The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by walinimaron, 2020-11-18 12:16:28

PENTAKSIRAN ALTERNATIF BM1A T6

PENTAKSIRAN ALTERNATIF BM1A T6

PENTAKSIRAN ALTERNATIF

TAHUN ENAM

BAHASA MELAYU - PEMAHAMAN 011

Nov 2020 Satu jam lima belas minit
1¼ jam

JANGAN BUKA KERTAS PEPERIKSAAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas peperiksaan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B.

2. Kamu dikehendaki menjawab semua soalan dalam kedua-dua bahagian ini.

3. Bagi Bahagian A, setiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D.
Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan kamu pada kertas
jawapan objektif yang disediakan. Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda
yang telah dibuat. Kemudian hitamkan jawapan yang baharu.

4. Bagi Bahagian B, jawab semua soalan dalam ruang jawapan yang telah disediakan.
Ceraikan Bahagian B daripada kertas peperiksaan ini.

5. Serahkan Bahagian B bersama-sama kertas jawapan objektif kepada pengawas
peperiksaan pada akhir peperiksaan.

Kertas peperiksaan ini mengandungi 6 halaman bercetak dan 2 halaman tidak bercetak
di Bahagian A dan 7 halaman bercetak dan 1 halaman tidak bercetak di Bahagian B.

011 © 2020 Pentaksiran Alternatif Tahun Enam [Lihat halaman sebelah
SULIT

SULIT 2 011

Bahagian A
[20 markah]

Soalan 1 hingga 8

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1 Jurujual : Boleh saya tahu, encik dan isteri berminat kereta yang mana satu?

Pelanggan : ________ berminat kereta yang ini, ________ harga kereta ini termasuk
cukai jalan?

A saya ... kenapakah
B kami ... berapakah
C mereka ... di manakah
D kalian ... bagaimanakah

2 Pandangan Pak Cik Hasbullah ________ setelah kepalanya terhantuk pada bucu tiang garaj
keretanya itu.
A bersinar-sinar
B berpinar-pinar
C berbalam-balam
D berpusing-pusing

3 Pada tahun ini durian, rambutan, dukung dan manggis di dusun Haji Abdul Aziz ________
lebat buahnya.
A nian
B betul
C benar
D paling

4 “Murid-murid mestilah berwaspada ketika hendak ________ jalan raya yang sibuk pada
waktu puncak,” kata Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SK Subang.
A seberangkan
B menyeberangi
C berseberangan
D menyeberangkan

5 Ukiran berasaskan kayu oleh masyarakat Melayu mempunyai nilai estetik atau keindahan
yang sungguh ________.
A antik
B tulen
C tinggi
D bernas

011 © 2020 Pentaksiran Alternatif Tahun Enam [Lihat halaman sebelah
SULIT

SULIT 3 011
Soalan 6 berdasarkan gambar di bawah.

6 Kita perlu banyak membaca dan mengulang kaji pelajaran untuk ________ pemikiran serta
mengasah minda kita.
A memperkuat
B memperjelas
C memperlebar
D mempertajam

7 Puan Nur Naemah lebih suka menggunakan kad telefon ________ syarikat tersebut kerana
liputan taliannya yang lebih meluas.
A prabawa
B pracukai
C prabayar
D prasyarat

8 “Minuman kotak yang berperasa strawberi itu tidak boleh diminum kerana ________ tamat
tarikh luputnya,” kata ibu kepada adik.
A akan
B telah
C belum
D pernah

Soalan 9 dan 10

Pilih peribahasa yang sesuai.

9 Kejayaan cemerlangnya dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ________ untuk
Hafizah melanjutkan pelajaran ke menara gading.
A membuka jalan
B membuka mata
C membuka langkah
D membuka tembelang

011 © 2020 Pentaksiran Alternatif Tahun Enam [Lihat halaman sebelah
SULIT

SULIT 4 011

10 Penduduk Kampung Sentosa saling membantu menyiapkan jambatan kayu yang baharu itu,
mereka bekerja seperti ________.
A gergaji dua mata
B langit dengan bumi
C gula di dalam mulut
D pahat dengan penukul

11 Sultan Ahmad Shah kurang sihat sekembalinya baginda daripada berdagang rempah-ratus
dengan kerajaan Melayu Riau di kepulauan Aceh.

Berdasarkan situasi bagi rangkai kata bergaris dalam ayat di atas, apakah yang mungkin
berlaku kepada sultan selepas itu?
A murka
B gering
C mangkat
D masyghul

12 Muhammad Syahmi memimpin tangan orang kelainan upaya (OKU) itu ke stesen bas yang
berhampiran di pekan tersebut.
Pilih perkataan sinonim bagi memimpin.
A menuntun
B mengheret
C merangkul
D membimbing

13 Jika air Sungai Perak terus-menerus naik, keselamatan penduduk di kawasan pinggir sungai
itu akan terancam.
Pilih perkataan antonim bagi terancam.
A terbela
B tersisih
C tergugat
D tersohor

14 Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya yang diberikan.
Bagaimanakah keadaan Khairul Azhar selepas mendapat rawatan pakar di hospital itu?
A Khairul Azhar telah menerima rawatan pakar di hospital itu sejak bulan lepas.
B Khairul Azhar suka berada di hospital pakar itu kerana layanan yang istimewa.
C Khairul Azhar beransur pulih dan sudah boleh makan dan minum seperti biasa.
D Khairul Azhar dikenakan bayaran yang mahal semasa menjalani rawatan pakar itu.

