3 AL FARABI
Pn. Mazhaini Bt. Mohamad
3 AL-RAZI
Pn. Nurhazani Bt. Muhamad Ayub
3 AL-KHAWARIZMI
Pn. Nazirah Bt. Mat Taha
3 IBNU SINA
Pn. Rini Bt. Nesan
3 IBNU BATUTA
Pn. Siti Esah Bt. Salleh
3 IBNU KHALDUN
Pn. Siti Munirah Bt. Mohd Razali
3 IBNU NAFIS
Pn. Salbiah Bt. Salleh
3 IBNU MAJAH
Pn. Marsita Marzura Bt. Noruddin
3 IBNU RUSHD
Pn. Siti Norhanim Bt. Mohd
3 IBNU HAITHAM
Pn. Surita Bt. Ahmad
3 IBNU FIRNAS
Pn. Ana Mardia Bt. Mohamad Riza 307
308 NOOR WAHIDA BT. MD RADZI 4 AL-GHAZALI
PN. ELYSSA BT. AROF 4 SAINS
PN. ONG SIEW HUI 4 ST
PN. HARYATI BT. ANUA 4 AK 1
EN. AZAHARI B. MOHD YATIM 4 AK 2
PN. NOR SHAHIDA BT. MD. OMAR 4 SS
PN NOOR AZILAH BT. ANUAR 4 PN
PN. NORSIAH BT. SAMSURI 4 UPM
PN. LOW SHUEY TYNG 4 UTM
PN. AL-LIZANOREREMY BT. ABD LATIF 4 USM
PN. SUJITRA A/P SERIDARAN 4 UKM
319 PN. ZAIDAH BT. IBRAHIM 4 UM
5 Al Ghazali En. Mohd. Nasir B. Suhamin
320
5 Sains Pn. Siti Alisa Bt. Mahamad Alias
5 ST Pn. Khadijah Bt. Reduan
5 AK 1 Pn. Rosminah Bt. Rahman
5 AK 2 Pn. Nurul Huda Bt. Sallehuddin
5 SS En. Zaini B. Kusin
5 PN Pn. Norhidatul Hafedah Bt. Shamsudin
5 UPM Pn. Wan Umi Suraya Bt Wan Ismail
5 UTM Pn. Nora Bt. Haron
5 USM Pn. Norhazwani Bt. Mat
5 UKM Pn. Nor Khadijah Bt. Ibrahim
330
NUKILAN
331
SAJAK RINDU
Dulu,
Seusai subuh aku sudah bersiap siaga
Langkah semangat menuju ke sekolah
Mencari ilmu demi masa depan.
Kini,
Seusai subuh aku masih di perbaringan
Menunggu matahari memunculkan
diri
Langkah hanya sekitar cuma.
Corona pergilah kamu
Aku ingin ke sekolah
Seperti dulu-dulu
Terlalu lama belajar di rumah
Jenuh rasa pun datang dengan sendiri.
Aku rindu… Nukilan :
Aku rindu teman-teman AZ 2020
Aku rindu guru-guruku
Aku rindu sekolahku
Aku rindu semuanya
Rindu…
Assalamuailaikum pembuka kata Orangnya rendah dan kecil
5 Sains Sukan punya cerita sahaja
Buat tatapan pembaca semua Walaupun rendah comel juga
Untuk hiburan semata-mata. Pendiam adalah sifat mereka
Asilah Aini dan Syumaisarah
Berbudi bahasa berkaca mata empunya nama.
Berbaju PJ segak bergaya
Masa mengajar ceria sentiasa Orangnya tinggi cantik sekali
Itulah guru kelas kami Encik Zaini Itulah Afrina tuan punya badan
namanya. Nuwairah pula penolong kelas
kami
Kami semua hidup gembira Menjalankan tugas tak tentu
Bukan nak reka tapi dah ternyata masa.
23 puteri 11 putera
34 orang semuanya. Anisa Farahin suka bergurau
Anis Hanani tegas orangnya
Kami semua agak nakal Suka buat orang tergelak
Sentiasa penuh dengan gurauan Semakin kecoh kelas kami.
Ada kala gurauannya kasar
Ini semua pengikat kasih. Amirah Nasyrah bijak orangnya
Alim Haziq tak kurang hebatnya
Walaupun nakal membawa ceria Menjadi rujukan rakan sebaya
Tiada Arif dan Azzam sunyi Semoga hidup terus berjaya.
rasanya
Si Aiman dan Putera lain Nisya, Syamimi pendiam
ceritanya orangnya
Suka menyibuk itulah hobinya. Hayrina, Aziemah sangat
peramah
Lain pula dengan Namirah
Serius sentiasa sepanjang hari
Dua tiga kucing belari
Mana nak sama si Taufik Musa
Waktu rehat carilah di koperasi
Pengawas koop yang sibuk
sentiasa.
