PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU Ruj. Kami : SKLJ100-9/4/2(50 ) Tarikh : 22 Jun 2023 Kepada: Tuan/Puan, Ibu bapa murid Sekolah Kebangsaan Lepan Jaya, 18300, Gua Musang, Kelantan. Tuan, MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-17 SK LEPAN JAYA DAN MAJLIS PENYAMPAIAN BANTUAN KWAPM 2023 Merujuk perkara di atas, adalah dengan hormatnya tuan/puan dijemput menghadiri Mesyuarat Agung PIBG SK Lepan Jaya kali ke-16 serta Majlis Mesra Aidilfitri 2022 Peringkat SKLJ pada ketetapan berikut mengikut SOP : Tarikh : 27 Jun 2023 (Selasa) Tempat : Dewan MAE SKLJ Masa : 9.00 Pagi 2. Agenda Mesyuarat Agung PIBG SK Lepan Jaya kali ke-17 : 2.1 Ucapan Pengerusi 2.2 Ucapan Tuan Guru Besar 2.3 Pembentangan Minit Mesyuarat Agung kali ke -16 yang lalu 2.4 Pembentangan Aktiviti PIBG sesi 2022/2023 2.5 Pembentangan Penyata Kewangan 2.6 Perbahasan Usul 2.7 Pembubaran AJK PIBG SK Lepan Jaya sesi 2022/2023 2.8 Melantik Pengerusi Sementara 2.9 Pemilihan AJK PIBG sesi 2023/2024 2.10 Perkara berbangkit 2.11 Hal-Hal Lain 2.12 Ucapan Penangguhan Kerjasama dan keperihatinan pihak Tuan/puan amatlah dihargai dan didahulukan dengan ucapan terima kasih. Sekian, terima kasih. “ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ” Saya Yang Menjalankan Amanah, HAJI LAYU ............................................. Tn. Hj. Layu b. Awang Deraman, YDP PIBG 2022/2023, Sekolah Kebangsaan Lepan Jaya. 1
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, Salam kecemerlangan dan keceriaan. Syukur ke hadrat Ilahi kerana atas limpah kurnia-Nya berserta segala perancangan dan usaha yang jitu, maka Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-17 dapat diterjemahkan hari ini. Terima kasih kepada semua ibu bapa yang dapat hadir pada hari ini. Kehadiran ibu bapa mencerminkan komitmen yang tinggi untuk merealisasikan visi dan misi sekolah bagi mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah pelajar. Tidak dilupakan juga sekalung penghargaan dan terima kasih kepada semua guru yang berhempas pulas dan menunjukkan komitmen yang tinggi dalam menjayakan majlis kali ini. Dengan perkembangan semasa yang kita semua sedia maklum, PIBG menghadapi pelbagai cabaran membantu pihak sekolah dalam semua aspek khasnya kemajuan dan kecemerlangan pendidikan anak-anak dari semasa ke semasa. Tanpa kesepakatan dan kerjasama yang jitu, amat sukar bagi kita mencapai kejayaan yang diharapkan. Hasrat ini lebih mudah dicapai apabila semua pihak termasuk ibu bapa dan ahli komuniti bersatu serta menyokong satu matlamat iaitu membantu murid berjaya. Peranan ibu bapa dalam membantu pembelajaran anak-anak di rumah tidak dapat dinafikan. Apabila ibu bapa terlibat sama, sekolah mendapat banyak manfaat antaranya pencapaian murid meningkat, kes disiplin dalam kalangan murid berkurangan dan hubungan pihak sekolah dengan ibu bapa menjadi lebih baik. Saya mewakili pihak sekolah merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberi kerjasama yang baik dalam melaksanakan pelbagai program sekolah. Hanya dengan kejasama semua pihak secara berterusan maka anak-anak didik sekolah ini dapat