011 © 2020 Pentaksiran Alternatif Tahun Enam [Lihat halaman sebelah
SULIT

SULIT 5 011

Soalan 15 dan 16
Pilih ayat yang betul.

15 A Parajurit itu sanggup berkorban demi untuk negara yang tercinta.
B Mereka-mereka adalah petani moden yang rajin dan gigih berusaha.
C Tayar kereta nasional itu diperbuat dari getah asli yang bermutu tinggi.
D Demam denggi berdarah ialah satu daripada penyakit yang berbahaya amat

16 I Yusri sedang menonton siaran langsung perlawanan akhir bola sepak.
II Siapa yang melanggar peraturan sekolah akan diambil tindakan yang tegas.
III Saya menunggunya selama satu setengah jam di Stesen Bas Bukit Mertajam.
IV Pokok mangga harum manis itu mempunyai banyak cabang dan berbuah lebat.
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

Soalan 17

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

17 Sungai di negara kita semakin tercemar kerana sikap manusia yang tidak bertanggungjawab
untuk menjaga kualiti alam sekitar.
A Manusia menjadi sangat penting bagi membentuk sikap tanggungjawab apabila sungai
semakin tercemar.
B Sungai merupakan unsur alam semula jadi yang paling diabaikan oleh manusia pada
masa ini sehingga tercemar teruk.
C Manusia sentiasa mengabaikan tanggungjawab menjaga kualiti alam sekitar agar tidak
tercemar dan kualiti alam tidak terjejas.
D Sikap manusia yang sering mengabaikan peranan mereka terhadap alam sekitar telah
menyebabkan sungai-sungai semakin tercemar

011 © 2020 Pentaksiran Alternatif Tahun Enam [Lihat halaman sebelah
SULIT

SULIT 6 011

Soalan 18 hingga 20

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Pada cuti sekolah baru-baru ini, saya dan keluarga saya makan angin di Tanah Tinggi Cameron
Highlands. Kami menginap selama tiga hari dua malam di sebuah inap desa di Tanah Rata. Saya
berasa amat gembira berada di kawasan tanah tinggi tersebut. Udara yang segar, kehijauan alam
sekitarnya serta bunga yang pelbagai warna begitu menambat hati kami sekeluarga.

Tanah Tinggi Cameron terbahagi kepada tiga daerah utama, iaitu Tanah Rata, Ringlet
dan Brinchang. Pemandangan di Tanah Rata sangat indah dengan adanya sungai, air terjun dan
tasik. Di sini juga disediakan pelbagai kemudahan seperti chalet, hotel, restoran, bank, pejabat
pos dan pusat beli-belah. Kami turut mengambil kesempatan untuk beriadah dan menghirup
udara segar di kawasan Air Terjun Robinson. Suasana segar ini menggamit perasaan kami
sekeluarga.

Ayah telah membawa kami melawat Ringlet dan Berinchang yang terkenal sebagai pusat
pengeluaran bunga dan teh. Suhunya yang sejuk membolehkan bunga-bunga tumbuh subur di
situ. Tanah Tinggi Cameron sememangnya terkenal dengan penanaman teh terbesar dan terbaik
di Malaysia. Di sini juga tedapat kilang memproses daun teh segar terus dari ladang. Teh Boh
merupakan satu jenama teh dari Tanah Tinggi Cameron Highlands.

Kami juga turut melawat beberapa kawasan yang menarik seperti “Rose Garden” dan
“Kea Farm”. Saya diberitahu oleh salah seorang peniaga di “Rose Garden” bahawa di kebun itu
terdapat 600 jenis bunga ros dengan 200 warna yang menarik. “Kea Farm” pula merupakan
sebuah ladang sayur-sayuran dan buah-buahan. Sayur-sayuran dan buah-buahan seperti tomato,
kubis dan strawberi tumbuh subur di sini kerana cuaca yang dingin dan udaranya pula segar.
Sebelum kami pulang kami sempat membeli sayur-sayuran dan beberapa jenis bunga.

18 Antara yang berikut, yang manakah bukan hasil pertaninan di Cameron Highlands?
A Buah-buahan
B Kayu-kayuan
C Sayur-sayuran
D Bunga-bungaan

19 Semasa penulis dan keluarganya melawat sekitar Tanah Rata, mereka telah
A berpeluang membeli pelbagai jenis bunga ros dan sayur-sayuran.
B makan di restoran yang menghidangkan pelbagai juadah istemewa.
C bersiar-siar dan berehat sambil menikmati udara yang sejuk lagi segar.
D bermalam selama tiga hari dua malam di sebuah inap desa yang cantik.

20 Rangkai kata menggamit perasaan dalam petikan bermaksud
A mencuit hati.
B mengusik jiwa.
C percutian terbaik.
D pemandangan terindah.

BAHAGIAN A TAMAT [Lihat halaman sebelah
011 © 2020 Pentaksiran Alternatif Tahun Enam SULIT


Click to View FlipBook Version