Fakhrul Afiq jejaka sasa Walau kami banyak ragam
Aizuddin pula segak orangnya Guru-guru tetap melayan kami
Waktu belajar serius sahaja Belajar bersungguh-sungguh
Papan putih fokus utama. Itulah janji kami.
Nurul Najah tinggi orangnya Kami ini macam anjing dan kucing
Uswatun pula kuat ketawa Tapi sebenar dah macam satu
Duduk di belakang ingatkan famili
belajar Susah senang sentiasa bersama
Rupanya makan dalam diam. Harap-harap kekal selamanya.
Dua gadis tinggal di asrama Sekian sahaja seloka kami
Iman Humaira dan Nabila Isikan ia dalam sanubari
Maisara itulah mereka Bukan niat nak kecilkan hati
Lemah lembut sopan santun Semoga menjadi kenangan di
Ala-ala ustazah pilihan. hati.
Nurfarhanah baik orangnya
Nabila dan Massayara teman
baiknya
Mereka semua sentiasa tenang
Rajin pula di dalam kelas.
Coretan Nurfarhanah
(5 SS 2020 )
Sumpah kalau aku tahu perkara ini akan berlaku pasti aku tak akan ponteng lagi.
Aku mendongak memandang langit. Gerimis mula membasahi bumi Melaka ini.
Aku bosan…semenjak daddy dan mummy berpindah ke bumi bertuah ini, mereka
asyik dengan pekerjaan sahaja.
“Harash Haiqal! Apa yang awak tengok kat luar tu?
Namaku Harash Haiqal. Umur 14 tahun. Aku bosan duduk di dalam kelas. Banyak
masa kuhabiskan dengan termenung, tidur, dan hilang dari kelas. Tetapi segalanya
berubah, semenjak seorang guru baharu mula mengajar di sini. Namanya Farah
Hanzel, nama ala orang putih tapi orangnya tidaklah putih, sawo matang kulitnya.
Cantiklah, kalau tidak masakan budak-budak lelaki di sekolah ini angau bukan
kepalang. Setiap hari pakaiannya sentiasa kemas dan anggun. Manis di mata semua
namun bagiku dia biasa sahaja. Cikgu Farah mengajar subjek Bahasa Melayu. Luar
biasanya dia bagiku, dia mampu tersenyum manis walaupun aku sering mengejek
atau melawan katanya. Aku tertanya-tanya dengan sikapnya yang terlalu tenang
tidak seperti segelintir guru yang lain yang mudah melenting.
Selalunya aku akan ponteng kelas Sains kerana bosan. Belakang bangunan sekolah
adalah ‘port’ pilihanku. Sedang aku melayan perasaan, nun di satu sudut, aku
melihat seorang wanita berdiri kaku seperti patung cendana. Tidak bergerak
walaupun seinci, statik berdiri di situ memandang ke arah tingkat tiga Blok C. Aku
buat tidak tahu. Aku buat tidak nampak. Malas nak layan. Dari ekor mataku aku
dapat mengagak dia sedang memandang ke arah cikgu Farah yang sedang berjalan
menuju ke kelas. Ya, cikgu baharu itu. Mmm…biasalah sekarang semua orang
memberi perhatian kepada cikgu baharu itu. Ada aku kesah…
Namun seperti ada sesuatu yang menarik pada wanita itu. Mataku beralih arah
memandang tepat ke arah wanita itu. Wanita yang berpakaian serba putih itu,
bersanggul longgar dengan bunga lili putih tersemat di sanggulnya. Cantik dan
manis orangnya. Aku pun terpukau melihatnya. Walaupun wajahnya sedikit pucat
namun masih jelita.
Tiba-tiba dia menoleh ke arahku. Jantungku berdegup kencang, cepat-cepat
kualihkan pandangan. Kenapa nak takut, akukan berani. Aku menoleh
semula namun susuk tubuh itu sudah lesap. Ke mana pula dia menghilang.
Hairan, baru beberapa saat aku mengalihkan pandangan kelibatnya tidak lagi
kelihatan. Ghaib entah ke mana. Manusiakah atau…
Sejak hari itu, aku sering nampak wanita misteri itu tapi yang peliknya hanya
pada hari Jumaat sahaja. Pada hari yang sama, waktu yang sama, tempat
yang sama, pakaian yang sama dan pandangan yang sama. Kadang-kadang
naik juga bulu romaku, seram melihat perkara yang sama berulang kali
seolah-olah semuanya diulang tayang.