terb.a sebagai insan yang cemerlang dari segi sahsiah, akademik dan kokurikulum. Setinggi-tinggi penghargaan juga dirakamkan kepada barisan PIBG yang diterajui oleh Tn. Hj. Layu b. Awang Deraman yang banyak memberi sokongan baik dalam bentuk kewangan mahupun idea serta moral. Tidak keterlaluan jika saya katakan barisan PIBG sekolah ini amat dedikasi dan komited dalam membantu sekolah mencapai hala tuju dan kecemerlangan. Akhir kata, semoga Allah memberkati kerjasama dalam menjalankan tanggungjawab masing-masing bagi memb.a insan yang berilmu dan cemerlang seterusnya menjadi rakyat yang berjaya kepada agama, bangsa dan negara. Sekian sahaja, saya sudahi dengan wabillahi taufik walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. PERUTUSAN DARIPADA PENASIHAT PIBG EN. MOHD RASDI B. MOHD NOR GURU BESAR SK LEPAN JAYA 2
Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum w.b.t. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan kesyukuran ke hadrat Illahi kerana dengan keizinan-Nya, dapat saya menyampaikan sepatah kata dalam buku program ini sempena Mesyuarat Agung PIBG Sekolah Kebangsaan Lepan Jaya kali ke-17 untuk Tahun 2023. Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada semua AJK PIBG, ibu bapa dan guru yang telah sama-sama bekerjasama dan membantu pihak sekolah dalam pelbagai program terutama dalam program kecemerlangan dan kecerdasan. Saya mewakili semua ibu bapa akan terus menyokong segala program yang dianjurkan oleh pihak sekolah bagi memacu kecemerlangan murid. Sekalung penghargaan diberikan untuk guru-guru yang telah berpindah pada tahun 2022 & 2023, yang telah bersama-sama menabur jasa mendidik anak-anak SK Lepan Jaya. Pemuafakatan antara ibu bapa dan guru merupakan tunjang penting melahirkan kejayaan anak-anak. Semangat kerjasama ibarat aur dengan teb.g akan menyediakan landasan yang kukuh untuk anak-anak meletakkan diri mereka sebelum mereka melakar kejayaan. Kejayaan dan komitmen yang jitu ini akan mampu membuahkan hasil yang optimum dalam pembentukan kejayaan anak-anak sama ada dalam kurikulum mahupun dalam bidang kokurikulum. Di samping kemajuan akademik dan kokurikulum, PIBG juga sentiasa bekerjasama dengan pihak sekolah dalam memastikan pembangunan sahsiah murid. Pihak PIBG mengharapkan agar anak-anak kita selamat meneruskan kehidupan mereka dalam era kecanggihan teknologi yang penuh dengan cabaran. Mudah-mudahan impian kita sebagai ibu bapa untuk melihat anak kita berjaya menjadi insan cemerlang tercapai selaras dengan visi SK Lepan Jaya. Akhir kata, saya mengucapkan ribuan terima kasih sekali lagi kepada guru besar, Ahli Jawatankuasa PIBG, ibu bapa dan guru-guru yang dihormati sekalian. Terima kasih atas kesudian tuan-tuan dan puan-puan bersama-sama berada dalam majlis kita hari ini. Diharapkan pertemuan ini, kita dapat bersama-sama menyumbang idea untuk memantapkan lagi aktiviti-aktiviti PIBG. Saya menyusun jari memohon maaf sekiranya terdapat salah dan silap. Apa yang saya perkatakan datangnya dari hati saya yang ikhlas demi melihat kemajuan anak-anak kita jua. Sekian, terima kasih. 3 KATA-KATA ALUAN DARIPADA TN. HJ. LAYU B. AWANG DERAMAN YANG DIPERTUA PIBG SK LEPAN JAYA
