
[2 markah]
(c) Pada pendapat kamu, bagaimanakah cara-cara hendak membuat kuih tepung pelita?
_________________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________________
[3 markah]
011 © 2020 Pentaksiran Alternatif Tahun Enam [Lihat halaman sebelah
SULIT
SULIT 10 011
Soalan 24(a)
Teliti iklan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Pertandingan Mereka dan Mencipta Wau Kreatif
Tarikh : 11 April 2020 hingga 26 April 2020
Sasaran peserta : Semua ahli persatuan sekolah atau ahli kelab sekolah
Bilangan peserta : Enam hingga lapan orang setiap kumpulan
* Enam pendaftaran kumpulan terawal akan menerima hadiah istimewa
Taklimat Pertandingan Mereka dan Mencipta Wau Kreatif diadakan pada:
Tarikh : 8 April 2020
Hari : Rabu
Masa : Bermula pada pukul 8:30 pagi
Tempat : Dewan Suluh Budiman SK Taman Sri Muda
: Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
* Hadiah wang tunai disediakan untuk tiga kumpulan yang
mencatatkan markah tertinggi
* Semua ahli kumpulan akan turut menerima cenderamata khas berupa
pemegang kunci dan sijil penyertaan
(i) Bilakah tarikh taklimat pertandingan tersebut akan diadakan?
_________________________________________________________________________________________
[1 markah]
(ii) Kumpulan Persatuan Matematik dan Sains telah mendapat tempat kedua atau naib johan
dalam pertandingan yang diadakan itu.
Apakah ganjaran-ganjaran yang akan diterima oleh ahli kumpulan tersebut?
_________________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________________
[2 markah]
011 © 2020 Pentaksiran Alternatif Tahun Enam [Lihat halaman sebelah
SULIT
SULIT 11 011
Soalan 24(b)
Teliti catatan aktiviti di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
AKTIVITI KELAB FOTOGRAFI SK TAMAN SRI MUDA
Tugasan : Mengumpul barang-barang kitar semula untuk dijual
kepada pemborong bagi mengisi dan menambah tabungan kelab.
Antara barang kitar semula yang dikumpul adalah seperti:
surat khabar lama dan kertas
barang-barang plastik
barang-barang kaca
besi atau aluminium
Sasaran : Jualan, RM200.00 hingga RM500.00 seminggu
Hari : Setiap hari Sabtu sepanjang bulan April 2020
Masa : 8:00 pagi hingga 12:00 tengah hari
Tempat : Dataran Arena SK Taman Sri Muda, Shah Alam
(i) Apakah tujuan aktiviti Kelab Fotografi SK Taman Sri Muda, Shah Alam tersebut?
________________________________________________________________________________________
[1 markah]
(ii) Selain mengumpul surat khabar lama dan pelbagai jenis kertas untuk dijual, nyatakan dua
lagi barang kitar semula yang dikumpul oleh ahli kelab tersebut.
(a) ____________________________________________
(b) ____________________________________________
[2 markah]
(iii) Pada pendapat kamu, apakah faedah-faedah menyertai aktiviti amal seperti yang dinyatakan
dalam catatan di atas?
Jawapan kamu hendaklah dalam ayat yang lengkap.
_________________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________________
[3 markah]
011 © 2020 Pentaksiran Alternatif Tahun Enam [Lihat halaman sebelah
SULIT
SULIT 12 011
Soalan 25
Teliti gambar di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
AKTIVITI KECERIAAN BALAI RAYA KAWASAN KAMPUNG
(a) Berdasarkan gambar, nyatakan dua aktiviti yang sedang dilakukan oleh beberapa orang
penduduk di kawasan tersebut?
Contoh: mengelap cermin tingkap
(i) _________________________________
(ii) _________________________________
[2 markah]
(b) Nyatakan satu peribahasa yang sesuai berdasarkan situasi dalam gambar di atas.
_________________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________________
[2 markah]
BAHAGIAN B TAMAT
011 © 2020 Pentaksiran Alternatif Tahun Enam [Lihat halaman sebelah
SULIT