Aku terkejut…tidak perasan Cikgu Farah sudah pun berada di dalam kelasku
dan sudah mula mengajar. Macam mana nak perasan kalau aku
sememangnya akan buat tak tau apa yang diajar olehnya. Tiba-tiba aku
terpandang wajah cikgu Farah yang sedang merenungku. Aku tahulah aku ni
kacak macam artis k-pop…hahaha. Dia senyum padaku. Aah, itu bukan
senyuman. Cikgu Farah mula menyeringai dan mengeluarkan suara yang
menakutkan. Pergi…pergi…jangan kacau aku…
“Kau ni dah kenapa Harash?” jerit rakan di sebelahku.
“Mimpi rupanya,” desis hatiku…lega.
Kulihat sekeliling kelas dah mula kosong…mmm dah rehat patut pun kosong.
Ketika sedang menikmati milo ais kegemaranku di kantin, cikgu Farah
mendekatiku.
“Kamu tak suka cikgu ke?” soalnya tiba-tiba. Aku sedikit kaget.
“Memang saya tak suka.” Jawabku acuh tak acuh. Aku fikir cikgu muda ini
pasti akan naik angin dengan jawapanku. Tapi sangkaan ku meleset. Dia
hanya tersenyum tapi kutahu senyuman itu hambar.
“Harash, cikgu nak cakap sikit dengan kamu. Cikgu pun macam kamu dulu,
suka sangat buat cikgu-cikgu menyampah. Lagi teruk daripada apa yang
kamu buat sekarang. Tapi percayalah kalau kamu tak berubah kamu akan
menyesal, tersangat menyesal. Bukan sebab satu hari nanti kamu akan hidup
susah tapi kamu akan menyesal kerana tidak mendengar kata cikgu-cikgu
kamu. Tidak hormat cikgu-cikgu kamu. Kamu akan lebih menyesal kalau
kamu hilang orang yang mengajar kamu di depan mata kamu sendiri. Rasa
bersalah tu tak dapat digambarkan.”
Aku keliru dengan apa yang cikgu Farah nak sampaikan.
“Sekarang baru cikgu faham apa perasaan cikgu-cikgu yang pernah mengajar
cikgu dulu. Cikgu menyesal tak dengar kata-katanya, cikgu menyesal tak
hormat dia, cikgu menyesal tak dapat minta ampun daripada dia.” Suara
cikgu Farah agak sebak.
Cikgu Farah terus bangun dan berlalu pergi. Aku semakin bingung. Siapakah
‘dia’ yang dimaksudkan oleh cikgu Farah.
Seperti biasa rutin di hari Jumaat…lepak di belakang bangunan sekolah. Tapi
hari ini misiku hanya satu. Ingin ketemu dengan wanita misteri itu. Jenuh
aku menunggu tapi kelibat wanita misteri itu masih tidak kelihatan. Baru
sahaja ingin melangkah, tiba-tiba bahuku ditepuk perlahan. Berderau
darahku. Namun kugagahkan juga badanku berpusing untuk melihat
siapakah gerangan yang menepukku.
“Cari sayakah?” Tanyanya dengan suara yang gemersik.
“Haah..ya..ya..saya cari puan.” Jawabku jujur. Dia hanya diam tapi matanya
masih tepat memandangku.
“Kamu tak masuk kelas ke? Ponteng ya?” Tanya dia lagi. Baru aku perasan
tanda nama cikgu tersemat di dada baju kurungnya. Mmm baju kurung
bercorak mawar putih lagi.
“Hehe…,” aku tertawa kecil. “Cikgu mengajar subjek apa ya?” Tanyaku pula.
Tanpa memberi jawapan, dia terus memandang ke arah tingkat tiga Blok C.
“Kenapa cikgu selalu pandang cikgu Farah, cikgu kenal dia ke?” Soal ku tanpa
berselindung lagi.
“Ya…saya kenal dia. Dia baik walaupun sedikit kurang ajar. Saya tak
kesah dia tak suka saya tapi saya sedih sangat bila dia herdik saya di
dalam kelas.” Luah wanita misteri itu.
Terkejut aku dengan kata-kata itu kerana padaku cikgu Farah baik
orangnya.