BIL. PERKARA HALAMAN 1. NOTIS JEMPUTAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-17 1 2. PERUTUSAN DARIPADA PENASIHAT PIBG SKLJ 2 3. KATA-KATA ALUAN DARIPADA YDP PIBG 2022/2023 3 4. ISI KANDUNGAN 4 5. TENTATIF MAJLIS 5 6. JAWATANKUASA KERJA 6 7. ORGANISASI PIBG SESI 2022/2023 7 8. AGENDA MESYUARATAGUNG 8 9. MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-16 2022/2023 9 - 13 10. PENYATA KEWANGAN TAHUNAN 14 – 26 11. USUL DAN CADANGAN 27 12. KAKITANGAN AKADEMIK SK LEPAN JAYA 2023 28 13. ENROLMEN MURID SK LEPAN JAYA 2023 29 14. SENARAI AKTIVITI BERSAMA PIBG SK LEPAN JAYA 2023 30 15. SELAYANG PANDANG PROGRAM PIBG BERSAMA SEKOLAH SESI 2022/2023 31 16. CATATAN 32 17. PENGHARGAAN 33 KANDUNGAN 4
TENTATIF MAJLIS 07.45 pagi : Persiapan majlis 08.15 pagi : Pendaftaran ibu bapa / penjaga 08.45 pagi : Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-17 bermula mengikut agenda mesyuarat (rujuk muka surat 9) 09.45 pagi : Kehadiran dif - dif jemputan. : Nyanyian lagu Negaraku dan Selamat Sultan : Bacaan doa : Ucapan alu-aluan oleh pengacara majlis : Ucapan oleh Tn. Hj. Layu b. Awang Deraman (YDP PIBG) : Ucapan oleh Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Gua Musang/PPDGM : Ucapan Tuan Guru Besar : Ucaptama dan Perasmian Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-17 sesi 2023/2024 oleh Tn. Hj. Mohd. Syahbuddin b. Hashim (Pengerusi PEKA Gua Musang) : Penyampaian cenderahati 12.00 t/hari : Jamuan VIP 13.00 t/hari : Majlis bersurai 5
SAMBUTAN En. Mohd. Rasdi b. Mohd. Nor Tn. Hj. Layu b. Awang Deraman Pn. Noorhayati bt. Mat Ali En. Fauzi b. Junoh En. Mohd. Jailani b. Mat Jusoh En. Mohd. Jafri b. Bedullah Pn. Nik Aida Diana bt. Nik Zainuddin PENASIHAT/GURU BESAR : En. Mohd. Rasdi b. Mohd. Nor – Guru Besar PENGERUSI BERSAMA : Tn. Hj. Layu b. Awang Deraman - YDP PIBG : En. Fauzi b. Junoh – GPK Pentadbiran NAIB PENGERUSI : Pn. Noorhayati b.ti Mat Ali – NYDP PIBG SETIAUSAHA : Pn. Wan Zaiton b.ti Wan Muhamad NAIB SETIAUSAHA : Pn. Noor Aklima b.ti Abdul Rahman BENDAHARI : Pn. Nordiana Waheda b.ti Che Soh AJK : En. Mohd. Jailani b. Mat Jusoh - GPK HEM : En. Mohd. Jafri b. Bedullah - GPK KOku : Semua AJK PIBG PENDAFTARAN IBU BAPA/PENJAGA Pn. Wan Zaiton bt Wan Muhamad Semua Guru Kelas JURU ACARA MAJLIS En. Ahmad Fakhrurrazi b. Che Daud BACAAN DOA Ustaz Mohd. Nazri b. Daud BUKU PROGRAM Tg. Ahmad Zulfaisal b. Tg. Mazzlan Pn. Nor Suhaila bt. Muhammad BANNER Pn. Noor Aklima bt. Abul Rahman En. Mat Daud b. Yusof SIARAYA DAN JURUGAMBAR En. Naif Mustakim b Mohd Radhi Pn. Marina bt. Indra Bangsawan BUKU PELAWAT DAN TAGGING Pn. Nik Aida Diana bt. Nik Zainuddin KESELAMATAN DAN LALU LINTAS En Ahmad Kamil b Adnan Semua pengawal Keselamatan CABUTAN BERTUAH, CENDERAHATI En. Fauzi b. Junoh Pn. Noor Aklima bt. Abdul Rahman Pn. Rosmaria bt. Mohamed PENTAS DAN DEWAN En Mohd Jafri b. Bedullah En. Mohd. Arham b. Mohd. Ramli En. Mahassan b. Ghazali Semua Pekerja perempuan PENCATAT MINIT Pn. Raja Zalina bt. Raja Ibrahim Pn. Nordiana Waheda bt. Che Soh KAWALAN MURID Semua guru KAFA JAMUAN VIP Pn.Norhayati bt. Mat Ali dan semua AJK pibg perempuan SURAT & BORANG USUL Pn. Wan Zaiton bt. Wan Muhamad JAWATANKUASA KERJA 6
MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-15 O2014 RGANISASI PIBG SESI 2022/2023 Program AJK IBU BAPA 1. EN. NORAZMI B. MOHAMAD 2. EN. NOR AZMI B. HUSSIN 3. En SANUSI B. MOHD YUSOF 4. EN. SUHAIMI B. MOHD. NOOR 5. PN. NORASIAH BT. MOHAMED 6. PN. SITI HAIDA BT. MOHD. YUSOF 7. PN. HAYATI BT. MUSA 8. PN. NOR SURIYANA HASNIRA BT. CHE HASHIM 9.. PN. NORWATI BT. ZAKARIA 10. PN. AZMA BT. ABDUL RASHID 11. PN. NIK ZAWANI BT. NIK SOH 12.PN.NOR ASIKIN BT. ABDUL HAMID 13.PN APESAH BT. HARON EX- OFFICIO / PENASIHAT EN. MOHD. RASDI B. MOHD. NOR GURU BESAR YANG DIPERTUA TN. HJ. LAYU B. AWANG DERAMAN NAIB YANG DIPERTUA PN. NOORHAYATI B.TI MAT ALI SETIAUSAHA PN. WAN ZAITON BT. WAN MUHAMAD NAIB SETIAUSAHA PN. NOOR AKLIMA B.TI ABD. RAHMAN BENDAHARI PN. NORDIANA WAHEDA BT. CHE SOH EN. FAUZI B. JUNOH GPK PENTADBIRAN EN. MOHD. JAILANI B. MAT JUSOH GPK HEM EN. MOHD. JAFRI B. BEDULLAH GPK KOKURIKULUM AHLI JAWATANKUASA 7
AGENDA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-17 2014 . 1. Ucapan alu-aluan Yang Dipertua PIBG SK Lepan Jaya. 2. Laporan Tuan Guru Besar. 3. Membentang dan menerima Minit Mesyuarat Agung PIBG yang lalu (kali ke-16). 4. Membentang dan menerima Laporan Aktiviti PIBG sesi 2022/2023 oleh Setiausaha PIBG SK Lepan Jaya. 5. Membentang Penyata Kewangan Tahunan oleh Bendahari PIBG SK Lepan Jaya. 6. Perbahasan usul 7. Pembubaran AJK PIBG SK Lepan Jaya sesi 2022/2023. 8. Melantik Pengerusi sementara. 9. Pemilihan AJK PIBG sesi 2023/2024. 10. Perkara-perkara berbangkit. 11. Hal-hal lain 12. Ucapan penangguhan. 8
MINIT MESYUARAT AGUNG KALI KE-16 TAHUN 2022 SEKOLAH KEBANGSAAN LEPAN JAYA Tarikh : 29 Mei 2022 Hari : Isnin Masa : 09.00 pagi - 12.55 TengahariTempat : Dewan MAE, SK Lepan Jaya 1. Ucapan Pengerusi 1.1 Pengerusi yang juga YDP PIBG, Tuan Haji Layu b. Awang Deraman memulakan ucapan dengan memberi salam dan mengucapkan terima kasih kepada hadirin yang hadir. 1.2 Pengerusi merakamkan penghargaan dan jutaan terima kasih atas kesudian YB Dun Galas, Mohd.Syahbuddin b. Hashim kerana sudi hadir dan merasmikan mesyuarat Agung PIBG kali ke-16 SK Lepan Jaya ini. 1.3 YDP PIBG juga mengucapkan terima kasih kepada semua ibubapa yang sudi hadir ke Mesyuarat Agung PIBG kali ke -16 sesi 2022/2023. Beliau berharap Mesyuarat Agung kali ini dapat berjalan lancar dan menghasilkan idea serta cadangan yang bernas demi kebaikan semua pihak di sekolah ini. 2. Ucapan Tuan Guru Besar 2.1 En. Mohd. Rasdi b. Mohd. Nor mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua AJK PIBG yang hadir dan juga kepada semua guru serta kakitangan SKLJ yang menjayakan Mesyuarat Agung ke-16 kali ini .Beliau berharap agar mesyuarat ini dapat berjalan lancar dan segala permasalahan mengenai anak-anak SKLJ dapat diselesaikan bersama secara perb.cangan dengan pihak sekolah. 2.2 Tuan guru besar juga memaklumkan Projek Agro School ini dilaksanakan bagi membantutabung kewangan PIBG dan sekolah dan dalam masa yang sama dapat membantu mengurangkan beban ibu bapa menanggung kewangan perbelanjaan persekolahan anak-anak di SKLJ. Oleh itu pokok-pokok yang tidak mendatangkan hasil yang ada di sekitar kawasan sekolah di tebang dan digantikan dengan pokok-pokok yang mendatangkan hasil seperti pokok sawit, pokok betik, pokok sayuran. 2.3 Selain itu tuan guru besar juga memohon agar ibu bapa memberi kerjasama dalam setiap program sekolah khasnya gotong-royong. 109
2.4 Tuan guru besar juga memohon mana-mana ibubapa yang ada masalah tentang persekolahan anak boleh la datang ke sekolah untuk perb.cangan bersama agar tidak berlaku sebarang permasalahan di kemudian hari. 3. Pembentangan dan Pengesahan Miit Mesyuarat Lepas. 3.1 Setiausaha PIBG Pn. Wan Zaitob b.ti Wan Muhamad membentangkan Minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke 16 sesi 2022/2023 untuk makluman dan pengetahuan semua hadirin. 3.2 Minit mesyuarat diterima sebulat suara tanpa sebarang perkara berbangkit. Pn.Nor Asikin b.ti Abdul Hamid mencadangkan agar minit mesyuarat tersebut diterima dan disahkan.Ianya disokong oleh Pn. Rogayah bt. Abdul Rahman. 4.Pembentangan Aktiviti PIBG 2022/2023 4.1 Setiausaha PIBG Pn. Wan Zaiton b.ti Wan Muhamad sekali lagi membentangkan aktiviti PIBG sepanjang tahun 2022/2023 yang sempat PIBG laksanakan. a. Gotong royong sebanyak 4 X termasuk sekali bersama YB Mohd Syahbuddin b. Hashim yang menyumbangkan dan menanam sepohon pokok durian Musang King sebagai Tanda kenangan. b. Hari Fiesta PIBG yang julung-julung kali dilaksanakan dan alhamdulillah mendapat sambutan yang hebat oleh orang ramai. 5. Pembentangan dan Penerimaan Laporan Kewangan Tahunan 5.1 Pn. Nordiana Waheda bt. Che Soh selaku Bendahari PIBG SKLJ membentang Laporan Kewangan Tahunan PIBG (rujuk Lampiran). 5.2 Laporan Kewangan Tahunan PIBG ini telah diterima sebulat suara oleh para hadirin tanpa sebarang perkara berbangkit dengan En. Zamzuri b. Mat Adam mencadangkan supaya ia diterima dan disahkan serta ia disokong oleh Pn. Rosmalinda bt. Mohd Yusof. 6. Pemilihan juruaudit 6.1 Juruaudit dalaman : Pn. Nurul Shafeda b.ti Abdul Ghaffar 6.2 Juruaudit luaran : Pn. Noorhayati b.ti Mat Ali Disokong sebulat suara oleh semua ibu bapa yang hadir. Pembubaran AJK PIBG sesi 2020/2021 10
7. Perbahasan usul 7.1 Tambah baik Kelas Pn. Rohayu bt. Awang memohon agar kelas titambah baik seperti tikar getah/ karpet serta keadaan meja. - Tuan guru besar En. Mohd Rasdi b. Mohd Nor menjawab dan memohon kerjasama daripada ibubapa membantu guru bagi menjayakan hasrat tersebut 7.2 Jualan di kantin Pn. Koril bt. Hassin mencadangkan agar pihak kantin sekolah memperbanyakkan menjual nasi atau makanan yang mengenyangkan. - PK HEM En. Mohd Jailani b. Mat Jusoh menyatakan pihak sekolah akan berb.cang dengan pihak kantin sekolah tentang usul tersebut. 7.3 Kelas KAFA Pn Rohayu bt. Awang memohon agar pihak sekolah membenarkan anak-anak pulang selepas waktu persekolahan untuk mandi, solat, makan dan akan menghantarnya kembali ke sekolah pada jam 2 petang. - Tuan guru besar En. Mohd Rasdi b. Mohd Nor menerangkan menjadi tanggungjawab pihak sekolah untuk tidak membenarkan anak-anak pulang kerana membimbangkan anak-anak tidak hadir ke kelas KAFA. Ini boleh menyebabkan pihak ibu bapa didenda RM 2K bagi seorang anak.Oleh itu pihak pentadbir juga mengarahkan pihak keselamatan sekolah untuk mengunci pintu pagar demi keselamatan anak-anak.Beliau juga memaklumkan bahawa pihak sekolah terpaksa mengikut pekeliling yang dikeluarkan oleh pihak kementerian. 