“Kenapa, tak percaya ke? Itulah hakikatnya.” Katanya tenang. “Tapi
saya dah maafkan dia…cuma sedikit terkilan. Kamu…dengarlah nasihat
saya. Hargailah pengorbanan seorang guru kerana gurulah kamu pandai
membaca, menulis dan mengira. Kerana gurulah kamu kenal erti hidup.
Sikap kurang ajar kamu tu buat orang menyampah tapi percayalah tidak
ada guru yang mahu anak muridnya menjadi manusia yang tidak
berguna. Semua guru nak lihat anak didik mereka berjaya dalam
kehidupan.” Katanya panjang lebar.
Aku mengangguk tanda mengerti.
“Saya nak tanya kamu, salahkah seorang guru itu mendenda, mencubit
atau memarahi seorang murid atas kesalahannya sendiri? Salahkah?”
Soalnya sayu.
Aku terpanar. Terkesan dengan pertanyaannya.
Dia menyentuh lembut bahuku…
“Ingat Harash, hormatlah guru kamu selagi kamu bersekolah di sini,
hormatlah mereka selagi mereka ada…jangan sampai kamu menyesal,
binalah kenangan manis bersama-sama cikgu kamu semasa menuntut
ilmu di sini.”
“Harash…Harash…”
Terkejut aku apabila namaku dipanggil dengan agak kuat.
“Kamu buat apa di sini? Ponteng ya? Cakap sorang-sorang pulak tu,”
jerkah cikgu Farah.
“Saya tengah berbual dengan cikgu Mawarlah, cikgu,” aku menoleh ke
sebelah kananku. Aku menyebut nama cikgu Mawar berdasarkan tanda
nama yang dipakainya. Cikgu Farah merenungku tajam apabila nama
cikgu Mawar disebut.
“Apa yang kamu merepek ni, Harash. Mana ada cikgu sekolah ni yang
bernama Mawar.” Suara cikgu Farah agak bergetar apabila menyebut
nama Mawar.
“Eh, saya tak silaplah, saya nampak tanda nama cikgu tu, ya namanya
Mawar. Dia selalu memakai baju kurung bercorak bunga mawar putih,
bersanggul dan ada bunga lili putih terselit di telinganya.” Sungguh-
sungguh aku menerangkan kepada cikgu Farah.
Berkerut wajah cikgu Farah, dia memandangku dengan muka yang pucat
lesi.
“Ha..rash, kalau cikgu cakap kamu jangan pengsan pulak ya,” katanya
gugup.
Hatiku mula rasa tidak sedap. Jari-jemariku mula sejuk.
“Kamu ingat tak cikgu pernah cakap dengan kamu supaya menghormati
guru agar tidak menyesal di kemudian hari. Sebenarnya cikgu
bersekolah di sini semasa di tingkatan lima. Itulah kelas cikgu,” kata
cikgu Farah sambil menunjuk ke arah Blok C.
“Dan salah seorang guru yang mengajar cikgu ialah cikgu Mawar. Cikgu
menyesal sangat mengeluarkan kata-kata biadap terhadap cikgu Mawar.
Tapi cikgu tak sengaja mengeluarkan kata-kata tersebut. Cikgu marah
sangat bila cikgu Mawar mencubit cikgu sampai lebam dan mengadu
perangai buruk cikgu kepada ayah cikgu. Cikgu berdendam dengan
cikgu Mawar bila ayah cikgu merotan cikgu.”
“Cikgu cakap apa pada cikgu Mawar,” sungguh aku ingin tahu.
“Cikgu doakan cikgu Mawar tak hidup lama. Cikgu menyesal
mengeluarkan kata-kata tu. Cikgu menyesal kerana tak dapat minta
ampun daripada cikgu Mawar. Sumpah cikgu menyesal, cikgu nak jadi
murid yang baik.” Cikgu Farah tidak dapat menahan tangisnya.
“Betullah apa yang cikgu Mawar kata…dia kata dia kecewa apabila tidak
boleh menegur anak muridnya. Tapi dia kata dia dah maafkan cikgu
Farah.”
“Apa yang kamu merepek ni, Harash…cikgu Mawar dah tak ada…dia dah
meninggal dunia tidak lama selepas kejadian tu. Dia meninggal kerana
sesak nafas. Sejak peristiwa itu cikgu berazam untuk berubah, cikgu nak
jadi murid yang baik, cikgu nak jadi macam cikgu Mawar…sentiasa
ambil berat pada anak didiknya.”
Sebaik mendengar kata-kata cikgu Farah, tubuhku menjadi kaku. Jari-
jemariku sejuk seperti ais. Kepalaku berpinar-pinar. Kakiku semakin
lembik. Siapakah yang aku nampak? Dengan siapakah aku berbual?