8. Pembubaran AJK PIBG sesi 2021/2022 8.1 Tn.Hj. Layu b. Awang Deraman selaku Yang Dipertua PIBG SK LepanJaya merakamkan penghargaan di atas kerjasama para ibu bapa, penjaga dan pihak sekolah sepanjang sesi persekolahan 2021/2022. 8.2 Beliau mewakili barisan AJK PIBG Sesi 2021/2022 memohon kemaafan jika terdapat sebarang kelemahan dan kesilapan serta ketidakpuashatian sepanjang penglibatan barisan AJK PIBG yang lalu.Beliau juga mengharapkan barisan AJK PIBG yang baharu akan dapat berkhidmat dengan lebih baik demi kecemerlangan Jasmani ,Emosi. Rohani dan Intelektual anak-anak SKLJ. 11
8.3 Pengerusi PIBG sesi 2021/2022 Tn. Hj. Layu b. Awang Deraman membubarkan AJK PIBG sesi 2021/2022. 9. Melantik Pengerusi Sementara Pihak ahli mesyuarat sebulat suara melantik PK HEM En. Mohd Jailani b. Mat Jusoh sebagai pengerusi sementara untuk mengendalikan pemilihan AJK PIBG sesi 2022/2023 10. Pemilihan AJK PIBG Baharu 10.1 En. Mohd Jailani b. Mat Jusoh sebagai pengerusi sementara mengucapkan terima kasih kepada semua ibu bapa kerana diberi kepercayaan bagi mempengerusi mesyuarat seterusnya beliau membuka cadangan kepada ibu bapa untuk memilih AJK PIBG yang baharubagi sesi 2022/2023. 10.2 Pn. Zuraini bt. Ahmae mencadangkan En. Tn. Hj. Layu b. Awang Deraman kekal sebagai pengerusi PIBG 2022/2023.Ianya disokong oleh Pn. Raja Zalina bt. Raja Ibrahim. 10.3 Pn. Norsuriyati bt. Ahmad pula mencadangkan agar Naib Pengerusi PIBG serta AJK yang lama dikekalkan dan ianya disokong oleh En. Rosdi b. Awang. 10.4 Pn. Noraizan bt. Yaacob pula mencadangkan agar AJK PIBG yang lama dikekalkan dan ianya disokong oleh Pn.Normala bt. Haris. 10.5 Tuan pengerusi En. Mohd Jailani b. Mat Jusoh memaklumkan bahawa satu mesyuarat AJK baharu akan diadakan selepas Mesyuarat Agung ini selesai dan tarikhnya akan dimaklumkan kemudian kepada AJK yang akan dibuat pemilihan secara dalaman. 11. Perkara Berbangkit PK HEM En. Mohd Jailani b. Mat Jusoh memberi penerangan dan penjelasan kepada semua ubu bapa yan hadir tentang yuran pibg. a. Yuran PIBG sebanyak RM 10 perkepala/ setiap orang murid diteruskan dan ibu bapa perlu jelaskannya kepada guru kelas masing-masing. b. Setakat hari ini murid Tidak dipaksa mengambil Vaksin tetapi mana-mana murid yang bergejala dan tidak sihat perlulah ke klinik , berehat di rumah dan perlu mengantar MC kepada guru kelas masing-masing sebagai bukti ketidakhadiran tersebut. 12