Sumpah kalau aku tahu, aku takkan ponteng kelas lagi.
Kini aku sedar, guru juga manusia biasa, ada hati, ada perasaan. Aku
janji aku tak akan kurang ajar dengan cikgu dan yang paling penting aku
tak akan ponteng kelas lagi. Aku tak mahu jumpa dengan cikgu Mawar
lagi.
Guru ialah lilin yang menerangi jalan, tanpa lilin gelap-gelitalah
kehidupan
Daripada seorang guru, lahirlah manusia yang berilmu
Gurulah manusia yang hebat darjatnya,
Kerana guru terbentuklah sebuah negara.
Hormatilah guru sebagaimana kita menghormati ibu
Guru…anugerah dan amanah dari Allah
Sayangi guru kita.
NUKILAN
-Fieyah Anuar-
PERTANDINGAN PENULISAN ESEI USIM
TEMA: COVID-19
TAJUK: MENEMPUH DUGAAN COVID-19
(ALYA YASMEEN NORMAN ISKANDAR- 4PN)
Menempuh COVID-19 ibarat “sakit sama mengaduh, luka sama menyiuk”
kerana kita semua perlu memberi kerjasama yang tinggi bagi memutuskan rantaian
wabak virus yang mendatangkan maut terhadap negara kita. COVID-19 atau dikenali
sebagai virus corona merupakan sejenis penyakit berjangkit yang mampu menyekat
pernafasan seseorang individu. Virus ini ditemukan pada awal pertengahan Disember
di Wuhan, China. Virus tersebut mampu membawa risiko kepada kematian kerana
seseorang individu yang dijangkiti wabak tersebut mempunyai kesukaran untuk
bernafas dan imunisasi badan yang lemah. Pada awal Februari, Malaysia telah
mencatatkan kes pertama wabak COVID-19. Masa berlalu dengan begitu pantas sekali
dan juga kes mempunyai pertambahan yang begitu mendadak. Pada pandangan saya,
wabak tersebut akan terus merebak sekiranya kita tidak menjaga kesihatan dan
kebersihan diri. Pada bulan Mac, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah
mengisytiharkan COVID-19 sebagai pandemik. Sehubungan itu, pada 16 Mac 2020
tepat jam 10 malam , Perutusan Khas oleh YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin telah
ditayangkan di siaran televisyen dan radio. Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan
Perintah Kawalan Pergerakan atau PKP bermula 18 Mac sehingga 31 Mac untuk
mengawal pergerakan masyarakat setempat dan seterusnya memutuskan rantaian
wabak COVID-19.
Setelah pengumuman tersebut, fikiran saya terbuntu dan menimbulkan
banyak persoalan di minda saya yang kian mengusut bahawa adakah rakyat Malaysia
mampu mematuhi segala arahan mengenai Perintah Kawalan Pergerakan atau
sebaliknya , bagaimana pelajar-pelajar ingin meneruskan pembelajaran seperti biasa
di sekolah , bagaimana masyarakat setempat ingin mencari sumber pendapatan
terutamanya penduduk yang tinggal di kawasan pedalaman. Hal ini kerana kerajaan
telah memutuskan bahawa sektor yang dibenarkan bekerja adalah hanya yang terlibat
dengan perkhidmatan penting negara iaitu air, elektrik, tenaga, telekomunikasi, pos,
pengangkutan, pengairan, minyak, gas, bahan api, pelincir, penyiaran, kewangan,
perbankan, kesihatan, farmasi, bomba, penjara, pelabuhan, lapangan terbang,
keselamatan, pertahanan, pembersihan, peruncitan dan bekalan makanan. Tetapi
sebagai rakyat Malaysia, kita mesti patuh terhadap arahan yang diberikan oleh pihak
berkuasa demi keselamatan dan kesihatan diri. Terdapat segelintir rakyat kita
telah melakukan pembelian panik kerana bimbang bekalan makanan dan
barang keperluan tidak mencukupi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan
dilaksanakan. Sehari sebelum Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan,
terdapat sebilangan masyarakat yang berpusu-pusu pulang ke kampung
halaman masing-masing sehingga memenuhi jalan raya dan seterusnya
menyebabkan kesesakan jalan raya. Walau bagaimanapun, rakyat perlu
mematuhi segalan arahan daripada Majlis Keselamatan Negara dan memberi
kerjasama yang tinggi bagi menghadapi segala cabaran dan dugaan yang
melanda pada masa kini agar negara Malaysia bebas dari ancaman wabak
COVID-19.
Untuk menghadapi bencana yang amat sukar sebegini, kami
sekeluarga telah mengambil langkah-langkah yang efektif bagi mencegah diri
daripada dijangkiti wabak yang mengancam risiko terhadap imunisasi badan
kami antaranya mencuci tangan dengan lebih kerap setiap hari terutamanya
apabila kami terdedah dengan risiko jangkitan COVID-19. Sebagai contoh,
apabila berada di pusat beli-belah untuk membeli barang keperluan harian.
Selain itu, kami sekeluarga sentiasa berada di dalam rumah sepanjang masa
kecuali ketua keluarga perlu ke pasar raya untuk membeli barang keperluan
harian. Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan di seluruh
negara, kedua ibu bapa saya perlu bekerja dari rumah kerana mereka tidak
dibenarkan bekerja di tempat kerja mereka. Sementara itu, saya menggunakan
peluang sedia ada ini untuk menelaah pelajaran saya di rumah untuk
mengimbas kembali tentang apa yang saya telah pelajari di sekolah dan juga
sebagai persediaan untuk pembelajaran saya apabila sesi persekolahan telah
dijalankan semula seperti biasa, bak kata pepatah “Usaha tangga kejayaan”.
Seterusnya, ibu bapa saya telah mengamalkan penjarakkan sosial sekurang
kurangnya 1 meter apabila berada di pasar raya dan memakai topeng muka
dan sanitasi tangan seperti yang disarankan oleh pihak Kementerian Kesihatan
dalam menangani wabak COVID-19. Hal ini dapat mencegah dari wabak
COVID-19 terus merebak ke suatu tempat dan individu yang lain. Di samping
itu, kami sekeluarga lebih kerap mandi sepanjang berada di rumah seperti
yang disarankan oleh Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia iaitu Dato Dr
Noor Hisham Abdullah. Hal ini kerana kebersihan diri kita amat penting bagi
menghindari diri daripada dijangkiti COVID-19. Sesungguhnya, mencegah lebih
baik daripada mengubati. Sehubungan dengan itu, kami juga akan terus
mendapatkan maklumat terkini dan isu semasa sepanjang tempoh Perintah
Kawalan Pergerakan dilaksanakan. Namun demikian, terdapat segelintir
daripada masyarakat yang tidak bertanggungjawab menyebarkan berita yang
palsu dan mencetuskan kebimbangan terhadap masyarakat. Oleh itu, kami
sekeluarga tidak akan mudah percaya dan tidak menyebarkan berita yang tidak
sahih seperti yang dinasihatkan oleh pihak berkuasa melalui kaca televisyen.
Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan, kami
sekeluarga cuba melakukan hobi baharu untuk menghilangkan rasa bosan dan tidak
menghabiskan masa dengan sebegitu sahaja. Antaranya ialah ibu saya telah mencuba resipi
baru melalui media sosial dan mengembangkan bakatnya dalam kemahiran memasak. Ibu
saya telah menghidangkan pelbagai hidangan dan masakan yang begitu lazat sekali. Selain
itu, ayah saya menghabiskan masa dengan melakukan aktiviti berkebun di halaman
rumahnya setiap hari. Ayah saya telah menanam pokok bunga dan sayur-sayuran di halaman
rumahnya dengan memastikan pokok-pokok yang ditanam itu tumbuh dengan subur dan
segar. Ayah saya sering berkata kepada saya bahawa tumbuh-tumbuhan adalah penting bagi
alam sekitar dan aktiviti berkebun dapat menyihatkan tubuh badan kita. Seterusnya, saya
akan mengisi masa lapang saya dengan membaca buku dan menulis esei ataupun cerpen
bagi mengembangkan bakat saya dalam bidang sastera. Pada pandangan saya, inilah
peluang keemasan saya untuk mengasah bakat saya dalam bidang penulisan dan memerah
otak untuk mengembangkan isi dalam sesebuah karya penulisan saya. Bak kata mutiara, di
mana kemahuan di situ ada jalan. Menjelang waktu malam dan subuh, kami menggunakan
masa yang sedia ada dengan melakukan aktiviti kerohanian. Kami sentiasa melakukan solat
lima waktu secara berjemaah dan kemudian kami bertadarus beramai-ramai bagi
meningkatkan ilmu pengetahuan tajwid dalam bacaan ayat Al-Quran dan di samping
mendekatkan diri kepada yang Maha Esa. Kami juga melakukan solat sunat hajat dan berdoa
kepada Allah SWT agar melindungi diri kami semua daripada wabak virus COVID-19 yang
membawa ancaman terhadap negara serta dipermudahkan segala urusan kesemua rakyat
Malaysia terutamanya para petugas barisan hadapan yang mengorbankan masa dan tenaga
dalam melindungi negara kita.