11.Hal- Hal Lain 11.1 PK HEM En. Mohd Jailni b. Mat Jusoh memaklumkan bahawa beliau selaku pengurus jalurlebar Mexis di Gua Musang telah membuat permohonan kepada menteri Multimedia agar menaiktaraf jalurlebar Internet di kawasan Gua Musang khasnya agar semua kerja online terutama kemaskini maklumat anak-anak dalam sistem dapat dilaksanakan dengan baik. 12.Ucapan Penangguhan 12.1 En. Layu b. Awang Deraman mengucapkan terima kasih kepada semua hadirin kerana Mesyuarat PIBG kali ke-16 ini berjalan dengan lancar. Beliau juga mengharapkan agar semua program PIBG dapat berjalan lebih cemerlang bagi tahun 2022/2023 dengan kerjasama semua pihak. 11.2 PK HEM En. Mohd Jailani b. Mat Jusoh selaku wakil guru besar juga mengucapkan tahniah kepada AJK PIBG yang baharu dan mengharapkan semua AJK PIBG yang baharu dilantik akan terus bekerja keras bersama guru-guru demi kemajuan dan kejayaan anak-anak SKLJ pada tahun-tahun akan datang. Ucapan penangguhan selesai jam 12.50 Tengahari. Mesyuarat diakhiri dengan bacaan tasbih kifarah dan surah al-Asr‘. Disediakan oleh, Disahkan oleh, WZAITON HAJI LAYU ............................................................. .. ............................................................ ..... (WAN ZAITON BT.WAN MUHAMAD) (TN. HJ. LAYU B. AWANG DERAMAN) Setiausaha PIBG Yang Dipertua PIBG SKLJ 2022/2023 SKLJ 2022/2023 13
BIL DATE PERKARA MASUK KELUAR BAKI 1. 10.05.22 Baki dibawa kehadapan selepas Mesyuarat Agung PIBG 425.40 2. 22.05.22 Mesyuarat AJK PIBG Bersama guru dan Staf ( Mesyuarat Agung PIBG dan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri ) 58.60 366.80 3. 20.06.22 Mesyuarat AJK PIBG Kali 1 bagi tahun 2022 80.00 286.80 4 22.06.22 Banner Mesyuarat Agung PIBG dan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 200.00 86.80 5 02.07.22 Sumbangan JUS Security Sdn. Bhd untuk Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 200.00 286.80 6 06.07.22 Sumbangan JUS Security Sdn. Bhd untuk Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 200.00 86.80 7 25.07.22 Sumbangan YB Haji Mohd Syahbuddin bin Hashim 4000.00 4086.80 8 04.08.22 Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 16 dan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2400.00 1686.80 9 31.08.22 Kutipan Yuran PIBG 2022 ( Prasekolah sehingga Tahun 6 ) 3160.00 4846.80 10 06.11.22 Pinjam Beli Baja Sawit ( Belum bayar ) 1000.00 3846.80 11 21.09.22 Fiesta ( Alatan Pendawaian Eletrik RM 813.10 ) 0.0 0.0 0.0 12 10.10.22 Gotong- royong SK.Lepan Jaya ( Makan VIP ) 98.00 3748.80 13 16.03.23 Majlis Apresiasi dan Sumbangan Keperluan Persekolahan bagi tahun 2022/2023 ( Makanan ibu bapa ) 464.00 3284.80 14 14.02.23 Pinjam bagi Bantuan Awal Persekolahan 2023 ( Belum bayar ) 150.00 3134.80 15 22.03.23 Pinjam bagi Bantuan Awal Persekolahan 2023 ( Belum bayar ) 300.00 2834.80 16 19.06.23 Kemaskini Akaun PIBG Agro Bank 20.00 2814.80 TOTAL 7360.00 4970.60 2814.80 PENYATA KEWANGAN TAHUNAN PIBG SKLEPAN JAYA 14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
BIL USUL DAN CADANGAN NAMA PENCADANG 1 Menu makanan yang sama RMT dengan waktu rehat Mohd Khairi b Abdul Aziz 891021-03-5993 2 Fardhu Ain kalua boleh pakai selipar dan baju Muhammad Asyraf Al Hafiz b Che Azri 150606030727 27 USUL DAN CADANGAN