Hari berganti hari, masa berlalu dengan begitu pantas sekali dengan menanti
perkembangan terkini yang disiarkan melalui kaca televisyen. Rakyat Malaysia yg berada di
dalam rumah itu menanti pengumuman berkenaan perkembangan COVID-19 yang bakal
diumumkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan pada setiap hari pada lingkungan jam 5 petang
diibaratkan sebagai menunggu pengumuman hari raya Aidilfitri. Semakin hari semakin
meningkat pertambahan kes yang dicatatkan dan kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj.
Namun demikian, kes kematian juga turut meningkat saban hari. Ketua Pengarah Kesihatan
telah menasihati seluruh warganegara Malaysia untuk kekal berada di dalam rumuh.
Namun, terdapat segelintir daripada masyarakat kita yang masih ingkar terhadap Perintah
Kawalan Pergerakan. Sehubungan dengan itu, Majlis Keselamatan Negara membuat
keputusan untuk menahan rakyat Malaysia yang ingkar Perintah Kawalan Pergerakan.
Sebagai contoh, memberi alasan tidak munasabah kepada pihak polis apabila berada di
sekatan jalan raya. Selain itu, berkeliaran di sekitar kawasan perumahan dan juga berada di
taman permainan. Mereka akan didakwa di bawah Seksyen 3(1) Peraturan-Peraturan
Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan
Tempatan Jangkitan) 2020 yang memperuntukkan hukuman penjara sebulan atau denda
sebanyak RM1000 atau kedua-duanya. Pihak berkuasa juga turut membuat pemeriksaan
premis perniagaan dan juga membuat pemeriksaan kenderaan. Bagi warganegara Malaysia
yang baru pulang dari luar negara, mereka perlu menjalani ujian saringan COVID-19 dan
melakukan kuarantin wajib selama 14 hari di pusat kuarantin yang disediakan supaya
mereka tidak mudah dijangkiti COVID-19 dan juga memantau perkembangan kesihatan dari
semasa ke semasa sebelum dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.
Sejak hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan, kehidupan di
Malaysia agak lain berbanding kehidupan harian yang dulu. Kami merindui suasana kebebasan,
menikmati udara segar di tempat peranginan, membeli belah bersama keluarga dan mengadakan
jamuan bagi mengukuhkan hubungan silaturrahim antara satu sama lain. Kami sentiasa menanti
perkembangan terkini COVID-19 serta Perutusan Khas daripada YAB Perdana Menteri. Walaupun
perkembangan kes yang dilaporkan telah menurun dengan mendadak, kerajaan memutuskan
untuk melanjutkan lagi tempoh Perintah Kawalan Pergerakan bagi memutuskan rantaian wabak
COVID-19. Disebabkan tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan lagi bagi
memulihkan keadaan yang darurat, justeru ia membawa kesan kepada emosi dan mental terhadap
segelintir masyarakat. Segelintir masyarakat mula rasa tertekan dan kemurungan terhadap situasi
yang darurat ketika ini. Pada masa tersebut, saya mula berasa tertekan dan emosi saya berubah
kerana saya mula merindui suasana yang aman dan damai seperti dahulu, menghabiskan masa
dengan aktiviti di luar dan juga berada di sekolah untuk menuntut ilmu bersama rakan saya tanpa
sebarang halangan dan sedikit sebanyak gaya hidup saya mula tidak seimbang.
Namun, ini bukanlah halangan dan alasan untuk kita mematahkan semangat,
seharusnya kita perlu berusaha untuk mengawal emosi kita dan menghindari daripada
memencilkan diri di dalam bilik, sebaliknya kekal berhubung dan berkomunikasi dengan rakan-
rakan, ahli keluarga, jiran tetangga dan saudara mara menggunakan platform video, skype dan apa
sahaja teknologi maya. Pada masa ini, saya hanya berhubung dengan rakan-rakan saya melalui
“Whatsapp video call” ataupun Skype. Ini memudahkan lagi bagi kami untuk berinteraksi bersama
melalui alam maya. Tidak boleh dinafikan bahawa teknologi pada masa kini mampu untuk
menampung keperluan dan kehendak masyarakat. Kerajaan juga telah memperkenalkan Pakej
Rangsangan Ekonomi sebagai sokongan bantuan dalam menghadapi krisis bencana COVID-19 bagi
memudahkan rakyat dalam menghadapi krisis tersebut dan memberi bantuan kepada golongan
yang terjejas dengan sumber pendapatan dan sumber makanan terutamanya penduduk yang
berada di kawasan pedalaman. Tambahan pula, sumbangan turut dialu-alukan kepada masyarakat
terhadap petugas barisan hadapan yang berjuang dalam pandemik ini untuk menzahirkan rasa
kasih sayang dan berterima kasih di atas jasa dan pengorbanan mereka selama ini. Mereka telah
bertungkus-lumus dan tidak kenal erti lelah dalam perjuangan untuk menghapuskan wabak
COVID-19 yang mengancam nyawa masyarakat dan ekonomi negara.