KAKITANGAN AKADEMIK SK LEPAN JAYA 2022 Guru Besar : En. Mohd. Rasdi b. Mohd. Nor GPK Pentadbiran : En. Fauzi b. Junoh GPK HEM : En. Mohd. Jailani b. Mat Jusoh GPK Kokurikulum : En. Mohd. Jafri b. Bedullah Guru-Guru Kelas BIL KELAS NAMA GURU KELAS 1 Prasekolah Jaya En. Ahmad Fakhrurrazi b. Che Daud 2 Tahun 1 Jaya Pn. Norisha Saila b.ti Shapie 3 Tahun 2 Jaya Pn. Rosmaria bt. Mohamed 4 Tahun 3 Jaya En. Ahmad Kamil b. Adnan 5 Tahun 4 Jaya En. Tg Ahmad Zulfaisal b Tg Mazzlan 6 Tahun 5 Jaya Pn. Marina b.ti Indra Bangsawan 7 Tahun 6 Jaya Pn. Nordiana Waheda b.ti Che Soh Guru-Guru Khas En. Mohd. Arham b. Mohd. Ramli - Guru Data dan ICT Pn. Wan Zaiton b.ti Wan Muhammad - Guru Pemulihan En. Mohd. Nazri b. Daud - Guru Disiplin Pn. Rosmaria b.ti Mohamed - Guru Pusat Sumber Pn. Noor Aklima b.ti Abd. Rahman – Ketua Setiausaha Pn. Nik Aida Diana b.ti Nik Zainuddin - Setiausaha HEM En. Naif Mustakim b. Mohd. Radhi - Setiausaha Kurikulum En. Mahassan b. Ghazali - Setiausaha Kokurikulum Anggota Kumpulan Pelaksana Pn. Nurul Shafeda b.ti Abdul Ghaffar En. Mat Daud b. Yusof Pn. Normazila b.ti Ab. Alin JUMLAH GURU : 19 ORANG JUMLAH AKP : 3 ORANG 28
TAHUN LELAKI PEREMPUAN JUMLAH PRASEKOLAH 12 13 25 1 13 14 27 2 20 11 31 3 14 13 27 4 21 11 32 5 16 17 33 6 20 11 31 JUMLAH 104 76 206 ENROLMEN MURID SK LEPAN JAYA TAHUN 2022 JUMLAH KESELURUHAN MURID : 206 29
Bil Nama Aktiviti Tarikh 1. Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-16 sesi 2022/2023 dan Majlis Hari Raya Aidil Fitri 29/05/2022 2. Gotong – royong 1. Membersihkan sekitar SKLJ 2. Membersihkan kawasan kebun sawit 3. Membersihkan kawasan kebun sayur 4. Membersihkan kawasan sekitar SKLJ bersama YB Mohd. Syahbuddin b. Hashim Mac 2022 April 2022 Julai 2022 Oktober 2022 3. Pengagihan Wang Bantuan Awal Persekolahan 2022 26/01/2022 4. Pengagihan bantuan KWAPM Julai 2022 5. Majlis Iftar SK Lepan Jaya 2022 18/04/2022 6. Mesyuarat AJK PIBG SK Lepan Jaya 1. 22/05/2022 2. 22/6/2022 3. 21/9/2022 4. 21/6/2023 SENARAIAKTIVITI BERSAMA PIBG SESI 2022/2023 30
SELAYANG PANDANG PROGRAM PIBG BERSAMA SEKOLAH SESI 2022/2023 TAHUN 2018 Gotong-Royong Sayangi Sekolahku 27/10/2022 Gotong Royong Perdana 8/10/2022 Fiesta PIBG 29/9/2022 Bubur As-syura SKLJ 25/8/2022 Gotong-royong – 13/7/2022 Mesyuarat AJK PIBG bersama warga SKLJ Majlis Pengagihan KWAPM & Hari Pelaporan PBD 31
CATATAN 32
PENGHARGAAN Pengerusi dan Jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa Dan Guru Sekolah Kebangsaan Lepan Jaya dengan rasa tulus ikhlas merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada : Yang Berhormat Tn. Hj. Mohd. Syahbuddin b. Hashim (Pengerusi PEKA , Gua Musang, Kelantan) Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Gua Musang/PPDGM En. Mohd. Rasdi b. Mohd. Nor ( Guru Besar SK Lepan Jaya) Tn. Hj. Layu b. Awang Deraman (YDP PIBG SK Lepan Jaya) En. Fauzi b. Junoh (GPK Pentadbiran SK Lepan Jaya) En. Mohd. Jailani b. Mat Jusoh (GPK HEM SK Lepan Jaya) En. Mohd. Jafri b. Bedullah (GPK Kokurikulum SK Lepan Jaya) Semua Ahli Jawatankuasa PIBG SK Lepan Jaya Semua Guru SK Lepan Jaya Semua Staff Sokongan SK Lepan Jaya Ibu bapa, serta semua pihak yang telah bertungkus lumus menyumbang tenaga, masa dan idea serta memberi kerjasama secara langsung atau tidak langsung bagi menjayakan Mesyuarat Agung PIBG SK Lepan Jaya Kali ke – 16 sesi 2022/2023 dan Majlis Mesra Aidilfitri SK Lepan Jaya 2022. 33