Menyedari hakikat di atas , menempuh COVID-19 memerlukan kerjasama dan
kesabaran yang tinggi terhadap seluruh masyarakat termasuk diri saya sendiri. Pada
pendapat saya, kita dapat memerangi wabak COVID-19 ini sekiranya kita berganding bahu
dengan kekal berada di rumah dan mematuhi setiap arahan yang dikuatkuasa oleh Pihak
kerajaan dan Kementerian Kesihatan Malaysia. Dalam kesempatan ini , saya ingin
mengucapkan ribuan terima kasih terhadap para petugas barisan hadapan yang bersama-
sama berganding bahu dan telah berjasa kepada negara untuk memerangi wabak COVID-19.
Hanya Tuhan sahaja yang mampu membalas jasa dan pengorbanan kalian yang telah
sanggup menggadaikan masa dan nyawa demi mempertahankan negara serta
menghapuskan wabak pandemik yang melanda ketika ini. Sepanjang tempoh Pelaksanaan
Perintah Kawalan Pergerakan, banyak perkara yang saya telah pelajari tentang erti kesabaran,
kesyukuran dan kasih sayang terhadap masyarakat. Tidak lupa juga kepada aspek kebersihan
dan kesihatan diri yang perlu dijaga agar tubuh badan kita sihat daripada ancaman virus.
Akhir kata, saya berharap agar perkongsian dan pengalaman saya sepanjang menempuh
COVID-19 dapat dijadikan sebagai pengajaran dan teladan kepada masyarakat betapa
pentingnya aspek penjagaan diri dan nilai kerjasama terhadap masyarakat dan negara.
Dengan keizinan Tuhan yang Maha Esa, kita yakin dan percaya bahawa apabila semua
masyarakat berganding bahu ibarat ke bukit sama didaki, ke lurah sama diturun, wabak
COVID-19 dapat dikawal dengan lebih efektif. Sesungguhnya, bersusah-susah dahulu,
bersenang-senang kemudian.
ASHABUL AIKAH
Oleh: Zubaidah Ishak, Unit Kerohanian SMKBR
Dalam Quran selain Ashabul Kahfi terdapat juga cerita Ashabul Aikah.
Ashabul Kahfi ialah kisah 7 pemuda yang beriman melarikan diri dari
raja yang zalim demi untuk menyelamatkan iman mereka. Tapi, Ashabul
Aikah ini bertolak belakang dari sifat Ashabul Kahfi.
Ashabul Aikah ialah penduduk Madyan. Kedudukan Madyan hari ini di
Barat Laut Arab Saudi. Mereka penduduk penyembah pohon iaitu pokok
aikah; pohon besar yang mereka anggap keramat dan mempunyai
kuasa.
Mereka ini tinggal di bukit-bukit. Terdiri daripada pedagang dan
penggembala kambing. Kehidupan mereka mewah, harta benda
membiak dan menjadi-jadi. Akan tetapi mereka mempunyai sikap buruk
mereka terserlah apabila diabadikan dalam Quran sebagai kaum yang
suka menipu ukuran timbangan. Jika menimbang untuk mereka di
genapkan tapi jika menimbang untuk orang lain mereka kurangkan.
ALLAH mengutuskan Nabi Syuaib untuk mengingatkan mereka supaya
menyembah Allah dan menyempurnakan ukuran dan timbangan. Tetapi
mereka bukan sahaja menolak dakwah Nabi Syuaib sebaliknya
mempersendanya.
Sikap mereka sama seperti penduduk Lut. Mereka menjawab setiap
nasihat Nabi Allah dengan cercaan dan sendaan. Lebih buruk apabila
mereka meminta Syuaib menurunkan kepingan-kepingan azab dari
langit bagi membuktikan kebenarannya. Inilah kemuncak kekufuraan
yang kita mesti jauhi yang berakibat buruk.